2020-12-03

Diskaun dengan Allah

2 hari lepas aku post gambar aku ke umrah.
Aku tulis patutnya bulan ini aku sekeluarga plan ke umrah.
Memang dah plan akan bawa Redza and Rayyan lagi sekali, sebelum Redza SPM tahun depan.
Apakan daya, takde rezeki nampaknya tahun ni.
Boleh jadi Allah suruh taubat banyak-banyak dulu.

Then aku dapat DM ni.

Sebenarnya, ikut pemerhatian dan pengalaman aku, ustaz-ustaz memang "kasar" bab menegur pasal ibadat. 
Actually bukan kasar mana pun, cuma pedih sikitlah bila mendengar tu.
Masa blaja basic dulu dia memang berlembut, tapi bila dah tengah-tengah tu memang panas sikit kalau kena sound.
Tidaklah kasar, cuma pedih tu ada.

Umpama cikgu-cikgu kita di sekolah, awal-awal tahun cikgu blom garang lagi.
Dah tengah-tengah tu, especially nak dekat exam, yang kau masih tak faham-faham lagi perkara yang sepatutnya kau dah master, haaa memang memintak namanya.
Umpamanya begitulah.

Berbalik pada soalan tadi, aku pun bukannya ahli dalam perkara ni.
Setakat nak share apa aku belajar tu bolehlah sikit-sikit.
Kalau penjelasan aku tak mencukupi, boleh try tanya yang lebih arif.

Nombor satu
"Dan musibah apapun yang menimpa kamu adalah kerana perbuatan kamu sendiri" [Asy Syuura 30].
Ok ini petikan Quran.

Nombor dua
Cerita yang sahih, tapi aku lupa riwayat mana, boleh semak kalau rajin.
Tentang seorang lekai yang mengadu pada Hasan Al-Basri dia susah nak bangun solat malam (Tahajjud), lalu Hasan jawab "Kerana dosa-dosamu mengikatmu".

Dua contoh ni bukti bahawa terhalangnya kita dari melakukan ibadah adalah kerana dosa-dosa.
Tak dinafikan ada penyebab-penyebab lain, contohnya terhalang dari melakukan umrah kerana Covid-19, atau kerana sakit, atau kerana tak berkemampuan financially.
Tetapi sebagai hamba, kita kena akui boleh jadi ada dosa kita yang masih belum kita minta ampun yang menjadikan kita terhalang ke tanah suci. 

Bagi aku, itu adalah "teguran berhemah" dari Allah.
Kalau orang tanya "Apesal tak jadi ke umrah?", at least kita boleh jawab "Anak aku sakit, nak pakai banyak duit", atau "Cuti aku tak lulus".

Walaupun kita kecewa tak dapat ke umrah, tapi jauh di sudut hati kita rasa lega sekurang-kurangnya ada alasan yang konkrit untuk justify kenapa kita tak dapat ke umrah, betul tak?
Kerana berapa kerat yang sanggup cakap "Dosa aku banyak, Allah suruh aku taubat dulu agaknya".
Manusia memang berat untuk akui dia banyak dosa.
Fitrah manusia memang suka memenangkan diri sendiri, termasuklah aku.
Memang Allah itu Maha Penyayang, dan sifat penyayang itulah Allah pause kejap kita ke umrah supaya kita boleh mempersiapkan diri dengan ilmu yang lebih, dengan taubat yang lebih, sebelum ke sana.
Takkanlah 3 kali ke umrah kita masih nak bawa amal solat yang hanya gitu-gitu, hafazan yang sama tak tambah-tambah, sedekah yang masih sama sejak sebelum umrah yang dulu.
Inilah sebenarnya peluang kita bermuhasabah.
Allah nak our next visit ke rumahNya, kita tak sama macam visit yang lepas. 
Supaya kita datang ke sana dalam keadaan yang jauh lebih baik.

Bak kata seorang ustaz "Dulu bila ditanya kenapa tak nak belajar agama, jawabnya tak ada masa sibuk kerja"

"Bila ditanya kenapa tak solat malam, jawabnya penat menguruskan hal kerja dan rumahtangga seharian".

"Bila ditanya kenapa susah nak mengaji, jawabnya tak jumpa masa terluang"

Nah! Allah bagi penyakit yang beberapa bulan dulu kita semua tak dibenarkan berkerja.
Terlampau banyak masa Allah bagi.
Tetapi, ada tambah hafazan kita?
Ada tambah bacaan Quran kita?
Ada tambah ke solat sunat kita?

Tak jugak. 
'Kita' tu aku lah. Bukan orang lain.
Entah apa lah justifikasi aku untuk itu kan?

Manusia memang always ada justifikasi bila masuk bab ibadah, dosa dan pahala.
Kita always ada 'diskaun' yang kita letakkan pada diri sendiri untuk bab-bab ni.
Urusan dengan manusia pun kita suka minta diskaun, urusan dengan Allah pun kita nak diskaun juga.

Ya, aku jugalah tu. Bukan orang lain.