walk on wings, tread in air: Sambung lagiiiii.... <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Sambung lagiiiii....
2010-10-29
Sepatutnya kan, aku dah boleh keluar semalam tau. Wahhhhh, hati sudah berbunga riang. Tapi pastu dokter ambik darah lagi nak check uric acid. Saje nak konfemkan if stabil, boleh balik la. Cuma kena datang weekly untuk doppler.

Sekaliiiiiiiiiiiiiiii pagi ni boleh la pulak uric acid aku mencanak naik. Dokter cakap kalau nak balik boleh, tapi aku kena sign surat. Sebab dia kata tahap uric acid aku membimbangkan (membimbangkan ajeeee). Dia takut kalau tetiba sok makin tinggi, aku leh kena sawan. Kalau time kena sawan tu paler hotak aku ni terhantuk kat mana-mana ke, terus koma. Sayurrrrrr seumur hidup.

Pastu kalau aku kena sawan, baby boleh mati dalam perut sebab blood supply dari ibu ke anak akan terstop secara otomatik. Ibu pun boleh mati.

Wohoooooo...sangat scary dengar.
Scary la untuk spesis yang kurang iman di dada macam aku ni kannnnnn. Kalau amalan dah banyak gua dah tentu rilekkk. Ini dengar mati je dah gabra. Naik semua darah-darah aku. Tapi kau tak insaf-insaf jugak kan, Diana?????

So...aku cakap aku taknak balik la. Biar tinggal sini. Dokter cakap dia akan operate aku at week 34, itupun kalau badan aku boleh bertahan. Kalau uric acid aku mencanak, or aku dapat sawan before week 34 tu, terus dorang tolak masuk OT. Masa tu tawakal je la kan. Aku takleh bayangkan kalau aku dapat sawan. Adekah kejang-kejang berbuih mulut??

Ataukah situasi aku skarang ni sudah dipanggil sawan???

Tak sangka pulak keadaan aku memang kritikal. Patutla dorang suruh aku stay kat spital. At least kalau aku kena sawan, OT dekat je. Tinggal nak sembelih.

Tapi harap-harap aku dapat bertahan sampai week 34 tanpa disawan. Kesian baby ni. Dah la dokter bagitau this will be the last pregnancy untuk aku sebab kebarangkalian untuk dapat Pre-Eclampsia lepas ni memang high. Jadi aku berdoa sangat-sangat biarlah ada rezeki aku nak dapat baby ni.

Patutla selama 6 tahun ni kitorang try nak dapat baby tapi tak dapat-dapat. Rupanya ada sebab. Tapi dah kau nak sangat kan, maka Tuhan kasik kau mengandung. Tapi kau kena rasa la penyakit-penyakit ni semua kan, dah kau yang nak sangat.

Cuma nasib baik la aku tak kena fit sebelum ni. Selamba badak je aku merayap jumpa customer la apa la....kalau lahhhhh time pi Penang hari tu kena fit???!!!!

Semalam aku cakap ngan En Wan, 'Abang ingat tak dulu abang cakap abang tak kisah takde anak lagi sebab dah ada Redza?'.

En Wan angguk.
Tapi aku nampak airmata bergenang kat mata dia.

The saddest part bila dia sambung 'Abang nak baby ni, Di'.

Shit.
Aku nak nangis.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

posted by aveo757 @ 10:38 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER