2009-05-10

HK- Finale


Kitorang duduk Disney Hollywood Hotel.
Very nice hotel.
Tak tau la macam Hollywood ke tak sebab aku lom sampai sana lagi, tapi memang cantik.
And macam yang kita semua jangka semua benda dalam tu melibatkan katun or kepala Mickey.






Lepas En Wan snap gamba aku ni dia kata 'Hmphh, hitam!'
Memang la hitammmmmm, abis tu ko tak pasang flash sape suruhhh.


Sama gak hitamnya ko, bukan aku soranggg!!


Bilik dia ok la, selesa.
Tak paham kenapa ada orang yang ye ye je bgtau aku semua hotel kat HK bilik kecik nak mampos. Agaknya dorang dah biasa dok suite room kot.

Malam tu terpaksa tidokan Redza dulu baru En Wan beralih kat katil sebelah.
Of course la nak tido bersama isteri kannnnnnnnnn.
Tapi takleh lasak-lasak sangat sebab Pak Aji punya bilik kat sebelah.
Wakakaka TETTTTTTTTT.
Tetiba je aku ni.

Tapi bila aku celik mata pagi, tengok elok je laki aku sama naik bergulung dalam selimut ngan Redza.
Ni apa kes ni ha??
Bila masa pulak dia beralih kat katil sebelah pun aku tak perasan.
Patutla aku sejuk je malam tu.
Apa tak best ke tido ngan aku?


Cute je bila dia sedikan robe utnuk Redza sekali sebab we all register 2 adults with a kid. Dan-dan Redza kata tu baju taekwando dia.


Redza la paling suka sekali bila channel kat sini kebanyakkannya katun.
Tak kisah la, kalau ko letak Astro sekalipun aku tak larat nak tengok.
Asal balik bilik je maknanya TIDO.



Ni view belakang hotel from bilik aku.
Dari mula sampai aku dah pasang niat nak berendam kat pool ni, tapi tak sempat akhirnya.
Lagipun dari aku mandi baik aku tido, tak pun mandi besama En Wan kat bathtub.
Nguahnguahnguahnguah.


Lepas mandi-mandi semua, keluar balik pi Disneyland.
Rugi wooooo kalau tido.


Ni kat rumah Mickey. Cantik gila and cute je rumah Mickey ni. Punyala selama ni Redza payah nak bergamba alih-alih terus banyak lak gamab dia kat sini. Memang die hard fans Mickey anak aku ni. Macam makkkkk dia gak. Tapi macam biasala anak aku, bergamba dengan muka yang takde efek.


Nampak tak muka Pak Aji ngan Ibal yang agak tak befrapa nak redha?? Terus terkepit je kaki Ibal.
Disebabkan katil Mickey ni looks like a real bed, terus diorang menghempaskan ponggong mereka tanpa menyedari bahawa katil itu adelah KAYU.
Dan aku pun taknak bertanyakan dengan lebih lanjut apakah khabarnya ponggong mereka selepas itu.


Ibal memang sentiasa ada idea-idea mengarut time nak ambik gambar.
Ambik air sembayang kat rumah Mickey la konon. Tunjuk alim la konon kot-kot mak mertua baca blog aku. Hampehhhhh.




 


Aku pun nak la jugakkkkk.



Aku snap dari album je.
Siapa ye aku dah lupa ntah budak blog la jugak bagitau aku yang Mickey ni sombong, dia marah kalau kita pegang-pegang dia. So, time ni aku beranikan diri peluk dia. Ok je pulak dia tak marah. Tapi dia angkat tangan dia ke dada. Maybe sebab glove tu putih takut kotor. Tak pun, dia takut kulit aku yang hitam ni melekat kat tangan dia.


Kesian okkk aku tengok muka anak aku. Cam sengsara je kena ambik gamba ngan Mickey.





Aku ngan Ibal yang over kan? Biasa la dulu kecik-kecik tak dapat pendedahan, takat tengok magic show S.A Bakar kat kantin skolah je.




Tengok, aku mana ada dalam ini gambar?
Aku takde de nak join dorang shopping-shopping ni semua. Kalau part shopping memang dua ni la yang kedepan dulu. En Wan siap ngan bakul okkk. Aku rasa Mak Aji gila memborong cookies semata-mata nak tin dia.


Pastu, FIREWORKS show!!



Memula dia warm up dulu. Kasik tukar-tukar kaler je







Chantek bukan kahhhh???? Tengok real laaaagi chantek. Sila pegi Hong Kong.



Aku diet okkkkk. Malam-malam ratah serunding je. Sebat Mak Aji punya. Seb baik la Disney ni takde halal resturant, kalau tak aku dulu yang kedepan tapau.



Ni kat hotel, bahagian belakang dia. Cantik. Cam peaceful and serene gitu. Tapi masuk je anak aku kat garden dia terus tak peaceful dah. Aku tengok anak orang lain elok je sopan dok setempat, anak aku siap berkuntau lagi.

Ok la , tu je cerita HK.
Nak tau cerita lagi korang pi sendiri la, aku baca cerita korang pulak.

Aku suka sangat gamba candid ni. Muka En Wan pandang aku tu macam dia amat mengagumi kecantikan bini dia kan?
Ngeh ngeh ngeh.