2022-06-11

Apa pun alasan dan masalah, hutang kena bayar.


Point 1
Rasulullah saw selalu berdoa agar terhindar dari hutang.
Ada yang bertanya lalu Rasulullah saw menjawab "Orang yang berhutang bila berkata-kata dia akan menipu, kalau berjanji dia akan mungkiri" - (Bukhari 2397)

Point 2
"Seseorang yang berhutang dan berniat tak mahu membayarnya, di akhirat nanti dia bertemu Allah dengan status pencuri" - (Ibnu Majah 2410)

Point 3
Rasulullah saw bersabda "Penangguhan hutang oleh orang yang mempunyai kemampuan membayarnya adalah satu kezaliman. HALAL MARUAH DAN HUKUMAN KE ATASNYA" - (Ibnu Majah)

Ini merangkumi semua jenis hutang.
Be it hutang pelajaran, hutang bank atau hutang dengan orang perseorangan.
Dah namanya pun hutang kan.
Tapi point ketiga tu buatkan aku teringat kes orang tag penghutang kat FB.
Kalau ikut hadis tu nampaknya macam boleh la kot tag penghutang kat FB kan? Jaga-jaga....😆😆

Yang point pertama tu pun macam best jugak.
Kadang-kadang nampak seronok sangat update status FB "Alhamdulillah...bisnes masyukkkkk".
Tapi hutang tak bayar-bayar jugak. Ntah ye ntah tidak masyuk.
Jangan sampai kita jadi point number 2 dah ler. Ingatan bersama.

Nasib kita semua memang tak sama, tapi tanggungjawab kita sama.
Kalau kita dah ambil tanggungjawab untuk berhutang, tak kiralah hutang pelajaran atau hutang dengan member, maka bertanggungjawablah untuk membayar.
Kalau kita boleh atur bayar duit sewa rumah setiap bulan, bayar hutang rumah, bayar hutang kereta, bayar bil-bil setiap bulan, kenapa kita tak boleh istiqomah bayar hutang pelajaran dan hutang member?
Padahal hutang rumah ada interest, hutang kereta ada interest.
Kenapa hutang dengan member yang takde interest tak boleh dibayar?
Ke nak kena letak interest baru menggagau nak bayar?

Tak salah aku dulu kerajaan ada bagi kelonggaran bayar balik pinjaman kerajaan bila gaji dah cecah RM4K, kan?
Rasanya 4 tahun lepas punya cerita ni.
Kalaulah konsisten bayar juga pinjaman pelajaran sikit-sikit, mesti by now dah nak selesai.
Tapi aku tahu mesti ada yang tunggu jugak biar gaji cecah RM4k baru nak start bayar.

Percayalah cakap aku, dah cecah RM4k esok lagi liat nak bayar. Sebab apa?
Sebab sementara nak tunggu gaji cecah RM4k tu, kau dah banyak buat komitmen lain.
Anak pun mungkin dah bertambah, perbelanjaan dah meningkat sikit.
Makin susahlah jawabnya nak bayar loan pelajaran tu.

Samalah macam orang yang berhutang dengan manusia.
Bertangguh-tangguh nak membayar, lama-lama komitmen lain semakin bertambah.
Hujung-hujung buat tak nampak hutang lama.

Jangan macam tu.
Patutnya, kalau bulan ni ada lebih, bayar lebih.
Bulan depan pendapatan kurang, bayar sikit. Bukan tak bayar lansung!
Kalau 5 tahun lepas kau hutang RM2000 kat member, bayar sebulan RM30, by now dah nak habis dah.
Jangan underestimate small step. Sikit-sikit bayar lama-lama habis juga.
Patutnya bersyukur time tengah susah ada kawan nak hulur bagi pinjam tanpa interest.
Disiplinkan diri untuk tetap bayar walaupun sikit.

Macam loan pelajaran juga.
Kita tak tau bila tahun gaji kita cecah RM4K.
Ntah-ntah mati dulu sebelum sempat habis hutang.
Kalau mati, atas dunia ni boleh la kerajaan strike off nama.
Kat 6 kaki bawah tanah tu tak strike off ya, hutang tetap akan ditanya.
Habis bayar ke, tak abis bayar ke, wallahualam lah macamana Dia kira.
Sekurang-kurangnya tertulis kita ada usaha untuk melangsaikan hutang.
Ini usaha pun takde, tapi reward diri sendiri bukan main lagi, macamkan success benar kejap-kejap menreward diri.
Padahal hutang lapuk tak bergerak-gerak.

Duit ni kalau nak kata cukup, memang always tak cukup.
Kerana cukup tak cukupnya duit bukan terletak pada berapa banyak kita dapat, tapi berapa banyak kita spend.
Aku bukan tak pernah merasa shopping barang mekap kat Watson/Guardian.
Yang follow blog ni dari awal mesti tau aku pernah pakai segala tok nenek Ponds, Revlon, Syahirah - stok-stok produk Guardian semua ni.
Sekarang pun aku pakai bedak Maybelline.

Pernah je beli henbeg kat kiosk depan Giant.
Pernah beli bra/panties kat longgok-longgok.
Pernah beli Scarlett bra RM10/helai (now tak dapat harga RM10. Paling murah pun RM15).
Waktu tu tak berani nak jeling bra yang gantung kat hanger.
Pernah juga merasa shopping groceries kat kedai runcit. Tak berani nak masuk Giant.
Pernah pakai kereta Kancil.
Lenjan Kancil buat sales sampai ke Tganu.
Panjat Genting pun larat tau Kancil aku tu. Tapi mengahlah 😆.
Pernah merayap One Utama hanya untuk window shopping - masuk kedai pegang-pegang sikit, selak-selak sikit, pastu keluar.
Then masuk kedai lain, pegang-pegang, selak-selak, keluar lagi.

Dia kan, kalau starting kita tak tinggi, berbelanjalah cara starting tak tinggi.
Tak payah ikut-ikut orang, tak payah nak berlawan siapa lebih hebat.
Most of the time kita je rasa orang perhatikan dan membandingkan achievement kita dengan orang lain.
Yang sebenarnya orang lain banyak lagi benda nak buat.
Dia tengok IG kita sekali lalu je.
Takde siapa kisah kat kita pun, jadi tak perlulah merasa ada kepentingan untuk spend more than we can afford hanya untuk dapat approval sekeliling.
Menang gaya je tapi hakikatnya poket tak tebal mana.
Sabar, ada duit lebih sok baru bergaya lebih.
Tengah takde duit ni buat cara sederhana.
Ada hutang kat member, bayar hutang dulu.

Hari tu masa balik dari beli baju-baju raya budak-budak, lalu depan satu tapak medan selera.
Tak sure medan selera tu masih wujud ke tak sebab kitorang lalu waktu siang.
En Wan tanya aku "Ingat lagi tempat ni Di?"

Aku cakap kat Redza "Redza tau tak, tempat ni dulu malam-malam ada warung. Papa dengan Mama dulu kalau malas nak masak, selalu makan kat sini".

Redza tak percaya mak bapak dia pernah lepak situ.
Dia ingat mak bapak dia tak layan warung agaknya.
Pastu lalu kat Seksyen 7, depan Restoran Khalifa, restoran mamak.
Aku cakap "Ni pun salah satu restoran Papa Mama selalu makan. Asal masuk sini je Nasi goreng ayam. Makan sini bila gaji dah masuk”.

Bertambah pelik Redza.
Ye lah, sebab sekarang kejap-kejap masuk mamak.
Tak lojik agaknya bila mak dia cerita dulu masuk mamak hanya bila dah gaji.

Then lalu depan Carlos.
Nama je gempak padahal restoran kat shop lot biasa je.
Dulu datang sini untuk makan kueytiaw kerang.

Dulu kalau dah dapat gaji, port kitorang samada Carlos atau Khalifa.
Bayangkan hari gaji baru dapat makan kueytiaw kerang dengan nasik goreng ayam?
Padahal kitorang sama-sama takde hutang pelajaran tapi tetap 'ikat perut' sebab waktu tu kitorang ada 2 komitmen besar iaitu bayar hutang kereta En Wan dan simpan duit nak beli rumah.

En Wan balik dari Jepun bawak balik kereta.
Tapi nak release kereta dari port kena bayar RM14K.
Kebetulan, lepas kawen, kereta tu sampai. Tak sempat nak simpan duit.
Mak Aji bagi pinjam duit salam kaut masa kawen kitorang.
Salam kaut kenduri aku hampir RM20k katanya.
Entah, tak dapat kat aku pun.
Tapi bila Mak Aji boleh bagi En Wan sampai belas-belas ribu tu, betullah agaknya.

Kalau nak ikutkan, boleh je bayar balik duit mak aku rilek-rileks.
Orang kata duit mak sendiri, bukan orang lain. Takde interest pulak tu kan.
Tapi En Wan tetap disiplinkan bayar RM980 sebulan.
Seingat aku itulah jumlah yang En Wan ketepikan every month untuk bayar kereta.
En Wan letak target setahun mesti settle hutang kereta sebab nak start fokus simpan duit untuk beli rumah pulak.

Waktu tu sewa rumah RM820. Hutang kereta (Mak Aji) RM980.
Gaji aku baru RM1600 masa tu. En Wan RM2500.
Itu gross. Kalau clean, dua orang punya gaji pun tak sampai 4K.
Tapi Allah dah kata, siapa yang niat nak bayar hutang, DIA akan permudahkan.
Tak tau lah macamana jalannya, tapi alhamdulillah setahun lepas tu memang settle hutang kereta.
Kawen 2001, settle hutang kereta 2002.
Tahun 2004 dah pindah masuk rumah sendiri.

Masa tu rumah murah lagi, baru RM250K.
Tapi walaupun rumah masih murah, gaji kitorang tak tinggi.
Pulak tu dah ada Redza. Pakai bibik pula lagi.
Ceritanya, kalau nak tunggu banyak duit memang takkan jumpa waktu yang kita banyak duit.
Yang benarnya, apa yang kita ada now, start dulu. Start small. Tak apa.

Demi nak ada rumah sendiri, bulan-bulan duit belen cuma ada RM1500 (campur 2 orang).
Itulah duit groceries, itulah duit utilities, itulah duit saving, itulah duit emergency.
Tapi saving mesti kena buat.
Aku pernah dulu simpan ASB RM10 je sebulan tapi kena beratur la.
Beria beratur macamkan nak simpan banyak, padahalll 😆.
Eh kesah pulak aku kan.
Sekarang kalau transfer online min RM100 je dia accept.
Tapi dulu RM10 pun takdehal, janji konsisten simpan.
Banyak pun namanya simpan, sikit tetap namanya simpan.
Samalah kekdahnya dengan hutang.
Kau bayar sikit pun namanya bayar, kau bayar banyak pun namanya bayar. Janji BAYAR.
Kalau nak tunggu duit banyak baru nak bayar, jawabnya memang tak bergerak la.

Zaman makan gaji dulu, aku tetap bergaya.
Tapi gaya ikut poket sendiri orang kata.
Orang beli baju, aku pun beli baju gak.
Tapi aku tak beli kat Zara. Aku beli kat Aeon je.
Orang beli kasut, aku pun beli kasut gak.
Tapi aku tak beli kat Clark, aku beli kat Vincci.
Orang makan steak, aku pun makan gak.
Tapi aku tak makan kat Victoria Station, aku makan steak warung medan selera.

Semua orang nak gaji besar supaya dapat memenuhi keperluan dan keinginan.
Takde siapa nak gaji kecik.
Tapi banyak mana pun duit yang kita ada, tetap dengar orang mengeluh itu mahal, ini mahal.
Ceritanya, banyak atau sikit tak jadi masalah.
Yang jadi masalah bila spend lebih dari sepatutnya.
Lagi tambah tak betul bila hutang tak bayar tapi duit spend ke tempat lain.

Hukum menunda pembayaran hutang adalah termasuk dosa besar.
Kalau orang yang berhutang mampu membayar hutang dan tak memiliki uzur yang dibenarkan oleh agama, bila jatuh tempoh pembayaran, dia WAJIB bayar.
Orang yang menunda pembayaran hutang berhak dicela dan dipenjarakan kerana menunda pembayaran hutang adalah salah satu bentuk kezaliman.
Zalim sebab dah mampu bayar hutang tapi sengaja melambat-lambatkan bayar.
Bayangkan ya, zakat yang merupakan rukun Islam tu pun kalah dengan hutang.
Kalau kita hanya ada satu pilihan antara zakat dan hutang, secara syar'i, kena bayar hutang dulu.
Kalau ada lebihnya baru bayar zakat.

Jangan buat mudah dengan hutang.
Dalam Islam hutang adalah perkara yang sangat serius.
Kita dihalang daripada masuk syurga terutama bila tak bayar balik hutang, samada kerana tak mampu atau tak mahu atau disebabkan masalah-masalah lain.
Sebab tu jenazah yang masih berhutang selalunya diminta berjumpa dengan waris.
Nak tunjuk betapa beratnya hutang kalau tak bayar.
Rasulullah saw pun tak mahu solatkan orang yang masih berhutang.

1. Kita wajib bayar hutang ke walaupun pemberi hutang dah meninggal?
Ya. Wajib bayar kepada pewarisnya.

2. Saya dah cari pemberi hutang tapi tak jumpa.
Wajib cari pemberi hutang dengan segala cara sampai putus asa. Zaman sekarang, penghutang ada je depan mata tapi pemiutang sampai putus asa tagih hutang 😭.

3. Dah cari sampai putus asa, tapi tidak berjumpa juga, masih kena bayar ke?
Wajib sedekahkan kepada asnaf jumlah hutang tersebut dengan cara niatkan untuk bayar hutang kepada pemberi hutang.

4. Tiba-tiba, selepas sedekah ganti bayaran hutang tersebut, datang pemberi hutang pula, kena bayar hutang lagi tak?
Wajib bayar lagi kepada pemberi hutang dan apa yang telah disedekahkan biarlah Allah kira.

5. Saya tak ingat jumlah hutang.
Ambil jumlah yang diyakini.

Apa pun alasan dan masalah, hutang kena bayar.
Tak kiralah hutang bank, hutang pelajaran, atau hutang dengan manusia.
Takyah sibuklah kira berapa banyak bank dapat untung dari loan kita.
Time apply hari tu kau tak pikir pun pasal untung bank.
Time nak bayar pulak sibuk nak kira.
Kalau dah berhutang tu bayar je.