2013-02-14

From Makkah with laf

Assalamualaikum frens.

Alhamdulillah aku and En Wan selamat sampai di Makkah semalam 1030pm waktu Makkah (Rabu), waktu Malaysia 330am (Khamis), after 7hrs journey dalam bas, from Madinah. 7 hrs tu campur sekali benti solat, benti minum, benti miqat and benti tunggu jemaah yang tertinggal kat hotel.

Kami sampai di Madinah pukul 830pm (Ahad) waktu Madinah. Naik Saudi flight yang disewa khas untuk jemaah umrah. Ada a few kumpulan dari agensi umrah yang berbeza-beza. Agak 'behave' jugak aku naik flight kali ni. Turbulence jangan cakap la...orang penakut macam aku ni, bergegor sikit pun dah meraung. Kebetulan tempat duduk aku terpisah dengan En Wan. Ada aisle kat tengah. So tak dapat la nak peluk laki kalau kapal bergegar. Makcik sebelah sampai ingatkan aku ustazah lah. Dia kata kat anak dia "Bagus dia ni dalam kapal terbang hari tu sepanjang masa berzikir". Ye lah makcik. Ustazah la saya ni. Sangatttt. Padahal aku ketakutan okeh. Ni la manusia, dah takut baru ingat Allah.
Aku la tu.
Bukan orang lain.

Sampai airport Madinah, stuck 2 hours kat imegresen sebab kaunter tak banyak bukak. Takpelah, tak kisah. Janji lepas sudehhh.

Alhamdulillah, bilik aku kat Madinah mengadap Masjid Nabawi. Tido mengiring mengadap tingkap terus nampak kubah hijau. Makam Rasulullah di bawah kubah hijau ni. Ya Allah, ni lah view terbaik pernah aku dapat selama hayat aku duduk di mana-mana hotel. Kebetulan, aku period masa ni, mungkin ni lah 'hadiah' untuk hilangkan kesedihan aku. Siapa yang tak sedih, orang lain sibuk ke masjid nabi tiap waktu, aku cuma sesekali duduk di perkarangan masjid. Setiap kali nampak kubah hijau, tiap kali tu aku menangis. Alhamdulillah malam terakhir aku di Madinah, ditakdirkan period aku kering. Belum pernah secepat ni. Selalunya paling cepat 10 hari. Cepat-cepat aku mandi and dapat solat dalam masjid dicelah-celah makcik-makcik Turki. Disebabkan aku dah sampai lambat, aku takde jalan lain, terpaksa membontoti geng-geng arab ni. Orang Asia ni semuanya sopan okeh. Dorang tak suka berebut, semuanya dibagi orang. Nak-nak lagi orang Malaysia, sangat sopan. Sampai tempat kena sebat ngan orang pun masih senyum. Atas sebab tu, aku follow orang-orang arab ni. Dorang ni 'berani' sikit. Semua dia redah. So aku pun ambik peluang sekali. Agaknya berkat follow dorang, zupppp ke depan aku pergi. Kalau harap berkat diri sendiri, tak dapat kot. Kita tumpanglah berkat dorang.

Padatnya manusia memang jangan cakap lah. Kalaulah Rasulullah masih hidup, and lihat seramai ni manusia yang ada dalam masjid dia. Memang speechless tengok jemaah masjid, 2 jam before Subuh jemaah dah penuh sampai melimpah ke luar. Subuh, aku hanya dapat solat di perkarangan masjid je, tapi dapat sambung saf. Insyallah dapat pahala yang sama dengan solat dalam masjid. Amin.

Semua yang minta sampaikan salam pada Rasulullah saw, aku dah sampaikan. Sangat sentimental bila menyampaikan salam. Terasa macam Rasulullah masih hidup. Di sinilah aku dapat rasakan betapa mahalnya syahadah kita. Kalau selalunya kita ucap syahadah dalam solat, tapi di sini aku 'declare' sendiri di depan Rasulullah syahadah aku. Tak dapat nak digambarkan saat aku declare syahadah. Airmata memang sangat murah. Entah apa la yang ada pada aku sampai aku antara yang dipilih ke sini. Rasanya jauh sangat diri ni nak dibandingkan dengan orang lain.

En Wan sangat dimudahkan laluannya di Madinah. Alhamdulillah. Syukur sangat. Malam pertama sampai di sana, semua kepenatan sebab by the time dapat kunci hotel dah pukul 2am waktu Madinah. Masa tu di Malaysia dah 7am, Isnin. Maknanya, dah 24 jam kami berjaga. Lepas masuk bilik, En Wan terus siap-siap nak ke masjid malam tu jugak. Dia pergi sorang sebab aku mana dapat pergi. Dia balik around 330am "Abang dapat solat di 3 tempat berbeza dalam Raudhah".

Bergenang airmata aku dengar.
Happy sangat.
Malam tu jugak dia ziarah makam Rasulullah and para sahabat. Dan sejak hari pertama, dia sentiasa dapat bersolat sunat di Raudhah Hari terakhir dia dapat bersolat satu waktu fardu dalam Raudhah.

Aku cakap "Bagusnya Tuhan mudahkan laluan abang ke Raudhah".

En Wan jawab "Alhamdulillah, kena berdoalah. Jangan putus asa, insyallah ada jalan. Ni berkat doa Di jugak.......dan hasil prektis berebut tengok bola dalam stadium".

Boleh??

Makkah now.

Melangkah kaki masuk dalam MasjidilHaram, hati aku dah berdebar-debar. Rasa takut sangat. Ya Allah, mana la tak takut. Kalau kita dijemput datang ke istana mengadap Agong pun kita dah takut kalau ada buat salah. Inikan masuk ke rumah Allah, menjadi tetamuNYA. Sah-sah bawak banyak dosa. Macam-macam dah terbayang dalam kepala.
Masa masuk ke masjid, aku tak berani nak angkat muka. Tak tau la kenapa. Mungkin rasa takut, malu, semua ada. Aku cuma ikut je tangan En Wan tarik. Sampailah ke tepi tebing, saat angkat muka and pertama kali nampak Kaabah depan mata adelah another sentimental moment. Airmata memang keluar tanpa dipaksa-paksa. Aku ni bukannya orang yang baik. Bukan orang baik. Yang baca blog aku dari awal pun maklum macamana gaya aku dulu. Ada banyak lagi khilaf. Semoga Tuhan simpan aib-aib aku.

Dapat juga rupanya aku lihat Kaabah sebelum tutup mata. Alhamdulillah kami dah selamat kerjakan umrah pertama. Tadi siang dapat tawaf sangat hampir dengan Kaabah. Tapi En Wan tak berani nak bagi aku dekat ke Hajar Aswad. Dia kata "Nanti dulu...". Orang berasak-asak sangat kot. Ok lah, jangan derhaka kata-kata suami ya Diana. Tanah Haram ni. Ikut je apa dia kata.

Lepas umrah, terus duduk dalam masjid. Aku cakap aku taknak balik. Kalau aku balik. Konfem zohor aku solat kat luar. So kitorang stay. Aku dapat carik spot solat biar boleh nampak Kaabah, alhamdulillah. Cantik je rasa pandangan mata duduk mengadap Kaabah. Insyallah, kami lama lagi di sini, harap boleh perbaiki ibadah umrah and dapatkan spot yang lebih cantik depan Kaabah untuk ingatan and kenangan for diri sendiri. Yang berkirim doa, insyallah akan aku sampaikan.

Insyallah, balik nanti baru aku cerita panjang-panjang. Mohon doakan aku and En Wan sihat di sini and dapat teruskan ibadah.


-Di, Makkah, 641pm-


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone