walk on wings, tread in air: Aku pernah ada ketagihan <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Aku pernah ada ketagihan
2014-09-04
 
Sape penah tengok video ni?
Kalau belum pernah, silakan tengok. But aku warn - JANGAN SESEKALI MENCUBA SEBAB TAKUT KETAGIHAN.

Nampak macam klaka kan?
Like, twerking pun boleh ketagih ke?? Gila tak masuk akal.

Lepas aku tengok video ni, aku rasa kesian sangat dengan this lady. Seriesly kesian. Sebab ni bukan lagi satu keseronokkan, tapi dah jadi penyakit! Sebab tu ada kata-kata "Kalau suka kat sesuatu tu jangan terlampau suka, nanti jadi duka". Tak kisah la, suka kat orang ke, suka kat keje ke, kalau terlampau taksub sangat beria-ia, selalunya akan mendatangkan mudarat. Tak skarang pun, kesannya mungkin akan nampak lagi 10-20 tahun maybe.

Aku penah lalui kesan ketagihan. Tapi bukan twerking la. Camana aku nak twerk, bontot pun leper.

Aku pernah ketagih pejam mata and beliakkan mata.

Ok. Klaka.
Aku tau bunyiknya sumpah klaka.
Macam dah takde benda lain kau nak ketagih.

Tapi sebenarnya seram jugak.

Mau tak seram.
Kau tengah sembang-sembang ngan orang tetiba tanpa kau sedar kau buntangkan mata.
Orang tengok pun cuak. Budak ni kena sampuk ke hape elok tengah melepak tetiba beliakkan mata.

Beliakkan mata semua orang boleh imagine how kan?
Tapi pejamkan mata...err...???

Seriesly, ni bukan pejamkan mata macam kau pejam mata nak tido tu.
Aku ketagih nak pejamkan mata kuat-kuat and kerap.
Seolah-olah macam setiap kelipan mata tu tak puas. Jadi, aku akan pejamkan mata aku kuat-kuat sampai 10 saat paling lama. Mak aiii, pastu rasa puas gila!
Tak tau aku nak explain macamana. Nak demo kat korang nanti aku takut penyakit ni datang balik pulak.


Macam ni la lebih kurang aku pejamkan mata.

Aku lupa apa punca aku ketagih beliak and pejamkan mata ni.
Tapi ketagih ni aku dapat time skolah rendah. Tapi tak lama, dalam 4-5 bulan je.
Aku memang fight kaw-kaw untuk stop beliakkan mata.
Seriesly, benda ni tak terkawal. Tanpa kau sedar kau beliakkan mata. Kejap kang tetiba kau pejam rapat mata sampai menggigil-gigil rahang nak pejamkan mata. Memang gila punya penyakit.
Aku tak bagitau sesape aku tengah struggle nak pulihkan ketagihan ni. Sebab time kecik dulu mana la kita nak tau benda ni satu ketagihan. Lagipun aku nak bagitau apa kat orang? 
"Saya ketagih beliakkan mata". 
Orang yang dengar tu pun bagi aku dua option. Kau nak penampa ke nak aku jotos bijik mata kau?

At least that lady yang ketagih twerk ni ada family support.
Macam aku, masa tu masih sekolah rendah, makbapak pun tak notice yang aku suka beliak and pejamkan mata and aku pun tak pasti yang aku sedang alami ketagihan.
Maknanya kat sini aku stuggle sorang-sorang untuk merawat diri sendiri.
Memang stress sangat. Walaupun aku seronok beliakkan mata, but deep down aku taknak. Aku malu tetiba je mata terjegil, tetiba kang terkatup rapat sampai ketap-ketap gigi nak pejamkan mata. 
Jadi, aku telah men-torture mata aku dengan menyimbah mata dengan air.
Setiap kali aku rasa ketagihan tu nak sampai aku akan berlari ke bilik air, bukak mata besar-besar and simbah air terus masuk mata. Simbah sebanyak-banyak ada. Aku sendiri tak tau if it will work. Masa tu aku aim nak sakitkan mata sendiri supaya aku berenti beliakkan mata. Aku cakap kau, ketagihan ni sangat pelik dan juga really menyakitkan!!

To some, nampak macam penyakit beliak and pejamkan mata ni takde apa.
Tapi kalau dah sampai setiap 30 saat je mata kau terbeliak, tak ke penyakit namanya.
Kalau orang yang tengok pun naik menyampah, percayalah cakap aku diri yang menanggung ketagihan ni jauh lebih sengsara. Kau taknak benda ni jadik kat kau. Kau cuba melawan but at the same time ketagihan tu sentiasa datang. So please, lepas baca entry aku ni jangan cuba-cuba nak try beliakkan bijik mata, takut nanti ko pulak yang dapat.



posted by aveo757 @ 9:21 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER