walk on wings, tread in air: pneuketing galanzama niocosis disease <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


pneuketing galanzama niocosis disease
2009-10-24
Aku rasa aku ada penyakit yang dinamakan penyakit pneuketinggalanzamaniocosis.
Sebab semua orang yang penah naik keta aku speechless bila dengar MP3 aku yang sangat vintage lagu-lagunya.

Pelik sangat ke seorang wanita muda yang baru berumur 32 tahun meminati Muhaini Suratman dan Najib Hanif? (konfem sorang-sorang google saper la artis ni)

Aku tak perasan pulak aku sangat retro.
Gua ingat gua rock kangkang. Rupanya afro.

En Wan cukup berbulu atas bawah kalau aku insertkan CD aku lam keta dia.
Tu yang asal balik Tganu skang dia suruh aku bawak half way sebab dia kata boleh terbabas kalau drive sambil dengar MP3 aku. Statement emo melampau. Kang aku babaskan keta ko lam gaung baru tau.

Aku rasa lagu dulu-dulu memang serasi ngan telinga aku. Cam aman harmoni je jiwa aku. Kalau bawak keta sambil layan lagu Siti Fairuz memang sengaja aku bawak lambat-lambat, antara press ngan tak press je pedal minyak. Baru la namanya pemanduan berhemah. Ini takkkkkk. Kalau masuk keta Ibal toksah kata boleh pekak, taik telinga aku terus kejung taknak kuar-kuar. Tah lagu group mabuk mana dia pasang, bingit gitar je lebih. Sepatah haram aku tak paham. Tau-tau dah abis.

Lagu yang aku wajib dengar setiap hari - Usah Bertanya Lagi by Siti Fairuz. Lagu ini ditujukan kepada bekas-bekas kekasih dengan ucapan 'Kalau dah nama bekas tu buatlah cara bekas'.

Aku suka suara dia. Ada weight. Tak caya cuba ko layan lagu ni.

Ni kira paling cun la zaman tu okk, boleh jadik bergaduh lam kedai kalau hairdresser tak dapat buat rambut camni. Mungkin masa tu kerajaan sibuk melaung-laungkan slogan 'Makanlah madu tempatan' so artis-artis dulu bijak menyampaikan mesej melalui imej.



Lagu ni konfem kena ada, dah tentu-tentu Uji Rashid tu feveret artis aku.
Like kawan aku cakap....'Uji Rashid??? Kau gila ape???
Ye, aku gilakan anaknya. Oh Cico, sudikah tuan hamba memperisterikan beta?
Taknak kalah kalau berangan, jadik beta aje.

Tapi memang aku suka Uji Rashid, dah la cun, suara manja, anak pun hensem. Pakej ibu-ibu tunggal macam ni lah yang kita mahu.



Lagi satu abang ni.
Pehhh, zaman ni kalau CLEO ada, konfem abang ni jadi Most Eligible Bachelor tigablas tahun berturut-turut kekal dalam carta.
Sweet je abang ni aku tengok. Tak kisah la dia jadik hero or crook, memang aku suka je. Cuma dia sorang je lelaki berbulu dada yang aku tak geli. Yang lain pliss eh, shave kasik licin dulu baru mengadap aku. Kalau tak, aku shave guna sabit.



Ada yang pernah tengok filem ni?
Dendang Perantau.
Aku still leh nangis-nangis tengok cerita ni semalam. Sanggup tunggu YouTube donwload sikit-sikit, gigih nak tengok Latif Ibrahim punya pasal.
Peratikan minit ke 1:39.
Tak ke kacak namanya tu????
Kalau aku sebaya dia zaman ni, mau histeria kalau dia melintas depan aku.
Tu kalau zaman dulu la. Dah masuk zaman skarang ni abang tolong jangan melintas depan saya ye. Nanti saya kena kancing gigi.



Lagi satu lagu yang aku suka.
Tak tau nak describe suara dia ni camana, tapi sangat best. Aku ingat lagi Sheila Majid (Dato') penah buat statement yang suara paling dia suka is Azlina Aziz. Tapi Azlina ni tak glemer mana pun kan even pada zaman dia dulu. Nak kata tak cantik, ok je aku tengok. Laki pun sangat hensem. Azman Abu Hassan tu kira antara lelaki idaman okkk. Aku sendiri penah berangan lepak lam jakuzi ngan dia. Masa tu aku darjah 3 Putih. Fuhhh.

Tapi takde rezeki aku nak berlakikan Azmang Abu Hassang.

Iskk, kalau nak cerita pasal zaman 70-80an ni mau tak tido aku malam ni.
Ni pun aku tengah donwload lagu-lagu retro.

Mintak maaflah yang pening naik keta aku, korang hanya ada dua pilihan.
Samada dok dendiam sambil dengar MP3 or duduk dendiam kekejangan sambil dengar aku menyanyi.

Pilih.
posted by aveo757 @ 12:43 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER