2009-05-08

Ni pun aku letak sikit je, total semua aku snap 395



Depan castle.


Alhamdulillah tercapai impian aku nak masuk Disney castle.
Nak dok istana betul takde anak raja nak kat aku.

'Eh, tapi kan, keturunan WAN keturunan bangsawan tau'

Dan-dan ko mengaku ko darah raja.
Takpela bang, tak anak raja pun tak kisah.
Memang taraf-taraf abang selayaknya dapat orang kebanyakkan tetapi mempersonakan seperti Di.

Muahahahha.

Feeling-feeling Rapunzel je bila aku melangkah masuk castle ni.
Rasa cam tak percaya ada kat Disneyland.
Tak kisah la kalau Disney Hong Kong pun, janji ada bunyi Disney.



Dalam castle ni ada rumah Pooh.
Naik cam kereta gitu pastu dia bawak kitorang tour dalam World of Pooh.
Tapi tak banyak gamba kitorang snap sebab masing-masing kekaguman tengok ramai rupanya kawan-kawan Pooh. Aku kenal Tiger sekor tu je.

Kat dalam ni Redza la jadi pemandu pelancong. Abis dah dia je yang kenal character Pooh, so dia la bagitau aku ni apa, itu apa.

Seb baik ko ada menunjukkan peningkatan dalam memahamkan watak-watak Pooh, kalau tak aku cut Cartoon Network.



Alah, Mak Aji nak terkencing pulak.
Terpaksa tunggu depan toilet, tak pasal kena snap depan toilet nak hilangkan boring.

Bendalah yang kat tangan aku tu atuk dia belikan.
Ni la masalahnya kalau dah sah-sah masuk tempat budak.
Kiri kanan kedai jual mainan.

Tapi memang solid la semua mainan dia.
Harga pun harga Disney la.
Seb baik atuk dia bermurah hati belikan.

Tapi heran aku, apesal kalau dah jadik atuk ngan nenek ko akan rasa apa cucu nak, 'Takpelah, budak-budak Diana. Kalau ko marah pun bukan dia paham'.

Ohhhhhhhhhhhhhhhhhhh.

Bukan dia paham yeeeeeeeee.

Apesal dulu masa aku kecik asal aku merengek je mesti dia sound aku 'Ni apesal nangis je keje? Diam! Diam aku kata! Tak paham? Tak paham bahasa?'
Panggggggg kena tampa.

Itu cara-cara aku belum jawab lagi aku paham ke tak, pun kena cop mohor kat kepala. Apalagi kalau aku menjawab konfem dapat cop sarjan kat betis.



Then, kitorang gi It's A Small World.

Aku pun tak paham apesal kitorang nak menonggeng kat tengah-tengah dunia ni.
Yang menonggengnya aku anak beranak, tapi Mak Aji ngan Pak Aji sibuk nak menonggeng sama.
Seb baik tak terkehel urat pinggang tu kalau tak dah satu hal aku nak mengusung dua-dua balik hotel.





Cute gilaaaaaaaaaaaaa kat sini.
Memang pandai diorang buat.
Sanggup diorang create patung kecik-kecik ni.
Bukan sikit okkkk, banyak gila, and ada category.
Ada category marine, rain forest, Asia, Mexican, wedding, bla bla bla.






Budak-budak sure suka masuk sini.
Aku yang dah tua bangka ni pun suka apa lagi yang kecik.

Macam satu benda yang mengagumkan bila masuk Small World ni.
Menatang ni semua kecik-kecik tapi diorang buat dengan cukup teliti.
Dari segi pakaian dia, surrounding dia semua lengkap.
Takde cincai-cincai buat.

Patung-patung Hawaian Girls tu bergelek macam real je, siap ngan bontot ngan tetek sekali bergoyang-goyang.
Macam hidup.

Kalau nak yang lagi hidup meh ambik aku letak situ.
Teringin lak aku nak jadi salah satu patung tu.
Masukkan aku kat category African Dancing Girl.
Kulit dah lulus.

Terbayang-bayang aku bergelek ngan pakai sarung tetek tempurung kelapa.
Konfemmmm mana yang masuk situ nampak aku bergelek, keluar-keluar terus tobat nasuha.






 

Tomorrowland pun fun tapi untuk yang adventurous je.
Agak-agak penakut macam aku toksah masuk la.

Aku kena tipu ngan En Wan ngan Ibal masa masuk Space Traders.

Diorang kata ni just ronda-ronda kat dalam bangunan sambil tengok planet-planet.

Masa time beratur tu aku dah perasan apesal dia ukur tinggi Redza and siap distribute kertas warning yang Space Traders ni takleh naik kalau ko pregnant, kalau high blood semua.

Aku pulak jenis yang malas baca risalah-risalah ni.
Aku datang nak bercuti bukan nak membaca segala macam flyers unsur nasihat ni semua.

Pastu masa nak sampai pintu masuk, aku nampak kereta dia sebijik cam roller coaster siap ngan secure seat belt.

Eh, ni apa benda ni?
Hati aku dah berkata-kata dah.

Tapi Ibal kata mana ada, kalau roller coaster takkan Redza leh naik.
Lagipun ni Disney la, tempat budak kecik la.
Pantek ko lah.

Elok je dia close kan pintu depan, Ibal buat statement paling cibai 'Ehhhhhhh, ada rail la Diana. Hahahahaha'

Tengkorak kauuuuu!!!




Satu kereta boleh naik enam orang, so just nice la kitorang satu family.
Aku suruh En Wan ngan Redza dok depan, aku and Ibal dok tengah, Pak Aji dan isterinya dok blakang.

Seb baik kamera kat dalam tu tak function.
Sepatutnya diorang akan snap gamba kitorang naik roller coaster kat dalam tu. Ada hidden camera.
Kalau la kamera tu function konfem muka aku la yang paling buruk sekali.

Tapi kalau dah nama penakut tu kan, kereta tu lom gerak aku dah tutup mata, and selitkan kepala aku celah ketiak Ibal. Tak cukup ngan tu, aku tarik baju dia serkup muka aku.
Kalau boleh aku nak benamkan muka aku kat celah kangkang dia terus biar selamat kepala aku kot-kot bendalah ni terbabas langgar dinding ke.

Punya la bertahun aku elakkan diri dari naik roller coaster tapi kecundang di HK.
En Wan kata Redza pun berani bukak mata.
Apa pedulik apa kalau dia bukak mata, yang dia bukak pun mata dia bukan mata aku.

Diorang kata kat dalam tu cantik, masa kereta tu terbuang ke tepi ke tengah keadaan dia macam diorang tengah mengelak asteroid and planet.
Adventurous la kononnnn.
Pundekkkkk.

Diorang tengah terpekik 'wooooo waaaaa wooooo waaaaaa' kat atas tu, sempat la aku habiskan ayat Qursi lapan kali. Sekuat-kuat ada aku baca, sampai Ibal jerit 'Ko ni apehal mengaji lak nih????'

Aku memang tak ingat apa dah. Memang ingat mati je.
Kot ye pun nak mati, kasik la aku sempat ngaji dua tiga surah dulu.
Biar dalam iman.
.......tapi memakai skirt pendek.

Kira ok la aku azan marhaban mengaji semua kat atas tu.
Nampak gak bersopan dalam kegabraan.
Abis nak suruh aku buat apa? Nak terpekik 'Kow meng ngaaaaaaaaaaaaaaa! Lo konggggg, kow meng ngaaaaaaaaaaaaa'
Silap-silap dia baringkan aku atas rail tu terus.
Dah tu memekak sangat.

Tetiba sayup je aku dengar suara Pak Aji 'Kejang mata...kejang mata'.
La hai, orang tua ni masa ni lah dia nak kejang.
Camne pulak aku nak suruh dorang bentikan keta ni?

Rupanya dia jerit kat aku 'Pejam mata! Pejam mata!'

Tssskkk.
Apa nak jadik ngan aku ni.
Dah la penakut, pekak pulak tu.

Ringan je sendi-sendi aku lepas turun dari roller coaster.
Rasa cam jantung aku tertinggal kat atas.
Sampai kena papah aku kuar dari Space Traders tu.
Yang tengah beratur tunggu turn tu semua insaf tengok aku kena papah.


Robot ni pandai cakap cina okkkkkkk


En Wan berkali-kali say sorry kat aku.
Tapi say sorry sambil gelak-gelak.
Yang Ibal lagi cam kimak.

'Caya lah Diana. Ko memang adventurous la'

Kepala lutut kauuu.



Laki aku ingat Parade dia waktu malam just like Tokyo Disneyland, rupanya siang.
Kitorang nak balik hotel dah nak jamak, terus stay kejap tengok Parade.
Kebetulan aku dapat spot baik punya betul-betul tepi jalan, memang puas hati la.
Mana yang lambat macam Pak Aji ngan Mak Aji sila lah berdiri atas tembok.



Mickey ni bapakkkkkk besar dan tinggi melangit.
Lagu-lagu yang diorang mainkan masa parade ni yang wajib haruslah M.I.C.K.E.Y.M.O.U.S.E.
Tu je la yang aku leh sing along, yang lain tu aku nyanyi gak, tapi ambik hujung je.



Aku tak tau apa nama katun ni




Walt Disney Studios





Ni set-set wanita-wanita dambaan En Wan masa kecik. Snow White, Cinderella and Rapunzel. Tapi Cinderella dia memang cantik, sweet je.

Dulu masa kecik, asal baca buku-buku fantasi ni mesti aku berangan nak jadi heroin tu sama. Nak lagi Cinderella.

Time kena dera ngan Mak Aji mop lantai kat dapur tu kan, mula la aku wat drama, tetiba je kang aku nak lap lantai guna kain, taknak guna kayu mop.
Dah la belakang umah Mak Aji dulu rumah bujang brader-brader UKM.
Memang dah masuk sangat la drama aku tu kan.

Tengah feeling-feeling Cinderella mengelap lantai tetiba kang Mak Aji tercegat kat pintu.
'Yang ko menyeksa diri pi lap ngan kain tu apesallllll? Dah tak reti guna mop????'

Dah la cakap sekuat-kuat ada.
Potong je aku baru nak jek-jek brader UKM.

Tapi macamana sekalipun aku berangan, aku masih berpijak di bumi yang nyata.
Belum pernah lagi seumur hidup aku berangan nak jadi Snow White.
Kalau aku tawar diri nak jadik Snow White, mau setahun hujan batu kat Bangi.





Pastu keluar pulak set-set Alice In the Wonderland.
Pun cute je si Alice ni.
And character-character dalam Wonderland tu pun semua cute-cute.
Tapi aku leh bayangkan betapa berlendirnya diorang pakai suit tu.



Ada ke Redza lari bila nampak pokok ni.
Sebab pokok ni tinggi sebenarnya pastu dia boleh bergerak, sengaja lak tu jalan kat arah Redza, mau tak mencecet budak tu lari.
Seb baik tak ngigau malam.

Aku cakap kau, tengok kat gamba tak best, tengok real baru best sebab ia adelah seperti real.
Dah, semua semua yang baca blog aku ni esok pi Hong Kong.
Aku cakap pegi, pegi!



Alice and the gang



Ni pulak group The Little Mermaid.
Pun cantik gak kereta dia.
Memang world of colors la kalau masuk Disney ni.




Yang aku muskil, punya la tadi Cinderella melintas, Snow White melintas, takde pun dia nak zoom.
Tang si duyung ni keluar elok pulak zoomnya.
Ni entah sapa la punya keje, kalau tak Ibal, konfem laki aku.
Takkan Pak Aji kotttttt.

Tapi bentuk badan duyung ni macam jantan lak aku tengok.
Macam tegap je.
Bapuk ke nih?



Aku lupa ni katun apa. Toy Soldier, eh?


Yang ditunggu-tunggu oleh Redza dan emaknya.




Ni penutup parade.
Masa kereta Mickey and frens keluar, En Wan tak panggil Redza tau.
Tapi dia panggil aku.
Sebab aku yang rajin tengok 'Miska. Muska. Micket Mouse!!!!!



Banyak lagi gambar masa parade tapi takkan aku nak upload semua kot. Yang special-special aku simpan. Hahaha.

Gambar aku peluk Mickey esok-esok aku letak.

Ataupun aku buat-buat lupa nak letak je la. Habis cerita.