2013-07-27

Fleur by Mrs Him : Dahlia


 Those yang kat Kuala Terengganu, kalau larat nak merayap kat Dataran Syahbandar tu, boleh la singgah booth En Wan. Ni dia hantar gamba booth dia kat aku. Gila belagak tayang booth sampai 3-4 gamba. Ingat aku tak nampak agaknya. Aku tak tau apa cerita bisnes dia kat sana, kosser nak masuk campur.
 


T Shirt and baju berkolar yang dia park kat KT ni tak sama dengan yang dia jual kat blog. Yang kat KT ni dia fokus kat market sana, orang-orang dia sana. So yang email-email aku nak tengok T Shirt En Wan di KT, sorry, harap boleh email dia. Aku memang tak kacau lansung bisnes dia, apa dia buat. Aku cuma tolong tengok je. Tolong pack baju pun tak. 

Ok, ni aku up-kan lagi kuih-kuih raya dari readers.
Kalau nak order sila contact dorang ya.  


Nestcoffee
RM25/50pcs
Yang ni aku tak makan. Sebab aku bukak-bukak je balang dah terbau macam bau kopi. So aku takleh nak bagitau cemana rasa dia. Tapi kalau yang suka coffee, boleh la try biskut. Aku tak sure camana rasa dia tapi kalau ikut bentuk macam ala-ala kuih kacang tu. Silakan la try ya.


 Choc chip (bukan mak aji punya so jangan konfius)
RM25/50pcs
Err..yang ni pun aku tak try. Toksah kata choc chip budak ni, choc chip mak aji tu pun aku takleh nak telan sangat sebab aku tak berapa masuk dengan coklat. Walaupun dulu time skolah memang aku la yang menggentel and mengadun choc chip tu tapi tetap aku tak makan. So kalau nak rasa budak ni punya, silakan order direct untuk rasa.

 Kalau nak order 2 kukis kat atas ni boleh contact cthajar11@gmail.com

 
 Ini kuih tart feveret aku.

Yang ni bukan reader yang buat tapi reader tolong belikan. Hahhaa.
Dah masuk tahun ke-3, reader tolong belikan tart ni untuk aku.
Dia kata dia beli kat area rumah dia je. Kuih tart ni senang berderai kan, so kalau nak mengepos tu rasanya besar harapan by the time sampai kat kau dah bukan kuih raya tapi serbuk raya. So aku rasa mana-mana kuih tart memang kena beli by hand je la. But this tart gila sedap. Sejak 3 tahun lepas aku tak beli tart lain dah melainkan pesan kat reader ni je. Tapi tu la, agaknya tart ni memang laku so tahun ni aku dapat sebalang je. Dah suku dah pun. Takde harapan jumpa pagi syawal kuih tart ni.

Ok, jubah raya.
Those yang berurusan di FB, sebenarnya korang berurusan dengan team Fleur. Bukan dengan aku.
So kelmarin, bila aku letak kat blog, ada yang email aku direct. Yang kat FB aku tengok sekali pastu done, kasik team Fleur yang handle. Aku ni syok mereply email-email request kat email je. Alih-alih kan, stock dah habis aku tak tau. Maka, gabra mode pun bermula. Jadi, semalam aku dah email kepada yang berkenaan tentang stok-stok and size yang dah sold out. Sorry sangat-sangat. Aku pun tak sangka ada jubah yang within 12 hours sold out kebanyakkan size.

Kelmarin kan aku up 4 kaler je kan, tapi disebabkan aku dah mention yang ada kaler lain, jadi quite a number jugak yang email aku mintak aku emailkan kaler-kaler lain sebab takut tak dapat szie. Jadi aku dah email siang-siang, main snap je baju, tak gayakan pun. So ada di antara baju yang aku letak kat bawah ni dah sold out dah pun. Sorry sangat-sangat. Lepas ni aku rasa aku publish je kat blog. Tapi segala ordering biar team Fleur yang handle kat FB. Kalut sungguh la aku ni.



Oh yes, nak bagitau, aku dah hire designer :)
Bibik Jamilah aku yang dulu tu dah habis kontrak and balik Indon sejak bulan 2 lagi. So now Fleur ada team tailor and designer sendiri. Cuma takde la macam designer orang lain. Aku punya ni kategori saya-budak-baru-blaja jugak ni. Takpe, slow-slow.

So design asal jubah ni adelah macam kat atas tu.
Tapi lepas discussion beberapa kali, aku tukar design dia sebab aku perlukan design yang tak heavy sangat. Yang design ni macam sesuai ke event-event. Nak buat baju pengantin pun boleh kot. Sebab tu lah hasil akhir beza sikit.

Ni aku up-kan semua kaler yang aku buat untuk jubah ni and aku tuliskan sekali stok yang available.
Tapi kalau nak order boleh ke FB Fleur Closet ya, sila berurusan dengan dorang di sana. Aku takut nak handle enquiry kat email kang stok dah habis aku tak tau.

Lepas ni aku tau dah, aku kena produce banyak size L and XL.
Sorry, L and XL semua dah sold out, sehelai je XL ada lagi.
Refer size chart kat bawah tapi abaikan part pinggang ya, sbb jubah ni takde cutting.


Black/light yellow
SOLD OUT


Light purple/cobalt blue
SOLD OUT


Green/Purple
SOLD OUT


Green/Yellow
SOLD OUT


Purple/Grey
SOLD OUT


Brown/orange
SOLD OUT


Black/light yellow
SOLD OUT


Pink/Grey
SOLD OUT









Ephyra Promo NEW : Click here and fill up the form
Senarai Agen Mak Aji's Cookies : Click here