2014-01-07

Mak Aji



Ada jugak orang terserempak ngan Mak Aji last Sat.
Sepatutnya now Mak Aji and Pak Aji dah ada kat Bengkalis, Riau dari Ahad lepas sampai Khamis ni.
Sepupu Pak Aji yang menetap kat Bengkalis kawenkan anak.
Cadangnya dorang berdua nak pegi la.
Memandangkan Mak Aji asyik la sebut-sebut nak naik cruise kat Melaka tu, aku book kat hotel untuk dorang stay one night so dorang boleh la jalan-jalan dulu kat Melaka sebelum berangkat esoknya. Takde la kelam-kabut dari Bangi nak ke Melaka pagi-pagi buta Ahad tu kan.

Malam Sabtu tu ok je si Ibal whatsapp gamba-gamba Pak Aji and Mak Aji naik cruise la, bergamba kat hotel la, apa la, siap nak pi makan ikan bakar bagai (tapi tak jadi). Esoknya, aku ingatkan dorang dah berangkat naik feri sekali Ibal call cakap tak jadi, Mak Aji takleh berjalan lansung.

Actually, lepas kenduri cousin aku yang kat Kajang tu, malam tu Mak Aji dah cakap kaki dia sakit, nak diri lama tak boleh. Aku syak sebab dia banyak nau berdiri jadi penyambut tetamu la katakan. A week before the wedding lagi dia dah busy siapkan kukis untuk bunga pahar semua. So tak rehat sangat. Aku ada gak bawakkan dia ubat untuk sakit urat. Dia makan ubat tu ok dah. Dengan yakinnya nak pegi Bengkalis jugak ni.

Rupa-rupanya, masa kat jeti Melaka tu, tetiba tengah jalan dia dengar mcam bunyik meletup kat kaki kiri dia. Meletup macam tulang lari sikit. Tapi area yang dia sakit tu bukan area tulang. But the bunyi meletup tu akan-akan gitu la. Lepas tu terus takleh jalan. Toksah kata nak melangkah, nak cecah tumit pun tak boleh sebab terlampau sakit. Kebetulan masa dia kena tu, Pak Aji tengah beli tiket and Ibal ada dalam kereta. Mak Aji mintak Ibal just drop dorang pastu suruh Ibal balik takut jalan jem. Ibal macam tak sedap hati sebab pagi tu Mak Aji dah cakap kaki dia sakit-sakit. Seb baik Ibal tunggu. Kalau tak? Mau berangkut dengan ambulan.

Masa Pak Aji patah balik ke arah dia, mujur sempat pegang. Sebab Mak Aji dah nak pitam dek menahan sakit. Berpeluk-peluk ni. Mak Aji tu kan boleh tahan besau, nak berpaut pulak kat Pak Aji. Mengagau jugak la Pak Aji nak tahan mak Aji dari tumbang. Maka rakyat-rakyat Indonesia kat jeti menyaksikanlah adegan filem hindustan seploh minit antara 2 warga emas tersebut. Beria-ia dorang berpelukan siap Mak Aji dengan muka nak pitam lagi. Mesti orang yang tengok tu kata "Alahaii sedih nau dorang ni nak berpisah sampai pengsan-pengsan." Hahahaha.
*PANGGGG sedas. Kutuk makpak sendiri*



Ni lah kedaan Mak Aji now.
Petang tu jugak Busu Noi and Andak aku hantar tongkat and wheelchair arwah nenek.
Bukan salah urat.
Tisu dia koyak.
Now Mak Aji kena gerak guna tongkat and wheelchair.

So now dorang berdua tido bilik aku (bilik bawah).
Senang, takyah nak turun naik.
Tapi malam semalam aku gi tengok, dah sibuk nak solat berdiri pulakkkkkk.
Aku harap esok lusa aku tak dengar cerita dia mengemop sambil duduk atas wheelchair pulak.

Bak kata anak sedara En Wan, benda ni makan masa nak baik.
Kena hadkan pergerakan.


Aku : Ma, kalau tak ok camne nak pi Jepun ni? Dapat kat Ibal la tiket tu nampaknya.

Mak Aji : Eh, insyallah dah ok dah time tuuuu. *gila semangat nak berjalan*

En Wan : Takpe, Wan boleh tolak. Nanti dorang bagi kita laluan. Boleh kita naik katebang awal.


Kuwang hajar punya menantu.
Laki sape ni???


KLIK HERE : ORDER EPHYRA
KLIK HERE : WOMEN SKINNY JEANS