2023-07-21

Bila jadi hal-hal tak terduga macam ni berlaku.


Semalam ada orang bagi aku link TikTok tentang seorang public figure, anaknya ada jantung berlubang.
Video tu takde apa pun, just setepek muka public figure tu dengan caption anak ada jantung berlubang.
Tapi kat komen, ya ampunnn.
Ramainya yang jadi Tuhan.
Kononnya itu sebagai peringatan dari Allah supaya public figure tu berubah.
Dikatanya lagi dah kena timpa musibah baru nak ingat Tuhan.
Tak cukup dengan tu, dikatanya beli rumah banyak-banyak beli henbeg banyak-banyak, rupanya anak-anak takde medical card.
Fuhh! Betul-betul keras dunia ni, ya.
Segala benda yang kau buat semua akan diingat dan bila cukup masa, semua dihambur balik kat kau.

Aku pun tak bersetuju dengan sesetengah cara dia mempromotekan produk.
Tapi, apa kaitan urusan kerja dia dengan anak dia sakit?
Takde kaitan pun.
Kau je memandai-mandai kaitkan hasil kerja dia dengan ujian yang dia terima, dah kenapa?
Macamlah hidup kita tak pernah diuji.

Kadang aku pelik dengan persepsi manusia.
Bila orang tu kaya berlimpah harta kemudian dapat musibah, dikatanya itu balasan atas dosa-dosa.
Tapi bila seseorang yang dari kecil hidup susah melarat bertimpa-timpa ujian, dan kemudian hidup senang, dikatanya itu rezeki atas kesabarannya.
Sedangkan susah sebelum senang, atau susah selepas senang, semuanya sama-sama lumrah hidup.
Tak perlulah nak jadi Tuhan menghukum perkara yang kita tak tahu hujung pangkal.
Tak kira besar atau kecil ujian, memang semuanya kerana dosa.
Kau masih aman-aman hidup bukan sebab kau takde dosa, tapi balasan dosa kau masih on the way.
Kau tunggu turn kau.

Another thing, pasal medical card.
Sempat pulak kau perli dia beli itu ini tapi medical card takde.
Tak perlu perli, sebab kalau dia takde pun, dia ada duit yang banyak untuk bayar sendiri kos rawatan.
Yang memerli tu dah ada medical card ke belum?
Duit nak bayar kos rawatan ada?
Kalau takde, tolong muhasabah diri.
Sekurang-kurangnya bak kata En Wan, ujian yang menimpa public figure tu membuka mata orang kepentingan medical card.
Aku harap public figure tu nanti disclose berapa banyak yang dia bayar untuk rawatan dan rawatan susulan.
Jangan pula nanti orang kata "Eleh nak tunjuk dia banyak duit la tu boleh bayar ratus-ratus ribu!".
Kalau hati busuk memang gitu.
Semua benda dia negatifkan.

Aku memang berharap public figure tu bagitau berapa dia kena bayar supaya orang lain beringat bahawa kos perubatan bukan murah.
Untungnya dia berduit.
Tapi kalau diberi pilihan aku yakin dia prefer ada medical card.
Kalau tak, takkan dia terfikir nak apply that day, kan?

En Wan kata, selalunya alasan orang tak buat medical card adalah "Saya takde duit".
Yang sebenarnya, sebab kita takde duitlah maka kita kena buat medical card.
Nak bayar selepuk duit rawatan, boleh luruh segala bulu-bulu yang ada kat badan ni.

Kan hari tu viral kisah adik Dea yang meninggal kat HTAR tu, kan?
En Wan kata, dia paling bercinta kalau nak berurusan dengan HTAR.
Setiap kali dia ke HTAR, aku kena teman jaga kereta.
Pesakit punyalah ramai.
Parking kereta manjang takde.
Walaupun katanya kes adik Dea tu 'sesuatu' dan ramai netizen mengutuk sistem hospital kerajaan, we have to admit that government hospitals are too crowded with patients.
Doktor dan nurses kadang-kadang terpaksa memilih siapa yang lebih kritikal, walaupun keadaan kau pun teruk sebenarnya.

Bila jadi hal-hal tak terduga macam ni, yang mampu, usahakanlah ada medical card.
Bukan nak letakkan keyakinan pada medical card, tetapi sebagai satu kemudahan.
Kadang kita selalu cakap "Alah, menunggu 2-3 jam je pun. Bukannya susah. Tunggu je lah".
Ya, itu kalau kita yang sakit.
Kalau yang sakit tu anak, atau mak bapak kita?
Dah tentu tak gamak kita nak dorang bersidai lama-lama.

Aku dah merasa last year masa kes Rayyan.
Letak anak aku kat emergency, tapi treatmentnya tak se-emergency yang disangka.
Bukan kerana dorang meleweh-leweh, tetapi patient terlampau ramai kat emergency tu.
Tu pun mujur ada surat refer dari Avisena.
Doktor Nawar dah berurusan dengan Dr Azura kat PPUM.
Kalau tak, lagi lama anak aku kena sidai.

Dalam kes anak public figure tu, jantung yang berlubang selalunya dah wujud sejak lahir.
Cuma kesannya baru nampak bila dah besar.
Kalau dia apply medical card dari kecil pun memang tak lepas.
Sebab tu korang (ibu hamil) boleh start apply medical card sejak anak dalam kandungan lagi.
Ada polisi untuk ini.
Apa-apa masalah kesihatan selepas anak tu lahir, medical card akan cover.
Nanti korang boleh tanya En Wan pasal ni.

Autism kan selalunya di-diagnose ketika umur 5-6 tahun.
Kalau medical card dah ada sebelum tu, kira selamatlah sikit.
Walaupun medical card mungkin tak cover autism tu sendiri, tetapi at least anak ni dah ada medical card untuk cover sakit-sakit yang lain.
Kalau anak dah di-diagnose dengan autism baru nak apply medical card, otomatik akan di-reject sebab dia akan consider banyak hal.

Sebenarnya, anak-anak kecil WAJIB ada medical card.
Sebab dorang paling fragile.
Antibody masih lemah, especially yang hantar anak ke nursery.
Redza dulu merasa duduk nursery kejap.
Duduk kejap pun, asyiklah dapat selsema.
Maunya tak, kalau tilam and bantal berkongsi.
Kita dah bagi tilam and bantal sendiri pun, masih lagi bergumpal dengan anak-anak orang lain.
Tau je lah kan budak.
Kadang kita tak tahu pengasuh tu lap badan anak orang, towel yang sama dia lap anak kita walaupun kita bekalkan towel sendiri.
Tu yang kejap-kejap berhingus tu.

Dari pengalaman aku menjaga Rayyan sebulan kat Avisena.
Antara yang best adalah, aurat terjaga.
Sebab dapat single room.
Tak payah sepanjang masa nak bertudung.
Kalau nurse ketuk pintu untuk masuk, masih sempat nak sarung tudung sebab ada tirai depan pintu.
 


Ini fresh DM aku dapat pagi tadi.
Terima kasih sebab suka berurusan dengan En Wan.  
Kesian dia, medical checkup kena reject sebab ada pre-existing medical conditions.
This is another reason kalau application korang di-reject, iaitu masalah kesihatan sedia ada.
Macam yang pernah aku cakap, syarikat takaful menilai risiko.
Kalau korang ada keadaan kesihatan yang wujud sebelum apply medical card, takaful anggap itu adalah risiko yang lebih tinggi.
Selalunya application ditolak.

Sesiapa yang masih sihat, apply-lah sekarang.
Anak-anak pastikan ada medical card.
Hari tu En Wan kata ada client nak apply medical card sebiji macam plan aku (with medic booster 1 juta).
Malangnya plan medic booster dah tamat 30 Jun lepas.
Aku pernah bagitau pasal ni dulu, maybe ada yang tak perasan.
Tapi tak apa. Walaupun takde medic booster, plan yang standard masih ada.
Kalau ambil coverage RM250K insyallah memadai.
Maknanya setahun dia cover RM250K.
Kalau tahun ni dah habis guna RM200K, tahun depan dia reset balik ke RM250K.
Ni pun dah bagus sangat ni.

Usahakan ambil medical card sebelum dapat any chronic or serious illnesses.
Aku kalau ingat-ingatkan baliik kes Rayyan hari tu, memang datang balik troma aku.
Sebab selama ni kitorang bayar je tetiap bulan, tak pernah guna pun.
Jadi, tak terfikir akan berlaku hal-hal macam ni.
Tup tup patah kaki.
Eh rupanya ada masalah lain.
Sedebuk RM35K. 
Mujurlah medical card ada. 
Barulah aku nampak kat mana investment aku pergi selama ni.
  
Buat medical card ni umpama buat investment.
Selalunya buat investment ke ASB seronok, sebab duitnya nampak.
Medical card ni duitnya tak nampak.
Tapi, kalau dah sakit esok, baru kita nampak nilai investment medical card ni.
Kalau dapat penyakit kronik, sampai ke sudah takkan ada peluang buat medical card.
Sebab keadaan perubatan kronik dah tentu perlukan rawatan berterusan.
Ini adalah risiko yang sangat tinggi untuk pembekal takaful.
Sesiapa yang dah ada penyakit kronik macam jantung, diabetis, buah pinggang, selalunya apllication ditolak.

Ramai juga ya kenal muka laki aku.
Agak sulit beliau nak membuat onar belakang aku nampaknya 😆.
En Wan insyallah akan bagi talk anjuran Prudential HQ 16 Ogos nanti.
Semakin mengganas beliau nampaknya.
Dulu terkibai-kibai aku paksa buat video promote kurma Ajwa.
Now ke pentas nasionallll dia bercakap.

 


2023-07-20

You have the best agen. Insyallah.



Itu post pak incik aku, semalam.
I must share this story.
Mula-mula aku nak elaborate kisah En Wan semalam.

Ceritanya, semalam kan cuti.
Tapi En Wan ada kerja di Ipoh and Gopeng.
Pagi-pagi dia dah keluar.
Aku sorang kat rumah.
Patutnya 10 am dia meeting di Ipoh, kemudian 1 pm ke Gopeng for water rafting.
Aku nak Zohor around 1.30 pm tergerak nak whatsapp dia tanya kat mana sebab senyap je takde hantar gambar pun.
Tau-tau dia reply “Tak jadi water rafting sebab hujan lebat. Dah otw balik”.

Pukul 4 pm dia sampai rumah, aku tengah tido.
Sorrylah memang tido mati sebab baru lepas mencekik ubat batuk.
Sedar-sedar pukul 5 pm.
Tengok whatsapp, “Abang bawa client pi medical check up”.

Pukul 7 pm dia call “Sorry abang balik lambat. Abang nak hantar client balik rumah dulu. Lepas Maghrib Di siap-siap. Kita dinner and tengok movie”.

So ceritanya semalam seharian aku tak nampak muka laki aku ni.

Balik dari kerja dia pun bercerita hal hari ni.
Kitorang memang saling kepoh-mengepoh hal masing-masing.
Everyday rutinnya bercerita hal kerja masing-masing that day.
Dia cakap semalam hari yang banyak dugaan.
Aku tanya apesal pulak?

Kisahnya, seperti yang dia tulis kat FB tu.
Tapi bukan masalah pada client, tapi masalah pada klinik.
Padahal sebelum ke klinik panel dia dah call kata nak buat medical check up.
Staff klinik yang pickup call kata ok boleh datang.
Bila datang, another staff kata tak boleh pulak.
Kena buat appointment at least 3 days.
En Wan pujuk-pujuk tak makan juga.

En Wan kata dia call 15 klinik panel. 15 ya!
Client ada dengan dia dah ni tapi klinik tak nak terima. Kau rasa?
Dia call klinik-klinik lain semua tak accept sebab semalam cuti.
Yang buat medical checkup tak boleh sebarang-sebarang doktor katanya.
En Wan kata tak pernah-pernah dia call sampai 15 klinik untuk buat appointment.
Last-last ada satu klinik kata boleh datang, tapi kat USJ.
Imagine dari Klang patah balik ke USJ?

Dah sampai USJ, staff klinik kata doktor sampai 5 pm saja.
Dah balik dah doktor yang boleh buat medical check up.
En Wan kata sebab kepenatan, nak marah pun tak lalu.
Dah la dia dari pagi dah drive ke Ipoh.
Tapi disebabkan kesian kat client yang dah luangkan masa untuk ke klinik, En Wan ikhtiar cari klinik yang boleh accept.

“Abang cakap kat client, bagi saya buat 2 call saja lagi. Kalau takde, saya hantar balik, kita set lain hari”.
Client setuju.

Ada 1 klinik yang En Wan call kata boleh walk in dan buat medical checkup sekarang.
Zassss terus pergi.
Alhamdulillah settle buat medical check up akhirnya.

Aku dengar dia cerita tu, aku boleh imagine hectic-nya macamana.
Sebab aku pernah lalui pengalaman yang lebih kurang sama.

Tahun 2008, aku kena pi Johor untuk present specifications instrument.
Agensi tu nak setup new lab.
Ramailah geng-geng biotech suppliers nak jumpa untuk masukkan specs.
Padahal aku dah buat appointment dah ni.
Aku drive dari Kelana Jaya lone ranger ke Johor, sampai-sampai sana the Prof tak nak jumpa aku sebab dia kata “We have decided what specs to follow”.

Terpempan aku kejap.
Dalam hati aku cakap kau dah tau brand apa nak beli, tak payahlah setuju dengan appointment aku.
Ingat Johor-KL dekat ke?
Dah la masa tu aku pakai aveo hijau tu.
Aircond tak kuat. Laju sikit stereng gegar. Kahkahkah.

Aku cakap “Please Prof. I drove from KL. Just give me 5 minits”.

Lama aku merayu Prof tu.
Aku minta dia bagi aku kejapppp je.
Prof tu pun setuju.

5 minit apabenda je lah aku dapat sembang?
Lalu, aku terus buka company profile yang ada senarai project yang kami dah win.

Aku cakap "Semua cutting-edge biotech instrument yang Prof perlu kami dah jual di semua tempat ni. Our engineers dah familiar dengan instrument ni semua, Prof takkan ada masalah dengan after sales service. Dari segi spare parts and kit-kit untuk diguna dengan semua instrument ni kami sentiasa ada dalam stock sebab tempat-tempat ni semua guna kit yang sama. Jadi stok sentiasa kami readykan. Prof tak perlu tunggu sampai 2-3 bulan untuk stok masuk. Stok memang sentiasa ada. Setiap 3 bulan, engineer kami akan round ke setiap lab yang ada instrument ni untuk upgrade software and hardware. Sales team kami akan buat training setiap 3 bulan untuk upgrade skill guna kit and instrument ni".

Done 5 minit.

Lepas tu Prof tu tanya soalan. Aku jawab.
Dia tanya lagi. Aku jawab.
The 5 minits menjadi 1 jam.
Dan tak lama lepas tu Purcase Order masuk.
We won RM5.2M worth of deal.
Meloncat boss aku (Devil Wears Prada) masa surat pengesahan pembelian masuk kat fax.
Aku masuk toilet, menangis sepuas-puasnya kat toilet.
Terharu, puas, happy, semua ada.
Terbayang-bayang aku pujuk Prof tu bagi aku 5 minitttttt je.
Kalaulah aku mengalah "Ok takpelah Prof. Saya balik dulu, ya", mungkin pengalaman ni aku takkan merasa.

Bila En Wan cerita hal dia semalam, aku boleh imagine kelelahan nak completekan task.
Drive jauh. Kena reject.
Adui, penat.
Aku harap polisi client En Wan lulus.
Trust me, dik. You have the best agen. Insyallah.


2023-07-18

Dunia orang dewasa ni lain.



Susulan blog post semalam, hari ni aku tepek video budak tersebut di-interview.
Pada pandangan aku, budak-budak bawah umur belum ready untuk diinterview begini.
Akhirnya interview itu menjerat diri.
Kadang-kadang interview begini dibuat sebab nak 'korek' hal sebenar.
Contohnya, budak ni kata dia homeschool.
Tapi, mustahil seorang yang homeschool boleh besetuju dengan statement "Takde SPM pun takpe, boleh berjaya juga".
So, nampak tak soalan interview tu sebenarnya telah menjerat dia?

Dunia orang dewasa ni lain, dik. Lain sangat.
Tak semua yang rapat dengan awak tu suka awak.
Tak semua yang bertanya tu ikhlas bertanya.
Ada pertanyaan ditanya cuma untuk menyerlah sisi lemah kita.
Sebaiknya, budak-budak bawah umur tak payah buat kenyataan begini.
Mereka belum matang.
Sebab tu budak-budak umur begini fokus dulu pada sekolah.
Kalau perlu menjawab interview, lebih baik penjaga atau mak bapak tolong jawabkan.
Atau yang paling baik, belajarlah sampai habis sekolah.
Sambung belajar kalau boleh, supaya PR lebih bagus dan matang bila berbicara.

Ada satu lagi kes melibatkan budak muda.
Aku tak sure korang yang ada TikTok perasan ini atau tak.
Budak ni rasanya takde kat IG atau FB.
Biasalah, budak muda kan prefer TikTok.

This girl, umur 19 tahun baru (sebaya Redza).
Aku rajin nampak video ni lalu lalang, tapi video dia takde apa pun.
Seriously, video dia takde objektif jelas.
Kadang dia buat content berlakon dengan adik, content jadi gangster, etc.
Aku sebagai orang tua yang mungkin sebaya dengan maknya, tak nampak apa yang bagus kat video dia.

Terdetik juga di hati, apesal budak ramai followers, dan video dia view semua tinggi-tinggi?
Tahap juta-juta viewers tau. Bukan kaleng-kaleng.
Sedangkan video dia kategori "ntah hape hape ntah".
Lalu, aku anggap aku yang tak sesuai berada dalam TikTok agaknya.
Maybe cara budak-budak TikTok ni lain sikit kot.
Gitu aku berpikir.

Until one day, TikTok asyik keluar pasal dia.
Rupanya dia buat meet and greet.
Ramai akaun Tiktok bercakap pasal ni.
SEMUA. I mean SEMUA video yang orang buat seolah-olah can't wait to meet her.
Ada yang kata dorang bergerak 2 bas dari Johor.
Ada yang kata sanggup apply cuti 3-4 hari dari bos.
Ada yang cakap kensel family day sebab nak jumpa dia.
Hujung-hujung aku rasa semacam pulak bila muncul video yang lebih extreme.
Dorang kata:

"Saya dari UK akan hadir dengan satu chartered flight"
"Saya berhenti kerja sebab bos tak bagi cuti. Asalkan boleh jumpa awak"
"Saya kensel majlis nikah sebab nak jumpa awak"


Dah jadi macam satu 'penganjingan' tau.

Aku tak puas hati.
Aku baca setiap komen dari video-video mereka ni.
Kebanyakkan komen semua menganjing girl tu.

Aku masuk page budak tu semula and check komen pada video-video dia selama ni.
Ternyata gaissss.
Ramai menganjing dia rupanya!
Barulah aku sedar rupanya budak ni famous bukan kerana video dia best, tetapi orang dok membahan dia selama ni.

The thing is, budak ni lurus yakmat!
She took all "pujian" sebagai satu pujian yang real.
Sebab itulah dia berani buat meet & greet, kerana dia percaya dia ramai peminat.
Dia percaya ramai orang nak jumpa dia.
Ya ampunnn. Kesian betul.

Adea satu video tu, dia cakap "Sorrylah, tak dapat tunggu lama. Takpe next time saya buat lagi meet & greet".
Masalahnya meet & greet yang pertama tu tak sampai 10 orang datang.
Tapi dia dah rasa famous gila. Hahahaha.
Itupun ada yang datang semata-mata nak ambik video dia dari jauh pastu mengajing berjemaah.
Kesian pulak aku tengok budak ni bersidai kat mall tunggu orang datang greet dia.
Seingat aku memang tak sampai 10 orang yang datang, itupun sebab kebetulan orang kenal dia bila banyak video menganjing dia buat meet & greet tu.

Ada satu video dia upload "Ini antara yang beruntung sempat jumpa saya hari ni".

Aku macam nak jerit "Noooooooo!!!!".
Nak je aku pekik "Dik, stop it! Satu Malaysia menganjing awak, dik. Bukan puji awak. Awak jadi bahan gelak je ni".

This is why aku nasihat anak-anak muda, carilah peluang untuk sambung belajar.
Kalau boleh, jangan stop setakat SPM.
Zaman sekolah ni lain, dik.
Dunia awak hanyalah dalam compound sekolah.
Dunia realiti agak kejam, ya.
Tak semua yang memuji benar-benar puji.
Tak semua yang merapat benar-benar nak berkawan.
Tak semua yang follow media sosial awak benar-benar follower.
Selalunya yang ramai tu haters je yang buat ramai.
Tak percaya, tengok bila kau achieve something.
Jangankan kata followers, kawan sendiri pun tak ucap tahniah.
Tapi kalau kau jatuh, berjujuk-jujuk menghencap kat ruangan komen.

Masa budak ni buat second meet & greet (aku tak tahu mana dia dapat konfiden buat second meet & greet), dia up video "Saya ada kat sana pukui 4 petang. Pukui 2 hangpa semua dah boleh gerak dah".

Aku tengok macam "Ya Allah, dik. Kenapalah kau lurus sangat tak faham kau sedang diperkotak-katikkan?"

Punyalah ramai orang komen "Ok, kitorang gerak sekarang, 15 kereta dari Melaka", "Ok, done minta cuti kat boss. Kalau boss tak lulus saya sanggup resign demi idola".
Kau rasa??

Yang kesiannya, budak ni percaya.
Dan apa yang lebih teruk lagi, ramai ambil kesempatan gunakan populariti budak untuk benefit.
Sanggup tu, karnival jemput dia datang untuk meriahkan majlis.
Siap minta dia nanyi hiburkan pengunjung.
Budak ni punyala bendul, dia sanggup menyanyi walaupun suara ke 1000 kaki bawah laut perginya.
Kesian pulak aku tengok.
Orang yang tahu, tahulah.
Yang tak tahu, terpinga-pinga kat karnival tu tengok ni siapalah yang konfiden sangat menyanyi ni?

Sejujurnya aku kesian. Kesian dengan budak ni sebab dia tak tahu dia sedang dibahan.
Dia ingat orang memang minat dia betul-betul.
Selepas tu lepas satu, satu video dia up yang aku makin tak faham.
Tapi aku tak salahkan dia. Mungkin teruja ramai orang 'minat'.
Content yang ntah hape hape pun dia balun je upload.

Dah ada dah orang start komen "Gais, should we tell her?"
Bukan apa, kesian.
Benda-benda macam ni la yang menghanyutkan lagi budak-budak.
Dorang masih terlalu muda untuk faham dunia orang dewasa ni.
Sebagai orang yang lebih tua dan, janganlah diprovoke-provoke budak-budak.
Yang mencorakkan mereka adalah kita.

Macam wartawan yang tanya video budak tadi.
Ada ke ditanya "So awak bersetuju dengan kenyataan takde SPM pun boleh berjaya?"
NO! You tak boleh tanya macam tu.
Budak tu umur 15, masih muda untuk berikan jawapan sepatutnya.
Dah lah dia berhenyi sekolah, kau pulak tanya soalan yang buatkan dia merasa keputusan dia betul.
Makin hanyut la jawabnya.
Patut tanya "Umur 7-17 tahun adalah usia untuk tumpukan perhatian pada pelajaran dan persekolahan. Betul tak?"
Biar soalan tu buat dia berpikir balik adakah keputusan aku buat ni betul? 
Bukannya tanya soalan yang akan membuatkan dia keluarkan statement merepek yang menjerat diri sendiri.
Budak-budak kot tu.

2023-07-17

Sekolah kena habiskan.



Hari tu aku komen kat satu page ni, Oh Bulan ke apa ntah.
Berita tentang sorang budak yang bergelar artis (pelakon) berhenti sekolah sebab nak menumpukan perhatian pada kerjaya lakonan.
Aku baca pun pelik.
Budak ni sebatang kara ke camana? Mana mak bapak dia?
Tak boleh ke sebagai orang tua, nasihatkan anak yang tanggungjawab sekarang adalah belajar, bukan bekerja.
Peliknya kecik-kecik dah kena pikir tanggungjawab terhadap kerjaya.
Ni lah jadinya bila kecik-kecik dah masuk dalam environment orang dewasa.
Dia jadi konfius tanggangjawab sebenar.
Dah tak nampak yang pelajaran adalah fokus utama.

Dik, umur kalau tengah muda, memang jarang nak terbayang usia tua.
Perasaan diri tu masih muda, tua jauh lagi.
Nak pulak tengah famous, lagilah tak terbayang lansung yang bila-bila masa je famous tu boleh hilang.
Dulu, zaman internet belum ada.
Nak famous apa caranya? Jadilah artis.

Zaman 90an dulu, artis dari kalangan budak-budak sekolah cukup ramai.
Kejap je famousnya.
Lepas satu, satu artis dari kalangan budak-budak yang masih sekolah.
Siapa je lah yang jadi artis masa sekolah dulu kekal sampai sekarang?
Yang betul-betul MASIH RELEVAN, tak ramai.
Relevan tu maksudnya masih lagi ada produk baru (menyanyi atau berlakon).
Bukan relevan sebab famous jual barang kat TikTok.
Siapa? Ada?
Bell Ngasri kot yang aku terpikirkan.
Itupun dia habiskan sekolah, ya.

Yang hilang tu, bukan kerana takde bakat.
Ada. Tapi, peluang tu dah makin takde sebab setiap tahun industri demand muka baru.
Maka, jangan bergantung pada populariti semata-mata.
Kena backup dengan pelajaran.
Pandai tak pandai itu bukan soalnya.
Soalnya sekarang, kenapa sampai kena berhenti sekolah?
Lainlah kalau tak mampu finnacially.
Berhenti sekolah sebab miskin, perlu cari kerja untuk bantu keluarga.
This is another story.
Tapi kalau ada duit dan berkemampuan untuk belajar, jangan berhenti sekolah!

Percayalah cakap aku, pelajaran akan bawa kita jauh.
Sekarang mungkin kita tak nampak.
Esok, dah cecah 30-an, slowly akan mula terasa sesalnya.
Dah masuk 40-an makin terasa stressnya.
Sebab apa?
Sebab you started to realize, kau takde apa untuk disandarkan selain bakat yang orang dah tak pandang lagi.

Tak dinafikan ramai artis yang berjaya, tapi berapa kerat yang berhenti sekolah?
Tak ramai.
Sekolah tetap dihabiskan.
Lepas tu kau nak jadi apa pun, gasak.

Even artis-artis yang tak sambung belajar Uni, anak-anaknya semua dipastikan bersekolah sampai habis.
Dorang tak bagi anak-anaknya berhenti sekolah.
Ada yang sekolahnya pandai sebab dia encourage anaknya to be pandai.
Anak dara Faizal Hussein dulu di MRSM Kuala Kelawang (IGCSE).
Anak Rahmat Mega semua ke uni, ada yang sampai peringkat Masters.
Sorang anaknya ke SBP Sekolah Tun Fatimah.
Anak Che Ta pun maknya sanggup berhabis duit biar anak sekolah ke peringkat tinggi.
Masa aku ke wedding Jihan Musa (atas kapasiti blogger), anak Era Fazira jinjit buku latihan, ya.
Sambil makan sambil siapkan latihan.
Parents ni semua tahu industri seni ni bukan semua orang boleh carry.
It's like doing business.
Kalau tak strong, done.
Bila ada pelajaran, at least kalau tak boleh pergi dalam industri seni, you can makan gaji.

Ada someone yang aku kenal.
Bersekolah sampai habis Form 5, tapi tak nak sambung belajar.
Nak jadi influencer, sebab dari zaman sekolah dah berjinak-jinak buat produk review.
Dapatlah merasa hidup mewah sekejap.
After 3-4 tahun, influencer yang baru makin ramai.
Malah, ramai yang lebih famous.
Now, business kurang dapat sambutan.
Dah mula terasa lemau je semangat.

Orang kata dia demotivated sebab business dah tak maju macam dulu.
To me, no.
Dia bukan demotivated sebab business slow.
Tetapi kerana deep down dia started to realize "Ke mana aku nak pergi selepas ni? Aku takde sijil diploma. Aku takde degree untuk disandarkan. Buta-buta sijil SPM saja".
Nak belajar, rasa diri dah tua.
Kawan-kawan sebaya dah habis belajar, dia baru nak bermula. Mulalah terasa segan.
Maka, nak tak nak terpaksa teruskan juga kerjaya yang sedia ada.
Semakin hari semakin hilang semangat.

Ini yang kita tak nak berlaku pada anak-anak muda.
Business is not for all.
Benda tengah gempak, memang rasa diri power.
Rasa diri terpaling pandai berbisnes.
Tak sambung belajar pun takpe katanya, sebab aku mampu jadi kaya, malah lebih kaya dari kawan-kawan yang sambung belajar.
Benda tengah seronok, jarang kaki nak jejak bumi.
Bila dah tersodok, baru jelas mana langit mana tanah.

Kawan aku pernah cakap "Duit tengah banyak memang semua benda kau boleh manage. Tapi kehebatan sebenar adalah manage keadaan ketika duit tak banyak".
Nak manage keadaan ketika takde duit inilah kena pakai ilmu.
Kawan aku yang bercakap ni, dia pernah terpaksa berhenti kerja kerana berpindah.
Cari kerja kat tempat baru, belum ada kekosongan.
Padahal dia ada degree dan pengalaman bekerja di bidang yang sama.
Last-last dia buat kelas.
Pergi dari satu sekolah ke satu sekolah buat talk, buat workshop untuk murid-murid berbekalkan ilmu yang dia ada.
Dia boleh survive menanggung keluarga dengan kerja ni.
Selepas setahun dua, dia akhirnya dapat kerja.
Stop business and makan gaji.
Bukan kerana dia tak boleh buat the business, tapi dia memang tak pernah bercadang nak buat bisnes.
Dia run the business sementara menunggu peluang kerja lain sahaja.

Gitulah dik, orang kalau ada ilmu, ada sijil.
Dengan ilmu dan sijil tu boleh buat bisnes.
Tapi kalau takde ilmu, takde sijil?
Bukan tak boleh hidup. Boleh.
Tapi kau takde pilihan lain untuk disandarkan melainkan teruskan saja apa yang kau dah start.
Tu pasal jadi stress sebab kau takde pilihan.

Again, anak-anak yang bawah umur 18 tahun ni, tolonglah habiskan sekolah.
Kalau menyampah sangat nak belajar, kepala tu dah memang block taknak terima pelajaran, at least habiskan sekolah dulu.
Tapi kalau boleh, dapatkanlah satu sijil -- tak kisahlah sijil kemahiran ke, diploma ke, degree ke.
Jangan kata "Ada sijil tapi kerja sekarang tak guna pun sijil tu".
Jangan cakap.
One day kau akan tahu kat mana sebenarnya kekuatan sijil yang "tak berguna" tu.


2023-07-14

Menyampah dengan kaedah mempromote produk jamu yang hanya fokus pada keintiman.



Entah kenapa, aku menyampah dengan kaedah mempromote produk jamu yang hanya fokus pada keintiman.
Memang dari dulu sampai sekarang, kekdah mengiklankan jamu yang ada manjakani, kacip fatimah and serapat takde lain melainkan bagi ketat ke camana?
Dengan memek muka yang macam puas gila.
Asal produk jamu je, modalnya nak bagi puas suami.
Balik-balik itu je dihighlite.

No, jangan salah faham.
Aku takde masalah dengan produknya, tapi CARAnya.

Aku pun ada produk kategori jamu, Herba Rahsia Rimba.
Look. Herba kampung untuk wanita ni tak jauh beza.
Serapat, kacip fatimah, manjakani.
Pusing-pusing itu juga yang orang lain guna.
Yang membezakan adalah formula.
Dah tu kenapa nak promote berkisarkan hubungan intim tak sudah-sudah.
Sedangkan bahan-bahan tu ada manfaat yang lebih besar, kenapa tak diceritakan.

Ya, aku tahu selling point produk jamu adalah - ketat, grip kuat, tambah ghairah dan segala tok nenek adegan ranjang.
Cuma aku terpikir memang itu je ke jamu korang boleh buat?
Kalau highlite selain dari mengetatkan faraj, produk tu tak laku ke?

Selama aku jual Herba Rahsia Rimba dari tahu 2018 sehingga sekarang, melalui respond customer, aku tahu wanita ada banyak masalah yang lebih besar dari masalah grip!

Contohnya, keputihan dan kitaran haid yang tak menentu.
Dua masalah ni adalah masalah terbesar wanita.
Jauh lebih besar masalah ni dari masalah grip.
Hampir kesemua customer GreenAard yang beli Herba Rahsia Rimba datang sebab ada masalah ini.
Tersangat jarang aku dapat customer yang tanya "Kak Di, HRR ni boleh bagi ketat tak?"
Sangat jarang, ya.
Sebab, cara kita mempromosikan produk akan mempengaruhi jenis customer yang datang.
Kau siang malam pagi petang promote pasal ketat tu ketat ini, dengan memek muka ghairah, lepas tu bila yang komen semua berbaur gatal, kau merempan apesal lelaki semua biadap.
Habis tu, dah kau yang start.

Bukan tak boleh nak promote pasal ketat-metat semua ni. Boleh.
Tapi, biar nampak ilmiah.
Jangan nampak macam kita mewakili bosia-bosia serantau.
Nak promote produk yang berkaitan kesihatan intim macam mengetatkan faraj, penting untuk maintain politeness, integriti and be based on correct information.
Jangan overclaim dan melebih-lebih.
Provide accurate and reliable information tentang bahan-bahan dalam produk tu.
Kalau kau bukan orang sains, at least buatlah bacaan how these ingredients bagi benefits.
Tekankan bahawa mengetatkan faraj bukanlah satu-satunya tujuan produk, tetapi sebahagian dari usaha mempertahankan keseimbangan tubuh badan secara keseluruhan.

Tapi tu lah, bak kata sifu-sifu marketing yang bijaksana kata "Kalau nak cepat kaya, jangan jual fakta. Juallah emosi".
Maksudnya nak jual produk kena pancing emosi.
Tak payah cerita pasal fakta dan sains disebalik produk atau macamana produk tu boleh bantu kau.
Orang taknak dengar katanya.
Just pancing emosi je.
Contohnya macam jamu ni lah.
Kau pancing je perkataan "ketatkan faraj, suami puas". Done.
Berjujuk-jujuk datang beli tanpa soal.
Dalam kepala tu dah dipasakkan "kalau suami tak puas nanti dia cari lain, kau kena tinggal".
Itulah yang dijaja 7 keturunan.

Padahal produk berasaskan jamu/herba kampung ni manfaatnya sangat besar.
Kalau keputihan and period cycle mantap, secara tak lansung hubungan intim menjadi lebih baik.
Bayangkan faraj gatal-gatal?
Kau rasa ada mood nak melayan suami?
Takde punya.

Sama juga dengan period cycle.
Haid yang tak teratur, kejap datang kejap tidak, can affect the balance of hormones dalam badan.
Hormon dalam badan yang kacau-bilau akan affect pula mood.
Punca-punca mood swing adalah sebab inilah.
Bila hormon dalam badan haywire.
Wanita yang haid tak teratur akan alami unpredictable hormone fluctuations, yang kemudian memberi kesan pada their mood and overall quality of life.

Sebab tu wanita yang menopause atau menghampiri menopause dah kurang keinginan untuk seks sebab hormon tu dah mula berkurangan dan haywire di ambang menopause.
Bila mood tak teratur, keinginan seks menurun dan seterusnya hubungan intim kelaut.
We treat them with estrogen.
Bila supply estrogen berterusan dalam badan, kuranglah sikit simptom mood swing tu.
Kalau bukan dengan estrogen kita nak treat dengan apa?
Dengan Saponin.
Saponin ni ada kat mana?
Dalam Kacip Fatimah.

I tell you, ada banyakkkkkkk manfaat lain dengan bahan-bahan jamu/herba kampung selain dari untuk ketatkan faraj kau 24 jam.
Kalau PUNCA kepada permasalah untuk tak dipastikan, no point ada faraj ketat.
Cubalah ubah sikit cara promote jamu.
Ada yang umur macam aku masih lagi guna kekdah yang sama -- asyik-asyik nak faraj ketat. Sampai bila nak kejar faraj ketat ni?
Sampai umur 60?
Tetek dah sampai pinggang time ni, sibuk nak ketat lagi.


2023-07-13

Alternatif untuk orang sakit.


Hari tu ada orang DM aku minta tanyakan En Wan kalau-kalau hibah untuk orang sakit tu ada lagi ke tak.
Rasanya En Wan dah pun contact that person.
Cuma aku nak share kat sini, berdasarkan apa yang En Wan explain kat aku.

Orang sakit memang tak boleh ambil hibah.
Cuma hari tu Prudential ada buka offer sesiapa yang sedang sakit untuk ambil hibah.
Kejap je offer tu.
Ramai client En Wan ambil offer ni. Now dah tutup.
Tapi, En Wan suggest sesiapa yang sakit tetapi nak tinggalkan hibah untuk orang tersayang, boleh buat investment.

Rupanya, kalau korang sakit tapi nak buat hibah, alternatifnya korang boleh buat investment dengan Prudential.
Investment Prudential bersekali dengan hibah.
Walaupun caruman untuk buat investment bergantung pada keadaan kesihatan semasa, tetap ada sedikit hibah dalam tu.
Invesment ni korang boleh buat untuk tempoh 5, 10 atau 15 tahun.
Setiap tahun, CONFIRM dapat cash.
Cash ni nak bawak keluar boleh, tak nak keluarkan pun boleh.

Seperti polisi-polisi Prudential yang lain, investment juga ada tempoh matang.
Kalau medical card, tempoh matang adalah 120 hari.
Kalau hibah, tempoh matang adalah 3 bulan.
Kalau hibah orang sakit, tempoh matang adalah 3 tahun.
Kalau investment, tempoh matangnya adalah 10 tahun.

Katakanlah nilai caruman untuk investment adalah RM350/bulan.
Tempoh caruman yang korang minta adalah sehingga 10 tahun.
Bermakna, selepas habis bayar 10 tahun, kena tunggu 10 tahun lagi baru tamat tempoh matang.
Maknanya in total, korang kena tunggu 20 tahun.
Tetapi, dengan polisi investment, setiap tahun boleh keluarkan cash.

Contohnya gini:

Nilai caruman adalah RM350/sebulan x 10 tahun = RM42,000.

Dari tahun 2 hingga tahun 10, korang dapat RM450 cash.
Yang ini confirm!

Kalau korang buat kira-kira, setahun bayar caruman RM4200, dan dapat cash RM450.
Bermakna korang dapat keuntungan 10.71%.
ASB pun tak bagi banyak ni setahun.
Selama 9 tahun korang dapat RM450 setahun.
In total, dapat RM4050.00.
Nak simpan dalam tu tak keluar-keluar pun takpe.

Ok now dah settle 10 tahun bayar caruman.
Kan tadi aku cakap selepas habis tempoh bayaran, kena tunggu 10 tahun tempoh matang, kan?
Masuk je tahun 11 hingga tahun 19, setiap tahun korang dapat RM900, CONFIRM!
Jadi, in total dapat RM8,100.

Itu tak termasuk lagi dana keuntungan dari investment which is another 5%.
Tak termasuk lagi hibah.
Hibah akan dikira berdasarkan nilai caruman bulanan.

One thing yang korang kena faham, bila ambil polisi investment, yang utama adalah investmentnya, kedua baru hibah.
Keuntungan investment adalah lebih tinggi dari nilai hibah yang akan penama dapat.
Why hibah sikit?
Kerana ini adalah polisi investment, bukan polisi hibah.
Yang buatkan En Wan offer orang sakit ambil polisi investment adalah sebab investment Prudential memiliki hibah sekali.
Investment yang biasa semua kena faraid tau.
Jadi, ini adalah salah satu option kalau orang sakit nak buat hibah, iaitu melalui polisi investment.

Katakanlah sehingga tempoh matang korang masih panjang nyawa, grand total keuntungan investment TERMASUK hibah di dalamnya akan dapat kat korang.

Sebab apa hibah tu korang boleh dapat pulak?

Kerana, ini adalah polisi investment, bukan polisi hibah.
Hibah di dalam polisi investment adalah sampingan saja.
Sekiranya korang mati, penama akan dapat sedikit duit (hibah).
Tapi kalau umur korang panjang, semua dapat kat kau.

Aku belum ambil polisi investment Prudential lagi.
Tengah tunggu green lite dari En Wan.
Tapi En Wan dah ada polisi investment Prudential.
Dia kata, kalau korang ada lebihan duit kat ASB, keluarkan untuk buat investment Prudential ni.
Investment jangan buat setempat.
Biar bercabang-cabang sebab keuntungan investment tak sama.
Kalau letak kat setempat, lambat beranak saving tu.
Tapi, kalau belum buat medical card atau hibah, tolong buat dua ni dulu sebelum buat investment -- ini pesan dia.



Orang perempuan, seram tak dengar video UAI ni?
Aku seram.
Especially bila dia kata wasiat kepada waris tidak sah kerana waris ada faraid.
Bermakna, isteri tidak layak terima apa juga jenis wasiat dari suami, melainkan faraid.

Tetapi, faraid tu siapa dapat paling sikit?

Jawapannya: __________

Ya, pandai. *sambil telan ailio*

Maka, buatlah hibah cepat.
Kalau suami taknak bayarkan hibah, korang buat untuk diri sendiri.
Buat hibah atas nama suami, tetapi penamanya letak nama korang.
Korang bayar every month.
Sekiranya suami meninggal, hibah tu korang dapat.

Now, pak incik ni dah level-level diminta bagi talk.
Dulu paling takut nak bagi talk ni.
Seminggu sebelum kena bagi talk dah prektis 48 kali sehari.
Sehari sebelum talk, demam. Kahkahkah.

Now, tak lagi u olssss.
Dalam gambar ni, dia ada kat ofis.
Big bos tengah bagi talk untuk satu program lain.
Tiba-tiba big boss nampak kelibat dia lalu depan pintu, terus panggil "Tolong bagi talk kejap".
Dia terus grab mic and talk u olssss.
Dah boleh bercakap on the spot.
Khidmat aku untuk buat teks tak diperlukan lagi, ya.
Tapi, khidmat aku untuk appeal case kat underwriter masih diteruskan.
Kalau berminat nak tahu tentang investment, boleh whatsapp dia di sini.


2023-07-12

Disebabkan orang tanya, kita jawab


Disebabkan orang tanya, kita jawab.

Ceritanya, bila aku quit, Mak Aji sangat frust.
Masa tu aku tak faham kenapa dia beria nak aku stay kat sekolah tu.
Kenapa sebelum aku dapat TKC tu dia ok je aku bersekolah harian?
Kenapa nak quit dan kembali ke sekolah harian tak boleh?
It took me bertahun-tahun untuk faham kenapa.

Mak bapak aku bukan lulusan universiti.
Mereka takde peluang nak sambung belajar.
Disebabkan parents aku bukan kelompok belajar tinggi, dah tentu dia bangga anak dia ke elite school.
Terbayang-bayang agaknya cerah masa depan si anak.
Tapi tu la, anak jenis kepala batu. Nak jugak quit.

Dek kerana kecewa sangat aku quit, Mak Aji tak kasi Pak Aji daftarkan aku kat mana-mana sekolah.
Dia suruh aku duduk rumah jadi orang gaji.
Kering hati aku, lagi kering kan hati beliau, kan?
Mak Aji kata "Nak sangat keluar TKC, biar berhenti skolah terus!"
Maksudnya, dah dapat sekolah bagus, nak jugak masuk sekolah biasa, nampak nau tak pikir masa depan.
Meh sini aku jadikan kau takde masa depan lansung.
Gitulah lebih kurang.

Maka bermulalah aku duduk di rumah.
From A to Z kena buat kerja kat rumah.
Mak Aji lepaskan 100% urusan rumah kat aku.
Orang gaji katakan.

Aku pulak jenis hati kering.
Oorang bagi impossible task untuk aku, aku buat sampai jadi!
Aku belajar siang ikan sendiri.
Siang udang. Siang sotong.
Basuh ayam dengan garam and tepung.
Simpan cantik-cantik dalam bekas tupperware.
Kan selama ni kena kerah duduk dapur time mak Aji masak, so aku observe semua tu.
Tu yang sedikit sebanyak aku tahu macamana nak buat.
Lepas siang segala benda, aku memasak pulak.
Aku mengamalkan konsep "Asal jadi lauk. Take it or leave it". Ahgitewwwww 😆.

Dua minggu aku tak bersekolah.
Satu malam Pak Aji tanya “Apa perancangan Diana sekarang?”.
Aku bagitau yang aku masih nak bersekolah cuma tak nak masuk sekolah asrama sampai bila-bila.
Lagipun itu bukan pilihan aku sejak dari awal.
Even masa dapat tawaran pun aku tak excited sangat.
Masa tu tak nampak apa yang bestnya bersekolah jauh dari rumah.
Aku yakin aku boleh belajar kat mana-mana pun sekolah pun.
Pak Aji pun daftarkan aku ke sekolah harian dekat dengan rumah.
Maka, aku kembali ke sekolah.

Walaupun dah bersekolah, kerja-kerja kerahan tenaga di rumah tetapppp kena buat.
Balik dari sekolah, makan.
Lepas makan, basuh baju, sidai baju, sapu rumah, lipat kain, susun kain, sapu laman.
Tau-tau je dah petang. Homework tak sentuh lagi ni.
Petang karang Mak Aji balik dah nak kena tolong dia masak kat dapur pulak.
Pukul 6 pm aku standby depan tv tengok cerita cina.
Ini takleh kacau, ya. Ini “me time” aku.
Lepas dinner barulah boleh buat homework and study.

Itu kalau weekdays.
Hari Ahad lain pula rutinnya.
Tetap kena bangun awal macam biasa.
Pukul 7.30am dorang gi Pasar Kajang.
Syaratnya, dorang balik, rumah dah clean and clear.

Selalunya dorang gerak ke pasar, aku putar mesin baju dulu.
Jangan mandi dulu.
Kalau ada baju belum bersidai, sidai dulu.
Lepas tu start kemas hall.
Vacuum karpet, menyapu, mengemop, mengelap.
Dah settle hall, kemas dapur pulak.
Dapur agak heavy sebab nak lap pinggan mangkuk semalam, susun dalam kabinet, menyapu, mengemop and bersihkan fridge.
Pesen Mak Aji, setiap minggu kena kemas fridge.
Kat dapur, tingkapnya jenis shutter.
Tingkap ni pun kena lap every Ahad.
Nanti mak aku balik dia selet jari dia kat shutter tu kalau berdebu, siap ya kau, Diana.

Kalau baju yang diputar dah ready untuk disidai, kena sidai dulu.
Lepas tu baru beralih ke porch and laman pulak.
Sapu porch, simbah-simbah air lebih kurang.
Sapu laman.
Mak Aji banyak bela pokok bunga kertas.
Hangin betul aku.
Asyik-asyik gugur, asyik-asyik gugur.
Pakkal bunga tu dia punya.
Kalau aku punya, dengan pasu-pasu aku humban ke luar.

Dah habis settle laman, baru cepat-cepat mandi.
Semua kena buat dengan pantas sebab mak bapak balik dari pasar selalunya around 10.30 am.
3 jam je masa aku ada untuk settle semua.
Tak dan nak menung berangan.
Selalunya aku tengah mandi, dorang balik.
Tapi takpelah sebab bawah dah siap kemas.

Nanti dah pakai baju, turun untuk breakfast.
Hari Ahad selalunya dorang bawak balik roti canai dari pasar.
Breakfast dulu.
Selepas tu masuk round ke-2 pula, iaitu kemas barang-barang pasar yang dia bawak balik.
Waktu ni Mak Aji and Pak Aji lepak-lepak kat hall baca paper.
Aku bersilat kat dapur siang ikan, sotong, basuh ayam, udang, kemas and susun sayur, bawang, telur segala dalam fridge.
Nanti dah siap semua baru Mak Aji masuk dapur untuk memasak.
Itupun kerja aku belum habis, ya.
Aku kena tolong-tolong kupas cili bawang, potong sayur.
Kalau takde kerja sangat, kena kopek ikan bilis.
Kalau dia beli sekilo ikan bilis, sekilo tu la aku mengopek bagi perabis sementara dia memasak.
Aku tak berani nak tolong dia masak.
Kat dapur tu banyak ‘weapon’.
Nak-nak lagi pemukul lalat.
Karang salah goreng, tau-tau pemukul lalat tu singgah belakang aku.

Gitulah kerahan tenaga akibat quit asrama.
Dia memang tak kasi chan.
Kau nak sangat keluar, kan?
Buat kau semua kerja ni. Gitu.

Tapi aku tak kisah. Tak rasa terbeban pun.
Terasa nak membuktikan aku boleh buat semua task, lagi ada.
Mungkin inilah beza aku dengan anak-anak aku.
Sebab tu aku suka anak-anak aku stay je kat asrama tu.
Kau duduk rumah pun bukan reti buat semua benda.
Kalau aku buat Redza and Rayyan sebijik macam Mak Aji drill aku, konfem murung budak-budak ni.
Sebab aku tak membiasakan dorang dengan kerja-kerja heavy macam tu selama ni.
Setakat kemas bilik sendiri, sidai baju sendiri -- ada.
Tapi kalau sampai kena buat kerja-kerja rumah macam aku buat, takde.
Kerana dari sejak dorang lahir, ada bibik dalam rumah ni.
Kalau dulu Mak Aji ada bibik, rasanya aku pun takkan lalui kerahan tenaga macam tu.
Maybe dia jadikan aku part time cleaner kat UKM pulak kot.


2023-07-11

KIsah selain dari kejar kereta Pak Aji.


Agak ramai request aku ceritakan apa lagi drama yang aku buat semasa di TKC, selain dari kejar kereta Pak Aji 🤣.
Aksi kejar kereta pun sekali tau, tapi berkali-kali.
Meraung-raung sambil kejar kereta.
Aku syak inilah punca akak-akak senior aim nak ragging aku.
Memekak je budak ni dia kata.

Aku tak sure berapa banyak peristiwa yang aku boleh ingat.
Benda dah lama, kan.
Tapi, yang palingggggg aku ingat adalah, kes aku and kawan nak melarikan diri dari sekolah.

Budak ni namanya Sri.
Dia blok Tun Fatimah (blue house).
Aku pulak sebelahnya, blok Mahsuri (red house).
Aku tak ingat macamana kitorang boleh kenal, padahal lain dorm, lain blok dan lain kelas.
Tapi kitorang jadi rapat.
Kadang-kadang dia datang basuh baju kat blok aku sebab nak basuh baju sama-sama.
Kadang-kadang aku solat di blok dia.

Aku rasa kitorang click sebab masing-masing tak suka stay situ.
Maka terwujudlah plan nak larikan diri dari sekolah.
Sebenarnya aku tidaklah berani sangat nak lari, sebab aku tidak ada strong reason sangat untuk lari.
Yang pertama, takde duit 😆.
Yang kedua, aku tak pressure dari seniors (takde kes ragging ke atas aku).
Yang ketiga, aku takde masalah dengan belajar.
Aku tetap pergi sekolah dan siapkan homework macam biasa.
Reason aku untuk lari cumalah aku tak suka hidup berasrama. Itu saja.
Disebabkan the WHY tak cukup big, jadi pada malam kejadian, aku masih ada perasaan takut dan tak kisah kalau plan nk tak menjadi.

Kitorang lari pada bulan puasa.
Time orang tengah sibuk bersahur ke dining hall, takde siapa perasan kitorang buat hal.
Sri tunggu aku kat water cooler blok Mahsuri.
Masa dia tunggu tu, dia dah siap bawa satu beg kecil.
Aku turun dorm turun-turun bodo sehelai sepinggang sebab aku masih tidak yakin dengan plan tu.
Aku lebih prefer keluar TKC dengan cata terhormat.
Tapi disebabkan dia dah nekad, aku join dengan tak bawa apa-apa.
Bersemangat pula bila tengok member macam berani sangat.

Kitorang jalan berdua ke gate besar. Senyap.
Guard tu tido kau tau.
Bladihel punya guard.
Sri memang nekad gila orangnya.
Dia jalan slow-slow and lepas pagar.
Pagar berbunyi, guard terjaga.
Aku pecut lari ke blok, balik dorm, terus tido.
Tido dalam keadaan berdebar sebab aku saksi kejadian.

Esoknya balik dari sekolah nampak ramai warden kat dorm si Sri.
Aku buat muka rilek balik ke dorm aku.
Budak-budak dorm aku tengah bergosip pasal student lari dari sekolah.
Aku senyapkan diri buat hal sendiri.

Selang beberapa hari, dengar cerita Sri datang balik ke sekolah.
Aku pergi blok sebelah untuk check.
Betul, Sri ada dalam dorm, tengah kemas barang.
Dia cerita malam tu dia lari dan jalan kaki sampai ke stesen bas Seremban!
Jauh, ya dari TKC ke stesen bas.
Pulak tu jalan kaki gelap-gelap.
Dah cerah, dia beli tiket balik Perak!
Aku tak sure lah dia beli bas straight ke Perak atau stop kat Pudu beli tiket lain pulak.
Yang pastinya dia berjaya sampai ke Perak.
Tapi tak balik ke rumah parents, dia balik rumah pakcik dia.
Pakcik dia polis.
Entah apa la agaknya dorang sefamili slow talk, last-last Sri quit dari TKC.

Hari yang Sri balik ke dorm adalah hari last aku jumpa dia.
Aku tak pernah berita dari Sri sebab masa tu aku tak terfikir pun nak minta address.
Tahun-tahun awal aku blogging, aku ada bercerita pasal kes ni di blog.
Tak sangka salah seorang kawan Sri baca post aku dan bagitau Sri dah meninggal sebab sakit.
Kiranya Sri meninggal muda, umur 20-an.

Ada satu lagi percubaan untuk aku larikan diri.
Iaitu masa aku demam dan dibawa ake Hospital Seremban.
Budak-budak TKC kalau sakit dorang akan bawa ke Hospital Seremban.
First time ke hospital, mata aku dah melilau cari lorong-lorong untuk larikan diri.
Tak jumpa peluang sebab cikgu pengiring sentiasa ada dengan kitorang.
Payah nak lesap.
Nak pegi toilet pun ada je mengekor.

Kali kedua ke hospital, aku jumpa peluang tu sebab cikgu pengiring kali ni macam malas sikit nak mengekor.
Tapi tu la, duit yang jadi masalah.
Aku mana ada duittttttt.
Tawakal betul mak bapak aku campak aku kat TKC tak bagi duit, kan?
Buta-buta harap makanan kat dining hall je.

Sekarang orang kata kebanyakan budak-budak SBP especially elite school, datang dari family have-have.
Sebenarnya, masih ada kuota B40 kat dalam tu.
Aku ni dulu kategori B40 jugalah.
Dalam dorm aku ada je budak-budak kaya.
Anak Tan Sri Rahim Tambichik (Ketua Menteri Melaka waktu tu) pun dormmmate aku.
Budak-budak yang bawa mini compo.
Dengar lagu omputih manjang.
Gaya pun tahu gaya anak orang kaya.
Weekend balik bawa bekal KFC.

Percayalah cakap aku, dari zaman TKC dulu sampai TKC sekarang, kuota untuk B40 tu ada.
Janganlah cakap elite school hanya untuk anak orang kaya. Takde maknanya.
Yang buatkan sekolah elite ni nampak macam tempat berkelas adalah sebab golongan yang kaya-kaya ni selalunya hantar anak-anak balik ke asrama dengan kereta.
Sedangkan most anak-anak B40 balik asrama dengan bas, sebab tu orang tak nampak kereta kecik-kecik di perkarangan asrama.
Sebab tu juga orang ingat elite school ni kena kaya atau ada cable besar baru boleh masuk.

Satu je kena ingat.
Elite school ni nak jaga reputasi.
Kalau kau tak layak masuk, walau keturunan kau kaya, tetap tak boleh masuk.
Kalau kau nak masuk guna kabel sekalipun, kau kena buktikan kau layak.

Ada sorang kawan aku kat TKC dulu, jenis lurus.
Dia cerita "Saya 3rd intake. Bapak saya guna pangkat dia untuk masukkan saya kat sekolah ni".
Bapak dia Datuk.
Datuk-Datuk zaman dulu bukan macam Datuk zaman sekarang, bersepah tak tahu hujung pangkal.
Datuk zaman dulu, berwibawa dan benar-benar layak.
Maka dia dapatlah masuk ke TKC, walau 3rd intake.
Tetapi, dia UPSR tetap straight As, bukannya bodoh.
Kalau kau tak dapat straight As, konfem takkan dapat masuk walau bapak kau Tan Sri.

Dulu, walaupun aku bukan kaya, tapi aku tak pernah nampak jurang yang besar antara aku dengan kawan-kawan.
Sebenarnya, inilah perkara best bila masuk SBP, especially elite school.
Walaupun kita tak kaya, tapi kita semua tahu yang masuk sama semuanya yang terpilih kerana pencapaian akademilk.

Zaman dulu, nak masuk SBP tak perlu memohon.
KPM yang akan pilih berdasarkan result UPSR.
Jadi, kalau aku terpilih ke elite school, bermakna kau cream habis.
Mungkin inilah antara sebab aku tak merasa sangat perbezaan ekonomi parents semasa di TKC.
Walaupun dalam dorm aku tu boleh notice siapa yang have-have siapa yang tak, tapi kitorang sama kitorang sembang and berkawan macam takde gap.
Sebab masing-masing tahu kau kaya ke, kau tak kaya ke, kita semua terpilih masuk sini kerana semua straight As.

Orang lain balik dari outing bawa KFC sekotak.
Aku balik dari outing bawa keluar kotak tupperware dalam tu ada ayam drumstick seketul, goreng dari rumah.
Masa tu lansung tak rasa rendah diri.
Rasa proud ada sebab boleh makan ayam. Kahkahkah.
Duduk sama-sama buat makan hadap-mengadap, yang sorang makan KFC, yang sorang makan bekal nasi, yang sorang makan drumstick seketul. Happy.

Antara kes lain yang aku masih ingat, of courselah kes kena nyanyi lagu raya menghiburkan akak-akak senior.
Kejadian berlaku pada bulan puasa.
Tau-tau budak dorm panggil "Diana, Kak L nak jumpa kat bawah".
Kak L ni agak famous di kalangan dorm aku sebab dia suka marah-marah Form 1.
Kuat merempan akak ni.
Nak minta maggi orang pun jerit-jerit. Sakai.

Al-kisahnya akak-akak ni nak hiburan.
Stress belajar SPM nak dekat agaknya.
Akulah jadi mangsa.
Setiap blok ada lounge masing-masing.
Selalunya mak bapak yang datang ke blok Mahsuri, sementara nak tunggu anak turun, parents akan duduk kat lounge.
Malam tu aku kena nyanyi lagu raya Anuar Elina depan akak-akak sakai ni semua.
Aku syak dorang nak tengok aku menangis.
Silap orang la kau.
Aku nyanyi siap bagi pakej goyangkan badan kiri kanan ikut rentak lagu okeh?
Akulah Anuar, akulah Elina.
Naik syeh aku kat lounge tu, dah macam expo aku buat.
Itulah sekali aku kena panggil.
Pastu tobat akak-akak tu taknak panggil dah.
Seram agaknya dorang. Kahkahkah.

Aku rasa kawan-kawan agak shock bila aku quit sebab aku tak nampak seperti orang yang nak quit.
Aku boleh blend dengan kawan-kawan, bersembang, pergi sekolah hari-hari, homework buat.
Tak nampak macam aku akan quit.
Tapi kemuncaknya adalah bila exam, aku tak jawab satu soalan pun.
Tulis nama, dan tido.
That's when aku agak, cikgu kaunselor pujuk Pak Aji bawa aku keluar because aku dah sampai ke tahap tidak mahu buat exam.
Aku yang plan benda ni.
Aku pikir-pikir, TKC ni perstige school.
Dorang takkan allow budak yang tak mahu buat exam untuk stay di sini sebab akan menjatuhkan ranking sekolah.
Jadi, satu caranya untuk aku quit adalah dengan tak buat exam.

Berjaya.

En Wan tanya kalau diberi peluang patah balik ke zaman tu, adakah aku akan stay?

Tak. Tetap quit.
Bukan tak suka sekolahnya.
Cuma aku tak suka hidup diatur.


2023-07-10

Usia di bawah 7 tahun untuk bermain?


Semalam nampak orang share post ni.
Rasanya setiap tahun akan ada parents yang memperjuangkan isu ni.
Isu yang mana mak bapak melawan arus dengan mengatakan “Saya tak ajar anak saya membaca, itu tugas guru masa Darjah 1 nanti. Umur 6 tahun ke bawah adalah masa main", kata mereka.
Umur 6 tahun ke bawah jangan stresskan anak dengan tanggungjawab sebagai pelajar, katanya.

Pendapat peribadi aku, tak kisahlah kau nak ajar anak membaca ke tak, kau nak bagi dia bermain sepuas-puasnya atau tak, kau tak nak hantar masuk tadika atau tak, that’s your call.
Cuma, jangan buat perjuangan ni separuh jalan.
Maksud aku, nak perjuangkan, biar sampai habis.
Ini tak, umur anak 1-6 tahun beria perjuangkan anak tak perlu belajar, tapi umur 7 tahun tetap kau masukkan anak ke sekolah kerajaan.

Jangan lupa, ya.
Bila kita masukkan anak ke aliran perdana (Darjah 1), di sekolah kerajaan, kita sebenarnya masuk ke dalam sistem pendidikan Malaysia, bukan lagi sistem yang kita cipta sendiri di rumah.
Kau jangan nak compare dengan Jepunlah, Finland-lah.
Kau sekarang kat Malaysia, ya.  
Kalau sistem pendidikan Malaysia kata syllabus Darjah 1 dah kena melengkapkan ayat, maka anak kau kena melengkapkan ayat.
Nak tak nak, anak kau mesti dah kenal huruf masa Darjah 1, dah tahu mengeja dan membaca simple words.
Why? Because itu adalah kehendak syllabus Darjah 1 sekolah kerajaan.

Dia umpama kita nak masukkan anak ke SRJKC, mana boleh masuk-masuk Darjah 1 tanpa ada basic Mandarin.
Kena masuk tadika belajar Mandarin dulu, belajar basic conversation, baru boleh masuk SRJKC.
Begitu juga dengan sekolah kebangsaan, sepatutnya masuk Darjah 1, anak-anak dah boleh mengeja simple words, dah kenal huruf 1-20, boleh membaca ayat-ayat simple.
Bukannya serah kat cikgu buta-buta megajar anak-anak kenal huruf semasa Darjah 1.
Sebab itulah wujudnya pra-sekolah atau tadika. Faham?

Kadang-kadang bukan apa, ada mak bapak yang tak nak mengaku dia malas nak luangkan masa mengajar anak, jadi dia katalah dia nak anak-anak umur 6 tahun ke bawah belajar bermain, belajar berkawan, belajar dari buat silap, dan sebagainya.
Esok bila anak tu slow kat kelas, salahkan cikgu.


Ini buku teks BM Darjah 1 👆🏻.
Dah mula membaca ayat mudah.
Just imagine kalau anak tu baru nak kenal huruf?
Tak ke terkial-kial dia nak belajar sedangkan kawan-kawan lain dah laju?
Silap-silap kena gelakkan dek kawan-kawan yang lain.
Nanti bila anak kita kena ejek, kena gelak dek kawan-kawan, kita mengadu kata ada unsur-unsur buli di sekolah.
Tapi punca kepada permasalahan tu kita tak sedar.

Aku pernah tulis post lebih kurang macam ni dulu.
Aku cakap, kita hantar anak ke sekolah tadika bukan untuk mereka jadi pandai sangat, asalkan jadi yang bodoh sangat sudahlah.
Kita ni dok meratib sistem pendidikan berat untuk anak-anak, tapi kalau anak-anak orang lain boleh catch up, macamana rintihan kita nak didengari?
Ramai mak bapak kat luar tu berusaha untuk bagi anak-anak pendedahan awal supaya tak ketinggalan.
Parents yang macam ni, bukannya nak anak mereka pandai sangat, atau lebih pandai dari orang lain.
Dapat jadi average pun takpe.
Janganlah terkebelakang sangat.

Kesian budak-budak ni esok kat kelas, kawan-kawan lain dah boleh mengeja, dah boleh baca 4 perkataan membentuk satu ayat, tapi anak kita mencebik-cebik nangis tak paham kebenda.
Dia bukan sahaja ketinggalan, malah akan merasa rendah diri dan malu bila kawan-kawan dah boleh membaca.

Masa Redza masuk sekolah tadika, dia dah kenal huruf and boleh membaca banyak perkataan yang basic — mother, father, family, dog, cat, bus, car, etc.
Di sekolah, student dapat 6 buku tajuk Adam & Dina.
Students digalakkan untuk baca buku tu di rumah.
First year, ada budak yang dah habis kesemua 6 buku!
Redza baru 2 settle buku. Tak gelabah kau?
Aku gelabah.
Bukan aku segan anak aku slow, tapi aku takut dia yang jadi segan di sekolah.
Nanti terus dia takde mood pergi sekolah bila merasa dia paling ketinggalan sekali.
Aku takde pilihan, terpaksa spend time guide Redza membaca everday biar laju sikit.

Tak, bukan nak compete dengan sesiapa.
Cuma nak bagi at least Redza berada dalam range average cukuplah.
Jangan sampai ketinggalan sangat. Kesian dia.
Nanti dia rendah diri.

Itulah sebenarnya hakikat belajar di Malaysia.
Kau kutuklah sistem pendidikan kita membebankan pelajar ke, apa ke.
Disebabkan ada anak-anak yang pace-nya cepat, bijak dan mahu usaha belajar, maka kita takde pilihan selain dari push anak kita untuk sama-sama gerak.
Tak saing yang laju tu pun takpe, asalkan jangan tertinggal sangat.

Kita tak boleh mati-mati memperjuangkan sesuatu yang kita tahu takkan ke mana.
Nak memperjuangkan anak-anak umur bawah 7 tahun sepatutnya bermain, silakan.
Takde siapa halang.
Tapi, kalau hujung-hujung kau masukkan anak ke sekolah kerajaan, tak guna juga.
By the time anak baru nak merangkak mengeja BU-KU, 3/4 dalam kelas dia dah boleh membaca satu ayat.
Nak tak nak cikgu kena laju.
Anak kau ketinggalan nanti.

Kita je yang cakap syllabus berat, kesian anak-anak.
Yang anak-anak kat SBP and MRSM tu mak bapak dorang sama naik merangka pelan untuk support anak-anak yang lemah dalam pelajaran.
Sanggup hire tutor luar untuk mengajar anak on weekend.

Kawan aku anaknya kat MRSM.
Cuti sekolah lambat lagi, tapi group mak bapak dah senaraikan program untuk hantar anak-anak ke seminar.
Siap hire pemeriksa kertas SPM untuk bagi talk tips cara jawab soalan.
Padahal budak-budak baru Form 1, tapi dia punya preparation kemain awal.
Itu adalah bukti, walau ada yang kata syllabus semakin susah, anak terbeban, atau anak stress — nun di kelompok yang lain sedang buat macam-macam preparation untuk anak-anaknya score.
Jadi, bila kita memperjuangkan sesuatu yang melawan arus, memang payahlah.
Sebab, yang boleh ikut arus terlalu ramai.

Letih bila tengok isu-isu macam ni tak sudah-sudah diperjuangkan.
Lepas tu cakap "score exam tak menjamin kejayaan masa depan".
Kau cakaplah apa pun, hujung-hujung orang tengok academic achievement juga.
Nak dapat masuk boarding school tengok kelulusan.
Nak dapat scholar pun tengok kelulusan.
Nak dapat course bagus tengok kelulusan.
Nak dapat panggilan interview pun tengok kelulusan.
Abis tu camana?

Baru-baru ni sorang follower cakap, anaknya dapat matrikulasi.
Kalau tak dapat biasisws nanti masa first year, at least RM30-40K kena ada dalam tangan untuk perbelanjaan anak.
Mengeluh dia.

Ya, itulah hakikatnya.
Sebab tu beribu budak-budak pulun untuk dapat good results SPM.
Bukan untuk jadi yang terpaling pandai, tapi untuk rebutkan peluang scholarship tu.
Kerana itulah hakikat yang kita kena telan.
Kau nak reward yang besar, kau punya pengorbanan juga harus besar.
Takde siapa nak bagi scholar berpuluh ribu tanpa sebab.
Program yang Redza ambil di KMB, MARA taja RM960K untuk SEORANG pelajar bagi tempoh pengajian 6 tahun.
Kau ingat aku ada duit nak spend almost 1M untuk seorang anak?
Kalau ada pun, aku takkan spend macam ni punya banyak.
Tapi sebab peluang tu ada, siapa nak, usahalah untuk grab.

Janganlah perjuangkan sesuatu yang merepek-repek sangat.
Kalau nak masukkan anak ke private school atau homeschooling, silakan.
Tapi kalau beria perjuangkan itu ini, ujung-ujung kau daftarkan anak ke Darjah 1 sekolah kerajaan, aku nasihatkan pergi beli buku ABC 123, pastu beli buku Bacalah Lagi.
Sebelum tido ajar 1-2 page kat anak. Done.


2023-07-07

Rayyan MC 4 hari tanpa pengetahuan aku.



Terima kasih, berjujuk-jujuk komen and DM masuk lepas aku naikkan post ni.
Ada yang minta aku keluarkan Rayyan, ada yang kata maybe gangguan tu masih ada, ada yang kata maybe Rayyan tak serasi berjauhan sebab dia sangat rapat dengan aku.
Ya, aku ambil maklum semua tu.
Dan sebagai mak, aku sebenarnya cukup faham situasi tu.
Tapi, aku bukan single mother.
Rayyan masih ada appa-nya yang sangat strict hal-hal macam ni.
Tak banyak yang aku boleh buat, melainkan bertekak kalau hantu aku sampai.
Hari ni belum bertekak lagi bab ni.
Aku banyak kerja nak buat today.

Ada yang tanya adakah Rayyan kena stay di STAR sebab sekolah tu bagus dan aku percaya Rayyan akan jadi bagus kalau terus duduk di sana?

TAK.

Sebagai seorang ex-SBP, aku boleh guarantee, kalau budak tu bagus, tercampak kat sekolah mana-mana pun tetap bagus.
Dan En Wan juga adalah bukti bahawa sekolah kampung ulu banat, tetap result SPM bagus, boleh fly.
Anak sedara En Wan ada sorang sekolah harian.
Straight As, fly. Balik, jadi doktor.
Kemenjadian anak-anak bukan pada sekolah, tetapi pada environment keseluruhan.
Cuma, kelebihan duduk di SBP, budak-budak ni lebih terdedah pada peluang yang tak ada di sekolah harian.

Contohnya, baru-baru ni STAR Cougars, satu-satunya team bola sepak under 17 yang dijemput ke Portugal untuk match di sana.
Peluang ni takde di sekolah biasa.
Pendedahan seperti ini yang kita nak.

SSP buat wind orkestra kat Istana Budaya.
Kau rasa sekolah biasa ada peluang ke nak buat performance kat tempat prestige macam ni?
Tak. You know why?
Sebab elite school macam TKC, SSP, STF, MCKK, SAS and STAR ada alumni yang strong yang terdiri dari key people dalam organisasi besar.
Dorang ada power untuk bawa sekolah mereka untuk dapat pendedahan macam-macam aktiviti.

Dr Nawar yang rawat Rayyan kat Avisena, anaknya dulu MCKK.
Bila dia tahu Rayyan dapat STAR, dia cakap "You must go. Jangan quit. Anak saya debate sampai ke UK".
That's how strong Alumni MCKK push student-student ke international tournament.
 
Kawan aku anak dia kat SAS.
Dia cakap budak-budak SAS bertanding Robotic Competition kat Yale, ya.
Terus international dorang pergi.
Bukan sebab nak tunjuk power, tapi mereka didedahkan dengan sesuatu yang berbeza sejak dari awal.
That's why pembawakan budak-budak dari elite school ni berbeza.

Hari tu ada video kat TikTok.
Budak TKC jadi MC untuk program anjuran TKC.
Yang best tu cara budak tu mengendalikan majlis sangat pro.
Maka ramailah yang komen:

"TKC oiii. Bukan calang-calang skolah"
"Budak-budak sini bijak-bijak, cara bercakap pun dah tau"

Bukan kerana bijak semata, tetapi mereka dapat pendedahan yang sekolah lain mungkin tak dapat.
Sebab tu cara pembawakan mereka berbeza.
Peluang ini yang sebenarnya kita nak. 
Bukan kejar result akademik semata.



Benda-benda macam ni la yang "mahal", sebab budak-budak ni akan sentiasa di-guide oleh Alumni.
Kalau aku ada kat sana, rasanya aku pun join sekali ni.

Dalam kes Rayyan, aku pernah cakap dengan En Wan.
Rayyan bukan budak yang tak boleh belajar.
Dia dah buktikan, dia layak ke SBP and MRSM.
Bermakna, dia boleh belajar walau di sekolah biasa.
Maybe dia bukan pandai sangat, tapi definitely tak bodoh sangat.

Cuma one thing yang En Wan concern about Rayyan, dia ni banyak main sebenarnya.
Kalau kau tak buat jadual study, jangan harap dia nak study.
Setiap kali tusyen dengan bapak dia selama ni pun, belum start belajar dia dah tanya "Ni habis pukul berapa?" 🤣.
Tak macam Redza.
Redza memang boarding school material.
Jenis yang bapak dia kata pukul 8 pm belajar, pukul 7.50 pm dia dah terpacak depan meja study.
Maybe sebab itu En Wan nak Rayyan stay STAR, supaya dia disiplin untuk belajar.

Tapi memang ada budak yang banyak main tapi masih boleh belajar, kan?
Aku tak pasti if Rayyan adalah orang macam tu.
Abang dia dulu tak involve in sports and persatuan sangat.
Banyak involve in academic competition.
Rayyan ni banyak involve in music competition, hoki, public speaking, melukis.
Competition yang not so academic.
Yet, dia masih boleh belajar.

Aku merasakan yang Rayyan mewarisi cara aku.
Aku dulu bukannya homesick. 
Aku tak suka sistem berasrama je.
Kat sekolah, aku masih belajar.
Projek Kemahiran Hidup bertukang buat tempat pasu orkid tu, aku buat sampai jadi.
Aku tak buat sambil lewa atau asal siap.
Aku suka the school, cuma aku tak suka hidup berasrama.
Aku syak Rayyan pun macam tu.
Sebab dia pernah balik rumah kerana MC.
Walaupun MC, dia tetap buat homework.


Masa ni aku kat ofis, tup tup nampak mesej Rayyan masuk kat group kelas bertanya tentang homework.
Padahal dia demam masa ni.
Kalau aku, memang tak laaaaa nak tanya homwork. MC, khennn.
Aku kalau dapat MC, memang aku manfaatkan betul MC tu dengan membuta.
Takde keje aku nak bukak buku.

Dari sini aku tahu Rayyan suka sekolah, cuma maybe dia tak berapa suka kehidupan berasrama.
Maybe ini punca dia selalu sakit-sakit.
He is not happy, I guess.
Tapi En Wan minta aku bertahan.
Dia kata selagi warden tak nasihatkan untuk bawa Rayyan keluar, dia akan buat tak reti.
Betapa keringnya hati beliau.

Aku nampak perbezaan Redza dengan Rayyan.
Redza dulu, masa mula-mula masuk Langkawi, dia homesick.
Dia always kata taknak duduk situ. Nak balik.
Tapi once dia ok, dia terus jadi selesa di sana.
Rayyan pula dia tak pernah cakap nak balik, atau homesick.
Tapi dia always sick.
Maybe ada kaitan dengan ketidakselesaan dia dengan sistem berasrama.
Entah, aku tak pasti if tekaan aku betul.

One thing yang buatkan aku rasa Rayyan sedikit terganggu di sana, mungkin kerana aku as ibu tidak betul-betul redha lepaskan dia pergi 😭.
Walaupun aku proud Rayyan made it to elite school, deep down aku tak berharap sangat dia pergi.
Dia layak ke sana pun dah satu indicator untuk aku tahu bahawa "Ok, anak aku layak".
Kalau dia taknak pergi pun aku ok because aku tahu dia sudah membuktikan dia layak. Cukup.

Cara aku berfikir ni ada kaitan dengan pengalaman terdahulu.
Aku pun layak ke elite school.
Aku buktikan aku satu level dengan student yang layak ke TKC.
Tapi, perlu ke aku stay sana? Tak cukup ke kelayakan aku menjadi bukti I am good?
Itulah yang aku persoalkan dulu masa Mak Aji paksa untuk stay.
Aku tertanya-tanya, kenapa aku kena stay sedangkan aku dah buktikan aku boleh belajar di sekolah harian?

Tapi bila aku tengok journey Redza, aku realized yang budak-budak SBP and MRSM ada satu kelebihan dari segi pendedahan.
Bila kau berada dalam environment yang strive for excellence, perbezaannya sangat ketara.
Studentnya semua jenis nak berjaya.
Bila student memang jenis nak belajar, cikgu pun bersemangat nak bantu push student.
Parents pun jenis yang support aktiviti anak-anak.

Bukan nak cakap apa lah.
Terlampau besar gap mindset parents MRSM (Redza) dengan parents semasa dia di sekolah harian.
Mommies di MRSM always mencari macam-macam seminar, workshop dan competition untuk anak-anak libatkan diri.
Sebab mommies ni pun bukan calang-calang.
Mereka ada connection dengan sana sini.
Anak-anak boleh tumpang kelebihan parents-parents ni.

Group mommies kat KMB pun sama.
Most mommies belajar overseas juga, jadi dorang always share tips untuk budak-budak sit for IELTS, IB, A Level, SAT, etc.
Aku yang hanya belajo over the sea ni sama-sama terbuka minda and mata dengan semua peluang ni.

STAR pun sama.
The parents memang kaw-kaw follow rapat result exam anak-anak.
Ujian pelarasan baru-baru ni, parents buat data analysis siapa yang perlu kelas tambahan, siapa yang tak.
Padahal baru ujian pelarasan, belum mid-exam lagi, tapi the effort untuk capai straight As SPM tu dah bermula sekarang.
Benda-benda macam ni sebenarnya yang sayang kalau anak quit.
Because dorang dah berada di tempat yang betul.

However, ada budak yang seperti aku.
Yang go to hell with elite school, kalau aku tak nak stay, aku tak nak stay jugak. Hahahaha.

Aku ni 50-50. Dia nak stay boleh, dia tak nak stay pun boleh.
Cuma, kalau dia stay lebih baik.
Sebab dia boleh belajar mengurus diri, mengurus masa, belajar berkawan, belajar hidup dalam difficult environment.
Sebab tak selamanya dia ada aku untuk tengokkan dia.
Aku dulu lain.
Walaupun quit, aku dari kecil dah kena kerahan tenaga.
Rayyan ni dibesarkan dalam suasana selesa.
Maybe dia agak manja.
Macam Redza awal-awal dulu jugalah.
Basuh kasut sekolah pun tak pernah. Kena basuh kasut, nangis.

One thing yang aku proud tentang Rayyan, dia tak mintak pun aku ambil dia balik walaupun dapat MC 4 hari, dan dia usaha untuk uruskan diri tanpa inform aku dia sedang sakit.
And for that, I am proud. 


2023-07-05

Hantar Rayyan balik. Dia masih bertahan nampaknya.


Sabtu sampai dari Tganu. Esoknya, ke Ipoh pula untuk hantar Rayyan.
Aku dah mula terasa penat lalu PH-Ipoh 😂.
Sebab boleh tahan jauh pulak rasanya.
Lagi elok Redza dulu.
Walaupun nun kat Langkawi, tapi hantar kat airport je.
Cuma duit tiket je la kau kena pejam mata.
Yang Rayyan ni, duit tak banyak pakai tapi penatnya banyak.
Itulah dia, Allah tak bagi semua.
You lose some, you win some.
Tolong suka pada apa yang kau dapat, Diana.

Melihatkan pada bentuk jem kat Bentong-Gombak, En Wan tak berani nak day trip ke Ipoh.
Put a nite kat Ipoh supaya boleh balil aman-aman esoknya.
Walaupun, duit tak digunakan untuk beli tiket flight kali ini, kita kena guna duit untuk hotel, ya *nangis*.
Walaupun begitu, Rayyan tak tahu kitorang lepak Ipoh malam tu.
Aku cakap "Mama balik malam-malam karang nak biar jalan tak jem sangat".
Padahal mak bapak kau berhoneymoon malam tu.

Port biasa setiap kali hantar Rayyan.
Lepak Black Canyon AEON Kinta.
Lepas tu aku kena paw kat Body Shop.
Dia nak perfume White Musk.
Dari awal masuk sekolah lagi aku dah berjanji nak belikan perfume tapi asyik lupa, kali ni burn juga aku di Body Shop.
Kalau cikgu mengadu kau paling busuk, kau siap.
Aku rendam terus dalam minyak wangi.

Setiap kali hantar Rayyan balik, terimbau zaman aku dihantar balik ke asrama.
Ini adalah moment paling tak best.
Sebagaimana Rayyan masam je muka time nak balik, aku pun macam tu gak dulu.
Bezanya, aku lari kejar kereta Pak Aji.

"Maaaa! Nak balikkkkkkkkkkkkkk" sambil kejar kereta.
Berdesup kereta Pak Aji meninggalkan aku jauh di belakang.
Nasib baik blok aku dulu paling dekat dengan gate.
Kalau blok paling dekat dengan bangunan akademik, mau berpeluh aku nak patah balik.
Tak tau mana datang ke-drama-an aku untuk lari kejar kereta. Kahkahkah.

Rayyan nasib baik tak buat scene kejar kereta.
Kalau dia buat, aku memang stopkan kereta and terus angkut bawa balik.
Aku tak macam Mak Aji.
Aku penyayang orangnya.

Bukan apa, aku tahu sangat perasaan bencikan asrama.
Rayyan pun sedih kena tinggal.
Tapi, aku biarkan je.
Takde siapa suka duduk asrama.
Aku bet kalau Redza kena duduk SBP hari tu, mesti dia quit.
Dia beruntung sebab MRSM Langkawi punya bangunan adalah baru, duduk pula dalam bilik berempat siap ada meja study.
Suasana macam dalam rumah.
Rayyan, rezeki dia dapat environment yang tak macam rumah.
Jadi, aku faham kalau dia masih masam mencuka everytime balik ke sekolah.
Takpe, kita tengok jauh mana dia boleh bertahan.

Satu benda yang best sikit kat sekolah Rayyan ni adalah, pelawat masuk hanya perlu angkat tangan saja kat guard.
Keluar pun angkat tangan je.
Kalau nak outing kena tulis nama kat warden.
Kat TKC, setiap student ada buku outing.
Nak outing kena ambik signature warden bertugas.
Dah dapat signature, buku tu nanti kena tinggalkan kat guard house.
Guard check dulu ada sigature ke tak, lepas tu guard cop.
Baru boleh keluar.

Aku pernah sign sendiri buku outing. Kahkahkah.
Warden takde kat bilik.
Aku nak balik. Dia takde pulak.
Malas nak cari. Aku sign sendiri.
Lepas tu tinggalkan kat guard.
Balik semula ke sekolah, kena panggil dengan warden.
Rupanya siapa yang outing hari tu, guard hantar semua buku kat warden untuk semak.
Sekali satu signature je yang lain dari lain.
Bodo gila. Main sign je.
Tak terpikir lansung nak tiru sign warden.
Tapi aku tak kena denda.
Maybe sebab bodoh sangat kot.
Tak sampai hati dia nak denda aku.
Yang kena panggil mengadap warden adalah CS aku (akak angkat).
Mesti dia sumpah aku quit dari TKC, tu yang terus berjaya keluar tu.

Kali ni di Ipoh, kitorang stay kat Sojourn.
Aku tak tau mana En Wan jumpa tempat ni, but not bad.
Konsep spa hotel.
Masuk-masuk lobby wangiiiii bau serai, macam spa Thailand.
Hotel ni keluarkan their own supplement and aroma oil.
Kitorang disambut dengan cookies and herbal tea. Dorang punya produk.
Wangi-wangian and toiletries semua dari produk dorang.

Malam tu En Wan bawa aku makan kat macam Kinta Riverwalk.
Lebih kurang macam Ayer8 Putrajaya.
Ada tempat makan and tempat budak-budak naik beskal lampu-lampu.
Kat sini aku makan otak-otak, mee goreng and cheese pizza from Miker Pizza.
En Wan makan nasi goreng.
Kau nampak tak betapa perut aku macam perut lembu ada 4 compartment boleh makan banyak?
Pizza tu aku makan sorang okeh!
Regular pizza hadap sorang. Mampu?
Tapi pizza dia jenis thin crust.
Kalau standard pizza, selalunya 2 pieces je mampu.

Kat sini banyak kedai kopi hipster.
Tapi disebabkan I tak minum kopi, maka I melintas lalu saja.
Malam tu dihabiskan berjalan-jalan kat sini sambil sembang-sembang.
Tapi tulah, panas.
Jadi, sambung sembang dalam bilik lagi best.

Cara-cara panas kat Malaysia pun aku dah menggelepar.
Kawan aku dapat pi haji tahun ni.
Dia cakap krim moisture surge (Clinique) bawa 2 botol, 1 botol habis dalam masa 9 hari.
Kat sini moisture surge tu aku pakai 3 bulan kot.
Orang lain pakai kat muka, dia pakai kat muka, tangan, tapak kaki semua sapu.
Tapi dia kata elok, muka less kering.
Panas kat sana takleh bawa bincang katanya.
Aku pun rasa gitu.
Tengok muka Zul Ariffin balik dari melontar, merah lebam.
Itu cara-cara dia. Kalau kulit aku?

Sebelum check out, menikmati suasana pagi kat terrace garden, tingkat 3.

Gini je hotel dia. Dekat je dengan STAR.

Pagi tu breakfast kat Greentown Dimsum.
Indahnya pagi-pagi dapat makan dimsum.
Tapi dimsum kat sini comel-comel sikit compared to dimsum Canning.
Tapi Dolly Dimsum besar lagi.
Kat sini ada nasi-nasi goreng and mee-mee.
However pagi tu tak terasa nak makan lain selain dimsum. Maybe next time.


2023-07-04

Raya Haji 2023


Malas betul aku nak update pasal raya haji.
Tapi penting untuk aku simpan rekod dalam blog sebab laki aku kadang-kadang hilang ingatan time-time nak raya.
Manjang je turn kampung dia.
Bila ada bukti dalam blog, senang sikit aku nak patahkan hujah-hujah dia.

Takde apa sangat sambutan raya haji tahun ni, walaupun beraya kat Tganu.
Yang bestnya, lengkaplah sudah turn beraya Tganu tahun ni -- raya puasa dan raya haji.
Tahun depan dua-dua raya turn Bangi. Yeay!!
Walaupun selalunya raya haji memang tak buat apa pun kat Bangi, tak apa.
Janji tak payah menempuh jem nak balik kampung.
Ya ampunnn, tahun ni balik raya haji, merasa aku melekat kat jem pergi dan balik.

Rayyan memang dah sampai rumah lebih awal.
Budak-budak sekolah hari Selasa pagi dah boleh balik.
Ni ha, si Redza, petang raya masih ada kelas! Mula-mula tu terpikir gak nak tanya, "Takkan perang raya masih ada kelas?".
Tapi karang kena sound dek YDP pulak.
Hari tu parents tanya pasal cuti raya (puasa), sekali YDP cakap "Parents kena biasakan diri beraya tanpa anak". Hahahah.
Nak nangis aku rasa baca statement YDP.
Jadi, raya haji tahun ni walaupun ada rasa nak bertanya, pendam ajelah.

Sekali, malam Selasa, Redza bagitau sesiapa yang perlu balik awal ke kampung, boleh mohon berserta dengan dokumen berkaitan.
Terus zasssssss appa beliau prepare dokumen.
Macamana pun, sebelum 1 pm kena gerak dari KMB.
Alhamdulillah, 12.45 dah ada atas hiway bergerak ke Tganu.

Tahun ni kitorang balik Tganu bawa anak dara orang.
Dalam group mommies, ada yang minta tumpangkan anak sampai tol Dungun sebab anaknya tak dapat tiket balik.
Semua tiket dah habis.
Memandangkan kereta aku kosong (sebab mok dah balik seminggu lebih awal), jadi aku offer untuk tumpangkan.

Perjalanan kitorang hari tu, melekat 2 jam Karak-Bentong.
Ini memang port biasa kalau nak melekat pun.
Cuma, kitorang jarang tersekat dalam jem.
Selalunya kitorang balik awal.
Menjak cuti Redza and Rayyan dah tak sama, manjang aje melekat kat jem.
Maunya tak, MARA memang tak lepas budak-budak dia balik awal.
Kalau ikut plan asal, kelas Redza yang last adalah pukul 4.30 pm.
Gigih betul lecturer dorang mengajar petang-petang raya. Bagus betul.
Kalau aku, pukul 4.30 tu badan aje dalam kelas.
Roh aku dah start makan rendang kat rumah. Kahkahkah.

Hari balik ke Tganu tu aku tak sihat - pakej sakit tekak, batuk, selsema, demam dengan period sekali. Complete.
Makanya, aku khayal makan ubat, dah tido.
Takde la rasa stress sangat melekat kat jem.
RnR jangan cakaplah, stesen minyak punya sesak takleh bincang.
Temerloh out. Gambang out. Perasing out.
Last-last kitorang isi minyak kat port paling lastttt sekali.
Aku tak ingat apa nama RnR tu.
Sampai kat Tol Dungun, turunkan kawan Redza.
Maknya dah tunggu siap bagi bekal ketupat palas with rendang tok.
Ya Allah, bahagianya raya haji aku tahun ni jumpa rendang.

Kitorang sampai KT before 9 malam.
Lepak port biasa, iaitu Apartment Ladang Tanjung.
Aku cakap kat En Wan, tolonglah beli satu apartment kat sini. Senang nak balik raya.
En Wan cakap tunggu kalau bos dia suruh dia buka ofis kat KT, baru dia beli.
Tu nak hint kat aku nak balik duduk KT la tu. Kem salammmmm.
Duduklah ko kat situ sorang. Aku nak duduk PH juga.

Esoknya, beburung sekalian solat raya kat town.
Aku siap-siapkan hidangan raya -- bekal mak kawan Redza bagi.
Kemain suka En Wan and Redza dapat makan ketupat palas and rendang pagi raya.
Yang best tu beraya di rumah (apartment) tenang dan aman-aman saja.
Bersiap pun cool-cool saja.
Tengahari, baru gerak ke rumah mok.
Sampai rumah mok, makan nasi minyak pulak.
Mok tempah nasi minyak lauk gulai daging and pulut kuning with rendang ayam.
Aku tak sure rendang ke apa tu, sebab warnanya kuning nau jadi aku takut nak try.

Hari raya tu kitorang lepak rumah mak sembang-sembang dengan semua orang until petang, lepas tu balik semua ke apartment.

Sebelum singgah apartment, En Wan stop kat Batu Burok nak pekena sotong.
Raya-raya ni manalah orang jual sotong celup, melainkan kat Batu Burok sebab ini tempat tumpuan pelancong.
Tapiiii dia punya tekan harga, kau nampak sotong 2 piring tu? RM60 ya, untuk 2 piring tu.
Tapi besar jugalah sotong tu, jadi aku pejamkan mata je makan.
Mentang-mentanglah raya, Pok Nong tutup.
Kemain lagi dia ambil peluang tekan harga.

Actually kedai celup tepung kat Batu Burok ni tak sedap mana.
Cuma, lebih banyak pilihan.
Kalau kau nak makan sotong, udang and ketam dengan kesedapan yang sebenar, pergilah area Pok Nong tu.
Tak dapat Pok Nong, warung Adik-Beradik depan Pok Nong tu pun boleh.
Aku selalu lepak Adik-Beradik je.

Malam tu ingatkan nak datang balik rumah mok, tapi aku start demam semula, dengan batuk yang macam nak terkeluar anak tekak.
En Wan ajak cari ubat lain kat farmasi.
Lepas tu singgah Uncle Chua sebab dia and Rayyan nak makan.
Aku gagahkan jugala hirup dumpling soup.
Tak tahulah soup yang tak sedap atau tekak aku tak sedap.
Semacam je aku rasa soup dia.

Ini pagi Jumaat.
Budak-budak membuta lagi, aku and En Wan jadi antara yang terawal masuk cafe ni, Signature Asia.
Dah banyak kali makan sini sebab sedap and banyak pilihan makanan.
Cafe pun nice.
Muka pun sembab je masa ni, tapi makan tetappppp.

Gambar raya? Takde. 
Tu je gambar raya kitorang, kat carpark apartment, masa nak ke rumah mok.

Jumaat adalah hari kenduri.
Patutnya awal dah ada di rumah mok.
Pagi tu hidung aku dah start keluar darah.
Demam, batuk, hidung berdarah.
Makan ubat dan terus padam sampai pukul 1 pm.
Patutnya majlis start right after solat Jumaat, tapi kitorang masih di town lagi (apartment tu area town).
Kitorang sampai rumah, orang dah start makan.
Kambing golek dah tinggal rangka je.
Nasib baik aku demam tau, tak kecil hati sangatlah tak dapat makan kambing.
Lauk-pauk semua sedap, siap ada stall apam balik kering lagi.
Tapi badan tak berapa sihat, aku bagi senyuman je lah kat apam balik tu.

Sabtu pagi, sebelum check out, En Wan ajak cari nasi dagang.
Dia belum jumpa nasi dagang lagi katanya.
Nasib baik ada kedai buka.
Payah juga berjalan kat Tganu time raya, sebab banyak kedai tak bukak.
Dapat jumpa satu warung ni, tak berapa sedap sangat tapi sebab dah takde tempat lain nak pekena nasi dagang, singgah jugaklah.
Aku tengok kiri kanan ramai orag luar datang bercuti.
Kemain lagi dorang makan "Sedapnya! Sedapnya!".
Senyum je aku.
Dia tak tahu ada port nasi dagang lagi super sedap dari warung tu.

Macam aku dulu-dulu.
Ingatkan kepok lekor Losong tu paling sedap dah sebab balik-balik orang KL dok tuju situ je.
Rupanya Batu Rakit sedap lagi. Hahaha.
Tapi aku tetap suka kepok lekor Manir.
Kepoknya hitam. Berasa ikan kaw-kaw!

Lepas check out, singgah kampung ambil mok.
Pukul 11 pagi, zassssss balik KL.
Dalam hati dah terasa-rasa besar harapan melekat kat Bentong ni, sebab dari LPT2 lagi kereta dah banyak.
Tapi takpe, kita layankan dulu sementara belum tersekat.
Pukul 1 pm sampai Gambang, singgah restoran favourite, HIJAU.

Semalam, staff aku forwward ni.
Rupanya ada reader yang makan di HIJAU.
Aku kat meja tepi dinding, tapi tak nampak sangat dalam gambar ni.
Seingat aku ada sorang lagi tegur aku dalam kedai hari tu.
Dia lalu tepi and lambai-lambai.
Tak sempat nak tanya nama sebab aku pun tengah makan.
Terima kasih baca blog ni, ya. Ada rezeki kita jumpa lagi.

Seperti yang dijangka, dari Bentong ke tol Gombak, agak melekat.
Tapi aku layan tido.
Batuk macam hape je sepanjang jalan, penat aku.
Last-last togok ubat batuk, tido.
Kau nak melekat ke, kau nak tersekat ke, gasak.
Aku cakap kat En Wan, lengkap tahun ni punya beraya balik Tganu, merasa tersekat dalam jem.
Tahun depan dua-dua rasa kat Bangi.
Lagi 2 tahun, agak-agak lewat sangat balik Tganu, tolonglah naik flight.
Tak sanggup aku makan jem nenas 2-3 jam.
Macamana la agaknya set-set balik Kelantan yang sampai 21 jam atas jalan? Oh noooo.