2009-10-23

Apekah motifnya?



Actually semalam ada satu sms masuk from one of the blogger kat Malaysia ni.
Dia tanya if aku ada hp number another blogger yang aku tak kenal. Tak kenal in the sense that aku kenal nama dia aje, tapi blog dia seingat aku la, aku melintas sekali je and kalau lalu tepi dia pun sumpah aku tak notice. Mintak maaf. Kalau aku tak kenal, aku cakap tak kenal. Kalau aku kenal, insyallah aku tegur.

Tak payah la aku cerita apa kesnya antara dua blogger ni, takde kena-mengena ngan aku pun. Tapi rasanya ada gak orang dah tau citer ni kot sebab dah ada blogger yang buat entry khas. Pandai-pandai la korek dari orang lain. Jangan korek kat aku.

Benda ni mengingatkan aku pada satu komen yang aku dapat a few weeks back.

Dia cakap aku berlagak sebab taknak follow blog orang lain.

Errr...??

Sebab aku tak follow mana-mana blog, so aku berlagak.

Okkk..

Kau tau tak yang list kat sebelah ni pun aku jarang masuk, lagi nak suruh aku follow blog orang, apa motif? Nak tunjuk kat semua orang yang aku friendly, ko follow aku, so aku follow kau. Kira orang berbudi kita berbahasa la ni.

Boleh tak kalau aku add jadi follower kau tapi aku tak baca?

Sometimes aku rasa blogging ni eventually akan merubah attitude sebenar kita menjadi sangat plastik dan poyo. Bukan sebab kita yang nak jadi macam tu, but kehendak persekitaran. Aku faham bila ada bloggers yang dulu cam ok je, tapi sejak glemer dia jadik cam show off, tayang baju kasut beg, tayang rumah (ehhh? series tak kelakar), cerita yang baik-baik je tetiba, and ada Fan Club macamkan kau tu glemer sangat.

Bila perati-peratikan macam meluat pun ada. Just like ada yang meluat tengok aku la kan.

Tapi siapa yang menyebabkan dia jadik macam tu?

Sama la macam artis-artis yang masa mula-mula masuk TV nampak cam ok je, bila dah glemer dapat banyak job tetiba transform jadi lain.
Semua tu aku rasa sebab kehendak persekitaran.
Kalau dia tak ikut, orang hentam.
Kalau ikut, orang hentam jugak.

Aku kenal ramai orang sejak berblogging. That's the best part. At the same time aku tau yang aku jugak ramai musuh. Well, benda biasa la. Semua orang ada musuh. Takde hal. Hidup kalau smooth je mana thrill nya kan.

Tapi bila ada orang buat assumption aku berlagak bagus sebab tak follow blog orang ....that is so TAK MASUK AKAL.

How come people can simply buat judgement yang melampau tentang orang lain berdasarkan satu medium je? Tak kisah la assumption yang positif or negative.

"Aku kenal dia ni. Aku baca blog dia."

That's it.

Macam blogger yang sms aku malam tadi, dia penah bagitau aku orang kata dia kaki bodek sebab semua blog dia baca and asal komen je dia bagi puji-pujian.

Heran eh?

Yang dipuji sah-sah la didengki. Yang memuji pun kena hentam jugak?? Series sakit otak.

Ni la bahanya kalau ko menjebakkan diri ngan public life. Ko buat baik pun orang hentam.
Kau buat jahat apetah lagi la, silap-silap dia hantar pelesit kat rumah.

Korang ingat aku tak segan ke ngan korang yang rajin baca blog aku, yang rajin kuar masuk letak komen, lagi-lagi pulak yang follower ni. Aku pun tau segan.

Pernah sekali ada budak tegur aku kat The Mall.

'Kak Di kan?'

'Ye, reader ye?'

'Ha'ah, saya reader akak. Saya pun ada blog. Akak penah komen sekali kat blog saya'.

Masa tu ko ingat aku suka terkinja-kinja feeling-feeling artis?
Aku malu okkkkk.
Malu sebab aku tak kenal dia, tapi dia kenal aku.
Nampak sangat la kebelagakkan aku ni kan.

Aku nak update blog pun tunggu dapat maki dari korang-korang ni jugak kat YM, baru la aku update. Takde la nak kata aku busy sangat. Tapi seriesly, aku memang tak letakkan blogging ni sebagai satu benda yang utama dalam hidup, sebab tu aku payah nak update blog sebenarnya, let alone nak gi baca blog orang. Kalau ada yang kecik hati aku tak singgah blog dia, and aku tak jadi follower, aku minta maaf. Aku ni pemalas orangnya. Nak lagi bila dah run business ni, rasa tak cukup tangan, ngan kaki sekali naik atas keyboard ni. Buat apa aku jadi follower kalau aku tak tau hujung pangkal blog orang tu. Kan menipu namanya.

Lagi satu pasal Nuffnang.

Biar la orang tu nak berbangga ngan cek Nuffnang dia. Walaupun dia dapat takat 2-3 ratus, tu duit dia. Bukan aku suruh ko kuar duit kau kasik dia pun. Apa yang ko susah sangattttt?? Cuba kalau yang dapat duit tu kau. Cek tujuhblas ringgit pun ko scan letak kat blog. Orang tu bagitau dia dapat duit bukan sebab nak berlagak beb. Dia pun tau takat 2-3 ratus apelah sangat nak banding ngan orang lain yang dapat juta-jutaan. Dia tunjuk sebab nak bagitau kau yang bahalol ni ada cara kita boleh menjana pendapatan lebih yang mampu mengubah hidup anda ke arah yang lebih baik. Kan tak pasal-pasal aku dah kuarkan ayat bahasa malaysia kertas dua pulak ni.

Yang dapat sampai puluh-puluh ribu tu jangan cerita la berapa banyak komen maki dia dapat kan. Itu dah memang jatuh hukum harus.

Pendengki!!

Rilek la weyyy.
Orang tu dapat duit riban-riban sebab dia usaha nak dapatkan duit tu. Perah otak siang malam nak buat entry baru.
Kalau kau takat perah otak carik bahan nak maki blog orang, memang takde la nak dapat duit kan. Dapat saham ada la. Gi kutip kat neraka ke tujuh sok.

Baru jadik blogger dah banyak masalah, belum jadik Khloe Kardashian lagi.

Dah la.
Penat aku bagi khutbah Jumaat.

Ni tetiba ramai nak masuk FB aku ntah nak carik apa aku tak tau.
Ko nak tengok apa agak-agak?

Aku pi beli breast cream jap.