2009-05-08

Aku nak bagi korang sampai muntah baca - Hong Kong Part 4



Tram, satu-satunya transport yang aku tak sempat naik kat HK.
Tapi tak kisah la, aku tengok tang jauh cam berkepam dengan orang je.
Penuh sokmo.

Lagi sekali nak balik ke jeti lalu depan Mandarin Oriental.
Ohhh, perasannya sangat meruntun jiwa okkkkk.

Sedih je aku rasa.

Macam tak percaya akhirnya aku dapat lalu tempat ni.
Ko tak tengok camne aku melalak macam nak rak masa baca news dia mati.
Masa tu aku keje kat Prudential, terus ambik half day sambung cuti esok hari punya la sedih tak tertanggung di dada.

Masa aku tengok Mandarin Oriental ni sebelum masuk feri aku cam boleh bayangkan camne situasi masa tu.
Dia tengah minum Chinese tea and makan apple as ussual kat coffee house bawah tu then call manager dia suruh tunggu dia betul-betul depan lobby. Pastu dia naik tingkat 19 standby nak terjun. Elok je manager dia sampai dia pun terlentang kat jalan.

Apesal la ko suka simpan masalah sorang-sorang?
Kan dah stress.

On the way back to Kowloon memang aku menangis dalam feri.
Tapi senyap-senyap je la, kang nampak dek En Wan kecik ati dia.




Ok, cerita sedih berenti setakat itu saje.

Saje snap gamba ni sebab nak menunjukkan bukti hari dah nak malam kitorang still tak balik-balik hotel lagi. Kalau ada bantal lam feri lama dah aku lelap.

Nampak tak bangunan tinggi tak siap tu?

Tu bakal jadi the tallest building in the world. ( ye ke?? Asia je kot. Entah, lupa).
Kira aku dah tengok dulu building ni walaupun belum siap. Hahaha.
Bodoh punya statement sebijik cam budak-budak kecik main polis sentri 'Kita yang nampak awak dulu!'




Ibal nampak je ad ni terus berlari suruh aku snap.

'Cepat Na, ni konfem takde kat Malaysia ni'

Otak kauuuuuu.
Bodowwwwww.

Tapi betul gak, mana ada advertisement macam ni kat Malaysia.
Kalau lah ada, dah konfem masuk 7 wonders in the world.

Masa ni still tak balik hotel lagi walaupun dah sampai Kowloon.
Sambungggggg perjalanan ke mall-mall berdekatan.
Bila lagi nak shopping macam nak rak.

Mak Aji kan nak pencen tahun ni, so tahun ni je la dia ada kawan se-opis.
Tu yang satu opis dia nak bagi souvenir.
Layan kan aje.
Seb baik kawan opis aku tak ramai, selamattttttt.

Tapi memang murah gila barang branded kat sana.
Nak pulak aku tak keluar duit, lagi laaaaa murah.

Semua pakat bawak balik perfume sorang satu, jeans sorang satu.
Pak Aji gigih carik kasut pulak.
Aku sikiitttt lagi nak masuk LV boutique, tapi sebab aku sedar diri aku pakai LV ori pun takde orang percaya punya, so baik aku pakai je la beg mickey mouse Redza ni.

Sampai bilik around 1am.
Punya la sakit kaki aku berjalan, sampai aku solat duduk okkk.
Kemaruk tak namanya tu?




3rd day.

Check out nak pi Disneyland pulak.
Masa ni Redza still tak tau yang kita nak jumpakan dia ngan Mickey and frens.

Pak Aji dah macam Jalaluddin Hassan jadik gengster pulak dari tepi.
Posing dengan jeans baru.

Frankly sedihnya nak tinggalkan Kowloon.
Rasa cam tak puas.

Sementara nak tunggu MPV datang fetch kitorang, aku ngan mak aji ronda-ronda kat butik-butik depan hotel kot-kot ada kedai yang dah bukak pagi-pagi ni boleh gak shopping lagi, tapi nan ado.



Kemain smart lagi driver dia siap berkot bagai.
Padahal tak sejuk pun.
Takapela, kalau dia smart aku pun suka.
Hahaha tetiba je.


Brader driver ni kata perjalanan nak ke Disneyland ambik masa 25 minits.

Padahal kalau En Wan bawak aku rasa lam 10 minit je.
Tapi ko melambung-lambung la dalam keta tu dan diiringi dengan bunyi honk and tayar screeettttt screetttttt.

Gila punya bersopan penuh berhemah tertib di jalanraya brader ni bawak.
Kagum aku, walaupun dressing dia cam ketua geng Hung Hing.



Nampak itu gamba kepala Mickey??
Heheheh...debaran sudah terasa.
Ceh, aku pulak yang berdebar.
Anak aku tak apa-apa pun.




Memula kena check in dulu apa-apa hal, pastu ko nak terbalik tertangkup kat Disneyland sampai malam pun tak kisah la.

Tapi sebab check-in time kol 3pm, kitorang letak je beg kat lobby terus ca alif but naik shuttle bus ke Disneyland. Takde bazir-bazir masa okk. Masa itu emas.

Time ni la baru aku nak hargai masa.



 Finally, here we are!!!

Tu apehal mak aji tetiba posing camtu?
Tak paham aku.
Tapi yang mahal tu bila pak aji ngan mak aji dah pakai selipar.
Ye ye je Mak Aji beli kasut Bonia nak pakai kat HK.
Last-last selipar made in Taiwan ni jugak yang banyak berjasa.

Tapi nampak benar aku yang over kat sini kan?
Anak aku rilek je cam dah biasa masuk Disney je, takde hal.


Mula-mula sekali nampak fountain, terus bergamba.
Mickey yang konon tengah surfing actually bergerak-gerak tau.
Macam real je tengah surfing.




Memula kita naik train dulu kasik pusing satu Disney tengok apa tempat nak tuju next.
Train dia series dia buat cam train dulu-dulu yang bergegar je lebih tapi jalan nye semput.
Patut la dia warned remain seated.
Silap-silap ko terjantuh atas rail kalau berdiri.
Agaknya camni la rupanya train arang batu dulu-dulu, dah la lembab, bergoyang pulak tu, harus campak lam gaung je. Dia punya gegar sampai terbukak hook bra aku.



Bila lagi nak patah balik ke zaman budak-budak kan, betul tak Mak Aji?
Jadi marilah kita beramai-ramai naik Flying Jumbo ni.
Takde chance aku nak naik ngan En Wan, Redza betul-betul conquer bapak dia tak kasik aku duk sama.
Terpaksa la aku berpuas hati dengan kehadiran si itam lonjong ni.

Naik pulak sekali ngan Pak Aji ngan Mak Aji, orang yang tak pernah naik bendalah ni takat merry-go-round kat pesta UKM je.
Semorang punya Jumbo fly, dia punya tak fly.
Siap boleh menjerit tanya apesal dia punya tak naik.
'Papa punya ni rosak agaknya la, Diana'

Rosak amendenya Pak Aji.
Tu ha gi adjust stick kat depan tu.
Baru la terangkat sket.
Pastu lelebih lak dorang terbang lagi tinggi dari aku.



Next, layan 3D Mickey and the Orchestra.

Yang ni aku suka sangat-sangat.
Rasa cam nak masuk lagi.
Terjerit pekik kat dalam tu mengalahkan naik roller coaster.
First time anak aku takut tengok katun. 'Ma, kenapa Donald ni dekat sangat? Dia nak makan Ija ke?'

Kalau dah 3D tu, katun pun boleh jadi ngeri.
Dah la screen dia keliling, masa Donald terbang kat planet-planet, terasa kecut je celah kangkang aku.
Gayat okkkkk.
Padahal bontot aku melekat lagi kat kerusi.
Masa Donald simbah air, ngan kitorang-kitorang sekali kena percikan air.
It was so real and truly fun!

 
Ingat nak masuk hut ni tapi kesian pulak warga tua dua orang ni kena panjat tangga tinggi-tinggi.
Ni banyak lagi tempat nak pegi ni so kena save tenaga.
Jadi kita ambik gamba aje la.



Masa ni aku dah cuak gajah ni sembur air kat aku.
Najis okkk. Aku dah sembur JPG satu badan pagi tu. FYI, itu bukan real elephant, tapi cam real kan?


Penuh semangat kan aku?



Masa ni agak scary jugak nak masuk tempat wel-wel, memula sunyi je, tetiba je dia tembak-tembak.
Aku dah standby nak terjun lam air.
Tapi tak jadik pulak sebab aku lupa aku tak reti berenang.




Masa ni gempa bumi. Tetiba je menggelegak air kat bawah pastu kuar api.
Real la. Boleh la ko nak gelak-gelak lagi, cuba dia bagi betul-betul punya gempa tengok ko boleh gelak ke tak.