2014-09-14

Bocor


Soalan UPSR bocor.
Masa aku baca news ni, rasa kelakar.
UPSR ke jot. Tu pun ada orang nak bocorkan ke? Gila.
Macam terdesak sangat. Kalau SPM STPM soalan bocor tu aku paham la jugak sebab tu kira macam hidup mati kau la. Nak lagi zaman sekarang ni kan, nak masuk IPTA pun dah susah kalau tak betul-betul score. Jadi kalau soklan bocor tu aku paham sangat kenapa. But this UPSR..??? Kejadahnya sampai boleh bocor? Kau nak kemana sangat pun kalau score. Alahaiii..

Redza kan baru masuk skolah balik Jumaat lepas sebab cuti 3 hari budak-budak UPSR.
Balik-balik je dari skolah gelupur bagitau aku "Ma, kawan Redza kata UPSR kena ambik balik sebab ada soalan bodoh".

Ni lagi sorang.
Menyampaikan cerita pun boleh salah.
Bukan soklan bodoh. Soklan bocor.
Soklan tak bodoh. Yang bodoh tu yang tukang bocorkan soklan.

Excited sebab mengharapkan akan ada cuti lagi sebab budak-budak kena repeat exam.
Jangan nak berangan sangat ya.

Mungkin aku tak macam makbapak yang lain yang very concern dengan akademik anak-anak.
Takpe, itu hak masing-masing. Siapa yang taknak anak berjaya with flying colors kan.
Tapi kalau aku, honestly aku belum sampai lagi ke tahap very concern dengan result exam Redza. Ambik tau tu yes, tapi belum lagi sampai ke tahap "Kau kena ni A ni A ni A ni A..".
Kalau En Wan, yes. Sangat concern. Kalau aku, tak.
Maybe aku dah muak dengan situasi mengejar A ni.
Sebab aku dah tengok macam-macam bukti yang tak kumpul banyak A bukan semuanya tak jadi manusia. Memang kalau lagi banyak A, potensi kau untuk dapat keistimewaan tu lebih dari orang lain tapi dengan situasi sekarang ni aku lebih fokus pada kemahiran.

Aku marah jugak dengan En Wan apesal dia nak force Redza melampau sangat sedangkan ko dulu pun 4A1B UPSR. Jangan disebabkan kita tak berjaya achieve 5A jadi kita jadikan anak kita mangsa untuk realisasikan apa yang kita tak dapat buat dulu. Aku selalu cakap kat En Wan, he is a good example sebenarnya kat anak-anak. UPSR 4A1B, tapi SRP boleh dapat 5 agg, siap jadi pelajar terbaik sekolah. Pastu arwah ayah aplly-kan masuk asrama, bila dah dapat dia tolak sebab nak duduk bawah ketiak mak (padahal malas basuh kasut sekolah sendiri). Walaupun SPM tak dapat 6, tapi dia dapat 9 agg - sekolah kat kampung pun boleh dapat 9. Kita terer la tu. So, aku tak nampak apa masalahnya yang beria nak push anak belajar sampai larut malam sampai nangis-nangis budak tu buat latih tubi. Eh kamon la.

Aku dulu kategori kanak-kanak yang dipaksa-paksa untuk belajar.
Darjah 5 lagi dah mula tusyen. Balik rumah ada jadual study (bukan aku yang buat jadual ni).
Ok la, bagus. Sebab berjaya dapat 5A yang aku pun tak tau 5A tu boleh buat apa kat aku.
Aku taknak masuk asrama, tapi dsapat asrama jugak.
Dipaksa-paksa duduk kat asrama, nangis-nangis aku nak sekolah biasa.
Last-last aku quit jugak sebab aku memang anti dipaksa-paksa especially paksa belajar.
Sebab seriesly, aku ni bangsa yang makin kau paksa aku baca buku, aku akan jadi makin bangang.
Bagi aku uruskan hal aku, aku tau apa aku buat. Bagi dorongan cukup, jangan paksa.

Maths SPM aku bodoh tau. Maths SPM boleh dapat C3. Bangang gila. En Wan sampai skarang ejek aku "Ada ke maths boleh dapat C3???".

Pastu masa kat UNIMAS, semester akhir tahun pertama kitorang ada satu subjek Maths.
Aku dah troma, masa tu CGPA aku dah 3.45. Aku cakap kalau CGPA aku nak jatuh pun memang sebab Maths ni la. Musibat betul blaja tissue culture genetic semua tetiba ada Maths.
Tapi end up, aku antara 12 orang kalau tak salah dari 100+ student yang dapat A for Maths.
The only Malay yang dapat A. A+ lak tu.
Masa tu aku realized yang aku bukanlah bangang maths, tapi jangan paksa aku study. Aku ada cara aku sendiri nak buat camana. Yang pasti bukan meniru. Ngahaha.



Algebra and kalkulus la yang aku paling menyampah dulu.
Basic algebra pun bangang. Tapi kat UNIMAS, advanced algebra aku boleh score. Tak ke mengada namanya. Mati-mati aku ingat aku bodoh maths. Rupanya bukan bodoh tapi malas. Aku pantang orang paksa-paksa aku. Benda yang senang pun aku akan susahkan. Masa kat U aku tak suka study group. Aku blaja sendiri kat bilik. Aku enjoy buat macam tu. Alhamdulillah, rasanya teknik aku tu berhasil.

Redza macam dapat tempias perangai aku.
Yang mana yang kita torture tu, yang tu la akan jadi paling bangang sekali.
Yang mana yang kita sentuh lite-lite and secara santai, yang tu dia score.
Macam Arab kan, aku tak tau nak ajar, bapak dia pun tak tau. So harap kat ustazah sekolah agama dia je. Everytime nak test bahasa arab, aku akan mintak dia selak-selak balik buku latihan arab dia. Aku nak ulangkaji nga dia pun aku sepatah haram tak tau.
Tapi yang tu yang dia score.
Yang aku pulun kaw-kaw contoh macam BM dia, terus kelaut jadiknya.

Ya ampunnnnn BM dia horror!
Aku tak tau la dia ni kat skolah cakap bahasa sanskrit ke hape.
Arab boleh A, tapi BM dapat C.
Kau ni dah kenapa??
Hari tu dia tulis essay pastu tanya aku "Ma, 'signature' dalam bahasa English apa?"

Ooo...signature tu bahasa melayu rupanya. Baru aku tau.

Bukan kata aku tak ambik tau lansung pasal pelajaran Redza. Melampau sangat la kalau tak ambik tau lansung, cuma aku takut nak terlampau bertegas. Nanti jadi macam aku dulu. Blaja sebab dipaksa. Aku lebih suka Redza ada kemahiran. Maknanya, kau blaja memang kena blaja sampai abis. But at the same time, mesti ada kemahiran. Sebab zaman skarang pun dah susah dapat keje. Aku tak tau apa nasib anak-anak aku esok entah lagi susah. Kalau ada kemahiran sekurang-kurangnya dorang boleh gunakan kemahiran tu untuk cari rezeki. Kalau kemahiran kau memasak pun takpelah. Boleh carik duit dengan jual kuih kek ke apa ke. Manusia hari-hari makan, jadi berniaga makanan paling mudah nak carik duit. Janji kena sedap. Sebab tu perlu ada kemahiran.

Aku respek makbapak yang sangat menitikberatkan pelajaran anak-anak. Tapi anak orang tak sama dengan anak kita. Aku ada sorang kawan yang sangat close. Dia dari sekolah yang kalau orang dengar nama sekolah ni kebanyakkan akan pandang lekeh. Series tak tipu tapi aku taknak mention nama sekolah. Dia dulu maths bodoh jugak malah lagi bodoh dari aku. Stok-stok maths markah 9/100...13/100. Ada peningkatan tapi tetap kategori fail. Kalau aku boleh tepek certificate dia kat sini korang mesti tak percaya. Someone yang sekolahnya takde Addmaths, takde fizik tapi now jadi seorang profesional engineer di peringkat tertinggi. Aku proud sangat dengan dia.

UPSR takyah la nak bocor.
Kesian la budak-budak.
Kesian jugak mak bapak yang dah plan program bercuti ke apa ke.
Dibuatnya ada mak bapak yang dah book tix ke USA masa hari repeat exam tu tak ke satu hal.
Kalau aku, aku pegi je US.
Lantak ko la nak repeat exam ke tak. Eh.