2009-11-23

Hit!!!



Lagi 7 hari genap setahun aku keje dengan kompeni ni (eh, poyo. series tak kelaka)

Tapi macam tak percaya aku yang full of blur dan kegabraan berganda boleh kekal dengan jalan hidup aku pilih skang ni - keje sendiri. Walaupun ada ketikanya bangun tido terasa nak ambik MC.

Tetiba terfikir, dah lama rupanya aku tak mintak MC kat klinik.
(memang la kat klinik takkan kat kedai ginseng Ah Kaw pulak).

Mesti dokter tu pun terfikir mana peginya budak yang kalau mintak MC memang takde alasan lain melainkan period pain.
(Ni je la alasan yang masuk akal. Kalau sakit perut nanti dia check perut. Kalau period pain tergamakkah dia nak check pepek aku? Melainkan kalau yang jadi dokter tu En Wan)

Jumaat lepas aku buat account checking (aku buat akaun??????)
Kena get ready sebelum secretary company nak buat AGM.


Alhamdulillah.
Hit jugak target aku untuk first year.
Macam tak percaya!!

Kalau difikir-fikirkan balik, memang aku tak kuat nak teruskan business aku ni. Apetah lagi nak mengadap customer-customer yang some of them macam bijak sangat tapi sebenarnya bodoh. Walaupun mathematically, aku lagi bodoh sebab takde pHD cam dorang, tapi dorang lagi bodoh sebab dah ada pHD pun kadang-kadang bangang lagi.
So, siapa lagi nampak bodoh terlajak kalau buat silap? Aku ke dorang?
Diorangggggggg.

Tu takpela jugak. Dapat customer yang jenis tak bijak tapi berlagak bagus lagi cam gampang je kau rasa. Rasa nak ambik aje penunu bunsen tu jotos kat bijik mata diorang.

But mungkin kehidupan masa silam yang selalu dipandang rendah buatkan aku ada semangat nak terus stay dengan jalan apa yang aku pilih skarang. Lain rasanya semangat nak berjaya dalam hidup dengan semangat nak buktikan sesuatu kat orang yang penah pandang rendah kat kau. Tak percaya cuba.

Kelemahan aku yang susah nak lupakan apa orang buat kat aku adelah sebenarnya kekuatan aku bila tiba time-time sukar macam ni.

Ambik kau ayat BM aku...

Dulu, masa kat kompeni lama, aku penah hadapi situasi macam sial bila aku dah sampai depan pintu bilik customer tu, dia taknak jumpa aku! Padahal aku dah buat appointment. Masa aku ketuk-ketuk pintu bilik dia tu, dia tak jawab pun. Alih-alih secretary dia kata customer tu cakap taknak diganggu. Wadepak taknak diganggu. Aku dah cakap aku nak datang. Dah la aku gerak dari rumah kul 6.30 pagi tak breakfast lagi ni. Ahh, tak kira. Aku ketuk pintu jugak.

Aku : Dr, I drove all away from KL. Just give me 5 minits!

Dia : Ok. 5 minits.

The 5 minits later became 1 hour.
And the 1 hour later after 3 months, became RM3.5M.

Aku menangis macam nak rak kat toilet bila receive Purchase Order tu.
Rasa syukur sangat akhirnya penat lelah driving jauh-jauh and buat presentation slide sampai pagi-pagi buta akhirnya berbayar. Walaupun aku tau harapan aku tipis. Tu belum lagi kenangan bos baling powerpoints printouts kat muka aku.

'Is this what you call presentation slides? I called this, rubbish!'

Kelepekkkkkk.
Melekat kertas atas muka aku.

Lancauuu.

Dia tahan aku kat opis malam tu sampai kul 10.30mlm suruh aku present depan dia. Dah la aku tak makan dari pagi. Memang sikittt lagi aku nak muntah atas keyboard.

Now, (cerita mengalahkan Bill Gates yang kaya-raya) bila aku duduk-duduk minum soyabean sambil layan cerita Nur Kasih (tengok Nur Kasih dah akuuuu) terfikir ada baiknya aku kena maki ngan bos and kena pandang rendah ngan customer.

Sometimes, manusia ni kalau nak bagi dia blaja and sedar kesilapan adelah dengan cara-cara penuh kecilakaan macam tu. Nak lagi orang blur macam aku, mesti nak kena ketuk sekali baru terjaga. Elok jugak rasanya bila berdepan ngan situasi macam ni (tapi sesekali je dah la). Biar rasa tabah and cekal sket. Tapi masuk lam keta nangis hempas-hempas nak benti keje.

Aku rasa memang aku ni ditakdirkan untuk berubah disebabkan caci-maki orang.
Memang terima kasih banyak-banyak la pada those yang suka pandang rendah kat aku.
Bukan perli, ni ikhlas.
Agaknya memang aku dah tertulis cara aku blaja adelah dari orang-orang macam ni.

Ok, saya harus teruskan bekerja. Tapi nak mandi dulu.