2022-06-11
Apa pun alasan dan masalah, hutang kena bayar.
Point 1
Rasulullah saw selalu berdoa agar terhindar dari hutang.
Ada yang bertanya lalu Rasulullah saw menjawab "Orang yang berhutang bila berkata-kata dia akan menipu, kalau berjanji dia akan mungkiri" - (Bukhari 2397)
Point 2
"Seseorang yang berhutang dan berniat tak mahu membayarnya, di akhirat nanti dia bertemu Allah dengan status pencuri" - (Ibnu Majah 2410)
Point 3
Rasulullah saw bersabda "Penangguhan hutang oleh orang yang mempunyai kemampuan membayarnya adalah satu kezaliman. HALAL MARUAH DAN HUKUMAN KE ATASNYA" - (Ibnu Majah)
Ini merangkumi semua jenis hutang.
Be it hutang pelajaran, hutang bank atau hutang dengan orang perseorangan.
Dah namanya pun hutang kan.
Tapi point ketiga tu buatkan aku teringat kes orang tag penghutang kat FB.
Kalau ikut hadis tu nampaknya macam boleh la kot tag penghutang kat FB kan? Jaga-jaga....ππ
Yang point pertama tu pun macam best jugak.
Kadang-kadang nampak seronok sangat update status FB "Alhamdulillah...bisnes masyukkkkk".
Tapi hutang tak bayar-bayar jugak. Ntah ye ntah tidak masyuk.
Jangan sampai kita jadi point number 2 dah ler. Ingatan bersama.
Nasib kita semua memang tak sama, tapi tanggungjawab kita sama.
Kalau kita dah ambil tanggungjawab untuk berhutang, tak kiralah hutang pelajaran atau hutang dengan member, maka bertanggungjawablah untuk membayar.
Kalau kita boleh atur bayar duit sewa rumah setiap bulan, bayar hutang rumah, bayar hutang kereta, bayar bil-bil setiap bulan, kenapa kita tak boleh istiqomah bayar hutang pelajaran dan hutang member?
Padahal hutang rumah ada interest, hutang kereta ada interest.
Kenapa hutang dengan member yang takde interest tak boleh dibayar?
Ke nak kena letak interest baru menggagau nak bayar?
Tak salah aku dulu kerajaan ada bagi kelonggaran bayar balik pinjaman kerajaan bila gaji dah cecah RM4K, kan?
Rasanya 4 tahun lepas punya cerita ni.
Kalaulah konsisten bayar juga pinjaman pelajaran sikit-sikit, mesti by now dah nak selesai.
Tapi aku tahu mesti ada yang tunggu jugak biar gaji cecah RM4k baru nak start bayar.
Percayalah cakap aku, dah cecah RM4k esok lagi liat nak bayar. Sebab apa?
Sebab sementara nak tunggu gaji cecah RM4k tu, kau dah banyak buat komitmen lain.
Anak pun mungkin dah bertambah, perbelanjaan dah meningkat sikit.
Makin susahlah jawabnya nak bayar loan pelajaran tu.
Samalah macam orang yang berhutang dengan manusia.
Bertangguh-tangguh nak membayar, lama-lama komitmen lain semakin bertambah.
Hujung-hujung buat tak nampak hutang lama.
Jangan macam tu.
Patutnya, kalau bulan ni ada lebih, bayar lebih.
Bulan depan pendapatan kurang, bayar sikit. Bukan tak bayar lansung!
Kalau 5 tahun lepas kau hutang RM2000 kat member, bayar sebulan RM30, by now dah nak habis dah.
Jangan underestimate small step. Sikit-sikit bayar lama-lama habis juga.
Patutnya bersyukur time tengah susah ada kawan nak hulur bagi pinjam tanpa interest.
Disiplinkan diri untuk tetap bayar walaupun sikit.
Macam loan pelajaran juga.
Kita tak tau bila tahun gaji kita cecah RM4K.
Ntah-ntah mati dulu sebelum sempat habis hutang.
Kalau mati, atas dunia ni boleh la kerajaan strike off nama.
Kat 6 kaki bawah tanah tu tak strike off ya, hutang tetap akan ditanya.
Habis bayar ke, tak abis bayar ke, wallahualam lah macamana Dia kira.
Sekurang-kurangnya tertulis kita ada usaha untuk melangsaikan hutang.
Ini usaha pun takde, tapi reward diri sendiri bukan main lagi, macamkan success benar kejap-kejap menreward diri.
Padahal hutang lapuk tak bergerak-gerak.
Duit ni kalau nak kata cukup, memang always tak cukup.
Kerana cukup tak cukupnya duit bukan terletak pada berapa banyak kita dapat, tapi berapa banyak kita spend.
Aku bukan tak pernah merasa shopping barang mekap kat Watson/Guardian.
Yang follow blog ni dari awal mesti tau aku pernah pakai segala tok nenek Ponds, Revlon, Syahirah - stok-stok produk Guardian semua ni.
Sekarang pun aku pakai bedak Maybelline.
Pernah je beli henbeg kat kiosk depan Giant.
Pernah beli bra/panties kat longgok-longgok.
Pernah beli Scarlett bra RM10/helai (now tak dapat harga RM10. Paling murah pun RM15).
Waktu tu tak berani nak jeling bra yang gantung kat hanger.
Pernah juga merasa shopping groceries kat kedai runcit. Tak berani nak masuk Giant.
Pernah pakai kereta Kancil.
Lenjan Kancil buat sales sampai ke Tganu.
Panjat Genting pun larat tau Kancil aku tu. Tapi mengahlah π.
Pernah merayap One Utama hanya untuk window shopping - masuk kedai pegang-pegang sikit, selak-selak sikit, pastu keluar.
Then masuk kedai lain, pegang-pegang, selak-selak, keluar lagi.
Dia kan, kalau starting kita tak tinggi, berbelanjalah cara starting tak tinggi.
Tak payah ikut-ikut orang, tak payah nak berlawan siapa lebih hebat.
Most of the time kita je rasa orang perhatikan dan membandingkan achievement kita dengan orang lain.
Yang sebenarnya orang lain banyak lagi benda nak buat.
Dia tengok IG kita sekali lalu je.
Takde siapa kisah kat kita pun, jadi tak perlulah merasa ada kepentingan untuk spend more than we can afford hanya untuk dapat approval sekeliling.
Menang gaya je tapi hakikatnya poket tak tebal mana.
Sabar, ada duit lebih sok baru bergaya lebih.
Tengah takde duit ni buat cara sederhana.
Ada hutang kat member, bayar hutang dulu.
Hari tu masa balik dari beli baju-baju raya budak-budak, lalu depan satu tapak medan selera.
Tak sure medan selera tu masih wujud ke tak sebab kitorang lalu waktu siang.
En Wan tanya aku "Ingat lagi tempat ni Di?"
Aku cakap kat Redza "Redza tau tak, tempat ni dulu malam-malam ada warung. Papa dengan Mama dulu kalau malas nak masak, selalu makan kat sini".
Redza tak percaya mak bapak dia pernah lepak situ.
Dia ingat mak bapak dia tak layan warung agaknya.
Pastu lalu kat Seksyen 7, depan Restoran Khalifa, restoran mamak.
Aku cakap "Ni pun salah satu restoran Papa Mama selalu makan. Asal masuk sini je Nasi goreng ayam. Makan sini bila gaji dah masuk”.
Bertambah pelik Redza.
Ye lah, sebab sekarang kejap-kejap masuk mamak.
Tak lojik agaknya bila mak dia cerita dulu masuk mamak hanya bila dah gaji.
Then lalu depan Carlos.
Nama je gempak padahal restoran kat shop lot biasa je.
Dulu datang sini untuk makan kueytiaw kerang.
Dulu kalau dah dapat gaji, port kitorang samada Carlos atau Khalifa.
Bayangkan hari gaji baru dapat makan kueytiaw kerang dengan nasik goreng ayam?
Padahal kitorang sama-sama takde hutang pelajaran tapi tetap 'ikat perut' sebab waktu tu kitorang ada 2 komitmen besar iaitu bayar hutang kereta En Wan dan simpan duit nak beli rumah.
En Wan balik dari Jepun bawak balik kereta.
Tapi nak release kereta dari port kena bayar RM14K.
Kebetulan, lepas kawen, kereta tu sampai. Tak sempat nak simpan duit.
Mak Aji bagi pinjam duit salam kaut masa kawen kitorang.
Salam kaut kenduri aku hampir RM20k katanya.
Entah, tak dapat kat aku pun.
Tapi bila Mak Aji boleh bagi En Wan sampai belas-belas ribu tu, betullah agaknya.
Kalau nak ikutkan, boleh je bayar balik duit mak aku rilek-rileks.
Orang kata duit mak sendiri, bukan orang lain. Takde interest pulak tu kan.
Tapi En Wan tetap disiplinkan bayar RM980 sebulan.
Seingat aku itulah jumlah yang En Wan ketepikan every month untuk bayar kereta.
En Wan letak target setahun mesti settle hutang kereta sebab nak start fokus simpan duit untuk beli rumah pulak.
Waktu tu sewa rumah RM820. Hutang kereta (Mak Aji) RM980.
Gaji aku baru RM1600 masa tu. En Wan RM2500.
Itu gross. Kalau clean, dua orang punya gaji pun tak sampai 4K.
Tapi Allah dah kata, siapa yang niat nak bayar hutang, DIA akan permudahkan.
Tak tau lah macamana jalannya, tapi alhamdulillah setahun lepas tu memang settle hutang kereta.
Kawen 2001, settle hutang kereta 2002.
Tahun 2004 dah pindah masuk rumah sendiri.
Masa tu rumah murah lagi, baru RM250K.
Tapi walaupun rumah masih murah, gaji kitorang tak tinggi.
Pulak tu dah ada Redza. Pakai bibik pula lagi.
Ceritanya, kalau nak tunggu banyak duit memang takkan jumpa waktu yang kita banyak duit.
Yang benarnya, apa yang kita ada now, start dulu. Start small. Tak apa.
Demi nak ada rumah sendiri, bulan-bulan duit belen cuma ada RM1500 (campur 2 orang).
Itulah duit groceries, itulah duit utilities, itulah duit saving, itulah duit emergency.
Tapi saving mesti kena buat.
Aku pernah dulu simpan ASB RM10 je sebulan tapi kena beratur la.
Beria beratur macamkan nak simpan banyak, padahalll π.
Eh kesah pulak aku kan.
Sekarang kalau transfer online min RM100 je dia accept.
Tapi dulu RM10 pun takdehal, janji konsisten simpan.
Banyak pun namanya simpan, sikit tetap namanya simpan.
Samalah kekdahnya dengan hutang.
Kau bayar sikit pun namanya bayar, kau bayar banyak pun namanya bayar. Janji BAYAR.
Kalau nak tunggu duit banyak baru nak bayar, jawabnya memang tak bergerak la.
Zaman makan gaji dulu, aku tetap bergaya.
Tapi gaya ikut poket sendiri orang kata.
Orang beli baju, aku pun beli baju gak.
Tapi aku tak beli kat Zara. Aku beli kat Aeon je.
Orang beli kasut, aku pun beli kasut gak.
Tapi aku tak beli kat Clark, aku beli kat Vincci.
Orang makan steak, aku pun makan gak.
Tapi aku tak makan kat Victoria Station, aku makan steak warung medan selera.
Semua orang nak gaji besar supaya dapat memenuhi keperluan dan keinginan.
Takde siapa nak gaji kecik.
Tapi banyak mana pun duit yang kita ada, tetap dengar orang mengeluh itu mahal, ini mahal.
Ceritanya, banyak atau sikit tak jadi masalah.
Yang jadi masalah bila spend lebih dari sepatutnya.
Lagi tambah tak betul bila hutang tak bayar tapi duit spend ke tempat lain.
Hukum menunda pembayaran hutang adalah termasuk dosa besar.
Kalau orang yang berhutang mampu membayar hutang dan tak memiliki uzur yang dibenarkan oleh agama, bila jatuh tempoh pembayaran, dia WAJIB bayar.
Orang yang menunda pembayaran hutang berhak dicela dan dipenjarakan kerana menunda pembayaran hutang adalah salah satu bentuk kezaliman.
Zalim sebab dah mampu bayar hutang tapi sengaja melambat-lambatkan bayar.
Bayangkan ya, zakat yang merupakan rukun Islam tu pun kalah dengan hutang.
Kalau kita hanya ada satu pilihan antara zakat dan hutang, secara syar'i, kena bayar hutang dulu.
Kalau ada lebihnya baru bayar zakat.
Jangan buat mudah dengan hutang.
Dalam Islam hutang adalah perkara yang sangat serius.
Kita dihalang daripada masuk syurga terutama bila tak bayar balik hutang, samada kerana tak mampu atau tak mahu atau disebabkan masalah-masalah lain.
Sebab tu jenazah yang masih berhutang selalunya diminta berjumpa dengan waris.
Nak tunjuk betapa beratnya hutang kalau tak bayar.
Rasulullah saw pun tak mahu solatkan orang yang masih berhutang.
1. Kita wajib bayar hutang ke walaupun pemberi hutang dah meninggal?
Ya. Wajib bayar kepada pewarisnya.
2. Saya dah cari pemberi hutang tapi tak jumpa.
Wajib cari pemberi hutang dengan segala cara sampai putus asa. Zaman sekarang, penghutang ada je depan mata tapi pemiutang sampai putus asa tagih hutang π.
3. Dah cari sampai putus asa, tapi tidak berjumpa juga, masih kena bayar ke?
Wajib sedekahkan kepada asnaf jumlah hutang tersebut dengan cara niatkan untuk bayar hutang kepada pemberi hutang.
4. Tiba-tiba, selepas sedekah ganti bayaran hutang tersebut, datang pemberi hutang pula, kena bayar hutang lagi tak?
Wajib bayar lagi kepada pemberi hutang dan apa yang telah disedekahkan biarlah Allah kira.
5. Saya tak ingat jumlah hutang.
Ambil jumlah yang diyakini.
Apa pun alasan dan masalah, hutang kena bayar.
Tak kiralah hutang bank, hutang pelajaran, atau hutang dengan manusia.
Takyah sibuklah kira berapa banyak bank dapat untung dari loan kita.
Time apply hari tu kau tak pikir pun pasal untung bank.
Time nak bayar pulak sibuk nak kira.
Kalau dah berhutang tu bayar je.
2022-06-10
93% bisnes lingkup dalam 3 tahun pertama.
Ya, begitulah ceritanya.
Kebanyakan bisnes/company lesap selepas 3 tahun penubuhannya.
Sebenarnya 5 tahun pertama adalah kritikal.
5 tahun pertama masih tempoh 'bertatih'.
Walaupun dalam tempoh tu dah berjaya hit 1M sales, the company masih belum strong foundation-nya.
5 tahun pertama banyak pakai duit untuk bisnes.
Malangnya ramai yang tak sabar-sabar nak tunjuk they are doing well.
Banyak spend kat things they don't really need like tukar kereta mewah, splurge on branded things - semata-mata nak membuktikan yang mereka success.
Ini antara punca bisness tak tahan lama.
Apa yang kita buat mesti berlandaskan niat dan tujuan yang betul.
Any decision to set own business must be made for the right reasons otherwise it may be a disappointing dan jangka hayat bisnes tak panjang.
Kalau sebab utama starting a business adalah semata-mata untuk jadi sangat kaya atau nak famous - there’s a much higher chance of the business failing.
Ramai usahawan tumbuh macam cendawan.
Dari 10 tahun lepas lagi trend ni dah wujud.
Start bisnes 4 bulan dah tayang beli kereta mewah.
Caption harus convincing.
"Alhamdulillah, baru 6 bulan dalam bisnes ni dah jadi jutawan".
Personally, aku tak tahu kenapa word "jutawan" tu selalu jadi selling point untuk tarik orang join business.
Asal jutawan je mesti bertukar gaya hidup, bertukar penampilan, penuh dengan lambakan branded stuff.
Dah jadi semacam benchmark, if you make good money, tandanya mestilah ada ini, ada itu.
If not, kau belum berjaya.
Aku ada a few friends yang run own company selama bertahun-tahun.
Looking at their staff yang loyal stay with the company selama hampir 10 tahun pun dah tahu the business is doing good, otherwise staff dah cari kerja lain.
Walaupun penampilan biasa-biasa je tapi tak payah tanya "You dah jadi jutawan ke?".
It's more like "You know, I know".
If you must prove your business is doing good, tak semestinya dengan gaya hidup seperti tido atas duit.
Kalau company bertahan lama, dengan staff yang loyal, dan masih ada business development - itu juga bukti you are doing good.
Tak semestinya kena lambakkan duit.
Staff lulus loan kereta, atau lulus loan rumah dengan slip gaji company kita pun adalah tanda our bisnes is doing good.
You need to have the right mindset for business and genuine enthusiasm for what you are doing.
Kalau kita betul-betul suka bekerja, lebih mudah untuk face challenges.
Berbeza kalau kita suka the kerja kerana duit yang kita dapat dari situ, chances are kita akan easily demotivated.
Kalau rasa konfiden datang hanya dengan duit yang banyak, ke-konfiden-an tu akan selalu diuji dengan duit juga.
Kita boleh tipu orang tapi tak boleh tipu diri sendiri.
Nampak macam kita cool-cool je, padahal kita saja yang tahu betapa insecurenya kita setiap hari melihat sales yang masuk.
Kurang sikit je sales, dah gelabah.
Banyak masuk, baru konfiden.
Ada duit sikit, stress.
Ada duit banyak baru konfiden.
Memang setiap harilah kita akan diuji dengan perasaan ini.
Tanyalah diri sendiri, betul tak apa aku cakap ni.
Duit yang banyak, memang senang nak manage bisnes. Boleh buat banyak benda.
Tapi kehebatan kita adalah ketika kita boleh manage the business ketika duit sikit.
Lagi satu punca bisnes jatuh di awal 3-5 tahun penubuhan adalah management issues.
Lebih-lebih lagi kalau ramai sangat kepala yang jadi nakhoda kapal.
Memang seronok buat bisnes dengan member sekepala.
Dengan member sekepala semua benda boleh kawtim katanya.
Kalau partnership dengan orang yang tak sebulu, payah.
Bossy. Gila kuasa. Macam bagus. Berlagak tahu semua benda katanya.
Hakikatnya, bisnes bukan kerja main-main yang boleh main angguk-angguk gitu je.
Alangkan darah daging sendiri pun boleh bergaduh bab duit macam nak kiamat dunia, inikan pulak kau yang lain mak lain bapak run satu company yang sama.
Nak buat bisnes beramai-ramai ni jangan hanya lihat "se-kepalanya" saja, tapi kena tengok juga skill-nya.
Kalau kita bagus bab marketing, carilah partner yang skillnya pada business development, atau financial atau networking.
Memilih partner yang ada skill sets yang tak sama dengan kita adalah jauh lebih baik dari memilih keserasian.
Kalau nak cerita bab serasi, aku and En Wan sangatlah tak serasi.
Tengok muka pun tau.
Orang kata muka sama tu tanda serasi. Oranglah kata.
Kalau gitu, memang sah-sah tak serasi la sebab muka aku Hyderabad mari, En Wan Siam mari.
Konfem tak overlap.
Tetapi ketidakserasian ini alhamdulillah menjadi.
En Wan sangat bagus in production and operation planning.
Experience dia as production engineer selama 15 tahun sangat-sangat membantu.
Kalau aku nak hire someone with 15 years experience mesti mahal nak bayar, kan?
Tapi yang ni aku bagi pelukan mesra je. Settle.
2 hari lepas aku melepak dengan kawan yang also ada own company.
Dia start lambat sikit dari aku tapi dah 10 tahun dah.
Kitorang sembang-sembang cerita pasal bila nak bersara.
To my surprise, jawapan dia macam aku - belum terfikir nak bersara.
Dulu, masa awal-awal aku start bisnes, aku pernah letakkan target sekian-sekian umur nak bersara awal.
Kalaulah aku benar-benar bersara awal, mesti aku tak berpeluang nak produce academic program di universiti sekarang.
Mesti aku terlepas peluang nak contribute my ideas dalam projek orang lain.
Mesti aku tak berkesempatan merasa dilantik menjadi product specialist untuk brand orang lain.
Aku rasa apa pun yang kita buat, kalau nak bertahan, kena ada minat terhadap kerja itu sendiri.
Jadikan kerja itu passion, bukan duit.
Ex-boss aku pernah cakap "Make your job a career".
When a job become a career you get some sort of satisfaction from it and you always want to improve.
Because you don't just do it for money.
Tetapi ketidakserasian ini alhamdulillah menjadi.
En Wan sangat bagus in production and operation planning.
Experience dia as production engineer selama 15 tahun sangat-sangat membantu.
Kalau aku nak hire someone with 15 years experience mesti mahal nak bayar, kan?
Tapi yang ni aku bagi pelukan mesra je. Settle.
2 hari lepas aku melepak dengan kawan yang also ada own company.
Dia start lambat sikit dari aku tapi dah 10 tahun dah.
Kitorang sembang-sembang cerita pasal bila nak bersara.
To my surprise, jawapan dia macam aku - belum terfikir nak bersara.
Dulu, masa awal-awal aku start bisnes, aku pernah letakkan target sekian-sekian umur nak bersara awal.
Kalaulah aku benar-benar bersara awal, mesti aku tak berpeluang nak produce academic program di universiti sekarang.
Mesti aku terlepas peluang nak contribute my ideas dalam projek orang lain.
Mesti aku tak berkesempatan merasa dilantik menjadi product specialist untuk brand orang lain.
Aku rasa apa pun yang kita buat, kalau nak bertahan, kena ada minat terhadap kerja itu sendiri.
Jadikan kerja itu passion, bukan duit.
Ex-boss aku pernah cakap "Make your job a career".
When a job become a career you get some sort of satisfaction from it and you always want to improve.
Because you don't just do it for money.
2022-06-09
Rumah bersepah 24 jam puncanya kerana anak?
Ada orang share kat aku artikel ni:
Point 1 hingga 3 tu, ok betul.
Betullah kan, kalau rumah tak bersepah maybe anak sedang sakit.
Anak yang sakit mestilah terbaring, tak menyepahkan rumah.
Ibu kelihatan seperti singa, ok lojik.
Belum ada anak lagi. Ok fine.
Rumah-rumah yang ada ciri seperti yang dia nyatakan ni, kalau bersih dan kemas, ok lojik.
Tetapi, rumah ada anak kecil wajib bersepah?
Wajib berselerak?
Mesti mainannya berselerak tak berkemas?
Lantai rumah berpasir?
Bukan apa, setahu aku, Mak Aji ada anak 3 orang dulu.
Anaknya pun keluar-keluar bukan terus berbulu atas bawah.
Lalu juga zaman meniarap, merangkak, berlari apa semua.
Tapi dinding rumah mak aku tak pernah berconteng.
Lepas main kalau tak kemas semula, siap.
Tiga-tiga sekali kena walaupun yang main tu sorang je.
Anak tengah bermain, memanglah bersepah. Nama pun tengah main.
Cucu Mak Aji kat rumah tu, kalau tengah main memang bersepah.
Tapi lepas main masukkan balik dalam bakul.
Kalau 24 jam bersepah, janganlah tuding salah tu ke anak sorang.
Sampai lantai berpasir apa cerita.
Kalau aku tulis karang, ada yang mencebik. Tu ha, baca komen.
Orang pun pelik kejadah apa rumah bersepah 24 jam puncanya kerana anak?
Aku pernah cerita dulu aku beraya ke open house sorang customer bertitle Dr (PhD).
Lama dah dulu, sebelum tahun 2015. Terkesima aku tengok rumah dia.
Ruang tamu bersepah satu hal.
Anak-anak dia melonvat dari satu sofa ke satu sofa sampai tetamu seram nak duduk kat sofa akhirnya bersila kat lantai.
Aku pun rajin buat open house.
Tapi anak-anak aku takkan berpencak atas sofa tengah ramai-ramai orang.
Pelik aku jenis yang tak tegur anak-anak buat perangai gitu depan orang.
Kalau pasang khemah kat luar takpelah, kita boleh duduk luar.
Apa nak jadi dalam rumah lantak.
Ini dia jemput ramai orang datang, tapi anak-anak dia main perang-perang kat hall conquer semua sofa, yang tetamu terpusing-pusing tak tahu nak duduk mana.
Ada tetamu terpaksa duduk atas tangga, selebihnya atas lantai yang tak berkarpet/bertikar.
En Wan kata, dari situ pun dah boleh nampak, it's not about the kids alone, tapi sikap mak bapaknya pun dah tahu mana datang perangai anak gitu.
Cuba pikir, kita kalau buat makan-makan, at least benda pertama kita pikir kat mana guest nak duduk.
Kalau ada khemah, pasang khemah.
Kalau takde khemah, mana ruang dalam rumah yang guest boleh duduk. Nak kena plan.
Tak cukup sofa, kita susun kerusi meja makan supaya boleh duduk.
Tak cukup kerusi, bentang tikar.
Ini semua benda biasa yang orang 'normal' fikir bila jemput orang datang makan.
Be it open house, atau kenduri doa selamat.
Paling tak pun bentang tikar.
Ini tak. Dah la sofa semua anak kau conquer, lantai pun tak bertikar, kerusi meja makan dia pi letak periuk nasi, periuk lauk.
Memang semua guest terpusing-pusing.
Yang si tuan rumah "Makanlah...makanlah.."
Memang la aku nak makan, tapi nak duduk kat mana?
Bila orang balik awal "Laa, sikitnya makan".
Kalau boleh nak makan lagi kak, tapi tak tenang nak makan dengan anak kau bersimpang-siur depan muka aku ni ha.
Tapi ye lah, rumah dia.
Nak bersepah ke, nak berpasir ke, nak terbalik ke, gasak.
Dari pandangan mata aku, rumah sebegitu bukan hanya kerana anak 'sihat', tapi mak bapak tak ambil kisah hal rumah.
Bagi dia "Rumah aku, biarlah pun bersepah".
More comments dari netizen ππ».
Maybe inilah yang penulis tadi cuba sampaikan.
Dia sebenarnya nak justify yang rumah dia bersepah adalah normal kerana anak-anaknya sihat.
Rumah yang bersih kemas adalah anak-anak yang tak aktif macam anak dia.
Nak bagitau dia adalah parents yang menyumbang kepada kreativiti anak - bebas bermain dan beraktiviti. *mata juling ke atas, tangan di bahu, hidung kembang, lidah jelir*
Selalunya parents yang suka menjustifikasi bab "rumah bersepah sebab anak-anak aktif" ni, mesti dia adalah parents muda.
Boleh jadi kawan-kawan atau lingkungannya juga terdiri dari ibu bapa yang masih muda beranak kecil.
Agaknya ada di kalangan kawan-kawannya rumah bersih kemas.
Tu dia nak perli member dia "Anak kau tak aktif, anak kau lembab, tak macam anak aku. Tu pasal rumah aku bersepah sebab anak aku sihat". Kahkahkah.
Macamlah aku tak tahu point dia.
Tapi kesian, kena bash balik dengan netizen.
People like this, sebenarnya dia nak rumah dia cantik macam rumah orang lain.
Dia nak rumah dia kemas, tapi dia takde peluang sebab anak-anak dia melasak dan dia pun sangat penat asyik nak berkemas.
Tapi, dia bitter tengok rumah kawan-kawan seperjuangan boleh cantik dan kemas.
Untuk tak menampakkan dia pemalas, dia create la teori merepek gini.
Dik, meh berkawan dengan acik-acik yang dah umur 40-50-an ni pulak.
Tengok anak acik-acik yang dulu katanya tak aktif sebab rumah tak bersepah, dinding tak pernah berconteng, mak macam singa, etc.
Meh tengok kejadian anak dorang bila dah besar jadi lembab ke tak.
Yang betulnya, kalau kau penat nak kemas rumah, cakap je lah.
Takde siapa kisah pun, rumah kau kot.
Tapi bila kau nak jugak justify rumah bersepah adalah kerana anak-anak kau sorang je aktif, tadah je lah.
Nak buat macamana, benda dah post. Like pun dah bukan-bukan tu. Kita enjoy je lah. Ahgiteww.
By the way, doakan aku ya:
2022-06-08
Ledakan kimia lama kembali.
"Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik" (Al-A'raf 56).
Dalam ertikata yang lain, tak sempurna iman seseorang jika dia tidak menyambung silaturrahim dengan orang yang menyakitinya.
Maknanya puncak keimanan adalah bila membalas kejahatan dengan kebaikan.
Tapi macamana pula dengan ex?
Patut ke kita sambung silaturrahim dengan exbf/exgf?
Jawabnya, TAK PAYAH.
Ini jawapan pendapat aku je lah.
Tak mewakili pendapat orang lain.
To me, yang dah habis tu biar habis.
Jangan sengaja kelebet FB/IG untuk check life dia sekarang pastu gatal tangan pi like post-post dia.
Kalau tak ada keperluan, tak payah.
Apetah lagi sengaja whatsapp untuk tanya khabar. Lagi tak payah.
Aku tahu after 10-20 years sometimes hati kita terdetik “yang dah lepas tu lepaslah. Masing-masing dah berkeluarga”.
Wohoooo! No no no!!
Masing-masing dah berkeluarga bukan jaminan dah move on, ya.
Sometimes, kita sendiri tak pasti samada kita dah betul-betul move on, tup-tup selepas bertemu kembali dengan ex, BAMMMM!
Ledakan kimia pun berlaku.
Habis kuat pun seminggu kita terfikir-fikirkan dia (selepas bersilaturrahim semula).
Mulalah membayangkan kembali kenangan-kenangan dulu...
Jangan main-main dengan ledakan kimia perasaan.
Berapa banyak rumah tangga hancur selepas sesi gathering sekolah?
Padahal katanya takde masalah rumahtangga pun. Segalanya happy.
Bila balik dari gathering, segala-gala pada pasangan nampak tak kena.
Yang benarnya, dah jumpa ledakan kimia lama.
Walaupun niat hanya nak bersilaturrahim, tapi niat baik kita tu sebenarnya ditunggangi oleh setan.
Setan nak munculkan balik fitnah dalam hidup kita.
Boleh jadi nanti akan muncul balik perasaan-perasaan yang tak sepatutnya kita rasa terhadap ex kita.
Dan yang paling teruk, takut nanti akan berlaku konflik dalam rumahtangga.
Maybe some will say "Being friends with ex menunjukkan masing-masing dah matang menerima takdir tiada jodoh".
Tapi aku tak berani.
Even dengan crush zaman sekolah dulu pun aku tak berani nak check media sosial dia, let alone nak bertegur sapa without purpose.
Kalau nampak post lalu, sekadar baca.
Like pun tak berani, apetah lagi nak klik untuk check wall dia.
Crush wehhhh, crush. Tak berani aku.
Kadang kita rasa ala apa salahnya tegur, bukan aku nak kat dia pun.
Ya, memang. Kita memang taknak dah kat dia, tapi dibuatnya dia tiba-tiba menerai masuk jarum?
Manalah tahu kot-kot tetiba datang rasa "Wow! Laku lagi aku rupanya".
Terus berbunga-bunga dan start melayan.
Haaa, dah. Dah.
Agama membenarkan kita menipu dalam bab ni (bolehlah refer hadith, aku lupa hadith mana).
Pada hakikatnya menipu tu haram. Tapi menipu dibenarkan dalam 3 hal.
Atau bahasa lainnya "Buat helah".
Yang pertama, menipu dalam perang (taktik/strategi).
Taktik semasa berperang mana boleh bagitau orang. Mesti kena rahsiakan.
Kalau pihak lawan tanya, takkan nak bagitau. Jangan jujur sangat.
Yang kedua, semasa meleraikan pergaduhan.
Contoh, kalau ada orang yang bergaduh sampai keluar pisau parang kapak bagai.
Orang A lalu depan kita "Ada nampak tak orang B lalu sini?"
Kita jawab "Takde".
Menipu yang macam ni boleh, untuk mengelakkan pembunuhan berlaku.
Yang ketiga, seorang suami/isteri menipu to each other tentang masa lampaunya dengan niat untuk melupakan.
Jangan jujur dengan masa lampau kalau ia boleh menyakitkan hati suami/isteri.
Tapi dengan syarat kita menipu kerana nak melupakan, bukan kerana nak sorok-sorok supaya boleh start again dengan ex bila-bila ada peluang!
Just imagine, kalau berkata jujur tentang ex pada suami/isteri saja dah tak boleh, apetah lagi bersilaturrahim dengan ex.
Nak bersilaturrahim, ramai lagi orang yang kita boleh silaturrahim. Dengan ex tak payahlah.
Semoga usaha kita untuk menjauhi ex menjadi modal untuk Allah ampunkan dosa-dosa kita yang lalu.
Fokus je silaturrahim dengan orang yang ikhlas mengambil kita secara sah dengan nama Allah.
Selalunya manusia gitulah.
Yang ada dibuat bodoh. Yang tak ada tu lah yang diingat-ingat.
Yang tak ada tu lah diharap-harap.
Belum tentu yang tak ada tu bila diberikan pada kita akan menjadi kebaikan untuk kita.
Belum tentu!
Yang penting, jangan membanding-bandingkan.
Kalau asyik membandingkan dengan masa lampau, kita akan jauh dari rasa syukur.
Dan kalau kita tak mampu bersyukur dengan masa sekarang, kita akan jauh dari rasa bahagia.
Apa yang boleh kita buang, kita buang.
Contact number dia, barang pemberian dia, gambar-gambar dia, surat-surat cinta, kalau perlu unfollow dari media sosial, buatlah.
Semoga Allah nilaikan ini sebagai ibadah atas usaha kita menjauhi fitnah.
And jangan berharap one day akan terserempak balik dengan dia.
Bukan apa, bila kita start berharap, dalam secara tak sedar kita berusaha mencari peluang untuk berjumpa.
Nanti mulalah kita nak singgah makan kat tempat kita selalu makan dengan dia dulu.
Mulalah kita nak lepak kat tempat kita selalu datang berjumpa dia dulu.
Last-last betul terserempak.
Lantas bermulalah bunga-bunga cinta bebas di angkasa raya.
Katakan ex ajak jumpa, cuba ingat balik apa punca korang break.
Selalunya, kalau kedua-dua ni bersama semula, akan lebih banyak bertekak sebab masing-masing ego dan saling mengungkit masa lalu dan saling banding-membandingkan dengan pasangan halal kat rumah tu.
Macamana pulak kalau masih single?
Salah tak kalau nak berbaik-baik dengan ex?
Boleh. Tapi kali ni biar cerdik sikit, jangan jadi bodoh.
Bukan apa, manusia bila start bercinta kadang-kadang jadi bodoh.
Dah banyak kali red flag pun buat tak nampak. Cinta punya pasal.
Pasangan yang baik adalah pasangan yang complete each other.
Bak kata Jerry McGuire "You complete me".
Tak sama karakter pun tak apa.
Asalkan kelebihan dan kekurangan tu saling melengkapi, itulah namanya pasangan yang baik.
Selagi rasa selesa, itu petanda baik.
The good side of re-relationships dengan ex adalah kita dah kenal perangai masing-masing.
Tapi dah tentu ada benda yang buatkan kita break dengan dia dulu.
Jadi, sebelum kita re-establish relationship kita dengan ex, please consider point-point yang membuatkan korang berpisah dulu.
Kalau boleh, segala red flag yang dulu kasi settle dulu.
Contoh, kalau punca berpisah kerana dia ada orang ketiga, kali ni make sure you are the only one for him/her.
Kalau punca kita berpisah adalah kerana financial, pastikan kali ini tak berlaku lagi.
Bukan apa, dah tentu kita taknak dia datang balik kat kita kerana ada niat tertentu.
For that, sebelum kita establish-kan hubungan ni untuk kali yang kedua, we must be selective.
Kenalpasti dulu apa puncanya dia nak kita balik.
Bukan taknak husnuzon, tapi kita kena berhati-hati. Jangan jadi bodoh 2 kali.
Kadang-kadang kita ni tak sedar-sedar.
Dulu masa bercouple dengan dia, hidup kita sengsara dia buat.
Asyik bertekak, menangis, bertekak, menangis.
Tapi bila dia datang merayu, kita terima semula.
Dengan harapan things change, malangnya tak.
Cubalah, once dah break tu, beri peluang orang lain pulak kenal kita.
Dari situ baru boleh buat perbandingan.
Kalau putus hanya untuk menunggu orang yang sama datang balik pada kita, baik takyah putus dari awal. Mengada-ngada namanya.
Haaa, dah. Dah.
Agama membenarkan kita menipu dalam bab ni (bolehlah refer hadith, aku lupa hadith mana).
Pada hakikatnya menipu tu haram. Tapi menipu dibenarkan dalam 3 hal.
Atau bahasa lainnya "Buat helah".
Yang pertama, menipu dalam perang (taktik/strategi).
Taktik semasa berperang mana boleh bagitau orang. Mesti kena rahsiakan.
Kalau pihak lawan tanya, takkan nak bagitau. Jangan jujur sangat.
Yang kedua, semasa meleraikan pergaduhan.
Contoh, kalau ada orang yang bergaduh sampai keluar pisau parang kapak bagai.
Orang A lalu depan kita "Ada nampak tak orang B lalu sini?"
Kita jawab "Takde".
Menipu yang macam ni boleh, untuk mengelakkan pembunuhan berlaku.
Yang ketiga, seorang suami/isteri menipu to each other tentang masa lampaunya dengan niat untuk melupakan.
Jangan jujur dengan masa lampau kalau ia boleh menyakitkan hati suami/isteri.
Tapi dengan syarat kita menipu kerana nak melupakan, bukan kerana nak sorok-sorok supaya boleh start again dengan ex bila-bila ada peluang!
Just imagine, kalau berkata jujur tentang ex pada suami/isteri saja dah tak boleh, apetah lagi bersilaturrahim dengan ex.
Nak bersilaturrahim, ramai lagi orang yang kita boleh silaturrahim. Dengan ex tak payahlah.
Semoga usaha kita untuk menjauhi ex menjadi modal untuk Allah ampunkan dosa-dosa kita yang lalu.
Fokus je silaturrahim dengan orang yang ikhlas mengambil kita secara sah dengan nama Allah.
Selalunya manusia gitulah.
Yang ada dibuat bodoh. Yang tak ada tu lah yang diingat-ingat.
Yang tak ada tu lah diharap-harap.
Belum tentu yang tak ada tu bila diberikan pada kita akan menjadi kebaikan untuk kita.
Belum tentu!
Yang penting, jangan membanding-bandingkan.
Kalau asyik membandingkan dengan masa lampau, kita akan jauh dari rasa syukur.
Dan kalau kita tak mampu bersyukur dengan masa sekarang, kita akan jauh dari rasa bahagia.
Apa yang boleh kita buang, kita buang.
Contact number dia, barang pemberian dia, gambar-gambar dia, surat-surat cinta, kalau perlu unfollow dari media sosial, buatlah.
Semoga Allah nilaikan ini sebagai ibadah atas usaha kita menjauhi fitnah.
And jangan berharap one day akan terserempak balik dengan dia.
Bukan apa, bila kita start berharap, dalam secara tak sedar kita berusaha mencari peluang untuk berjumpa.
Nanti mulalah kita nak singgah makan kat tempat kita selalu makan dengan dia dulu.
Mulalah kita nak lepak kat tempat kita selalu datang berjumpa dia dulu.
Last-last betul terserempak.
Lantas bermulalah bunga-bunga cinta bebas di angkasa raya.
Katakan ex ajak jumpa, cuba ingat balik apa punca korang break.
Selalunya, kalau kedua-dua ni bersama semula, akan lebih banyak bertekak sebab masing-masing ego dan saling mengungkit masa lalu dan saling banding-membandingkan dengan pasangan halal kat rumah tu.
Macamana pulak kalau masih single?
Salah tak kalau nak berbaik-baik dengan ex?
Boleh. Tapi kali ni biar cerdik sikit, jangan jadi bodoh.
Bukan apa, manusia bila start bercinta kadang-kadang jadi bodoh.
Dah banyak kali red flag pun buat tak nampak. Cinta punya pasal.
Pasangan yang baik adalah pasangan yang complete each other.
Bak kata Jerry McGuire "You complete me".
Tak sama karakter pun tak apa.
Asalkan kelebihan dan kekurangan tu saling melengkapi, itulah namanya pasangan yang baik.
Selagi rasa selesa, itu petanda baik.
The good side of re-relationships dengan ex adalah kita dah kenal perangai masing-masing.
Tapi dah tentu ada benda yang buatkan kita break dengan dia dulu.
Jadi, sebelum kita re-establish relationship kita dengan ex, please consider point-point yang membuatkan korang berpisah dulu.
Kalau boleh, segala red flag yang dulu kasi settle dulu.
Contoh, kalau punca berpisah kerana dia ada orang ketiga, kali ni make sure you are the only one for him/her.
Kalau punca kita berpisah adalah kerana financial, pastikan kali ini tak berlaku lagi.
Bukan apa, dah tentu kita taknak dia datang balik kat kita kerana ada niat tertentu.
For that, sebelum kita establish-kan hubungan ni untuk kali yang kedua, we must be selective.
Kenalpasti dulu apa puncanya dia nak kita balik.
Bukan taknak husnuzon, tapi kita kena berhati-hati. Jangan jadi bodoh 2 kali.
Kadang-kadang kita ni tak sedar-sedar.
Dulu masa bercouple dengan dia, hidup kita sengsara dia buat.
Asyik bertekak, menangis, bertekak, menangis.
Tapi bila dia datang merayu, kita terima semula.
Dengan harapan things change, malangnya tak.
Cubalah, once dah break tu, beri peluang orang lain pulak kenal kita.
Dari situ baru boleh buat perbandingan.
Kalau putus hanya untuk menunggu orang yang sama datang balik pada kita, baik takyah putus dari awal. Mengada-ngada namanya.
2022-06-03
Cantik tak semestinya siuman.
Kepada yang bertanya betul ke gambar ni aku celebrate Johnny menang?
Ya, nak. Acik gi celebrate semalam, makan dimsum kat Cyberview Resort.
Memang dari Isnin hari tu lagi kitorang dah plan kalau Johnny menang, celebrate.
Semalam pukul 5 pagi aku dah whatsapp Ayda bagitau Johnny menang.
Maka terusssss menjadilah kiranya celebration ni.
Makan macam nak rak, mengalahkan si Johnny tu pulak.
Johnny pun tak sempat nak celebrate lagi, kitorang dah 2 round dimsum.
Last pergi sini sebelum PKP 3.0.
Masa tu masih lengang lagi.
Semalam seronok nampak bahagian buffet dah dibuka.
People can senduk sendiri lauk buffet, tak perlu staff sendukkan.
Company dan start buat seminar di hotel.
Tengok ada few meja reserved untuk lunch.
Dah meriahlah kiranya. Alhamdulillah.
Kitorang dah beberapa kali makan dimsum kat sini.
Takde lah kata sedap sangat.
Tekak aku kata lagi sedap Dolly Dimsum.
Tapi kat sini dimsumnnya buffet, boleh refill kalau nak lagi.
Set dimsum selain dari dalam gambar, ada lai ci kang and green sprout.
Semua ni boleh tambah lagi kalau nak.
Semalam, har gao kitorang mintak lagi, lai ci kang pun tambah lagi.
Banyak sebenarnya portion dia.
Termasuk tax around RM60+/person je.
Aku suka lepak tempat makan macam ni.
Yang good food dan good ambience.
Makan pun aman je bertenang-tenang.
Yang penting geng makan sejenis enjoy makan juga.
Aku kalau dengan Ayda ni senang sikit nak atur plan sebab dia pun run own company.
Kalau hari tu dia keluar sales, aku pun keluar sales, we meet somewhere untuk makan-makan.
Ni pun dia ajak teman dia gi jemputan raya kat ofis majikan lama, tapi aku ada kat Nottingham Uni.
Ini rupa meja kitorang semalam.
Sengaja ambil meja besar sikit sebab tau dah makanan yang sampai tu banyak.
Kalau ambil meja kecik, serabut.
Kat sini, kalau taknak set dimsum, boleh join lunch buffet atau ala-carte.
To Johnny!
Ahgitewwww.
Muka ni temanya "My dog stepped on a bee"
Ni pose selepas mentekedarah.
Semalam kawan aku share video si Elaine (lawyer AH).
Dia ditemubual dalam TV.
Boleh dia kata dorang nak appeal.
Aku macam...betullah agaknya, duduk dengan orang tak betul, lama-lama nanti dengan kau-kau sekali jadi tak betul.
Katanya Amber ada excellent grounds for it.
Halah halahhhh, kalau kau ada evidence yang strong mesti awal lagi kau dah keluarkan, kan?
Masalahnya bukti-bukti pihak dia dah terbukti satu penipuan.
Edit gambarlah, claim guna makeup untuk hide scars lah, hari ni claimed kena tumbuk esok dah keluar program live TV helok cantik je, etc.
Kalau evidence dia strong, kenapa perlu menipu?
Muka tu nak mendongak je.
Tengok muka pun dah tau something wrong dengan perempuan ni.
Tapi aku akui dia sangat cantik.
Malah dia pernah divote sebagai orang ke 9 tercantik di dunia sebab muka dia sharp and prominent.
Tapi, cantik tak semestinya siuman.
Dia macam ni lah, orang saiko ni, sampai mati dia takkan mengaku dia salah.
Dia hidup dengan penipuan yang dia cipta dan dia percaya dengan penipuan tu.
Apa yang berlaku di dunia realiti yang tak sesuai dengan kehendak dia, dia tolak dan cipta cerita mengikut skrip sendiri yang kemudiannya dia berpegang pada skrip tu sampai bila-bila.
Kalau kau duduk lama sikit dengan spesis macam ni, lama-lama kau jadi percaya dengan skrip yang dia cipta tu.
I don't know macamana nak explain this, but somehow kau akan rasa apa yang dia cakap tu betul.
Yang sebenarnya tak lojik lansung!
Some people yang tak pernah ada experience dengan manusia macam AH mesti rasa kejamnya dia diperlakukan begitu.
Kau rasa kejam? Tak.
Dia sendiri tak rasa apa yang dia terima adalah kekejaman.
You know why? Sebab dorang ni suka DRAMA.
Dia tak suka life yang plain boring.
Dia tak suka environment yang tenang.
Dia suka kalau ada arguments, ada fight, ada aksi kejar-mengejar, ada scene bawak pisau - memang dorang cukup suka.
Narcissists selalunya zaman keciknya hidup dengan drama yang berterusan.
Maybe parents selalu bertekak atau ada penderaan dalam family.
Dorang dah terbiasa dengan tekanan dan chaotic environment.
That's why tak pelik bila AH suka cari gaduh dengan ramai orang.
Dan orang macam ni dia marah kalau kau tak balas argument dia sebab dia memang suka bergaduh.
Kau rasa dia claimed tertekan, traumatised bila netizen kecam dia, kau rasa dia tertekan ke?
TAK. Percayalah cakap aku, dia tak tertekan.
Dorang sangat suka dengan tekanan macam ni because that gives them power.
Kita dengar macam pelik bila ada orang yang naturenya suka cari pasal, suka bertekak, suka bergaduh.
Sebenarnya tak pelik.
Dalam dunia media sosial pun ramai Amber Heard.
Orang up gambar, dia kutuk.
Orang up story, dia kondem.
Orang pegi holiday, dia perli.
Orang dapat anugerah, dia kecam.
Ni semua sekelompok dengan Amber.
Jenis suka cari pasal dengan orang lain. Kalau kau balas, lagi dia suka.
Because they like to shake things up and watch what happens next.
Itu membuatkan dorang rasa powerful.
They feel as though they know what’s really going.
Yang kita ni terpinga-pinga "Apesal dia kutuk aku? Aku buat apa?"
Aku tak pelik bila AH kata nak appeal, walaupun obviously they don't have strong evidence.
Memang kejadian seorang narcissists, they have to win.
Kau menanglah 14 kali pun, dia always ada reason untuk kata dia sebenarnya betul.
Tengok je lah AH, 40 hari punya bicara, kau ada seluas-luas ruang untuk buktikan kau di pihak yang benar, tapi gagal.
Dan-dan tu jugak dia nak appeal and kata dia ada mountains of evidence.
Dah tu kenapa tak keluarkan evidence tu masa bicara?
Yang sebenarnya, for a narcissist, it’s all about winning.
They will stop at nothing to achieve that goal.
Tak dapat tunjuk bukti, they will creat confusion.
Kalau confusion tak jalan, they will create chaos sampai kau give up dan mengalah.
Jangan tanya kenapa aku semacam expert mengalahkan seorang psychiatrist.
Psychiatrist tu menilai berdasarkan ilmu yang dia tahu.
Aku berdasarkan pengalaman.
Bukan nak kata aku lebih bijak dari psychiatrist, tapi pengalaman aku juga valid.
So, korang tengokla nanti apa AH akan buat.
Dia akan appeal, yang tu confirm.
Nanti dia createlah 1001 cerita dongeng sampai kita confuse.
Bila ramai dah mula confuse, tak mustahil akan ada chaos berlaku.
Chaos yang macamana?
Entah. Maybe ugut nak bunuh diri?
Atau ugut nak mogok lapar?
Atau nak bunuh anak-anak?
Semalam kalau tak salah ada sorang follower bagitau kaka ipar dia perangai macam AH.
Pernah ugut nak bawak anak-anak masuk kereta, bawak laju-laju biar accident.
See? Orang macam ni memang suka berdrama.
Drama jenis tak agak-agak.
Nak accidentlah, nak terjun jambatanlah, nak kelar tanganlah.
Drama adalah tools yang dorang guna untuk create confusion dan mengalih perhatian kita (mangsa) daripada kesalahan yang dorang dah buat.
Ujung-ujung orang akan nampak kita juga yang salah.
Sebab, bila dia buat drama gila, orang akan question "Kenapa dia sampai jadi macam ni?"
Orang sekeliling akan tuju kita dulu.
Apa yang kita dah buat sampai dia gila macam tu?
Kau nampak tak permainan dia?
Ujung-ujung semua jadi confuse, alih-alih kau yang bersalah.
Dia punya lakonan tu sekelip mata bertukar.
Mula-mula bertindak ganas, kejap lepas tu menangis, kejap lagi tenang, lepas tu merembes jadi mangsa keadaan.
Nampak kan ciri-ciri ni ada pada AH?
Time lawyer dia soal bukan main mencebik-cebik menangis.
Time lawyer JD soal terus jadi arrogant.
Constantly switch roles.
Kalau kau tunjuk empati, in a split second dorang bertukar peranan jadi persecutor begin attacking you.
That's why Camille tak bagi chan. Dia bagi kaw-kaw.
Orang luar kata Camille kejam. Kejam waklu.
Kau tak pernah duduk dengan spesis saiko kau tak tau permainan dia.
Orang macam ni, kau jangan leka.
Kau leka je, dia akan claim victory walaupun hanya dalam mainan minda dorang je.
Aku tak reti macamana nak explain this tapi orang macam ni they really have no other choice but to win.
Mengaku kalah, never. Walaupun dorang salah.
Sebenarnya nak kalah dengan orang macam ni, payah.
Kau jadi letih tau.
Aku sangat faham bila Johnny kata dia banyak diam setiap kali AH mengamuk, dan adakalanya dia menyorok dalam bathroom.
Bukan tak nak lawan, tapi kau susah nak menang.
Dia dah terang-terang salah pun, dia akan kona lipat sampai kau jadi bengap.
Jalan paling mudah, diam, bagi je lah dia menang walau kau sakit hati, walau nama kau busuk orang kecam.
-D-
Dia macam ni lah, orang saiko ni, sampai mati dia takkan mengaku dia salah.
Dia hidup dengan penipuan yang dia cipta dan dia percaya dengan penipuan tu.
Apa yang berlaku di dunia realiti yang tak sesuai dengan kehendak dia, dia tolak dan cipta cerita mengikut skrip sendiri yang kemudiannya dia berpegang pada skrip tu sampai bila-bila.
Kalau kau duduk lama sikit dengan spesis macam ni, lama-lama kau jadi percaya dengan skrip yang dia cipta tu.
I don't know macamana nak explain this, but somehow kau akan rasa apa yang dia cakap tu betul.
Yang sebenarnya tak lojik lansung!
Some people yang tak pernah ada experience dengan manusia macam AH mesti rasa kejamnya dia diperlakukan begitu.
Kau rasa kejam? Tak.
Dia sendiri tak rasa apa yang dia terima adalah kekejaman.
You know why? Sebab dorang ni suka DRAMA.
Dia tak suka life yang plain boring.
Dia tak suka environment yang tenang.
Dia suka kalau ada arguments, ada fight, ada aksi kejar-mengejar, ada scene bawak pisau - memang dorang cukup suka.
Narcissists selalunya zaman keciknya hidup dengan drama yang berterusan.
Maybe parents selalu bertekak atau ada penderaan dalam family.
Dorang dah terbiasa dengan tekanan dan chaotic environment.
That's why tak pelik bila AH suka cari gaduh dengan ramai orang.
Dan orang macam ni dia marah kalau kau tak balas argument dia sebab dia memang suka bergaduh.
Kau rasa dia claimed tertekan, traumatised bila netizen kecam dia, kau rasa dia tertekan ke?
TAK. Percayalah cakap aku, dia tak tertekan.
Dorang sangat suka dengan tekanan macam ni because that gives them power.
Kita dengar macam pelik bila ada orang yang naturenya suka cari pasal, suka bertekak, suka bergaduh.
Sebenarnya tak pelik.
Dalam dunia media sosial pun ramai Amber Heard.
Orang up gambar, dia kutuk.
Orang up story, dia kondem.
Orang pegi holiday, dia perli.
Orang dapat anugerah, dia kecam.
Ni semua sekelompok dengan Amber.
Jenis suka cari pasal dengan orang lain. Kalau kau balas, lagi dia suka.
Because they like to shake things up and watch what happens next.
Itu membuatkan dorang rasa powerful.
They feel as though they know what’s really going.
Yang kita ni terpinga-pinga "Apesal dia kutuk aku? Aku buat apa?"
Aku tak pelik bila AH kata nak appeal, walaupun obviously they don't have strong evidence.
Memang kejadian seorang narcissists, they have to win.
Kau menanglah 14 kali pun, dia always ada reason untuk kata dia sebenarnya betul.
Tengok je lah AH, 40 hari punya bicara, kau ada seluas-luas ruang untuk buktikan kau di pihak yang benar, tapi gagal.
Dan-dan tu jugak dia nak appeal and kata dia ada mountains of evidence.
Dah tu kenapa tak keluarkan evidence tu masa bicara?
Yang sebenarnya, for a narcissist, it’s all about winning.
They will stop at nothing to achieve that goal.
Tak dapat tunjuk bukti, they will creat confusion.
Kalau confusion tak jalan, they will create chaos sampai kau give up dan mengalah.
Jangan tanya kenapa aku semacam expert mengalahkan seorang psychiatrist.
Psychiatrist tu menilai berdasarkan ilmu yang dia tahu.
Aku berdasarkan pengalaman.
Bukan nak kata aku lebih bijak dari psychiatrist, tapi pengalaman aku juga valid.
So, korang tengokla nanti apa AH akan buat.
Dia akan appeal, yang tu confirm.
Nanti dia createlah 1001 cerita dongeng sampai kita confuse.
Bila ramai dah mula confuse, tak mustahil akan ada chaos berlaku.
Chaos yang macamana?
Entah. Maybe ugut nak bunuh diri?
Atau ugut nak mogok lapar?
Atau nak bunuh anak-anak?
Semalam kalau tak salah ada sorang follower bagitau kaka ipar dia perangai macam AH.
Pernah ugut nak bawak anak-anak masuk kereta, bawak laju-laju biar accident.
See? Orang macam ni memang suka berdrama.
Drama jenis tak agak-agak.
Nak accidentlah, nak terjun jambatanlah, nak kelar tanganlah.
Drama adalah tools yang dorang guna untuk create confusion dan mengalih perhatian kita (mangsa) daripada kesalahan yang dorang dah buat.
Ujung-ujung orang akan nampak kita juga yang salah.
Sebab, bila dia buat drama gila, orang akan question "Kenapa dia sampai jadi macam ni?"
Orang sekeliling akan tuju kita dulu.
Apa yang kita dah buat sampai dia gila macam tu?
Kau nampak tak permainan dia?
Ujung-ujung semua jadi confuse, alih-alih kau yang bersalah.
Dia punya lakonan tu sekelip mata bertukar.
Mula-mula bertindak ganas, kejap lepas tu menangis, kejap lagi tenang, lepas tu merembes jadi mangsa keadaan.
Nampak kan ciri-ciri ni ada pada AH?
Time lawyer dia soal bukan main mencebik-cebik menangis.
Time lawyer JD soal terus jadi arrogant.
Constantly switch roles.
Kalau kau tunjuk empati, in a split second dorang bertukar peranan jadi persecutor begin attacking you.
That's why Camille tak bagi chan. Dia bagi kaw-kaw.
Orang luar kata Camille kejam. Kejam waklu.
Kau tak pernah duduk dengan spesis saiko kau tak tau permainan dia.
Orang macam ni, kau jangan leka.
Kau leka je, dia akan claim victory walaupun hanya dalam mainan minda dorang je.
Aku tak reti macamana nak explain this tapi orang macam ni they really have no other choice but to win.
Mengaku kalah, never. Walaupun dorang salah.
Sebenarnya nak kalah dengan orang macam ni, payah.
Kau jadi letih tau.
Aku sangat faham bila Johnny kata dia banyak diam setiap kali AH mengamuk, dan adakalanya dia menyorok dalam bathroom.
Bukan tak nak lawan, tapi kau susah nak menang.
Dia dah terang-terang salah pun, dia akan kona lipat sampai kau jadi bengap.
Jalan paling mudah, diam, bagi je lah dia menang walau kau sakit hati, walau nama kau busuk orang kecam.
-D-
2022-05-31
Orang yang pandai manage duit tak akan menyusahkan hidup orang lain.
Ada follower mencurahkan perasaan tentang adik-beradiknya yang terlalu nak berjimat untuk hari tua sampai menyusahkan orang lain.
Sorry, aku tak dapat nak letak conversation tu kat sini sebab panjang dan berserabut.
Hanya aku dah dia je paham.
Isu lebih kurang macam ni aku pernah tulis dulu, tak sure kat blog atau FB sebab aku pun pernah melayan perangai spesis yang nak menabung bagai nak rak tapi takde timbang rasa kat orang lain.
Inilah yang dikatakan, terlampau mengejar dunia.
Jangan ingat orang yang bershopping sana sini saja dikatakan cintakan dunia.
Kalau terlampau berjimat samlai jadi kedekut dan menyusahkan orang lain, juga dinamakan mengejar dunia.
Nampak je macam berjimat, macam pandai manage kewangan, padahal kedekut taik idung masin.
Bab dia, kemut. Bab orang lain, kaut.
Dalam satu hadis ada menyebut "Dunia itu sifatnya menipu".
Maksudnya, jangan tertipu dengan dunia.
Kadang kita rasa macam kita ni berjimat-cermat dan suka menabung, padahal kita sedang sayangkan dunia.
Berjimat tu tak salah.
Menabung tu amalan yang bagus.
Tapi kalau sampai rumah pun tak nak beli, sanggup duduk bersempit-sempit dalam rumah mak bapak yang kecik, kereta dah separuh nyawa pun taknak ganti, ini namanya SAKIT.
Padahal bukan takde duit, tapi sayang sangat dengan duit.
Konon untuk emergency. Untuk simpanan hari tua.
Kot panjang umur. Kot tak?
Simpanan untuk masa-masa terdesak tu memang perlu.
Tapi, patut padanlah sikit dengan keadaan.
Aku tengok life kau dengan kereta semput tu pun dah macam terdesak. Dah patut tukar pun.
Nak tunggu masa terdesak tu terdesak yang bila? Patut pakai duit simpanan tu beli kereta baru.
Ini tak. Kereta semput tu yang dipakainya.
Esok nak balik kampung menumpang kakak abang.
Alasannya mudah - kereta tak sesuai bawak jalan jauh.
Ewah, senangnya hidup? Kau pikir selesa kau je.
Kau tak pikir keluarga kakak abang terpaksa bersempit-sempit dalam kereta semata-mata nak bagi space kat pantat kau yang besar tu.
Itu baru cerita menumpang. Belum cerita menghulur lagi.
Jenis yang berjimat-cermat (padahal kedekut) ni bukan reti hulur-hulur duit minyak ke, duit tol ke.
Karang kalau kita mintak, dia kata kita berkira.
Sesekali menumpang pun nak mintak duit minyak katanya.
Abis tu? Tak nak kalu, pi naik bas.
Aku senang je nak ajar orang macam ni. Memang aku bagi je sedas.
Nanti kat belakang kita dia katalah kita takde timbang rasa, dengan keluarga sendiri berkira, buat keluarga macam orang luar, kedekut - semua ni nanti dia jadikan bahan nak mengumpat kita.
Tapi aku berani potong jari, jenis ni dia takkan berani cakap depan-depan. Why?
Sebab dia takkan sanggup dengar kebenaran yang kita akan tabur depan dia nanti.
Dia takut kita kata dia kedekut, sebab itulah kebenarannya.
Dia takut kita kata dia takde common sense, sebab itulah kebenarannya.
Dia takut dengan fakta yang dia sebenarnya hidup menyusahkan orang lain.
Nak cerita pasal duit, this is something complicated to talk about.
Dalam menguruskan keperluan yang melibatkan duit, kita selalu disarankan supaya berhati-hati, supaya jangan overspend dan jangan lupa buat simpanan untuk hari tua.
However, it turns out that there are two types of people in terms of how they manage kewangan.
Yang satu berjimat, yang satu lagi kedekut.
Sekali imbas nampak macam takde beza sebab dua-dua ni mengamalkan konsep suka menyimpan.
Hakikatnya, ada beza yang besar.
Yang pertama, orang yang berjimat takkan menyusahkan hidup orang lain.
Manakala orang kedekut bersifat pentingkan diri sendiri.
Nak berjimat sangat, dibelinya kereta kecik.
Tapi bila time nak berjalan jauh, pinjam kereta adik-beradik dengan alasan kereta besar selesa untuk jalan jauh.
Anak-anak lebih selesa duduk lama-lama dalam kereta katanya.
Nampak tak perangai orang kedekut macamana?
Dia bukan takde duit tau. Siap boleh pergi bercuti lagi.
Apalah salahnya sewa kereta untuk kau jalan anak-beranak.
Ini tak. Nak jugak meminjam kereta adik-beradik.
Ini bukan apa, kalau pinjam kereta adik-beradik, tak payah bayar sewa.
Pastu buat post "Tips melancong 6 hari 5 malam dengan hanya RM500". Pirahh.
Tang dia pinjam kereta adik-beradik dia tak cerita.
Konon macam pandai manage duit, pahahalll.
Tu namanya sakit otak!
Memanglah kau tak pinjam kereta tu selalu.
Tapi SELALUNYA, asal nak jalan jauh kau pinjam, kan?
Dah tau anak makin membesar, berderet pulak tu, pergilah beli kereta baru hendaknya.
Orang macam ni dia tak tahu beza antara membazir dengan investment.
Bagi dia, beli kereta baru tu membazir. Pakai je lah kereta kecik.
Sebab bukan selalu jalan ramai-ramai katanya.
Kereta yang ada tu pun hanya dia guna untuk pergi kerja.
Tapi setiap kali nak berjalan sekeluarga, pinjam kereta orang.
Lepas tu bila orang dah mula berkata-kata, dare pula cakap "Jangan sombong dengan harta".
Halah-halahhh play victim pulak.
Sejenis Amber Heard kau ni.
Lagi satu jenis yang dah tau nak berjalan-jalan, tapi tak put aside duit untuk kos penginapan.
Datang melancong anak-beranak tapi tumpang rumah sedara-mara sampai berhari-hari.
Lepas tu buat rumah orang macam hotel, sukati dia nak balik pukul berapa.
Dah satu hal tuan rumah kena bangkit dari tido semata-mata nak bukakkan gate untuk kau.
Bershopping bukan main banyak tapi tido hotel taknak, nak jugak tido free.
Jangan ingat semua yang katanya pandai simpan duit ni benar-benar tau uruskan kewangan, ya.
Kebanyakannya feeling je.
Orang yang kedekut selalu minimize-kan keperluan.
Dia akan kurangkan keperluan sebanyak yang boleh supaya tak payah spend banyak.
Selagi boleh share hak orang, dia akan take advantage.
Bila orang dah mula berbunyi, dia katalah orang tu tak ikhlas, takde tolak-ansur, berkira dengan dia, dengki dengan dengan dia, etc.
Nak dengki apa dengan kau?
Ce cakap apa benda yang kau ada yang aku nak dengki?
Nak dengki dengan kebodohan kau ke camana.
Dulu pernah orang viralkan kisah sorang budak yang "pandai berjimat" sampai boleh buat rumah sendiri.
Rumah yang dia buat tu takdelah besar sangat, just nice untuk sefamili.
Rupanya berjimat atas kepayahan orang lain.
Melalui ceritanya, aku boleh rasakan ada orang yang terpaksa berkorban semata-mata kerana dia nak merealisasikan impian.
Kisahnya, menumpang rumah mak bapak selama 10 tahun selepas berkahwin.
Padahal mak bapak duduk flat saja.
Standard kalau dah namanya flat, besar manalah sangat.
Paling banyak pun 3 bilik, itu pun kecik.
Aku pernah menyewa rumah jenis ni jadi aku tau bilik besar mana.
Alangkan aku, En Wan, bibik Yani and Redza yang masa tu umur 1 tahun pun dah terasa sempit.
Inikan pulak 5-6 orang dewasa dengan anak-anak (cucu) duduk sekali.
Boleh bayanglah dia punya sesak macamana.
Dalam cerita budak tu, dia kata adik-beradik semua memahami.
Adik-beradik tak kisah kena tidur hall bertahun-tahun.
Ya ampunnnn, selfishnya!
Of cos adik-beradik takkan berbunyi sebab kau anak sulung, tapi tak bermakna dorang tak mengutuk dalam diam.
Inilah namanya terlampau "berjimat" sampai menyusahkan orang lain.
Hanya semata-mata kau nak realisasikan impian untuk buat rumah "banglo", maka semua orang kena bertimpa-timpa dalam satu rumah selama 10 tahun.
Lepas tu bangga canang betapa kau pandai manage duit dan berjaya buat rumah banglo di usia muda. Seriously?
Bukan main bangga budak tu cerita berjaya buat rumah banglo 4 bilik.
Setiap anak dia (3 orang) ada bilik sendiri.
Dah la 'mengorbankan' keselesaan orang lain selama 10 tahun demi nak realisasikan banglo kau tu, alih-alih buat 4 bilik cukup-cukup untuk kau anak-beranak je.
Takde terfikir ke nak buat satu bilik untuk guest datang tido, kot adik-beradik nak bertandang?
Halah halah, perangaiiiii.
Perangai orang kedekut memang macam ni, dia pikir untuk dia je.
Berbeza dengan orang yang pandai menguruskan duit, they know how to priotize things and dia tau apa yang dia wajib beli.
Dia tahu anak semakin ramai, dia tukar ke kereta besar sikit.
Dia tahu anak semakin membesar, maka dia berpindah ke rumah yang lebih selesa.
Dia tahu berjalan-jalan bawa famili bukan selalu, maka dia simpan duit untuk bawa anak-anak tidur hotel, bukan tido rumah sedara-mara berhari-hari.
Dia tahu ofis buat pot luck hanya setahun sekali, maka dia spend lebih sikit order laksa Johor.
Ni tak, asal pot luck je, balik-balik muka kau jinjit pisang.
Tapi makanan orang lain bawak kau tala cukup-cukup macam tak penah makan, siap tapau bawak balik.
Lagi satu perangai kedekut yang bajet-bajet berjimat ni, dorang susah nak keluarkan duit.
Nama pun kedekut, kan.
Kalau ajak tong-tong makan sedap-sedap, bukan main liat.
Cuba kalau dibelanja, dia yang mencekik paling banyak.
Oh, this is not about ikhlas or tak ikhlas, tapi nak tunjuk beza perangai orang yang pandai manage duit dengan orang yang tak pandai manage duit.
Jangan kita ingat asal berjimat, asal suka menyimpan, namanya pandai uruskan kewangan.
Kalau tak membebankan orang lain, yes kau pandai.
Tapi kalau kau kaya dengan menyusahkan orang lain, pegilah mati.
Yang preach pasal money management ni lagi satu.
Kalau life dia pun hauk, jangan berdegar-degar cakap pasal money management depan aku.
Pengurusan kewangan bukan semata-mata menyimpan, sometimes it really can be better to spend than to save.
Ada duit, penuhi basic needs dulu.
Beli rumah, beli kenderaan yang selesa untuk keluarga.
Ada lebih, sesekali go spend on valuable life experience.
Jangan asik pikir nak menyimpan dan menambah duit je.
Buy memories. Invest time dengan family, pergi jalan-jalan.
Invest time dengan friends, lepak-lepak have good food and chit chat.
Sesekali belikan hadiah.
Bila dah tua esok, bukan duit je yang kita perlukan tapi network dan bond yang strong dari keluarga dan kawan-kawan.
Ada lebih, sesekali go spend on valuable life experience.
Jangan asik pikir nak menyimpan dan menambah duit je.
Buy memories. Invest time dengan family, pergi jalan-jalan.
Invest time dengan friends, lepak-lepak have good food and chit chat.
Sesekali belikan hadiah.
Bila dah tua esok, bukan duit je yang kita perlukan tapi network dan bond yang strong dari keluarga dan kawan-kawan.
2022-05-30
Berebut makan KFC.
Semalam aku nampak orang share post FB orang ramai berebut nak ambil KFC dari penganjur satu majlis raya.
Tak sure majlis di mana.
Macam-macam netizen komen.
Ada yang kata ini sikap orang Malaysia, suka barang free.
Ada yang kata agaknya dorang ni orang susah.
Nak tergelak pulak aku baca.
Asal berebut macam tak cukup makan, semua dibantainya orang susah.
Ingat Malaysia ni macam mangsa kebuluran kat Afrika tu ke sampai nak berebut-rebut makanan.
Ini isu sikap. Bukan kerana susah. Kerana sikap.
Benda free katakan.
Aku masa kecik dulu pun orang susah. Tapi tak kebulur pun.
Takdelah sampai nak berebut makanan.
Datang majlis kawan yang have-have pun takde nak menggelapu sauk makanan sana sini macam tak cukup makan.
Situasi macam ni senang jumpa kat hotel theme park.
Kau tengoklah nanti masa buffet breakfast.
Kebanyakannya macam tak pernah jumpa makanan.
Berebut satu hal, ambik makanan sebanyak-banyak ada satu hal lagi.
Makanan berselipat kat tepi kaunter dengan lantai pun satu perangai lagi.
Ini semua SIKAP.
Dulu jarang dapat makan KFC.
Nak makan KFC kena bersebab.
Kalau exam tak dapat nombor 1,2 atau 3, jangan haraplah Mak Aji atau Pak Aji nak belikan kitorang adik-beradik KFC.
Dapat tengok iklan KFC je lah.
Betapa KFC tu satu meal yang luxury 35 tahun dulu.
Seingat aku, dulu di KFC makan dalam plate.
Siap bagi pisau ngan garfu.
Tak main la sudu plestik ni. Sudu besi, ok?
Ko bayangkan makan KFC dengan pisau and garfu.
Hazab aku nak settlekan seketul peha.
Tu nasib baik kalau dapat peha. Kalau dapat wings? Jenuh aku nak korek isi.
Penyudahnya ayam bersepai, aku tak kenyang-kenyang.
Belum lagi dengan bunyi pisau garfu berlaga-laga.
Kejap-kejap Mak Aji menjeling pandang aku.
Asal terbunyi sikit je, menjeling kat aku.
Stress gila makan KFC.
Tak berbaloi betul rasanya dapat nombor 1 tapi makan dalam keadaan stress π.
Tapi itulah hakikatnya.
Padahal KFC takde lah mahal mana pun dulu.
Tapi sebab bukan dari keluarga senang, jadi terasa mahallah juga.
Sebab tulah nak makan KFC pun kena bersebab.
Masa KFC baru buka kat Kajang, everytime Pak Aji cakap nak pi Kajang, kitorang mesti nak ikut dengan harapan dapat makan KFC.
Walaupun tahu dah potensi nak dapat makan KFC tu veruy unlikely, tapi manalah tau khennnn.
Mana tau Pak Aji ngan Mak Aji tiba-tiba kesian tengok muka anak-anak selenga semacam, untung-untung dapat makan KFC.
Dapat tak dapat belakang cerita, janji usaha ikut.
Parking kereta dah cun dah betul-betul depan pintu KFC, tapi rupanya melintas depan kedai KFC je.
Rupanya mak bapak aku nak gi Great Wall ambik belanja barang-barang dapur.
Aku dengan Ima sengaja je jalan slow-slow depan KFC sebab nak ambik bau KFC, jadiklahhhh.
Sekarang, Redza and Rayyan sampai tak lalu dah bila aku bawak balik KFC.
Dorang dah sampai level muak.
Mak dorang ni je belum pernah bosan lagi dengan KFC.
Aku boleh makan KFC hari-hari. Belum boring.
Harap-harap takkan boring. Sebab KFC sangat sedap.
Dulu everytime dapat result exam yang bagus, aku adik-beradik jarang nak mintak hadiah selain dari makanan.
Kalau hadiah tu, sorang je dapat.
Tapi kalau makanan, sama-sama boleh dapat.
Mak bapak aku takkan sampai hati nak bawak aku sorang makan KFC ye tak?
Mestilah angkut adik-adik aku sama. Jadi sama-sama dapat makan.
Dulu aku dengan Ima seronok kalau salah sorang excel dalam exam.
Tau dah malam tu mesti dapat makan best punya.
Tak KFC, satey Kajang. Heaven!
Dulu KFC je lah fast food yang ada.
Itu pun kat Kajang.
Bandar Baru Bangi apa je lah yang ada kat situ. Jin bertendang ada la.
Bila pegi KL nampak McD and AnW, masing-masing memandang dengan penuh rasa kagum.
Everytime tengok orang masuk AnW, aku selalu rasa orang tu kaya.
Makan dalam kedai beraircond kot, haruslah orang have-have je mampu.
Ada satu kali tu dapat masuk AnW.
Masing-masing baru dapat duit raya, kitorang cakap takpelah, kitorang belanja mama papa makan. Gituuu.
Bila dah masuk, tak tau nak order apa π.
Nak order hotdog, tak reti makan.
Nak menyebut pun tak lepas.
Nak order burger, takut tak sedap.
Karang tak habus kena luku dek Mak Aji pulak.
Terbayang-bayang suara Mak Aji "Nak sangat masuk, kan? Nak sangat makan, kan? Kau makan sampai habis. Tak habis, siap!"
Apa ntah aku order, tapi makanan yang selamatlah. Ayam kot.
Tengah-tengah makan nampak orang sebelah makan hotdog, eh macam sedap pulak.
Nampak orang makan waffle with ice cream, melopong tengok.
Aku jadi sangat jakun.
Apa benda orang tu makan?
Naluri budak-budak ada rasa ingin tau yang tinggi.
Lalu aku tanya Ima "Dia makan apa tu?"
Tak sempat Ima nak jawab, aku dah kena tengking dek Mak Aji ""Macam tak penah makan!".
Lah, memang tak pernah makan pun tu pasal aku tanya π.
Maybe Mak Aji malu bila anak dia macam peghak masuk AnW semua benda tak pernah makan, tu pasal aku kena tengking.
Now, AnW tu dah macam tempat wajib masuk everytime aku balik Terengganu.
Kalau AnW Batu Burok tu ada sistem point, banyak dah point aku agaknya.
Tapi sampai sekarang masih tak reti makan burger AnW.
Makan hotdog pun mintak yang classic with no ketchup.
Buta-buta roti and sosej je.
Kalau order Spicy McChicken Mc Donald, aku mintak yang no sayur and no mayo.
Hanya roti and ayam saja.
Masa aku Form 2 aku dapat nombor 1.
Excited balik nak bagitau Mak Aji aku dapat nombor 1.
Sebab tak pernah dapat nombor 1 selama ni.
Tahun tu aku paling terer. Hahaha.
Aku expect dapatlah hadiah yang best sikit.
Masa tu kan dah remaja.
Nampak kawan-kawan pegi latihan sukan pakai sport shoe, bawak walkman, teringin gak nak ada satu.
Tapi jauh sangatlah mimpi aku nak dapat walkman tu.
Aku cuma dapat makan satey Haji Samuri je malam tu.
Itulah hadiah sempena dapat nombor 1.
Masa tu aku terfikir, kalaulah hadiah nombor 1 hanya dapat makan satey, nombor berapa lagi aku nak kena pulun untuk aku dapat walkman?
Maka, itulah nombor 1 terakhir dalam hidup aku.
Aku dah malas kejar nombor dah pastu.
Aku santai-santai je sudeyyy π.
Aku start bermaharajalela dengan KFC di zaman matrik.
Dah pegang duit sendiri katakan (duit MARA), terasa diri kaya kejap.
Asal duit masuk je, KFC. Asal ada duit je, KFC. Asal KFC je, maknanya aku ada duit.
Memang aku ni kejenya makan je.
'Asuhan' sejak kecik tak disogokkan dengan hadiah-hadiah, membuatkan sampai dah ke tua ni pun tak kisah tak dapat hadiah untuk tarikh-tarikh penting.
Bawa je aku pi makan, settle.
2022-05-28
Mula-mula aku rasa ini adalah nikmat. Lama-lama aku realized ini sebenarnya ujian.
Sekarang Subuh kat tempat aku dah 5.49am.
Sejak seminggu dua ni aku selalu terfikirkan sesuatu bila Subuh.
Lebih-lebih lagi waktu hari berkerja.
Subuh 5.49am, around 6.10am dah ramai jiran-jiran aku keluar pi kerja.
Terdetik jugak dalam hati, cepat gila kau solat.
Rasanya orang masjid pun tak habis solat lagi ni.
Bukan apa, teringat kat diri sendiri.
Tahun 2003, aku kerja di KL, di Prudential Jalan Sultan Ismail.
Aku sebagai Medical Underwriter.
Waktu tu belum ada lesen walaupun dah ada kereta Kancil, Mak Aji belikan.
Aku takde pilihan melainkan naik komuter.
Ofis start 8.30am. Kalau dari Subang Jaya, aku kena catch train 6.30am.
Ini train paling lewat aku kena ambil.
Lewat dari 6.30am, maknanya punch kad aku merah.
Waktu ni aku duduk di USJ21.
Dari USJ 21 nak ke stesen komuter Subang Jaya tak dekat, ya.
Dengan berapa banyak traffic lite kena tempuh.
Traffic lite semuanya simpang 4 pulak tu.
Paling lewat aku keluar rumah pukul 6am.
Itupun seram sejuk takut sangkut kat mana-mana.
Cara-cara keluar 6am pun masih kena berlari nak beli tiket, nak melintas jejambat (sebab train ke KL adalah di seberang sana).
Dibuatnya train buat gila sampai awal 5 minit, mahu tersungkur aku berlari nak kejar.
Usain Bolt pun kalah kalau berlari dengan aku time ni.
By the time masuk dalam komuter, ketiak aku dah lecak.
Apa yang aku nak cerita ni, sepanjang kerja di kat KL, aku banyak qada' Subuh and Maghrib.
Dulu aku siap ada buku untuk log solat supaya aku ingat solat mana yang aku belum qada.
Lebih kurang aku tulis macam ni:
Isnin: Subuh
Selasa: Maghrib
Rabu: Subuh
Khamis : Subuh
...and the list goes on.
Kerja aku asyik lah mengqada' solat.
Kadang-kadang terbabas ke minggu depan baru sempat qada' Subuh minggu ni.
Lepas 9 bulan, aku resign.
Aku tak rasa ini life yang aku nak.
Terkejar-kejar, balik kepenatan, balik hanya untuk tidur, esok bangkit awal ulang rutin yang sama, etc.
Lagipun aku tak pernah imagine diri aku ada sangkut-paut dengan KL.
Aku tak rasa sanggup nak berulang dari Subang Jaya ke KL bertahun-tahun. Jadi aku quit.
Berhenti dari Prudential, aku dapat kerja di USJ7, company Biotech.
Inilah company Biotech pertama aku kerja.
Dekat dengan rumah, 10 minit je. Masuk 8.30am.
Aku keluar dari rumah rilek je tenang-tenang pukul 8.10am siap boleh berhenti tepi jalan tapau mee goreng.
Ofis dekat, tak payah lalu tol, pakai Kancil minyak save.
Syurga betul rasanya dapat kerja dekat dengan rumah. Kerja Sales and Marketing.
Tetapi, company ni chinese punya.
Surau tak disediakan.
Nak solat, kena solat dalam store.
Tapi disebabkan aku banyak habiskan masa di luar ofis, solat tak menjadi masalah sebab aku boleh singgah mana-mana surau time jumpa customer.
Selalunya, aku tumpang surau universiti.
Tak pun kalau ada kerja kat Bangi, aku balik jap rumah Mak Aji untuk solat.
Masa ni Mak Aji masih berkerja, tapi dia selalu tinggalkan kunci dalam kasut.
Kali ni ujiannya berbeza.
Walaupun masa untuk solat tu ada, aku masih terkejar-kejar.
Tau je lah kan, kalau dah jumpa customer tu bukan boleh fixkan masa.
Kena pulak time customer ajak bersembang sampai 2 jam, ke laut lagi solat aku.
Lepas habis customer A, rush pi customer jumpa B pula.
Kadang-kadang ada gap setengah jam je.
Mana nak solat, mana nak bersiap semula, mana nak bawak kereta berkejar ke next customer, mana nak melilau carik parking lagi.
Time ni kalau solat pun sekadar solat buat cukup syarat supaya tak payah qada'.
Solat laju-laju. Doa dan zikir takde. Khusyuk jauh sekali.
Buat sekadar cukupkan syarat dah bersolat.
Tahun 2005 aku naik jadi Sales Manager.
Masa ni anak-anak buah pula yang lebih banyak buat sales.
Aku hanya pegang key account. Legalah sikit.
Company pun dah berpindah ke tempat yang lagi besar, and disediakan surau. Alhamdulillah.
Tahun 2007, aku jump ke company lain.
Dalam company ni aku sorang je Islam.
Bilik solat tak ada. Kena solat dalam store.
Tapi store bersih siap ada aircond sebab kebanyakkan kit perlukan suhu sejuk.
Lagi sekali aku terpaksa lalui situasi 'solat cukup syarat'.
Terkejar-kejar nak solat.
Kadang-kadang terbabas, balik rumah qada sampai 3 waktu sekaligus!
Di company ni aku Head of department.
Key account company ni jauh lebih banyak.
Kerja aku dah tak tentu masa.
Balik pukul 11pm tu biasa.
Dah lah balik lambat, sambung buat kerja kat rumah lagi sampai 2 pagi.
Gaji lebat, komisyen aku sedap.
Tapi deep down aku tak tenang.
Macam incomplete. Aku mudah rasa lost.
One day, ex-bos aku email selepas hampir setahun kitorang tak berhubung.
Lepas 2-3 kali jumpa and talk about future, aku nekad resign.
Kitorang setup company sendiri, which is XZIZ Biotech sekarang.
However, setahun selepas company ni wujud, partner aku resign sebab nak ikut suami ke UK.
Terkontang-kanting aku.
Tapi alhamdulillah dari tahun 2008 sehingga sekarang, I am still here.
Tahun pertama tu sakit sikit la sebab dah biasa gaji sedap tetiba kena ambik RM1500 je sebulan sebab nak cut cost kat banyak benda.
Tahun kedua dah selesa banyak.
Tahun 2010 aku pindah ofis ke Putra Heights, laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaagiiii selesa banyak. Dari tingkap ofis dah boleh nampak bumbung rumah aku.
Pulak tu aku ada pilihan nak masuk opis pukul berapa, nak balik pukul berapa, nak masuk opis ke tak, nak solat kat surau or dalam bilik sendiri, nak solat kat opis atau balik rumah kejap.
Happy.
Mula-mula aku rasa ini adalah nikmat.
Lama-lama aku realized ini sebenarnya ujian.
Dan betullah ujian kesenangan tu lebih susah sebab seringkali kita rasakan itu adalah nikmat.
Allah bagi aku bisnes sendiri, ada company sendiri, ada staff yang boleh assisyt aku, ofis dekat dengan rumah - Dia sebenarnya sedang menguji.
Seolah-olah DIA kata "Now aku bagi kau ofis dekat, bisnes sendiri tak peru terima arahan majikan, sekarang kau tak ada masalah masa. Aku nak tengok apa lagi alasan kau".
Tak ada alasan untuk tak solat awal waktu.
Tak ada alasan untuk tak berzikir lepas solat.
Tak ada alasan untuk tak baca Quran lepas solat.
Tak ada alasan untuk tak buat solat sunat lepas solat fardu.
Sungguh, memang tak ada alasan dah.
Nak pulak sekarang aku lebih banyak work from home. Lagilah takde alasan.
Bila nampak jiran keluar kerja pagi-pagi Subuh, buatkan aku rasa segan kalau aku sama-sama terkejar sedangkan aku tak ada alasan untuk terkejar-kejar.
Jiran tu terkejar-kejarnya mungkin berpahala kerana dia ada amanah lain untuk dipikul.
Aku kalau sama naik terkejar-kejar juga for no reason, mungkin aku dapat terkejar-kejar yang sia-sia.
Orang yang makan gaji mungkin berat sikit nak bangun pukul 4 pagi solat sunat.
Mereka penat, perlu rehat sebab kejap lagi lepas Subuh dah nak keluar berkerja.
Bukan tak boleh. Boleh.
Tapi aku pernah kerja makan gaji.
Memang berkira-kira nak bangun awal sebab takut mengantuk di ofis.
Tapi kalau aku yang tak payah terkejar-kejar ke tempat kerja masih lagi susah nak bangun awal, apa alasannya?
Orang yang berharta akan disoal kelak apa yang dibuat dengan hartanya.
Orang yang berilmu akan disoal apa yang dibuat dengan ilmunya.
Orang yang ada kelapangan masa juga disoal apa yang dibuat dengan kelapangan masanya.
Jadi aku harap aku dah pun menjawab soalan 2-3 orang reader sebelum ni yang tanya kenapa aku bangun pagi awal sangat.
Mungkin nilah yang dikatakan ujian Allah tak sama.
Nampak macam nikmat, padahal satu ujian.
Ujian kelapangan waktu ni nampak best di mata, tapi berat bahu yang memikul.
Nampak macam "Kau takpelah, kerja sendiri. Boleh masuk kerja pukul 10am".
Tapi kalau kelebihan itu buatkan kita bangkit tido pun lambat, Subuh pun gajah, makin takde masa nak mengaji - ini bukan nikmat, tetapi musibah.
Jangan menilai rezeki itu pada wang ringgit semata-mata.
Rezeki datang dalam perbagai bentuk, dengan pelbagai cara.
Orang yang kita nampak pagi-pagi gelap dah tersekat dalam jem, kesian kita kata.
Tapi dari sudut pandang yang lain, setidak-tidaknya Subuhnya pasti di awal waktu sebab dia kena bangun awal untuk ke ofis.
Itu rezeki yang besar tu.
Kadang kita tengok life orang tu macam best, macam boleh bersantai-santai, kita mahukan life seperti tu.
Tapi boleh jadi kita sebenarnya belum bersedia untuk lalui bebanan ujian itu.
Allah lebih tahu, kan.
Boleh jadi kalau kita dapat life seperti dia, kita jauh lebih hanyut.
Aku tak tahu if apa yang aku ada sekarang satu kelebihan atau kekurangan.
Aku cuma harap aku gunakan peluang ini sebaiknya supaya menjadi hujah kuat aku di depan Allah esok.
Aku doakan kalau ada sesiapa yang sedang berada dalam situasi aku dulu 'solat cukup syarat', mudah-mudahan Allah angkat kesempitan tu dan beri kemudahan melakukan ketaatan.
Insyallah, bila kita dulukan urusan Allah, Dia akan uruskan yang lain-lain.
Aku tak tahu if apa yang aku ada sekarang satu kelebihan atau kekurangan.
Aku cuma harap aku gunakan peluang ini sebaiknya supaya menjadi hujah kuat aku di depan Allah esok.
Aku doakan kalau ada sesiapa yang sedang berada dalam situasi aku dulu 'solat cukup syarat', mudah-mudahan Allah angkat kesempitan tu dan beri kemudahan melakukan ketaatan.
Insyallah, bila kita dulukan urusan Allah, Dia akan uruskan yang lain-lain.
2022-05-27
Smart people know when to play stupid.
"Kenapa Kak Di tak buat email baru?"
Post semalam tentang aku pakai khidmat Muni untuk send and receive email En Wan.
Aku baca soalan ni, senyum.
Dari soalan tu aku boleh predict anda telah melalui sejarah percintaan yang selamat.
Tahniah, kerana anda tak bercinta dengan orang yang bermasalah. Syabas! *tepuk bahu*
Kalau kau bercinta dengan manusia seperti Amber Heard, buatlah 10 email baru pun, dia boleh tahu juga akhirnya.
Orang macam ni, pelik.
Kita yang normal ni takkan terfikir nak korek berapa banyak email pasangan kita ada.
Jangankan kata nak korek, nak ambik tahu pun malas.
Sejak kawen dengan En Wan, wallet dia pun aku pernah kelebet.
Entah ada surat nikah lagi satu ke ntah.
Lagikan henfon. Lagikan PM atau DM di FB.
Password FB and IG dia pun aku malas nak tanya.
Itu tanda aku sihat. Hahaha.
Lain jadinya orang-orang seperti Amber Heard.
Kau rasa kalau buat new email dia tak tahu? Dia boleh tahu!
Cara apa dia tahu aku tak tahulah sebab aku tak mental.
But somehow dia boleh tahu.
Sebab itulah bila email aku kena hack, aku stop hantar email kat En Wan.
Padahal masa ni aku dah 'diceraikan' oleh dia.
Tapi sejenis Amber Heard, dia yang provoke kita tinggalkan dia, bila kita tinggalkan, dia play victim and spin "Mana ada saya setuju?". Kimek.
Sebab tu aku pilih Muni. Why Muni?
Kenapa bukan Dusty Pink Tits?
Sebab yang pertama, Dusty Pink kawan-kawan rapat.
Aku tak nak kawan-kawan aku tahu kisah cinta yang tragis ini.
Masa ni kawan-kawan aku tak tahu aku ada 'masalah'.
Sebab yang kedua, Muni bukan kawan rapat.
Aku perlu someone yang tak rapat dengan aku supaya takde siapa syak Muni adalah posmen aku.
Walaupun bukan kawan rapat, Muni selalu datang lepak bilik aku dulu.
Sebab aku pun selalu datang bilik dia.
Tapi dulu aku datang bukan untuk jumpa dia tapi jumpa kawan satu course. Muni fakulti lain.
Yang buatkan kitorang boleh klik sebab Muni rajin tulis cerpen (tapi tak pernah publish di mana-mana).
Dia suka share tulisan dia kat aku. Aku suka baca. Ngamlah tu.
Bila aku dilanda masalah, aku bagitau Muni problem aku.
Aku rasa Muni antara orang terawal tahu problem aku.
Even Dusty Pink masa ni tak clear lagi keadaan aku.
Aku bagitau Muni surat-surat aku dah mula hilang dari pigeon hole.
Walaupun En Wan hantar ke nama lain, tetap hilang.
Just imagine betapa gigih dia check pigeon hole dari huruf A sampai Z.
Kalau aku, tak terpikir surat tu akan dihantar ke nama lain.
Tapi dia boleh terfikir. Gigih hari-hari check.
Muni suggest En Wan email kepada dia.
Fakulti dia ada computer lab sendiri.
Takde siapa syak kalau hari-hari dia check email.
Fakulti aku takde lab komputer. Lab biotek banyaklah.
Kalau aku nak check email kena pi library.
Kalau kerap sangat dia nampak aku ke library untuk check email, that will trigger him.
Aku taknak create benda tu.
Aku taknak masuk library pun. So Muni adalah pilihan terbaik.
Smart people know when to play stupid.
Ya, biarlah nampak bodoh padahal tengah observing and planning.
Biar nampak macam tak reti buat keputusan, padahal sedang memikirkan jalan terbaik untuk selamat.
Korang followlah trial JD and AH nanti korang tahu macamana rasanya hidup dengan orang seperti AH.
Kau takde pilihan melainkan play stupid, kena banyak diamkan diri, biarkan dia nak buat apa saja.
Because kau penat nak bertekak dan malas nak layan drama dia.
Nothing is simple around orang macam ni.
Aku jadi penat. Bila dah penat, lantak kaulah nak cakap apa pun, aku diam je.
Orang seperti AH kalau berdrama memang luar jangkaan.
Aku tengok trial AH sangat boleh relate.
Bukti dah nyata pun dia masih deny.
Mati-mati punya deny ni.
Lepas tu nangis, cakap dia mangsa keadaan.
Somehow orang macam ni akan spin the story, jadikan story tu convincing enough untuk orang nampak kaulah punca segala-galanya.
Saling tak tumpah dengan si anu tu.
Dah kena caught red handed dengan member pun masih nak deny pastu buat muka toye tak bersalah.
Hujung-hujung dia kata aku punca dia bersikap macam tu.
Konon dia sebenarnya budak baik tapi sikap dia berubah kerana stress dengan aku.
Lah?? Kau yang buat jenayah aku yang kena?
Kalau kau dengar trial AH semalam, tengoklah how dia mencebik-cebik macam nak nangis tapi setitik airmata tak keluar.
Berlakon pun bodoh.
Dia kata sejak trial ni kerap dapat ugutan bunuh.
Dah tu, kau yang start siapa suruh.
Kalau kau tak start, orang pun tak hingin nak ambil tahu pasal kau, let alone nak membunuh.
Tapi aku tak percaya AH dapat ugutan bunuh. Sumpah tak percaya.
Dorang ni berhalusinasi tau.
Berangan ramai orang petarikann dia, ramai ambil tahu pasal dia, ramai orang dengkikan dia, ramai orang nak jatuhkan dia.
Halah halahh, nak jatuh kau apa, kau memang dah kat bawah pun. Feeling!
Hidup seorang narcicist macam tu lah.
Selalu anggap diri sempurna dan tak bersalah walaupun terang-terang dah salah.
Suka pass blame kat orang lain.
Bila tak dapat buktikan diri di pihak yang betul, dia pusing cerita kita punca semua tu terjadi.
Dia tak dapat job, orang lainlah penyebabnya.
Dia tak dapat attention, orang lainlah penyebabnya.
Dia tak lulus exam pun orang lain penyebabnya.
Si anu tu fail aku yang disalahkan.
Dia tulis email kat mak aku, tunjuk result dia yang hauk tu and cakap "Sebab dialah saya dapat 1 pointer. Makcik kena bertanggungjawab".
Eh dah mak aku pulak kena bertanggungjawab. Barua.
Narcicist macam ni lah.
Dia akan buat apa saja asalkan intention dia terpenuhi.
Jangan haraplah kau nak tengok dia mengaku salah.
Walau bukti dah jelas pun, dia takkan mengaku.
Sebab tu aku faham kenapa JD pada awalnya malas nak saman AH.
Sebab dia tahu AH takkan mengaku punya.
Kau letaklah bukti penuh satu court pun, dia akan buat muka kejung konfiden "berani kerana benar".
Masalahnya banyak bukti tunjuk kau salah. Takyah nak konfiden sangat.
Tak salah aku trial JD dah habis semalam.
Now tengah tunggu keputusan juri.
Kes defamation selalunya payah nak dibuktikan.
Kalau JD menang, memang tepat pada waktunya.
Kalau JD kalah, there's something wrong with the system.
Katakanlah AH menang pun, she's going no where.
Nak berlakon? Sape je lah nak ambik dia.
Dia dapat Aquaman tu pun sebab JD lobby pengarah.
Ke mana-mana pergi lepas ni konfem orang maki.
Lebih baik kau jangan menanglah. Mati murung kau nanti.
2022-05-26
Anak aku dah cecah 18 tahun. Aku jadi takut kalau dia jatuh cinta.
Tahun ni Redza umur 18 tahun.
Masa aku umur 18 tahun, aku dah start bercinta!
Ya ampunnn, kenapa dulu aku tak rasa pun aku gatal budak-budak lagi dah bercinta?
Kenapa bila anak aku dah cecah 18 tahun aku jadi takut kalau dia jatuh cinta?
Selalu aku cakap kat En Wan takutnya kalau esok Redza sambung blaja, tau-tau dah bercinta.
En Wan selalu marah aku "Biarlah dia dah besar. Sampai bila nak duduk celah kita je?"
Ya, aku tahu tu.
Aku tahu anak-anak ni macamanapun esok akan terpisah dari kita juga.
Kalau tak dia yang keluar rumah selepas kawen, maybe terpisah bila kita mak bapak mati dulu.
Cuma, entahlah. Masa aku 18 tahun rasa happy bebas dari rumah, sambung blaja jauh-jauh dari mak bapak. Lagi jauh lagi best.
Bila tang anak sendiri, nampak dorang macam masih kecil lagi di mata kita *nangis*.
Macam apesal kejap sangat korang membesar ni?
Aku dulu nak tunggu besar jenuhnya menunggu. Lama betul rasa π.
Aku bercinta buat pertama kalinya masa umur 18 tahun, kat matrik.
Umur-umur Redza ni lah.
Gatal pulak rasanya baru umur 18 dah bercinta.
Tapi lagi gatal korang, kan.
Kat sekolah lagi dah bercinta. Hahahaha.
Kadang aku terfikir what if one day, Redza bagitau aku dia tengah couple dengan sorang budak perempuan kat U?
Atau tup-tup je dia bawak balik awek dia ke rumah jumpakan dengan aku like what I did masa bercinta dengan ex aku dulu?
Tapi kan, segarang-garang Mak Aji, bila aku tunjuk kat dia gambar ex aku (masa tu bf lah), Mak Aji senyum je.
Tanya aku budak ni orang mana, dulu belajar kat mana, mak bapak kerja apa.
Sikit dia tak marah. Pelik pulak aku.
Maybe sebab Mak Aji berkerja di universiti.
Dia biasa nampak dah budak-budak U bercouple.
Maybe dia rasa ini adalah waktu yang normal untuk bercinta.
Ataupun Mak Aji tak marah kerana bersyukur anak dia laku gak. Kahkahkah.
Dulu masa aku kenal cinta, excited sangat.
Excited nak share the happy news dengan Mak Aji.
Aku tak sure apa sebenarnya isi hati mak aku bila aku cakap aku couple dengan budak ni.
Now, membayangkan yang one day Redza akan kenalkan aku dengan awek dia, dah buatkan aku sebak.
Sejak Redza ada kat rumah, aku ambik peluang share dengan dia apa saja video, atau artikel atau quote berkenaan life, especially tentang love.
Macam-macam aku pesan.
"Kalau takde niat nak jadikan anak orang as isteri, jangan dekat".
"Jangan mengorat anak orang kalau hanya suka-suka. Kita tak tahu masa bila kita tergelincir"
"Kalau berkenan kat mana-mana girl, peratikan dulu lifestyle dia. Tengok mampu ke tak kau nak provide apa yang mak bapak dia provide. Kalau tak boleh bagi at least apa yang mak bapak dia bagi, toksah dekat. Menyusahkan anak orang je nanti"
Tapi yang paling aku pesan "Tanya dulu nama bapak dia siapa".
Kahkahkah.
Masa aku jumpa En Wan pertama kali pun aku angkut mak bapak aku sekali.
Niat aku cuma nak mak bapak aku sama-sama jumpa En Wan pada hari pertama aku jumpa.
Biar mak bapak aku perati-peratikan gerak geri En Wan supaya kisah cinta tragis lama tak berulang.
Niat aku masa tu, taknak sorok apa-apa dari parents.
Tapi, aku tak sure apa ada dalam hati mak bapak aku.
Adakah dorang gembira?
Atau adakah dorang sedih macam apa aku rasa sekarang?
Walau macamana pun, aku tetap always doa anak-anak aku bertemu jodoh yang baik-baik.
Tak adil pula rasanya nak halang dorang dari bercinta, kan.
Sebab umur-umur macam ni biasa la tu bila dah mula ada perasaan dengan opposite jantina.
Wow, pernah panggil aku Baby rupanya.
Entah bila, aku pun dah lupa.
Nampak nau panggilan tu dah tak wujud sekarang. Kahkahkah.
Surat-surat lama zaman bercinta dengan En Wan ni masih disimpan walau dah almost 24 tahun.
Dulu time bercinta, tido pun letak surat bawah bantal.
Sampai naik bacin surat tu berkepam bawah bantal.
Bangun tido cium surat, nak tido cium surat, nak pi kelas pun cakap kat surat "Di pegi class dulu ya".
Eh bangang pulak rasa.
Time tu kalau rindu menerjah, aku tekapkan surat rapat-rapat kat dada.
Kalau boleh buar tembus ke dalam tetek.
Biar betul-betul dekat kat hati kekdahnya.
Kadang kalau rindu teramat-amat, bawak sekeping surat ni masuk dalam bag.
Peneman pegi kelas gitu.
Ya Allah menggeletis sungguh perangai kau, kan.
Now terperuk dalam kotak sumbat atas lemari semua surat ni. Dok kau situ diam-diam.
Tu diaaaa, engagement anniversary pun dia ingat.
Siap hantar flower delivery dari Jepun lagi.
Masa aku kerja kat MOSTI ni kejap-kejap aku dapat bunga.
Sampai jaki je akak-akak andartu tengok aku.
Mesti dia kata "Biasa-biasa je muka budak ni. Lekat jugak boifren eh?"
Begitulah sangkaan ku, sekadar berburuk sangka. Hahaha.
Biasalah, benda belum dapat memang menebal kasih-sayangnya.
Tak cukup dengan bunga, hantar teddy bear. Hantar bracelet. Hantar lingerie.
Helok pulak tu muat tetek aku dengan saiz yang dia hantar.
Hantar duit pun pernah oi.
Belum kawen lagi dia dah bagi aku RM500, pernah bagi RM1000 dengan pesanan "Nah, untuk shopping shopping".
Sekarang, aku ajak masuk Xixili beli coli, dia boleh kata "Takyah pakailah, membazir".
Aku peratiiiii je dia ni.
Ini pun simpan, guyssss.
Masa exbf aku buat perangai, aku terpaksa mintak tolong kawan aku Muniratulazni untuk jadi posmen sebab dia asyik hack email aku.
Hari-hari dia check email aku untuk tapis email-email dari En Wan.
Jadi, En Wan hantar email to Muni untuk di pass kepada aku.
Everyday Muni akan print email ni untuk aku.
Memang tebal lah muka aku.
Kalau En Wan tulis benda-benda censored pun, secara lojiknya Muni akan tau dulu.
Tapi Muni profesional. Dia klik and print terus. Tak baca pun.
Dia kata lah π.
Seksa betul nak bercinta sampai kena pakai third party sebagai perantara.
Padahal masa ni dah break untuk kali ke berapa kali ntah.
Aku sendiri jadi konfius, bukan ke aku dah break dengan dia?
Apesal aku macam masih connected dengan dia lagi?
Haaa...gitulah agaknya apa yang JD alami bila Amber buat perangai kejap break kejap belum.
KD juga mengalaminya. Gitewww.
Tulisan En Wan. Buruk, kan?
Kalau zaman aku skolah dulu, tulisan-tulisan buruk macam ni semuanya hasil tangan stok-stok student yang memberuk kat belakang kelas.
Aku rasa dia ni salah sorang la π.
Masa ni belum bercinta lagi. Masih pen-pal lagi.
Masih baru nak kenal-kenal tapi dia dah spent belikan aku jam sempena birthday.
Pos dari Jepun lagi.
Tapi takde rezeki jam tu aku nak dapat sebab hilang tak sampai-sampai.
Tak tahulah hilang ke, atau kena sorok sebab masa ni rajin makhluk tu check pigeon hole untuk buang surat-surat aku.
En Wan pesan kat Redza, nak bagi hadiah kat girlfren jangan pakai duit pelajaran.
Cari kerja, pakai duit dari hasil kerja.
Duit belajar jangan sentuh.
Sebab itulah cara En Wan buat dulu dia kata.
Dia tak sentuh duit study.
Tak macam aku, duit MARA spent beli macam-macam kat ex. Bodoh.
Halah halahhhh lomentiknya beliau.
Gantikan jam yang tak sampai tu dengan penanda buku yang dia punya sendiri.
Macam pengganti diri la konon.
Macam "aku bagi kau barang yang ada sentuhan aku". Gitewww.
Boleh tahan cara dia ni.
Ntah mana hilangnya penanda buku tu.
Ada baru-baru ni aku nampak kat bilik Rayyan.
Bukan penanda buku dari kertas, tapi dari pewter.
Kemain kat surat siap mention "2.30am".
Nak membuktikan dia bersengkang mata tido lewat balas surat aku lettewwww.
Sekarang toksah kata 2.30 pagi, pukul 11 malam dah terabak-rabak mulut dia menguap.
Siap suruh aku tutup lampu kalau aku still nak continue membaca.
Dia nak tido katanya.
Konfius betul aku. Mamat mana sebenarnya yang bercinta dengan aku kat Jepun dulu?
Selain dari dikelilingi oleh kawan-kawan yang willing untuk jadi pelindung, posmen, tukang larikan aku, tukang sorok, aku juga dianugerahkan oleh adik pompuan yang boleh jadi tukang belikan kad birthday merangkap tolong tulis and pos sekali kad tu.
Lengkap pakej dia bagi.
Ni semua sebab takut ex aku dapat detect aku beli kad birthday untuk En Wan.
Macamana dia nak detect aku tak tau.
Yang aku tau, dia boleh buat apa yang aku tak terfikir.
Jadi, aku harus ada plan lain untuk mengelakkan dari dia tahu.
Nasib baik family aku semua dah tahu situasi aku masa tu, jadi adik aku tak kisah kena buat semua ni untuk aku.
Aku di Kuching, Ima di Bangi.
Tetapppp kad birthday sampai ke Jepun on time. Syabasss!
Surat-surat dari aku kepada En Wan berwarna warni dan bermacam style.
Nampak sangat perempuan kalau bercinta, dia punya effort memang extra.
Sanggup ni kelebet sampul berejam-jam semata-mata nak bagi cantik and look outstanding.
Everytime nak tulis surat, aku always membayangkan yang surat aku ada satu trademark.
Biar dari dalam bakul posmen lagi dia dah nampak "Ok, style sampul macam tu, konfem dari awek aku". Gitu.
Tak tau apesal aku masih membayangkan posmen Jepun hantar surat naik basikal.
Banyak tengok cerita Oshin aku ni.
Baideway, sampul harus bercolor-color, ya.
Barulah dia tak boring and excited nak baca.
Tak cukup ngan sampul bercolor, bubuh pulak sticker love love, star star bagai.
Kalau tak setia gak tak tau la.
Beria aku prepare envelope yang berwarna-warni.
Sanggup ni menapak dari SIRIM ke Kompleks PKNS (masa ni praktikal) semata-mata nak beli envelope kaler.
Dalam lab sementara tunggu DNA aku siap, tulis surat dulu.
Memanfaatkan masa betul aku.
Tapi tulah, gini je dia balas.
Envelope yang standard, putih and cekelat.
Most guys macam ni lah agaknya, kan.
Janji envelope dia kata. Yang penting surat sampai.
Masa ni terpaksa pakai nama pelsu.
Supaya surat masuk ke pigeon hole huruf W, bukan D.
Tapi lama-lama ex aku dapat detect juga.
Sejenis gigih check pigeon hole satu-satu nak trace stem dari Jepun. Takut, kan?
Tu yang lepas tu guna email Muni je tu.
Nampak tak satu perbezaaan antara surat aku kepada En Wan dengan surat En Wan kepada aku?
Surat aku kepada En Wan dibuka dengan penuh hati-hati.
Siap pakai pembukak envelope.
Punyalah tertib En Wan ni.
Membawak sampai ke sekarang dia punya perangai nak perfect tu.
Tapi bini dia bukak surat macam gorilla jumpa pisang tanduk.
Main siat rabakkan aje.
Kesah pulak aku nak bukak selow-selow.
Envelope kau pun murah je. Cuba bagi envelope color-color, mesti aku bukak dengan penuh keayuan.
Ok dah la mengimbau. Aku nak masak.
Subscribe to:
Posts (Atom)



.jpg)
.jpg)














