2026-10-09

C-Drama: Our POV tentang drama Love Designer


Minggu ni geng-geng Whale Guardian takde kerja nak buat, kitorang post-mortem drama Love Designer yang kontroversi amat dulu.

Drama ni punyalah hangat, kontroversi-nya tak pernah padam until now. So kitorang (9 orang) bagi pandangan masing-masing. Ada yang share fakta-fakta and post-post lama pasal drama ni.

Menarik betul kupasan geng-geng ni. Betul-betul challeging. Best.

Apa yang aku boleh share kat sini, drama Love Designer tu sebenarnya banyak tunjuk betapa jahatnya paparazzi kat sana. Especially dalam dunia entertainment, paparazzi selamba create gossip, create kontroversi, create fake relationship.

The thing is, dorang berjaya jadikan gossip tu semua macam real.

Contohnya, dalam Love Designer macamana dorang frame Zhou Fang (Dilreba) plagiat design designer lain. Paparazzi go to the extend where they CREATE bahan bukti! Orang awam tengok memang percaya terus.

Pastu how they create gossip antara Zhou Fang dengan Song Lin (Johnny), kononnya Zhou Fang dapat jadi finalist fashion designer competition sebab dia and Song Lin ada hubungan. Paparazzi cantum-cantumkan gambar nak bagi nampak bahan bukti look real.

Then create fake relationship between Song Lin dengan duta syarikat kononnya dorang bercinta and Zhou Fang adalah penyondol. Semua tu dibuat sebab nak jatuhkan Song Lin (sebab dia CEO fashion company). Maknanya Zhou Fang mangsa keadaan. Dia tak tahu apa-apa

In real life kat China, begitulah dunia entertainment dorang. Penuh dengan gossip yang direka tanpa satu bukti pun. Sampai tak tahu dah mana satu betul. Sebab everyday akan ada berita panas.

Pastu dorang ni suka mengada-adakan benda yang takde. Padahal benda tu takde apa-apa tapi dorang exaggerate and berangan lebih.

Gambar dua orang berdiri sebelah-sebelah pun dikatakan bukti bercinta.

Dua orang artis yang kebetulan ada kat tempat yang sama and pakai henfon casing warna sama pun dikatakan bercinta.

Dia orang actor pegang bahu dikatakan gay.

Masalahnya, dorang pandai fabricate story and bahan bukti biar nampak real!

Dalam drama Love Designer, aku personally rasa apa yang berlaku dalam drama tu akhirnya berlaku pada Johnny and Dilreba in real life.

Sebelum drama tu keluar, hidup Johnny aman-aman je. Padahal before that dia dah ada drama bercouple dengan Li Qin and Elaine Zhong. Tapi habis kat situ je. But dengan Dilreba, terus keluar gossip konon dia pernah kawen, dia pukul ex-wife, konon pernah ada 2 anak yang dua-duanya mati dalam kandungan sebab Johnny sepak wife.

Gossip tu jadi sangat besar dan look real. Dia punya tahap real tu sampai Johnny sengaja tolak 5 drama love genre because taknak ada kaitan dengan mana-mana perempuan.

Tapi, bila dia tolak berlakon genre love, paparazzi cakap itu bukti Johnny memang bercinta dengan Dilreba. Konnnya Johnny nak jaga hati Dilreba. And Dilreba tak bagi Johnny berlakon drama cinta. Kepala hotak dia.

Kalau ye pun dorang bercouple, Dilreba tu kan pelakon. Takkanlah dia tak faham kerjaya pelakon macamana. Dia sendiri sampai sekarang berlakon genre cinta, takkanlah dia tak bagi Johnny berlakon dengan perempuan lain? Tapi tulah, entertainment dorang penuh dengan fake news sampai netizen telan buta-buta semua info tak reti nak pikir logik.

Aku yang duduk jauh ni pun boleh pikir. Takkanlah selama 5 tahun digossipkan bercinta tapi korang tak dapat tangkap SATU gambar Johnny and Dilreba keluar bersama? Kata paparazzi. Takkan 5 tahun satu bukti pun takde.

Pastu tuduhan kata Dilreba and Johnny kawen senyap-senyap and dah ada anak sorang, takkanlahhhhh berita sebesar ni tak dapat bukti? Kat Malaysia ni kalau hari ni keluar gossip dua orang kawen senyap-senyap, lusa dah dapat bukti. Settle.

Kadang-kadang aku baca pun rasa macam, “Seriously? That’s all you’ve got?”

Takyah jadi paparazzi lah kalau setakat bercerita takde bukti.

Masalahnya, cara dorang olah gossip tu sangat real sampai mampu create naratif yang besar kat media sosial. Netizen akan ulang cerita yang sama selagi actors tu tak keluarkan bukti. Bila sesuatu cerita diulang berkali-kali, secara fitrahnya orang akan anggap itu fakta.

Yang pelik tu, paparazzi keluarkan cerita tanpa bukti dorang percaya. Kalau actors sangkal gossip tanpa bukti, dorang tak percaya.

Macam Johnny kena tuduh dah kawen. Netizen mintak Johnny tunjuk bukti dakwaan “ex wife” tu tak benar. Kau rasa??

Nak buktikan apa kalau dia memang belum kawen? Kau pegilah check sendiri kat Hunyin Dengji Chu tu (tempat register marriage). Kata kau paparazzi. Patut kau yang cari bukti ni sebab kau yang beria buat gossip. Nak jadi paparazzi tapi bangang. Carilah bukti sungguh-sungguh sikit. Barulah sedap aku nak baca.

Dalam drama Love Designer ada satu scene mak Zhou Fang tanya Song Lin pasal status tunang orang.

Salah satu punca Johnny kena kaw-kaw dengan paparazzi adalah disebabkan scene ni. Scene ni saling tak tumpah dengan scenario Johnny yang sebenar. Difitnah gay. Difitnah pukul ex-wife. Difitnah curang. Difitnah ada anak.

Yang tambah pelik, si “ex-wife” lepas break dengan Johnny, dia kawen dengan orang lain. Lepas kena cerai, terus bukak cerita konon Johnny pernah curang dengan dia. Yang kena tuduh masih single sampai sekarang. Yang menuduh siap boleh kawen dengan orang lain. Siapa yang ada skandal benaunya ni?



Scene ni really menggambarkan how bad-nya gossip kat China. Sampai boleh ubah naratif orang awam. Luckily semua fitnah pada Johnny berjaya dibuktikan tak benar di mahkamah. Dua-dua kes Johnny menang.

Recently (last week) satu lagi kes Johnny menang. Kes fitnah juga. 3 orang kena bayar RMB100K and buat permohonan maaf selama 10 hari berturut-turut. Baru datang akai masing-masing. Buat fitnah pandai. Suruh tunjuk bukti terpisat-pisat.

Then kitorang Whale Guardian sembang pasal gossip Dilreba and Johnny. Gossip ni dah lama, sejak 5-6 tahun lepas. Tapi sampai sekarang takde proper closure because masing-masing tak buat penafian. 

Sepatutnya kes ni tak payah nak ambik berat sangat because adat menjadi artis konfem akan ada gossip. Lagipun Dilreba and Johnny berlakon jadi couple, konfem akan ada shipping punya.

Bagi aku, sepatutnya benda ni tak jadi issue. Fans Dilreba sepatutnya lebih faham bab ni sebab Dilreba sentiasa berlakon love genre, maka shipping antara co-star adalah benda biasa. Tapi kenapa gossip dengan Johnny dorang ambil berat sangat sampai mintak agency keluarkan official penafian?

Ada banyak interesting point kitorang discuss bab ni.

Yang pertama, tuduhan bahawa Johnny and Dilreba bercinta.

Lakonan Dilreba and Johnny nampak sangat natural dan real. Dorang punya real and natural tu MUSTAHIL untuk pelakon yang tak bercouple boleh come out with that level of acting kalau bukan actual experience. Sebab sangat serasi dan sangat kimia.

Sedangkan Johnny pernah berlakon dengan Liqin and Elain Zhong tapi tak se-natural dengan Dilreba. Drama Love Designer adalah bukti paling kukuh tuduhan dorang sememangnya bercinta. The way they kissed, hug each other, touch each other — takde lansung nampak macam berlakon. Nampak macam dah biasa.



Kalau nak bukti lain memang takde. Tapi gestures dorang dalam drama ni cukup as bukti dorang memang bercinta (pernah). Maybe sebab itulah dorang tak pernah menafikan gossip tu.

HOWEVER, ada argumen lain juga.

Kalaulah betul bercinta, mustahil pulak sepanjang tempoh tu satu gambar pun paparazzi tak dapat tangkap. Dilreba and Johnny bukan actor suam-suam kuku. Dilreba traffic actor, sepatutnya senang nak dapat candid gambar. Tapi tu lah, TAKDE! Sampai sekarang sekeping gambar dorang berdua di luar set takde lansung.

Yang ada cumalah cakap-cakap orang yang konon pernah nampak dorang berdua kat Milan and Bangkok. Beria kata pernah nampak tapi bukti takde. Takkanlah dalam ramai-ramai yang kata pernah ternampak tu sorang tak teringat nak snap gambar, khenn. Masalahnya, ramai percaya cakap-cakap netizen ni walau takde bukti.

Banyak yang kitorang post-mortemkan that day. Bukan apa, nak persediaan ni sebelum Love Song in Summer keluar. Drama yang bakal tayang ni genre love. Selalunya bila Johnny berlakon drama love, gossip dia dengan Dilreba netizen akan ungkit balik untuk dropkan rating. So Whale Guardian kena prepare point nak buktikan balik gossip tu TAK BENAR.



Kalau tanya aku, aku tak percaya Johnny and Dilreba bercinta. Dalam meeting hari tu aku bagi argument aku and nampaknya dorang kata argumen aku logik 👍🏻.

Dia macam ni. Yang menampakkan lakonan dorang macam real couple adalah sebab dorang ada good chemistry. Dilreba dapat skrip her forte. Genre love and idol drama memang kepakaran dia. Selama ni dia dapat co-star yang kurang serasi. Siapa co-star dia sebelum ni?

Yang Yang - ini kayu.

Wu Lei -boleh berlakon tapi tak layak dishipkan sebab very junior than Dilreba.

Ren Jialun - dah kawen.

Gai Weiguang - awal-awal dah declare Dilreba macam adik sebab beza 10 tahun.

Johnny - same age and single

Dalam 5 orang pelakon lelaki yang pernah berlakon dalam drama-drama hebat Dilreba, cuma Johnny je yang “available” untuk digossipkan. Pulak tu lakonan Johnny semua orang tahu sangat natural dan convincing. Lagilah menampakkan real bercinta. Yang Yang tu memanglah single lagi tapi dia berlakon keras dan kayu jadi gossip pun tak wujud sebab tak nampak real.

Bagi aku, reason terbesar kenapa nampak Johnny and Dilreba macam bercinta adalah kerana masing-masing good at what they are doing. Dilraba memang pandai carry watak yang sweet, manja and romantik. Dia tahu macamana nak main dengan ekspresi muka, renungan mata, body language and intonasi suara so that karakter yang dia bawak nampak natural. Dia ada kelebihan menyampaikan sisi feminin and romantik without trying hard macam dibuat-buat.

Johnny pulak, lakonannya always convincing. Tak kiralah dia bawa watak serius, garang, kelakor, emotionally reserved, romantik or vulnerable, dia ada kemampuan untuk buat audience percaya kat karakter yang dia carry. Bila both of them bergabung, the chemistry nampak real.

Co-star Johnny setakat ni adalah Li Qin, Elaine Zhong, Zhang Jingyi and Sun Qian. Kesemuanya bila sampai bab kissing and romantik tak nampak macam real bercinta. Samada scene tu tak intense, atau the female lead tak cukup manja. Berbeza dengan Dilreba, both of them all out. Kissing nampak real. Hugging nampak real. Merajuk nampak real. Bercinta laaaaaagi nampak real.



Contohnya scene ni. Cara Dilreba bersembang dengan Johnny sambil pegang bibir Johnny tu look so natural, seolah-olah dorang biasa buat di luar set. Johnny pun macam relax je bila Dilreba buat gitu. I tell you, kalau dengan Yang Yang kau takkan dapat buat gini sebab agency takkan allow anything yang boleh menampakkan Yang Yang tak cantik depan kamera. Dorang takkan allow kau nak herot-berotkan bibir Yang Yang. 

Itulah beza berlakon sesama traffic actor. Masing-masing nak nampak kekal cantik. Berlakon dengan Johnny lebih santai. Kau tak nak Johnny dipakaikan mekap pun dia takde hal. Dia on je. Dia lagi suka bare face.

Scene ini juga sebenarnya telah men-trigger “ex-wife” Johnny punya sawan. Sebab dalam scene tu Song Lin cakap “Once you're my ex, you're a stranger to me” 😆

Aku syak inilah punca ex dia merentan macam nak rak. Ditambah pulak lakonan Johnny and Dilreba sangat real. Sakit atilah member agaknya Johnny digossipkan Queen of China.

Kalau ikut logik, drama My Dear Guardian meletup lebih awal tapi apesal ex Johnny tak muncul waktu tu mengaku dia adalah ex-wife? Apesal time drama Love Designer baru dia sibuk munculkan diri? Sebab, lakonan Johnny and Dilreba real, dan dia feel insecure. Masa dia tinggalkan Johnny kawen dengan orang lain, mesti dia ingat Johnny takkan jadi sehebat ni sekarang. Now, merentan. Sibuk nak gelarkan diri "ex-wife". Johnny bolayan je. Just like he said “My exes are strangers to me. Once it's over, it's over" Kahkahkah. 

Sape pun yang tengok drama Love Designer mesti ingat dorang tengah bercinta. Aku tetap rasa tak. Dorang nampak real because gandingan yang sepadan. 

"Kalau tak bercinta, kenapa Johnny and Dilreba tak pernah menafikan gossip?"

Because Dilreba traffic actors. Menjadi traffic actor, kat mana ada peluang dapat highlite yang besar, kat situlah dorang akan kekal duduk. Gossip Dilreba and Johnny isu yang sangat besar masa tu. Bila netizen percaya yang Johnny pukul ex-wife, Dilreba otomatic jadi aset yang perlu dilindungi dari seorang abuser. Maka seluruh netizen bergabung "selamatkan" Dilreba. Johnny kena sangat teruk sampai kes masuk mahkamah. Tapi dia menang kes ni because memang takde bukti yang sabitkan dia as kaki pukul.

Tapi tengoklah sekarang. Johnny fly high. Tak perlu melobi mana-mana production house untuk dapat skrip. Bersilih ganti job datang pada dia. Sementara Dilreba, selama dalam industry, masih takde sebarang nomination and award dari acting. Semuanya populariti award. Padahal dia ni boleh je berlakon tapi agency tahan dia dari grow. Sekarang ye lah, masih muda. Tunggu esok dah umur 40 tahun, laku lagi tak berlakon genre idol. 

Fans Johnny pernah cakap, kalaulah Dilreba betul-betul couple dengan Johnny, konfem dia akan dapat skrip yang power. Sebab Johnny ada kelebihan dapatkan strong skrip. Aku teringin nak tengok Johnny and Dilreba berlakon sama lagi tapi Johnny serik dah kot. Fans Dilreba gila. 

Pada aku, fans Dilreba tak membantu Dilreba grow. Dorang banyak menahan Dilreba untuk kekal dalam posisi sekarang. Dengan siapa Dilreba berlakon pun dorang akan bangkang kalau pelakon tu tak nampak sepadan dengan Dilreba. Agency pulak takut takde sokongan dari fandom, terpaksa layankan kehendak fans. Tu pasal lately, drama-drama Dilreba low rating. Tak flop, tapi low. Patutnya makin besar fan base, makin laku drama.

Tu pasal aku cakap, sampai bila kau nak bertahan dengan sokongan fan club semata-mata? Golongan yang fanatic ni umur 20-an je. One day golongan ni akan masuk 30 an, 40 an. Tak menggila dah. Dorang akan ada pereference lain. Masa tu kalau kau baru nak beralih genre, dah lambat. 

One of the best fans adalah Whale Guardian. Tak pernah kisah siapa co-star Johnny. Dorang pentingkan value skrip and acting skill. Tu pasal Johnny bebas carry apa pun watak, sebab fans dia akan sentiasa support and promote.