2013-02-10

Aku datang..



Ya Allah, aku nak datang ke sana.
Tapi aku kotor. Aku jahil.

Ya Allah, maafkan aku kerana aku lambat.
Aku yang jahil ini nak datang.

Tapi aku ke sana tak bawa apa-apa pun.
Tiada bekal.
Tiada apa.
Aku miskin lagi hina dan berdosa.

Ya Allah,
Sembunyikanlah aibku,
Tutuplah kelemahanku,
Ampunkanlah dosaku,
Hapuskanlah kejahatanku,
Redhokanlah aku.
Janganlah disiksa, kerana aku sememangnya lemah.
Aku takkan berdaya.
Tolonglah terima aku di sana.

Allahuakbar.
Labbaika Allahumma Labbaik.






Assalamualaikum Semua,

Hari ni aku berangkat ke Madinah, together with En Wan.
Di kesempatan ni, aku nak minta maaf kepada semua pembaca blog ni and sesiapa saja yang kenal aku tak kira di luar mahupun kenal di sini sekiranya penulisan aku pernah mengundang rasa tak puas hati.

Kepada yang email berpesan doa dan sampaikan salam kepada Rasulullah saw, insyallah akan aku usahakan. Doakan segala urusan aku dan En Wan di sana dipermudahkan. Mungkin ada antara yang membaca blog aku ni, doanya makbul, jadi doakanlah kami.

Wslm.