2014-11-16

Hutang


Hutang adalah benda besar bagi manusia, Nabi menyebut kepada sahabat "jika seseorang kamu ‎mati dalam medan peperangan jihad, mati dalam keadaan mara ke depan, bukan lari, dalam keadaan bersungguh-sungguh berjuang jihad, bukan atas sebab lain, dan kamu beriman dengan Allah, kamu akan masuk syurga, kecuali org yang berhutang, sehingga dia selesaikan hutangnya". ‎

Kalau syurga tak cukup besar bagi kita (walaupun kita takde pilihan lain di akhirat nanti) berdasarkan hadith tadi dengan meremehkan hutang, tak tahulah.
Lainlah kalau kawan yang kita hutang tu meredhakan‎. Menghalalkan. ‎

Bagi orang yang memberi hutang, atau diminta untuk memberi hutang, kita ada pilihan untuk memberi atau tidak. Atas budibicara kita yang hendak memberi.
Beri pun boleh, tak beri pun boleh.
Kalau takut orang yang ingin berhutang itu tak boleh bayar, janganlah beri.
Atau kalau takut pulak orang tu kecik hati atau atas dasar belas-ihsan (kebetulan kita ada lebih), berilah, dengan harapan dia bayar balik.
Tapi kalau tak dibayarpun, kita kira sedekah jelah. Maksudnya, bersedia untuk "give and forget".
Maksud juga, beri sekadar jumlah yang boleh kita anggap "hilang".
Allah Maha Halus untuk menilai perkara ini di akhirat nanti.

Memang tanggungjawab membayar hutang adalah pada diri orang yang berhutang, bukan pada diri pemberi hutang yang tak habis-habis kena follow up.
Agama mengajar umatnya berurusniaga dengan baik, beri hutang kepada yang memerlukan dan penghutang bayarlah semula mengikut tempoh yang dijanjikan.
Agama juga membenarkan penghutang membayar lebih jika bantuan pemberi hutang sebelum itu sangat membantu melepaskan kesempitan dia sebelumnya.
Tapi agama tak membenarkan yang memberi hutang meminta lebih daripada apa yang dihutangkan, ia bersifat menindas kesan daripada riba yang diharamkan.

Jadi ada orang tanya, "Kalau macam tu, macamana org yang memberi hutang tu nak untung?"

Jawapannya, hutang bukan untuk mencari keuntungan.
Ia bersifat "bantuan". Bantuan orang yang berkemampuan kepada orang yang dalam kesulitan.
Kalau kita rasa kita tak mampu, jangan beri hutang. Itu saja.
Tapi kalau kita mampu cuma kita tak nak bagi walaupun member tu boleh bayar, namanya kita kedekut.
Dan kalau kita mampu, cuma kita tak nak bagi dek kerana member tu jenis liat bayar hutang, itu bijak.
Tak ada paksaan.

Ini keindahan agama.
Yang berkemampuan bantu yang kurang mampu, yang meminjam membayar balik mengikut perjanjian, maka harmonilah.
Kalau yang kaya bertambah kaya, yang miskin ditindas pulak dengan riba hutang, maka yang miskin akan berdendam kepada yang kaya.
Maka dendam akan membawa kepada khianat, sejurus masyarakat ‎hidup dalam prejudis.
Yang miskin berdendam, yang kaya terancam.

Orang yang berhutang lazimnya dah tak ada pilihan lain, selain berhutang.
Maka datang ia kepada yang ingin dihutanginya, dengan harapan dan muka malu.
Ini kerana "keterpaksaan", maka wajar kita jika ada kemampuan membantu.
Dan rahsiakanlah perkara itu jangan pulak dihebahkan. Malu dia.
Tapi kalau malas usaha cuma hobinya berhutang, kemudian liat pulak nak bayar, memang muka tak tau malu dan rendah sifat malunya.

Allah menyuruh urusniaga ini dicatatkan sebagai rekod.
Ada dalam Al Quran, Surah Al Baqoroh, ayat terpanjang dalam Al Quran, carilah. ‎
Ini cerita hutang kecil-kecilan, hutang sesama kenalan.
Hutang besar-besaran biasanya kita buat dengan bank.
Kecil ke besar, tetap dikira hutang. Waspadalah.

Wallahu'alam, Wassalam.

Sang Nila Utama
Raja Muda Pura Cendana.



Teaser : New shawl, esok ya!