walk on wings, tread in air: Bil <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Bil
2014-01-07

Ada jugak orang tanya aku pasal bil letrik.
Sungguh tinggi pandangan kamu terhadap saya sehinggakan boleh terfikir nak tanya pasal bil letrik kat aku. *geleng-geleng kepala*

Walaupun aku ada sorang kawan yang berbackgroundkan electrical, dan dah naik berbuih mulut dia ajar aku kiraan bil letrik, tetap aku tak boleh ingat. Yang aku ingat, Mak Aji pernah plan nak ubah atap kat ruang tangga supaya masuk cahaya sebab everytime nak naik bilik atas, Mak Aji kena on suis tangga. Ruangan tangga tu agak malap sejak dia extend porch. Kos nak buat renovation tu around RM4K. So kawan aku ni cakap, jangan buat. Dia tunjukkan kira-kira yang aku tak reti nak explain kat sini. Nanti kalau aku jumpa balik kertas yang dia scribble tu, aku tepek sini. But conclusion dari tunjuk ajar dia tu, kalau Mak Aji on je terus lampu tangga tu tak tutup-tutup forever, jumlah bil untuk that lampu cuma RM0.10 sehari. Kalau Mak Aji buat renovation RM4K tu, berapa tahun makan masa nak balik modal? Comparekan dengan RM0.10 sehari ni. (kiraan sebelum taarif letrik naik).

Toksah cakap "Sehari 10 sen, sebulan dah RM3 oiiiiii"

Kau makan sehari je dah RM10 okeh.
Sehari makan RM10 tak apa.
Sebulan on lampu tangga kena bayar RM3 nak kecoh?
Jangan poyo please..??

Jadi untuk menjawab soklan reader tu, aku tanyakan sendiri pada kawan aku ni.
Namanya dirahsiakan atas sebab-sebab dia taknak tumpang glemer aku. *uhuk..uhuk..uhuk*
Dia ni adelah someone yang bertittle "Dr. Ir" in electrical/energy.
Sesape rajin boleh la gugel kalau nak tau sangat sape orangnya.
Kat Malaysia ni, tak ramai electrical/energy background yang ada tittle Dr. Ir.

*abaikan typo dari pihak aku*








Dulu, bil letrik aku cecah RM700 sebulan.
Dah macam bil letrik kilang rumah aku ni.
Aircond bilik aku memang rajin on. Kadang-kadang kalau aku sampai rumah kul 3pm, maknanya dari 3pm santak ke besok pagi konfem on.
En Wan pulak buat keje kat bilik Redza.
Paling-paling start lepas maghrib sampai 12-1am, aircond bilik Redza on.
Kalau time Rayyan tido bilik mak, kena on aircond.
Time tengok tv kat bawah, aircond on.
Kadang-kadang lepak kat hall, on aircond.
Aircond yang jadi tukun kat rumah aku ni cuma aircond kat dining area and guest room je.
Heater bilik air aku, bilik air mak, bilik air bibik, memang guna.
Bibik gosok baju everyday.
Basuh baju everyday.
Kalau henfon and ipad ni macam tak benti-benti dengan charge la pulak.
Malam, lampu porch on.
Lampu kat tiang porch.
Lampu kat gate, on.
Lampu keliling pagar rumah, on.
Mau tak cecah RM700.
Tu belum lagi dengan En Wan punya plan nak buat kolam ikan balik semula yang dah tentu-tentu motornya bergerak 24/7.

Tapi kawan aku ni cakap, rumah aku ni kalau aku kekal buat semua yang aku mention tadi secara constant, sepatutnya around RM400 je.
Dia la yang ajar aku, tv, astro, kipas, lampu keliling pagar ke apa ke, semua tu tak significant sebab watt rendah (something like that la).
Yang penting aircond, water heater, boiler, and everything yang ada option warmer.

Aku stop guna boiler.
Lepas masak air, terus masukkan dalam thermos.
Takde dah biar air sentiasa heat dalam boiler.

Nak makan nasik baru panaskan.
Dah takde dah keep warm dari pagi sampai tengahari.

Dulu, heater kadang-kadang aku tak tutup.
Lepas mandi main keluar je. Suis heater tak tutup. Bajet duduk hotel malas tutup suis.
Bila tak tutup suis heater walau tak guna, air kat dalam tu sentiasa dalam keadaan warm.
Jadi, now lepas mandi, tutup heater.
Aku pun dah macam mandor, kena round setiap bilik check heater bilik air dorang tutup ke tak.

Aircond pun sama.

Now, bil letrik aku alhamdulillah RM300-400. Tak lebih dah dari ni.
Lega la jugak kan. Dari kena bayau sampai RM700. Sebulan dua tahan lagi. Kalau setahun dua bayau letrik RM700, mau tak berganti spender guwe. Macam roti kirai la jadiknya spender aku.

Bil ni, nak rendahkan lagi aku rasa payah la jugak sebab rasanya berbaloi dah ni kot penggunaan aku banyak tu dengan bil yang aku kena bayar.
Melainkan tak kasik orang bukak aircond and pakai heater.
Tapi dah macam bangang sangat pulak pegi letak aircond setiap bilik letak heater setiap bilik tapi orang nak guna kau tak kasi. Wadehelll.

KLIK HERE : ORDER EPHYRA
KLIK HERE : WOMEN SKINNY JEANS


posted by aveo757 @ 10:15 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER