Tahun ni Redza umur 18 tahun.
Masa aku umur 18 tahun, aku dah start bercinta!
Ya ampunnn, kenapa dulu aku tak rasa pun aku gatal budak-budak lagi dah bercinta?
Kenapa bila anak aku dah cecah 18 tahun aku jadi takut kalau dia jatuh cinta?
Selalu aku cakap kat En Wan takutnya kalau esok Redza sambung blaja, tau-tau dah bercinta.
En Wan selalu marah aku "Biarlah dia dah besar. Sampai bila nak duduk celah kita je?"
Ya, aku tahu tu.
Aku tahu anak-anak ni macamanapun esok akan terpisah dari kita juga.
Kalau tak dia yang keluar rumah selepas kawen, maybe terpisah bila kita mak bapak mati dulu.
Cuma, entahlah. Masa aku 18 tahun rasa happy bebas dari rumah, sambung blaja jauh-jauh dari mak bapak. Lagi jauh lagi best.
Bila tang anak sendiri, nampak dorang macam masih kecil lagi di mata kita *nangis*.
Macam apesal kejap sangat korang membesar ni?
Aku dulu nak tunggu besar jenuhnya menunggu. Lama betul rasa 😆.
Aku bercinta buat pertama kalinya masa umur 18 tahun, kat matrik.
Umur-umur Redza ni lah.
Gatal pulak rasanya baru umur 18 dah bercinta.
Tapi lagi gatal korang, kan.
Kat sekolah lagi dah bercinta. Hahahaha.
Kadang aku terfikir what if one day, Redza bagitau aku dia tengah couple dengan sorang budak perempuan kat U?
Atau tup-tup je dia bawak balik awek dia ke rumah jumpakan dengan aku like what I did masa bercinta dengan ex aku dulu?
Tapi kan, segarang-garang Mak Aji, bila aku tunjuk kat dia gambar ex aku (masa tu bf lah), Mak Aji senyum je.
Tanya aku budak ni orang mana, dulu belajar kat mana, mak bapak kerja apa.
Sikit dia tak marah. Pelik pulak aku.
Maybe sebab Mak Aji berkerja di universiti.
Dia biasa nampak dah budak-budak U bercouple.
Maybe dia rasa ini adalah waktu yang normal untuk bercinta.
Ataupun Mak Aji tak marah kerana bersyukur anak dia laku gak. Kahkahkah.
Dulu masa aku kenal cinta, excited sangat.
Excited nak share the happy news dengan Mak Aji.
Aku tak sure apa sebenarnya isi hati mak aku bila aku cakap aku couple dengan budak ni.
Now, membayangkan yang one day Redza akan kenalkan aku dengan awek dia, dah buatkan aku sebak.
Sejak Redza ada kat rumah, aku ambik peluang share dengan dia apa saja video, atau artikel atau quote berkenaan life, especially tentang love.
Macam-macam aku pesan.
"Kalau takde niat nak jadikan anak orang as isteri, jangan dekat".
"Jangan mengorat anak orang kalau hanya suka-suka. Kita tak tahu masa bila kita tergelincir"
"Kalau berkenan kat mana-mana girl, peratikan dulu lifestyle dia. Tengok mampu ke tak kau nak provide apa yang mak bapak dia provide. Kalau tak boleh bagi at least apa yang mak bapak dia bagi, toksah dekat. Menyusahkan anak orang je nanti"
Tapi yang paling aku pesan "Tanya dulu nama bapak dia siapa".
Kahkahkah.
Masa aku jumpa En Wan pertama kali pun aku angkut mak bapak aku sekali.
Niat aku cuma nak mak bapak aku sama-sama jumpa En Wan pada hari pertama aku jumpa.
Biar mak bapak aku perati-peratikan gerak geri En Wan supaya kisah cinta tragis lama tak berulang.
Niat aku masa tu, taknak sorok apa-apa dari parents.
Tapi, aku tak sure apa ada dalam hati mak bapak aku.
Adakah dorang gembira?
Atau adakah dorang sedih macam apa aku rasa sekarang?
Walau macamana pun, aku tetap always doa anak-anak aku bertemu jodoh yang baik-baik.
Tak adil pula rasanya nak halang dorang dari bercinta, kan.
Sebab umur-umur macam ni biasa la tu bila dah mula ada perasaan dengan opposite jantina.
Wow, pernah panggil aku Baby rupanya.
Entah bila, aku pun dah lupa.
Nampak nau panggilan tu dah tak wujud sekarang. Kahkahkah.
Surat-surat lama zaman bercinta dengan En Wan ni masih disimpan walau dah almost 24 tahun.
Dulu time bercinta, tido pun letak surat bawah bantal.
Sampai naik bacin surat tu berkepam bawah bantal.
Bangun tido cium surat, nak tido cium surat, nak pi kelas pun cakap kat surat "Di pegi class dulu ya".
Eh bangang pulak rasa.
Time tu kalau rindu menerjah, aku tekapkan surat rapat-rapat kat dada.
Kalau boleh buar tembus ke dalam tetek.
Biar betul-betul dekat kat hati kekdahnya.
Kadang kalau rindu teramat-amat, bawak sekeping surat ni masuk dalam bag.
Peneman pegi kelas gitu.
Ya Allah menggeletis sungguh perangai kau, kan.
Now terperuk dalam kotak sumbat atas lemari semua surat ni. Dok kau situ diam-diam.
Tu diaaaa, engagement anniversary pun dia ingat.
Siap hantar flower delivery dari Jepun lagi.
Masa aku kerja kat MOSTI ni kejap-kejap aku dapat bunga.
Sampai jaki je akak-akak andartu tengok aku.
Mesti dia kata "Biasa-biasa je muka budak ni. Lekat jugak boifren eh?"
Begitulah sangkaan ku, sekadar berburuk sangka. Hahaha.
Biasalah, benda belum dapat memang menebal kasih-sayangnya.
Tak cukup dengan bunga, hantar teddy bear. Hantar bracelet. Hantar lingerie.
Helok pulak tu muat tetek aku dengan saiz yang dia hantar.
Hantar duit pun pernah oi.
Belum kawen lagi dia dah bagi aku RM500, pernah bagi RM1000 dengan pesanan "Nah, untuk shopping shopping".
Sekarang, aku ajak masuk Xixili beli coli, dia boleh kata "Takyah pakailah, membazir".
Aku peratiiiii je dia ni.
Ini pun simpan, guyssss.
Masa exbf aku buat perangai, aku terpaksa mintak tolong kawan aku Muniratulazni untuk jadi posmen sebab dia asyik hack email aku.
Hari-hari dia check email aku untuk tapis email-email dari En Wan.
Jadi, En Wan hantar email to Muni untuk di pass kepada aku.
Everyday Muni akan print email ni untuk aku.
Memang tebal lah muka aku.
Kalau En Wan tulis benda-benda censored pun, secara lojiknya Muni akan tau dulu.
Tapi Muni profesional. Dia klik and print terus. Tak baca pun.
Dia kata lah 😆.
Seksa betul nak bercinta sampai kena pakai third party sebagai perantara.
Padahal masa ni dah break untuk kali ke berapa kali ntah.
Aku sendiri jadi konfius, bukan ke aku dah break dengan dia?
Apesal aku macam masih connected dengan dia lagi?
Haaa...gitulah agaknya apa yang JD alami bila Amber buat perangai kejap break kejap belum.
KD juga mengalaminya. Gitewww.
Tulisan En Wan. Buruk, kan?
Kalau zaman aku skolah dulu, tulisan-tulisan buruk macam ni semuanya hasil tangan stok-stok student yang memberuk kat belakang kelas.
Aku rasa dia ni salah sorang la 😆.
Masa ni belum bercinta lagi. Masih pen-pal lagi.
Masih baru nak kenal-kenal tapi dia dah spent belikan aku jam sempena birthday.
Pos dari Jepun lagi.
Tapi takde rezeki jam tu aku nak dapat sebab hilang tak sampai-sampai.
Tak tahulah hilang ke, atau kena sorok sebab masa ni rajin makhluk tu check pigeon hole untuk buang surat-surat aku.
En Wan pesan kat Redza, nak bagi hadiah kat girlfren jangan pakai duit pelajaran.
Cari kerja, pakai duit dari hasil kerja.
Duit belajar jangan sentuh.
Sebab itulah cara En Wan buat dulu dia kata.
Dia tak sentuh duit study.
Tak macam aku, duit MARA spent beli macam-macam kat ex. Bodoh.
Halah halahhhh lomentiknya beliau.
Gantikan jam yang tak sampai tu dengan penanda buku yang dia punya sendiri.
Macam pengganti diri la konon.
Macam "aku bagi kau barang yang ada sentuhan aku". Gitewww.
Boleh tahan cara dia ni.
Ntah mana hilangnya penanda buku tu.
Ada baru-baru ni aku nampak kat bilik Rayyan.
Bukan penanda buku dari kertas, tapi dari pewter.
Kemain kat surat siap mention "2.30am".
Nak membuktikan dia bersengkang mata tido lewat balas surat aku lettewwww.
Sekarang toksah kata 2.30 pagi, pukul 11 malam dah terabak-rabak mulut dia menguap.
Siap suruh aku tutup lampu kalau aku still nak continue membaca.
Dia nak tido katanya.
Konfius betul aku. Mamat mana sebenarnya yang bercinta dengan aku kat Jepun dulu?
Selain dari dikelilingi oleh kawan-kawan yang willing untuk jadi pelindung, posmen, tukang larikan aku, tukang sorok, aku juga dianugerahkan oleh adik pompuan yang boleh jadi tukang belikan kad birthday merangkap tolong tulis and pos sekali kad tu.
Lengkap pakej dia bagi.
Ni semua sebab takut ex aku dapat detect aku beli kad birthday untuk En Wan.
Macamana dia nak detect aku tak tau.
Yang aku tau, dia boleh buat apa yang aku tak terfikir.
Jadi, aku harus ada plan lain untuk mengelakkan dari dia tahu.
Nasib baik family aku semua dah tahu situasi aku masa tu, jadi adik aku tak kisah kena buat semua ni untuk aku.
Aku di Kuching, Ima di Bangi.
Tetapppp kad birthday sampai ke Jepun on time. Syabasss!
Surat-surat dari aku kepada En Wan berwarna warni dan bermacam style.
Nampak sangat perempuan kalau bercinta, dia punya effort memang extra.
Sanggup ni kelebet sampul berejam-jam semata-mata nak bagi cantik and look outstanding.
Everytime nak tulis surat, aku always membayangkan yang surat aku ada satu trademark.
Biar dari dalam bakul posmen lagi dia dah nampak "Ok, style sampul macam tu, konfem dari awek aku". Gitu.
Tak tau apesal aku masih membayangkan posmen Jepun hantar surat naik basikal.
Banyak tengok cerita Oshin aku ni.
Baideway, sampul harus bercolor-color, ya.
Barulah dia tak boring and excited nak baca.
Tak cukup ngan sampul bercolor, bubuh pulak sticker love love, star star bagai.
Kalau tak setia gak tak tau la.
Beria aku prepare envelope yang berwarna-warni.
Sanggup ni menapak dari SIRIM ke Kompleks PKNS (masa ni praktikal) semata-mata nak beli envelope kaler.
Dalam lab sementara tunggu DNA aku siap, tulis surat dulu.
Memanfaatkan masa betul aku.
Tapi tulah, gini je dia balas.
Envelope yang standard, putih and cekelat.
Most guys macam ni lah agaknya, kan.
Janji envelope dia kata. Yang penting surat sampai.
Masa ni terpaksa pakai nama pelsu.
Supaya surat masuk ke pigeon hole huruf W, bukan D.
Tapi lama-lama ex aku dapat detect juga.
Sejenis gigih check pigeon hole satu-satu nak trace stem dari Jepun. Takut, kan?
Tu yang lepas tu guna email Muni je tu.
Nampak tak satu perbezaaan antara surat aku kepada En Wan dengan surat En Wan kepada aku?
Surat aku kepada En Wan dibuka dengan penuh hati-hati.
Siap pakai pembukak envelope.
Punyalah tertib En Wan ni.
Membawak sampai ke sekarang dia punya perangai nak perfect tu.
Tapi bini dia bukak surat macam gorilla jumpa pisang tanduk.
Main siat rabakkan aje.
Kesah pulak aku nak bukak selow-selow.
Envelope kau pun murah je. Cuba bagi envelope color-color, mesti aku bukak dengan penuh keayuan.
Ok dah la mengimbau. Aku nak masak.