2022-05-30
Berebut makan KFC.
Semalam aku nampak orang share post FB orang ramai berebut nak ambil KFC dari penganjur satu majlis raya.
Tak sure majlis di mana.
Macam-macam netizen komen.
Ada yang kata ini sikap orang Malaysia, suka barang free.
Ada yang kata agaknya dorang ni orang susah.
Nak tergelak pulak aku baca.
Asal berebut macam tak cukup makan, semua dibantainya orang susah.
Ingat Malaysia ni macam mangsa kebuluran kat Afrika tu ke sampai nak berebut-rebut makanan.
Ini isu sikap. Bukan kerana susah. Kerana sikap.
Benda free katakan.
Aku masa kecik dulu pun orang susah. Tapi tak kebulur pun.
Takdelah sampai nak berebut makanan.
Datang majlis kawan yang have-have pun takde nak menggelapu sauk makanan sana sini macam tak cukup makan.
Situasi macam ni senang jumpa kat hotel theme park.
Kau tengoklah nanti masa buffet breakfast.
Kebanyakannya macam tak pernah jumpa makanan.
Berebut satu hal, ambik makanan sebanyak-banyak ada satu hal lagi.
Makanan berselipat kat tepi kaunter dengan lantai pun satu perangai lagi.
Ini semua SIKAP.
Dulu jarang dapat makan KFC.
Nak makan KFC kena bersebab.
Kalau exam tak dapat nombor 1,2 atau 3, jangan haraplah Mak Aji atau Pak Aji nak belikan kitorang adik-beradik KFC.
Dapat tengok iklan KFC je lah.
Betapa KFC tu satu meal yang luxury 35 tahun dulu.
Seingat aku, dulu di KFC makan dalam plate.
Siap bagi pisau ngan garfu.
Tak main la sudu plestik ni. Sudu besi, ok?
Ko bayangkan makan KFC dengan pisau and garfu.
Hazab aku nak settlekan seketul peha.
Tu nasib baik kalau dapat peha. Kalau dapat wings? Jenuh aku nak korek isi.
Penyudahnya ayam bersepai, aku tak kenyang-kenyang.
Belum lagi dengan bunyi pisau garfu berlaga-laga.
Kejap-kejap Mak Aji menjeling pandang aku.
Asal terbunyi sikit je, menjeling kat aku.
Stress gila makan KFC.
Tak berbaloi betul rasanya dapat nombor 1 tapi makan dalam keadaan stress 😆.
Tapi itulah hakikatnya.
Padahal KFC takde lah mahal mana pun dulu.
Tapi sebab bukan dari keluarga senang, jadi terasa mahallah juga.
Sebab tulah nak makan KFC pun kena bersebab.
Masa KFC baru buka kat Kajang, everytime Pak Aji cakap nak pi Kajang, kitorang mesti nak ikut dengan harapan dapat makan KFC.
Walaupun tahu dah potensi nak dapat makan KFC tu veruy unlikely, tapi manalah tau khennnn.
Mana tau Pak Aji ngan Mak Aji tiba-tiba kesian tengok muka anak-anak selenga semacam, untung-untung dapat makan KFC.
Dapat tak dapat belakang cerita, janji usaha ikut.
Parking kereta dah cun dah betul-betul depan pintu KFC, tapi rupanya melintas depan kedai KFC je.
Rupanya mak bapak aku nak gi Great Wall ambik belanja barang-barang dapur.
Aku dengan Ima sengaja je jalan slow-slow depan KFC sebab nak ambik bau KFC, jadiklahhhh.
Sekarang, Redza and Rayyan sampai tak lalu dah bila aku bawak balik KFC.
Dorang dah sampai level muak.
Mak dorang ni je belum pernah bosan lagi dengan KFC.
Aku boleh makan KFC hari-hari. Belum boring.
Harap-harap takkan boring. Sebab KFC sangat sedap.
Dulu everytime dapat result exam yang bagus, aku adik-beradik jarang nak mintak hadiah selain dari makanan.
Kalau hadiah tu, sorang je dapat.
Tapi kalau makanan, sama-sama boleh dapat.
Mak bapak aku takkan sampai hati nak bawak aku sorang makan KFC ye tak?
Mestilah angkut adik-adik aku sama. Jadi sama-sama dapat makan.
Dulu aku dengan Ima seronok kalau salah sorang excel dalam exam.
Tau dah malam tu mesti dapat makan best punya.
Tak KFC, satey Kajang. Heaven!
Dulu KFC je lah fast food yang ada.
Itu pun kat Kajang.
Bandar Baru Bangi apa je lah yang ada kat situ. Jin bertendang ada la.
Bila pegi KL nampak McD and AnW, masing-masing memandang dengan penuh rasa kagum.
Everytime tengok orang masuk AnW, aku selalu rasa orang tu kaya.
Makan dalam kedai beraircond kot, haruslah orang have-have je mampu.
Ada satu kali tu dapat masuk AnW.
Masing-masing baru dapat duit raya, kitorang cakap takpelah, kitorang belanja mama papa makan. Gituuu.
Bila dah masuk, tak tau nak order apa 😆.
Nak order hotdog, tak reti makan.
Nak menyebut pun tak lepas.
Nak order burger, takut tak sedap.
Karang tak habus kena luku dek Mak Aji pulak.
Terbayang-bayang suara Mak Aji "Nak sangat masuk, kan? Nak sangat makan, kan? Kau makan sampai habis. Tak habis, siap!"
Apa ntah aku order, tapi makanan yang selamatlah. Ayam kot.
Tengah-tengah makan nampak orang sebelah makan hotdog, eh macam sedap pulak.
Nampak orang makan waffle with ice cream, melopong tengok.
Aku jadi sangat jakun.
Apa benda orang tu makan?
Naluri budak-budak ada rasa ingin tau yang tinggi.
Lalu aku tanya Ima "Dia makan apa tu?"
Tak sempat Ima nak jawab, aku dah kena tengking dek Mak Aji ""Macam tak penah makan!".
Lah, memang tak pernah makan pun tu pasal aku tanya 😆.
Maybe Mak Aji malu bila anak dia macam peghak masuk AnW semua benda tak pernah makan, tu pasal aku kena tengking.
Now, AnW tu dah macam tempat wajib masuk everytime aku balik Terengganu.
Kalau AnW Batu Burok tu ada sistem point, banyak dah point aku agaknya.
Tapi sampai sekarang masih tak reti makan burger AnW.
Makan hotdog pun mintak yang classic with no ketchup.
Buta-buta roti and sosej je.
Kalau order Spicy McChicken Mc Donald, aku mintak yang no sayur and no mayo.
Hanya roti and ayam saja.
Masa aku Form 2 aku dapat nombor 1.
Excited balik nak bagitau Mak Aji aku dapat nombor 1.
Sebab tak pernah dapat nombor 1 selama ni.
Tahun tu aku paling terer. Hahaha.
Aku expect dapatlah hadiah yang best sikit.
Masa tu kan dah remaja.
Nampak kawan-kawan pegi latihan sukan pakai sport shoe, bawak walkman, teringin gak nak ada satu.
Tapi jauh sangatlah mimpi aku nak dapat walkman tu.
Aku cuma dapat makan satey Haji Samuri je malam tu.
Itulah hadiah sempena dapat nombor 1.
Masa tu aku terfikir, kalaulah hadiah nombor 1 hanya dapat makan satey, nombor berapa lagi aku nak kena pulun untuk aku dapat walkman?
Maka, itulah nombor 1 terakhir dalam hidup aku.
Aku dah malas kejar nombor dah pastu.
Aku santai-santai je sudeyyy 😆.
Aku start bermaharajalela dengan KFC di zaman matrik.
Dah pegang duit sendiri katakan (duit MARA), terasa diri kaya kejap.
Asal duit masuk je, KFC. Asal ada duit je, KFC. Asal KFC je, maknanya aku ada duit.
Memang aku ni kejenya makan je.
'Asuhan' sejak kecik tak disogokkan dengan hadiah-hadiah, membuatkan sampai dah ke tua ni pun tak kisah tak dapat hadiah untuk tarikh-tarikh penting.
Bawa je aku pi makan, settle.