2026-10-15

Jangan macam-macam sangat bila nampak orang sexy atau kembali free hair. Dia bukan buat jahat dengan kau.

Tadi pagi baca DM ada someone tunjuk kat aku video influencer yang pernah free hair kemudian bertudung pastu now free hair balik. Selepas free hair, dia jadi lebih ranggi.

So this someone cakap “padahal Kak D lebih dasyat dulu, tapi boleh je istiqomah bertudung sampai sekarang..”

Takde, dik. Takde siapa yang lebih baik. Akak kau ni cuma bertudung je, tapi ketawa aku tetap mengilai macam dulu. Takde apa yang berubah pun.

Penampilan kita ni, anytime boleh berubah-ubah. Tapi HATI kita jauh lebih penting. Sometimes, orang-orang yang free hair-bertudung-free hair ni, dia cuma takleh istiqomah dengan penampilan saja tapi hatinya sama baik dari dulu sampai sekarang.

Idoklah makna kata takyah bertudung janji hati baik. Bukan gitu maksud aku. Maksud aku, jangan cepat menghukum orang hanya berdasarkan penampilan. Sebab penampilan boleh berubah ikut perjalanan hidup, tahap kefahaman dan kekuatan diri masing-masing.

Ada orang belum bertudung, tapi dia tak buat jahat kat orang. Hati dia baik. Apa dia buat, ikhlas.

Ada jugak penampilan kemain sempurna, tapi apa yang ada dalam hati, Tuhan je tahu macamana jahatnya dia.

Ini aku nak cerita pengalaman sendiri. Aku tak kata aku baik, tapi aku tahu aku takkan cakap yang bukan-bukan kat orang, apetah lagi nak fitnah. Melainkan aku ada bukti, aku akan cakap depan-depan terus. 

Dulu zaman daring, kat internet orang hukum aku masuk neraka everyday. Everyday, ya. Hanya kerana dorang nampak gambar-gambar aku yang nampak cleavage segala. Kat opis pulak, everytime close big deals orang kata aku gunakan keseksian aku untuk jual barang. Everytime kat exhibition bila ramai customer lelaki kenal and approach aku, sembang-sembang, orang kata aku jenis melayan lelaki.

Yang bercakap tu semua penampilannya memang solehah betul, tapi hati kemain busuk! Penampilan baik, tapi hati jahat dengan orang lain.

Everytime aku dapat pujian from bosses sebab berjaya close big deals, kau tuduh aku istidraj. Konon orang macam aku memang Allah mudahkan hidup kat dunia sebab esok kat akhirat terus masuk neraka.

Padahal kau tak check hati sendiri. Kurang-kurang aku tak jahat dengan orang. Aku takde buruk sangka dengan orang. Lagi orang tu berjaya, lagi aku mendekat sebab aku pegang kata-kata “If you can’t beat them, join them”. Sebab tu aku berjaya.

Tapi kau? Makin aku berjaya, makin kau fitnah and buruk sangka. Makin kau burukkan aku kat orang lain. Adakah kau semakin improve lepas fitnah aku? Tak pun. Gitu jugak sampai ke sudah. Pastu pelik apesal solat tak tinggal, mengaji tak tinggal, tutup aurat sempurna tapi masih susah nak close deal. Hello? Apa yang kau buat tu BASIC je. Bukan kau sorang solat tak tinggal. Aku pun solat. Aku pun mengaji. Aku pun bayar zakat. Cuma bezanya, aku tak busuk hati.

Again, aku tak kata aku baik. Tapi aku kenal diri aku. Kalau aku tak suka someone, aku blah. Aku tak ambik tahu pasal dia. Supaya aku takde benda nak bercerita pasal dia. But some people, makin dia tak suka, makin dia follow rapat. Siap boleh purak-purak berkawan baik. Padahal kat belakang dia gunakan peluang rapat dengan kau tu untuk memburukkan kau. Apa jenis setanlah manusia gini.

Betul, tutup aurat tu tuntutan agama. Cuma, jangan sampai kita jadikan penampilan untuk menilai sejauh mana orang tu baik. Istiqomah tu sangat susah. Jangan senang-senang hukum orang yang bergelut nak kekal konsisten dalam hijrah. Especially kalau kau bukan starting dengan free hair. 

Kalau kau dari kecik atau dari zaman sekolah dah bertudung, chances are, lingkungan kau adalah orang-orang bertudung juga. Jadi kau lebih mudah mempertahankan tudung sebab bertudung adalah something yang biasa untuk kau. But someone yang baru nak bertudung, environment dorang berbeza. Strugglenya pun berbeza. Dorang dah biasa dengan rambut lepas, baju ketat, kain singkat. Bila nak berubah ke pemakaian yang betutup-litup, sangat susah. Aku pernah ada kat tempat tu. Ada hari tu rasa kuat, ada hari rasa nak givap.

Aku percaya walaupun orang-orang ni failed to pertahankan tudung, ada benda lain yang dia masih usaha pertahankan. Maybe dia usaha jaga solat 5 waktu. Maybe dia usaha mengaji. Maybe dia usaha buat baik dengan manusia. 

Bab mengaji ni aku nak sentuh. Hari tu nampak kat Thread orang tanya “Korang yang sempat mengaji hari-hari ni macamana korang buat eh?”

Aku baca post tu terfikir rupanya ada orang yang jarang mengaji.

Why aku terdetik gitu?

Because KEBIASAAN. Someone yang biasa mengaji everyday akan rasa pertanyaan tu pelik. Macam tu la jugak dengan bertudung. Someone yang dah biasa dengan bertudung, konfem rasa “Apa yang susahnya kau nak istiqomah bertudung? Kau free hair bukannya cantik pun!”

No. Ini bukan masalah cantik atau tak. Tapi kebiasaan tu takde. Nak membiasakan diri tu yang susah. Especially bila environment tak menyokong. Dia jadi struggle sorang-sorang. Tu pasal orang yang free hair mudah nak lepaskan tudung semula sebab environmentnya tak berubah.

Tahun 2012 aku dapat job iklan Olay. Shooting tu dibuat di rumah aku. Dari petang sampai ke malam, SORANG crew pun tak berhenti solat. Padahal dalam rumah aku tu. Boleh je nak tumpang solat. Tapi takde. Sorang pun tak. Aku pulak yang segan sebab rumah aku ada bibik, mok and En Wan. Dorang mesti tertanya apesal takde yang stop solat? 

En Wan beria mintak bibik kosongkan bilik so that orang-orang ni boleh solat kat dalam. Bukan nak kata kitorang ni terpaling jaga solat tapi kalau kau tak culas bab ni, benda pertama yang kau pikir mesti “Nak solat kat mana”, betul tak?

Tapi bila tengok dorang macam tak nak stop shoot, aku pulak jadi segan nak bagitau “Siapa nak solat masuk bilik ni, ya”

Aku takut dorang yang segan dengan aku. Tapi yang bagusnya masa tengah azan, dorang semua senyap and stop kerja. Mungkin ini satu benda yang at least dorang pertahankan. Itulah kebiasaaan environment tu agaknya. Solat boleh qada. Janji job jangan drag. Gitulah agaknya. Hanya yang kuat saja boleh harungi environment gini.

Makna kata, semua orang ada benda yang dorang tengah perjuangkan yang kita tak nampak. Team crew yang shooting tu, sebelum alihkan barang-barang rumah aku (sebab nak setup prop), dorang ambil gambar dulu. So that lepas shoot dorang dapat susun balik barang seperti asal.

Maknanya apa? Maknanya dorang ni tak menyakitkan hati tuan rumah. Orang yang tak buat jahat dengan manusia, ada kebaikan yang Allah akan bagi kemudian. Mungkin kebaikan tu dalam bentuk hidayah.

So jangan macam-macam sangat bila nampak orang sexy atau kembali free hair. Dia bukan buat jahat dengan kau. Itu jahat dia dengan Allah, anytime Allah boleh ampunkan, boleh bagi hidayah, boleh bolak-balikkan hati. Tapi jahat dengan manusia, kau tunggulah nasib kau. Kalau kau rasa dah ikut perintah Allah tapi masih struggle dengan life, tengok balik apa kau dah buat kat orang.


2026-10-14

Kenapa sekarang susah sangat nak jumpa orang yang betul-betul nak kerja sungguh-sungguh, especially dalam bidang sales.

Aku nak cakap pasal keluhan kebanyakan business owner kat Thread iaitu, pasal staff yang TAK NAK buat kerja. Kebetulan hari tu ada orang tanya, kenapa sekarang susah sangat nak jumpa orang yang betul-betul nak kerja sungguh-sungguh, especially dalam bidang sales.

Actually, bukan takde orang kerja. Ramai. Tapi nak cari orang yang nak kerja dalam sales, susah. Because sales ni ada target. Zaman sekarang orang tak nak kerja yang ada target. Dorang nak kerja yang masuk opis, duduk depan laptop, masuk meeting, cukup masa balik. Ada yang nak kerja yang cukup sekadar hadir. Cukup sekadar buat apa yang disuruh. Sekadar habiskan waktu kerja. Cukup bulan collect gaji.

Nak lebih daripada itu? 

Takde inisiatif. Takde rasa nak improve pun. Takde plan nak pergi lebih jauh daripada kedudukan sekarang. Bila hujung bulan tak perform, kau akan dengar la statement-statement like:

"Boss kena pandai motivate staff"

"Leader kena tahu macam mana nak push team"

"Management kena sediakan training"

"Company kena bagi environment yang bagus"


Betul. Aku tak kata semua ni salah. Memang betul. Leadership memainkan peranan yang sangat besar. Boss yang tak tahu lead, tak tunjukkan contoh yang baik, tak sediakan sistem kerja yang bagus, jadi punca anak-anak buah gagal perform.

Tapi as majikan, aku nak tambah satu lagi perspektif.

Not every underperforming employee is a result of bad leadership. Sometimes, the problem is simply the person himself. Aku ambil contoh maid-maid aku.

Aku ada ramai maid sejak Redza umur 43 hari, sampailah Rayyan Darjah 1, rumah aku sentiasa ada maid. Maknanya 13 tahun aku ada pekerja di rumah, selain pekerja di ofis. And sepanjang pengalaman aku ada maid, aku dah jumpa macam-macam jenis perangai and cara kerja.

Ada maid yang bagus, ada yang biasa-biasa, ada yang kena suruh baru bergerak. Ada yang aku tak payah pesan everyday, dia sendiri tahu apa yang dia kena buat. Jenis yang pagi-pagi bangun dah sapu rumah, sapu laman, tarik langsir. 

Tapi ada gak yang sekali ketuk, sekali jalan. Hari-hari kena pesan sapu laman. Kalau tak pesan, tak buat. Bagi dia, hari ni dah menyapu, esok takyah, melainkan disuruh. Ada gak maid yang kalau aku tak berdiri sebelah dia, jangan harap nak buat kerja. Pegang penyapu pun terkibai-kibai. Ni kalau kerja dengan Mak Aji, dengan kau-kau sekali mak aku sapu.

So now my question is, adakah semua maid aku ni dapat tunjuk-ajar yang berbeza?

Tak.

Dorang semua diajar oleh aku. Dari cara nak kemas rumah, apa yang nak dibuat, resepi masak, macamana cara guna electrical appliances - semua aku ajar. SOP sama. Majikan sama. Arahan sama. Tapi hasil kerja tak sama. Why?

Sebab setiap manusia ada tahap tanggungjawab, inisiatif, kesungguhan dan sikap yang berbeza. Dan ini terpakai untuk semua orang, termasuklah yang kerja kat opis.

Maksud aku, bukan semuanya salah leader. Memang ada manusia yang MALAS buat kerja. Dia kerja cuma nak gaji. Tak kisah kalau makan basic rendah. Takde drive nak dapat lebih. Bagi dia, apa yang ada ni syukur.

Ada beza antara hadir bekerja dengan hadir ke tempat kerja. Ini benda pertama yang majikan kena peratikan. Because ada orang attendance cantik. Tak pernah lewat. Tak banyak MC. Duduk office dari pukul 9 pagi sampai 6 petang. But, adakah dia really bekerja?

Pada aku, ada beza someone yang hadir ke tempat kerja dengan someone yang hadir untuk bekerja.

Orang yang hadir ke tempat kerja hanya memenuhi keperluan untuk hadir ke tempat kerja saja. Orang yang hadir untuk bekerja pulak datang dengan tujuan untuk produce something.

Contohnya dalam sales. Kau datang office pukul 9. Bukak laptop. Tengok whatsapp. Layan internet. Balas a few mesej. Pukul 12 pergi lunch. Sambung kerja pukul 2 petang. Pukul 5.45 dah get ready nak balik. Hujung bulan, sales tak hit target. Bila boss tanya, kau jawab:

"Market sekarang slow"
"Customer tak membeli"
"Orang takde duit"
"Competition banyak"


All those reasons ada kebenarannya, and aku tak nafikan market conditions can affect sales. Tapi, sepanjang hari bekerja tu, berapa ramai customer/prospect yang kau approach? Berapa ramai existing customer yang kau follow up? Berapa banyak effort kau buat untuk get new customer/client? Berapa banyak new strategi kau try? Kalau semua benda ni kau tak buat, macamana nak expect boleh hit target?

Buat sales ni bukan tunggu customer datang. Kalau kau bukak je pintu kedai, customer masuk, tu namanya 7-11. Takyah cari customer. Kau tunggu je kat kaunter nanti customer masuk. Tapi untuk kebanyakan bisnes, sales kena cari customer, effort kena lebih. Jangan salahkan market semata-mata. Cara kerja kau tu yang kena improve.

Apa yang aku belajar daripada pengalaman menguruskan maid, ada orang kita tak payah suruh untuk buat kerja. Nampak ada benda yang perlu dibuat, dia terus buat. Dia pakai common sense.

Contoh, siang ikan. Kalau aku beli barang pasar hari Sabtu, maid aku selalunya akan siang semua right away. Bukanlah siang semua benda. Macam udang kecik-kecik tu, dia kopekkan kulit siap-siap. Pastu sotong pun siang siap-siap. Ayam basuh and lemak-lemak tu buang. 

Hari ni Sabtu, esok Ahad. Maknanya esok lori sampah tak datang. Jadi, dia akan freezekan dulu sampah-sampah ikan udang ni. Isnin pagi-pagi dia letak dalam tong, supaya tong sampah tak berbau semalaman. Ini namanya maid yang hadir berkerja. Satu kali ajar dia dah faham sampai bila-bila.

Tapi maid yang bengap, kalau setahun berkerja, setahun tu jugaklah aku kena ingatkan "Bik, esok lori sampah tak datang, bekukan dulu sampah-sampai ikan ni", itu pun kadang-kadang dia lupa. Macamana aku tak baran? 

Tu pasal kalau aku baca kat Thread pekerja komplen itu ini, aku malas nak percaya sangat. Selalunya dia spin the story supaya orang nampak dia sebagai mangsa keadaan. Dia nak orang simpati, nak orang validate perasaan dia, nak orang percaya segala masalah kat tempat kerja tu berpunca daripada company, bos atau management. Hari-hari komplen, tapi kat situ juga tak gerak-gerak.

Aku ni jadi majikan kat rumah pernah, majikan kat opis pun pernah. Sekilas perangai aku dah dah boleh baca apa sebenarnya yang berlaku. Selalunya yang beria komplen macam-macam, dialah paling hauk sekali performance and attitude kat opis.

Ada salesperson yang bila dibagi target, dia akan fikir macamana nak hit that target. Dia plan macam-macam and datang jumpa boss mintak pandangan and approval for the plan. Tapi ada juga salesperson yang tunggu boss bagi database. Tunggu boss bagi skrip. Tunggu boss bagi leads. Tunggu boss plankan promosi. Tunggu boss bagitau apa nak buat hari ini. Kalau boss tak suruh, tak buat. Padahal sales target dia jauh lagi ni, tetap takde inisiatif nak kejar target. Why?

Sebab ada gaji basic. Tak hit target pun gaji tetap masuk. 

Dik, kalau boss tarik awak masuk sales tapi bos yang kena pikirkan cara nak increase sales, baik dia buat sendiri kerja tu. Tujuan boss hire awak adalah kerana awak bertanggungjawab bawak masuk sales. 

Some people masa accept job offer, dia tak realize job scope dia. Dah tahu kau as sales person, maknanya kau ada tanggungjawab bawak masuk sales. Takde rasa bersalah ke duduk opis sepanjang hari, satu sales pun tak boleh close? Kalau aku, malu.

Dulu, aku accept kerja as sales sebab motivation aku is MONEY. Kerjaya sales kalau betul-betul fokus, memang boleh buat duit. Aku dah merasa zaman tu. Umur 29, aku dah hit gaji 5 angka setiap bulan (basic + komisyen). 

Even seorang pelakon pun adalah "sales person". Cuma produk yang dijual bukan barang fizikal, tapi bakat, kredibiliti, personaliti dan kemampuan carry watak. Production house beli servis dan bakat dia. Dorang invest duit kat pelakon so that the pelakon dapat bagi pulangan dalam bentuk views, rating, platform subscribe and collection wayang.

Kat China, pelakon yang bagus, walaupun tak duduk di bawah mana-mana agensi, masih boleh bring sales (pendapatan) buat diri sendiri sebab dia ada inisiatif untuk menyakinkan producer ambil dia as pelakon. Tapi pelakon yang duduk bawah agensi macam traffic actor adalah jenis yang tunggu arahan baru buat kerja. Kalau terlepas dari agensi, konfem hanyut.

Inisiatif adalah ASET paling berharga dalam diri seorang pekerja. Leader boleh ajar kau teknik, tunjuk cara nak buat, sediakankan tools and bagi guidelines. But the willingness to take initiative has to come from within. Tak boleh letakkan 100% tanggungjawab pada boss. Leadership is a responsibility. But personal accountability is also a responsibility.

Dari pengalaman aku as majikan, apa aku boleh kata, sebenarnya memang ada orang yang tak nak improvement. Dia cuma nak kekal selesa. This might be a bit of a sensitive topic. Tapi aku rasa some people bukan tak mampu buat lebih baik. Dia cuma tak nak. Dia just selesa dengan apa yang ada. Gaji RM2500, ok. Tak dapat bonus, ok. Tak dapat increment, ok. Takde career progression, ok. Takde recognition, ok. Asalkan hujung bulan gaji masuk. Janji tak kena buang. 

Aku tak kata semua orang mesti ada cita-cita nak jadi manager, CEO atau jutawan. Not everyone has the same definition of success. Ada orang memang nak kerja yang stabil, tak stress kejar target. Itu pilihan masing-masing dan tak salah. Tapi kalau kau dah duduk dalam role SALES, jangan salahkan majikan atau sesiapa saja bila kau tak gerak-gerak macam orang lain. You can't expect extraordinary results from putting in just average effort.

Dalam sales, kita tak boleh bergantung kepada mood. Sales bukan kerja yang dibuat hanya bila kau rasa rajin. Hari ini mood baik, kau call 20 orang. Esok mood tak baik, kau tak nak cakap dengan sesiapa. Lusa customer reject, kau down. Minggu depan sales tak masuk, kau mula rasa kerja ni tak sesuai dengan kau. Macam ni susahlah, dik.

Sales requires consistency. Ada hari kau akan dapat banyak closing. Ada hari kau akan dapat banyak rejection. Some day, customer layan kau baik. Some days, langsung tak balas whatsapp. Ada yang bertanya panjang lebar tapi tak membeli. Ada yang dah sikit lagi nak closing, tiba-tiba senyap. That's all part of the sales game. Aku selalu percaya in sales, consistency can beat talent when talent lacks discipline.

Belajar buktikan pada diri sendiri bahawa kau ada potensi. Sales ni bukan bertanding siapa lagi banyak closing, tapi kejar target diri sendiri. Kau tak compete dengan sesiapa pun. Kerja sales paling senang nak bertahan dalam company. Sebab kau tak payah melobi management untuk kekal, dan kau tak payah compete dengan colleague untuk buktikan siapa lebih baik.

Kerja sales ni kau duduk dalam lane kau. Katakan lane kau nilainya RM80K. Kau duduk situ sampai hit RM80K sales. Done. Katakan colleague kau pun dalam lane RM80K, kau bukannya berlawan dengan dia siapa hit target dulu. Tak. Kau tetap kejar target kau saja.

Jangan jadikan keadaan ekonomi as alasan. I know times are tough right now. Persaingan makin sengit. Kuasa membeli dah berubah. In sales, cabarannya memang besar. But if the economy is struggling, shouldn't that be all the more reason to get creative? Sebab semua orang is facing with the same economic situation. Competitor kau pun ada masalah dengan kos operasi yang sama. Salesperson lain pun berdepan dengan customer yang nak berjimat. But have you ever wondered why some people are still managing to make sales?

Ok tu kau pikir pulak jawapannya.

At the end of the day, your career is your responsibility, not your boss's responsibility. Sometimes, the biggest obstacle to your growth is not your boss, your company or the economy. It's your own unwillingness to grow.


2026-10-13

Bukan semua benda yang kita ada, kita dapat, kita beli, kita capai atau kita banggakan orang seronok nak tahu.

Sebab tu aku cakap kita ni macamana best pun, macamana baik pun, macamana ramai followers pun — tetap ada orang tak suka. Bukan semua benda yang kita ada, kita dapat, kita beli, kita capai atau kita banggakan orang seronok nak tahu.

Contohnya macam lady yang buat post atas ni. Tak tahulah apa yang dia bitterkan. Takde kaitan dengan hidup dia pun.

Just komen banyak-banyak kat post yang kau suka nanti lama-lama algorithm kau berubah. Kau akan nampak post yang kau suka je pastu. Yang tak kau tak suka takkan lalu dah. Aku dah lama praktikkan "kalau tak suka, jangan ambil tahu". 

Umpama tengok TV, tiba-tiba keluar pelakon yang kau menyampah. Kau terus tengok or tukau channel? Kalau waras, kau akan tukar channel. Tapi kalau kau mental aku tak tahulah, kan.

This is the reason juga kenapa aku kurang berminat nak bercerita apa aku beli atau apa aku dapat. Banyak kali dah orang tanya "Kak Di shopping apa kat sana?". Selalunya aku jawab "Ada la sikit-sikit". 

Walaupun orang tu tanya privately, tetap aku malas nak bagitau. Sebab dalam ramai-ramai yang bertanya, sebenarnya ada orang yang tak suka. Orang-orang ni dalam mode standby. Ada je peluang nanti, dorang ni akan ke depan.

Tu pasal kalau kau tengok, bila ada bad things happen kat mana-mana influencer, kena cerai ke, bisnes lingkup ke — tetiba ramai haters muncul. Selama ni ingatkan influencer tu hanya ada penyokong je. Rupanya lagi ramai haters. Cuma dulu haters ni semua senyap sebab takde peluang nak strike.

Dulu masa aku tengah dalam prime time blogging, one day aku share beli henbeg Coach. Aku beli 3 biji sekaligus. Sebenarnya aku nak share bisnes kawan aku, dia PS henbeg from US. Aku beli dari dia. Bila beg sampai, aku share kat blog jenis-jenis beg tu, sekali harung nak tunjuk free gift yang aku dapat dari kawan aku kalau sesiapa beli dari dia. 

Tak sangka rupanya ada blogger sakit hati dan CREATE CERITA aku beli pakai installment. Kau rasa??

Sampai tahap tu ya kalau orang tak suka. Dia boleh create story dengan konfiden sekali. Memandangkan dia pun ada followers, dah tentulah ada orang percaya cakap dia. Padahal henbeg tu aku beli dari kawan aku sendiri. Member Dusty Pink Tits. Beli dengan member takkan pakai installment. Aku bayar full terus sebab support bisnes member. Aku bayar full amount pakai cheque sebab amountnya besar. 

Maka, terpaksalah aku publish bukti bank statement. Tapi bila aku publish bukti dikatanya aku berlagak nak tunjuk duit dalam bank. Pulekkkk. Halah halahhhhh.

Bagi aku, kalau benda yang aku tak suka tu berlaku dalam media sosial, lebih senang nak manage. Just like aku cakap tadi, ignore. Scroll laju-laju. Jangan follow. Kan simple tu? 

Tak faham jenis yang bitter dengan orang lain kat media sosial. Benda mudah kot. Tak suka, jangan tengok. Ni tak. Kau tak suka, tapi hari-hari kau tadah diri baca post aku.

Benda yang lebih susah sebenarnya adalah share story di luar medium media sosial. Ini kena read the room.

Tak salah pun nak share apa saja good news. Kalau kau beli kereta baru, kenapa pulak tak boleh share the news? Kalau anak kau dapat anugerah kat sekolah, kenapa pulak kena rasa bersalah nak share the news, kan? Tapi to some people, certain things bawa maksud yang berbeza.

Contoh, kau beli new henbeg. To you, itu sekadar henbeg. Memang kau suka kumpul henbeg. But untuk orang yang duit sentiasa tak cukup, dia payah nak berdamai dengan post kau tu. Rasa bitternya membuak-buak. Padahal kau takde salah apa pun, cuma kesempitan hidup dia buatkan something yang biasa-biasa pada kau jadi benda yang menyakitkan hati dia.

So, adakah tak perlu cerita apa-apa ke?

Bukan macam tu, cuma tengok dengan siapa kau tengah bercakap and dalam situasi apa kau share cerita tu.

Contohnya, bab pencapaian anak-anak.

Kawan-kawan kau tengah sembang hal anak-anak. Anak-anak dorang biasa-biasa saja keputusannya, sedangkan anak kau luar biasa hebat. Of course kau bangga. But JANGAN share pasal achievement anak-anak kau SELAGI TAK DITANYA. 

Layankan saja kawan-kawan kau bersembang hal anak-anak dorang. Bukan apa, bila kau share achievement anak kau yang tak terjangkau dek akal tu, percayalah cakap aku, cerita kau akan nampak sangat sombong dari perspektif dorang.

Kau kena ingat. Dalam ramai-ramai tu, anak kau je paling hebat. Anak-anak dorang semua lebih kurang je levelnya antara satu sama lain, sedangkan anak kau bertingkek-tingkek level atasnya. Tiba-tiba kau bercerita anak kau 24A SPM. The vibe of the room konfem berubah. Cerita kau akan nampak angkuh.

Tak salah nak cerita pasal anak kau Add Maths A+ atau Dekan sepanjang tahun. Cuma sekarang ni anak kau lahir di zaman yang berbeza. 

Zaman sekarang ni, kalau anak kau sangat pandai, lebih baik DIAM. 

Kalau achievement kau di tempat kerja sangat outstanding, lebih baik DIAM. 

Kalau bisnes kau hit juta-juta, lebih baik DIAM. 

Sebab zaman sekarang tak sama macam dulu. Dulu, semakin kita miskin, kita diam. Semakin kita bodoh, kita diam. Semakin kita tak berjaya, kita diam. Maksud "diam" kat sini adalah sedar diri.

Tapi zaman sekarang lain. Zaman sekarang tak ramai boleh terima ada orang lebih dari dia. Yang lebih hebat selalunya kena kecam. Yang biasa-biasa ni biarkan mendonia sebab selalunya dorang ni lebih ramai. Nanti kau kena attack berjemaah. 

Aku pernah lalui ni masa makan gaji dulu. That month, buat pertama kalinya aku hit lebih dari 1 juta sales. Masa meeting, CEO mintak aku ke depan share cara aku buat sales. Beza achievement aku dengan sales exec lain macam langit dengan bumi. Yang bawah dari aku rata-rata RM200-300K production saja. Not bad jugaklah achievement dorang, cuma aku tersangat outstanding bulan tu.

Bila CEO mintak share, aku pun sharelah. Ikhlas memang nak share. Dalam pikiran aku, kalau ramai buat juta-juta sales, bonus konfem sedap hujung tahun. Aku pun bagilah tips begitu begini. Rupanya-rupanya, tips aku takde siapa kisah. Aku akhirnya jadi bahan umpatan. Ada yang kata aku senang close sales sebab aku gunakan keseksian aku. Kau rasa?

From there aku belajar untuk read the room. Kalau dalam group tu aku sorang je yang paling outstanding, aku takkan share apa-apa. Kalau aku terpaksa share pun, aku akan share yang general-general saja. Bukan kedekut ilmu, tapi takde orang suka dengar cerita from someone lagi hebat dari dia. 

Selalunya aku diam and tunggu orang tanya baru aku cerita part aku. Selagi tak tanya, aku layankan je cerita orang lain. Walaupun ada orang tak kisah pun kalau aku share betul-betul, cukuplah sekali terkena. Aku prefer diamkan saja dulu.

Beli barang pun sama. Kadang apa yang kita beli tu bukan apa sangat pun, tapi entahlah. Zaman media sosial ni, cara orang tengok post dan gambar bukan sekali lalu. Dorang zoom in zoom out. Seram, ya. 

Kalau dia perasan aku pakai new henbeg, biarlah. Kalau dia perasan aku beli gelang baru, biarlah. Kiranya kalau kau nampak, nampaklah. Tapi aku takkan bercerita. Melainkan barang yang aku beli tu sebenarnya ada konteks. Contohnya hari tu kat Istanbul aku tunjuk pakai kasut baru. Bukan nak tunjuk kasut tu benaunya. Aku nak bagitau aku berjaya menjejaki foot print Johnny Huang di store ECCO Istanbul.

Dengan En Wan aku pesan benda yang sama. Aku cakap client memang suka agen yang ada outstanding achievement. Sebab semakin banyak agen tu ada achievement, bermakna that agen serius nak stay lama dalam bidang ni. Takdelah potensi kena terminate. 

Tetapi, belum tentu kawan-kawan seangkatan seronok dengan achievement kau. Jadi, jangan share beria sangat. Reward macam percutian ke, hadiah ke, takyahlah cerita. Kalau AWARD takpe, sebab award ni untuk menyakinkan client and new prospek.

Aku cukup takut everytime En Wan dijemput untuk bagi sharing. Sebab pengalaman aku sharing tips buatkan aku tak nak benda yang sama jadi kat sesiapa especially En Wan. Because I tell you, takde orang suka sebenarnya kalau kau terlampau sukses. One day kau akan create haters tanpa sedar. Dan haters ni selalunya bukan orang luar tapi dalam lingkungan kau sendiri. Yang bertepuk-tampar dengan kau tu belum tentu genuinely happy for you.

Janganlah naif sangat anggap semua orang dalam ofis tu kawan yang always support kau. Ada yang profesional. Ada yang bersaing secara sihat. Tapi ramai yang tengok your successful as threat. Sebab tu be careful. Share je lah benda-benda bodoh.


2026-10-12

Medical Card: Your new COT.

Alhamdulillah. Satu lagi pencapaian yang cukup bermakna untuk En Wan.

Buat pertama kalinya, dia dapat pengiktirafan COT (Court of the Table) bagi tahun 2027.

Mungkin ada yang nak tahu apa tu COT?

COT (Court of the Table) is a pengiktirafan profesional di bawah MDRT (Million Dollar Round Table). MDRT bukan pengiktirafan khusus untuk Malaysia saja. Ini pengiktirafan kepada financial professionals from countries around the world. 

Nak dapat pengiktirafan COT, kena achieve 3 kali ganda kelayakan standard MDRT dalam tahun yang sama. That is certainly no small achievement. Pengiktirafan MDRT hanya diberi kepada 2% orang saja seluruh dunia. Aku tak tahu COT ni berapa persen saja yang dapat. Less than 1% maybe.

Kisahnya, semalam En Wan keluar. Tetiba dia call. Aku ingatkan dia nak bagitau balik lambat sebab hujan lebat.

"Di, abang COT!"

Aku tak register lansung apa benda COT. Sebab benda kita tak pernah expect.

"Prudential dah keluar poster, abang COT"

Dia terkejut. Aku lagilah terkejut. Sebab selama 4 tahun dia dalam industri ni, his aim cuma nak complete-kan recognition MDRT saja. Tak pernah lansung bercadang nak kejar COT sebab taknak stress. Nak kejar MDRT pun dah cukup lelah. Tapi, itulah. Rezeki dari arah yang tak disangka-sangka namanya. Dan dia adalah penerima COT pertama dalam Khalifah Group.

Dari semalam sampai ke pagi ni, henfon dia berdesup-desup masuk whatsapp and call dari geng-geng takaful dari agensi-agensi lain. Aku syak pasni makin ramailah agensi yang invite dia bagi talk. Aku cakap "Baik abang ready-kan sajalah slide presentation awal-awal. Awal tak kalut" Hahahaha.

Gambar atas ni salah satu dari sesi dia membagi talk. Dia kalau bagi talk, habis semua graf keluar. Dasar engineer Jepun.

Ok ni aku nak sambung dengan satu cerita. Aku dah mintak izin blog reader aku untuk share pasal ni sebab aku nak bagi pandangan sekali.

Kisahnya, this blog reader (follower IG) mengadu suaminya tak nak providekan medical card and hibah untuk dia and anak-anak. Dia surirumah. Anak 2 orang. Baru-baru ni suami pneumonia, duduk wad beberapa hari. Susah nak melawat, dengan tak boleh bawak anak-anak. Wad suami pulak ramai lelaki. Jadi suami tak bagi berlama-lama, suruh balik awal. 

Lepas suami sihat dia mintak suami buat medical card, kalau tak nak untuk diri sendiri pun, buatlah untuk anak-anak, standby. Dan disebabkan suami dah pernah jatuh sakit, dia terpikir kalaulah apa-apa jadi, dia bakal terkontang-kanting. If only suami buat hibah.

Ok macam ni, ya. Dengar pesan aku baik-baik.

Mintak maaf kalau aku cakap ni mungkin mengguris hati sesiapa. Tapi, aku nak bagitau, medical card ni adalah OPTION untuk kita dapat access treatment selain dari government hospital. Kalau pendapatan bagus, bolehlah consider untuk ambil medical card. Kalau pendapatan pun cukup-cukup untuk keperluan keluarga, just pakai hospital kerajaan saja dulu.

Selalunya orang yang pendapatannya selesa, mereka sukakan pelbagai jenis keselesaan. Dia nak pilihan hospital yang lebih banyak. Dia nak bilik yang lebih selesa. Dia nak masa menunggu yang lebih singkat. Dia nak lebih fleksibiliti dalam memilih doktor dan dapatkan treatment. And there's nothing wrong with that. Kita bekerja, kita cari duit. Kalau mampu bayar untuk keselesaan tambahan, itu pilihan kita.

Sebab itulah, medical card ni soal kemampuan dan keutamaan kewangan. Kalau gaji RM3K, komitmen RM2,800, then kita paksa suami ambilkan medical card RM200 sebulan, itu bukan financial planning yang bijak. 

Mintak mahap cakap, selalunya orang-orang macam ni lah yang tak mampu sustain caruman. 2-3 bulan tak bayar, ujung-ujung lapse. Kalau gaji tak besar, tapi komitmen banyak, aku nasihatkan pergi saja ke hospital kerajaan. Itu pilihan yang lebih baik. Jangan menyusahkan diri sendiri dan jangan aniaya agen. 

Lainlah kalau gaji selesa, then boleh ambil medical card. Kebanyakan orang ambil medical card ketika komitmen dah banyak. Dan akhirnya, medical card tu yang akan dilepaskan dulu berbanding komitmen lain. Sebab apa? Sebab dia dah biasa hidup tanpa komitmen medical card, jadi mudah untuk dia lepaskan medical card bila financial sangkut.

Aku and En Wan dulu, sebelum ada komitmen anak, sebelum ada komitmen beli rumah, sebelum ada komitmen beli kereta, kitorang ambil medical card dulu. Jadi bila ambil komitmen baru, kita dah tahu medical card adalah komitmen sedia ada yang tak boleh dibuang. Komitmen yang baru nak ambil yang akan diperhalusi dulu nak ambil ke tak. Supaya takde komitmen sedia ada yang dibuang.

Kebanyakan orang, bila dah buat macam-macam komitmen yang besar, kemudian baru terfikir nak ambil medical card. Sebab tu apa-apa hal jadi, medical card dia buang dulu. 

Medical card sepatutnya dipertimbangkan semasa kita still ada ruang dalam kewangan. Because, nak selitkan satu lagi komitmen bulanan bukan semudah yang disangka. Perlu disiplin. Bila kau dah terbiasa ada duit lebih buat shopping, buat travel, bagi reward kat diri sendiri, kau akan rasa caruman medical card ni membebankan. Mulalah masa tu kau mencari alasan demi alasan untuk menampakkan yang medical card ni tak penting.

Macam-macam alasan dibuat untuk meyakinkan diri sendiri bahawa medical card tak penting. Antaranya, "Sebab company dah cover"

Look. Kalau company dah cover, kenapa hari tu nak buat personal medical card? Kenapa now baru terasa yang company's benefit dah memadai? 

Aku nak bezakan dua perkara. 

Cmpany medical benefit is an employment benefit. 
Personal medical card is protection kau sendiri. 

Maknanya, selagi berkerja di situ, company akan tanggung. Once dah berhenti, atau bersara, medical treatment you takkan ditanggung lagi. Lainlah kalau company buatkan personal medical card. Macam company aku, aku provide medical card untuk staff. Dorang decide plan apa nak, company bayar. Selagi berkerja di sini, company bayarkan caruman. Once kau berhenti, medical card tu kau punya dan sambung bayar sendiri. Jadi, tak rugi apa-apa.

Sebab, kalau medical kau ditanggung company, kemudian lepas bersara/resign nak buat medical card sendiri, SEMUA rekod treatment yang kau pernah buat sepanjang berkerja akan keluar dalam database takaful. Bermakna kau punya medical card nanti bukan clean case. Akan ada exclusion, atau caruman tinggi atau maybe declined terus. 

Aku tak tahu if client yang aku bakal cerita ni blog reader atau memang client En Wan only (bukan follower aku). Client ni dah lama tak bayar medical card, card pun dah lapsed. Tapi dia tahu kadnya lapsed. 

Last week dia contact En Wan semula, nak ambik balik medical card. En Wan macam malas nak propose sebab risau client ni akan culas bayar lagi. Sebab now client dah ada history patah kaki. Bila mohon semula medical card, of course ada exclusion. Anything to do with kaki yang patah tu takkan ditanggung oleh takaful. Dan caruman bulanan pun takkan sama macam yang dulu. Alangkan polisi yang dulu clean pun dia culas nak bayar caruman, apetah lagi now caruman pasti lebih tinggi dan ada exclusion, lagilah En Wan tak yakin client mampu bayar.

Inilah sebenarnya yang buat kenapa some agen "pilih" client. Kalau korang nak tahu, memang ada agent yang pilih-pilih client. Dorang suka approach client yang kaya. Bukan sebab nak close big case, tapi tak nak serabut kemudian hari. 

Client-client macam ni tak culas bayar caruman sebab dorang tak nak gunakan savings untuk spend kat hospital. To them, bayar caruman bulanan RM300-400 is lebih baik berbanding serabut bayar bil hospital selepuk pakai duit sendiri.

Medical card ni bukan komitmen untuk setahun dua. Ini protection jangka panjang. Kena fikir kemampuan untuk sustain bayaran caruman dalam tempoh yang panjang.

Aku bukan kata semua orang mesti ambil medical card seawal mungkin. Tak. Ada orang memang belum mampu. Ada yang perlu utamakan basic necessities dahulu. Tapi kalau kau ada pendapatan yang selesa, every month ada duit lebih tapi lebihan tu kau guna untuk upgrade lifestyle, kemudian bila bab medical card kau kata tak mampu, maybe kena semak balik your financial priorities.

Bila aku baca blog reader tadi cakap pasal suami tak nak ambil medical card, betullah kata orang. Yang pernah lalui situasi tu saja tahu betapa medical card penting. Sebab dia dah lalui susahnya keadaan bila takde medical card. 

Samalah macam client En Wan yang patah kaki tadi. Hanya bila dah lalui situasi tu, baru dia tahu. Selagi tak lalui, dia takkan nampak kepentingannya kat mana. Sebab kita selalu ada duit untuk benda yang kita rasa nak, tapi belum tentu ada peruntukan untuk benda yang kita mungkin perlu one day nanti.

Untuk blog reader aku tadi, nasihat aku, kalau suami belum mampu, takyahlah paksa. Dia belum mampu. Kalau dipaksa karang, bengkok pulak suami tu nak mencari duit buat bayar caruman. Pakai je dulu hospital kerajaan. 

Dalam keadaan awak yang tak berkerja ni, akak rasa mintak hibah lebih baik. Hibah ni murah je bulanan, dan caruman tak naik. Yang ini lebih praktikal dengan situasi awak. Kalau berminat, minta husband whatsapp En Wan 012-4407757.


2026-10-11

Jangan letakkan orang tua di satu rumah. Buat giliran. Barulah masing-masing datang akai!

Percaya tak kalau aku cakap, semakin bertambah umur, semakin kau faham banyak benda yang dulunya kau anggap simple, sebenarnya tak se-simple mana.

Contoh, zaman kecik dulu kau selalu questioned apesal mak bapak takleh provide kau kesenangan macam anak-anak orang lain dapat dari parents masing-masing. Now, bila dah ada keluarga sendiri, baru kau realized mencari duit tu SUSAH. Duit tak boleh dikecai-kecai macam tu saja sesuka hati. Kena ada planning yang betul.

Dulu kau questioned apesal mak bapak tak pakai skin care, tak pakai perfume, tak berganti baju baru. Now bila dah ada anak, baru kau realized, bukan parents kau dulu tak nak, tapi dorang korbankan banyak keinginan sendiri demi provide yang benar-benar perlu and penting untuk kau and adik-adik.

Masa zaman makan gaji, semua benda kau salahkan boss and company. Ada je benda kau komplen, until kau ada company sendiri barulah kau realized, running a business tak se-simple "patutnya buatlah macam ni" "patutnya buatlah macam tu" "patutnya bagilah bonus 7 bulan".

Dulu baca kisah anak-anak letak mak bapak kat rumah orang tua-tua, terasa kejamnya. Menempah laluan ke neraka! Until mak bapak kau dah tua, dan kau nampak sendiri perangai dorang berubah, barulah kau sedar kenapa ada anak-anak letak mak bapak di rumah orang tua. Bukan buang mak bapak, tapi tak sanggup melayan karenah yang tidak-tidak.

At my age now, satu-satu aku dah nampak. 

Bujang dah rasa. Berkahwin dah rasa. 
Makan gaji dah rasa. Jadi majikan dah rasa. 
Duduk asing dari orang tua dah rasa. Duduk serumah dengan orang tua pun dah rasa. 

Bukanlah nak kata aku lebih tahu dari orang lain, tapi kalau kau tak rasa lagi semua ni, maka aku punya perspektif lebih valid.

Aku ambil contoh menjaga orang tua. 

Aku duduk dengan mertua 15 tahun. Dari pandangan mata kasar orang luar, aku BARU 15 TAHUN duduk serumah dengan mertua. Anak-anaknya sendiri jauh lebih lama tinggal dengan mak dorang.

Betul. 

Tapi aku nak cakap, duduk dengan orang tua semasa dorang umur 50-60an dengan duduk with them semasa umur dorang 80-90, TAK SAMA. Tak sama, ya! 

Orang tua ni, makin lama makin ada perangainya. Hanya yang tinggal serumah saja tahu apa perangai dorang. Selalunya anak-anak yang tak duduk sekali senang nak kata macam-macam. Sedangkan kau datang jenguk mak bapak sebulan sekali. Setakat ziarah 1-2 jam tu janganlah ingat kau dah faham apa yang berlaku dalam rumah tu. Nope. Kau tak nampak the real situation lagi. 

Contoh paling senang, mak mertua aku sendiri.

Everytime sakit, pening kepala ke, atau demam ke, PASTI aku and En Wan ajak dia ke klinik. Tapi selalunya mok tak nak. Dia cukup takut ke klinik. Takut nanti kena masuk wad. 

Tapi nanti bila anak-anak lain call tanya khabar, dia mengadu hal macam-macam. Sakit situ sakit sini.

Kalau kau anak yang cerdik, rasa logik tak aku and En Wan lepas tangan tak ambil berat hal mak? Tak logik, kan? Especially mak tu dalam rumah seorang retis yang dikenali seluruh dunia. Mustahil retis nak buat mak mertua melepek sakit. Kalau paparazzi dapat tahu retis itu menganiaya mak mertua, nescaya terancam reputasi retis tersebut. Aaaa gitu.

Itu kalau kau cerdiklah. Tapi kalau kurang cerdik, nescaya kau akan menggelupur membayangkan mak bapak kau teraniaya dan dibuli. Ditambah pulak dengar orang tua tu mengadu sakit, takleh bangun, takleh makan, takleh itu, takleh ini. 

Kita ni kalau ada COMMON SENSE, benda pertama yang kita buat bukan buta-buta percaya aduan mak bapak tadi, tapi tanya dulu orang-orang dalam rumah tu betul ke mak bapak kita ni sakit dan tak dibawak ke klinik?

Everytime mok sakit, dipujuk berkali-kali ke klinik, dia mesti tak nak. Mati-mati tak nak pergi. Dan-dan sihat. Pernah dulu, zaman En Wan masih jadi engineer. En Wan pagi-pagi dah keluar ke opis. Aku selalunya lambat sikitlah, dan my habit setiap kali sebelum keluar, aku cari mok dulu. Sebab aku akan bagitau aku nak keluar dah ni.

Pagi tu aku tengok bilik mok bertutup. Maknanya mok ada kat dalam. Which is peliklah sebab waktu-waktu aku nak pi kerja, mok selalunya dah ada kat bawah. Aku bukak pintu bilik tengok mok terbaring. Dia kata mabuk, pening kepala. Aku cakap meh kita pi klinik.

Tak nak. Takpe katanya. Dia cuma nak baring kejap, nanti hilang pening. Aku cakap ok takpelah, opis aku pun dekat. Kalau apa-apa call. Pastu aku pun pi kerja.

Tak lama pastu En Wan call bagitau dia bergaduh dengan ahli keluarga yang lain sebab ada yang tuduh En Wan tak bawak mok ke klinik. Padahal En Wan tak tahu yang mok tu sakit. Dia dah pi kerja awal. Aku bagitau mok pening kepala, dah ajak ke klinik tapi mok yang tak nak. Aku pun laju-laju balik rumah sebab En Wan takleh tinggalkan kilang. Balik tengok dah ada orang datang tengok mok. Mok tengah duduk.

Aku tanya "Mak pening lagi ke?"

Dia cakap "Kurang sikit dah. Dah baring tadi"

KAU RASA???

Yang anak laki dia ni dah bergaduh dengan family members lain dek kerana mok mengadu kat semua orang kata dia sakit tak boleh bangun. 

Aku punyalah bengang, tapi sebab mak mertua kan. Kalau aku tengking karang, konfemlah aku yang jahat. Aku terus pack baju, start enjin, balik Bangi. Aku bagitau En Wan aku nak tido Bangi sebab kalau aku duduk rumah tu aku akan melahar kat mak kau.

I tell you, orang tua ni bila dah tua, dia cenderung untuk create story, menambah tokok cerita, berlebih-lebihan dalam bercerita supaya orang lain bagi attention, especially anak-anak lain. Dia nak anak-anak lain datang tengok dia. Itu INTENTION-nya. Walhal dia takde masalah pun sebenarnya dengan anak-anak dalam rumah tu, tapi dek kerana kelaku dia tu dah membuatkan orang luar salah faham. Tu pasal ada mak bapak jadi punca anak-anak bergaduh. Sebab inilah. Sebab perangai.

Yang anak pulak bangang-bangang belaka, terus percaya apa orang tua tu mengadu tanpa bertanya dulu dengan anak yang menjaga. 

Aku ni everytime Mak Aji bagitau tak sihat atau Pak Aji tak sihat, aku call Ibal dulu tanya. Nak tau apa kisah sebenanya. Dan selalunya Ibal bagitau "Aku dah ajak, kak. Mama tu yang tak nak". Aku percaya Ibal. Sebab aku menjaga orang tua, jadi aku faham.

Yang menggelupur ni selalunya yang tak menjaga, tapi acah-acah ambik berat. Datang ziarah pun sebulan tak sekali, tapi berlagak macam tau semua benda. Bab kena jaga orang tua masing-masing bertolak-tolak. Kau tolak dia, dia tolak kau. Tapi bab acah-acah terpaling care, memang kau menang.

Aku percaya mana-mana anak yang duduk dengan orang tua, akan alami senario ni sekiranya dapat adik-beradik IQ 78.

Jaga orang tua umur 80 ke atas ni lain, ya. Kau jangan kata "Mak aku tu ok je..."

Mak kau ok tu zaman bila? Zaman umur dia 50? 60? 70? Now mak kau dah 80-90 tau. Lain.

Duduk serumah dengan orang tua 80-90 tahun tak sama dengan datang ziarah kejap-kejap. Sebab orang tua ni pun tak bodoh. Dia tahu kau datang habis kuat pun 1-2 jam je. Hanya 1-2 jam saja peluang yang dia ada untuk "melobi" kau kaw-kaw supaya dia dapat attention yang dia nak. Dia akan mengulang cerita kononnya dia sakit yang teramat sakit supaya kau risau. Motif dia bukan nak bagitau yang dia dibuli. Dia mengulang cerita hoping that esok, lusa, tulat, kau datang lagi tengok dia. Faham ke tak, bangang?

Orang tua nakkan perhatian. Dan perhatian paling mudah dapat adalah dengan mengadu dan buat cerita yang dia sakit tenat. Supaya anak-anak ramai datang jenguk. Because dia boring takde orang datang tengok dia. Malangnya anak-anak ber-IQ 48, assume orang tua tu dibuli, dianiaya, dan sengaja dibiarkan sakit. Alah bodohnya!

Tanyalah anak-anak yang menjaga orang tua, betul tak perangai orang tua gini?

Aku ni duduk dengan mertua 15 tahun, dah faham sangat. Bila diajak ke klinik, tak nak. Tapi bila anak-anak lain ajak pi klinik, laju mengangguk nak pegi. Penyudahnya orang nampak kita pulak yang jahat. 

Anak-anak lain pulak, bila orang tua tu nampak macam selesa duduk di rumah si A, masing-masing lepas tangan. Datang ziarah pun jarang. Tu pasal orang tua ni bertahan dari pergi klinik. Dia tak nak sihat. Dia nak terus sakit supaya ada modal nak buat anak-anak lain datang jenguk. Tu motif sebenarnya.

Dia senang cerita macam ni la. Jangan letakkan orang tua di satu rumah. Buat macam arwah nenek aku dulu. Rotate. Bulan ni rumah Mak Aji. Bulan depan rumah makcik aku kat Singapore. Bulan lagi satu balik ke rumah mak cik aku kat Ampang. Biar semua merasa jaga orang tua. Barulah masing-masing datang akai!


2026-10-10

GreenAard: Boleh ke lepas makan Gloei muka tumbuh jerawat kecik-kecik dan breast jadi tegang?

“Boleh ke lepas makan Gloei muka tumbuh jerawat kecik-kecik dan breast jadi tegang?”

Sebelum aku explain further, aku nak bagitau kalau sesiapa dapat kesan macam ni, dua simptom ni mekanismenya berbeza, ya.

Jerawat kecil-kecil yang tumbuh kat muka MAYBE ada kaitan dengan reaksi kulit, atau sensitiviti pada bahan tertentu dalam Gloei atau ada perubahan lain yang berlaku secara kebetulan.

Breast yang terasa tegang dan mengeras tak semestinya berkait lansung dengan Gloei sebab breast tissue ada reseptor hormon dan reseptor ni boleh berubah ikut keadaan fisiologi someone.

Kita tak boleh kata Gloei puncanya without analyze one by one dari sudut food science, biokimia and fisiologi hormon.

So kenapa agaknya lepas makan Gloei ada yang kata muka tumbuh bijik-bijik jerawat halus?

Kemungkinan yang pertama — sensitif terhadap bahan dalam Gloei.

Every bahan tumbuhan yang diekstrak ada komposisi kimia yang tersendiri. Walaupun bahan tu asal dari tumbuhan, it still has protein, polifenol and macam-macam molekul yang sistem imun badan boleh kenal.

Someone yang sensitif, sesetengah bahan ni boleh bagi tindak balas hipersensitiviti.

Contoh, dalam Gloei ada chamomile. Someone yang ada alahan pada ragweed, bunga kekwa atau daisy selalunya akan sensitif pada chamomile juga. Dorang maybe akan dapat kesan gatal-gatal, ruam atau jerawat kecil-kecil.

Sistem imun badan kenal bahan-bahan yang boleh trigger alahan. Maknanya badan orang ni dah sedia sensitif pada bahan-bahan tu cuma selama ni dia belum terdedah dengan bahan tersebut. Bila sekarang terdedah, maka alahan tu muncul. Bermakna, dia tak sesuai ambil Gloei, bukan Gloei punca jerawat.

Kemungkinan kedua — Soy extract.

Hat ni interesting untuk aku explain sebab ini sudut biokimia.

Soy extract ada isoflavones. Isoflavones adalah phytoestrogens.

Phytoestrogen tu apa?

It is a sebatian dalam tumbuhan yang seakan-akan estrogen. Maknanya phytoestrogen ni boleh berinteraksi dengan estrogen receptors dalam badan.

Estrogen adalah hormon yang terlibat dengan period cycle, development of breast tissue and sistem reproduktif. Basically estrogen ni hormon untuk wanita (sebab tu dalam Mirifika ada phytoestrogen).

Adakah bermakna soy extract jadi penyebab jerawat kecik-kecik tumbuh and breast jadi tegang?

Kalau nak kata soy extract penyebab jerawat kecik tumbuh, I don’t think so. Tapi kalau penyebab breast tegang to some women, boleh jadi, walaupun chances are low sebenarnya.

Gloei ni 1 sachet cuma 3 gram. Dos isoflavones dalam tu tak tinggi pun. Takkan jadi penyebab breast tegang pun sebenarnya. Secara logiknya tak akan menyebabkan breast tegang.

Breast tegang ni berlaku setiap bulan. Kau makan Gloei atau tak, kita akan lalui perubahan hormon setiap period cycle. Setiap kali hormon berubah, breast akan tegang. This is normal.

Kemungkinan ketiga — keadaan kulit and faktor luaran.

Keadaan kulit boleh berubah bukan hanya apa yang kita makan tapi juga disebabkan period cycle, stress, tido tak cukup, skincare, kosmetik and hormon changes.

Contohnya, kau ambil Gloei pada minggu yang sama ketika period sepatutnya datang. A fews days later, jerawat kecil muncul kat dagu and dahi. Gloei ke penyebabnya?

Belum tentu. Jerawat muncul maybe ada kaitan dengan perubahan hormon akibat makan new food (dari Gloei) + hormon fluctuations semasa period cycle.

Some people ingat jerawat-jerawat kecil tu tanda proses detox. Hat ni aku nak kena betulkan sikit.

Selalunya kalau makan supplement dan ada efek jerawat, kebanyakan sales/agen akan cakap itu proses detox. Badan tengah keluarkan toksin. Kulit tengah purging. Kolagen tengah diaktifkan. Katanya.

Dari sudut sains, benda tu tak berlaku macam tu. Sebab kita ada hati and buah pinggang yang tugasnya untuk keluarkan bahan buangan. Kulit BUKAN tempat badan keluarkan toksin.

Now aku nak gabungkan dua-dua ni:

(1) Jerawat kecil-kecil muncul.
(2) Breast terasa tegang.

Could both be caused by the same underlying mechanism?

Ada kemungkinan, tapi meh kita tengok dulu ada kaitan tak.

Yang pertama, hormon changes boleh bagi kesan kat kelenjar sebum dan keadaan breast.

Contohnya, dalam fasa tertentu period cycle, aktiviti hormon androgen boleh affect sebum production. Kulit akan hasilkan minyak/sebum. Jerawat lebih senang tumbuh waktu ni.

Perubahan estrogen and progesteron pun berubah-ubah bila time nak period. Ini boleh buatkan breast rasa penuh and lebih sensitif. Time-time ni kalau laki aku tersentuh dada, rasa nak lepuk je. Sebab sakit.

So kesimpulannya, someone might experience jerawat kecil and breast tenderness around the same time. Tapi tak bermakna both symptoms are caused by Gloei.

Yang kedua, reaction to the supplement formulation.

Some customer maybe sensitif pada salah satu bahan dalam Gloei. Dorang ada hipersensitiviti. Kalau simptom jerawat tu datang dengan merah-merah, gatal, bengkak, pastu breathing difficulties, STOP ambil Gloei. Because you allergik dengan bahan dalam tu.

Dan tak mustahil both happen coincidentally at the same time. This is also very possible.

Macam aku cakap tadi, kau kebetulan try Gloei for the first time pada minggu-minggu period nak datang. Disebabkan simptom muncul lepas guna Gloei, memang mudah untuk salahkan Gloei.

Something happening after taking a supplement does not automatically mean the supplement caused it, especially bila kes-kes seperti ni sangat terpencil dan tak berlaku pada semua pengguna.

Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI.
Atau boleh ke website GreenAard.


2026-10-09

C-Drama: Our POV tentang drama Love Designer


Minggu ni geng-geng Whale Guardian takde kerja nak buat, kitorang post-mortem drama Love Designer yang kontroversi amat dulu.

Drama ni punyalah hangat, kontroversi-nya tak pernah padam until now. So kitorang (9 orang) bagi pandangan masing-masing. Ada yang share fakta-fakta and post-post lama pasal drama ni.

Menarik betul kupasan geng-geng ni. Betul-betul challeging. Best.

Apa yang aku boleh share kat sini, drama Love Designer tu sebenarnya banyak tunjuk betapa jahatnya paparazzi kat sana. Especially dalam dunia entertainment, paparazzi selamba create gossip, create kontroversi, create fake relationship.

The thing is, dorang berjaya jadikan gossip tu semua macam real.

Contohnya, dalam Love Designer macamana dorang frame Zhou Fang (Dilreba) plagiat design designer lain. Paparazzi go to the extend where they CREATE bahan bukti! Orang awam tengok memang percaya terus.

Pastu how they create gossip antara Zhou Fang dengan Song Lin (Johnny), kononnya Zhou Fang dapat jadi finalist fashion designer competition sebab dia and Song Lin ada hubungan. Paparazzi cantum-cantumkan gambar nak bagi nampak bahan bukti look real.

Then create fake relationship between Song Lin dengan duta syarikat kononnya dorang bercinta and Zhou Fang adalah penyondol. Semua tu dibuat sebab nak jatuhkan Song Lin (sebab dia CEO fashion company). Maknanya Zhou Fang mangsa keadaan. Dia tak tahu apa-apa

In real life kat China, begitulah dunia entertainment dorang. Penuh dengan gossip yang direka tanpa satu bukti pun. Sampai tak tahu dah mana satu betul. Sebab everyday akan ada berita panas.

Pastu dorang ni suka mengada-adakan benda yang takde. Padahal benda tu takde apa-apa tapi dorang exaggerate and berangan lebih.

Gambar dua orang berdiri sebelah-sebelah pun dikatakan bukti bercinta.

Dua orang artis yang kebetulan ada kat tempat yang sama and pakai henfon casing warna sama pun dikatakan bercinta.

Dia orang actor pegang bahu dikatakan gay.

Masalahnya, dorang pandai fabricate story and bahan bukti biar nampak real!

Dalam drama Love Designer, aku personally rasa apa yang berlaku dalam drama tu akhirnya berlaku pada Johnny and Dilreba in real life.

Sebelum drama tu keluar, hidup Johnny aman-aman je. Padahal before that dia dah ada drama bercouple dengan Li Qin and Elaine Zhong. Tapi habis kat situ je. But dengan Dilreba, terus keluar gossip konon dia pernah kawen, dia pukul ex-wife, konon pernah ada 2 anak yang dua-duanya mati dalam kandungan sebab Johnny sepak wife.

Gossip tu jadi sangat besar dan look real. Dia punya tahap real tu sampai Johnny sengaja tolak 5 drama love genre because taknak ada kaitan dengan mana-mana perempuan.

Tapi, bila dia tolak berlakon genre love, paparazzi cakap itu bukti Johnny memang bercinta dengan Dilreba. Konnnya Johnny nak jaga hati Dilreba. And Dilreba tak bagi Johnny berlakon drama cinta. Kepala hotak dia.

Kalau ye pun dorang bercouple, Dilreba tu kan pelakon. Takkanlah dia tak faham kerjaya pelakon macamana. Dia sendiri sampai sekarang berlakon genre cinta, takkanlah dia tak bagi Johnny berlakon dengan perempuan lain? Tapi tulah, entertainment dorang penuh dengan fake news sampai netizen telan buta-buta semua info tak reti nak pikir logik.

Aku yang duduk jauh ni pun boleh pikir. Takkanlah selama 5 tahun digossipkan bercinta tapi korang tak dapat tangkap SATU gambar Johnny and Dilreba keluar bersama? Kata paparazzi. Takkan 5 tahun satu bukti pun takde.

Pastu tuduhan kata Dilreba and Johnny kawen senyap-senyap and dah ada anak sorang, takkanlahhhhh berita sebesar ni tak dapat bukti? Kat Malaysia ni kalau hari ni keluar gossip dua orang kawen senyap-senyap, lusa dah dapat bukti. Settle.

Kadang-kadang aku baca pun rasa macam, “Seriously? That’s all you’ve got?”

Takyah jadi paparazzi lah kalau setakat bercerita takde bukti.

Masalahnya, cara dorang olah gossip tu sangat real sampai mampu create naratif yang besar kat media sosial. Netizen akan ulang cerita yang sama selagi actors tu tak keluarkan bukti. Bila sesuatu cerita diulang berkali-kali, secara fitrahnya orang akan anggap itu fakta.

Yang pelik tu, paparazzi keluarkan cerita tanpa bukti dorang percaya. Kalau actors sangkal gossip tanpa bukti, dorang tak percaya.

Macam Johnny kena tuduh dah kawen. Netizen mintak Johnny tunjuk bukti dakwaan “ex wife” tu tak benar. Kau rasa??

Nak buktikan apa kalau dia memang belum kawen? Kau pegilah check sendiri kat Hunyin Dengji Chu tu (tempat register marriage). Kata kau paparazzi. Patut kau yang cari bukti ni sebab kau yang beria buat gossip. Nak jadi paparazzi tapi bangang. Carilah bukti sungguh-sungguh sikit. Barulah sedap aku nak baca.

Dalam drama Love Designer ada satu scene mak Zhou Fang tanya Song Lin pasal status tunang orang.

Salah satu punca Johnny kena kaw-kaw dengan paparazzi adalah disebabkan scene ni. Scene ni saling tak tumpah dengan scenario Johnny yang sebenar. Difitnah gay. Difitnah pukul ex-wife. Difitnah curang. Difitnah ada anak.

Yang tambah pelik, si “ex-wife” lepas break dengan Johnny, dia kawen dengan orang lain. Lepas kena cerai, terus bukak cerita konon Johnny pernah curang dengan dia. Yang kena tuduh masih single sampai sekarang. Yang menuduh siap boleh kawen dengan orang lain. Siapa yang ada skandal benaunya ni?



Scene ni really menggambarkan how bad-nya gossip kat China. Sampai boleh ubah naratif orang awam. Luckily semua fitnah pada Johnny berjaya dibuktikan tak benar di mahkamah. Dua-dua kes Johnny menang.

Recently (last week) satu lagi kes Johnny menang. Kes fitnah juga. 3 orang kena bayar RMB100K and buat permohonan maaf selama 10 hari berturut-turut. Baru datang akai masing-masing. Buat fitnah pandai. Suruh tunjuk bukti terpisat-pisat.

Then kitorang Whale Guardian sembang pasal gossip Dilreba and Johnny. Gossip ni dah lama, sejak 5-6 tahun lepas. Tapi sampai sekarang takde proper closure because masing-masing tak buat penafian. 

Sepatutnya kes ni tak payah nak ambik berat sangat because adat menjadi artis konfem akan ada gossip. Lagipun Dilreba and Johnny berlakon jadi couple, konfem akan ada shipping punya.

Bagi aku, sepatutnya benda ni tak jadi issue. Fans Dilreba sepatutnya lebih faham bab ni sebab Dilreba sentiasa berlakon love genre, maka shipping antara co-star adalah benda biasa. Tapi kenapa gossip dengan Johnny dorang ambil berat sangat sampai mintak agency keluarkan official penafian?

Ada banyak interesting point kitorang discuss bab ni.

Yang pertama, tuduhan bahawa Johnny and Dilreba bercinta.

Lakonan Dilreba and Johnny nampak sangat natural dan real. Dorang punya real and natural tu MUSTAHIL untuk pelakon yang tak bercouple boleh come out with that level of acting kalau bukan actual experience. Sebab sangat serasi dan sangat kimia.

Sedangkan Johnny pernah berlakon dengan Liqin and Elain Zhong tapi tak se-natural dengan Dilreba. Drama Love Designer adalah bukti paling kukuh tuduhan dorang sememangnya bercinta. The way they kissed, hug each other, touch each other — takde lansung nampak macam berlakon. Nampak macam dah biasa.



Kalau nak bukti lain memang takde. Tapi gestures dorang dalam drama ni cukup as bukti dorang memang bercinta (pernah). Maybe sebab itulah dorang tak pernah menafikan gossip tu.

HOWEVER, ada argumen lain juga.

Kalaulah betul bercinta, mustahil pulak sepanjang tempoh tu satu gambar pun paparazzi tak dapat tangkap. Dilreba and Johnny bukan actor suam-suam kuku. Dilreba traffic actor, sepatutnya senang nak dapat candid gambar. Tapi tu lah, TAKDE! Sampai sekarang sekeping gambar dorang berdua di luar set takde lansung.

Yang ada cumalah cakap-cakap orang yang konon pernah nampak dorang berdua kat Milan and Bangkok. Beria kata pernah nampak tapi bukti takde. Takkanlah dalam ramai-ramai yang kata pernah ternampak tu sorang tak teringat nak snap gambar, khenn. Masalahnya, ramai percaya cakap-cakap netizen ni walau takde bukti.

Banyak yang kitorang post-mortemkan that day. Bukan apa, nak persediaan ni sebelum Love Song in Summer keluar. Drama yang bakal tayang ni genre love. Selalunya bila Johnny berlakon drama love, gossip dia dengan Dilreba netizen akan ungkit balik untuk dropkan rating. So Whale Guardian kena prepare point nak buktikan balik gossip tu TAK BENAR.



Kalau tanya aku, aku tak percaya Johnny and Dilreba bercinta. Dalam meeting hari tu aku bagi argument aku and nampaknya dorang kata argumen aku logik 👍🏻.

Dia macam ni. Yang menampakkan lakonan dorang macam real couple adalah sebab dorang ada good chemistry. Dilreba dapat skrip her forte. Genre love and idol drama memang kepakaran dia. Selama ni dia dapat co-star yang kurang serasi. Siapa co-star dia sebelum ni?

Yang Yang - ini kayu.

Wu Lei -boleh berlakon tapi tak layak dishipkan sebab very junior than Dilreba.

Ren Jialun - dah kawen.

Gai Weiguang - awal-awal dah declare Dilreba macam adik sebab beza 10 tahun.

Johnny - same age and single

Dalam 5 orang pelakon lelaki yang pernah berlakon dalam drama-drama hebat Dilreba, cuma Johnny je yang “available” untuk digossipkan. Pulak tu lakonan Johnny semua orang tahu sangat natural dan convincing. Lagilah menampakkan real bercinta. Yang Yang tu memanglah single lagi tapi dia berlakon keras dan kayu jadi gossip pun tak wujud sebab tak nampak real.

Bagi aku, reason terbesar kenapa nampak Johnny and Dilreba macam bercinta adalah kerana masing-masing good at what they are doing. Dilraba memang pandai carry watak yang sweet, manja and romantik. Dia tahu macamana nak main dengan ekspresi muka, renungan mata, body language and intonasi suara so that karakter yang dia bawak nampak natural. Dia ada kelebihan menyampaikan sisi feminin and romantik without trying hard macam dibuat-buat.

Johnny pulak, lakonannya always convincing. Tak kiralah dia bawa watak serius, garang, kelakor, emotionally reserved, romantik or vulnerable, dia ada kemampuan untuk buat audience percaya kat karakter yang dia carry. Bila both of them bergabung, the chemistry nampak real.

Co-star Johnny setakat ni adalah Li Qin, Elaine Zhong, Zhang Jingyi and Sun Qian. Kesemuanya bila sampai bab kissing and romantik tak nampak macam real bercinta. Samada scene tu tak intense, atau the female lead tak cukup manja. Berbeza dengan Dilreba, both of them all out. Kissing nampak real. Hugging nampak real. Merajuk nampak real. Bercinta laaaaaagi nampak real.



Contohnya scene ni. Cara Dilreba bersembang dengan Johnny sambil pegang bibir Johnny tu look so natural, seolah-olah dorang biasa buat di luar set. Johnny pun macam relax je bila Dilreba buat gitu. I tell you, kalau dengan Yang Yang kau takkan dapat buat gini sebab agency takkan allow anything yang boleh menampakkan Yang Yang tak cantik depan kamera. Dorang takkan allow kau nak herot-berotkan bibir Yang Yang. 

Itulah beza berlakon sesama traffic actor. Masing-masing nak nampak kekal cantik. Berlakon dengan Johnny lebih santai. Kau tak nak Johnny dipakaikan mekap pun dia takde hal. Dia on je. Dia lagi suka bare face.

Scene ini juga sebenarnya telah men-trigger “ex-wife” Johnny punya sawan. Sebab dalam scene tu Song Lin cakap “Once you're my ex, you're a stranger to me” 😆

Aku syak inilah punca ex dia merentan macam nak rak. Ditambah pulak lakonan Johnny and Dilreba sangat real. Sakit atilah member agaknya Johnny digossipkan Queen of China.

Kalau ikut logik, drama My Dear Guardian meletup lebih awal tapi apesal ex Johnny tak muncul waktu tu mengaku dia adalah ex-wife? Apesal time drama Love Designer baru dia sibuk munculkan diri? Sebab, lakonan Johnny and Dilreba real, dan dia feel insecure. Masa dia tinggalkan Johnny kawen dengan orang lain, mesti dia ingat Johnny takkan jadi sehebat ni sekarang. Now, merentan. Sibuk nak gelarkan diri "ex-wife". Johnny bolayan je. Just like he said “My exes are strangers to me. Once it's over, it's over" Kahkahkah. 

Sape pun yang tengok drama Love Designer mesti ingat dorang tengah bercinta. Aku tetap rasa tak. Dorang nampak real because gandingan yang sepadan. 

"Kalau tak bercinta, kenapa Johnny and Dilreba tak pernah menafikan gossip?"

Because Dilreba traffic actors. Menjadi traffic actor, kat mana ada peluang dapat highlite yang besar, kat situlah dorang akan kekal duduk. Gossip Dilreba and Johnny isu yang sangat besar masa tu. Bila netizen percaya yang Johnny pukul ex-wife, Dilreba otomatic jadi aset yang perlu dilindungi dari seorang abuser. Maka seluruh netizen bergabung "selamatkan" Dilreba. Johnny kena sangat teruk sampai kes masuk mahkamah. Tapi dia menang kes ni because memang takde bukti yang sabitkan dia as kaki pukul.

Tapi tengoklah sekarang. Johnny fly high. Tak perlu melobi mana-mana production house untuk dapat skrip. Bersilih ganti job datang pada dia. Sementara Dilreba, selama dalam industry, masih takde sebarang nomination and award dari acting. Semuanya populariti award. Padahal dia ni boleh je berlakon tapi agency tahan dia dari grow. Sekarang ye lah, masih muda. Tunggu esok dah umur 40 tahun, laku lagi tak berlakon genre idol. 

Fans Johnny pernah cakap, kalaulah Dilreba betul-betul couple dengan Johnny, konfem dia akan dapat skrip yang power. Sebab Johnny ada kelebihan dapatkan strong skrip. Aku teringin nak tengok Johnny and Dilreba berlakon sama lagi tapi Johnny serik dah kot. Fans Dilreba gila. 

Pada aku, fans Dilreba tak membantu Dilreba grow. Dorang banyak menahan Dilreba untuk kekal dalam posisi sekarang. Dengan siapa Dilreba berlakon pun dorang akan bangkang kalau pelakon tu tak nampak sepadan dengan Dilreba. Agency pulak takut takde sokongan dari fandom, terpaksa layankan kehendak fans. Tu pasal lately, drama-drama Dilreba low rating. Tak flop, tapi low. Patutnya makin besar fan base, makin laku drama.

Tu pasal aku cakap, sampai bila kau nak bertahan dengan sokongan fan club semata-mata? Golongan yang fanatic ni umur 20-an je. One day golongan ni akan masuk 30 an, 40 an. Tak menggila dah. Dorang akan ada pereference lain. Masa tu kalau kau baru nak beralih genre, dah lambat. 

One of the best fans adalah Whale Guardian. Tak pernah kisah siapa co-star Johnny. Dorang pentingkan value skrip and acting skill. Tu pasal Johnny bebas carry apa pun watak, sebab fans dia akan sentiasa support and promote.



2026-10-08

Perempuan yang pernah lalui disaster relationship, once dia in a new relationship, dia akan jadi orang yang berbeza.


Selalunya, perempuan yang pernah lalui disaster relationship, jangan sesekali kau mess dengan dia. Sebab kali ni dia dah tak kisah kalau hilang kau. Bukan sebab berlagak ke apa, tapi tak kuasa nak hadap another drama. 

Be it dalam marriage atau dalam stage bercouple, perempuan yang pernah hadap suami curang, suami kaki pukul, boyfriend yang manipulatif, boyfriend yang psycho, narsistik, or any man who made her lose faith in herself, kau janganlah acah-acah brutal dengan perempuan jenis ni kalau masih nak dia in your life. Because dia tak takut hilang lelaki dah. 

Perempuan yang pernah lalui semua ni, once dia start new relationship, dia start dengan the new her. Dia dah belajar something dari kesilapan yang lepas. Kali ni dia nak tenang-tenang je.

Dulu dia ingat nak mempertahankan relationship kena banyak bersabar. Maka, apa pun berlaku, dia sabar. Boyfriend marah, dia pujuk. Suami curang, dia cari apa yang kurang dalam diri sendiri. Lelaki buat perangai, dia assume lelaki tu tengah stress. Dia akan cari seribu alasan untuk fahamkan punca lelaki tu buat perangai. 

Dia always rasa kesalahan tu adalah dari dia. Maka, dia teruskan bersabar dan bertahan. Dia anggap kalau cukup sabar, cukup setia, cukup memahami, lelaki tu akan nampak betapa berharganya dia eventually.

KAHKAHKAHKAH.

Terkenang pulak kebodohan diri sendiri dulu. Begitulah naifnya seorang Diana masa bercinta. Terlampau banyak sangat tengok drama melayu, sampai terbawka-bawak karakter perempuan yang sabar dan bertahan (dan bodoh). Tapi bila seorang Diana start new relationship, no more kesian-kesian.

I tell you, any perempuan yang dah pernah lalui that kind of relationship, kau tak boleh expect dia faham kau sentiasa. Because dulu dia dah pernah cukup faham terlampau banyak! Dia dah pernah cuba faham someone sampai dia tak faham diri dia sendiri lagi. So now, in a new relationship, dia tak kuasa nak fahamkan sesiapa. Kau buat je perangai, dia angkat kaki, jalan. You get no second chance.

Lepas aku terselamat dari relationship yang disaster, aku dah malas nak melayan lelaki yang pandai bercakap. Yang perasan boleh buat perempuan cair dengan ayat-ayat dia. Pikap line yang sweet-sweet, berjanji yang tidak-tidak, puji-pujian melangit. Dah, tak payah.

Just straight forward je dengan aku. Cakap terus apa kau nak. Tak payah nak jek-jek aku dengan ayat-ayat berbunga-bunga. Aku dah penat. Setakat nak mengayat aku dengan "You are the only woman I love", eh muntah aku dengar.

Tak payah nak berjanji macam-macam dengan perempuan. Just buat! Show the girl your effort, bukan setakat bercakap I will, I will, I will. Muak.

Perempuan yang dulunya "taat", dulu dia takut sangat kalau kena tinggal. Jadi apa pun suami tu buat, dia diam. Kononnya sabar. Sebab orang-orang tua dulu pesan, kalau suami marah-marah, isteri kena sabarrrrrrr. Kalau melawan karang, laki kau cari lain katanya. Maka dia pilih untuk diam. Telan segala benda yang suami buat walau merabakkan emosi. Nak bersuara, takut. Nak menegur, lagilah takut. Maka, diam. Pendam. Nangis kat tepi sink sorang-sorang.

Tapi tu dulu. Now, that same woman dah tak kuasa nak bersabar. Kau snap kat dia, dia snap balik. Kau pukul dia, silap-silap kau lebam balik. 

Perempuan macam ni dah takkan berdiam. Bukan kurang ajar, tapi dia dah belajar dari relationship yang lepas. Berdiam pun salah. Tak melawan pun salah. Patuh pun salah. Taat pun salah. So? Lebih baik now hentakkan terus. Dah tentu-tentu salah. At least kalau kena tinggal pun puas hati sebab buat salah. Daripada kena tinggal walau tak buat salah. Khen?

Aku dah pernah lalui situasi ni. Tapi, antara dihentak dengan ditarik ke bawah, aku lebih takut bersama lelaki yang menarik aku ke bawah. At least, kalau kena hentak, the reason is obvious untuk aku tinggalkan dia. Tapi, jenis yang slow-slow tarik aku ke bawah ni, usually kita hanya sedar until it's too late. 

Lelaki macam ni tak semestinya menengking kau. Dia akan guna ayat yang bunyinya macam hawa-hawa menasihati. Selalunya ada bau-bau agama sikit.

"Saya bukan apa, cuma nak protect awak. Saya nak isteri saya jadi isteri yang baik"

"Perempuan yang lebih besar achievement dari suami, lambat-laun akan besar kepala. Saya takut saya tak redha nanti awak yang tanggung dosa"

"Suami merasa rendah diri bila berada dengan isterinya, iu dah kira derhaka"


Wahhh gitu dia mensaikokan orang. Dan wanita yang tersaiko pun teruslah jadi lembik. Ikut je cakap si lelaki. Ikut tak tahu hujung pangkal. Sampai satu tahap, kau tak sedar yang kau sedang mengecilkan diri sendiri untuk buatkan dia rasa besar.

If a man can only feel good about himself when the woman beside him is less successful, itu masalah insecurity. Mana-mana lelaki yang rasa tercabar bila gf/tunang/isterinya naik pangkat, run a bisnes, ada income besar, sambung belajar, or dapat banyak achievement - the problem is not your woman, bro. It’s how you see yourself.

Perempuan yang dah pernah hadap lelaki macam ni dalam relationship yang lepas, dalam relationship yang baru.ni dia takkan takut nak cakap "Oklah, kalau macam tu kita putus"

Ni bukan berlagak tau. Perempuan tu sedih sebenarnya. Maybe dia akan menangis jugak. Tapi dia tak kuasa nak main drama dengan kau. Dia ada banyak benda nak pikir. Apa yang buat semak, dia buang.

Aku rasa kebanyakan lelaki tak tahu yang kalau kau dapat perempuan macam ni, kau sebenarnya sangat beruntung. Because perempuan macam ni dia boleh achieve banyak benda tanpa kau, tapi dia tetap pilih kau untuk bersamanya. Patutnya kau happy and support dia.

Aku tak faham kenapa some men terbawak-bawak karakter nak jadi raja. Nak jadi hebat sorang. Nak control hidup orang. Kau tak boleh ke bila bercouple tu, anggap kau and dia adalah teammate? Kalau boleh terbang sama, terbang. Kalau tak boleh, then support her. Kenapa nak tarik dia ke bawah?

Dulu, kalau kes menghentak aku tu tak berlaku, aku tetap akan tinggalkan si anu. Seawal 6 bulan bercouple aku dah start tawar hati. Masa tu belum ada lagi kejadian hentak-menghentak. Tapi aku dah rasa something is off. 

Aku penat bila asyik nak ajar dia tentang common sense. Tapi masa tu aku teruskan juga sebab aku ingat aku terbawak-bawak perangai anak sulung. Anak sulung kan dah biasa lead adik-adik. So aku ingat aku yang kena tone down a bit, maka aku bertahan and teruskan.

Lama-lama aku jadi drain. Aku nak study kat bilik, dia kata aku membosankan. Aku study dengan dia kat library, dianya merayap pi tempat lain. Bila aku achieve good result, dia rendah diri. Asal bersembang, asyik cerita pasal game bola tampar, menang main game komputer. Brag about how hebatnya dia dalam kadet. Benda-benda macam tu yang dia sembang dengan aku.

Bukan aku pandang rendah dengan semua "kehebatan" dia tu. Aku layankan juga, tapi lama-lama bosan. Macam...entahlah. Benda tak penting untuk masa depan kot. Hal macam tu kau sembang dengan member-member kau je dah lah. 

Aku bukan nak partner yang pandai sangat, atau cemerlang sangat dalam akademik. Cuma aku nak someone yang faham kita ni bukan bercouple untuk mengisi masa lapang. We are building something together. And if we are, we should at least know what we are building and where we are headed. Boleh tak kita bersembang yang challenge our mind? Ni tak. Kau ajak aku bersembang pasal kau menang game komputer, kejadah apa?

Serious cakap, dapat partner macam ni, energy kau drain banyak. Everytime balik dari outing, terasa letih. Masa tu aku belum faham, ingatkan penat outing. Lama-lama aku realized sebenarnya penat tu datang dek melayan energy dia yang men-drain-kan aku. Sampai ke satu tahap aku berasa malas dah nak outing sebab mengenangkan penatnya aku selepas tu.

Kau patut rasa pelik kalau berasa MALAS nak keluar dengan someone. Be it lelaki atau perempuan. Kalau after beberapa kali keluar bersama kau rasa penat, that's actually a sign yang aku overlooked dulu. 

Perempuan yang pernah kena pukul dengan lelaki, selalunya in her next relationship dia akan jadi rebel sikit. Kau jerit kat dia, dia akan jerit kat kau balik. Kau baling barang kat dia, dia baling kat kau balik. Kau tampar dia, dia akan tampar kau balik. Jangan main gila. Because kali ni kau jadi tempat dia balas dendam atas kebodohan dia yang dulu. Dia tampar kau tu ibarat dia tampar exbf dia sekali.


2026-10-07

Hanya yang tak pernah bagi salam kaut je tak suka tuan rumah letak QR code.


Aku nampak satu post tentang sewa bekas tempat letak salam kaut pengantin. Dia macam post box, ada lubang untuk masukkan envelope, and depan tu ada juga ditampal dengan QR. Siapa tak bawak duit cash, boleh scan je QR untuk bagi salam kaut.

Maka berbondong-bondonglah orang komen "Tak patut letak QR code. Macam paksa guest bagi duit pulak"

Hanya yang tak pernah bagi salam kaut je yang tak suka cara ni. Kalau biasa bagi salam kaut, letak QR code tu sangat memudahkan. Tapi aku lagi suka cara lama. Hulur dalam envelope.

Ok, aku nak cakap pasal ni. Aku pernah gi kenduri, dan ditegur oleh kawan apesal aku nak bagi duit kat tuan rumah.

Ceritanya, aku bawak hadiah. Tapi time balik kan kita akan lalu depan keluarga pengantin, takkan nak salam tangan kosong je. Aku tanya kawan ada extra envelope tak, nak isi duit. Dia tanya “Kenapa nak bagi duit? Aku pergi jemputan tak pernah bagi duit. Hadiah pun tak bawak. Dia kan jemput datang makan”

Dia terkejut tengok aku nak bagi duit.
Aku laaaaaaaaaagi terkejut dia datang bawak perut semata.

Yes, salam kaut tak wajib. Tapi COMMON SENSE.

Betul, kita dijemput. Tapi sejak bila something yang tak diwajibkan bermakna perkara tu tak penting dari sudut adab, budi bahasa dan timbang rasa?

Dalam hidup, ada banyak benda yang kita buat bukan sebab kita wajib buat, tapi sebab benda tu WAJAR dibuat oleh manusia yang ada COMMON SENSE.

Kita tak wajib bawak buah tangan time ziarah ke rumah orang.
Tapi bukan ke elok kalau kita bawa something yang termampu? Paling-paling bawaklah pisang goreng.

Kita tak wajib balas every kebaikan orang dengan value yang sama.
Tapi kan ke elok kalau kita appreciate orang yang pernah buat baik kat kita?

Kita tak wajib tolong everytime nampak orang susah.
Tapi kalau kita mampu tolong, why not?

Nampak tak bezanya?

Tak wajib bukan bermaksud tak perlu. And that’s basically my POV on salam kaut.

Aku dah terbiasa dari kecil gi rumah orang, bawak something. Apetah lagi gi jemputan kenduri. Kalau tak mampu hulur duit, jangan kedekut dengan tenaga. Tolong apa yang patut. Itu namanya common sense. 

Kadang pelik jugak tengok cara some people berfikir. Semua benda nak ada black and white before buat. Kalau tak wajib, tak payah buat. Kalau takde rules yang menyuruh, tak payah nak mulakan. Kalau takde siapa paksa, tak buat pun takpe. Penat jugak hidup bermasyarakat dengan orang macam ni.

Imagine kau ziarah kawan baru bersalin. Kita tahu dia penat, maklumlah ada anak kecil. Rumah maybe bersepah. Dia pun baru nak adapt dengan new rutin. Yang kita datang beramai-ramai, duduk berjam-jam, expect tuan rumah hidang air, datang tak bawak buah tangan pulak tu, pastu dah kenyang, balik. Kau tak rasa apa-apa ke datang rumah orang gitu?

Same goes dengan datang kenduri. Dah tahu tuan rumah tengah meraikan anak kawen, dia keluar belanja besar untuk bagi tetamu makan sedap dan selesa. Ada khemah, kerusi meja, lauk-pauk, siap dessert and kuih. Dibagi door gift pulak lagi sebelum balik. Yang kau datang melenggang. Dah lah angkut semua 8 beranak datang. Takde hulur duit sikit pun. Hadiah tak bawak satu hal. Takkan salam kaut pun tak bagi? Patut padanlah sikit.

Cubalah peka dengan situasi. Datang kenduri kawen kot. 

Zaman aku kecil dulu, tahun 80-an, everytime ikut arwah nenek gi kenduri kawen, aku pegang bakul sia. Dalam tu isi beras. Tu adat orang Melaka. Dorang tak bagi duit, tapi bawak beras. Kadang bawak telur. Maknanya ADAB ke kenduri kawen tu bawalah something untuk tuan rumah. Tak semestinya banyak. Tak semestinya dalam bentuk duit. Payah-payah sangat kau singgah Beryl’s beli kek gulung sebekas. Itulah namanya common sense.

Ada orang, dahlah tak bawak hadiah dan tak bagi duit, pastu saiko orang lain jangan bagi.

“Takyah bagi, takyah. Dia jemput kita datang makan, bukan suruh kita bayar makan”

Helo? Kalau semua benda nak kena diwajibkan dulu baru datang rasa tanggungjawab, jangan peliklah one day kawan-kawan kau buat makan-makan tak include kau sekali. Jenis berkira macam ni payah dibawak berbincang selalunya.

Salam kaut BUKAN untuk bayar makan. Takde maknanya. Ini adalah SUMBANGAN tanda kita hargai jemputan yang kita dapat.

Kalau kita makan kat kedai, kita dapat makanan saja. Tapi kat kenduri kawen, kita dapat makan DAN peluang untuk bersedekah. So kenapa nak pilih salah satu? Benda ni memang perlukan common sense. Aku rasa common sense aku tinggi dari kecil. Mesti masa Allah agih-agihkan common sense, aku antara yang beratur awal 😄.

Masa sekolah rendah, dalam keadaan TAK ADA, aku cuba sediakan hadiah untuk attend birthday party kawan. Walaupun hadiah aku tak mewah macam orang lain, setakat bagi pensil and eraser, at least aku tak datang melenggang ke birthday party orang. Itu namanya ADAB jadi tetamu.

Patutnya datang kenduri kawen, bagilah salam kaut sikit. Kita datang meraikan. Makan makanan yang disediakan. Doakan kebahagiaan pengantin. Bagilah sikit sumbangan. Dahlah kau buat kenduri orang tu tempat kau reunion dengan kawan-kawan. Berlonggok 2 jam tak bangun-bangun. Kejap-kejap bangun ambik kuih, tambah cendol, ratah ayam goreng rempah. Dah kenyang, blah gitu je. Pastu bangga cerita beli kereta conti, beli rumah baru. Perangai beruk.

Kalau majlis tu dibuat besar-besaran, belanjanya dah tentu besar. Aku bukan kata tuan rumah patut buat kenduri sesuai kemampuan. Itu different isu. Bagi aku, tuan rumah keluar banyak belanja nak bagi tetamu seronok. Dia sambut kedatangan kita dengan makanan yang sedap-sedap. Apalah salahnya hulur RM20-30? Bukannya kau kena bayar semua kos majlis tu.

Aku bukan marah kat orang yang tak bagi salam kaut. Aku cuma tak suka MENTALITI yang anggap memberi tu tak penting.

Nak bagi hadiah?
Ok, bagi.

Nak bagi duit?
Ok, bagi.

Nak sekadar hadir, ucap tahniah and doakan pengantin?
Ok, buat.

Aku pun tak naklah majlis yang patutnya mengeratkan hubungan bertukar jadi benda yang memalukan orang. Tapi kalau sengaja merendahkan kepentingan memberi, like “buat apa nak bagi duit, bukannya dia suruh kita bayar makan” — hat ni aku baran. Tak nak bagi tu satu hal. Jangan saikokan orang lain untuk ikut kau tak nak bagi. Yang benaunya kau takut nampak pelik bila kau sorang je datang kenduri tak bagi apa-apa, kan?

Ni bukan salam kaut je. Terpakai untuk semua majlis. Ada orang tak pernah terfikir nak bawak buah tangan masa ziarah orang. Dia kemain seronok lagi kalau dapat hadiah, bila time kena memberi, macam-macam fatwa hadis keluar.

So, salam kaut wajib?

Tak. Tapi pakailah common sense.


2026-10-06

Hibah: Hibah 1 juta banyak atau sikit?

Orang selalu cakap, hibah RM1 juta ni besar sangat. Macam tak masuk akal nak ambil hibah sampai RM1 juta. Buat apa banyak-banyak? Bukan dapat kat kita pun. Baik saving sikit-sikit every month.

Begitulah.

Aku rasa ramai orang still tak clear dengan hibah. En Wan kata kebanyakan prospek yang berminat dengan hibah memandang hibah dari sudut berapa banyak duit (caruman) kena bayar every month. Mostly tak tengok dari sudut berapa banyak duit yang keluarga perlukan bila pencari nafkah utama mati.

Aku kena explain benda ni panjang-panjang so that sebelum orang tanya En Wan pasal hibah, dah ada sikit kefahaman pasal hibah. Tujuan aku nak korang fikir secara logik, bukan nak suruh semorang ambil hibah RM1 juta. Aku nak kita semua faham kenapa dalam keadaan ekonomi sekarang, hibah RM1 juta sebenarnya amount yang MUNASABAH. The most important thing aku nak terangkan kenapa RM1 juta tu tak sebanyak yang kita bayangkan.

Soalan aku: Kalau esok kau takde, atau sumber pendapatan utama mati, berapa banyak duit yang family kau perlu untuk teruskan hidup?

Aku bukan tanya berapa banyak duit yang kau nak tinggalkan, tapi berapa banyak duit yang family kau perlukan untuk teruskan kehidupan without income dari kau?

Aku ambil contoh suami. 

Suami adalah pencari nafkah utama dalam keluarga. Katakan pendapatan bersih dia RM10K sebulan. Isteri maybe bekerja, tapi pendapatan suami selalunya covers sebahagian besar komitmen keluarga. Loan rumah, kereta, utilities, barang dapur, belanja anak, yuran sekolah, takaful, duit parents and macam-macam lagi - ini selalunya datang dari pendapatan pencari nafkah utama.

And we know benda-benda ni bukan free. Kalau pencari nafkah utama mati, dia seorang saja yang hilang. Komitmen bulanan keluarga takkan hilang. Bil letrik tetap jalan. Bank takkan batalkan semua loan. Anak-anak tak berhenti membesar. Yuran sekolah tak bertukau jadi percuma. Rumah masih kena buat maintenance from time to time. Kereta kena servis, bayar ansuran and pakai minyak.

Maknanya life doesn’t stop just because someone has passed away. Yang hilang cuma income dia. Jadi, bila kita bercakap tentang hibah RM1 juta, kena tengok jumlah tu dalam konteks kehilangan income, bukan tengok angka 1 juta tu semata-mata.

First, dapat hibah RM1 juta tak bermaksud waris jadi orang kaya baru. NOPE. 

Jumlah yang waris dapat ni sekadar membeli masa untuk dia susun balik kehidupan. Katakan suami mati and tinggalkan hibah RM1 juta kepada isteri. Orang luar maybe ingat, “Wuiii, untunglah balu jadi jutawan!"

Meh kita kira jadi jutawan ke tak.

Kalau family tu perlukan RM8K sebulan untuk teruskan hidup, maknanya setahun dorang perlu RM96K. Untuk lima tahun, expenses yang diperlukan is RM480K. Dalam tempoh 10 tahun, jumlahnya jadi RM960K. 

Maknanya, kalau semua hibah RM1 juta tu digunakan untuk tampung perbelanjaan sebanyak RM8K sebulan, mathematically duit yang dia dapat tu cuma cukup untuk kira-kira 10 tahun dan 5 bulan. Tu kita assume takde inflasi, takde emergency, takde expenses luar jangkaan dan duit hibah tak digunakan untuk bayar hutang-hutang si mati. Kiraan tadi based on solely monthly expenses.

But in real life, it’s not that simple. 

Kalau ada loan rumah yang kena diselesaikan, duit hibah tadi akan berkurang lebih awal. Kalau anak still bersekolah and kena spend banyak kat education, duit tu akan berkurang lagi. Kalau spouse has to cover medical bills atau jaga parents yang dah tua, jumlah tu akan berkurang lebih cepat lagi.

So kat mana kayanya waris tadi?

Isteri yang ditinggalkan maybe dapat selepuk duit, tapi hakikatnya dia dan anak-anak hilang sumber pendapatan utama FOREVER. This is something we often overlook.

Kedua, kita kena faham konsep REPLACE the lost income, bukan meninggalkan duit semata-mata.

Katakan suami seorang breadwinner, umur 40 tahun, ada anak 8 and 12 tahun. He still have financial commitments for the next 10 to 20 years, or even longer. Kalau dia mati hari ni, family bukan saja lost someone they love. Dorang hilang juga income yang sepatutnya diterima selama bertahun-tahun ke depan.

Ambik balik contoh gaji bersih tadi, RM10K. Dalam tempoh 10 tahun, jumlah pendapatan yang TAK lagi diorang terima is RM1.2 juta. Losing that income for a long time boleh bagi kesan yang jauh lebih besar daripada dapat RM1 juta. 

So, kalau someone dengan gaji bersih RM10K sebulan nak sediakan hibah RM1 juta, is that amount really too much?

Pada aku, tak. It is MUNASABAH.

That's why kita tak boleh assume RM1 juta as jumlah yang tersangat besar without knowing that person’s circumstances. Untuk family yang berpendapatan tinggi, ada anak yang still berlajar, ada hutang besar and menanggung mak bapak, hibah RM1 juta is munasabah. For a single person with no dependants and harta belum banyak, ambiklah hibah yang rendah sikit, takpe.

Jumlah hibah sepatutnya ditentukan berdasarkan keperluan, bukan based on persepsi that RM1 million is a huge amount of money.

Ketiga, hutang rumah alone boleh buatkan perspektif kita towards nilai RM1 juta berubah. 

Ramai orang assume rumah is aset yang akan diwariskan kepada keluarga yang ditinggalkan. Betul, rumah boleh jadi aset. Tapi kena tengok samada rumah tu still ada loan atau tak. 

Katakan kau beli rumah harga RM600K. Loan dah bayar beberapa tahun. Masih ada balance RM400K. Kalau kau mati, baki hutang tak terhapus. Memang ada yang diprotect oleh MRTT or MLTT, tapi kena check berapa jumlah protection, tempoh protection, syarat sijil and samada protection cukup nak buat settlement. Jangan assume semua house loan ada protection yang akan settlekan semua balance hutang.

Now, katakan that family dapat hibah RM1 juta. Kalau RM400K daripada jumlah tu diguna untuk settlekan baki loan, maknanya duit hibah tinggal RM600K. Kalau dorang perlukan RM8K sebulan, baki RM600K tu equals to 75 bulan expenses (6 tahun 3 bulan). Ini tak ambil kira faktor lain. 

Bukan semorang ada hutang rumah RM400K. Ada yang lebih besar, and ada yang beli a few hartanah lagi. Aku tak nak cerita pasal harta-harta ni cuma nak tunjuk how jumlah RM1 juta tu boleh berkurang dengan cepat sebenarnya.

En Wan ada a few client yang buat hibah RM1 juta khusus untuk backup hutang hartanah saja. Isterinya berkerja, ada income sendiri. Suami buat hibah supaya kalau dia mati, income isteri tak perlu bayar hutang-hutang dia.

My point is, every family ada keadaan yang berbeza. Bagi aku, kalau komitmen kita besar, logik untuk kita ambil hibah yang besar.

Some people yang tak faham konsep ni and always ingat hibah tu value diri si mati. Ada suami marah isterinya ambik hibah. Seolah-olah hibah yang isteri ambik tu menggantikan dia.

BUKAN, BANGGGGG.

TAKDE siapa dapat letakkan harga pada kehilangan someone. Cuma, kita boleh merancang so that kehilangan tu tidak disusuli dengan financial crisis yang sebenarnya boleh dikurangkan bila buat persediaan awal. Faham, bang?

Duit hibah tu nanti boleh bagi masa pada waris untuk sesuaikan diri. Duit tu boleh pastikan anak-anak kekal di sekolah yang sama, tak payah pindah balik kampung. Duit tu buatkan isteri/waris tak payah kelam-kabut nak jual rumah. 

And jangan lupa, waris yang kau tinggalkan nak bina semula kehidupan. Bila penyumbang pendapatan utama mati, orang selalu ingat hibah yang dia dapat tu guna untuk rumah, kereta, makanan and anak-anak. Pernah tak terfikir isteri yang ditinggalkan camana?

Kalau isteri tu selama ni tak bekerja, now dia maybe kena start cari kerja. Kalau dia dapat kerja dengan gaji rendah, dia maybe kena tambah skill. Ni semua perlu masa and duit. Maybe dia kena pindah ke smaller house, jual kereta atau tukar life style. Kita tak tahu apa yang akan berlaku nanti. Tu pasal duit hibah tu bagi space untuk dia bernafas sebelum dapat adjust sepenuhnya dengan keadaan yang baru.

Aku tak kata hibah boleh settlekan semua masalah, but at least hibah gives the family more financial breathing room than having no savings or protection at all. And that breathing room means a lot when someone has to make major life decisions after losing their spouse.

Kalau nak kira berapa agaknya hibah yang kita perlu, maybe boleh start anggarkan keperluan keluarga untuk beberapa tahun akan datang. Tambahkan dengan hutang yang sedia ada. Then tolak savings yang ada. Baki tu lah anggaran nilai hibah yang kita boleh buat.

Aku bagi contoh biar senang nampak.

Katakan keperluan sebulan keluarga is RM10K. Darabkan dengan 10 tahun (minimum). Maknanya keperluan is RM1.2 juta. 

Korang ada savings RM200K. Pastu maybe ada aset lain yang boleh diguna untuk emergency like emas, say around RM100K. 

Jadi, keperluan keluarga (RM1.2 juta) tadi, tolakkan dengan RM300K (savings). 

So roughly kau perlu around RM900K. Maka, hibah around RM900K-1 juta sangat munasabah.

Ini aku bagi contoh saja, bukan formula. Nak bagi faham the amount of hibah you need should be based on your actual financial needs. Kita bukan sedang merancang untuk jadi kaya lepas berlaku kematian. Kita merancang supaya orang yang kita sayang tak payah start from scratch lepas kita mati.

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
MDRT achiever for 4 years in a row
(MDRT 2024, 2025, 2026, 2027)   
 


2026-10-05

C-Drama: Bukan kategori A-List. Maybe C.

Semalam aku tepek video Zhao Lusi kat IGS. Aku cakap Zhao Lusi ni popular among international fans je, padahal kat China dia bukan kategori A-List. Maybe C.

Kat China nun, entertainment ni macam retis Malaysia juga. Yang popular selalu keluar magazine are not necessarily A-list. Dorang hanya popular saja.

Contoh, Uqasha. 
Popular. Cantik. Ramai follower. 
Tapi A List ke? Tak.
 
Sophia Barakbah. 
Popular. Cantik. 
A list ke? Jauhhh lagi.

The Maembongs. 
Popular. Cantik. Ramai follower. 
Tapi bukan A list.

Itu aku bagi contoh saja, ya. Nak pahamkan kenapa aku cakap Zhao Lusi bukan A list celebriti kat China. Diua cuma popular saja, sebab cantik. Dia ni actors yang mendominasi populariti award saja. Prestige award, tak pernah lagi nominated, let alone menang. 

Kalau nak cari Gred A actors yang seangkatan dengan umur Zhou Lusi, aku tak rasa korang kenal dan pernah tengok drama/filem dorang pun. Tapi kalau nak kenal, try tengok:

1. Li Gengxi, umur 26. Menang Golden Rooster Best Actress 2024. Pemenang termuda dalam sejarah Golden Rooster

2. Zhang Zifeng, umur 25. Pernah nominated dalam Golden Rooster and Golden Horse

3. Wen Qi, umur 23 tahun. Menang Golden Horse Best Supporting Actress

Nama-nama ni antara yang hebat kat sana, yang seusia Zhou Lusi. Semua bukan traffic actor, dan tak famous pun di kalangan international fans, tapi projek-projek dorang bukan calang-calang. Dorang bukan pelakon genre idol. Dorang genre heavy. Watak berat. 

Nama-nama like Zhou Lusi, Dilreba Dilmurat, Wang Churan, dan segala tok nenek pelakon yang popular kat Netflix tu, dorang popular bukan sebab dorang pelakon rank atas. NOPE. Dorang popular sebab cantik, hensem dan dramanya jenis sweet sweet. 

Muka-muka dorang ni takkan keluar dari genre idol because dorang adalah LUBUK DUIT untuk agensi masing-masing. Agensi akan kekalkan berlakon watak cantik-cantik, genre cinta, watak jatuh cinta dengan CEO, ect. Dorang akan melepak dalam genre ni untuk jangka masa yang sangat lama. Tak nampak growth dalam lakonan.

Agensi pun tak nak dorang ada development in character. Agensi seboleh mungkin akan kekalkan dorang dalam genre sweet-sweet, sebab punca pendapatan company adalah dengan menjual muka-muka dorang ni. 

Every agensi perlukan dua jenis artis. Satu yang buat duit, satu lagi yang create reputasi.

Actors ranking atas adalah actors yang bagi REPUTATION pada company.

Actors yang popular dengan genre idol usually jadi tulang belakang komersial agensi. Fungsi dorang dalam agensi are to tarik trafik, tarik endorsement, tarik offer dari big brands and collect fanbase yang besar. Berlakon kayu takde hal. Walaupun kayu, tetap ada drama baru setiap tahun sebab agensi perlukan modal untuk run the bisnes. Modal tu datang dari muka-muka dorang ni. 

Agensi gunakan dorang untuk create gossip, create fake relationship, dan untuk meramaikan audience. Kalau perasan dalam mana-mana event macam fashion show, muka-muka yang sama je kau nampak. Tu pasal international fans ingat dorang ni Gred A. Padahal FUNGSI dorang dalam industri memang itu. Jadi "tunggangan" agensi.

Cuba kau tengok siapa antara dorang ni yang jadi GLOBAL AMBASSADOR? 

TAK ADA.

Setakat jadi spokesperson untuk event saja. Yang terpilih jadi global ambassador tetaplah actor-actor level powerhouse industry. Contohnya, Hu Ge and Johnny Huang.

Traffic actor kalau release drama, orang bukan nak tengok dorang berlakon sebenarnya. Orang nak tengok muka dorang je. Nak shipping dorang dengan co-star. Modal traffic actors adalah muka hensem dan cantik. Berlakon kayu no hal. 

Agensi akan bancuh dorang ni kaw-kaw. Dorang punya jadual, skrip, pemilihan watak semua agensi yang decide. Dorang takleh decide. Apa yang agensi bagi, kena buat. Tu pasal Zhou Lusi dulu sampai depress. Because dia adalah 'keldai' agensi. Kena buat kerja non-stop. International fans je perasan Zhou Lusi tu gred A. She is popular, yes. Tapi kalau dia takde dalam industri, tak memberi kesan. 

Drama-drama traffic actors tak dinafikan semuanya balik modal. Biarpun cerita entah hape-hape dan tak masuk akal, pergi berperang pakai foundation tebal 3 inci, takpe. Audience dorang tak kisah sebab audience nak tengok muka je. Logik tolak tepi. 

Jadi, secara logiknya, agensi akan terus invest dalam projek yang dah terbukti laku. Buat apa nak ambil risiko ubah formula kalau traffic actors dah boleh buat duit dengan cara tu? Tu pasal traffic actors kekal dapat watak yang lebih kurang sama. Watak cinta. Watak yang mengekalkan kecantikan dorang. Watak-watak yang tak heavy. Because wajah dorang adalah aset agensi, bukan skill lakonan. Kalau muka bercalar karang, camana nak buat endorsement, khennnn.

Pelakon yang menang anugerah dari majlis berprestige macam Golden Rooster, Hundred Flowers, Golden Deer/Changchun, Magnolia, Feitian, Huading, Huabiao, CMG and Asian Film Awards - ini barulah namanya pelakon ranking atas. Dorang adalah pelakon yang carry reputasi and bring credibility pada company. Asbab nama-nama dorang ni lah production house and investor pandang sesuatu agensi.

It happens many times to Johnny. Setiap kali mana-mana production nak release new projek, dorang letak nama dia SEORANG dalam poster. Nama dia alone dah boleh tarik investor and brands untuk taja drama/filem tu. Lepas projek siap, baru production keluarkan nama dan wajah-wajah dak-dak BBNU. Sometimes muka dorang yang lagi ke depan dari muka Johnny. Itulah game dorang kat sana, cara nak naikkan pelakon baru dan berwajah cantik adalah dengan pair-kan dengan pelakon yang bring reputation pada production.

Pelakon-pelakon yang kerap nominated dalam prestige award adalah pelakon yang diberi kebebasan untuk pilih skrip. Macam Johnny, skrip akan dapat kat dia dulu untuk dia select. Skrip yang dia tak nak, baru akan dijual kepada agensi lain.

Berbeza dengan traffic actors, agensi dorang akan melobi production house untuk dapatkan skrip. Tu pasal Zhou Lusi lepas keluar dari agensi, kerjaya dia hura-hura. Macam takde arah. Drama dia flop. Pastu kejap menyanyilah, kejap promote sayur-sayuran organik lah. Baru dia tahu dia rupanya bukan siapa-siapa dalam industri. Selama ni yang naikkan dia adalah agensi. Bukan sebab dia power berlakon. Agensi yang carikan skrip, carikan endoresement, carikan projek. Bila dah bergerak sendiri, takde production pun datang kat dia hulur skrip. Dia terpaksa cari sendiri. 

Tu pasal kat sana, traffic actors kebanyakannya duduk bawah agensi. Dorang ni kalau keluar dari agensi, memang lama dah takde dalam industri sebab dorang bukan boleh berlakon sangat pun. Harap muka je. Tapi pelakon-pelakon rank atas, production yang pilih nama dorang untuk berlakon and sometime production and director sanggup tunggu jadual dorang free. Ini namanya golongan powerhouse of industry. Mereka tak popular internationally, tapi kat China orang tahu dorang siapa.