2014-09-06

Hari untuk main


Dah sebulan aku mengelakkan diri dari breakfast sama-sama En Wan kat luar.  Tak pun beli nasik lemak balik makan kat rumah.
Aku lebih suka dia tapaukan je. Sampai dia naik pelik apehal tetiba aku malas nak join dia bfast.
Aku rasa sebulan yang lepas aku terlampau busy ngan keje sampai kepala aku naik serabut.

Hari ni En Wan bangun nampak aku sarung seluar, "Jeans?? Nak gi mana?"

Aku : Makan la.

Melompat terus En Wan dari katil.
Cepat-cepat dia mandi.
Agaknya dia malas nak tanya-tanya aku kang aku tukar fikiran pulak.
Masuk kereta dia tanya "Nak makan kat mana?"

Wah, kemain baik lagi.
Ni mesti kes terlebih happy punya pasal setelah sekian lama menunggu bini nak ikut pi breakfast.

Aku : Main Place.

Padahal aku tak sure if kat Main Place ada mamak ke tak. Kopitiam pun tak sure ada ke tak.
Sebenarnya aku pi sana sebab nak pi Toys R Us.




Western lah sangattttt.
Pagi-pagi makan pasta and baked cheese and macaroni with mashed potato with cheese.
Terbuntang-buntang En Wan telan pasta pagi-pagi. Tak pernah hayat dia breakfast makan pasta sekali hari ni kena hadap. Tapi sikit pun dia tak question. Gamaknya terlampau happy dapat breakfast sama-sama ngan wife again. Tak sampai 30 minit "Abang nak gi toilet la, sakit perut".
Dasar perut nasi dagang gini la agaknya.
Pagi-pagi makan makanan omputih terus cirit.
Sebenarnya aku pun tak tertelan sangat breakfast omputih kat Jaya Grocery ni, tapi sebab nak pi Toys R Us punya pasal, hadap je lahhhh.

Aku pun tak tau apa kepeliknya aku dari malam tadi lagi.
Semalam lepas maghrib terus ajak En Wan ngan budak-budak ni ikut pi Empire.
Semata-mata nak beli chocolate kat One World je. Mulut aku teringin nak pekena dark choc kat situ.
Lepas beli choc pi Toys R Us kat sana, belikan Rayyan Lego.
Si Redza takde selera nak beli apa-apa, so pastu kitorang terus balik.
Dalam perjalanan dirang ni tido, jadi singgah rumah dulu letakkan budak-budak berdua ni pastu aku ngan En Wan tenet kat Anwar Maju. Semalam aku belasah mee goreng mamak. Pastu order chicken wings lagi. Semua 3 ketul wings aku belasah sorang. Gila mentekedarah. Seb baik laki memberi sokongan padu. Siap offer "Nak order lagi tak?" Hahahaha.

Hari ni lagi sekali aku ajak dorang pi Toys R Us, suruh dorang pilih mainan apa dorang nak.
Aku bosan tengok budak-budak ni mengadap iPAD and tablet je hujung minggu.
Jadi aku paksa dorang beli mainan.
Rayyan pilih PlayDoh. Redza pilih Lego.



Maka pagi tadi sampai la pukul now (6pm), aku telah berjaya tak sentuh keje-keje aku (komputer) dan melayan dorang main. Seriesly seronok bila dapat layan budak-budak ni. And aku happy, akhirnya satu hari ni aku tak nampak dorang sentuh gajet. Redza leka dengan Lego, yang si adik leka buat macam-macam jenis kukis. dari 4 warna plastesin, dah tinggal satu warna je. Semua dia adukkan sekali. Sampai naik lebam kaler plastesin tu.

Dengan aku-aku sekali naik syok menggentel playdoh. Macam-macam kuih aku buat.
Oh, tak mainla pakai mold star, love gingerbread segala.
Kita harus ada skill.....


...Epok-epok u olss!!!

Maklumla, omak eh lahir tahun 70an. Old-skool.


Tapi pastu siapla aku mengemop lantai sebab bertapuk-tapuk dengan bekas plastesin.
Takpelah, yang main pun maknya jugak.
Si Rayyan dok ralit guna bendalah yang bila picit dia keluar plastesin memanjang macam kuih semperit tu. Dah macam taik kau jugak kaler plastesin tu jadiknya.


Redza main sorang-sorang takde hal.
Dia lagi suka tak diganggu. Kang kalau maknya masuk campur, elok-elok budak tu nak buat kereta sport terus jadi kereta sorong.



Lepas lunch, sambung layan Rayyan main Lego pulak.
Macam biasa la, mak dia yang lebih.
Ni aku buat. Berjaya!
*macamkan payah nau nak buat*


Selepas 2 jam baru siap kereta sport ni Redza buat. Sanggup tak makan tak minum.
Aku cakap ko jangan bukak-bukak lagi kereta ni. Kang satu hal nak memasang balik.
Dan aku sorok kereta ni. Kalau Rayyan nampak ni, komfem tinggal tayar je.


Ni pun aku buat.
Oh, gila best main Lego.
Dulu kecik-kecik aku takde Lego ni semua. Ibal sorang je yang dapat Lego.
Aku cuma dapat kemaskan Lego je lepas dia main.

Tapi Rayyan mana boleh kalah ngan design orang kan. Dia kan designer. Dia takkan puas hati selagi tak menampilkan kreativiti dia sendiri. Lalu terciptalah...


...tetiba je depan rumah ada satu menara tinggi and atas menara tu tetiba ada kereta. Kan?
Sape berani ikut design ni, silakan.



Dari pagi sampai kul 5 lebih tadi aku abiskan masa main okeh!
Tak penah aku main permainan lama-lama macam ni.
Memang pelik sikit aku hari ni. Bibik naik bilik aku 2 kali ingatkan aku cekodok udang ngan air teh dah siap, dia takut kuih and air sejuk. Last-last kali ketiga dia naik terus bawak sekali kuih. Fedap agaknya panggil-panggil tak turun, meh aku bawak naik bilik.