2016-10-26

Ho Chi Minh 2016 - Part 1


Rasanya memang confirmlah tipa-tiap tahun aku ke HCM.
Dalam tak sedar, dah ompek kali aku ke sana.
Tapi kali ni berbeza.
Sebab selama ni pergi sana atas urusan kerja. Nak berjalan-jalan sangat pun tak sempat. Yang paling sempat pun, rembat tudung Neelofa :)
Kali ni pergi memang sebab bercuti.
Bawak sekali panglima-panglima dan Mak Aji and Pak Aji.
Dapat gak aku bawak makpak aku ke HCM. Selama ni asal balik pegi sana je, aku always bagitau En Wan, 'one day nak bawak Papa Mama datang sini...nak bawak Mama masuk kedai Jamilah', tercapai jugak tahun ni.



Walaupun sebenarnya aku tak berapa yakin Rayyan seronok ke sana.
Ye lah kan, HCM apa ada sangat pun untuk budak-budak.
Mak budak seronok la pi sana, tempat shopping.
Kalau budak-budak yang tak paham bahasa macam anak aku ni, mana suka dibawak berjalan beli barang, melainkan beli barang mainan.

Tapi alhamdulillah Rayyan ni jenis senang dipujuk.
Belikan je mainan tepi jalan harga RM6 pun ok je dia, janji bawak balik satu barang katanya.

Pak Aji and Mak Aji very excited nak pi HCM.
Sebab dorang berjalan luar dari Malaysia dengan aku je.
Tak berani dorang nak jalan sendiri kecuali pi umrah.



Walaupun muka nampak macam tak takut, tapi sebenarnya tetap takut naik flight.
Tapi kali ni kurang berdebar sikit, maybe sebab ada anak-anak and mak bapak sekali, jadi agak excited jugaklah nak pergi.

En Wan bagi arahan untuk pakai seluar and blouse.
Merasa la aku pakai balik baju kaler-kaler. 
Terasa cun pulak sesekali pakai oren. Kah Kah Kah.


Kau mampu posing macam ni kat airport?
Ni namanya posing kegembiraan.
Flight ok. Cuaca ok. Ada minor turbulence, tapi sawan aku masih terkawal.



Disebabkan kali ni pi bercuti, bawak pulak anak-beranak, jadi En Wan dah arrange private transport.
Kiranya pakai tourist guide lah.
Pakej dia ada pelbagai, ada yang pakai bas, ada yang pakai coaster van.
Kalau group besar, selalunya pakai bas. Ataupun kalau kau willing to jalan-jalan dengan group lain, maka bolehlah pilih package naik bas. Tapi aku pilih van sebab nak jalan sendiri-sendiri. 
Bukan apa, bila jalan ramai-ramai dengan group besar, a bit leceh.
Nanti kau tunggu dia, dia tunggu kau, pastu dengan berhenti 2-3 kali sebab sorang nak terkencing, sorang nak terberak, sorang nak muntah - agak rimas jugak.
Kalau jalan sendiri-sendiri ni lebih cepat. Takyah nak tunggu-tunggu orang.

Coaster ni pun selesa gila kot, siap ada wifi lagi.
Bahagia nau laki aku, tak putus-putus dapat wifi.

Driver and tourist guide memang orang sana, cuma tourist guide tu Islam, dan boleh cakap melayu sebab 13 tahun duduk Malaysia. Kahwin pun dengan orang Kota Bharu. Memang mudah serba-serbi lah perjalanan kitorang hari tu.


Ni tengah berangan ni. Bercakap sorang-sorang.
Nasib baik aircond coaster ni kuat, sedaplah dia kejap-kejap membuta kat dalam ni.



Hotel.

Makin lama, hotel aku duduk makin dekat ngan Pasar Ben Thanh.
First time datang dulu kemain duduk 6 star hotel.
Lepas tu makin turun ke 4, pastu 3 star pulak.
Sebab, hotel 5-6 bintang ni semuanya jauh-jauh dari tempat shopping.
Sebab tu kebanyakkan orang datang sana duduk kat butik hotel je, 6-7 kangkang je dah sampai pasar.

Kali ni lagi best.
Sebab bawak Mak Aji and Pak Aji, jadi aku taknak dorang kena menapak jauh semata-mata nak beli telekung 3 helai. So, kitorang duduk betul-betul depan kedai telekung!
Sebelah kedai telekung pulak is kedai makan berderet 6-7 biji. Senang.
At least kalau aku membuta tak bangun-bangun lagi, dorang boleh la bershopping berdua.
Tak sesat sebab hotel memang betul-betul dalam kawasan utama.

Kali ni aku duduk Silverland Hotel.
Nama asalnya Hai Long hotel. Orang Malaysia ramai duduk hotel ni sebab berdepan dengan kedai je.



Lepas check in, turun pi makan.
Kedai Kampung Melayu ni 2 pintu je dari hotel aku. Senang kan? Takyah menapak jauh-jauh semata-mata nak mencekik.
Kitorang datang HCM hari Khamis, orang pun tak ramai.
Selalunya Jumaat malam sampai Ahad baru kedai ni sesak dengan orang Malaysia.
Kedai ni tumpuan pertama aku everytime datang HCM, sebab aku suka dengan nasik goreng ayam dia.

Happy je muka mak bapak aku dapat jumpa nasik. :)
Biasa la kan, orang tua-tua ni kalau di ajak pi negara bukan Islam, dorang punya concern tentang makanan tu lebih sikit. Roti pun taknak makan.
Ni aku ajak masuk kedai Islam, lebar lah senyum dia.




Our food masa lunch kat Restoran Kampung Melayu.
Jangan risau, satu restoran ni pandai cakap melayu.
Dengan menu-menunya sekali tulis bahasa Malaysia.




Inilah kedai feveret aku - Jamilah.
Kedudukannya betul-betul depan hotel yang aku duduk ni.
Kebetulan pulak aku dapat bilik yang bertentang dengan kedai, jadi dapatlah tiap-tiap pagi aku tengok kedai ni dah bukak ke belum.

Dari kali pertama aku datang HCM 2013, memang kedai ni aku tuju.
Sampai dia dah kenal aku.
Hari tu aku masuk kedai, dorang greet aku "Eh, datang lagi? Saya ingat awak".
Mungkin aku ni dah tahap regular customer kot walaupun setahun sekali je datang.
Tapi setiap kali datang, hari-hari aku masuk kedai dia sampai bersila-sila atas lantai memunggah tudung and baju.

Kali ni aku datang tudung Neelofa tetap menjuarai carta HCM.
Masa tahun 2013 tu je sepanjang jalan jual tudung Fareeda.
Lepas tu dah kurang sebab Neelofa take over.
Kali ni aku pegi, seketul Fareeda tak jumpa kat sana.


Ni dari bilik aku.
Nampak tak tulisan JAMILAH tu?
Gila dekat okeh.
Kalau tingkap ni boleh bukak, dah lama aku pekik je si Jamilah suruh bawak naik tudung.



Salah satu kedai lain yang sama-sama jual tudung Neelofa.
Kau cakap je la nak kaler apa, bersepah!
Aku pun sama naik membeli. Pakainya belum tentu. Bak kata En Wan "Kita tengok jelah Ma, sampai bila bertahan tudung ni dalam laci dia. Entah-entah minggu depan dia jual balik kat blog".

Oih, cabaran sangat tu.

Baiklah, kita beli 3 ketul dulu.
Tengahari tu, aku beli 3 helai dulu shawl Neelofa yang baru - Queen Warda and Classic Warda.
Yang Lady Warda tu habis stok.

Sehelai RM20 je.
Kualiti kena tengok jugak.
Ada yang jual RM15 tapi fabrik tak sama dengan yang jual kat Neelofa HQ.
Yang kat Jamilah ni, ada yang kualiti sama, ada yang tak.

Macamana aku tau?
Sebab sebelum aku pi HCM, aku dah beli 4 helai shawl from Neelofa HQ untuk compare kualiti.
Yang aku beli hari tu, Classic Warda same kualiti, tapi Queen Warda lain sikit. Tapi tak banyak beza, aku rasa 1 ton lain kualiti je fabrik dia. Untuk yang very particular dengan originality, better beli kat HQ.

Setakat ni, aku bertahan dengan shawl Neelofa.
Belum ada rasa nak jual.



Hah, amacam?
Ada iras Neelofa sikit, kan? Kah Kah Kah.
Ni gambar fresh from oven oi. Baru snap tadi. Gigih kan aku nak tunjuk bukti beli tudung.

Tak tau la aku pakai betul ke tak ni, aku balun je lilit ikut camana pun, janji tudung aku tak jatuh.
This is Queen Warda kalau tak salah.
Yang ni fabrik same kualiti dengan original sebab yang original punya ada kat rumah, jadi aku boleh compare.
Cuma satu je lah masalah dengan tudung Neelofa ni, aku tak reti nak gosok.
Jadi lepas basuh, jangan perah, terus sidai.
Kalau berkedut, besar harapan aku akan jual balik sebab tak pandai nak gosok.

Aku tak beli extra sebab kualiti tak semuanya sama.
Kalau korang nak kirim dengan orang, better bagi contoh kain supaya dorang boleh carikan yang sama.
Tapi kalau aku, aku malas nak carikan sebab leceh kot nak masuk satu kedai ke satu kedai nak memunggah cari kualiti yang sebijik. Kau pegi sendirilah. Hahaha.



Lepas Jamilah, straight pi kedai tudung kat depan Ben Thanh.
Actually kedai jual telekung ni bersepah kat sana, tapi aku prefer kedai ni.
Tudung dia eksklusif, kain cantik-cantik, design pun tak sama dengan kebanyakkan kedai.
Tapi mahal sikit lah banding dengan kedai lain, sesuailah dengan designnya pun.
Tapi pada aku takde lah mahal mana, sebab aku pernah beli telekung kat Bandung guna french lace RM120 sehelai.

Harga telekung kat HCM bergantung pada berapa banyak kuntum bunga.
Kalau bunga 30 kuntum lain harga, kalau bunga 55 lain harga, kalau bunga 75 kuntum cecah gak sampai RM70/sepasang.

Yang dua-dua kat patung belakang tu baru 8 kuntum bunga je tapi harga RM57/pc sebab pakai Japanese silk, lembut je. Dua-dua kat patung tu aku beli. Sulam berderet, cantik sangat. Dengan harapan, semakin berlama-lama lah duduk atas sejadah pasni.

Tapi, kalau nak murah sikit, boleh beli yang around RM30-RM35/sepasang.
Ni pun selesa dah ni. Kain sedap, jenis tak panas.



Lepas beli telekung, ajak Mak Aji and Pak Aji masuk pasar Ben Thanh, tengok buah.
Aku memang aim nak bawak Mak Aji tengok buah kat dalam ni.
Sebab aku tau sure Mak Aji geram je tengok buah kat sini. Besar-besar okeh.
Dia punya ciku tu besar penumbuk Mike Tyson kalau tak salah aku. Tak pernah aku jumpa ciku gabak macam tu. Ciku kat pokok nenek aku ada la kot besar size bra cup A. 2 kali kunyah, settle. Buat penat mengupas je.

Buah mangga dia pun sama besar.
Dah la besar, manis lak tu. Cantik-cantik, segar-segar.
Mak Aji beli ciku and mangga. 



Sampai berkipas-kipas aku dalam pasar ni tau.
Sesape yang belum sampai sana, dinasihatkan kipas tangan standby dalam henbeg ya.
Dalam ni kalau dah berasak dengan manusia, memang berlendir ketiak kau.
Nak pulak kedai dia bersempit-sempit antara satu sama lain, jadi ventilation tak berapa kuat.
Mak Aji dah rambang mata tengok kain.
Last-last tak beli pun.
Mesti stress dia kalau tengok gamba ni. Sape suruh tak beli?

Kebanyakkan peniaga kat dalam ni yang aku perasan, kalau kita datang dengan laki, dia akan panggil laki dulu "Abang, beli banggg:, "Abang, tengok dulu bangg".
Padahal aku ni tertonggok kat tepi, yang si abang tu jugak yang kau pelawa dulu. Motif?




Ni lah bilik tido kitorang selama 3 malam kat sana.
Aku pilih family room sebab ada 3 katil - 1 queen size bed and 1 single bed.
Mak Aji duduk depan bilik aku, deluxe room. Tapi katil king size. Best gila.
Bilik ok lah, selesa, bersih, hotel pun bersih.
Bilik air ada jakuzi okeh.
Not bad lah untuk 3 star hotel.
Yang penting depan Jamilah. 


Malam, macam selalu jugak, dinner kat Halal Saigon.
Ni pun feveret restoran aku ni.
Tapi dah tukar management nampaknya, but food selections masih sama.


Malam tu aku pakai tudung baru yang ditapau dari Jamilah. 
Termasuklah  Mak Aji.


Bertitik tolak dari sup sayur ni lah, menjak balik dari HCM ni, aku tak henti-henti buat sup ni hari-hari. Sup sayur biasa je ni, cuma dia letak nenas and lada hitam. Pehhh sedap. Sebenarnya tak plan nak ambik sup sayur ni pun, tapi sebab kedai ni tomyam dia tak sedap, jadi aku pilih sup sayur with seafood ni. Sekali sedap lah pulak. Kalau korang pi Halal Saigon, takyah order tomyam. Tomyam dia tak sedap.







Ni lah dia trend bergamba generasi sekarang.
Entah hape-hape je lah.
Maybe dah tak sesuai dengan tahap umur kita. Sukatilah janji kau bahagia.
Tapi yang si tua tu sama sibuk nak acah-acah generasi Z dah kenapa?




Bukan pi HCM la kalau tak datang night market dia kan.
Untuk aku yang tetiap tahun datang sana, night market dah takde rasa apa sangat.
Serupa macam uptown je kot. Ada food stall, ada jual baju, seluar, cederamata. Benda-benda biasa.
Tapi bagi yang pertama kali datang of cos excited.
Nak pulak bila everytime aku pi HCM bawak balik seluar jerut untuk Mak Aji, memang dia aim nak beli seluar ni je lah. Mula-mula dia pilih 3.
"3 je lah cukup"

3??
Apa barang beli 3. Jauh berjalan dari Malaysia sampai Vietnam nak beli 3 je?
Aku belikan 10 helai terus.
Takleh beli banyak-banyak sebab ni baru hari pertama.
Kang esok lusa punya barang belum masuk beg lagi. Tak pasal je terpaksa beli beg baru nanti.

Aku memang hari-hari pakai seluar ni dalam jubah. Selesa, tak panas.



Dah jadi feveret port aku kedai jeans ni.
Aku start layan jeans dia tahun lepas.
Nama dia Lina. Kedai dia bahagian depan.
Kat depan kedai dia ada frame dia bergambar dengan Mazidul Akmal Sidek.

Dia ni can speak English quite well.
At least kau boleh communicate la dengan dia, takde la setakat "kakak abang murah-murah".

Jeans dia ni best.
Jauh lebih best dari hat kat Padang Besar.
Of cos bukan ori lah. Tapi material dia material sebijik dengan yang ori.
Aku bangsa tak kisah sangat kalau setakat jeans ni, janji selesa. Tak ori pun takpe.
Yang concern dengan ori cuma pakcik baju hitam tu je.



Sebelum balik hotel, marilah pekena kopi Vietnam sepam dua.
Buat pengganti Starbuck.

Day 2 sambung kendian hari.