2014-09-13

Tak boleh kencing


Aku ada banyak benda nak tulis, dengan email-email kak Siantan yang sempat baca sekali lalu je tak sempat nak respond apa-apa pun. Tapi kali ni aku nak bagi entry pedoman dulu. Supaya jangan jadi macam apa yang dah jadi kat aku.

2 minggu ni aku terlampau busy dengan keje. Terlalu banyak dalam planner yang aku dah list down.
Aku tetapkan matlamat and beri masa untuk capai.
Tapi aku letak masa tu terlampau dekat jadi secara tak lansung aku pulun keje.
Tapi ni keje yang aku suka jadi aku tak kisah kalau habis masa dengan buat keje-keje ni.
Dek kerana too excited and seronok buat keje-keje ni, aku lupa minum and makan.
Dari pagi bawak air teh O panas depan komputer, sampai 5.30pm tak sentuh-sentuh air tu.
Bawak sebotol air putih, bila sampai depan komputer begitu jugak botol tu tak berganjak dari tempat asal sampai la aku tutup komputer.
Pastu lepas isyak je aku akan sambung buat keje tak sedar tetiba je dah 2-3 pagi.
Skip makan skip minum.
Bukan dengan sengaja, tapi memang lansung terlupa.
Yang aku tak lupa, dinner je sebab malam memang akan makan dengan En Wan.

3 hari lepas bila kencing je dah mula rasa sakit.
Benda pertama register kat kepala aku - UTI.
Sebab aku tau aku sangat sangat kurang minum air. Tapi, dah tau kurang minum air, still no action taken. Still lagi aku kurang minum air and leka dengan keje-keje aku.

Until 2 hari lepas tetiba malam dia tangkap kat pinggang.
Gila sakit kauuuuu. Sampai berguling-guling aku atas katil. Aku terdetik yang aku ni kena renal stone ke??
Masa kena attack tu perut aku jadi mengeras, pastu pinggang memang sakit gila.
Aku pun terus buat home remedy je - minum air banyak-banyak.
Dan aku tertido.

Esoknya macam rasa sengal sikit pinggang, tapi bila dah mengadap PC, aku jadi leka and khayal dengan keje and dokumen-dokumen aku. Lagi sekali aku lupa minum and skip makan.
Tapi paling teruk sekali aku kena attack malam kelmarin.
Gila punya gila sakit sampai aku mintak En Wan tumbuk-tumbuk pinggang aku dek terlampau sakit sangat. Masa tu kencing dah keluar darah. Dem!
Aku turun bawah ambik 2 botol air 1.5L tu, dalam masa 5-6 jam, aku togok 3L air terus.
Pastu makan painkiller.
Rumah aku ni ada satu painkiller yang gila bahabi punya kuat. Biasa la kan, anak sedara En Wan dokter, dia la yang bagi ubat tu.
This painkiller kalau kau setakat sakit period pain or migrain toksah makan la ya.
Sebab kau akan jadi lagi sakit sebab painkiller ni untuk sakit yang terlampau sakit. Aku penah sekali ambik painkiller ni untuk migrain, mak oiiiii dia punya sakit datang lagi teruk sampai muntah belahak aku.
Kelmarin tak tahan punya pasal aku nekad makan sebijik painkiller tu. Hah kauu, terus hilang sekali dengan pakej high dia bagi. Kul 4 pagi baru aku terlelap.

Esoknya (semalam), lega. Pinggang tak sakit. Kencing pun dah semakin lawas sebab aku togok bergelen air nak flush out bacteria tu semua. Bagi dilute sikit.
Tapi datang demam sejuk gigil-gigil. Agaknya kesan dari menahan sakit sangat.
Semalam aku warned diri sendiri supaya jangan buat keje sangat.
Lepas Subuh, breakfast sat. Pastu makan ubat demam and tido sampai pukul 11am.
Pastu bangun mandi-mandi semua, lepak-lepak jap sambil togok air sebanyak-banyak ada.
Tengahari demam balik tapi kencing dah semakin ok.

Pagi ni aku ulang lagi minum air 3L dalam masa 5 jam.
Tetiba pinggang aku mula rasa sakit balik.
Then badan naik seram sejuk. Tumit semua sejuk. Sendi semua sakit-sakit.
Apesal la ni agaknya.
Pastu aku sendawa sekali terus termuntah keluar air je.
Dem!!! Baru ter-register lagi kat kepala otak - water intoxication!

Aku tau pasal water intoxication ni pasal dulu aku pernah terbaca satu article dalam scientific magazine kisah sati pompuan ni masuk drinking contest. Dia minum 6-7L air dalam masa 4 jam. Balik rumah dia kena sakit kepala yang teruk pastu mati.
Macam klaka kan bunyiknya minum air putih banyak pun boleh mati??
True. Memang boleh mati sebab air yang terlampau banyak menyebabkan level sodium dalam darah menurun (kurang garam dalam darah).
So bila kandungan garam dalam darah berkurang sebab air terlalu banyak, jadi air dalam darah tu tend to bergerak keluar dari salur dan masuk ke dalam sel badan (osmosis).
Bila sel dimasuki air dan berkembang (swell), tu yang berlaku huru-hara sikit kat badan. Sistem badan dah terganggu. And itulah yang aku hadapi now. I mean NOW.

Perut aku tengah keras.
Pinggang sakit.
Aku stop minum air dah ni sebab aku takut aku koma dek brain edema (air masuk sel otak).

So you readers, tolong agak-agak sikit kalau taksub dengan keje ya.
Jangan sampai lupa makan and minum.
Jangan jadi macam aku, I tell you GILA SAKIT okeh.
And aku tengah berkelubung dengan sweater now sebab sejuk. Badan tak panas pun. Demam sejuk agaknya.

Kalau esok masih camni gak, baru aku pi spital.
Sebab today sakit-sakit pun aku masih lagi boleh berjalan.
....and boleh update blog depan PC. Harap-garap ok la.


Fotografer yang bagus.
Tak payah disuruh. Dia tau tugas dia.
Ni kepada pembeli shawl Aleesya Plain Vol. 2, ni cara sebenar pakai shawl butterfly ni ya.
Ni kaler Electric Blue.



Tadi siang gi kenduri akikah anak sedara kat Ampang.
Gila bapak punya jem. Macam nakharom punya jem. Seb baik aku sakit pinggang, mulut pun berat je nak memaki. Kalau tak, kenyang orang dalam kereta dengar aku merempan sepanjang jalan.


Air stop minum jap, tapi makan mesti mau makan.
Kambing kuzi tuuuuu.


Badan tengah tahan sakit, tapi bila kamera hala kat kita je, kita kena pose. Itu rule dia.


L-R : Si kenit Keisha (anak sedara), tunang Ibal, orang sakit tak boleh kencing, Naimah (wife cousin) and Pika (cousin)


Ni la dia baby yang diakikahkan tadi.
Sofea Khadijah nama dia. Aku panggil Sofi.
Biar aku sorang je panggil Sofi supaya dia tau kalau dengar orang panggil SOFI, tu tak lain tak bukan, makcik dia ni la.


Seronok bila tengok gamba ni.
Di kala mak bapak dan makcik pakcik masih lagi pakai pampers, now semua dah ada anak and ada yang dah kawen. Arwah atuk dah takde, kalau ada, aku paksa budak-budak begamba macam ni sekarang. Mau terkencet atuk aku nak meriba bapak si Sofi.



Pesanan :
INGAT!
Jangan kurang minum air.
Jangan minum terlalu banyak air.
Both can kill.
2L a day only.