2020-12-12

Success


Kadang-kadang nampak some seller/business owner dikondem, ujung-ujung masing-masing bawak keluar gamba shopping barang kemas siap tunjuk resit, bawak keluar gamba dengan kereta besor, bawak keluar koleksi handbag, etc...as if "kau cakapla apa pun, yang penting aku success".

Selalunya gitulah kita, manusia.
Bila ditanya apa itu success, rata-rata akan mengaitkan dengan pencapaian dari segi duit atau harta.
Tetapi sebenarnya tak pelik pun kerana kita dah terpengaruh oleh pelbagai media, baik media cetak atau massa (terutama filem dan drama melayu pukul 7), di mana orang yang success always digambarkan sebagai popular, ada sederet kereta mewah, rumah bak istana, material peribadi berjenama, dan duit yang tak terhitung banyaknya!

Itulah maksud success di zaman materialistik ni.

Look.
Kalau success diukur dari banyaknya duit, bermakna orang yang duitnya sikit tidak dikatakan success.

Kalau success diukur dari rumah mewah dan besar, bermakna orang yang rumahnya kecil bukan orang yang success.

Kalau success diukur dari pasangan hidup yang cantik atau kacak, bermakna mereka yang beristerikan wanita kurang cantik atau suami kurang kacak dikatakan tidak success.

Kalau success diukur dari ada jenis dan bilangan kereta, bermakna orang yang tak ada kereta, tapi keluar ke mana-mana naik helikopter dan jet pribadi masih tak boleh dikatakan success. Pelik, kan?

Makna sukses bagi setiap orang of course, berbeza dengan yang lain.
Masalahnya, kebanyakan dari kita mengukur ke-success-an itu dari penilaian dan keinginan orang lain.
Akibatnya kita sendiri tak tahu apa success yang sebenarnya untuk diri sendiri. Sekadar ikut-ikut orang.
Orang success beli barang A, maka kita pun beli barang A kerana ada A baru dianggap success.
Orang success pergi negara B, selagi tak sampai ke negara B, tak boleh dianggap hebat.
Orang success harus ada C, kalau kita tak ada C, tak masuk geng success.

Anak yang menjadi doktor kerana keinginan mak bapaknya.
Mak bapak sangat bangga kerana anaknya berjaya jadi doktor.
Lumrah, mak bapak membanggakan anak pada orang lain.
Tapi anak itu sendiri tak suka jadi doktor, bahkan benci jadi doktor.
Semua itu dia lakukan kerana desakan mak balak.

The question is, apakah itu boleh dikatakan sebagai success?
Yes, successs bagi mak bapaknya, tapi gagal bagi anak itu.
Inilah yang disebut keberhasilan dan ke-success-an yang palsu. Pencapaian yang hampa!

Kita pula macamana?
Apa maksud success bagi diri kita sendiri?

Apakah success adalah apa yang kita rasakan ketika mencapai/mendapat sesuatu?

Atau adakah success adalah bila kita juga memiliki apa yang orang lain miliki?

Atau adakah bila kita mencapai sesuatu yang tidak ramai orang capai baru boleh dikatakan success?

Bolehkah semua itu membuatkan kita merasa bangga, bahagia atau sebaliknya tidak merasakan apa-apa pun, merasa biasa-biasa saja bahkan tak happy sama sekali?

Kalau kita merasa bangga, bahagia dan tenang, itu bermaksud kita meraih apa yang benar-benar kita inginkan dari lubuk hari kita yang paling dalam.
Kalau kita merasakan sebaliknya, boleh jadi semua itu kerana desakan dan keinginan dari pihak luar yang menjadikan kita seperti itu.

Ingat, success bukanlah berpaksikan apa orang lain anggap dan nilaikan, tetapi apa yang kita rasakan.
Hidup ini adalah hidup kita dan success adalah success kita.
Tak ada yang berhak masuk campur menentukan bagaimana seharusnya boleh dikatakan success.
Untuk apa dianggap success bagi orang lain, tapi hakikatnya gagal membahagiakan diri sendiri?

Baru-baru ni terbaca seorang businesswoman yang tak boleh terima bila netizen kata packagingnya teruk - tanpa kotak and bubble wrap.
Betul-betul macam nak buat COD sebelah rumah padahal nak deliver merentas negeri.
Bila produk pecah dia salahkan transport yang buat delivery.
Panas kena kondem dengan netizen, ujung-ujung tunjuk segala barang mewah yang ada siap tayang resit, as if “kau cakaplah apa pun, yang penting aku orang berjaya”.

To me, itu tanda hati yang tak tenang, tak content, tak bahagia.
Untuk apa nak buat orang lain kagum dengan apa yang kita miliki?
Boleh jadi apa yang kita sangka lambang success tu hanya secebis dari kejayaan yang dah lama dikecapi oleh orang lain.
Nanti kena gelak dek orang je "Laaa baru ada ni dah proud?".
Hilangkan nak bangga, malu yang dapat.

Maybe you have heard this thousand times already - have your own dreams before stepping into success.
It's true that success bermula dari impian.
Semua pencapaian dan hal-hal yang luar biasa di dunia ini bermula dari impian.
Tetapi kalau impian itu datang dari apa yang orang lain inginkan, bermakna kita tak pernah menjalani hidup dengan sebaik-baiknya.
Maka, milikilah versi success kita sendiri.
Tak semua yang diraih oleh orang lain perlu kita sama-sama dapatkan.
Tak semua success yang dicapai oleh orang lain relevan untuk kita perjuangkan.


2020-12-07

Mudah sangat percaya mulut manis


Hari tu aku up cerita ni kat FB : INI.
Ada 2 cerita yang aku boleh relate kat sini, satu antara aku dengan En Wan (yang dah pun aku tulis kat post atas tu), another one antara aku dengan exbf (pun dah banyak kali aku cerita kat blog ni).
Kalau tahu kisah aku dengan exbf, mungkin boleh baca post FB aku tu pulak supaya korang faham apa yang aku nak sampaikan ni.

Tentang bagaimana perempuan mudah nak percaya cakap lelaki.
Dalam kes ni, aku bercakap tentang diri aku lah.
Dulu dengan exbf, walau dah berkali-kali kena tipu, kena manipulate, dan aku juga tahu dia sedang mempergunakan aku, tapi aku tetap stay.
Yang dengan En Wan pulak, walau dia janji nak balik Malaysia, tetapi akhirnya selepas bertunang sampailah nak kawen dia tak muncul-muncul, that was 1 tahun 8 bulan kesemuanya, tapi aku tetap tunggu, malah percaya pulak tu dia akan tunaikan janji.

Dengan exbf, aku bodoh sebab dah terang bersuluh dia tipu aku, dia abuse aku, aku tetap stay.
Dengan En Wan, dia berjanji-janji manis suruh aku tunggu dia, janji nak balik tak balik, janji nak tulis surat tak tulis, janji nak call hari-hari, liat.
Yang pelik, aku percaya pada kedua-duanya.
Sometimes bila terjadi kes-kes wanita terpedaya oleh lelaki, buatkan aku terfikir, betul ke terpedaya? Ataupun kau memperdayakan diri sendiri?

Macam kisah aku tu, kalau ikut lojik akal, boleh je aku angkat kaki blah. Blah dari kedua-duanya.
Sebab bukan sikit-sikit janji-janji manis dorang ni, tapi kenapa aku masih stay? Kenapa aku masih percaya?
Tak lain tak bukan jawapannya adalah 'KERANA AKU CINTA'.

Sebab apa aku cakap macam tu?
Masa aku kerja kat Sime Darby dulu, ada a few mamat yang nak tackle aku - yang sama-sama kerja, yang jumpa everyday dalam komuter, yang kenal kat YM, kat kenal kat chat.
Kawan aku Rozana pernah jadi saksi some of this mamat-mamat cuba nak mengorat aku.
Yang siap hantar bunga, yang tau-tau terpacul kat ofis, kat stesen komuter, etc.
Tapi pelik, aku tak termakan pun dengan kata-kata manis dorang, let alone dengan janji-janji dorang semua.
Padahal dorang pun guna ayat manis gak.
Masing-masing pun try hard gak. But why aku tak 'terpedaya'?

Kerana, aku TAK MINAT.

Buatkan aku terfikir, some perempuan always kata "saya diperdayakan oleh dia".
To me, kalau kau tak melayan, kalau kau tak mendekat, perkara-perkara ni takkan jadi.
Bila kepada lelaki lain kau tak layan, tapi pada lelaki yang itu kau 'diperdaya', salah satu puncanya adalah kerana KAU JUGA SUKA DIA.

Kisah aku dengan exbf, walaupun dia saiko, tapi yang buatkan kisah tu drag lama adalah sebab aku willing to stay.
Walaupun reason aku stay adalah sebab nak kawal keadaan, tapi salah satu sebab kisah ni drag adalah berpunca dari sikap aku juga.
Aku pilih untuk stay kerana nak balancekan impak supaya keadaan tak kecoh dan tak huru-hara.
Bukan kawan-kawan aku tak pernah nasihatkan aku tinggalkan dia. Selalu.
Dorang bagi aku semangat untuk tinggalkan dia, tapi aku yang PILIH untuk stay.
Walaupun aku buat decision tu untuk kebaikan ramai pihak, intipatinya aku yang pilih untuk stay.
Aku pilih untuk terus bersama dan diperdayakan berkali-kali.

Kisah aku dengan En Wan pulak, setahun 8 bulan aku tunggu En Wan yang tak balik-balik.
Dia janji "Abang akan balik".

Dari sebulan ke sebulan....tak muncul-muncul.
Email dah makin kurang. 
Surat apetah lagi.
Phone call dah kurang. Kalau ada pun, 3 minit setiap kali call.
Kalau ikut lojik akal, kau nak tunggu apa laki macam ni.
Berpegang pada janji dia je semata-mata.

Masa bercinta bukan main lagi, aku bagi notis 2 minggu suruh dia balik, terus dia balik.
Hari-hari ada je masa call, hantar email, siap merata cari aku kat chatroom kalau tak nampak aku online.
Sanggup dia cari chatters yang sama IP dengan aku untuk 'sampaikan salam'. Gigihnya beliau!

Hadiah jangan cakap la, hantar jam loceng seolah-olah "Wan yang kejutkan Di pagi-pagi".
Halah halahhhhh romantiknya beliau. Sekarang, selagi aku tak sergah, tak reti bangun.

Lepas tu hantar aku teddy bear, biar aku peluk dialah kononnya malam-malam.
Sekarang sibuk nak berebut bolster dengan aku.

Dulu siap pos set bra and panties dari Jepun. Pandai pulak tu beli, helok je terletak sizenya.
Sekarang, dah tak reti. Nak kena bawak bra contoh punyalah tak reti dah size bininya.

Elok je lepas bertunang dia terus tak balik Malaysia selama SETAHUN LAPAN BULAN.
Apa kau rasa bila tunang kau tak balik-balik?
Yang kau ni menunggulah beliau berbekalkan cincin tunang di jari and janji-janji manis.

"Tunggu abang. Abang balik nanti kita terus kawen". 

Padahal banyak dah janji-janji dia tabur sepanjang dia tak balik Malaysia tu, tapi setiap kali ada janji manis baru, aku percaya dan 'terpedaya'.
Setiap kali aku stress, itulah janji yang diulang.
Aku pi fitting baju pengantin sendiri.
Aku tempah kad kawen.
Aku collect sendiri kad kawen (kawan aku Rozana temankan).
Aku buat persiapan sendiri.
Aku rasa kawan aku pun sebenarnya nak cakap "Kau percaya ke dia balik kawen?", tapi mungkin dia tak sampai hati.

Tipulah kalau aku cakap aku masih ada mood nak kawen waktu tu.
Ikut hati, rasa letih dah dengan janji-janji lelaki.
Memang dry dah waktu tu. 
Kalau aku tinggalkan dia memang patut pun.
Tapi, tak. Aku tunggu. Aku percaya janji-janji dia.
Kalaulah masa tu ditakdirkan dia tinggalkan aku, atau tiba-tiba bawak balik awek baru and kawen orang lain, aku tak pasti kalau statement aku "aku diperdayakan" masih valid.
Kerana aku yang WILLING untuk tunggu dan percayakan dia sedangkan aku boleh pilih untuk angkat kaki.

Dalam kebanyakkan masa, kita (wanita) sebenarnya tidak diperdaya, tapi kita yang memilih untuk percaya.

Kita setia? 
Ya, boleh jadi.

Kita bodoh?
Pun boleh jadi jugak.

Kita letakkan harapan yang tinggi? 
Selalunya inilah puncanya.

Yang betulnya, kita pilih untuk percaya kata-kata dia kerana kita suka dia.
Kita terima pelawaan dia kerana kita suka dia.
Kita ikut dia ke mana-mana kerana kita suka dia.

Aku dah pernah terkena dengan exbf yang menipu aku hidup-hidup.
Boleh je kalau aku nak serik dengan En Wan bila dia start bagi janji-janji manis.
Alangkan yang depan mata pun boleh buat perangai, lagikan yang jauh di mata, kan?
Tapi tulah yang aku cakap tadi, AKU PILIH untuk tunggu dia.
AKU PILIH untuk percaya.
Sebab? 
Sebab AKU SUKA DIA.

Boleh faham tak maksud aku? 

Bila kau dah suka, kau mudah percayakan orang.

Bila kau dah suka, anggapan kau pada orang tu semua yang best-best je.

Bia kau dah suka, apa orang tu buat semua bagus di mata kau.

Bila kau dah suka, kau bagi orang tu apa yang kau ada.

Kau berharap dia pun bagi respond yang sama.
Dia bagi attention yang sama.
Malangnya dia tak begitu.
Lalu kau pun frust. 
Bila frust, kau stress. 
Lepas tu kau tertekan.
Lepas tu kau cari salah orang tu kat mana. 
Yang salah kau, letak mana?


2020-12-03

Diskaun dengan Allah

2 hari lepas aku post gambar aku ke umrah.
Aku tulis patutnya bulan ini aku sekeluarga plan ke umrah.
Memang dah plan akan bawa Redza and Rayyan lagi sekali, sebelum Redza SPM tahun depan.
Apakan daya, takde rezeki nampaknya tahun ni.
Boleh jadi Allah suruh taubat banyak-banyak dulu.

Then aku dapat DM ni.

Sebenarnya, ikut pemerhatian dan pengalaman aku, ustaz-ustaz memang "kasar" bab menegur pasal ibadat. 
Actually bukan kasar mana pun, cuma pedih sikitlah bila mendengar tu.
Masa blaja basic dulu dia memang berlembut, tapi bila dah tengah-tengah tu memang panas sikit kalau kena sound.
Tidaklah kasar, cuma pedih tu ada.

Umpama cikgu-cikgu kita di sekolah, awal-awal tahun cikgu blom garang lagi.
Dah tengah-tengah tu, especially nak dekat exam, yang kau masih tak faham-faham lagi perkara yang sepatutnya kau dah master, haaa memang memintak namanya.
Umpamanya begitulah.

Berbalik pada soalan tadi, aku pun bukannya ahli dalam perkara ni.
Setakat nak share apa aku belajar tu bolehlah sikit-sikit.
Kalau penjelasan aku tak mencukupi, boleh try tanya yang lebih arif.

Nombor satu
"Dan musibah apapun yang menimpa kamu adalah kerana perbuatan kamu sendiri" [Asy Syuura 30].
Ok ini petikan Quran.

Nombor dua
Cerita yang sahih, tapi aku lupa riwayat mana, boleh semak kalau rajin.
Tentang seorang lekai yang mengadu pada Hasan Al-Basri dia susah nak bangun solat malam (Tahajjud), lalu Hasan jawab "Kerana dosa-dosamu mengikatmu".

Dua contoh ni bukti bahawa terhalangnya kita dari melakukan ibadah adalah kerana dosa-dosa.
Tak dinafikan ada penyebab-penyebab lain, contohnya terhalang dari melakukan umrah kerana Covid-19, atau kerana sakit, atau kerana tak berkemampuan financially.
Tetapi sebagai hamba, kita kena akui boleh jadi ada dosa kita yang masih belum kita minta ampun yang menjadikan kita terhalang ke tanah suci. 

Bagi aku, itu adalah "teguran berhemah" dari Allah.
Kalau orang tanya "Apesal tak jadi ke umrah?", at least kita boleh jawab "Anak aku sakit, nak pakai banyak duit", atau "Cuti aku tak lulus".

Walaupun kita kecewa tak dapat ke umrah, tapi jauh di sudut hati kita rasa lega sekurang-kurangnya ada alasan yang konkrit untuk justify kenapa kita tak dapat ke umrah, betul tak?
Kerana berapa kerat yang sanggup cakap "Dosa aku banyak, Allah suruh aku taubat dulu agaknya".
Manusia memang berat untuk akui dia banyak dosa.
Fitrah manusia memang suka memenangkan diri sendiri, termasuklah aku.
Memang Allah itu Maha Penyayang, dan sifat penyayang itulah Allah pause kejap kita ke umrah supaya kita boleh mempersiapkan diri dengan ilmu yang lebih, dengan taubat yang lebih, sebelum ke sana.
Takkanlah 3 kali ke umrah kita masih nak bawa amal solat yang hanya gitu-gitu, hafazan yang sama tak tambah-tambah, sedekah yang masih sama sejak sebelum umrah yang dulu.
Inilah sebenarnya peluang kita bermuhasabah.
Allah nak our next visit ke rumahNya, kita tak sama macam visit yang lepas. 
Supaya kita datang ke sana dalam keadaan yang jauh lebih baik.

Bak kata seorang ustaz "Dulu bila ditanya kenapa tak nak belajar agama, jawabnya tak ada masa sibuk kerja"

"Bila ditanya kenapa tak solat malam, jawabnya penat menguruskan hal kerja dan rumahtangga seharian".

"Bila ditanya kenapa susah nak mengaji, jawabnya tak jumpa masa terluang"

Nah! Allah bagi penyakit yang beberapa bulan dulu kita semua tak dibenarkan berkerja.
Terlampau banyak masa Allah bagi.
Tetapi, ada tambah hafazan kita?
Ada tambah bacaan Quran kita?
Ada tambah ke solat sunat kita?

Tak jugak. 
'Kita' tu aku lah. Bukan orang lain.
Entah apa lah justifikasi aku untuk itu kan?

Manusia memang always ada justifikasi bila masuk bab ibadah, dosa dan pahala.
Kita always ada 'diskaun' yang kita letakkan pada diri sendiri untuk bab-bab ni.
Urusan dengan manusia pun kita suka minta diskaun, urusan dengan Allah pun kita nak diskaun juga.

Ya, aku jugalah tu. Bukan orang lain.


2020-11-27

Dyslexia

Ini request yang dah delay berbulan-bulan (maybe tahun).
Aku jarang update pasal family kat blog, tak macam dulu.
Sekarang hal anak-anak and family, aku banyak update kat IG.
Jadi, everytime aku update pasal Rayyan tengah membaca Quran, belajar, atau buat homework, mesti ada yang tanya "Kak, Rayyan dah boleh membaca?", "Kak, macamana akak ajar Rayyan sampai boleh mengaji?"
Sebab rasanya ramai pembaca blog ni dah tahu Rayyan ada dyslexia.

Kitorang discover dia ada dyslexia masa Darjah 1, bila buat latihan maths, dia tak boleh jawab soalan "2+2".
Soalan yang sangat-sangat simple. Padahal dia pernah buat calculation yang lebih susah dari ni.
Maksudnya, dia tak konsisten. Kadang boleh buat, kadang tak boleh.
Aku terfikirkan Dyslexia, lantas bawa Rayyan pi buat assessment.
Result assessment kata betul, Rayyan ada dyslexia, tapi mild.

Untuk pengetahuan, dyslexia adalah learning problem.
Most dyslexia dicirikan dengan masalah MEMBACA.
That's why ramai followers interested nak tahu macamana Rayyan boleh lancar membaca, mungkin anak-anak dorang ada masalah membaca.
Kids with dyslexia memang ada masalah membaca, tapi bukan semua.
Their reading challenges aren’t all the same.
Some tak boleh padankan bunyi dengan ejaan/huruf. Eja lain, sebut lain.
Some read very slowly.
Some tak kenal atau tak dapat identify huruf. Dia nampak huruf bergerak/berpusing/terbalik.
Ada juga yang dapat gabungan semua masalah di atas.

Masa buat assessment, the pakar identify Rayyan as visual dyslexia tetapi very mild.
Rayyan memang ada delay in reading. Umur 6 tahun masih merangkak membaca.
Tapi masuk Darjah 1 dia dah lancar membaca.
Jadi, masa assessment dia tak ada masalah membaca. 
Menulis pun ok tetapiiiiii, dia tulis kejap condong ke atas, ke bawah.
Bila menulis atas blank page, ok.
Bagi dia menulis atas examination pad, kejap ke bawah, kejap ke atas.
Pakar cakap, Rayyan punya visual problem, dia nampak garisan tu bergerak-gerak.

Lagi satu, bila pakar buat test menyambungkan titik-titik (connecting dots), Rayyan always termissed dots.
Kerana, dia nampak dots bergerak-gerak.
Masa tulah aku dapat jawapan kenapa dia payah kenal huruf Jawi.
Rayyan masa Darjah 1 masih belum kenal huruf Jawi sepenuhnya.
Rupanya visual dia nampak titik-titik pada hurud Ba, Ta, Ya, etc - bergerak-gerak.
Aku syak masa dia tak boleh jawab soalan "2+2" tu, dia nampak "z+z", that's why dia ambil masa yang lama untuk jawab.

Aku tak ada tips apa-apa, sebab aku buat apa yang aku rasa boleh buat.
Lepas buat assessment, aku tanya pakar if aku patut letak Rayyan di sekolah khas.
Pakar kata tak perlu, sebab Rayyan tak heavy dyslexia sampai require special class.
Jadi, aku beranikan Rayyan teruskan belajar di sekolah aliran perdana.
But, ada kerja keras yang mesti dibuat - LATIH TUBI.

Everyday kerja aku and En Wan melatih dia menulis, membaca and menyambungkan dots.
Beli buku menulis and connecting dots banyak-banyak. Bagi dia buat.
Membaca memang hari-hari.
Aku sangat percaya learning problem boleh dirawat.
Maybe takkan jadi se-perfect budak-budak yang "normal", asal ada improvement, itu dah achievement hebat dah.

Alhamdulillah, siapa Rayyan tak pernah dapat nombor lebih dari nombor 10 dalam kelas.
Masa Darjah 1 and 2 dia dapat naik stage hujung tahun.
Dia kekal top 10 pun aku dah rasa big achievement untuk budak dyslexic, kalau dapat naik pentas tu bonus.
Parents yang ada anak-anak dyslexia, satu je aku nak pesan - jangan letakkan pressure pada anak dan diri sendiri.
Jangan pressure dia untuk jadi the best, untuk dapat anugerah cemerlang, untuk jadi sangat hebat - NO NEED.
Bukan tak boleh, tapi biar patut padan sikit kita ni pun.
Kita tak berada di tempat dia, kita tak tahu how hard dia try untuk catch up dengan kawan-kawan "normal" yang lain.
Dia dah try cukup hard untuk belajar. Kita tak tahu maybe itu dah maximum effort dia dah.

En Wan always terbabas bab ni.
Kadang-kadang aku rasa macam dia ni yang dyslexia sebenarnya.
Because, ciri-ciri dyslexia yang utama adalah susah memahami arahan dan tak boleh accept multiple directions.
Berbuih mulut aku cakap "Rayyan tu dyslexic, awak tak boleh ajar dia maths macam awak ajar Redza".
Dia pulun ajar Rayyan maths sampai budak jadi blur.
Rayyan punya tahap 'takut' bila bapak dia ajar Maths, sampaikan substraction dengan addition dah tak boleh beza. Kau rasa?
Haaaa...memang bertempik la aku kat rumah tu.

Aku selalu cakap kat En Wan, jangan treat Rayyan macam Redza.
Redza lain, dia macam kita. Rayyan bukan, dia special, thus perlukan special approach juga.
Tapi biasala kan, En Wan sejenis budak cream [read : nerd ulat buku], dia selalu lupa Rayyan berbeza.
Dia nak anak dia jadi cream macam dia jugak. Eh kau ni.
Nasib baiklah aku ni hidup lagi, akulah yang memujuk and memotivasikan Rayyan.

Rayyan memang ada masalah memahami arahan.
Ini memang ciri special budak dyslexia - susah memahami arahan.
Kalau buat soalan, 4-5 kali aku kena explain arahan, baru dia faham.
Aku dah plan esok time UPSR, aku nak mintak dokter buatkan one more assessment untuk produce surat supaya boleh bawa masuk cikgu duduk tepi Rayyan untuk membacakan arahan soalan.
Baru 2 hari lepas dia online tusyen maths, ada exam.
Cikgu bagi arahan jawab kat examination pad then snap, hantar kat dia thru whatsapp.
Habis exam, kitorang masuk bilik nak tengok.
Atas examination pad tu huru-hara. Situlah pengiraan, situlah jawapan. Dengan takde nombor soalan bagai.
Arahan yang dia faham cuma "Jawab soalan". Yang lain dia tak faham.

En Wan dah amukan. Lepas tu En Wan pulak aku amuk-kan.
Ni karang silap-silap bapaknya aku hantar pi buat assessment.
Sejenis tak paham apa orang cakap gak ni.
Bila bagitau cikgu tusyen, cikgu tusyen surprised sebab dia kata Rayyan yang paling pandai maths dalam kelas!
Padahal kelas tu bukan kelas khas tapi kelas bersama budak-budak "normal" yang lain.
Pastu bapak dia yang terkejut. Padan muka. Geram aku.

Parents, anak-anak dyslexia ni special, begitu juga anak-anak yang ada kelainan upaya lain.
Jangan kita as parents merasa kekurangan ada anak-anak macam ni.
Jangan juga kita rasa tertekan bila anak-anak kita tak sepandai anak orang lain asbab dia dyslexia.
Tengok diri kita dulu.
Kita yang normal ni apa je achievement yang kita dah capai?
Boleh dibanggakan ke tak?
Asyik harap achievement anak-anak je, nampak sangat kita as a person takde apa yang boleh dibanggakan. Tu yang nak nompang anak je tu. Eh geram pulak aku.

Anak-anak dyslexia ni dah berjanji dengan Allah semasa dalam rahim.
Maybe Allah tanya "Aku akan jadikan kau dyslexia. Sanggup tak?"
Dia kata "Aku sanggup"
Demi nak keluar ke dunia, nak jumpa mak bapaknya, nak jumpa adik-beradik yang lain, dia sanggup ambil ujian Allah jadi anak dyslexia.
Dia tak mintak, tapi Allah bagi dan dia terima.
Aku ingat lagi masa first time aku melawat Rayyan kat NICU lepas bersalin, size dia sagat kecil.
Dr letakkan dia dalam bekas macam tupperware, dalam incubator.
Dada dia turun naik bernafas.
Nurse lalu depan aku cakap "Budak ni semangat nak hidup dia kuat".

That's why aku sebak bila everytime Rayyan kena marah dengan En Wan time study.
Sebab aku tak tahu apa kesanggupan dia masa berjanji dengan Allah dulu.
Boleh jadi dia berjanji sanggup dilahirkan tak cukup bulan, sanggup speech delay, sanggup slow progress dari kawan-kawan lain, sanggup kena marah dengan mak bapak everytime tak faham belajar, sanggup dianggap lembab dari abang dia, etc.
Dia sanggup semua demi nak jumpa mak bapak dia.
Sebak aku bila kenang-kenangkan balik.

Kelebihan Rayyan yang aku nampak - dia kuat mengingat, tapi malas membaca.
Oh by the way, budak dyslexic memang tak suka membaca.
At least itulah perkara paling last sekali dia akan buat.
Tapi kalau terpaksa, dia akan mengingat dengan cepat.
Masa Rayyan join story telling competition, aku surprised dia boleh hafal word by word 8 pages A4 punya story.
Surah hafazan 30 ayat pun dia dapat hafal dalam seminggu.
Now aku tengah asah dia menghafal Mulk.
Abang dia dulu hafal Mulk masa Darjah 6, adik dia biar start awal la sikit, dah takde apa nak buat kat rumah tu kan.

Apa yang boleh aku cakap, anak yang normal, kalau kita ajar cara normal, dorang boleh excellent.
Tapi anak-anak dyslexia, untuk dorang jadi "normal", kita kena double the effort so that dia boleh at least sama level dengan budak-budak lain.
Jadi, caranya latih tubi.
Buat reading everyday, menulis everyday.
Bagi dia buat apa dia minat, sebab ciri dyslexic is creative.
Tu pasal dulu aku biorkan je Rayyan berexperimentasi dengan tudung-tudung aku.
Yang penting, parents kena bagi sokongan.
Orang luar nak pandang serong ke, pandang lekeh ke, itu hal dorang.
Tapi kalau parents sendiri perlekeh anak-anak ni, siapa lagi yang boleh develop self-esteem dorang.

Sebahagian besar kids with dyslexia tak yakin dengan kemampuan akademik dorang.
Ini yang buatkan self-esteem low.
Ramai anak-anak disleksia sebenarnya ada IQ yang tinggi, tapi dorang tak berpeluang memanfaatkan kekuatan yang ada.
As parents, kita ada pengaruh yang besar dalam mengembangkan kekuatan dan minat anak kita.
Bina hubungan dengan luangkan masa untuk kenalpasti minat dan kekuatan anak.
From here kita dapat tahu not only his kekurangan tapi bidang mana yang dia cemerlang.
Bila anak ni diletakkan pada sesuatu yang dia suka, kau akan tengok dia bloom.
Dia akan bertahan lebih lama at the same time dengan sendiri dia akan perbaiki kelemahannya.

Kita semua belajar dengan secara berbeza.
Same goes to anak dyslexia, keupayaan dorang berbeza.
Tapi itulah kekuatan sebenar dorang.
Cuma maybe masalahnya, dikebanyakkan sekolah, pengajaran disesuaikan untuk pelajar auditori/lisan.
Sebilangan besar pembelajaran adalah melalui teks, jadi ni mungkin tak sesuai untuk profil pembelajaran anak-anak dyslexia.
Jadi terpulang pada parents, kalau rasa anak ada kebarangkalian boleh follow aliran perdana, teruskan.
Kalau rasa heavy, masukkan dalam aliran khas.
Toksah nak malu-malu lah dengan orang lain hanya kerana anak kita masuk "sekolah pendidikan khas".
Pikir besok kalau kita mati, anak-anak ni biar boleh jaga diri sendiri.
Jadi kita kena bagi dia pembelajaran yang sesuai dengan pace dia, because they are SPECIAL.



2020-11-23

Formula mudah membeli

"Dah beli kain Norwex?"

Soalan yang banyak aku dapat sejak 2 minggu lepas.
Kalau ada sesiapa yang bercadang nak tanya aku soalan yang sama, aku rasa aku kena jawab kat sini siap-siap "Belum beli lagi".

Lately ni ramai yang dah start keluarkan macam-macam pandangan tentang kain yang dikatakan "kayangan" ni.
Ok hari ni aku nak touch sikit pasal ni.
Bukan pasal the produk tapi tentang persepsi manusia.

Aku ada terbaca satu artikel tentang sorang Chef yang bagi pandangan tentang this kain.
Ada mixed respond dari netizen - ada yang setuju, ada yang tak.
To me, aku tak rasa dia kondem the produk tapi lebih kepada memberi pencerahan tentang konsep the produk kerana ada some seller overclaim.

Aku faham konsep microfibre sebab bio-cellulose mask aku tu pun sejenis microfibre juga.
Jadi aku tahu kenapa microfibre lebih mudah nak tanggalkan kotoran, kerana the fibre sangat halus, 1000 kali lebih halus dari rambut.
Bila fibre terlalu halus, dia melekap lebih rapat pada surface.
Contoh, dia akan melekap lebih rapat pada liang-liang kayu meja, membuatkan bila kita gosok kain, kotoran tanggal sekelip mata.
Sama macam bio-cellulose mask aku juga.
Aku guna bio-cellulose sebab ia sangat sangat halus (microfibre) membuatkan ia melekap dengan rapat pada kulit muka so that serum pada mask tu boleh diserap lebih efisien ke kulit yang lebih dalam.
Ini memang basic concept of microfibre.

Kalau seller bagi penerangan macam aku terangkan di atas, itu lojik.
Tetapi, kalau overclaim cakap kill germs up to 99%, ini agak membongak.
Because bacteria tak akan boleh dimatikan simply dengan cara tu.
In fact, normal cleaning products hanya boleh REDUCE bacteria.
Kalau nak bunuh bacteria, kena guna disinfectants.

Kalau REMOVES bacteria, betul. But kill, no.
So bila sebut REMOVES bacti, bermakna the bacti are still there, trapped dalam fibre.
Dia tak mati, dia ada.
Jadi, sebaik-baiknya, lepas guna the microfibre kain, please basuh and dry them.
Because ANY dirty cloths yang tak dibasuh, will still have some germs on them even after hanging to dry for 24 hours.
Bacteria boleh beranak-pinak dengan cepat kalau ada factor extrinsic yang cukup - suhu yang sesuai, environment yang selesa.
So kalau after guna tak dibasuh, kita telah contribute pada penambahan bacteria.

Aku takde kain ni.
Buat masa ni takde keperluan lagi nak beli but konsep microfibre tu sendiri dah awesome in picking bacteria, yang ni aku agree, but bukan bunuh bacteria.
Cuma aku recommend please basuh dengan sabun/detergent between uses instead of using the same kain berhari-hari.
Because bacteria ada yang jenis pathogenic.
Kalau tak dibasuh, who knows kita telah "menternak" yang pathogenic tanpa sedar.
Silap-silap ada Salmonella, naya.

Ok sebenarnya aku nak cakap pasal KEPERLUAN, bukan nak cakap pasal produk.
Kain ni aku tengok tak adalah mahal sangat, dalam RM170+ gitu kalau tak salah.
Maksudnya, level efficiency dia tu agak berbaloi dengan harganya. Boleh beli.
However dengar kata, sampai ada yang sanggup berhutang.
Kalau sampai berhutang, this is bad.
Teringat pulak salah sorang blog reader yang nak minta pinjam duit sebab nak beli pam susu elektrik supaya tak penat nak memerah hari-hari.

Aku tahu produk-produk yang boleh menjimatkan masa ni memang berbaloi dibeli just like iron Amway yang gosok depan je belakang takyah gosok tu.
Itu pun menjimatkan masa, berbaloi beli.
Tapi bukan semua yang berbaloi tu kita wajib tapau.
Orang yang beli tu duit dia berlebih.
Unless kita ada personal savings habits, beli barang yang kita belum perlu (bukan tak perlu) can create an undue financial burden.

Dalam apa juga keadaan, perlu faham beza MESTI BELI dengan BELUM PERLU BELI.
Ada duit, ada keperluan untuk beli ---> beli.
Tak ada duit, ada keperluan untuk beli ---> belum boleh beli.
Ada duit, tak ada keperluan untuk beli ---> tak perlu beli.
Tak ada duit, tak ada keperluan untuk beli ---> jangan sekali-sekali beli.

Some people beli sesuatu barang kadang-kadang dia tak berada dalam kedudukan kewangan untuk mampu beli barang tersebut.
To them, dia kena beli sebab that barang dapat meningkatkan harga diri or provide a sense of belonging, that's why they buy.
Some pula rasa it is a sense of accomplishment bila dapat beli barang yang kebanyakkan orang lain ada.
Dia reward diri by having something they could not afford.

Dalam kebanyakkan barang-barang yang viral, nama aku takde dalam list.

Iron Amway, takde. Sebab aku tak gosok baju sendiri.

Airfryer, takde. Tak pasti kenapa aku tak beli. Nanti aku cuba ingat balik.

Noxxa, takde. Sebab aku tak rajin masak, aku hadiahkan untuk Mak Aji je sebab dia rajin masak.

Aku dah 'terkena' sekali beli mixer Kenwood KMix, penyudahnya tak pakai.
Ni sejenis nak join the bandwagon gak ni, padahal bukan rajin buat kek pun.
Tapi nak beli. Last-last ada tu ha habitatnya di rumah Mak Aji.

So kalau ada keperluan, belilah.
Beli sebab memang akan guna.
Beli sebab ada duit.
Insyallah follow formula ni, aman hidup.


2020-11-18

Why me?

Aku macam terasa-rasa PKPB/D ni akan bersambung sampai Mac tahun depan.
Mungkin tak pada seluruh negara tapi to some areas, masih apply.
Looking at the numbers, macam jauh lagi perjalanan ni, dan masih panjang lagi 'kesakitan' yang dirasa.
Sepanjang tempoh 'berkurung' sejak Mac lepas, terlalu banyak luahan hati yang aku baca dari kalangan readers/followers.
Tapi aku tak boleh tolong banyak, most of the time aku boleh jadi pendengar je.
Aku faham sangat situasi tu.
Sekian lama hidup selesa, tup tup habis macam tu je. Memang tersentak.
Memang aku faham sangat, sebab aku pun pernah lalui, bezanya aku lalui lebih awal.

12 tahun lepas, aku ambil keputusan drastik untuk berhenti kerja to set up own company.
Aku berhenti kerja bukan kerana gaji kecil, bukan juga kerana majikan zalim.
Tahun 2007 gaji aku RM5k, tak termasuk komisyen.
Easily can get RM7-8K per month. Quite a handsome pay waktu tu.
Aku resign sebab aku nak kerja sendiri - nak ada company sendiri, nak manage own business, nak ada financial freedom, tak nak terikat dengan waktu kerja yang tertentu.
Aku imagine aku can do better than this.
Kalau aku boleh bawak sales berjuta kat company orang, I can do the same kat company sendiri. Gitulah angan-angannya.
Berbekalkan semangat tu, aku tak buat full research pun tentang life after quit a fixed-salary-job. Terus resign.
Aku nampak yang indah-indah je waktu tu.

Lepas resign, aku jem.
Baru teringat ada hutang kereta, ada loan rumah, pegi sana sini now dah takleh claim mileage, nak outstation kena pakai duit sendiri, tu belum lagi expenses lain - household expenses, bills, anak, bibik - ni semua sape nak pikir?
Of course aku ada suami, tapi ada bahagian yang aku contribute.
Now dah berhenti kerja, jangankan kata nak contribute, nak bayar hutang kereta sendiri pun belum tau lepas ke tak.
Savings makin lama makin susut sebab aku gunakan untuk beli stok, register itu ini - semua kena guna duit yang belum pasti balik modal ke tak.
Masa ni memang aku "terduduk" kejap. Jem terus kepala aku.
Menangis? Itu dah jadi rutin harian masa tidur.

Bila ada yang mengadu situasi masing-masing terjejas akibat C19, aku cukup faham.
Allah dah bagi aku rasa situasi ini 12 tahun lepas. Sangat 'sakit' situasi tu.
Maybe ada yang kata tak sama situasi aku dengan mereka yang terjejas sebab dulu aku masih boleh keluar bekerja.
Yes, betul. Tapi keluar seminggu belum tentu dapat jual satu barang.
Padahal duit minyak keluar hari-hari, duit tol bayar hari-hari, bil henfon tetap kena bayar every month, tak bayar bil karang macamana customer nak contact aku.
Sakitnya tetap sama.

Jadi bila ada yang tanya "Sampai bila saya nak hadapi benda ni", "Saya tak tahu sampai bila saya boleh bertahan" atau "Bila semua ni nak settle?", yang sebenarnya korang maksudkan BILA HIDUP SAYA NAK KEMBALI NORMAL MACAM DULU, kan?

I'm sorry that you have to hear this, but your life will NEVER go back to the way it was.
Apa yang kita semua sedang lalui sekarang akan/telah pun mengubah hidup kita.
Samada C19 ubah kita jadi lebih baik atau lebih buruk, that is something only you can decide.
No way kita boleh pilih untuk tak nak terima apa yang dah pun kita terima.
No way kita boleh pilih untuk tak nak lalui apa yang dah pun kita lalui.
No way kita boleh pilih untuk tak nak ubah apa yang telah pun berubah.
Bila satu benda berubah, semua pun akan berubah, cuma perlu masa untuk sesuaikan diri dengan keadaan yang baru.

Dulu masa aku sedap makan gaji, sikit pun tak pernah terfikir kemungkinan satu hari nanti majikan akan bankrup. Tak pernah terfikir.
Aku rasa secure bila ada kerja.
Dek kerana secure sangat, aku jadi berkira-kira nak savings.
Gaji macam aku cakap tadi easily can get RM7K per month tapi savings aku RM200-300 je sebulan.
Sebab dalam fikiran banyak benda nak beli.

Bila dah resign, waktu tengah 'sakit' membina company, nak tak nak aku terpaksa adjust kebiasaan aku dengan situasi yang baru sampai jadi terbiasa.
Boleh pula aku kawal diri dari beli itu ini.
Tapi awal-awal tu memang susah, iti tak dinafikan.
Terasa hidup backwards pun ada.
Terpaksa stop beli barang mekap kat kaunter, kembali beli kat Watson.
Lalu kat depan cafe yang biasa jadi tempat lepak time lunch dulu pun terasa sebak, bila sekarang hanya mampu stop kat Select beli roti Jagung untuk jimat duit lunch.

Sometimes aku persoalan diri aku balik, betul ke apa yang aku buat ni?
Then aku tanya balik diri aku, "Tak dapat makan kat cafe tu nangis? Kau tak puas-puas lagi makan situ ke?" 
Yang sebenarnya, aku belum melarat sampai tak cukup makan pakai.
Tapi aku tak nak tinggalkan kehidupan "normal" yang dulu.
Kehidupan "normal" dulu terlalu best dan selesa.

Allah ubah situasi kita sekarang kerana Dia mahu kita ada improvement.
Improvement dari segi apa, itu hanya kita boleh cari jawapannya.
Bila kita terkesan dengan situasi sekarang, dah tentu life won't be the same because YOU won't ever be the same.
You are different now and so the world looks different too.
Kalau masih mengenang dan keep turn back to the past sambil berharap keadaan yang "normal" tu akan kembali, it will only keep you from having strength in your present.

"Macamana kalau saya tak boleh dapat kerja sampai tahun depan?"

"Macamana saya nak bayar bil and loans kalau takde kerja?

"Macamana keadaan anak-anak saya kalau selamanya saya macam ni?


Berat aku mendengar, berat lagi bahu yang memikul, aku tahu.
Sebagai orang luar yang tak merasai the exact crisis, apa yang aku boleh cakap, satu-satunya perkara yang boleh difokuskan dalam keadaan sekarang adalah your present moment.
Focus on the day you are in.
Kalau hari ni terasa too big to handle, fokus pada jam berikutnya.
Dalam masa 1 jam ke depan uruskan apa yang boleh dibuat, then sejam selepas itu uruskan perkara lain, then sejam lagi selepas itu untuk perkara lain.
Once we gain strength in the present, kita akan dapat tenaga and space yang diperlukan untuk plan masa depan.
Semangat datang semasa tempoh bertenang, otherwise kegelisahan pada something yang tak pasti akan buatkan kepala kita jem.

Lagi satu pertanyaan "Kenapa perlu berlaku benda macam ni?", "Kenapa perkara ni jadi kat saya?", "Kenapa saya yang terima dugaan macam ni?"

To be fair, rasanya takde sorang pun yang tak pernah tanya macam ni.
Kita bertanya pada siapa pun kadang-kadang tak tahulah.
Selalunya bila tanya soalan macam ni, kita nak jawapan tu yang menenangkan jiwa dan menyelesaikan masalah.
Kalau boleh jawapan yang kita nak dengar.
Hear me, IT WON'T.
Kalau kita benar-benar tahu kenapa kita yang "dipilih" untuk tanggung bebanan tu, it wouldn't make you feel better.
Silap-silap makin down atau kita terasa hidup ni tak adil.
Sometimes, memang tak ada rational kenapa kita yang kena tanggung bebanan tu.
You will not ever find the answer to WHY ME, so stop looking for answers.
Fokus pada present, fokus pada mencari apa yang boleh kita gain from the pain.

Suggestion aku ni maybe tak boleh selesaikan masalah, tapi harapnya dapat buka mata hati kita untuk memandang dari perspektif yang baru.
Mudah-mudahan sedikit sebanyak membantu kita nampak hikmah dari ujian, dan membuatkan kita cari sekecil-kecil nikmat untuk disyukuri.
All the best kepada semua.


2020-11-13

Krisis identiti


Aku rasa salah satu perkara paling susah untuk kita semua lalui adalah bila terpaksa menjadi orang lain.
Bukan faking personaliti.
It's when kita terpaksa ubah cara/gaya/hidup dan keluar ke sisi lain yang berbeza dengan diri kita yang dulu.
You have become something else. Orang kata krisis identiti.
Ada a few krisis identiti yang maybe tersangkut dengan keadaan korang sekarang :

(1) Identiti yang 'dirampas' dari kita.
Contohnya kita adalah seorang pekerja yang hebat suatu masa dulu. But now not anymore setelah diberhentikan kerana company tak boleh sustain during Covid-19 menyebabkab kita diberhentikan dan sekarang kita unemployed.

(2) Identiti yang 'dinafikan'.
Contohnya, dah berkahwin 20 tahun tapi masih belum dikurniakan zuriat sedangkan macam-macam usaha dah dibuat.

(3) Kita yang pilih that identiti but now kita tak mahu dah.
Contohnya, dulu kita berkerja tetapi decided untuk stay-at-home, after while kita jadi depressed dan merasa nak bekerja semula.

(4) Orang lain yang menentukan identiti kita.
Contohnya, kepakaran dan minat kita adalah pada kerja-kerja creative tapi bos tukarkan kita ke management.

Hari ni aku nak tulis tentang point ke-empat (or maybe lebih kepada meluahkan), dimana bila orang lain menentukan kita perlu jadi bagaimana.
Ketika seseorang pilih identiti untuk kita dan kita tak pernah bersetuju pun.
Another example is when parents menentukan kau kena ambil course apa atau mesti jadi apa.
You never even had the chance to consider something else sebab dorang adalah mak bapak kita jadi sangat mustahil untuk kita bagi pendapat sendiri.

To explain this fully, aku kena ceritakan hal aku sebab aku pernah mengalami krisis ni.
Or maybe post kali ni ditujukan bukan untuk semua but to a specific group of people whom I don't know anything about, at all.
Orang-orang ni kenal aku, but they are strangers to me sebab aku tak kenal dorang.

Identiti ni bukanlah sesuatu yang aku pilih.
To be specific, almost 7-8 tahun aku ada krisis ni.
Macamana aku boleh anggar 7-8 tahun?
Sebab semua ni mula berlaku selepas aku mula berhijrah.
Selepas berhijrah, aku start join kelas-kelas agama dan gaya penulisan aku sedikit sebanyak berubah sebab aku dah start share apa yang aku belajar, di blog.
Bahan bacaan aku juga berubah.
Ramai yang suka aku yang baru dan nak aku kekal dengan imej dan gaya tulisan yang baru ni - yang bermanfaat dan memotivasikan (dulu banyak merepek).
Bila sesekali aku merempan kat blog dan tulis ikut gaya penulisan aku yang dulu, berjujuk PM/DM masuk kata taknak aku yang dulu, lebih suka yang sekarang.
Dalam tak sedar, identity aku di-shaped by the identity yang dicipta untuk aku by their having read my blog.

Dulu blog readers aku belum ramai, social media aku follower pun tak sampai 3K.
Aku always selfie. Kat FB pun selfie, almost every other day.
Bila post-post aku start dapat perhatian, circle of followers dah jadi sangat besar.
Ok itu takpe lagi.
Yang jadi menggelabah tu bila kau tengah pilih-pilih bra kat mall, ada strangers datang kat dengan sangat excited and terus cerita masalah dengan suami, dengan mak mertua, dengan ipar, dengan ofis mate, boifren curang, etc.
Yang aku ni tengah pegang bra. Kau rasa?

Sekali dua, aku ok lagi. Aku layankan.
Sebab aku rasa aku perlu appreaciate kepercayaan yang diletakkan pada aku.
They have been reading my blog, follow me on social media.
Aku perlu hargai dengan menjadi pendengar.
Tapi bila benda ni dah start berlaku kat hospital, kat airport, kat kedai makan.
Pernah aku tengah makan sefamili, tau-tau "Kak Di ni kan? Kak Di free tak sekarang, nak cakap sekejap".
Of cos lah aku "free" sebab aku bukan tengah kerja, tapi aku tengah makan.
Aku pun beralih kejap, eh tau-tau lama pulak bersembangnya sampai kering tangan aku.
Aku nak stop conversation dia rasa tak sampai hati, tapi nasi aku dah sejuk ni.
You get what I mean?

Sampai ke satu tahap it has became something difficult to navigate.
Email and DMs sentiasa penuh dengan luahan hati.
Dan oleh kerana every interaction came with so much emotion to carry, aku jadi lost. 
Tak tahu how to manage.

Aku faham kenapa orang-orang ni bercerita kat aku.
One of the reason sebab aku sendiri share my own hard truths di blog, jadi dorang anggap aku orang paling memahami apa yang sedang dorang lalui.

I was, and I am deeply humbled that people trust me with their stories.
Tapi bila kau tengah pilih-pilih bra tau-tau ada stranger datang menyapa dan terus mengadu masalah - I had no idea how to manage.
Dalam keadaan tu aku tak pasti aku patut teruskan mendengar, atau aku perlu bagi sepatah dua kata-kata motivasi/nasihat - entah, aku tak tau.

Lagi satu yang datang ke ofis beli produk, bertanyakan aku.
Dorang dah sampai ofis, aku jadi tak sampai pulak kalau tak jumpa.
Bila dah jumpa, tak jadi kerja pulak sebab panjang sembangnya.
Kalau ada buat appointment that will be another story.
Aku bukanlah orang penting siap nak kena buat appointment bagai, tapi bila aku masuk ofis dah tentulah ada kerja nak dibuat, jadi kalau buat appointment boleh aku kosongkan sikit jadual.

Maybe inilah yang dikatakan - bila kita give too much, much is expected.
Boleh jadi juga ini adalah satu aspek dalam hidup yang Allah dah aturkan untuk aku.
This is the role I was meant to play even I didn't quite know how.
Bila jadi macam ni, aku jadi takut kalau menyinggung perasaan blog reader bila aku tak respond pada luahan hati dorang.
Honestly, everyday aku dapat more 80-120 DMs and emails, and I am trying to respond to many as I could.
Kadang-kadang aku pilih untuk tak klik pun pada DM and email sebab aku perlu bertenang-tenang kejap.

Di tengah-tengah all the likes and the attention yang aku dapat, suddenly yang tak suka aku pun start bagi attention.
Setiap tulisan aku jadi perhatian kepada those who didn't.
I was a terrible influence for women katanya.
Tapi aku anggap ini benda biasa.
When people don'like a book written by a man, they say the book is bad.
When they don't like something created by a woman, they say sheis bad.
Ini normal. 

Agak lama juga aku ambil masa untuk cari balik diri aku.
Mungkin ini juga perancangan Allah supaya aku ada masa untuk merenung diri.
Lama-kelamaan aku mula faham.

Hanya kerana aku diberikan identiti ni oleh followers and readers yang aku sangat hargai, that didn't mean that I have to love into who other people wanted or needed me to be.
Maknanya, aku akan carry this identity yang orang harapkan dari aku, but aku tak akan pakai terus this identiti.
Ada masa aku nak menggila aku akan menggila, ada masa aku perlu tone down, aku akan tone down.
Kalau ada orang kata aku tak "konsisten", I don't mind anymore.

Please know that aku sangat appreciate readers and followers more that I can describe.
Tapi aku nak this specific group untuk berfikir seketika.
Kalau aku mampu untuk carry identiti that you have given me, while being true to myself, aku percaya it's possible for you too.
Tapi korang kena decide identiti yang mana korang nak carry sepanjang hayat, kerana identiti is who you are.
Jangan jadikan kisah sedih kita, masalah kita, trauma yang sedang kita lalui buatkan kita lembik dan akhirnya hilang identiti.
Ramai yang mengadu "Saya dulu tak macam ni tau Kak Di, saya dulu ceria, saya dulu percaya kat orang..."
"Saya dulu seronok datang kerja, lepas bos naikkan pangkat and job description saya berubah, hari-hari rasa nak MC".

Aku ada sorang engineer yang beralih ke teaching kerana keperluan untuk dia berada di aliran education.
But everytime orang tanya dia kerja sebagai apa, dia jawab "Engineer".
Padahal now engineering work hanyalah part time job dia saja.

Even aku sendiri kalau orang tanya kerja aku, aku jawab Sales & Marketing, walaupun bunyinya tak nampak gah but I believe itulah identity aku.
I have been doing this for 17 years kot.
Kecuali kalau aku kena bagi talk, aku sesuaikanlah jawatan aku dengan keperluan.
Just like semalam aku bagi talk kat UTHM Business School, aku introduce diri aku sebagai Managing Director.
Barulah ada sangkut-paut sikit. 
Nak bagi talk kat business school kot, haruslah kena ada business baru boleh sembang.
Walaupun hakikatnya memang itulah jawatan aku, tapi kebanyakkan masa aku tak kenalkan diri aku sebagai manager pun.

Same to you, your boss might think of you as a middle manager, tapi kalau kau rasa identiti kau adalah creative powerhouse, live into that.
Unless kalau memang betul-betul takleh accept dan takleh carry identiti yang orang bagi, mohon break free.


2020-11-10

Budak-budak Langkawi dapat naik flight sewa khas pakai duit PIBG katanya!


Hari ni kecoh gila kat satu group ni, masing-masing “membincangkan” kenapa anak-anak MRSM Langkawi balik naik chartered flight?
Kenapa sampai nak kena sewa kapal terbang?
Di manakah anak-anak ini dapat duit?
Haaa gitu kekecohannya.

Yang sebenarnya benda ni tak layak nak dijadikan isu pun.
Tapi tu lah, kalau yang bitter tu sejenis takleh terima orang lain lebih dari dia, benda yang tak payah jadi isu pun boleh jadi isu besar.

Ceritanya camni.
The moment kerajaan umumkan PKPB dan students diarahkan balik, group parents MRSM Langkawi dah mula membincangkan apa cara terbaik untuk budak-budak ni balik dengan urusan yang lancar.
Nak booking satu-satu tiket, payah. sebab most of them belum cecah 16 tahun.
Students yang tak “cukup umur”, tak boleh naik flight tanpa parents/guardian.
Dalam keadaan semua orang tersekat (macam Selangor and KL senior PKPB, dah sah-sah payah nak keluar), nak berkejar ke sana untuk ambil anak bukanlah option yang kami suka.
Lagipun hassle, kita nak ke sana, pastu patah balik ke sini.
Plus, feri limited. Dalam keadaan semua nak dibuat cepat, mustahil semua mak bapak boleh sampai Langkawi dalam tempoh yang singkat.

After perbincangan pihak Muafakat dan sekolah, kita capai satu agreement untuk sewa khas Airbus MAS for 236 students.
236 orang je. Bukan satu sekolah naik flight tu.
Yang naik ni mostly orang Selangor/KL.
Alang-alang ramai, berbaloi kalau sewa flight terus.

Maka, parents agreed to pay for flight ticket.
Diulangi, MAK BAPAK BAYAR TIKET FLIGHT.
Tiada subsidi kerajaan, mahupun guna duit PIBG.
Sadly, parents yang bitter di luar sana tuduh anak-anak Langkawi yang naik flight ni guna duit PIBG.
Siap ada yang sarkastik “Terima kasihlah kerajaan Malaysia”.
Funny ok?
Nampak sangat mentaliti subsidi.
Sikit-sikit duit PIBG. Sikit-sikit bantuan kerajaan.
Kot ye pun awak dah biasa dapat bantuan segala benda, jangan ingat semua benda nak dibantu.

Anak-anak yang naik flight sewa khas semalam, TIADA PAKSAAN.
Siapa nak anak-anak dia balik dengan flight, join.
Yang taknak, boleh naik feri. Takde halangan.
Nama pun MUAFAKAT, jadi semua sepakat.
Yang tak ada muafakat tu mungkin sekolah anak korang. Jadi, kalau nak bitter, sila bitter sesama group korang.

Ada yang kata "Orang have-have gitulah."
Ini bukan soal orang have-have atau tak, ini adalah PILIHAN IBUBAPA. 
Untuk pengetahuan, urusan melepaskan student bawah umur naik flight tak semudah hantar anak naik bas.
Memandangkan masa suntuk nak arrange guardian, parent sepakat bayar je untuk chartered flight.
Senang sekali harung naik, sekali harung turun, sekali harung check-in.
Plus, bila pakai flight sewa khas, ada pegawai iring dari MAS sendiri yang akan bantu menjaga anak-anak sepanjang perjalanan, dari airport Langkawi ke KLIA.
Tak cukup dengan tu ada wakil dari Muafakat sama-sama dalam flight mengiring semua pelajar ni.
Kan dah settle masalah?

By the way, pilih MAS punnnn jadi masalah.
Katanya ada yang lebih murah kenapa tak consider airline lain.
Allah, speechless kejap 30 saat.
Sampai aku confuse apa sebenarnya yang jadi masalah ni?

Bawah ini aku up video urusan anak-anak Langkawi balik semalam.
You can see berapa ramai krew and pegawai iring MAS. Kan dah senang kerja tu.




Parents Langkawi takde sikit pun terdetik nak tayang "have-have" ke apa ke.
Dalam keadaan kalut, semua pikir nak anak sampai cepat dan urusan smooth. Itu je.
Tak sangka pulak ada yang shallow dok pikir mak bapak ni nak tunjuk kaya. Apa benda la. 

Lagi satu, tak payah nak acah-acah warrior “Apa nasib anak-anak B40?”
Halah halahhhhh. Time ni la masing-masing nak perjuangkan B40 katanya. Selalunya gitulah.
Tapi bila B40 kesusahan, pandai pulak petik nama-nama T20.
Pandai pulak tag nama-nama orang berduit supaya hulurkan bantuan.

The thing is, takde isu diskriminasi lansung dalam hal sewa flight ni.
Semua parents MRSM Langkawi sedia maklum perancangan ni.
Yang nak naik flight sendiri-sendiri pun takde halangan.
Ada sorang di kalangan follower IG akui dia adalah golongan B40 (aku up isu ni kat IG).
Dia kata, dia beli tiket flight asing sebab murah sikit. Takde masalah pun. Ok je.
Anak aku lagilah, tak termasuk pun dalam group balik sewa flight khas tu.
Redza ada kat sana lagi dengan 56 orang student sebab exam IGCSE belum habis.
Takde pulak aku merempan.
Semua parents Langkawi OK dengan arrangement ni. 
Pelik juga yang takde sangkut-paut pula yang butthurt.
Aneh-aneh je manusia zaman sekarang.

Yang sebenarnya masing-masing bengang dengan management Muafakat and Sekolah anak masing-masing.
Maybe group parents dorang tak sepakat.
Atau pihak pengurusan sekolah tak dapat bagi penyelesaian terbaik membuatkan dorang kena travel collect anak masing-masing.
Kalau panas hati dengan group masing-masing, settlelah dengan korang sama sendiri.
Tak pasal-pasal budak-budak Langkawi kena.
Padahal anak masing-masing dah balik kan, nak apa lagi? Syukurlah.
Anak aku tak balik lagi tau tak?




Ini sebenarnya sikit je ni.
Agaknya kalau dorang tahu how muafakatnya parents Langkawi dengan sekolah, mesti berapi lagi teruk dari ni.
Ni aku nak ceritalah, saja je nak bagi terbakor. Dah alang-alang berasap, kan.

Sejak Covid-19, parents rajin hantar makanan untuk anak-anak.
Sebab budak-budak ni takleh keluar, outing pun tak boleh.
Makanan luar pun takleh bawak masuk.
Ingat tak post aku pi jumpa Redza bawak KFC tak lepas?
Kalau nak tahu, parents almost every week orderkan fast food untuk anak-anak.
But again, terpulang kepada sesiapa yang nak join, sekali lagi TIADA PAKSAAN.


Ni hari tu masa order KFC.

Tak semua parents belikan untuk anak-anak, mana yang mak pak belikan, dorang akan collect kat depan ni.
Every week menu bertukar-tukar - Pizza, Korean Chicken, KFC, Marrybrown, ice-cream, kek...etc
Takde sikit pun menjadi isu di kalangan parents Langkawi walau pun bukan semua join this program.
Sebab masing-masing tahu ini adalah initiative ibubapa, bukan wajib.
Tapi kalau cerita ni tersebar, konfem ada yang acah-acah "Kesian anak-anak yang mak bapak tak mampu, mesti sedih".
Takde maknanya! Kitorang semua ok je.
Aku sendiri tak join every week.
Minggu yang aku tak join, aku bagitau Redza siap siap "This week mommies ada buat Marrybrown delivery, mama tak ambik untuk Redza tau".
Anak aku ok je.



Gambar atas ni time exam week.
Time exam week lagi lah, wakil mak bapak di dari kalangan orang Langkawi everyday datang top up makanan, supaya anak-anak ada makanan nak kunyah-kunyah time study.
Nampak tak kat depan tu bersusun tin biskut?
Budak-budak ni kalau time exam dorang duduk setempat kat sini belajar sama-sama.



Tu nampak tu Redza tengah makan time orang lain study?
Baju tu ntah sape punya dia rembat, aku rasa macam aku tak penah beli pun baju tu.

Yang sebetulnya anak-anak kita ok.
Yang tak ok selalunya parents.
Just like isu sewa khas flight ni.
Kau rasa anak-anak tu kisah ke dia balik naik flight sewa khas, atau AA, atau bas?
Budak-budak tu pikir nak balik jumpa mak bapak je, tak kisah naik apa pun janji sampai.
Macam kita dulu zaman belajar, tak kisah naik bas atau train, yang penting ada tiket.
Yang penting sampai rumah (aku dulu memang kena naik flight takde pilihan lain).
Come on lah, sampai bila kita nak menafikan hak orang lain hanya kerana orang tu lebih beruntung dari kita?
Cukup-cukuplah dengan isu tak boleh buat anugerah kecemerlangan, tak boleh umumkan siapa dapat 6A, tak boleh umumkan siapa best student.
Sekarang nak menafikan pulak budak-budak ni dapat highlite sebab naik flight sewa khas.
Apa benda punya mentaliti.
Sedih, anak-anak masuk sekolah hebat tapi mindset mak bapak ____________ (sila isi tempat kosong. 5 markah).



2020-11-09

Ramai nak hidup senang tapi taknak berkorban besar

IGS aku semalam.
Tak, bukan aku sentap.
Cuma terfikir, memang masih ada rupanya orang yang berfikiran cetek macam ni.
Yang anggap kebanyakkan orang yang berniaga ni kaya sebab masyarakat beli barang dorang.

Ya, aku tak nafikan orang yang berniaga, pendapatannya datang dari hasil berniaga.
Tapi, akal tu janganlah dangkal sangat.
Kita hidup zaman 'kereta terbang', takkan akal masih stuck kat zaman purba.
Especially bila yang kita kecam tu kalangan celebriti dan public figure.
Kau ingat dia jual 1 barang je boleh kaya ke?
Nama pun celebriti, belum tentu lagi bisnes dia yang menjadikan dia kaya.
Entah-entah job-job lain - jadi pengacara, jadi duta, buat review - ini yang menjadikan dia kaya.
Bisnes online tu ntah-ntah sampingan dia nak mengisi masa lapang.
By the way, kalau kau hasut orang jangan beli produk dia, belum tentu lagi dia jatuh miskin.
Tapi yang pasti kekal miskin adalah kau.

Some people anggap bila jadi orang yang terkenal ni senang, jual apa pun orang beli.
Ya, tak dinafikan begitu.
Itu memang wajar sebab bila dikenali, crowd pun ramai.
Tapi, jangan ingat semua crowd tu beli barang dia.
Followers 1 juta, yang beli maybe 400K orang saja.
Bagi kita 400K itu ramai, tapi bagi dia, itu sikit, not even half dari pengikut.

At the same time kena tengok sama, apa effort dia untuk kumpul crowd seramai tu.
Sebelum dia dikenali oleh seramai tu, dia juga pernah berada di tempat kita tak yang dikenali ni.
Lama mana dia pulun untuk sampai ke tahap tu
Apa usaha yang dia dah buat untuk sampai ke tahap tu?
Apa pengorbanan yang dia dah buat sepanjang nak berada di tahap tu?
Selalunya yang tu kita tak nampak, kita hanya nampak bila dia dah berjaya je.

I tell you, ramai orang nak hidup macam si anu tapi tak semua orang nak berkorban macam si anu.
Tak ramai yang nak lalui sleepless nights, being broke for a while, tebalkan muka buat macam-macam, belajar sana sini - tak ramai.
Tapi ramai nak hidup macam si anu.
Bila tak dapat life macam si anu - kecam.
Tak bolehlah macam tu, rezeki kita ni Allah bagi dalam 3 cara : 

[a] rezeki yang datang kerana kita cari (usaha)
[b] rezeki yang datang sebab Allah nak bagi
[c] rezeki yang datang sebab kita pernah memberi

Pilih, kita nak yang mana.
Formula Allah dah bagi.
Jangan kelebet berkat tak berkat rezeki orang, tengok dulu kita punya rezeki berkat ke tak.

Percayalah cakap aku, kebanyakkan orang yang mewah-mewah tu, dia tak fokus pada 1 kerja.
Dan selalunya kerja yang dia buat secara online bukanlah pendapatan utama.
Tidaklah semuanya begitu, tetapi kebanyakkannya begitulah.
Benda macam ni aku pun pernah kena tempiasnya, padahal tak mewah pun.
Masa buat biotech business, orang tak nampak struggle aku sebab kerjaya tu takde kena-mengena dengan dunia online aku pun, jadi aku jarang bercerita.
Kalau ada pun, aku cerita pi outstation sana sini, tapi intipatinya orang tak tau.

Until aku mula jual satu produk ni, eh tau-tau ramai pulak yang tumpang sakit hati.
Yang kata aku dapat special treatment dari HQ, yang kata aku dapat special price dari HQ, yang kata aku melobi founder, etc.
Ramai ingat aku KAYA sebab jual produk tu.
Masing-masing lupa agaknya aku juga ada kerja lain, dah hakikatnya kerjaya hakiki aku adalah pendapatan utama.
Tapi sebab aku jarang bercakap hal kerja, jadi orang dok ingat jual produk tu lah pendapatan utama.
Last-last aku stop jual that produk sebab aku ada banyak benda lain nak buat.
Dan aku percaya, walau aku dah tak jual that produk, tetap tak menjadikan orang-orang tersebut kaya-raya.
You know why? Because you have broke mindset.
Orang yang ada broke mindset susah nak berjaya, tapi kalau you ada rich mindset, walau you broke, you boleh berjaya.

Until now, aku masih run biotech business tapi lebih kepada custom projek, dan now aku join education business.
GreenAard tetap jalan, sebagai online business.
GreenAard ni aku suka buat sebab ini passion aku.
Aku suka educate people dengan ilmu yang aku tahu, jadi produk GreenAard adalah end product dari apa yang aku belajar dan aku tahu. Aku kongsikan pada customer.
Siapa yang follow IG aku tahu everyday aku bagi info tentang food science yang related dengan GreenAard.
Memang itulah cara aku buat sales dari zaman aku jual barang makmal dulu.
Aku tak suka fight harga. Aku tak menjual sebab harga. Aku lebih suka jual sebab teknikal.
Dan kelebihan tu buatkan aku dipelawa untuk join educational program and I'm loving it.

Janganlah kita hasad dan buruk sangka dengan kejayaan orang, kita tak berada bersama dia ketika dia berhempas-pulas membina nama, membina brand, membina syarikat.
Aku tahu apa effortnya membina personal branding - ini bukan satu malam punya kerja.
Ini kerja makan tahun - kena kecam, kena puji, kena lambung, kena hina - ini pakej.
Ramai yang giveup kerana ini.
Kebanyakkan celebriti yang gah sekarang, cuba kelebet balik history dorang zaman baru nak naik dulu, apa je yang dorang tak kena.
Dato Siti tu pun kena kecam macam-macam tau.
Ingat kalau berbekalkan suara sedap je boleh bertahan ke?
Berapa ramai penyanyi yang suara sedap, tapi berapa kerat bertahan?

Yang kita nampak ketika mereka dah gah.
Public figure and celebriti pun tak semuanya berjaya dengan bisnes, ramai je yang cuba bisnes tapi tak berjaya.
Kelebihan menjadi orang terkenal tak menjamin kejayaan dalam bisnes.
Kalau kita tak dapat support dari kawan-kawan, percayalah, celebriti pun tak dapat support dari kawan.
Yang support dorang mostly adalah peminat. Maksudnya crowd dorang.
Jadi, kalau kita tak dapat support dari kawan-kawan, jangan dok harap pada yang tu lagi.
Keluar. Keluar dari kelompok kawan tu, cari crowd lain. MOVE!

Hasad dengki ni kerja yang penat dan tak bagi hasil yang bermanfaat pun.
Ini penyakit hati yang "tertua" yang menjadikan iblis derhaka kat Allah.
Penyakit iblis inilah yang banyak diwarisi manusia sekarang.
Hakikatnya, kita semua saling terkait dan saling bergantung.
Tak ada yang betul-betul lebih tinggi atau lebih rendah, lebih beruntung atau tak di antara kita.
Yang membezakan cuma cara kita memandang dan menyingkapi setiap perkara.



Ini port baru aku. Cabang baru.
Yang aku bold tu adalah bidang aku.
Akan ada banyak projek di bawah program aku ni, termasuk Nutrition, insyallah.
Buat masa sekarang, semua kelas dibuat secara online.
Ada hikmah Covid-19 ni. 
Bila kelas dibuat secara online, participation dari luar negara pun masuk sekali.
Boleh masuk website tu dulu untuk usha-usha.
Nanti free time, aku cerita pasal ni.
Dah, aku nak masak.

2020-11-05

Mengemis


DM kat atas ni panjang, aku kerat-keratkan sebagai menghormati permintaan dia supaya hide some of the details.
Previous post aku tulis tentang orang yang 'mengemis' - mintak orang belanja makan, minta orang belanja baju.
Rupanya masih ada yang seronok dah tak bersalah hidup meminta-minta.
The things is, kalau nak meminta-minta, biarlah hidup tu selari dengan apa yang kita gambarkan.
Kalau kat media sosial bukan main gah lagi hidup padahal hidup realiti menyedihkan, untuk apa?
Inilah yang aku cakap, ada orang sanggup bergolok-bergadai nak menunjukkan kat semua yang hidup dia perfect walhal sesak.
Just like screenshot di atas, kawan kepada follower aku ni suka minta-minta derma kat member padahal kat media sosial bukan main gah lagi hidupnya.
Rupanya sedih!

Semakin banyak kisah-kisah macam ni ditonjolkan, semakin aku yakin dengan teori aku bahawa people like this TAK ADA ACHIEVEMENT dalam hidup. Dia sendiri tahu dia tak ada apa yang boleh dibanggakan.
Dia sendiri bosan dengan hidup dia yang takde peningkatan.
Sebab itu orang-orang macam ni perlukan material untuk ditayangkan so that dia boleh duduk satu level dengan orang yang ada great achievements.
Bagi dia, material melambangkan achievement. Tu pasal penting untuk dia tunjuk kat media sosial apa yang dia ada.
Biarlah lepas tu terpaksa 'mengemis', asal objektif tercapai.

To be frank people do not care about you.
Everyone is busy with their own life problems. Takde masa nak kelebet hal orang lain.
Lainlah kau celebriti, memang orang akan korek life kau 24 jam.
Kalau kau spesis marhaen, rentikanlah.
Tak kira seberapa kaya atau miskin kita, seberapa baik atau buruk kita, no one has any time to give a damn about you or your life.
Soon, orang akan lupa apa yang kau ada dan apa yang kau buat.
Just like kita naik pangkat, orang ucap tahniah menderu-deru, tapi setakat 1-2 hari je. 
Lepas tu takde dah.
Lama mana sangat orang nak kisah pasal kita.
Dorang akan lupa juga because everyone has to deal with their own lives and hence, no one ever remembers you forever, so tak payah la beria sangat.
Tak kiralah kita high achiever ke, under achiever ke, people forget everything.
At the end, dorang tumpukan pada live dorang juga.
Hidup kita ni hanya selingan dia je, jadi tak perlukan membebankan diri nak prove kat semua yang kita ada hidup yang hebat.
Kalau betul hebat lain cerita, ni yang aku cerita hat yang 'papa asal bergaya' ni.
Tak berbaloilah!

To some, maybe dia jenis yang ambil berat apa orang lain kata tentang dia.
Dia merasa ada keperluan untuk membuktikan pada cakap-cakap orang bahawa dia adalah begini dan begitu.
Realitinya, walaupun orang bercakap-cakap di belakang kita, they actually don't have enough time to get obsessed with us pun.
Dia cuma 'berselisih' dengan kita, kutuk sikit, pastu dia blah kutuk orang lain pulak.
Kalau kita constantly nak membuktikan hidup kita gempak, lama-lama kita dry.
Because people come and go.
Jangan sengsarakan hidup kita untuk impress orang lain yang tak willing to stay pun kalau kita susah.
Cuba fikir, kita sendiri pun tak kuasa nak follow hidup orang lain 24/7.
Same is the case with others as well.
At the end of the day, people don't care about you or your life.
Jalani saja hidup kita dengan cara kita, gaya kita, keselesaan kita.
Staying content is most significant.

Berbalik pada soalan follower ni "kenapa orang yang takde apa-apa yang paling suka show off?"
Ya, aku pun kadang pelik juga.
Agak aneh bila orang yang savings dalam bank pun takde RM10K, tapi dying to show off high-status goods sedangkan orang-orang yang MEMILIKI, cenderung diam and hidup dengan cara yang selesa.
Selalunya orang yang tak berduit sangat ni, bila tengok orang lain pakai 4 biji kereta, dia pun nak pakai 4 biji kereta.
Tengok orang tu tempah baju dengan designer, dia pun nak jugak.
The thing is, orang yang kaya tu hanya pakai 4 biji kereta sedangkan dia mampu pakai 14 biji.
Orang kaya tu hanya tempah baju dengan local designer sedangkan dia mampu hire Vera Wang datang rumah dia untuk ukur baju.
Walaupun mampu, dia pilih hidup dengan cara yang selesa, di bawah kemampuan dia.
Yang kita, tak mampu pun, hanya lepas nak membayar sepasang baju designer tapi macamkan ada 43 helai designer clothes kat rumah.
Bak kata omputih : When we don't have money, we feel the need to pretend like we do. When we do have money, we don’t feel the need to show it. In fact, as humans, we may actively go to hide it.

Tengok je Warren Buffet dengan  tokey FB.
They never felt the need to buy Rolls Royce in every colour pun sebab they are comfortable with who they are.
In fact dorang lebih berhati-hati dari menujukkan kemewahan [walaupun satu dunia dah tahu dia kaya] sebab nak mengelak dari orang mengambil kesempatan.
Bila suka tayang kemewahan, dengan secara tak lansung diri jadi famous. 
Bila famous, privacy pun hilang.
Sebab tu orang-orang kaya macam ni lebih low profile.

Kalau dah sampai kena 'mengemis' mintak orang belanja makan, belanja beli tudung, belanja baju - this is bad.
Baik stop update FB and IG, gunakan masa yang di-spend untuk mengupdate tu dengan kerja keras, cari duit lebih supaya tak perlu 'mengemis'.


2020-11-03

Kalau sebelum kahwin pun dah macam ni..

Halah halahhhhhh.
Aku macam pernah biasa dengan kebodohan sebegini, tapi 25 tahun lepaslah.
Tak sangka bukan aku sorang yang dapat 'penyakit' ni.

Orang yang tak melalui relation macam ni memang senang nasihat macam-macam, tapi yang berada dalam perhubungan tu memang bukan mudah nak terima nasihat semua ni.
Sebab tu aku pilih untuk malas nak ulas bab-bab percintaan penuh drama macam ni.
Aku lebih suka bercerita pengalaman aku. Tak jauh beza pun jalan ceritanya.
Aku pun macam tu juga dulu, nasihat-nasihat ni semua tolak tepi.
Bukan kerana nasihat tu semua tak boleh pakai, tapi bila kita melalui situasi tu, kita ada perspektif yang berbeza.

Kalau baca confession budak ni [screenshot], memang akan rasa "Apelah bodoh sangat kau ni. Dah terang-terang nampak dia mengikis!"
Aku tak terkecuali. Rasa nak bagi pelempang je biar budak pompuan ni sedar.
Tapi, itulah aku dulu.
Cuma dulu kawan-kawan aku tak teringat nak tampar aku.

Orang tengah bercinta jarang nak dengar nasihat.
Memang kena bagi dia merasa dulu, dah terkena esok pandailah dia sedar.
Aku dulu macam tu lah. 
Padahal dalam hati dah berkata-kata sendiri "Apesal asyik aku je kena bayar padahal dia yang nak makan sedap?"
Tapi itulah yang dikatakan "cinta itu buta".
Walaupun hati merungut-rungut sendiri, dalam masa yang sama hati itu juga berkata "Jangan berkira sangatlah, kata cinta!". Aagitewwwwww.

Ok, ini pandangan peribadi.
Aku tak kata semua, tapi dari pengalaman sendiri, dan observation cerita cinta orang lain, salah satu sebab orang bercinta payah nak terima nasihat adalah kerana mereka tak hargai diri sendiri.
Peopel like this dah biasa kena tindas, dah biasa dipergunakan, dah biasa dibuat main-main, so to the, [to me actually] kalau terkena lagi sekali [dipermain-mainkan], they can handle well.
At least itulah yang aku rasa dulu.
Disebabkan dah lali jadi bahan gelak orang, ditindas, dah biasa dimain-mainkan, aku jadi kental.
Dah tak kisah kalau kena tinggal dengan pakwe sebab rejection tu dah biasa sangat aku lalui.
Bukannya aku tak nampak the relationship tu toksik, tapi aku nak give it a try.
Nak merasa apa rasanya bercinta, apa rasanya ada boifren, apa rasanya ke mana-mana ada orang teman.
Bukan desperate, tapi lebih kepada nak merasa.
To me, kalau jadi, alhamdulillah. Kalau tak jadi, takpelah.
Umpama orang berbisnes, dah tau sales kau tak hebat mana, tapi dek kerana nak tunjuk kat semua yang kau berjaya, kau banyak duit, maka kau sanggup spend banyak untuk membuktikan kau hebat.
Orang macam ni tak value his business, just like orang yang ada hubungan cinta toksik tadi.
Dah tau company takde duit, dek nak membuktikan dia success, maka sanggup perabiskan harta.

Dulu aku cuba untuk mengubah dia [ex] untuk jadi lebih baik.
Bukan kerana aku baik, tapi aku tahu dia ada 'masalah', jadi aku cuba nak ubah dia.
Taknak ubah semua, cukup sekadar ubah perangai yang aku sendiri rimas tengok.
Tapi some people memang tak nak keluar dari kebiasaan lama.
Sebaik mana kau layan dia, sebanyak mana kau spend untuk dia, tak membuka mata dia pun.
Takde kesedaran.
Dia hanya sedar bila kau angkat kaki.
Bila dia tahu dia takkan dapat orang sebodoh kau yang ikut kehendak dia 24 jam, masa tu menyembah kau pun dia sanggup.
Just like budak pompuan ni cakap, bila kena tinggal, the boifren cari dia merata-rata.
The thing is, boifren tu bukan cari kau sebab dia sayang kau, tapi kerana apa yang kau boleh provide him.
Maybe ada la sikit-sikit rasa sayang [which aku doubt].
Aku ni kalau ikut hati, nak je aku susun cerita detail demi detail apa yang ex aku kikis dari aku supaya korang lebih faham apa yang aku nak sampaikan tapi aku takde mood hari ni nak membawang besar-besaran hari ni.

Masa aku couple dengan En Wan, ada satu masa tu dia tak boleh nak contact aku selalu sebab waktu tu scholarship belum masuk sedangkan ada yuran-yuran yang nak kena bayar.
Dia terus-terang bagitau tak dapat nak call and tulis surat kerap sebab dia kena kerja, perlu cari duit nak bayar banyak benda.
Sikit pun dia tak mintak "Apa kata Di yang call Wan". Takde.
Walaupun aku bengang sebab dia macam tak pedulikan aku, tapi at least dia tak membebankan aku.

Tapi ada orang, bila dia nak makan sedap, dia gamak bagitau "Teringin nak makan sekian sekian sekian tapi takde duit".
Apa maknanya tu?

Nak beli baju takde duit tapi sibuk nak masuk fitting room.
Lepas tu tanya ok tak baju tu dia pakai.
Bila aku cakap "Belilah", dia kata "Tapi takde duit".
Dah tu yang gatal pi try macamkan kau berduit dah kenapa?
Aku kalau takde duit, takde de aku men-try baju. Pegang-pegang pun tak.
Itu bezanya orang sedar diri dengan tak sedar diri.

Tapi tu lah kan, yang bodoh tu tetap akulah sebab aku sanggup fulfilled kehendak dia sampai dia jadi lemak. 
Bila dia dah naik lemak, aku pulak yang tak tahan.
Walaupun kawan-kawan aku penah nasihat apesal nak kena spend banyak untuk dia, tapi bak aku cakap tadi, orang tengah bercinta payah nak dengar nasihat.
Cinta itu buta, jadi kau kena bagi penampar supaya dia celik.

Come to think of it, kalau dah sampai menagih simpati mintak orang belanja makan, mintak orang belikan baju, that person hidupnya jauh lebih tenat.
Orang sebegini bukan hanya ada masalah takde duit tapi ada masalah dengan hidup dia secara total.
Hidup dia menyedihkan, yang menjadi punca kenapa dia jadi macam tu.
Aku tak percaya orang macam ni boleh berubah.
Mungkin dia boleh berubah tapi bukan dengan kita, mesti dengan orang lain.
Dengan kita dia dah boleh 'makan', jadi lupakanlah nak suruh dia berubah. Sorry, aku tak percaya.

Aku anggap aku buat langkah yang bijak untuk tinggalkan dia.
Walau pun keputusan aku tu kelihatan keji dan kejam, lantaklah.
Patutnya lagi awal aku buat tapi lambat sedar, takpelah.
Aku lega dah keluar dari hubungan yang toksik tu.

To this lady yang ada masalah yang sama, aku harap dia jumpa someone yang hargai dia.
'Hargai" tu tak semestinya tabur dia dengan kemewahan atau dengan pujian-pujian 24 jam, tetapi orang yang tak membebankan dia.
Cukuplah dapat pasangan yang tak membebankan kita dengan tanggungjawab yang bukan-bukan.
Sebelum kawen pulak tu.
Kalau sebelum kawen dah gitu perangainya, apa jaminannya lepas kawen dia berubah?


2020-10-30

Jujur dengan intention



Cerita lama. Tahun lepas.
Tapi aku baru tersedar yang aku tertipu.
Eh, tak. Sebenarnya aku belum pasti lagi ini cerita tipu atau betul.
Sebab last month, among kawan-kawan ada yang cerita pasal ni "Akhirnya dia dapat PhD betul-betul".
Dan aku pun merasa kagum kejap dengan Azizan Osman sebab akhirnya berjaya jadikan all negative comments menjadi pembakar semangat.
Ini baru betul pakar motivasi!
Lepas tu plot twist, kawan aku bagitau ini pun FAKE juga rupanya. Adehhh!

Aku tak buat reading lagi pasal ni, tentang macamana dorang boleh tahu PhD yang paling latest ni also a fake certificate.
Ada la tu agaknya yang dah buat pencarian. Kalau betul, good job.
Kalau Azizan kantoi lagi this time, entahlah, maybe betul dia ni seorang yang persistent.
Kegigihan dan kecekalan dia mendapatkan "PhD" tu wajar dicontohi.
Tapi, persoalannya, UNTUK APA?
Untuk apa dia nak dapatkan PhD tu. Untuk apa nak pakai title Dr tu.
Kat situ yang aku tak faham. Untuk apa?

Bagi aku, tak ada keperluan.
Aku sendiri tak nampak apa keperluannya ambil PhD sampai 7-8 jenis kalau dah ada own company, dah run the business.
Kalau kau nak ambil pekerja yang ada PhD, that's ok.
Tapi kalau as business owner, kau dah hala tuju yang pasti dah kot, seriously aku tak nampak keperluannya, kecuali ada requirement yang kita kena follow.

Dalam subjek Food Safety and Assurance, kebanyakkannya lecturer adalah dari kalangan orang-orang industri yang tak ada title Dr pun.
Kalau ada pun hanya 1 pensyarah universiti yang sama-sama mengajar subjek tu.
Yang tu standardlah, sebab itu program Universiti of course lah dia letak tenaga kerja dia sendiri, tetapi yang mengajar kebanyakan topik tu nanti adalah orang-orang industri sendiri.

Why?

Sebab hanya orang yang ada dalam industri yang berpengalaman dalam food safety, yang duduk universiti mana hands on proses dalam food safety.
Lecturer lebih arif dari sudut teori tetapi practical-wise memang orang dalam industri.
Disebabkan mereka berpengalaman, mereka dijadikan Adjunct Fellow [ala-ala Adjunct Prof] untuk megajar.
Jadi, aku tak nampak apa tujuannya orang macam Azizan Osman nak ambil fake PhD.
Dia ada banyak testimoni kejayaan kot.
Bersepah-sepah testimoni katanya boleh buat ramai melayu jadi jutawan.
So kalau kau betul-betul bagus, ramai yang nak ambil kau jadi tenaga pengajar untuk share ilmu.
Tak perlu pakai title Dr pun.

However, kalau nak sambung belajar for personal fulfillment, go ahead, tetapi buatlah cara betul.
Kata nak personal fulfillment, why not ambil course dengan cara yang diiktiraf, kemudian masuk kelas, belajar, buat assignment, buat case study, buat kuiz, buat projek, kemudian grad.
Itu barulah kekdah yang betul.
Ini nak dapat recognition tapi buat cara back door.
Sebenarnya nak personal fulfillment ke, nak show off?

Memang seronok kalau dapat sambung belajar, especially untuk orang yang tak ada peluang untuk sambung belajar sewaktu muda.
Dulu sibuk membina kerjaya, now bila kewangan dah stabil, business dah boleh serah ke staff untuk jaga, masa pun dah banyak, teringin pula nak sambung belajar.
That's good! Aku suka semangat ini.
Aku sendiri suka enroll diri aku untuk dapatkan profesional certificate, some ambil masa 10-12 minggu.
Kena buat assignment, kena buat presentation.
Penat, tapi sebab aku nak, jadi aku buat.
Dulu aku ambil certificate not only to get myself certified oleh badan bertauliah tapi sebab aku ada GreenAard, jadi aku perlu tambah ilmu. 
Now aku dah slowly nampak kat mana profesional certificate ni bawa aku.
Aku dah start dapat invitation untuk bagi talk tentang Halal in Biotech, Issues in Food Safety, and Public Health.

Aku takde title Dr, dan certificate aku semua tak membawa apa-apa title. Hanya ilmu.
Tapi percayalah, kalau kita honest dengan intention kita menuntut ilmu, insyallah akan datang banyak peluang kepada kita.
Tak perlu nak purak-purak dapat PhD padahal kau tak lalui pun the process.
Tapi kalau ada peluang sambung belajar, why not!
Sambunglah sampai PhD, complete the learning circle. Lebih baik.
Sebab aku faham, ada orang keinginan untuk sambung belajar cukup tinggi.
Dulu hanya ada SPM, bukan tak pandai tapi duit tak ada.
Now duit ada, tapi masa pula takde.
Tapi janganlah kerana kekangan masa kita jadikan alasan untuk beli sijil.
Banyak program doploma, bachelor, masters yang khas untuk golongan bekerjaya, dan diiktitaf oleh universiti.
Tinggal nak dengan taknak je.

Bak kata Confucius - "Do not be concerned that you have no position, be concerned that you have what it takes to merit a position. Do not be concerned that no one recognises you, seek that which is worthy of recognition".

To be fair, memang nowadays, it is all about show.
Kalau tak tunjuk, orang tak tau.
Kalau orang tak tau, nanti orang pandang lekeh.
Maybe itulah yang jadi punca kenapa ramai yang beli sijil, sebab nak gain trust dari orang lain.
Kerana di zaman sekarang, menjadi cantik saja tak cukup, mesti pandai.
Dah jadi pandai pun belum cukup, mesti jadi kaya.
Dah kaya pun belum memadai, mesti ada title.
.....sambung lah kau sampai bila pun tak habis.
Susah nak cari makan sekarang ni, semua benda kena perfect.
Tu pun belum tentu lagi orang kagum, kalau perfect sangat silap-silap kena kecam. Pun boleh.


2020-10-28

Perempuan dan Persaingan


Mula-mula aku nak korang baca conversation ini. Dari DM aku.

Aku tak berapa kisah sangat bab overweight tu sebab overweight di pandangan mata orang adalah subjektif.
Yang aku tak berkenan tu bab mengejek, perli, dan asyik meng-compare berat badan.
Kalau ada yang tak tahu, ini adalah ciri-ciri orang insecure.
Maybe dorang ni membesar dalam persekitaran atau keluarga yang suka membanding-bandingkan dorang dengan orang lain.
Orang yang perangai gini, sebenarnya dorang membesar dengan situasi diri dorang selalu dibandingkan dengan orang yang lebih baik.
Dorang tak biasa dipuji, boleh jadi kerana orang-orang terdekat tak endahkan kewujudan dorang, ataupun dorang memang lack of many things.
Generally people like this tak ada keyakinan pada diri sendiri, they need to blow out people's candle in order to make their's shine brighter.

"Gemuk sikitlah kau sekarang.."

"Mak aiiii, bukan main bulat lagi pipi kau!"

"Apesal sihat sangat ni?"


Seriously, aku tak berkenan dengan orang macam ni.
Selalunya orang-orang gini, aku buat bodoh je.
Especially kalau dia bukanlah dikalangan kawan rapat, aku buat dek.
Aku anggap je la dia nak mengendeng, as if dia kenal rapat dengan aku.
Eloklah, semoga dengan pikap line tu dia sedar kenapa dia tak pernah jadi kawan rapat aku.
Kalau orang macam ni adalah di kalangan followers, lagi senang kerja aku, takyah reply terus.

Semakin kita membandingkan diri kita dengan orang lain, hanya menyerlahkan rendahnya keyakinan kita.
Ini memang 'rumus' biasa.
Orang yang tak ada konfiden dengan diri sendiri of course akan justify it.
Caranya, dia akan create false image pada orang lain do that orang tu nampak lagi teruk dari dia.
Padahal dia pun gemuk juga, tapi maybe bagi dia "Aku memang dari dulu pun gemuk tapi badan aku maintain tak berubah, Kau tu dulu kurus, sekarang gemuk. Maknanya kau semakin teruk, sebab tu aku tegur kau". You get me?

Orang yang tak sedar diri gini lain kali kau reply "Ha'ah, aku dah gemuk sekarang. Kau tak berubah-ubah dari dulu sampai sekarang maintain. Macamana kau buat sampai boleh maintain gemuk gini?"
Biar dia tahu di pandangan orang lain, dia juga gemuk.

Aku bermula dengan UNDERWEIGHT.
Gambar belah kanan tu adalah antara gambar terawal aku di blog.
Kalau nak ikutkan sebelum kawen dulu berat aku 41kg, jauh lebih jerangkung dari tu.
Bila orang kenal kau semasa kau underweight, automatically bila berat badan kau dah jadi ideal weight macam sekarang (gambar tengah), SEMUA ORANG akan cakap kau dah gemuk sebba kau pernah terlajak kurus.

What if kalau orang kenal aku semasa aku OVERWEIGHT (gambar kiri)?
Dah tentu sampai sekarang tak berenti orang puji aku dah kurus, padahal gambar kanan atas ni sama je beratnya dengan gambar tengah atas tadi.

This is TRUE story aku tau.
Memang ada je yang tegur "Gemuknya sekarang! Tembamnya pipi sekarang!"
Tapi luckily yang menegur aku ni pun bukannya aku kenal sangat, jadi aku buat dek je.
That's why aku cakap 'gemuk' ni subjektif.

Ada orang membezakan kita sekarang dengan kita yang dulu.
Ada yang membandingkan kita dengan dia.
Ada juga yang membandingkan diri kita dengan orang disekeliling kita.
Contoh, kau berada di tengah-tengah kelompok model bersaiz S, yang kau size M.
Otomatik akan nampak kau gemuk punya.

Bab pipi lagi best, tapi aku boleh consider lagi sebab bukan semua orang mendalami ilmu sains.
Some of them tak tahu yang pipi tends to be one of the first parts of the face yang akan berubah bila umur meningkat.
To some people, semakin berusia, fat di pipi jadi lebih visible walaupun dia tak put on weight.
Sebab tu ada orang tak suka selfie sebab muka dia macam pinggan padahal pinggang bak kerengga.
Apetah lagi kalau dulu underweight, now ideal weight, dah tentu pipi sekarang lebih tembam dari zaman underweight. Itu lojiklah.
Takkan badan naik berat, muka maintain the same.
Lagi satu lagi, bila umur meningkat, facial muscle dan bone structure turut berubah.
Muka boleh nampak lebih full.

'Wanita vs Competition' memang tak boleh dipisahkan, especially di kalangan perempuan yang takde great achievement.
Takde apa yang dia nak proud dengan diri sendiri, jadi dia pick small-small things like jari siapa lagi gemuk, pipi siapa lagi tembam, dagu siapa lebih runcing, betis siapa lagi besar....
Kelompok yang discuss small-small things like this kita boleh bajet apa je lah vision dia selain dari suka berdengki, membandingkan dan menjatuhkan antara satu sama lain.
Istilah persaingan sihat tu tak pernah ada.
Dorang nak menang sorang, famous sorang, berjaya sorang.
Dan selalunya orang macam ni susah nak menang, payah nak berjaya dan tak terkenal pun.
I mean bukanlah tak terkenal dalam erti kata dikenali ramai tapi orang tak endah.
Takde sape kesah pun pasal dia.
Tu pasal dia berusaha nak highlite diri dengan dengan cara mengkondem dan menjatuhkan orang lain.