walk on wings, tread in air: Raya Haji <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Raya Haji
2012-10-27


Aku dah sampai rumah semula pukul 2pm tadi :)

YEAY!!!!

Hahahha.


Mentang-mentang la balik kampung orang kan, kemain suka lagi kalau dapat balik rumah sendiri awal-awal. Cuba kalau turn kita dapat balik kampung sendiri. Kalau boleh nak menetap terus kat kampung. Cewah, kampung sangatlahhh Bandar Baru Bangi tu.

Kitorang seperti biasa, raya haji kat Tganu la kan, wajib. Sebab kalau beraya kat Bangi pun penyudahnya mengangkang depan tv je keje aku. Sebab selalunya raya haji macam ni Pak Aji busy kat surau gotong-royong melapah daging. Lepas tu malam-malam komuniti kat sana ada sambutan la, opne house raya haji la, apa la, so nanti makpak aku takde gak kat rumah. Jadinya, balik la aku balik Tganu je.

Gerak Rabu, malam. Sebab esoknya aku ada keje kat UMT.
Keluar pukul 9mlm. Stuck kat Karak, sampai pukul 12mlm! Pukul berapa nak sampai ni oiii?
Nasib baik tailor tak ikut sekali balik sebab dia nak siapkan ada urgent tempahan baju jadi bibik Lenny ke ikut. Makanya, kereta lapang la sikit. Dapatla si Redza terbongkang sepanjang-panjang seat belakang tu. Rayyan macam biasa nak duduk atas riba aku. Rela dia tido duduk sepanjang jalan. Nyenyak pulak tu. Bersandar kat tetek, apa tak nyenyak kan. Tanyalah bapak dia. Beliau lebih arif.

Malam tu jem bukan sebab orang ramai balik pun, tapi sebab ada accident kereta la, lori terbalik la, kereta rosak la. Tapi sampai kat exit mana ntah, jalan dah lengang. Aku rasa yang tu exit orang-orang Kelantan masuk. Kuala Lipis kot eh? Tapi LPT terang gila. Aku tak tau la berapa pantas En Wan pecut, tapi kul ompek pagi dah sampai rumah mak. Tu cara-cara ikut jalan pantai yang penuh dengan traffic lite. Kalau ikut Bukit Besi konfem kul 3am sampai dah. Pulak tu malam tu aku tido, tak kuasa aku nak layan pujuk rayu dia ganti drive. Boleh laaaaaaaaa blah. Aku dah sound kalau nak balik malam ni, balik keje awal. Tak pun ambik half day. Biar rest. Oh tanakkkkkkkkkkkkkkkkkk. Nak keje jugak. Balik lambat jugak. Pastu nak rayu-rayu aku ganti drive eh? Takde. Aku nak buat keras jiwa.

Alhamdulillah sampai Manir dengan selamat.
Terus tido.

Esok pagi aku anjakkan appointment aku ke pukul 11.30am sebab series tak larat nak catch appointment awal-awal. Seb baik customer aku pun ada hal pagi tu. Fuh! Selamat.
Settlekan keje, pastu zassssssssssssssssssssssss port biasa - AnW Batu Burok. Padahal sebelum gi keje dah pekena nasik goreng sepinggan. Pastu nak makan hotdog with cheese la pulak. Memang cenggini la kalau everytime period. Mentekedarah je keje. Lembu pun takut tengok aku makan.




On the way nak ke Batu Burok tu, aku post gambar aku yang penuh riang kat FB. Riang la kan, keje dah settle. En Wan ajak pi Pasar Payang lak tu, mau kau tak riang?

Tetiba ramai pulak yang komen pasal shawl yang aku pakai that day. Kaler suwit la, tudung cantik la, taknak let go tudung ni ke, bla bla bla.

Puiiii.

Padahal aku dah penah pakai shawl ni, siap tepek kat blog lagi.
Bedebah sungguh baru skarang nak notice. Kuang hasam.
Ni dah kejadian kali kedua dah ni. Hari tu blouse hitam aku. Padahal sepuluh kali pakai tapi takde orang notice. Baru-baru ni pakai ramai pulak tanya blouse beli kat mana. Kelmarin shawl pulak. Sangat bedebah.



First time pakai bulan 7 tahun 2012


Shawl yang menjadi kegilaan ramai orang (wah gitu) kelmarin.


Padahal aku pakai shawl ni memang dengan blouse ni je. Sebab tu la pun tujuan aku beli shawl ni, semata-mata nak pakai dengan blouse ni je. Maybe anak tudung yang aku pakai dulu meneggelamkan ke-kiut-an kaler shawl tersebut. Heh.

Oh lagi satu ada soalan berbunyi kejam aku dapat kat inbox. Ada yang tanya kenapa shawl yang aku pakai lawa-lawa berbanding shawl yang aku jual. Hahaha. Kejam tapi tulus ikhlas. Takpe, aku terima soalan tu.

Boleh je kalau ada permintaan nak kitorang jual shawl-shawl macam aku pakai tu.
Tapi the last time aku jual 100% mulberry silk harga cuma RM89/sehelai tapi tak ramai yang beli. Maybe sebab mahal. Shawl yang aku pakai ni also mulberry silk, aku beli kat Arianni RM129/sehelai. Agak-agak kalau Tsugoi jual 100% mulberry silk ada ke yang nak beli. Kalau ada, kitorang memang sangatlah suka sebab mulberry silk memang sangat cantik and lembut. Cuma memikirkan demand mungkin tak banyak, jadi kitorang push material yang boleh diterima ramai.


 Tapi shawl yang Tsugoi jual kualiti not bad. Murah bukan disebabkan kualiti dia tak ok, tapi sebab kitorang beli in bulk. So jangan risau kalau harga dia murah. Gambar atas ni salah satu shawl yang Tsugoi jual, S20-B (tapi dah habis).

Oh, btw, Isnin nanti cekidaut, aku publish new shawl from Tsugoi.



Hari Khamis tu aku ronda-ronda kat Pasar Payang cuma nak beli baju tido kaftan je. Baju kaftan aku semua dah rabak-rabak stok boleh buat kain lap kaki. Everytime balik Tganu baru gelabah punggah lemari carik baju tido yang senonoh nak bawak balik. Sedar-sedar yang koyak kat leher la, rabak kat ketiak la, yang lusuh buruk nak mampos pun still ada dalam lemari aku. Sumpah mati syahwat laki aku kalau tengok aku pakai baju ni. Hari tu dapatla rembat 6 helai. Jadikla buat nak pakai balik Tganu.

Jumaat, raya.
Tapi serupa tak raya. Sebab lepas solat raya, semua bertempiaran pi rumah mak lagi satu. Korban buat kat sana. Aku datang kat sana lepas lembu dah tumbang sebab En Wan lama kat kubur arwah ayah. Sampai rumah sana, bantai bersembang dengan Mek sampai makan pun tak. Alih-alih En Wan dah ajak balik rumah. Sampai rumah, membuta. Begitulah adanya hari raya saya.

Malam tu lepas isyak ada tahlil sikit.
Tapi aku duduk dalam bilik sebab Rayyan mengamuk nak tido. So aku tak dapat join orang tahlil kat bawah. Sekian, kenduri tahlil saya.

Pagi ni pukul 9.15am dah keluar dari Manir. Sangap kat sana lama-lama sebab tak tau nak buat apa. En Wan pun macam banyak agenda nak buat kat rumah ni. Ni pun esok dia dah ajak aku pi 1-U ntah nak carik apa lagi la orang tua ni. Sungguh aku tak paham.



Ini je la pun gambar raya haji aku tahun ni.
Mengusung kamera kemain lagi En Wan, tapi tak snap apa pun. Ni pun aku snap gamba berdikari masa nak keluar pi tengok lembu. Ingatkan bawak kamera konon nak ambik gamba keluarga la kan. Tapi pagi-pagi lagi anak-anak aku dah meruyup ke mana ntah. Kang kalau aku carik, mau lecak ketiak aku. Dah, tak payah bergambar.


posted by aveo757 @ 4:20 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER