2026-10-15

Jangan macam-macam sangat bila nampak orang sexy atau kembali free hair. Dia bukan buat jahat dengan kau.

Tadi pagi baca DM ada someone tunjuk kat aku video influencer yang pernah free hair kemudian bertudung pastu now free hair balik. Selepas free hair, dia jadi lebih ranggi.

So this someone cakap “padahal Kak D lebih dasyat dulu, tapi boleh je istiqomah bertudung sampai sekarang..”

Takde, dik. Takde siapa yang lebih baik. Akak kau ni cuma bertudung je, tapi ketawa aku tetap mengilai macam dulu. Takde apa yang berubah pun.

Penampilan kita ni, anytime boleh berubah-ubah. Tapi HATI kita jauh lebih penting. Sometimes, orang-orang yang free hair-bertudung-free hair ni, dia cuma takleh istiqomah dengan penampilan saja tapi hatinya sama baik dari dulu sampai sekarang.

Idoklah makna kata takyah bertudung janji hati baik. Bukan gitu maksud aku. Maksud aku, jangan cepat menghukum orang hanya berdasarkan penampilan. Sebab penampilan boleh berubah ikut perjalanan hidup, tahap kefahaman dan kekuatan diri masing-masing.

Ada orang belum bertudung, tapi dia tak buat jahat kat orang. Hati dia baik. Apa dia buat, ikhlas.

Ada jugak penampilan kemain sempurna, tapi apa yang ada dalam hati, Tuhan je tahu macamana jahatnya dia.

Ini aku nak cerita pengalaman sendiri. Aku tak kata aku baik, tapi aku tahu aku takkan cakap yang bukan-bukan kat orang, apetah lagi nak fitnah. Melainkan aku ada bukti, aku akan cakap depan-depan terus. 

Dulu zaman daring, kat internet orang hukum aku masuk neraka everyday. Everyday, ya. Hanya kerana dorang nampak gambar-gambar aku yang nampak cleavage segala. Kat opis pulak, everytime close big deals orang kata aku gunakan keseksian aku untuk jual barang. Everytime kat exhibition bila ramai customer lelaki kenal and approach aku, sembang-sembang, orang kata aku jenis melayan lelaki.

Yang bercakap tu semua penampilannya memang solehah betul, tapi hati kemain busuk! Penampilan baik, tapi hati jahat dengan orang lain.

Everytime aku dapat pujian from bosses sebab berjaya close big deals, kau tuduh aku istidraj. Konon orang macam aku memang Allah mudahkan hidup kat dunia sebab esok kat akhirat terus masuk neraka.

Padahal kau tak check hati sendiri. Kurang-kurang aku tak jahat dengan orang. Aku takde buruk sangka dengan orang. Lagi orang tu berjaya, lagi aku mendekat sebab aku pegang kata-kata “If you can’t beat them, join them”. Sebab tu aku berjaya.

Tapi kau? Makin aku berjaya, makin kau fitnah and buruk sangka. Makin kau burukkan aku kat orang lain. Adakah kau semakin improve lepas fitnah aku? Tak pun. Gitu jugak sampai ke sudah. Pastu pelik apesal solat tak tinggal, mengaji tak tinggal, tutup aurat sempurna tapi masih susah nak close deal. Hello? Apa yang kau buat tu BASIC je. Bukan kau sorang solat tak tinggal. Aku pun solat. Aku pun mengaji. Aku pun bayar zakat. Cuma bezanya, aku tak busuk hati.

Again, aku tak kata aku baik. Tapi aku kenal diri aku. Kalau aku tak suka someone, aku blah. Aku tak ambik tahu pasal dia. Supaya aku takde benda nak bercerita pasal dia. But some people, makin dia tak suka, makin dia follow rapat. Siap boleh purak-purak berkawan baik. Padahal kat belakang dia gunakan peluang rapat dengan kau tu untuk memburukkan kau. Apa jenis setanlah manusia gini.

Betul, tutup aurat tu tuntutan agama. Cuma, jangan sampai kita jadikan penampilan untuk menilai sejauh mana orang tu baik. Istiqomah tu sangat susah. Jangan senang-senang hukum orang yang bergelut nak kekal konsisten dalam hijrah. Especially kalau kau bukan starting dengan free hair. 

Kalau kau dari kecik atau dari zaman sekolah dah bertudung, chances are, lingkungan kau adalah orang-orang bertudung juga. Jadi kau lebih mudah mempertahankan tudung sebab bertudung adalah something yang biasa untuk kau. But someone yang baru nak bertudung, environment dorang berbeza. Strugglenya pun berbeza. Dorang dah biasa dengan rambut lepas, baju ketat, kain singkat. Bila nak berubah ke pemakaian yang betutup-litup, sangat susah. Aku pernah ada kat tempat tu. Ada hari tu rasa kuat, ada hari rasa nak givap.

Aku percaya walaupun orang-orang ni failed to pertahankan tudung, ada benda lain yang dia masih usaha pertahankan. Maybe dia usaha jaga solat 5 waktu. Maybe dia usaha mengaji. Maybe dia usaha buat baik dengan manusia. 

Bab mengaji ni aku nak sentuh. Hari tu nampak kat Thread orang tanya “Korang yang sempat mengaji hari-hari ni macamana korang buat eh?”

Aku baca post tu terfikir rupanya ada orang yang jarang mengaji.

Why aku terdetik gitu?

Because KEBIASAAN. Someone yang biasa mengaji everyday akan rasa pertanyaan tu pelik. Macam tu la jugak dengan bertudung. Someone yang dah biasa dengan bertudung, konfem rasa “Apa yang susahnya kau nak istiqomah bertudung? Kau free hair bukannya cantik pun!”

No. Ini bukan masalah cantik atau tak. Tapi kebiasaan tu takde. Nak membiasakan diri tu yang susah. Especially bila environment tak menyokong. Dia jadi struggle sorang-sorang. Tu pasal orang yang free hair mudah nak lepaskan tudung semula sebab environmentnya tak berubah.

Tahun 2012 aku dapat job iklan Olay. Shooting tu dibuat di rumah aku. Dari petang sampai ke malam, SORANG crew pun tak berhenti solat. Padahal dalam rumah aku tu. Boleh je nak tumpang solat. Tapi takde. Sorang pun tak. Aku pulak yang segan sebab rumah aku ada bibik, mok and En Wan. Dorang mesti tertanya apesal takde yang stop solat? 

En Wan beria mintak bibik kosongkan bilik so that orang-orang ni boleh solat kat dalam. Bukan nak kata kitorang ni terpaling jaga solat tapi kalau kau tak culas bab ni, benda pertama yang kau pikir mesti “Nak solat kat mana”, betul tak?

Tapi bila tengok dorang macam tak nak stop shoot, aku pulak jadi segan nak bagitau “Siapa nak solat masuk bilik ni, ya”

Aku takut dorang yang segan dengan aku. Tapi yang bagusnya masa tengah azan, dorang semua senyap and stop kerja. Mungkin ini satu benda yang at least dorang pertahankan. Itulah kebiasaaan environment tu agaknya. Solat boleh qada. Janji job jangan drag. Gitulah agaknya. Hanya yang kuat saja boleh harungi environment gini.

Makna kata, semua orang ada benda yang dorang tengah perjuangkan yang kita tak nampak. Team crew yang shooting tu, sebelum alihkan barang-barang rumah aku (sebab nak setup prop), dorang ambil gambar dulu. So that lepas shoot dorang dapat susun balik barang seperti asal.

Maknanya apa? Maknanya dorang ni tak menyakitkan hati tuan rumah. Orang yang tak buat jahat dengan manusia, ada kebaikan yang Allah akan bagi kemudian. Mungkin kebaikan tu dalam bentuk hidayah.

So jangan macam-macam sangat bila nampak orang sexy atau kembali free hair. Dia bukan buat jahat dengan kau. Itu jahat dia dengan Allah, anytime Allah boleh ampunkan, boleh bagi hidayah, boleh bolak-balikkan hati. Tapi jahat dengan manusia, kau tunggulah nasib kau. Kalau kau rasa dah ikut perintah Allah tapi masih struggle dengan life, tengok balik apa kau dah buat kat orang.