2016-10-27

Ho Chi Minh 2016 - Part 2



Good Morning HCM!
Jumaat pagi, masih belum ramai orang Malaysia kat sana. Tunggulah petang karang, sesak!

Jumaat, kitorang ke Sungai Mekong.
Perjalanan dalam 1 jam setengah.
Tu pun kira laju dah sebab bergerak sendiri.
Kalau join the bus, memang lambat. Sebab katanya, yang bus tu gerak lagi pagi dari kitorang tapi tetap kitorang sampai dulu.

Disebabkan kali ni ke sana angkut budak-budak sekali, jadi En Wan dah prepare siap-siap segala Milo, susu kotak, jajan untuk anak-anak dia. Separuh beg penuh dengan makanan anak-anak dia je.



Food kat sana, kalau halal, dah lama aku sapu licin, sebab boleh tahan banyak gak pilihan.
Elok gak duduk hotel takde halal food ni.
Reti pulak tekak aku pagi-pagi mencekik buah. Kalau tak tu asik nak nasik lemak paru je.

Oh, kat sana aku stop ambil GreenAard.
Tak sanggup aku kena leter dengan En Wan kalau asik nak benti cari jamban.
Kali ni ke sana banyak bergerak, perjalanan pun jauh-jauh.
Toilet awam memang takkan jumpa lah yang ada air melainkan kau masuk hotel.
Jenuh karang nak cari jamban ada air. So better jangan makan GreenAard buat sementara waktu.


Seb baiklah ada banyak roti kat sini.
Kenyang jugak lah mak bapak aku.


Percaya atau tak, bermula dari 3 hari breakfast buah je kat sana, sampai ke hari ni, hari yang ke-7 aku masih tak sentuh nasik lemak lagi. Naik seronok pulak mencekik buah. Tapi sambal paru tetap layannnn. 




Perjalanan ke Sungai Mekong ni keluar dari bandar HCM.
Separuh perjalanan lalu hiway.
Hiway dorang kejap aje, 48km. Tak macam hiway kita. Hiway kita jauh sangat lah cantik.
Hiway dorang biasa-biasa je, cuma selesa lah sikit, jalan lebih besar and boleh tekan minyak lebih sikit.
Hiway dorang 48km = RM12. Mahal okeh.
Ni kalau kerajaan buat kat Malaysia, mampus terbalik hiway tu rakyat kejekan.

Menghala kat sana, banyak sawah pagi, jagung and tebu.
Ekonomi sana memang pertanian jadi tak heranlah kalau kebanyakkan penduduk berkebun.
Masa lalu kat sawah-sawah ni Mak Aji tanya tourist guide tu "Apa benda yang batu-batu kat tengah sawah ni? Kunci air ke? Takkan banyak sangat?"

Rupanya kubur.
Kat sana, kos pengebumian mahal sangat, jadi siapa yang ada tanah sendiri, macam sawah ke, kebun ke, dorang tanam kat tanah sendiri je.

Pastu Mak Aji tanya lagi, "Tak berair ke kubur kalau tanam kat sawah?"

Rupanya kubur dorang ni tak dalam macam kubur Islam.
And satu masa nanti akan dibukak semula untuk tanam tulang kat tempat lain.
Maybe lah kot sebab tu kubur nampak tinggi-tinggi.
Agaknya memang tak masuk dalam tanah, tapi dibuat batu je.


Kitorang singgah kat 'RnR' ni.
Sebab ini lah satu-satunya perhentian yang toiletnya ada air and hose.
Tempat lain, ada tisu je.
Jadi kalau mana-mana group menghala ke Sungai Mekong akan stop kat sini untuk pi toilet.
Kat sini pun aku sembat rembat barang. Mujur berhenti 1 kali je. Kalau 6 kali benti, 6 kali poket aku rabak.


Ni lah coaster kitorang, selesa.
Siap ada nama En Wan lagi kat depan.




Aku ni punyalah takut nak beli barang, beli yang kecik-kecik je. Karang beli banyak-banyak kena sound ngan En Wan pulak. Eh sekali dia yang lebih.
Dia beli buai ni siap dengan besi-besinya sekali. Murah, cuma RM100.
Kat dalam Pasar Ben Thanh, RM180. Memang katanya kedai-kedai kat area luar dari HCM lebih murah sebab bukan tempat tumpuan utama jadi dorang taknak mark up harga tinggi sangat. Pak Aji pun rembat seketul jugak. Tu konfem jadi tempat persenggayutan kalau cucu-cucu balik serentak.



Ni kat jeti Sungai Mekong.
Aku tak sure kalau musim cuti if tempat ni akan jadi lebih sesak. Time aku pergi tu, boleh tahan ramai jugak lah orang. Tak ramai melayu aku jumpa kat sini. Bak kata En Wan, orang melayu ramai datang HCM sebab nak shopping je. Kat sini ramai orang tempatan and mat saleh. Biasalah, mat saleh kan suka tempat-tempat macam ni.

Again, bersyukur sebab ambik pakej private.
Sampai-sampai je, terus naik bot sebab pakai bot persendirian. Naik je, terus jalan.
Kalau tak, kena tunggulah kau dalam bot sampai bot penuh baru jalan. Mana yang ada anak kecik, kesian. Melalak-lalak kepanasan.

Yang pakai topi Saigon tu tourist guide kitorang.



Walaupun pakej private, ko jangan expect dapat bot indah ya. Takde makna.
Bot dia lebih kurang macam bot pi Seberang Takir je.
Cuma bezanya kau takyah bersesak dengan group lain.
Selesa lah berjalan macam ni kan. Nak memekak atas bot pun takde lah rasa bersalah sangat sebab keluarga-keluarga kita je.
Yang penting, bila naik private bot ni, explanation tourist guide tu lebih jelas and efektif.
Hari tu, dia duduk depan aku, jadi puas hati macam-macam benda aku tanya.

Bila dia cerita pasal delta ini, delta itu, delta ini buat tanaman apa, delta itu buat tanaman apa, aku terasa kalaulah masa aku sekolah dulu bapak aku bawak aku pi sini, mesti senang aku paham. Mesti Geografi aku tak fail.



Orang perkampungan seberang sangat suka bila pelancong Malaysia datang katanya.
Sebab dah beberapa tahun ni, setiap kali bulan puasa akan ada beberapa orang Malaysia yang kaya-raya bagi free food sepanjang bulan Ramadhan kat kampung ni.
Sampaikan dorang gelar jambatan ni - The Mekong Penang Bridge.



Port pertama bila sampai ke seberang adelah menikmati fresh honey dengan teh hijau bersama perahan limau nipis dan taburan bee pollen.
Lepas tu setiap orang dibagi makan royal jelly.

Sebenarnya kat sini takde apa yang special pun, sabit dorang nak tunjuk ladang ternak lebah. Tapi kitorang taknak pergi. Karang kena sengat tak pepasal. Jadi disebabkan tak masuk ke ladang, kitorang lepak je la pekena teh madu.

Dorang jual 6 botol madu = RM100.
Tak jual sebotol-sebotol sebab murah sangat.

Kalau nak beli royal jelly, 6 ketul = RM200 + free 1 botol madu,
Aku beli half ni share ngan Mak Aji.
Saje aku nak test kat muka, ok ke tak.
Kalau ok, bolehlah start pikir nak buat formula baru lepas tu. Setakat hari ni, aku belum guna lagi. Mana aku letak bendalah ni pun aku lupa sebab ada seketul lagi bag belum unpack.


Inilah rupa campuran madu + bee pollen.
Masa ni belum ditambah teh dengan limau nipis lagi.
Bee pollen ni bagus untuk kesihatan tapi bukan semua orang boleh ambil, especially yang ada allergy.

Kalau tanya aku apa yang specialnya kat sini - nothing.
Untuk kita Malaysian, takde apa yang special sebab tempat kita pun ada semua benda-benda ni.
Kalau omputih maybe this is something for them.
Bak kata Pak Aji "Kita beli madu tu sebab kita nak tolong".



Lepas pekena madu, kitorang berjalan untuk pegi next stop, iaitu makan fresh fruits sambil dengar lagu-lagu tradisional. Untuk orang Malaysia, view kat kampung ni biasa-biasa je, sebab kampung nenek aku pun ada macam ni setakat atap dari daun nipah, pokok kelapa gading, pokok ciku. Jadi takde apa yang special. Kalau orang Jepun kat belakang nun memang seronok lah masuk kampung ni sebab something yang jarang dorang nampak.


Segar bugar sangat buah-buah ni semua. Mangga tu ya ampun sangat manisnya. Kat sana dorang makan buah cicah kacang tumbuk. Yang anak aku kunyah kacangnya je, buah tak makan.



Tempat ni cuma tempat nak lepak makan buah je.
Persembahan pun amateur, maybe dari kalangan orang-orang kampung tu je.
Masa persembahan tu dia letak bakul untuk derma seikhlas hati.
Mungkin itulah punca pendapatan dia. Bagi je lah berapa-berapa.



Ni En Wan rekod 2 penyanyi je. Ada lagi 2 penyanyi kot tak rekod sebab bateri nak habis.
En Wan dok ulang-ulang part lelaki tu nyanyi, dia kata macam Ahmad Maslan.




Lepas dengar nyanyi, patah balik ke port, tapi kali ni ikut jalan lain.
Dia bawak kitorang naik sampan lah pulak.
Sungai ni katanya dah tak digunakan lagi padahal dulu masa zaman perang, penduduk gunakan sungai ni sebagai 'jalan dalam'. Jadi now dorang guna balik sungai ni untuk bawak pelancong.
Merasalah aku naik sampan.

Maybe inilah yang special sikit untuk aku.
Untuk yang tak pernah naik sampan, atau tak pernah merasa merayap dalam semak, ini pengalaman yang best.



Aku cuak je time lalu sini.
Mana tau sekali naik buaya ke, ular jatuh dari pokok ke.
Patut la dorang suruh pakai topi mengkuang tu. Ko ingat nak bagi kau feeling-feeling orang Saigon?
Tu nak cover kepala kau jangan bagi daun nipah hempap atas kepala je.



Takde la jauh sangat perjalanannya tapi sebab cuak, jadi terasa lah jauh.
Senyap sepi si Rayyan duduk dalam ni. 
Tak nampak muka Rayyan dalam gambar ni, nampak topi je.
Yang belakang tu tourist guide.

Dinasihatkan sediakan duit. Sebab nanti tourist guide akan mintak korang hulur-hulur sikit dalam RM5 kat pengayuh sampan tu. Jadiklah. Itu je la agaknya dia nak dapatkan rezeki untuk makan anak-beranak.



Turun dari sampan, dalam perjalanan balik ke jeti, singgah tempat buah gula-gula kelapa.
Boleh nampak lah kat perkampungan ni semuanya serba sederhana lagi. Segalanya masih pakai alatan tradisional. Agaknya dorang pun buat bisnes ni untuk dijual kat pelancong, jadi tak berbaloi nak pakai mesin-mesin. Sedap gak gula-gula kelapa ni.




Balik semula ke tanah besar.
Dalam bot kitorang dibagi minum air kepala. Kopek depan mata tu. Fresh.
Masa on the way balik tu boleh nampak lagi dorang masih lagi gunakan kapal untuk angkut batu and pasir. Patut lah sepanjang jalan aku tak pernah nampak lori pasir ke, lori angkut batu ke, apetah lagi lori balak. Rupanya masih gunakan sungai. 




Pakej ke Sungai Mekong ni datang dengan lunch.
Kat sana Muslim bukan kaum majoriti, apetah lagi bila kita pergi kawasan bukan tumpuan utama macam bandar HCM, memang payah lah nak jumpa Halal Restaurant.
Jadi apa yang dorang buat, disebabkan pakej tour ni wujud, maka dorang pairkan sekali dengan halal lunch. Jadi secara tak lansung, dorang wujudkan satu tempat untuk jamu lunch pada orang yang ambil pakej halal ni.

Bukan restoran, just a shoplot yang dia jadikan dining hall.
Dalam tu dah tersedia beberapa buah meja yang disusun according tu pakej on that day.
Macam hari tu, ada 3 group. Aku and family satu group. Siapa sampai dulu, dia start makan dulu, sebab makanan memang dah terhidang.
Takyah demand nak mintak menu yang takde atas meja like telur dadar ke apa ke, ok? Sebab yang tu bukan restoran. Dia boleh provide teh and kopi tapi bayar asing.
Air yang dah masuk dalam pakej adalah apa yang ada atas meja je.

Not bad.
Nasik putih boleh mintak tambah, takde masalah. Panas-panas lagi.
Ada sup sayur feveret aku, telur masin, ikan bawal goreng garing, ayam masak sos tiram, and buah tembikai.

Tempat solat pun disediakan.
Senang cerita, sekali jalan settle kat situ je.

Wifi?
Ada.



Lepas tu, kita patah balik ke HCM tapi sebelum masuk HCM kita singgah kilang kain, kilang tudung and kilang telekung. Tapi aku tak plan nak tengok kain, jadi kita skip that, and terus ke kilang telekung and tudung je. Actually ini bukan kilang, tapi tempat simpan stok. Kilang dorang kat tempat lain. Selalunya dorang akan letak semua tailor dorang kat kilang tu.

Pak Aji ngan Mak Aji masa sampai depan pintu ni tercengang-cengang "Eh ni kita pegi rumah sape?"

Sebab dorang tak biasa. Aku ngan En Wan dah biasa dah dengan 'kilang' macam ni sebab salah satu tailor aku kat Vietnam. Kat dalam tu penuh dengan telekung design-design baru and tudung Neelofa.
Telekung kat sini kualiti lebih kurang macam kat Pasar Ben Thanh, tapi harga lebih murah. But depends la dengan design. Tapi aku prefer gi kedai telekung feveret aku kat town.

Tudung Neelofa berlambak-lambak.
Itupun dia kata banyak warna dah habis.
But, kualiti tudung Neelofa dia tak secantik kat Jamilah.
Kat kilang ni harga tudung Neelofa RM15/pc tapi fabrik out.
Cantik lagi fabrik shawl brand aku.


Telekung-telekung yang bersusun ni semua range harga RM25-RM30.



Segala tok nenek design Neelofa semua ada dalam ni.
Kau sebut je tajuk apa, semua dia ada. Tapi kualiti sangat jauh beza. Not recommended untuk buat jual-jual nanti customer maki kau balik. Tapi kalau nak pakai sendiri boleh lah.



Balik dari kilang, terus singgah HR HCM.
Biasa lah kan, En Wan tu setiap kali datang sama mesti nak rembat city design.
Termasuklah Mak Aji, tapau untuk anak lelaki dia yang itam tu.



Lepas balik dari HCM terus balik hotel sebab hujan.
Kat sana dah musim hujan. So kalau nak jalan keluar lah awal-awal sikit. Selalunya hujan sampai ke malam. Seb baik hotel aku depan Jamilah, walau hujan tetap aku masuk Jamilah. 

Korang kalau nak pi sana, takyah duduk hotel mahal-mahal kalau memang plan nak bershopping. Payah. Kalau hujan nanti kau menung je dalam hotel.
Duduk je hotel butik kat kawasan Ben Thanh tu, kalau hujan pun masih boleh gagahkan diri berjalan. Kalau kuyup, balik hotel jap salin baju pastu keluar balik.

Malam tu, dalam renyai-remyai, kitorang redah pi makan kat Saigon Green House.



Di sinilah aku dah naik syok gunakan apss yang Rayyan pakai untuk snap gambar aku selama ni.
Nama apps ni SNOW kalau tak salah aku.
Selama ni dia terkekek-kekek gelak bila ambik gambar aku, Rupanya macam-macam bentuk muka aku dia ubah. Sekarang, aku pulak join. Berebut telifon.






Not bad makanan dia.
Hawa-hawa rasa Vietnam tu ada - dorang banyak main dengan lada sulah, lada hitam, nenas, sos tiram - tapi aku ON je. Janji kenyang.

Part 3 esok lah pulak.

2016-10-26

Ho Chi Minh 2016 - Part 1


Rasanya memang confirmlah tipa-tiap tahun aku ke HCM.
Dalam tak sedar, dah ompek kali aku ke sana.
Tapi kali ni berbeza.
Sebab selama ni pergi sana atas urusan kerja. Nak berjalan-jalan sangat pun tak sempat. Yang paling sempat pun, rembat tudung Neelofa :)
Kali ni pergi memang sebab bercuti.
Bawak sekali panglima-panglima dan Mak Aji and Pak Aji.
Dapat gak aku bawak makpak aku ke HCM. Selama ni asal balik pegi sana je, aku always bagitau En Wan, 'one day nak bawak Papa Mama datang sini...nak bawak Mama masuk kedai Jamilah', tercapai jugak tahun ni.



Walaupun sebenarnya aku tak berapa yakin Rayyan seronok ke sana.
Ye lah kan, HCM apa ada sangat pun untuk budak-budak.
Mak budak seronok la pi sana, tempat shopping.
Kalau budak-budak yang tak paham bahasa macam anak aku ni, mana suka dibawak berjalan beli barang, melainkan beli barang mainan.

Tapi alhamdulillah Rayyan ni jenis senang dipujuk.
Belikan je mainan tepi jalan harga RM6 pun ok je dia, janji bawak balik satu barang katanya.

Pak Aji and Mak Aji very excited nak pi HCM.
Sebab dorang berjalan luar dari Malaysia dengan aku je.
Tak berani dorang nak jalan sendiri kecuali pi umrah.



Walaupun muka nampak macam tak takut, tapi sebenarnya tetap takut naik flight.
Tapi kali ni kurang berdebar sikit, maybe sebab ada anak-anak and mak bapak sekali, jadi agak excited jugaklah nak pergi.

En Wan bagi arahan untuk pakai seluar and blouse.
Merasa la aku pakai balik baju kaler-kaler. 
Terasa cun pulak sesekali pakai oren. Kah Kah Kah.


Kau mampu posing macam ni kat airport?
Ni namanya posing kegembiraan.
Flight ok. Cuaca ok. Ada minor turbulence, tapi sawan aku masih terkawal.



Disebabkan kali ni pi bercuti, bawak pulak anak-beranak, jadi En Wan dah arrange private transport.
Kiranya pakai tourist guide lah.
Pakej dia ada pelbagai, ada yang pakai bas, ada yang pakai coaster van.
Kalau group besar, selalunya pakai bas. Ataupun kalau kau willing to jalan-jalan dengan group lain, maka bolehlah pilih package naik bas. Tapi aku pilih van sebab nak jalan sendiri-sendiri. 
Bukan apa, bila jalan ramai-ramai dengan group besar, a bit leceh.
Nanti kau tunggu dia, dia tunggu kau, pastu dengan berhenti 2-3 kali sebab sorang nak terkencing, sorang nak terberak, sorang nak muntah - agak rimas jugak.
Kalau jalan sendiri-sendiri ni lebih cepat. Takyah nak tunggu-tunggu orang.

Coaster ni pun selesa gila kot, siap ada wifi lagi.
Bahagia nau laki aku, tak putus-putus dapat wifi.

Driver and tourist guide memang orang sana, cuma tourist guide tu Islam, dan boleh cakap melayu sebab 13 tahun duduk Malaysia. Kahwin pun dengan orang Kota Bharu. Memang mudah serba-serbi lah perjalanan kitorang hari tu.


Ni tengah berangan ni. Bercakap sorang-sorang.
Nasib baik aircond coaster ni kuat, sedaplah dia kejap-kejap membuta kat dalam ni.



Hotel.

Makin lama, hotel aku duduk makin dekat ngan Pasar Ben Thanh.
First time datang dulu kemain duduk 6 star hotel.
Lepas tu makin turun ke 4, pastu 3 star pulak.
Sebab, hotel 5-6 bintang ni semuanya jauh-jauh dari tempat shopping.
Sebab tu kebanyakkan orang datang sana duduk kat butik hotel je, 6-7 kangkang je dah sampai pasar.

Kali ni lagi best.
Sebab bawak Mak Aji and Pak Aji, jadi aku taknak dorang kena menapak jauh semata-mata nak beli telekung 3 helai. So, kitorang duduk betul-betul depan kedai telekung!
Sebelah kedai telekung pulak is kedai makan berderet 6-7 biji. Senang.
At least kalau aku membuta tak bangun-bangun lagi, dorang boleh la bershopping berdua.
Tak sesat sebab hotel memang betul-betul dalam kawasan utama.

Kali ni aku duduk Silverland Hotel.
Nama asalnya Hai Long hotel. Orang Malaysia ramai duduk hotel ni sebab berdepan dengan kedai je.



Lepas check in, turun pi makan.
Kedai Kampung Melayu ni 2 pintu je dari hotel aku. Senang kan? Takyah menapak jauh-jauh semata-mata nak mencekik.
Kitorang datang HCM hari Khamis, orang pun tak ramai.
Selalunya Jumaat malam sampai Ahad baru kedai ni sesak dengan orang Malaysia.
Kedai ni tumpuan pertama aku everytime datang HCM, sebab aku suka dengan nasik goreng ayam dia.

Happy je muka mak bapak aku dapat jumpa nasik. :)
Biasa la kan, orang tua-tua ni kalau di ajak pi negara bukan Islam, dorang punya concern tentang makanan tu lebih sikit. Roti pun taknak makan.
Ni aku ajak masuk kedai Islam, lebar lah senyum dia.




Our food masa lunch kat Restoran Kampung Melayu.
Jangan risau, satu restoran ni pandai cakap melayu.
Dengan menu-menunya sekali tulis bahasa Malaysia.




Inilah kedai feveret aku - Jamilah.
Kedudukannya betul-betul depan hotel yang aku duduk ni.
Kebetulan pulak aku dapat bilik yang bertentang dengan kedai, jadi dapatlah tiap-tiap pagi aku tengok kedai ni dah bukak ke belum.

Dari kali pertama aku datang HCM 2013, memang kedai ni aku tuju.
Sampai dia dah kenal aku.
Hari tu aku masuk kedai, dorang greet aku "Eh, datang lagi? Saya ingat awak".
Mungkin aku ni dah tahap regular customer kot walaupun setahun sekali je datang.
Tapi setiap kali datang, hari-hari aku masuk kedai dia sampai bersila-sila atas lantai memunggah tudung and baju.

Kali ni aku datang tudung Neelofa tetap menjuarai carta HCM.
Masa tahun 2013 tu je sepanjang jalan jual tudung Fareeda.
Lepas tu dah kurang sebab Neelofa take over.
Kali ni aku pegi, seketul Fareeda tak jumpa kat sana.


Ni dari bilik aku.
Nampak tak tulisan JAMILAH tu?
Gila dekat okeh.
Kalau tingkap ni boleh bukak, dah lama aku pekik je si Jamilah suruh bawak naik tudung.



Salah satu kedai lain yang sama-sama jual tudung Neelofa.
Kau cakap je la nak kaler apa, bersepah!
Aku pun sama naik membeli. Pakainya belum tentu. Bak kata En Wan "Kita tengok jelah Ma, sampai bila bertahan tudung ni dalam laci dia. Entah-entah minggu depan dia jual balik kat blog".

Oih, cabaran sangat tu.

Baiklah, kita beli 3 ketul dulu.
Tengahari tu, aku beli 3 helai dulu shawl Neelofa yang baru - Queen Warda and Classic Warda.
Yang Lady Warda tu habis stok.

Sehelai RM20 je.
Kualiti kena tengok jugak.
Ada yang jual RM15 tapi fabrik tak sama dengan yang jual kat Neelofa HQ.
Yang kat Jamilah ni, ada yang kualiti sama, ada yang tak.

Macamana aku tau?
Sebab sebelum aku pi HCM, aku dah beli 4 helai shawl from Neelofa HQ untuk compare kualiti.
Yang aku beli hari tu, Classic Warda same kualiti, tapi Queen Warda lain sikit. Tapi tak banyak beza, aku rasa 1 ton lain kualiti je fabrik dia. Untuk yang very particular dengan originality, better beli kat HQ.

Setakat ni, aku bertahan dengan shawl Neelofa.
Belum ada rasa nak jual.



Hah, amacam?
Ada iras Neelofa sikit, kan? Kah Kah Kah.
Ni gambar fresh from oven oi. Baru snap tadi. Gigih kan aku nak tunjuk bukti beli tudung.

Tak tau la aku pakai betul ke tak ni, aku balun je lilit ikut camana pun, janji tudung aku tak jatuh.
This is Queen Warda kalau tak salah.
Yang ni fabrik same kualiti dengan original sebab yang original punya ada kat rumah, jadi aku boleh compare.
Cuma satu je lah masalah dengan tudung Neelofa ni, aku tak reti nak gosok.
Jadi lepas basuh, jangan perah, terus sidai.
Kalau berkedut, besar harapan aku akan jual balik sebab tak pandai nak gosok.

Aku tak beli extra sebab kualiti tak semuanya sama.
Kalau korang nak kirim dengan orang, better bagi contoh kain supaya dorang boleh carikan yang sama.
Tapi kalau aku, aku malas nak carikan sebab leceh kot nak masuk satu kedai ke satu kedai nak memunggah cari kualiti yang sebijik. Kau pegi sendirilah. Hahaha.



Lepas Jamilah, straight pi kedai tudung kat depan Ben Thanh.
Actually kedai jual telekung ni bersepah kat sana, tapi aku prefer kedai ni.
Tudung dia eksklusif, kain cantik-cantik, design pun tak sama dengan kebanyakkan kedai.
Tapi mahal sikit lah banding dengan kedai lain, sesuailah dengan designnya pun.
Tapi pada aku takde lah mahal mana, sebab aku pernah beli telekung kat Bandung guna french lace RM120 sehelai.

Harga telekung kat HCM bergantung pada berapa banyak kuntum bunga.
Kalau bunga 30 kuntum lain harga, kalau bunga 55 lain harga, kalau bunga 75 kuntum cecah gak sampai RM70/sepasang.

Yang dua-dua kat patung belakang tu baru 8 kuntum bunga je tapi harga RM57/pc sebab pakai Japanese silk, lembut je. Dua-dua kat patung tu aku beli. Sulam berderet, cantik sangat. Dengan harapan, semakin berlama-lama lah duduk atas sejadah pasni.

Tapi, kalau nak murah sikit, boleh beli yang around RM30-RM35/sepasang.
Ni pun selesa dah ni. Kain sedap, jenis tak panas.



Lepas beli telekung, ajak Mak Aji and Pak Aji masuk pasar Ben Thanh, tengok buah.
Aku memang aim nak bawak Mak Aji tengok buah kat dalam ni.
Sebab aku tau sure Mak Aji geram je tengok buah kat sini. Besar-besar okeh.
Dia punya ciku tu besar penumbuk Mike Tyson kalau tak salah aku. Tak pernah aku jumpa ciku gabak macam tu. Ciku kat pokok nenek aku ada la kot besar size bra cup A. 2 kali kunyah, settle. Buat penat mengupas je.

Buah mangga dia pun sama besar.
Dah la besar, manis lak tu. Cantik-cantik, segar-segar.
Mak Aji beli ciku and mangga. 



Sampai berkipas-kipas aku dalam pasar ni tau.
Sesape yang belum sampai sana, dinasihatkan kipas tangan standby dalam henbeg ya.
Dalam ni kalau dah berasak dengan manusia, memang berlendir ketiak kau.
Nak pulak kedai dia bersempit-sempit antara satu sama lain, jadi ventilation tak berapa kuat.
Mak Aji dah rambang mata tengok kain.
Last-last tak beli pun.
Mesti stress dia kalau tengok gamba ni. Sape suruh tak beli?

Kebanyakkan peniaga kat dalam ni yang aku perasan, kalau kita datang dengan laki, dia akan panggil laki dulu "Abang, beli banggg:, "Abang, tengok dulu bangg".
Padahal aku ni tertonggok kat tepi, yang si abang tu jugak yang kau pelawa dulu. Motif?




Ni lah bilik tido kitorang selama 3 malam kat sana.
Aku pilih family room sebab ada 3 katil - 1 queen size bed and 1 single bed.
Mak Aji duduk depan bilik aku, deluxe room. Tapi katil king size. Best gila.
Bilik ok lah, selesa, bersih, hotel pun bersih.
Bilik air ada jakuzi okeh.
Not bad lah untuk 3 star hotel.
Yang penting depan Jamilah. 


Malam, macam selalu jugak, dinner kat Halal Saigon.
Ni pun feveret restoran aku ni.
Tapi dah tukar management nampaknya, but food selections masih sama.


Malam tu aku pakai tudung baru yang ditapau dari Jamilah. 
Termasuklah  Mak Aji.


Bertitik tolak dari sup sayur ni lah, menjak balik dari HCM ni, aku tak henti-henti buat sup ni hari-hari. Sup sayur biasa je ni, cuma dia letak nenas and lada hitam. Pehhh sedap. Sebenarnya tak plan nak ambik sup sayur ni pun, tapi sebab kedai ni tomyam dia tak sedap, jadi aku pilih sup sayur with seafood ni. Sekali sedap lah pulak. Kalau korang pi Halal Saigon, takyah order tomyam. Tomyam dia tak sedap.







Ni lah dia trend bergamba generasi sekarang.
Entah hape-hape je lah.
Maybe dah tak sesuai dengan tahap umur kita. Sukatilah janji kau bahagia.
Tapi yang si tua tu sama sibuk nak acah-acah generasi Z dah kenapa?




Bukan pi HCM la kalau tak datang night market dia kan.
Untuk aku yang tetiap tahun datang sana, night market dah takde rasa apa sangat.
Serupa macam uptown je kot. Ada food stall, ada jual baju, seluar, cederamata. Benda-benda biasa.
Tapi bagi yang pertama kali datang of cos excited.
Nak pulak bila everytime aku pi HCM bawak balik seluar jerut untuk Mak Aji, memang dia aim nak beli seluar ni je lah. Mula-mula dia pilih 3.
"3 je lah cukup"

3??
Apa barang beli 3. Jauh berjalan dari Malaysia sampai Vietnam nak beli 3 je?
Aku belikan 10 helai terus.
Takleh beli banyak-banyak sebab ni baru hari pertama.
Kang esok lusa punya barang belum masuk beg lagi. Tak pasal je terpaksa beli beg baru nanti.

Aku memang hari-hari pakai seluar ni dalam jubah. Selesa, tak panas.



Dah jadi feveret port aku kedai jeans ni.
Aku start layan jeans dia tahun lepas.
Nama dia Lina. Kedai dia bahagian depan.
Kat depan kedai dia ada frame dia bergambar dengan Mazidul Akmal Sidek.

Dia ni can speak English quite well.
At least kau boleh communicate la dengan dia, takde la setakat "kakak abang murah-murah".

Jeans dia ni best.
Jauh lebih best dari hat kat Padang Besar.
Of cos bukan ori lah. Tapi material dia material sebijik dengan yang ori.
Aku bangsa tak kisah sangat kalau setakat jeans ni, janji selesa. Tak ori pun takpe.
Yang concern dengan ori cuma pakcik baju hitam tu je.



Sebelum balik hotel, marilah pekena kopi Vietnam sepam dua.
Buat pengganti Starbuck.

Day 2 sambung kendian hari.