2013-07-24

Kota Permai again




Sebelum aku merepek dengan lebih jauh, nak bagitau yang T Shirt Superdry yang aku advertise baru-baru ni semua SOLD OUT. Hanya tinggal sehelai je T Shirt warna maroon. So takyah isi dah form tu ya, email je la terus En Wan kalau nakkan T Shirt maroon tu. Lagi satu, En Wan akan balik Tganu malam ni ngan mak sebab esok dia dah start bukak booth kat Dataran Syahbandar. Sesape kat KT kalau singgah Dataran Syahbandar, look for booth yang ada banner Superdry. Insyallah En Wan ada sana sampai Ahad malam. Aku takdak. Aku duduk kat rumah buat parti liarrrrrr. Ngahahaha.

Semalam, kitorang berbuka puasa kat Kota Permai Golf Club untuk tahun keempat berturut-turut. Dah macam duta dah. Takde la tempat lain nak pegi. Balik-balik ke sana. Tapi alhamdulillah, kat sana takde la sakai sangat macam De Palma Shah Alam tu. Kat Kota Permai ni tak crowded. Dia takde sumbatkan selagi ada manusia dalam dunia ni semata-mata nak dapat untung. Macam De Palma Shah Alam dulu aku pegi nak bergerak pun payah. Sesempit-sempit yang ada dia susun meja punyalah nak terima orang ramai-ramai berbuka kat sana. Pastu bila manusia dah terlampau ramai, dia pulak yang takleh handle maka service pun lousy.





Harga pun reasonable. Dewasa RM55++, kanak-kanak RM35++.
Menu ok.

Kota Permai ni selesa.
Aku rasa dia tak tambah meja pun. Memang meja yang ada tu je la dia allocate untuk berbuka puasa. Jadi orang tak ramai, takde la bersampuk-haruk nak ambik makanan. Pastu surau dia ok. Walaupun surau tu sebenarnya hall yang dibagi dua dengan tempat lelaki bersolat, tapi selesa la. Sebab orang tak ramai so surau pun takde la sesak. Telekung pun dia ada sediakan tapi aku prefer bawak telekung sendiri.

Marilah menjamu mata...


Aku tak tau apa benda ni tapi En Wan ada ambik semalam.
Macam yong tau fuu tapi bukan. Macam inti kebab tapi bukan.
Tapi sedap. Dia bakar.



Ketam berlada.
Menu pertama yang aku ambik semalam.
Semalam tak berbuka nasik pun sebab kalau makan nasik nanti mesti aku kenyang pastu hanya mampu pandang je makanan-makanan lain. So aku pilih untuk meratah je.



Tak sure apa tajuk lauk ni, nak kata rendang bukan. Tapi sedap. Ayam.


Rendang daging.


Tak tau tajuk


Kuih, puding and buah di sekeliling meja.
Semalam nampak donut tu tapi tak sempat nak ambik.
Hari ni tengok donut ni rasa cam sedapnyaaaaaa.
Nak carik donut la petang ni.


Yong Tau Fu


Ni kat kaunter "Goreng-Goreng".
Ada keledek, ubi, pisang, and cempedak goreng.
Besttttt.


Kauter roti jala.
Lembut sangat roti jala dia. Sedap.
Tapi kuah kari pedas nak mati!


Ayam golek.
Mahveles, sebab tak lembab. Kering je.
Aku suka kering-kering.


Kambing.
Ni satu kaunter dengan ayam golek, and sosej.
Ni menu pertama yang En Wan ambikkan untuk aku.
Oh, suwitnya ambikkan makanan feveret bini.
Bini pun memakan sikit tak pelawa. Hahah.

 
 Satey dia pun sedap. Gemuk-gemuk.

 
 ABC.
Tapi yang ni masa ambik second round lepas solat.
Masa first round lagi sedap.
Second round ni kureng sebab tetiba mesin ais rosak so ais dia ketul-ketul besar.
Dah macam kunyah kacang pulak.



Selesa.
Nak bergerak pun senang takyah berlaga-laga tetek.

Actually banyak lagi lauk-pauk dia.
Tapi semalam aku malas nak bergerak, yang ambik gamba ni pun En Wan.
Aku sampai sana semalam terus duduk tak gerak-gerak sebab menjaga si Rayyan. Panglima aku ni kang pantang lepa je tetiba kang aku tengok dah ada dalam kolam. Satu hal pulak. Tapi seblom pegi aku dah caj tab awal-awal, supaya dia leh layan Upin Ipin. Maka dapatlah kitorang semua makan dengan tenang.


Tuan tanah.

Esok sampai Ahad aku berbuka dengan Redza and bibik je la kat rumah.
En Wan dah balik Tganu esok malam.
Maka senang la menu aku kan, susah-susah sangat order je Dominos, takpun KFC, tak pun Secret Recipe. Since En Wan takde minggu ni maka pasar pun takgi la Ahad ni. Maksudnya, next week konfem Isnin sampai Jumaat beli makanan kat bazar je la. Lagipun nak balik Tganu dah next week, takde de aku nak simpan stok lam freezer. Dibuatkan takde letrik, satu rumah aku kena overhaul nanti.


 Jubah Fleur by Mrs Him dah siap.
Tinggal aku belum sempat nak ambik gamba je lagi.
Ada size untuk budak jugak.
Friday baru leh buat fotoshoot.
Jubah yang aku pakai ni aku buat as teaser untuk FB Fleur semalam tapi dah ada orang beli. Tapi ada lagi, cuma design lace berbeza, but kaler gold and hitam ada. Kaler lain also ada tapi nanti ya, kasik aku ambik gamba proper dulu.



New shawl Fleur.
Combination printed and plain.
Ada a few colors.
Kasik aku pakai and snap gamba dulu.








Ephyra Promo NEW : Click here and fill up the form
Senarai Agen Mak Aji's Cookies : Click here