2012-10-24

Mengapalah bersusah payah sampai macam ni..


Tak payah la buat macam ni sekali oiii.
Aku tau those yang bukak bisnes jual baju design aku tu adelah di kalangan yang mesej aku kat FB Fleur jugak, buat-buat tanya harga. Kan?

Ni mesti bangsa yang life gila boring lantas tak tau nak buat apa maka menghabiskan masa stalk sesape yang bagi komen kat photo-photo baju aku pastu PM sorang-sorang offer the same baju dengan harga jauh lebih murah.

Beb, meh sini aku nak bagi nasihat.
Kau nak tiru design aku, silakan. Aku takde hal pun.
Tapi tunjukkan dulu gamba hasil dari jahitan korang membentuk design baju aku tu pada customer. Tu baru namanya usahawan cerdik.
Bukan cilok gamba dari FB aku, tepek kat wall masing-masing and buat promo "Baju ni harga RM150-RM200". Tu namanya takde keyakinan diri. Kau nak berbisnes tapi kau sendiri tak yakin dengan produk kau lalu terpaksa menepek gamba orang untuk di'jual' kat blog sendiri. Akai ada? Ada la kot. Tapi kat celah kangkang.

Sabtu lepas (mana yang ada dalam FB list aku tau la kot), 3 aktiviti pemplagiatan berjaya diberkas (dah macam 999). Terima kasih kat reader-reader yang dikasihi kerana mendetect dan menginform.

Mula-mula plagiat baju pic profile Fleur by Mrs Him.
Pastu ada sorang lagi inbox aku bagitau ada lagi sorang makhluk 'jual' baju aku. Yang ni lagi berani, siap cakap brand tu Fleur by Mrs Him seolah-olah dia agen aku. Wadehel.
Yang ketiga, plagiat entry caller HotFM (I know you are reading this sebab sah-sah kau baca blog aku).

Aku sampai dah tepu that day. Macam back to back pulak. Kira macam dorang ambik turn nak kena bambu. Reader-reader aku ni pun boleh tahan terer. Aku just printscreen and letak kat wall, sejam pastu tau-tau semua dah delete the post/photo. Ntah apa la yang korang kejerkan sampai dorang delete semua post. Heh.

Malam ni dapat pulak satu email.
Ok yang ni memang gila saiko. Sampai boleh stalk page aku and perati saper yang ada cara-cara nak tempah baju, terus dia add as fren and offer service. Takde hal la bai kau nak offer RM190 ke, RM90 ke, 90 sen ke tapi kalau aku sebagai customer pun, aku nak tengok contoh baju dulu baru yakin boleh tempah ke tak. So, kalau kau nak jual baju aku tu, silakan. Tapi jahit dulu then bagi orang tengok produk kau pulak camana bentuknya. Jangan lah menipu customer oiii. Aku tak tau la apesal korang ni nak berjaya dan kaya dengan mudah.


Padahal medium online bisnes ni adelah medium yang paling mudah dapat customer kalau kau tau caranya. Kau dah tau kau nak jual baju, patutnya kau produce the baju, ambik gamba, letak kat blog, then promote. Customer pasti akan carik kau. Lagipun kau nak jual baju biasa, baju kurung je pun, bukan kau nak jual baju kalis peluru yang siap nak demo bagai. Tapi bila kau sampai ke tahap bersusah-payah email, PM customer, kau tak sedar yang sebenarnya kau dah tunjukkan kat customer how unprofessional you are. Kalau aku pun aku cuak. Tetiba je tak tau ujung pangkal masuk PM dari sesape ntah "You nak beli baju Fleur by Mrs Him ye? I boleh offer RM190 je". Apekah??

Same goes to pencilok gamba cookies Mak Aji.
One of agen aku bagitau ada orang sabotaj kukis Mak Aji. Dia pi ambik gamba kukis aku and letak kat FB dia pastu dengan riang-rianya promote RM12 sebalang. Siap kata kukis dia lagi sedap, bahan-bahan pun guna tak mahal, so boleh jual murah. Tapi yang kau guna gamba aku apesal? Kalau betul kukis kau lagi Grade A, pakailah gamba kukis kau kan. Yang pakai gamba aku, motif? Sebab kukis kau bantat betul tak?

Kau nak jual lagi murah ke, kau nak bagi free ke, itu masing-masing punya inisiatif. Aku ambik bahagian aku, kau ambik bahagian kau. Konsep aku macam tu. Aku tak peduli orang. Tapi kalau kau gunakan gamba-gamba dengan tujuan nak mengaburi mata customer, itu aku ambil peduli. Takyah la bersusah-payah beria-ia mencantas orang lain. Kalau benda tu hak kita, akan jadi hak kita juga. Kalau benda tu bukan hak kita, tetap bukan hak kita. Penat je kau nanti.



KLIK HERE : PROMO EPHYRA

KLIK HERE : SHAWL