2021-10-26

Produk Dasar Pandang ke Timur


Tadi pagi sementara tunggu En Wan mandi, aku baca tulisan Tun tentang Dasar Pandang ke Timur Programme.
Walaupun aku bukan sebahagian dari tu, cuma kawen dengan produk Dasar Pandang ke Timur je, tapi aku 100% setuju dengan apa yang Tun tulis.

Aku memang admire cara orang Jepun.
Masa aku pi sana dulu, walaupun masa tu aku baru 12 tahun, mak bapak angkat aku greet and layan aku macam aku Duta Negara.
Anak-anak dorang pun respect kitorang (aku and Kavitha) sampai aku segan dengan dorang.

Ingat lagi masa on the way ke airport, kereta mak angkat aku tersodok kereta depan.
Just like apa yang Tun cakap, kalau ada collision, dorang akan keluar dari kereta, bow to each other, pastu discuss lebih kurang then masuk kereta semula.
Takde aku nampak dia bertekak bertempik kat tengah-tengah jalan.
Kalau kita, selagi insurans company tak datang, memang takde lah kau tengok kereta tu beralih.
Jem pun jem lah. Mampus kau situ kering dalam jem.

Lepas mak angkat aku masuk kereta, dia tolehkan kepala ke seat belakang and bow kepala berkali-kali kat aku and Kavitha say sorry.
Padahal aku tak terperanjat pun.
Cuma tersodok sikit je. Tak menjunam ke depan pun.
Tapi dia punya kesal tersodok kereta depan tu macamkan aku terpelanting keluar dari kereta.

Bak kata En Wan, kalau dari segi skill, insyallah kita setanding Jepun.
Tapi bab attitude masih jauh lagi. Jauh sangat.
En Wan kata Japanese bukannya baik semua.
Dorang pun manusia biasa ada ego-nya tapi kalau bab hormat, menepati masa, kerja - memang belum dapat lawan.
Tak tahulah apa yang dah dipasakkan dalam kepala dorang semua sampaikan attitude dorang masih boleh dianggap No. 1.

Bos-bos En Wan dulu pun kalau En Wan bawa dorang outing (kadang-kadang aku ikut sekali), dorang taknak duduk seat depan.
Dia suruh aku juga duduk depan siap bukakan pintu untuk aku masuk, boleh?
Macamkan kita pula tetamu.
Kita ni (maybe culture kita begini), kalau kawan lelaki atau ada ahli keluarga lelaki yang lebih tua, kita bagi duduk depan sebelah driver.
Aku pun tak sure kenapa ya? Adakah memang dalam culture kita perempuan perlu bertolak-ansur diri sebegitu sekali?
Tapi En Wan kata, kalau orang Jepun, walaupun bos kepada suami, tapi dia respect pada isteri staff dia.

Yang aku nampak mosty produk Dasar Pandang ke Timur 'inherit' attitude orang Jepun.
At least En Wan and some of his close frens ada that kualiti.
Tapi kadang aku annoying juga.
Maybe aku tak biasa dengan culture begitu.
Contohnya, En Wan masa mula-mula join aku, staff yang tak LIKE FB GreenAard dan tak bagi rating 5/5, akan disoal.
Macam tak masuk akal, kan?
Aku bertekak dengan dia bab ni.
Aku cakap itu hak dorang nak bagi rating 3/5 ke, 4/5 ke, kenapa nak paksa-paksa?
FB Page je kottttt πŸ™„.
Tapi tak bagi En Wan.
To him, itu bukan attitude pekerja yang baik.
Dia kata bila kita berkerja di situ, kita kena respect tempat kita cari makan dan support the company.
Cara Jepun sangat, kan?

Mula-mula dulu aku segan dengan staff sendiri sebab aku sendiri rasa benda ni pelik untuk dipraktikkan.
Tapi dah lama-lama, sebenarnya takde yang pelik.
Cuma kita tak biasa dengan culture tu saja.
Itulah antara attitude Jepun yang dia inherit.
Kalau kita punya culture (culture melayu), “Alah biarlah taknak bagi rating tinggi pun, asal kau buat kerja”.
But Jepun punya style tak macam tu.
Dari sekecil-kecil perkara dianggap penting dan sebenarnya yang kecil tu lah yang boleh bawak impak besar.
Nampak je LIKES and bagi HIGH RATING pada FB page tu perkara yang tak penting.
Tapi, apabila seseorang staff support company dengan small contribution macam tu, majikan jadi seronok, suasana berkerja jadi lebih baik dan ada perasaan sayang dan tanggungjawab pada kerja.

Mula-mula dulu aku risau je staff-staff aku takkan “panjang umur” di company ni disebabkan oleh perangai 'pelik' En Wan.
Tapi alhamdulillah, mereka stay.
Maybe dorang pun dah faham, it's all about work, nothing personal.
.
Nak memahami attitude Jepun celup sorang ni perlu ambil masa, ya.
Aku kan dengan En Wan tak sempat bercinta macam orang ‘normal’.
Aku syak kalaulah aku berpeluang bercinta dengan dia macam orang lain - boleh jumpa hari-hari, keluat tenet every week - mau tak jadi kawen agaknya.
Awal-awal aku dah reject.
Tapi bila dah kenal, baru nampak rasional di sebalik tindakannya yang pelik tu.

En Wan ni buat apa pun nak kelebet dengan teliti.
Dia punya tahap nak perfect tu boleh hilang akal kau melayan.
Kalau dia kata "Lepas Zohor keluar" maknanya sebelum azan Zohor kau dah kena standby atas sejadah sebab dia punya "lepas Zohor" tu depends pada dia habis solat pukul berapa.
Kalau masuk azan dia terus solat, maknanya dia punya "lepas Zohor" tu adalah bila dia habis solat.
Dia takkan tunggu dah lepas tu.

Macam Sabtu lepas dia bawa aku staycation.
"Lepas Zohor kita gerak".
Aku solat dalam keadaan dah siap bershawl berjeans berstokin bagai, ya.
Solat kat rumah macam solat bermusafir kekdahnya tak bertelekung.
Pakaian solat-ready gitu supaya lepas solat je, bangun dan terus keluar.
Kalau lepas azan baru kau nak terkibai-kibai ambik wuduk, baru nak terkeseng-keseng bentang sejadah, memang berasap la telinga dia sound.
Silap-silap kena tinggal.

Kalau dia kata "Lepas berita sukan nanti kita gi Giant", maksudnya betul-betul habis je berita sukan terus keluar.
Takde de nak bagi gap 5-10 minit. Takde.
Berita sukan tu start je kau dah kena siap ready.
Sebab bila berita tu habis je dia “Jom!”.
Uii mengah!

Masa dia kerja kilang dulu selalunya 6.30pm sampai rumah.
Kalau hujan, around 7pm sampai rumah.
Pernah satu hari tu dia sampai pukul 7pm sebab hujan lebat, terus capai jeans Superdry (dulu dia jual Superdry jeans juga) dan keluar semula.
Aku tak sempat nak tanya soalan, dia dari dalam kereta jerit "Abang nak pi Puchong hantar jeans, budak tu tunggu lagi kat opis".

Melopong aku depan pintu.
Toksahlah nak jadi mithali tunggu suami depan pintu dengan secawan kopi dan towel nak lap badan.
Buta-buta je aku tegak kat situ, sikit dia tak perasan pun sebab nak cepat.

Dulu mati-mati aku taknak kerja dengan En Wan.
Tak pernah melintas dalam kepala aku one day dia akan masuk company aku.
Aku dah boleh bayang betapa stressnya aku nanti.
Tapi jalan takdir rupanya tertulis dia akhirnya join company aku.
Memang tegang je awal-awal dulu. Asik nak bertekak je.
Terlalu banyak benda yang bagi aku tak payah nak too detail, tapi dia semua benda perlukan ketelitian.
Macam aku, kalau benda tu boleh simpan dalam laptop, aku simpan je.
Kalau dia tak. Semua benda nak ada hardcopy.
Even kat rumah pun dia ada satu folder khas simpan segala mak nenek resit. 
Masalahnya, resit beli barang Giant pun dia simpan.
Aku ni toksah kata nak simpan resit Giant, barang yang aku beli pun kadang-kadang tertinggal kat Giant. Kahkahkah.

Ini gambar lama, rasanya tahun 2012.
Ini zaman dia mula-mula berjinak nak bisnes online.
Senang hidup dia tau, gunakan blog bini untuk market produk.
Dah la promote jeans kat blog aku se-sen tak bayor.
Boleh pulak mengarah aku "Dah naikkan post seluar abang ke belum?". Ewahhh.
Dah lah pakai akaun Pos Laju company aku untuk pos jeans customer dia.
Duit pos laju pun free tau aku absorb demi nak bagi sokongan kat bisnes suami.
 
Gambar tu ketika dia tengah prepare nak pos jeans.
Nak pos jeans je tapi dia punya 'paper work' macam nak buat tesis!
Pukul 6 pagi bangun untuk buat packing, okeh?
Masukkan data dalam excel, highlite pula dengan color, siap print segala. Wadehel?
Macam aku, semua aku simpan dalam excel je.
Takde keje nak print bagai. Habis ink aku je.

Tak, masalahnya masa tu hanya buat 2 kerja je - engineer dan jual jeans.
Itupun bukan hari-hari jual, hanya sesekali.
Tapi dia punya paper work mengalahkan aku yang run banyak benda.

Tahun 2012 aku buat biotech business, buat halal anakysis (lab work), buat tudung, and jual Ephyra.
On top of that everyday aku keluar jumpa customer.
Still, takdelah sampai bersusun-susun paper work macam tu ha.
Tapi to be fair to him aku ada staff di ofis untuk tolong aku bab clerical work.
But lab work aku buat sendiri, online business aku buat sendiri, dan masih boleh rilek-rilek lagi buat kerja.
Yang dia jual jeans saja tapi dia punya busy macamkan jual kapal πŸ˜†.

Itulah En Wan sampai sekarang.
Ketelitiannya buat aku arghhhhhh!
Maybe pengalaman sebagai engineer yang jaga production buatkan dia sangat teliti.
Tapi bagus juga, sebab aku jenis yang buatlah-ikut-mana-pun-asal-jadi.
Perangai aku ni tak sesuai kalau jadi cikgu.
That’s why En Wan lebih sesuai ajar anak-anak buat homework dan uruskan urusan harian anak-anak.
Kalau aku yang ambik tugas tu agaknya macam gelandangan rupa anak-anak aku.


2021-10-21

Mudahnya main dulu-dulu.

[Ladies keluar bertenet bersama-sama, bapak-bapak jaga anak]

Last week rumah Mak Aji penuh dengan cucu, anak dan menantu after setahun tak merentas negeri.
Last aku jumpa Ima December tahun lepas masa ke JB. Ima pulak last balik Bangi raya puasa last year.
Maknanya setahun lebih dia tak balik Bangi.
Dah macam duduk kat Zimbabwe lagaknya.
Padahal dalam negara je semua.
Itulah penangan PKP.
Itu menunjukkan kami sejenis yang akur dengan undang-undang. Gitewww.

Cucu Mak Aji belum ramai, baru 6 orang.
Redza (batch 1) memang out of the league.
Takde geng kalau balik Bangi sebab cousin-cousin lain semua kecik lagi.

Rayyan, Jannah and Mirza (batch 2) lebih kurang sebaya, boleh main bersama.
Tapi masing-masing dah mengadap online games je sekarang.
Tak berkuntau sangat.

Iskandar 3 tahun (batch 3) tengah melasak.
Izzudin masih baby, blom reti main.

Walaupun ada 6 cucu tapi ada gap yang agak besar antara Batch 1, 2 dan 3.
Berkumpul satu rumah tapi ada group-groupnya.
Yang sorang berlonggok main Roblox, yang sorang bersilat tengah-tengah rumah dan yang satu lagi maybe kalau dia ada, tengah tido (Redza).

Rumah Mak Aji tu kalau nak dengar bising pun bukan suara cucu tapi suara anak-anak.
3 orang je anaknya pun tapi suara aku je dah mewakili 10 orang.
Sepanjang PKP jiran-jiran Mak Aji aman takde dengar suara perempyan mengilai kat dapur.
Eh tetiba last week dah ada suara mengilai. Sure tension dia.



[Dimsum time]

Masa kitorang tengah lepak-lepak sambil perati-peratikan budak-budak ni main, aku dengan Ima layan bersembang.
Ima cakap "Dulu kita main rumah sikit tak bersepah kan?"

Yes, right! Memang tak bersepah.
Nak mampos sepahkan rumah Mak Aji?
Beliau libas dengan pemukul lalat, terus game over.

Anak-anak sekarang asal nak main je mesti kena ada barang mainan.
Si Rayyan masa kecik dulu setahun 14 kali beli set dokter-dokter.
Tahanlah dalam setengah jam, pastu stetoskop terbelah dua.
Kalau barang memasak jangan cakap la.
Aku rasa lemari Ikea yang aku beli untuk dia simpan barang mainan tu, 3 laci je dah penuh dengan kitchenware dia je.
Belum masuk barang lain.

Aku terpaksa akui betapa hebatnya zaman kanak-kanak dulu bermain.
Rumah sikit tak semak dengan barang mainan.
Seingat aku, aku dengan Ima takde barang mainan.
Maybe ada la 2-3, tak banyak dan takde yang meninggalkan kesan.
Setakat teddy bear, ada. Dam Aji, ada. Dan Darjah 6 dapat Monopoli.
Tapi kalau mainan masak-masak, dokter-dokter, ke kebun, ke pool ni semua takde.

Masa Ibal wujud barulah ada mainan-mainan ni semua dalam rumah.
Agaknya excited anak lelaki kan, kejap-kejap dibelikan mainan.
Lepas tu yang tukang kemas balik-balik aku.

Aku tanya Ima "Ingat tak kalau kita start main mekap-mekap kat kampung, kita guna apa?"

Ima cakap "Bedak!"

Ya, adik-adik, bedak ya.
Bedak Johnson & Johnson powder tu.
Main kat kampung katakan, nenek aku mana ada mekap.
Bila datang seru nak main mekap-mekap, walau takde alat mekap, permainan itu harus diteruskan juga, ya.
Bahan yang available untuk dijadikan alat mekap waktu tu cumalah bedak.
Bedak ada 2 jenis, satu yang powder, satu lagi yang patsegi buat baling anjing tu.
Alah, yang gambar depan dia pompuan muka putih selepom.
Bedak tu kan kesat sikit.
Aku gunakan bedak tu untuk cabut uban arwah atok.
Bedak tu memang available untuk dicapai, nenek takkan syak punya aku buat main bedak tu sebab itulah satu-satunya bedak easy access.
Bedak tu dalam kotak kan, so macam feeling guna barang mekaplah.



[Nasib baik CT ada anak kecik standby kat rumah, kalau tak, mahu lajak pi karaoke lepas makan]

Jadi, macamanakah kami gunakan bedak tu sebagai alat mekap?

Senang.
Kita berimaginasi sahaja πŸ˜†.

Bedak tu aku gunakan sebagai eye shadow.
Itulah jugak blusher.
Lipstik takyah, lipstik pakai air liur je.
Jilat-jilat sikit bibir dengan air liur biar nampap kilat ala-ala lip tint.
Padahal bedak tu bila sapu kat mata dah sah-sah nampak setepek putih kat kelopak mata, kan?
Salah! Itu pandangan mata orang tua.
Pandangan mata budak-budak, kalau aku cakap bedak tu adalah eye shadow, maka ia jadi eye shadow.
Kalau aku cakap bedak tu adalah blusher, maka itu adalah blusher.
Memang menjadi!
Dah settle ‘mekap’ tengok kat cermin, wow cunnnnn!
Walaupun sebenarnya putih je, tapi imaginasi budak-budak power tau.
Kau je nampak putih, tapi kitorang yang main tu nampak kelopak mata biru, pipi merah!
Kau mana tau semua ni.

Sama lah kekdahnya kalau main masak-masak kat kampung.
Takyah guna barang-barang dapur nenek aku, kuali periuk sudu segala.
Kitorang tak kacau.
Segala-galanya ada kat luar rumah.
Dunia ini ada banyak benda untuk dimanfaatkan.
Kalau aku kata buah pokok jenjarum tu adalah bawang, maka itu adalah bawang.
Kalau aku cakap "Ima, pegi carik sayur”.
Ima dengan otomatiknya petik daun rambutan, bunga raya nenek aku, kaut sikit dedak ayam kat reban tu.
Eh kata nak buat sayur campur kan, haruslah warna-warni sikit. Gitu kreatifnya.
Sebulan duduk kampung, dedak ayam nenek aku licin buat main πŸ˜†.

The same goes bila main nenek-nenek.
Walaupun cuma bunga kertas + bijik buah jenjarum ditumbuk-tumbuk dan dibalut dengan daun bunga raya, ia tetap menjadi sirih!
Kalau kau cakap tu bukan sirih, kau takleh main. Blah!
Kalau kau nak main, kau kena percaya itu adalah sirih.
Kalau aku cakap kau kena makan sirih tu, kau makan. Mbahahhahah.
Ada elemen-elemen kejam sikit dalam permainan ni.

Imaginasi budak-budak kau jangan buat main-main.
Kalau aku kata “Jom kita panjat pokok kelapa” adekah wajib ada pokok kelapa?
Tak payah okeh.
Cukup dengan hanya tiang porch nenek aku.
Kalau aku cakap itu pokok kepala, maka itu adalah pokok kelapa.
Beria aku panjat. Siap ikat tali rafia kat pinggang buat selit kayu.
Konon macam parang la.
Nasib baik masa tu aku tak terfikir nak bawak beruk sekali naik 'pokok kelapa' tu.
Kalau tak, mesti Ima yang jadi beruk aku. Kahkahkahkah.

Hari hujan? Mo mantaiiii.
Boleh main dalam rumah. Nak main apa, cakap?
Main pondok-pondok? Bolehhhh.
Ambik nasi kosong tuang kicap, makan bawah meja.
Meja adalah pondok. Otomatik jadi orang miskin.

Kalau jadi orang kaya macamana?
Tu haaa kusyen nenek aku banyak.
Susun kusyen keliling buat ‘rumah’.
Siap ada karpet tau rumah aku.
Tu ha sejadah atok aku jadikan karpet.
Langsir pun ada! Kain saprah nenek aku jadi langsir.

Tu nak bagitau imaginasi budak-budak. Jauh perginya.
Tapi yang lebih penting, lepas main kena kemas balik.
Kalau tak, jauh tak cukup tanah kau lari bila kena jerkah nanti.



[Lepas makan dimsum, makan lagi]

Budak-budak sekarang, nak main masak-masak kena beli mainan, nak buat kuih kena beli Play-Doh, nak main mekap kena beli set mekap Barbie.
Macam si Rayyan dulu.
Datang seru dia nak jadi dokter, jam tu jugak aku kena carikkan mainan dokter kat Giant.
Bila aku cakap “Nah pakai penyepit bihun ni jadikan spatula”, taknak dia!
Dia gugel pulak youtube tunjuk kat aku set mainan dokter yang dia nak.
Nak main 15 minit sampai RM100+. Ehhhh kosser aku.

Aku dulu nak main dokter-dokter, pakai spek mata bapak aku je dah cukup menjadikan aku seorang dokter.
Selebihnya ambik kat dapur - penyepit baju, penyepit mihun (jadi spatula), kain tudung mak aku jadi anduh.
Helo kamonnnnn. Banyak kot barang 'mainan' dalam rumah mak kita semua.
Tinggal nak explore dengan taknak je, betul tak?

Nak main ofis-ofis? Lagi senang.
Pen ada, kertas ada, yang paling penting typewriter bapak aku ada.
Barulah feeling ofis ada bunyi tap tap tap tap typewriter.
Siap gunting kertas berkeping-keping buat cheque book!
Dari kecik dah feeling sign cheque πŸ˜†.

Aduiii, free and easy betul masa kecik.
Tak takut lansung nak imagine jadi apa-apa.
Terasa semuanya kita boleh jadi.
Bila dah besar semua benda takut nak buat.
Nak bagi talk takut, nak buat presentation takut, nak jumpa orang takut. Kan?

Ok, aku kena bagi talk sales jap gi.
Nak breakfast dulu.

2021-10-20

Bodoh sombong seorang tailor picisan.


Lama dah nak cerita pasal ni tapi tertangguh-tangguh sebab aku terlampau ada banyak cerita untuk diceritakan setiap hari 😁.
Kisahnya hari tu ada yang DM tanya kalau-kalau aku ada contact sesiapa yang nak berkerja jadi maid di rumahnya untuk jaga orang tua.
Setahu aku sejak PKP last year kemasukan maid dari Indo di-freezekan, ye tak?
Baru-baru ni pula aku ada terbaca yang now dah ada minimum gaji maid, RM1500.
Tak tahu sejauh mana kesahihannya.
Katanya kerajaan Indonesia tetapkan gaji minimum dah sekarang.

Kalau RM1500 sebulan, pada pendapat aku berbaloi.
Bukan apa, Ibal hantar Widad ke nursery RM700/bulan.
Itu baru sorang anak.
Ni belum masanya nak hantar Izuddin lagi.
Esok dah cukup setahun nak hantar ke sana, another RM700 lagi.
Dah RM1400. Hanya jaga anak saja.
Itupun sampai pukul 6pm je.
Baju anak basuh sendiri ya. Dia tak basuhkan.
Kalau ambil maid dengan RM1500 kerja sebulan - mengemas, memasak, jaga anak - berbaloi.

Tak bolehlah nak banding dengan harga maid yang dulu.
Dulu zaman aku ada bibik RM700/bulan.
Itu agen yang tetapkan.
Masa dulu kerajaan dorang belum setkan harga standard agaknya.
RM700/bulan kemas rumah, masak, mencuci, jaga anak.
Tapi anak aku tak ramai.
Gap Redza and Rayyan pun besar.
By the time Rayyan keluar, Redza dah pandai mandi and makan sendiri.
Dah Darjah 1 pun masa tu.

Masa Redza umur 43 hari, aku dah ambil bibik.
Masa tu lagi murah. Tak salah aku RM500 je agen tetapkan.
Tapi itu tahun 2004.
Tahun 2004 harga RM500 tu agak besar juga sebab gaji aku pun tak sampai RM2k.
Tolak itu ini itu ini, ujung-ujung bibik aku lagi banyak duit dari aku 😁.

Bibik-bibik aku semua makan apa yang aku makan, aku bercuti dorang ikut, hari raya dapat baju and tudung raya one set, kelengkapan bulanan macam sabun, shampoo, ubat gigi, deodoran, krim and lotion, pad - semua disediakan.
Nak makan jamu pun aku belikan, tak perlu bayar balik.
Bilik air ber-heater, tak perlu kongsi bilik air dengan orang lain.
Alhamdulillah, bibik-bibik nampaknya selesa.

Bibik aku sekarang aku ambik weekly saja.
Satu kali seminggu, untuk 4 jam dibayar RM70.
Satu hari dia boleh buat 2 rumah. EVERYDAY.
Sebulan dia boleh dapat RM4200.
RM70 untuk 4 jam tu sukahati nak suruh buat apa pun.
Kalau rasa 4 jam nak dia melipat and menggosok baju, silakan.
Macam aku, melipat membasuh menyidai En Wan and aku buat.
Aku mintak dia mengemas rumah and membasuh bilik air je.

Setiap kali aku buat open house atau majlis, aku hire dia untuk tolong.
Aku bayar ikut harga dia, RM70/4 jam.
Selalunya aku ambil untuk 8 jam terus.
Dia lah yang tolong menghidang, mengemas, membasuh, menyimpan dan vacuum rumah lepas majlis habis.
Mok kata mahal bayar sampai RM140. 
Kalau kat kampung RM30 pun boleh.
RM30 macam murah nau, itu macam perah kederat orang pulak namanya.
Takpelah, kita pun kalau diminta kerja 8 jam agak-agak mau ke RM30?
Nak lagi kerja yang guna tenaga.
RM140 kira oklah kot.

Rumah ni bertiga je (sejak mok balik Tganu), takde apa sangat nak dikemas.
Bilik mok and bilik Redza sejak dorang takde, dah tak digunakan.
Jadi, toilet takyah basuh, just lap-lap je.
Same goes to bilik dorang ni, just nak lap-lap je.
Tak perlu vacuum tiap-tiap minggu.
Aku mintak dia kemas bilik dorang 3 minggu sekali je buat buang-buang habuk.

Yang bibik kemaskan setiap minggu hanyalah bilik aku and Rayyan.
Hall, dapur and porch dah tentulah. Vaccum and mengemop. 
Sebulan sekali baru lap-lap kipas and lampu siling. 
Kadang tu tempoh 4 jam dia siap sempat menyapu laman sebab banyak masa terluang dek kerana takde apa sangat nak dikemas dalam rumah aku.
Yelah bertiga je kan, takde anak kecik pulak tu.
Tak bersepah sangat.
Lagipun kitorang banyak habiskan masa dalam bilik.
Boleh je aku buat semua sendiri, tapi aku malas πŸ˜†.

Alhamdulillah, sepanjang aku berbibik, ada 7 orang semuanya.
2 macam hanat. Yang lagi 5 orang cukup 2 tahun.
Yang macam hanat tu aku cerita kendian.
Ini aku teringat kisah sorang pekerja aku, orang Indonesia, bukan sebagai bibik.

Kisahnya, tahun 2012 aku start tailoring business.
Salah seorang bibik aku pandai menjahit.
Malah dia sebenarnya dijanjikan oleh agennya ke Malaysia sebagai tailor tapi sampai Malaysia dihantar ke rumah aku sebagai bibik.
Kes kena tipu dengan agen lah ni.
Tapi dia ok je jadi bibik.

Selepas setengah tahun, aku nampak passion dia pada fashion.
Aku pun belilah mesin jahit sebiji.
Try test dia boleh ke buat baju bagai dikata.
Memang pandai rupanya.
Bukan setakat pandai tapi perfect!
Macam-macam pesen dress aku minta jahit semua dia boleh jahitkan.
Aku decide untuk letak dia di tempat yang betul, iaitu jadikan dia tailor.
Aku ambil one more bibik untuk gantikan tempat dia.
Luckily rumah aku ada 6 bilik, tak perlulah bersempit-sempit bibik and tailor dalam satu bilik yang sama.
Bibik bilik lain, tailor bilik lain.
Masukkan sekali mesin jahit dalam bilik tailor.
Biar dia buat kerja dalam tu.

Bisnes tailoring banyak dapat tempahan.
Aku promote kat blog je. Berjujuk hantar tempahan.
Baju jahitan dia semua orang puji.
Dia bukan saja boleh jahit dress, kebaya, blouse, baju melayu, malah wedding dress sekali.
Ramai pengantin tempah baju dengan aku waktu tu.
Bila tempahan makin banyak, aku terpaksa ambil one more tailor.
Tailor ni orang Indonesia juga, dapat dari KL.
Abang dia menetap di KL dah 20 tahun.
Budak ni ada perangai sikit.

Budak ni rasa position dia sebagai tailor tu tinggi nau bila dia membandingkan diri dia dengan bibik di rumah aku.
Macam dia pulak tuan.
Makan minum nak bibik sediakan.
Aku peratikan je mula-mula.
Lepas tu melarat sampai sebulan bergaduh dengan bibik (Lenny).
Aku tau dorang bergaduh pun dari mok.
Bukanlah bergaduh bercakar, tapi sesekali perang mulut.
Punca apa pun aku tak paham.
Nak kata dengki, nak berdengki apa pun aku tak tau.
Tapi mok cakap macam lebih kepada 'nak tunjuk bagus depan majikan' kekdahnya.

Memandangkan dorang bergaduh secara senyap, aku malas nak campur.
Lagipun depan aku macam everything ok je.
Yang kesian mok lah mengadap 'sinetron' hari-hari.
Aku nak masuk campur pun aku tak tahu perlu ke tak sebab bukannya sampai ke tahap bertekak ke apa.
Aku anggap perselisihan faham je.
Alah, macam kita dengan colleague jugaklah.
Ada sesi sentap-menyentap tapi kerja tetap kena siapkan juga.
Asal tak babitkan masalah peribadi dengan kerja, cukup.

Mula-mula mok nak taknak je cerita sebab dia tahu aku jenis yang tak berminat nak ambik tahu hal orang.
Until at one point, mok tengah tengok Buletin Utama, si tailor baru ni selamba tapir ambik remote and tukar channel Zee.
Kebetulan berlaku depan mata aku masa aku tengah naik tangga ke bilik.
Kurang ajar betul. Dia ingat mok aku tu tarafnya lagi rendah dari dia kot.
Tinggi nau jawatan tailor ni gamaknya?
Tapi aku diamkan lagi.
Aku memang jenis suka perati and bagi chan kat orang.
See if dia buat perangai lagi pasni.

Ada satu hari tu tailor-tailor semua tak pergi kerja (ofis) sebab aku nak holiday kat Sepang bawak mok and bibik Lenny sekali.
Yang tailor tak bawak lah sebab dorang ikut waktu ofis hour kerja.
Oh by the way, selepas aku ambil new tailor, aku pindahkan tailoring business ke ofis aku.
Dulu ofis aku ada bilik khas untuk tailoring business.
Aku renovate ofis tu supaya selesa untuk customer datang tempah baju.
Tak selesa pulak aku orang keluar masuk rumah untuk tempah baju. Takde privacy.

Jadi, hari yang aku nak pi holiday, aku tanya tailor kalau nak ke ofis aku akan arrange-kan taxi hantar ke ofis.
Dorang taknak, nak buat jahit sulaman je kat rumah katanya. Ok fine.
Memandangkan semua ada kat rumah, jadi aku tapau roti canai lebih sikit.
Bila aku balik, dua-dua tailor turun bawah nak breakfast.
Bibik Lenny tengah ayunkan Rayyan (buai).
Tiba-tiba aku dengar tailor baru ni tanya bibik Lenny dengan suara yang agak biadap "Kak, akak dah makan ke belum roti ni?"

Lenny : Belum. Makanlah dulu.

Tailor baru : Ada disentuh-sentuh ke roti ni?

Lenny : Sentuh apa. Belum dimakan.


Wow!!! Kau tengok ya betapa sombongnya seseorang yang takde pelajaran bila dapat ‘jawatan’.
Bila aku pikir-pikirkan patutlah hidup kau gitu-gitu je.
Mungkin sebab perasaan sombong ada dalam diri.
Cara-cara dapat kerja tailor je pun dah rasa diri besar, kalau dapat jadi manager butik agaknya kaki tak jejak tanah.
Aku dengarkan je dari atas. Aku diamkan je.
Aku nak tengok apa lagi tebiat dorang nak buat ni.

Sebelum kejadian itu ada beberapa benda pelik aku dah perasan.
Contohnya, barang-barang dapur (barang basah) kejap-kejap habis. Kejap-kejap habis.
Aku beli barang-barang pasar seminggu sekali.
Setiap minggu aku akan beli bawang besar, bawang kecik and bawang putih (kategori barang basah la jugak ni).
Aku tak ingat berapa kilo sekali beli tapi aku memang bangsa beli agak banyak sebab rumah aku ramai orang.
Ramai orang, banyaklah portion masakan, kan.

Selama tailor Jamilah dan Lenny duduk dalam rumah ni, belanja barang pasar aku reasonable.
Kalau bawang-bawang ni seminggu sekali je beli.
Sejak tailor kedua ni masuk dapur (awal dulu tak masuk dapur, sejak bergaduh dengan Lenny dia masak sendiri sebab taknak makan air tangan bibik Lenny), aku perasan bawang aku seminggu 2 kali beli.
Maknanya kalau dulu sebulan 4 kali beli bawang, now 8 kali beli!
Aku pelik juga awal-awal dulu dorang ni buat apa dengan bawang banyak-banyak?
Padahal pertambahan manusia dalam rumah ni sorang je, takkan sampai macam tu punya drastik expenses dapur aku?

Lagi satu minyak masak.
Dulu 5kg cukup sebulan.
Now minyak 5kg tahan 2 minggu je.
10kg minyak aku beli setiap bulan. Mandi minyak ke apa?

Mak aku cakap, tailor baru tu bukan je taknak makan air tangan Lenny, minyak bekas goreng kuih yang Lenny goreng pun dia taknak guna.
Kau bayangkan betapa jijiknya dia pada Lenny.
Dah macam kau pulak majikan.
Aku yang bayar gaji kau ni pun boleh kongsi teh ais ikat tepi dengan Lenny.
Huh, feeling sangat!

Setiap kali dia memasak, dia guna fresh oil!
Padahal aku dah sediakan 2 bekas, satu untuk letak minyak goreng lauk, another one goreng kuih.
Minyak goreng kuih kategori minyak bersih.
Kalau taknak guna minyak goreng ikan, kau ambik la bekas minyak goreng kuih tu hendaknya kan.
Oh, taknak. Najis la kot gamaknya.
Dia nak tuang jugak minyak baru.
Ni sebenarnya bukan apa, sebab bukan duit dia yang keluar.
Berlagak macam tuan besar.
Maunya tak, bilik beraircond, mandi ber-heater, pergi kerja berhantar berjemput, makan tanggung, baju dibasuhkan.
Mau tak berasa tuan besar?
Kita ni bagi segala kemudahan, makan pun tak berkira supaya dia seronok buat kerja.
Tapi nak buat macamana, kalau dah jenis darat tu kan.

Sabun basuh aku pun sama.
Baru 2 minggu beli, minggu ketiga habis dah.
Aku konfius, aku ni bukak kedai dobi ke hape?

Telur yang pack 12 biji tu dalam 8-9 hari tahan.
Memang jarang makan telur sebab lauk-lauk lain ada.
Telur tu selalunya untuk emergency je.
Sejak dia datang, sebulan 2 papan telur aku kena beli.
Papan tau, bukan pack kecil tu.
Dah macam meniaga nasik lemak pulak aku.

Teh uncang pun sama.
Aku selalu beli pack yang 80 keping uncang tu.
Sejak dia ada aku kena beli yang 100 keping.
Bukan sekotak, ya. 2 kotak!
Maknanya sebulan 200 keping uncang teh guna.
Sama naik pulak rumah aku dengan kedai mamak Anwar Maju membancuh teh.

Dulu rumah ni ada 5 orang dewasa.
Aku, En Wan, mok, tailor Jamilah and bibik Lenny.
Takkan tambah sorang manusia dewasa perbelanjaan aku gila-gila punya melompat?
Pelik kan? Ke ada yang membela?

Bibik Lenny pernah beberapa kali jumpa aku dalam bilik nangis-nangis cakap dia tak tahan dengan perangai tailor tu.
Semua masakan Lenny dia kondem. Tapi habis.
Tapi everytime mentekedarah dia kondem masakan orang tu.
Tailor baru ni suka makan lewat.
Dah tau kau makan paling last, lepas makan, kemaslah.
Oh, tak. Dia biarkan je.
Bagi dia, itu bukan kerja dia.
Dia kelas sikit, tukang jahit.
Yang si Lenny ni terpaksa la tunggu sampai lewat malam semata-mata nak kemaskan meja makan.

Setiap kali Lenny tegur supaya cermat-cermat sikit guna barang dapur, Lenny juga yang kena sound balik "Apa kau kisah, bukan duit kau".

Satu hari tu aku naik hantu.
En Wan beli barang basah hari Rabu.
Maknanya Khamis baru start masak guna barang-barang yang dibeli hari Rabu tu.
Ok kau dengar eh. Khamis start guna. Sabtu Lenny bagitau stok barang barang basah dah habis!
Aku kalau pi stok barang basah bukan sikit-sikit tau.
Ayam sekali beli 2 ekor, ikan tenggiri seekor, ikan jenahak lain, ikan cencaru lain, ikan selar kuning lain, sotong wajib 1kg, udang wajib 1kg.
Itu stok untuk seminggu.
Takkanlah beli Rabu, Sabtu dah nak licin?

Meloncat En Wan dengar barang pasar nak kena top up lagi.
Kejadah apa baru pi pasar Rabu, Ahad dah nak kena pegi lagi?
Seingat aku baru sekali je Lenny masak ikan tenggiri sejak beli Rabu tu, mana pegi ikan-ikan lain?

Lenny dah terpisat-pisat nak jawab.
Bila aku desak-desak barulah dia cakap rupanya selama ni tailor baru tu masak untuk bekal dorang di ofis dan dia masak punyalah banyak.
Nak makan dua mulut je tapi masak sampai 4 keping.
Dahlah makan malam kat rumah.
Takkan makan tengahari sampai 2 keping ikan tenggiri sorang?
Aku pulak kalau beli tenggiri beli tenggiri bunga jenis yang lebar tu.
Muntah kalau hadap 2 keping sekali makan.
Aku sendiri makan siang malam cuma sekeping.
Tu pun rasa macam ada jin aprit join makan sebab ikan tenggiri bunga memang lebar.

Bibik Lenny cakap tailor baru tu kalau goreng sayur guna bawang besar 2 biji, bawang putih 6 ulas.
Masak apekah ini? Kau masak sayur ke masak bawang?

Tengah-tengah tegang berdiskusi pasal barang basah, aku terus check fridge.
Telur takde lansung! Aku tanya telur pun habis ke?
2 papan sekali beli kot.
Rupanya Lenny sorokkan.
Lenny kata dia takut aku mengamuk asik-asik kena beli telur.
Bayangkanlah sebulan sampai 2 papan.
Lenny kata tailor tu kalau sekali masak sampai 4 biji. Sebab tu dia sorok.

Aku dah panas dah. Aku sms tailor Jamilah.
Malas nak call dulu, kalau aku call tengah-tengah panas hati tu karang terbakar phone.
Tailor Jamilah bagitau memang tailor kedua ni masak banyak.
Sekali masak ikan sampai 4 keping.

"Ikan tu ada lagi di peti sini, Madam. Belum habis lagi".

Kau tak hangin? Masak hari-hari banyak macam bela saka, tapi tak habis.
Lepas tu bertepek-tepek simpan lauk leftover dalam fridge ofis.
Kau ingat ofis aku tu rumah kongsi kau?
Dah tau lauk leftover banyak, tetap nak masak lauk baru everyday.
Dah sape pulak nak makan lauk yang bertepek-tepek dalam fridge tu? Jin aprit?

Bila dia tahu aku call tailor Jamilah sebab tanyakan hal lauk basah habis di rumah, berani dia sound aku.
Dia kata aku menangkan bibik Lenny.
Masalahnya tailor Jamilah pun mengaku yang dia suka masak banyak, membazir.
Mengamuk gila aku dengan dia.
Aku bercakap dengan phone kat porch masa tu, aku rasa jiran aku kiri kanan depan belakang dengar biji butir aku bertekak dengan dia.

Masa bertekak dengan dia tu, kalaulah aku boleh rekod, lama dah aku viralkan.
Bak kata En Wan, jenis orang tak skolah tinggi macam tu lah.
Bercakap tak pakai otak dan takde kesedaran diri yang kau tu menumpang kerja dengan orang.
Dah la tinggal kat negara orang, tinggal kat rumah orang (rumah aku), gaji kau aku bagi free-free tak payah tolak satu apa pun, makan minum ditanggung, tapi tak sedar dek untung.
Cakap dengan majikan macam dia rasa dia lebih powerful.
Silap besarlah kau cari pasal dengan aku, kan.

Mujur aku tak boh penampar.
Tapi last-last mengaku jugak dia yang selalu masak banyak lepas tu makan tak habis penuhkan fridge kat ofis dengan makanan dia.

Aku bajet dia sebenarnya nak kenakan Lenny.
Dia habiskan barang-barang dapur so that aku akan marah Lenny.
Dia ingat aku bangang macam dia agaknya tak usul periksa dulu.
Kau ni banyak sangat hadap sinetron Bawang Putih Bawang Merah sebenarnya, tu pasal bengap.

Aku suruh dia pack barang dia kat ofis, aku nak pulangkan dia balik ke rumah abang dia jam-jam tu juga.
Kalau ikut hati aku aku nak tinggalkan tepi jalan je.
Mampus kau situ balik sendiri.
Tapi nasib baik aku ada otak, jadi aku gunakan otak.
Macam dia takde otak tu pasal gitu.
Aku minta En Wan fetch dia kat ofis and hantar ke KL.
En Wan kata masa hantar dia balik ke abang dia (hantar sampai depan pintu rumah), abang dia tak cakap apa.
Bertanya apa-apa pun tak.
Muka abang and kakak ipar dia pun macam muka pasrah.
Macam muka "Hmmm..kau buat perangai lagi".

Tailor-tailor aku bagi cuti Ahad, and Sabtu half day.
Sukati nak merayap ke mana pun waktu cuti.
Aku expect tailor kedua ni akan ada satu hari dia balik jumpa abang dia.
Aku pernah tanya taknak balik rumah abang ke?
Dia kata abang dia tak kasik balik.
Pelik. Kalau kita adik-beradik kerja dekat, mesti hujung minggu nak jumpa.
Apetah lagi macam dorang ni keje negara orang.
Takkan abang dia selamba taknak jumpa adik.

Selama hampir 2 bulan dia kerja dengan aku, tak sekali pun dia balik rumah abang dia dan abang dia pun takde call kitorang tanya keadaan adik.
Macam lepas tangan.
Tapi kitorang malas nak pikir lebih-lebih.
No news maknanya good news la kot.
Bila jadi kes dengan tailor tu barulah start terfikir balik.
Maybe abang and akak ipar dia dah paham sangat perangai tak siuman adik dia tu.

Budak ni pernah kerja kat Rawang, tapi lepas seminggu majikan hantar balik.
Abang dia kata adik dia nak balik sebab kat Rawang takde kerja sangat. Bosan katanya.
Tengkorak dialah bosan.
Entah-entah kena buang kerja.
Perangai macam musibat siapa nak.

Teringat abang dia berkali-kali bagitau “Adik saya ni pendiam orangnya. Dia tak suka bercakap".

Aku rasa adik kau ni bengap.
Sebab tu dia kurang bercakap.
Asal bercakap je terkeluar bodoh.
Memang selama ni dia jarang bercakap.
Takde common sense pulak tu.
Tak tahu respect majikan.
Tak tahu respect harta-benda orang.
Eloklah pun jadi pendiam. 
Kalau peramah dah lama agaknya kena sepak.

En Wan kata itu ciri-ciri budak tak sekolah.
Aku cakap kalau setakat nak belajar ADAB, kat rumah pun boleh blaja.
Tak semestinya kena pergi sekolah.
Ini bukan sebab tak skolah tapi jenis takde adab.
Tapi lega betul lepas hantar dia balik. Serius lega.
Sejak dia ada dalam rumah aku, macam stress je environment.
Dia punya vibe negatif tu kuat. Membela kot.
Tak pun dia yang sebenarnya saka.


2021-10-14

Scammer zaman dulu.


Sindiket gores & menang ada lagi tak sekarang?
Macam dah kurang dengar cerita pasal ni.
Maybe sekarang dorang tahu barang-barang ‘rare’ dah not so rare anymore sejak ada e-commerce.
Shoppe, Lazada, AliBaba dah ada.
Mudah nak dapat barang-barang yang ‘rare’.
Not so rare anymore.
Maybe sekarang dorang dah beralih ke call scam.

Ntah bila scam business nak melingkup pun tak tahulah.
Dalam bisnes kita cakap “ada demand, ada supply”.
Boleh jadi masih ramai yang terpedaya dengan auta scammer, sebab itulah dorang ni bukannya makin hilang tapi makin bertambah.
Kesian, idea tu ada tapi idea membelit.
Kalaulah idea tu disalur ke tempat yang betul, aman hidup kau.

Ni semua bangsa nak cepat kaya.
Tapi percayalah cakap aku, orang yang kaya dengan duit menipu, senangnya tak lama.
Same goes to orang yang dapat duit terpijak hasil dari harta pusaka.
Nak-nak pulak bangsa yang gelap mata dengan harta.
Harta pulak dapat tanpa diusahakan.
Dapat tanah, jual. Dapat rumah, jual. Dapat emas, jual.
Memang kaya, tapi sekejapan bertukar jadi kayap.
Jarang-jarang aku dengar orang yang dapat duit terpijak ni senangnya berpanjangan. Jarang.
Ada tu ada tapi jarang.

Berbalik pada scam bisnes macam gores & menang, adakah dorang ni dulu membiak kerana banyak demand?
Atau adakah kita mudah tertarik dengan benda murah dan free?

Aku pernah ada peluang nak terkena dengan gores & menang.
Tapi tak terkena lah, cuma ada pengalaman berdepan dengan situasi tu.
Masa tu aku belum kawen, tapi dah kerja.
Waktu tu Mak Aji ngan Pak Aji tak ada kat rumah, hanya aku dan Ima di rumah.
Masa tu hari Jumaat, lebih kurang lepas solat Jumaat ada sorang perempuan cina rambut panjang pakai baju kurung datang rumah cakap dia ada tawaran gitu gini gitu gini.

Mukadimah dia memang tak menampakkan yang dia menjual barang.
Dia cakap yang dia adalah pekerja sukarela yang digajikan oleh sebuah syarikat.
Syarikat ni katanya hanya nak buat survey sebab nak bina mall kat Bandar Baru Bangi.
Dalam hati aku cakap ok lojik sebab masa tu Bangi ada Warta je seketul.
Itu pun bukan taraf mall, hanya hypermarket.
Agak interesting juga bab-bab survey ni jadi aku layankan je.

Dia kata tak perlu isi apa-apa borang cuma nak tanya beberapa soalan.
Bila sebut "beberapa soalan” tu aku bajet memang akan jadi lama la ni, aku pun ajak masuk rumah.

Dia tanya soalan-soalan basic macam berapa lama duduk Bangi, mak bapak kerja apa, selalu membeli-belah kat mana, perbelanjaan rumah sebulan berapa, etc.
Ada beberapa soalan yang macam meleret-leret tapi masih bersangkut-paut dengan pembinaan mall.
Masih belum mencurigakan masa ni.
Dah habis tanya soalan, oklah dia nak balik.
Tapi sebelum tu dia nak bagi token of appreaciation dari syarikat kerana sudi bekerjasama dalam survey tadi.
Dia keluarkan 3-4 kertas gores untuk aku pilih.
Dia cakap jangan risau, pilih mana-mana pun tetap ada hadiah, antara besar dengan tak besar je hadiah tu.
Hadiah paling murah pun RM50 voucher membeli-belah katanya.
Aku pun ambiklah satu.

Aku pun gores. Terpampang kat kertas tu "Hadiah sebuah kereta Kancil".
Gitew bertuahnya aku. Kancil kauuuu.
Anak-anak yang baca ni kalau tak kenal Kancil, itu bukan binatang ya, tapi sejenis kereta.
Masa tu pulak aku baru start kerja, dapat pulak menang kereta. Mahvelles habis!

Tetapiiiiii, satu kesilapan dia adelah EKZEJERET.
Kalau zaman sekarang kata OVERCLAIM 😁.
Dan satu lagi, dia pulak yang over excited.
Macam too hard sangat nak tunjukkan excitement dia tu.
Padahal aku yang menang tapi kau yang terlompat-lompat terpekik-pekik kat hall rumah aku.
Aku dengan Ima pandang je tebiat dia.
Kau ni pehal ni? Ni siapa yang dapat kereta, kau ke aku?

The way dia "gembira" tu fake nak mampus.
Like, apakejadah kau terpekik dalam rumah aku "Omigod! Omigod! You are so lucky! I must call my boss now. Omigod!!”
Wadehell?

Lepas tu masa tengah cakap dengan bos kat phone terpekik-pekik “This customer won Kancil! Omigod!! Can she come collect the car right now? Just come and take the car, right? Ok ok, omigod!!”
Menggelabah beruk okeh?

Dia kata dari pagi round satu Bandar Baru Bangi buat survey, paling tinggi hadiah orang gores dapat hamper RM250.
Tup tup aku dapat kereta. Excited gila dia. Gitewww.

Dia bagitau kereta dorang park kat dalam kawasan Balai Polis area Puchong.
Aku macam…huh? Balai polis?
Tapi masa tu aku tak berminat nak tanya kenapa sebab kalau dah masuk bab-bab kereta ni harus kena tanya mak bapak aku dulu.
Mana boleh suka-suka keluar rumah follow dia.
Nak mampus kena starlite dengan Mak Aji?
Daripada aku kena starlite, tak dapat kereta pun takpelah πŸ˜†.

Lepas tu kan dia cakap aku kena bayar ONLY RM5000 untuk urusan documentation.
Masa ni dah start fishy.
Mula-mula kau cakap free, just take like thatlah apa lah, tup-tup kena bayar. RM5000 pulak tu.
Aku ni dah lah nak kawen, memang tak senanglah nak keluarkan RM5k gitu-gitu je selagi kenduri aku tak settle.
Aku dah start tak berminat nak dengar dah time tu.
Sebab kepala aku cuma paham FREE means FREE.
Nama pun GORES DAN MENANG.
Lain la kalau nama dia “GORES DAN MENANG TAPI BAYARLA DULU SIKIT”.

Pastu aku cakap takpelah, aku tak nak accept hadiah ni.
Takpelah, tak payah bagi aku apa-apa saguhati.
Aku jawab survey ikhlas. Lagipun masa tu aku dah ada Kancil.
Mak Aji hadiahkan Kancil lepas grad.
Cukuplah satu, nak buat kereta banyak-banyak.
Karang tunang aku balik dari Jepun bawa balik kereta lagi.
Lagipun aku bukannya ada lesen pun time tu. Ada kereta je.

Kecewa jugaklah dia. Beria dia pujuk aku.
Kau bayangkan dari mula dia terpekik terlompat macam beruk bila aku menang kereta sampailah keluar dari rumah Mak Aji dengan kecewa, sejam setengah!
Satu jam 30 minit dia ambil masa nak persuade aku supaya bayar RM5000 tu.
Siap nak teman aku pegi bank keluarkan duit.
Dah nampak macam dia pulak kemaruk nak kereta.

Aku cakap aku taknak kereta tu.

“Betul you tak mahu? Kalau u tak mahu I ambillah. Tak apa ke? You ok ke I ambil?“

Konon nak saiko-saiko aku la.
Dia tak tau aku ada pengalaman dengan bapak segala saiko seblom tu.
Boleh jalanlah dengan kau punya saiko. Tak thrill lansung!

En Wan pun pernah berpengalaman dengan sindiket gores & menang.
Berlaku di rumah lama kitorang, di Putra Heights.
Sebelum rumah sekarang, kitorang beli rumah pertama di sini juga, lain phase.
There’s one Chinese guy, pakai spek datang rumah.

Aku ni sebenarnya tak tahu menahu kisah yang dia datang untuk gores & menang.
Aku dalam rumah.
Tiba-tiba aku dengar suara lelaki terpekik WAWOAWAOWOWOAOWOA kat luar.
Ingatkan cina bergaduh. Rupanya beruk terlepas.

Dari cerita En Wan, modus operandinya sebijik sebijon macam yang aku kena.
Buat-buat terperanjat, buat-buat excited macam beruk, lepas tu call bos bagitau ada pemenang hadiah utama, terlompat-lompat kat depan macamkan kau yang menang.
Sama macam yang aku kena.
Padahal gap antara aku dengan En Wan kena dalam 4 tahun.
Masih relevan rupanya skrip dorang tu.

Kononnya En Wan menang 7 barangan elektrik.
TUJUH okeh! Kau rasa?
Semua barang elektrik tu dari Jepun katanya.
Memang silap besarlah kau petik nama Jepun pastu nak kencing orang yang 7 tahun duduk Jepun πŸ˜†.
Pulak tu hari yang En Wan kena, dia baruuuuu je balik dari Jepun seminggu kerja di sana.
Direct En Wan cakap “Saya blaja Jepun 7 tahun. U kata brand ni sudah established. Tak pernah dengar nama brand u bagi ni sepanjang I duduk sana. I baru balik dari Jepun pun tak pernah nampak this brand”.

Kalaulah aku yang kena ni dah menjejes air kencing.
Kantoi big time oi! Mau tak rasa nak terkencing?
Kena tengking dengan En Wan terus tak nampak-nampak dah kelibat dia pastu.

Aku rasa dulu gores & menang berleluasa sebab takde orang tak suka barang free. Itu pertama.

Second, takde orang yang tak suka barang mahal dijual dengan harga murah.
Macam En Wan kena tu, mamat tu offer 7 barang letrik dengan harga cuma RM4000.
Macam aku Kancil dengan hanya bayar RM5000.
Maksudnya, benda tu murah dia offer.
That’s why orang mudah gelap mata bila terkena.

Barang letrik yang dia offer tu pulak bukan calang-calang.
Home teater, vacuum cleaner yang pakai kat lobby hotel tu, mesin basuh, mesin jahit, pastu ntah apa menatang lagi at only RM4K!
Mau tak buta mata kau kejap?
Entah-entah barang tu semua belum tekan punat, mesin dah jem.

Tapi bapak aku terkena dah.
Tapi dia kena dengan orang melayu.
Sedang eloklah masa tu baru pencen.
Duit pencen tengah banyak. Apa sangatlah RM4k.
Bapak aku pulak niat hati tu nak menggembirakan isteri dengan barang letrik.
Dia lupa isteri dia boleh bertukar jadi singa pada bila-bila masa.
Hilangkan nak seronokkan isteri, terus kena bebel berhari-hari πŸ˜†.

Tu pun sama gak, barang dari Jepun katanya.
Sekali kitorang balik Bangi menantu Jepun check, tak wujud pun brand tu kat Jepun.
Kesian bapak aku bertambah-tambah sengasara dia kena sound dek mak aku.

“Bapak kau mana reti bincang-bincang. Ntah hape salesman tu cong dia, dia main hulur je duit. Lepas ni duit dia aku nak pegang”. Kahkahkah.

Tapi menantu backing pak mertua “Tak rosak benda ni, Ma. Boleh guna ni. Tapi mungkin harga dia sebenarnya tak sampai RM4k”.

Tak salah aku sikit masa dulu pernah ada taktik pukau-memukau, kan?
Something like orang tak sedar bagi duit kat salesman.
Sedar-sedar duit hilang.
Memang setan sangatlah taktik tu.
Desperate nau life sampai kena pukau orang lain baru boleh bagi anak bini kau makan.

Sekarang scammer dah makin bijak.
Macam-macam cara.
Credit card, insurans, mahkamah, LHDN - banyak betul idea dia nak mengencing orang.
Tak tahulah macamana dorang ni tak melingkup-lingkup.
Makin direport, makin banyak. Tak tahulah kat mana silapnya.


2021-10-12

Merentas negeri tak bermakna boleh merentas masuk rumah orang sekali.


Semalam aku share post FB orang ni kat IGS.
Share peringatan dalam kita seronok nak merentas negeri, kena fikir sama hak orang lain.
Jangan pikir seronok kita je.
Kerana, dalam ramai-ramai yang seronok boleh merentas negeri, ada orang yang berdebar-debar bila kelonggaran merentas dibuka.
Cuba baca antara yang aku sempat snap bawah ni.
Yang lain malas pula aku nak scroll satu-satu, tapi mostly yang respond pada post tu, ada masalah yang sama.

Benda-benda macam ni dari semenjak PKP 1.0 lagi aku dah suarakan dalam blog, dalam FB, dalam IG.
Tapi, some people tak boleh terima.
Nanti kata aku lantang sangat bersuara.
Jadi, kali ni kita sharelah suara-suara orang lain pula, supaya orang tahu bukan aku yang lantang, tapi kau yang takde otak.

Benda macam ni kita panggil COMMON SENSE.
But common sense is not common at all, anymore.
Neither is rationality or practicality.
Ramai yang rasa dia entitled untuk datang rumah orang sesuka hati tanpa perlu bertanya pada TUAN RUMAH.
Diulangi, tuan rumah ya.
Kalau rumah tu adalah rumah mak bapak, maka tuan rumah adalah mak bapak.
Kalau rumah tu adalah rumah abang, maka tuan rumah adalah abang.
Bukan asal ada mak bapak kau dalam rumah tu maka kau boleh datang sesuka hati.

Some people butthurt bila ada orang bersuara tentang ni.
Dia rasa macam kita ni jahat sangat.
Tapi dia lupa, yang dia nak masuk ni rumah orang, bukan rumah dia.
Kau nak terima tetamu kat rumah kau, gasaklah.
Tapi bila kau nak datang rumah orang, tak boleh ambik kira diri kau sorang je.
Tuan rumah tu bukan tunggul.
Benda-benda macam ni orang anggap tak penting tapi bagi tuan rumah, ini penting.

Nak-nak lagi yang jenis kejap-kejap bertandang rumah orang.
Dia pikir dia punya boring je, orang lain punya boring dia tak kira.
Weekdays, semua orang berkerja.
Sometimes hujung minggu tu saja waktu nak berkemas rumah, nak berehat, nak keluar berjalan, nak masak sedap-sedap untuk anak-beranak makan.
Tup-tup kau datang.
Jenis datang tak warning tau-tau ada depan pintu.
Kau boleh pikir tak betapa tensionnya tuan rumah program lari disebabkan kau?
Kadang tu orang tu dah masak sedap-sedap cukup-cukup untuk anak-beranak, tau-tau kau sampai.
Nak dijamu, lauk tak cukup.
Takkan nak makan tak jemput orang makan sekali.
Maka tahanlah dorang sefamily tak makan sampai kau balik. Berlapar.
Benda macam ni tak ramai orang pikir, kan?

That's why, walaupun di rumah siapa sekalipun, jangan masuk-masuk terus menonong ke dapur.
Duduk kat ruang tamu je sudah.
Entah ada orang makan ke kat dapur tu.
Bila kau terjengah kat dapur, takkanlah tuan rumah tak pelawa makan sekali.
Karang tak pelawa kau menjaja pulak cerita yang tuan rumah kedekut tak pelawa kau makan.
Memang payah nak mendidik puak-puak yang takde otak ni.
Benda common sense macam ni pun nak diajar.

Kadang tu kawasan rumah tuan rumah tengah takde air, ataupun tuan rumah tengah baiki paip tersumbat ke, paip bocor ke.
Rumah tengah huru-hara.
Eh tiba-tiba kau terpacul bagi salam depan pintu. Kau rasa?

Bak kata pengkomen dari KOMEN 1.
Time-time PKP ni, ada orang tua di rumah, masa ni lahhhh orang sibuk nak datang.
Tak kiralah adik-beradik je, sedara-mara ke - memang tak boleh pikir ke consequences masuk rumah orang yang ada orang tua atau ada anak-anak yang belum divaksin?
Jenis pikir diri dia dah divaksin je.
Orang lain punya nasib dia tak pikir.

Yes, aku setuju bila dia kata orang tua mana faham konsep kenapa tak boleh ziarah macam dulu.
Orang-orang tua ni golongan baby boomers.
Baby boomers (mengikut kajian) adalah golongan yang hard to handle.
Dalam bahasa kasarnya, degil.
Dia rasa dia betul dan tak nak berubah.
Anak-anak kata A, dia bidas.
Anak-anak kata B, dia buat C.
Sebab apa? Sebab lebih makan garam katanya.

Kawan aku ada sorang masalah gini.
Mertuanya sakit buah pinggang.
Dia kata dia sihat, maka dia selalu marah menantu (kawan aku) kenapa tak bagi anak-anak dia datang ziarah.
Dia tak sedar diri dia sihat kerana dijaga menantu.
Sebab menantu jaga makan, jaga rumah tak bagi orang datang, maka dia sihat.
Memanglah nampak macam kawan aku tu jahat kurung mak mertua tak kasi jumpa anak-beranak tapi hanya orang yang ada otak saja boleh fikir rasional tindakan kawan aku tu.

Yang anak-anak pun patut boleh pikir.
Jangan diikutkan sangat cakap orang tua tu.
Cakaplah "Mak, sekarang ni tak boleh ziarah sesuka hati. Penyakit tengah banyak".
Masing-masing pakai smartfon kan, gunalah Whatsapp call tanya khabar orang tua.
Bukan kau sorang je tak dapat peluk mak, anak-anak orang lain pun sama.
Patutnya ajar mak tu bersyukur ada ipar yang halang orang keluar masuk rumah.
Itu tandanya ipar tu menjaga mertuanya.
Orang-orang tua memang payah nak paham benda macam ni.
Dia akan mengadu kat anak sana, mengadu kat anak sini seolah-olah hazab nau dibuat dek menantu.
Tapi takde pun dia minta anak-anak ambil dia dari rumah tu kan?
Maknanya dia ok di situ.
Golongan baby boomers memang hard to handle.
Dia ada 'perangai' dia.

Pengkomen KOMEN 2 pun ada masalah yang sama.
Disebabkan mertua tinggal sekali, maka ipar-duai kerap nau berkunjung ke rumah.
Tak sabar-sabar nak jumpa mak bila boleh merentas negeri sampai lupa hak tuan rumah.
Dia pikir hak dia je nak jumpa mak.
Dia tak pikir hak tuan rumah tu sanggup menerima tetamu ke tak.
Hanya kerana mak dia duduk dalam rumah tu, maka dia rasa entitled.
Again, benda macam ni kalau dicakap karang sentap.
Yang sentap tu selalunya adalah orang yang buat benda-benda ni lah. Sebab tu sentap.
Hakikatnya, dia yang takde common sense.

The thing is, tak ada siapa marah nak berziarah.
Tapi, biarlah kena gayanya.
Minta izin tuan rumah dulu, datang waktu yang sesuai, yang penting dalam musim-musim Covid ni, kita tak boleh hanya pandang dari sudut pandang kita sebagai tetamu saja.
Kebajian tuan rumah dan seisinya pun perlu kita ambil kira.

Macam KOMEN 3, dia kata bila kebenaran rentas negeri dah dibuka, tiba-tiba start anxiety.
Sebab itu, kita jangan pikir kita saja.
Beban orang lain kita tak pikir.
Ingat mudah ke seseorang yang anxiety nak handle masalah dia bila attack tu sampai?

KOMEN 4, memanglah semuanya dah divaksin tapi bukannya kita duduk rumah tak keluar-keluar.
Kita pun menyinggah sana-sini, tup-tup nak masuk rumah orang.
Macamana orang tak risau.
This is bukan isu paranoid, tapi bila kita nak masuk rumah orang mula-mula sekali kena pikir hak tuan rumah dulu.
Entah dia sanggup terima kita ke tak.
Jangan pula bila orang tu tak terima kau datang, kau mengutuk pula.
Nampak sangat kau yang selfish.

Tapi ye lah, benda-benda macam ni kadang bukannya tak boleh pikir tapi TAK MAHU ACCEPT.
Bila kata boleh merentas negeri, dia pukul rata boleh keluar masuk rumah orang sekali.
Nak merentas pegi tempat public, silakan.
Nak ke mall, nak ke pasar, nak ke hotel. Silakan.
Tapi bila nak masuk compound rumah orang, tertakluk pada tuan rumah.
Ini bukan soal menyombong atau tak. Tapi ADAB ke rumah orang.
Tapi tak tahulah kalau memang ada jenis tak beradab.


2021-10-11

Rugi beli baju tak nampak.


Jumaat lepas aku update kat IG baju ni yang aku beli awal tahun tapi baru terjumpa balik last week sebab terjatuh bawah almari.
Beli awal tahun, pakai baru last week. Nasib baik muat.
So masa aku up gambar ni ramai yang DM nak jual ke tak, sebab new dan cantik.
Memang taklah nak jual sebab masih boleh pakai.

So this is gambaran baju tu bila dipakai.
Nampak macam baju blouse biasa je sebab tak nampak pun ropol-ropol kat dada tu, kan?
Sebenarnya banyak baju aku yang ada hiasan di bahagian dada tapi tak dapat nak tunjuk sebab tertutup dengan tudung.
Inilah antara ujian bertudung.

Awal-awal bertudung dulu aku selimpangkan shawl bagi nampak dada sebab nak tunjuk corak/hiasan kat dada.
Macam rugilah kan beli baju ada ropol-ropol kat dada tapi tak nampak.
Lama jugalah aku cuba nak berubah dari step selimpang shawl ke melabuhkan shawl.
1-2 tahun ada kot.

Jujur aku cakap, memang susah.
At least untuk aku susah jugala nak melabuhkan tudung tu sebab aku bermula dengan berpakaian tak cukup kain.
Nak terus bertudung litup cover dada agak berat untuk aku buat waktu tu.
Maka aku start slow.
Dah agak selesa dengan tudung selimpang ke bahu, dah agak-agak konfiden melabuhkan shawl, barulah aku labuhkan.

Sebenarnya nak melabuhkan tudung ke dada tu tak susah mana.
Yang jadi susah bila aku ada rasa "sayang beli baju cantik tapi tak dapat tunjuk".
Hat ni sebenarnya yang buatkan susah.

Ustaz aku cakap "Jangan takut kalau bertudung nampak tak cantik. Jangan terkilan kalau orang kata kita nampak macam makcik-makcik bila dah bertudung. Kerana fungsi bertudung sememangnya untuk tutup kecantikan".
Wahhh, terus beralih perkspektif aku.
Lalu aku berfikir, ye tak ye juga.
Itulah rupanya cara Islam menjaga wanita.
Bila pakaian longgar, tudung cover dada, apa je yang tertonjol? Takde.
Takde apa yang menarik perhatian sangat.
Semua jadi biasa-biasa.
Tapi itulah sebenarnya yang paling susahhhhh nak buat.

Bila dah labuhkan tudung, macam tak kena pula kalau masih berbaju ketat.
Mesti nak kena cari baju longgar juga.
Tapi bila pakai baju longgar senang nak nampak gemuk.
Nak lagi yang jenis tetek bentuk apple, bila berbaju longgar dari angle tepi memang out terus.
Terus nampak boyak semacam.

Betullah katanya dunia ini penjara bagi orang yang beriman.
Nak free hair tak boleh, nak tunjuk dada tak boleh, nak baju ketat tak boleh.
Itu baru ujian orang-orang awam je tu.
Belum lagi yang heavy-heavy ujian tahap alim ulamak.
Tapi kan, lama-kelamaan bila dah terbiasa, dah jadi tak kisah dapat tunjuk corak dada ke tak.
At least itulah yang aku dah rasa sekarang.
Kalau beli baju, cari yang selesa dan kaler apa aku belum ada.
Ada corak kat dada atau tak, itu dah tak penting sebab dah tau pusing kot mana pun tudung akan tutup dada juga.
Jadi tak payah banyak mikir bila beli baju.
Capai je mana yang rasa selesa, bayar.

Dulu masa awal-awal nak mula pakai shawl cover dada, penat nak memilih baju.
Semua benda aku nak pikir sebab taknak "rugi" beli mahal-mahal tapi tak dapat tunjuk kat orang.
Last-last aku beli je baju biasa-biasa kat kedai yang aku tak biasa masuk.
Beli material yang biasa-biasa yang aku tak pernah beli. Contohnya baju macam ni:

Hape pesen ntah ni.
Shawl bunga-bunga, baju polkadot. Konfiden betul aku.
Baju tu aku beli kat kedai biasa-biasa yang aku tak pernah beli.
The material pun jenis yang aku tak berapa suka sangat tapi memandangkan ia besar, labuh dan murah serta takde corak kat dada yang boleh buatkan aku berkira-kira nak beli, maka aku beli.
Ujung-ujung aku sendiri rasa tak seronok nak pakai.
Pakai 1-2 kali bagi kat bibik. Last-last aku beli je baju di kedai yang aku suka, dengan cutting yang selesa, regardless dia ada corak kat dada atau tak, mahal atau tak, asalkan selesa pakai - beli.
Alhamdulillah sekarang dah boleh terima kenyataan.
Kau pakailah apa pun Diana, dah takde sape nak pandang kau. Kahkahkah.

Ini kat bawah aku tunjuk some of the baju dan apa design sebenarnya vs bila dipakai dengan tudung cover dada.

Baju ni ada lace kat leher. Tak pernah orang tahu walaupun baju ni dah banyak kali aku pakai sejak tahun 2014 lagi. Tahan pulak tu material dia and lace dia dah pakai 7 tahun. Campak dalam mesin pun tak rabak.

Baju ni ada ropol depan belakang. Depan pun tak nampak, lagikan belakang πŸ˜†.
Baju ni cutting A-line. Dan jenis kain kejung. Aku sebenarnya tak berapa berkenan pakai kain kejung tapi sebab warnanya belum ada and baju ni selesa kat badan, beli ajelah.

Bila dah tutup gitu tak tahu cerita yang designnya sebenarnya rupa tu. Tapi sebab dia loose cut, kain pun sedap, aku beli semua warna - putih, oren and kuning.

Ni bukti beli semua warna sekali πŸ˜†. Sejenis malas pilih design-design lain. Dah berkenan kat satu, kaut je warna yang lain. Settle.

Ini baju awal tadi. Kemain lagi designnya penuh kat dada, tapi bila dipakai hah tu je pun jadiknya. Jadi blouse makcik-makcik je. Sesuailah dengan umur makcik.

Semuanya tak nampak design sebenar bila dipakai, kan? Ini semua antara baju yang aku ada, yang ada design di dada tapi tak nampak sebab dah dicover tudung. Takpelah, makcik dah puas tunjuk dada dah dulu. Eh. 

2021-10-06

Jangan overclaim dan jangan pukul rata.


Amaran. Entry ini ilmiah.

Hari tu ada follower tanya pendapat aku tentang dakwaan makan supplement boleh bagi kesan buruk pada organ.

Ok, claim ini bukan perkara baru.
Sejak 20 tahun lepas lagi dah dengar.
Lebih-lebih lagi di zaman internet, dakwaan sebegini kerap dikongsi.
I am not a subject matter expert, tapi ini berdasarkan apa yang aku dah lalui, both teori dan practice.

Mula-mula nak cerita sikit tentang satu case study that was published about few years ago (2-3 tahun lepas) tentang kaitan antara seberapa kerap seseorang makan coklat dengan Body Mass Index (BMI).
Rasanya semua orang tahu BMI adalah ukuran tahap kegemukan.
 
Kajian ini dibuat ke atas 1000 orang lelaki and perempuan (dewasa).
In order to menilai kekerapan pengambilan coklat, semua participants kena jawab soalan - "Berapa kali seminggu makan coklat?".
Dalam case study ni, energy intake semua orang dikira menggunakan soal selidik pengambilan makanan untuk tengok total food consumption.

What was interesting is that the researchers dapati semakin kerap makan coklat, semakin rendah BMI (berat badan).
So the question now is, logic ke? Boleh percaya ke?
Sedangkan secara saintifik kita tahu coklat ada high levels of fat and sugar. 
Takkan boleh turunkan BMI?
Kalau nak makan coklat pun, maybe can stick to a little dark chocolate.

Apa yang aku boleh cakap kat sini, there is plenty of bad science out there.
And it’s very hard to figure out what is solid and what is shaky.
Dalam kajian makanan, we cannot simply cakap A boleh merosakkan buah pinggang, B boleh menyebabkan kanser, C boleh merosakkan hati.
Dalam kajian makanan, kena tahu role macro and micronutrients.
What are carbohydrates, fats, proteins.
How they are processed in the body.
How do we determine the energy content of foods, etc.

Jangan salah faham.
Kajian tentang penyakit are definitely important, but apa yang aku nak sampaikan di sini is give you the necessary knowledge to be more critical towards the messages that we constantly bombarded with.
Sekarang ni ramai orang konfius dan tak tau what to believe anymore.
Dalam nutritional science, ada banyak study yang perlu diperhalusi sebelum dikatakan selamat.

Ada beberapa approaches (study designs), antaranya experimental study, observational study, ecological study, cross-cestional study, case-control study dan cohort study.
Once kita dah faham semua jenis studies ni, kita akan realize not all research findings carry the same amount of weight.
Sama ada sesebuah case study itu dianggap penting dan berpengaruh depends on the quality of the research design.

Contohnya, nak kata artificial sweetener tak bagus, kita tak boleh simply buat conclusion berdasarkan penggunaan 7 orang selama 30 hari.
Mesti ada control group.
The reason why I'm saying that is because kita selalu terdedah kepada maklumat yang didasarkan pada orang yang produce produk, atau berdasarkan personal anecdotes yang kemudian di-generalized kepada semua orang.

Contoh, bila sorang kata dia makan supplement A lalu muka naik jerawat, maka dianggap semua yang makan supplement A akan tumbuh jerawat.
Tak boleh macam tu.
As in court, kalau kita nak tuduh somene lakukan jenayah, kita kena ada bukti untuk menyokong tuduhan.
The burden of proof is on the one who declares, not on the one who denies.
So, kalau claim apa-apa atau nak argue tentang apa-apa, kita mesti ada bukti to back up that claim by providing the actual evidence.
And that evidence needs to be solid.
The claim perlu dibuktikan secara saintifik.

Dalam kajian makanan, how we collect scientific evidence bukan bergantung pada kajian makmal dan kajian clinical 60-90 hari saja.
Ada banyak yang kita tak tahu dan sometimes tak dapat dijelaskan dengan sains.
Some questions kita tak akan dapat jawapan yang solid kerana sains sentiasa berevolusi.
 
Of course certain knowledge is pretty fixed contohnya bagaimana lemak dipindahkan dalam aliran darah.
But when it comes to hubungan antara nutrition and health, there is often a lot more uncertainty.
Dalam bahasa mudah, yang produce produk tak boleh overclaim dan yang tak guna supplemen pula tak boleh pukul rata bahawa supplemen boleh merosakkan organ.
Dan itulah sebabnya dalam kajian makanan, kita melabelkan sesuatu findings kepada:

- meyakinkan
- berkemungkinan
- tidak dapat disimpulkan (inconclusive)

Ada banyak makanan/tumbuhan yang dah di-declare sebagai bagus untuk kesihatan dan scientifically proven macam tempe, salmon, yogurt, dark chocolate, kacang, tea treel oil, lavender, kunyit, chamomile, halia, bawang putih,...banyak.
Kunyit punyalah berzaman orang guna tup tup bila ada orang produce supplement kunyit terus dikata penyebab penyakit itu dan ini. Kan pelik tu.

Macam aku cakap awal tadi, ada banyak cara to study the relation between nutrition and health.
Antaranya experimental studies.

Dalam experimental study, researchers buat actual experiment di mana a group of people diberikan certain type of diet, manakala satu group lain with different type of diet.
Contohnya group A dapat diet low fiber, group B dapat diet high fiber.
Atau group A dapat diet low sugar, manakala  group B dapat high sugar.
Atau group A dapat diet low dairy products, group B dapat diet high dairy products.

Experimental studies selalunya digunakan semasa produce sesuatu product untuk tengok kesan penggunaan oleh sejumlah orang.
Pernah tak nampak iklan kat tv kata "...kajian ke atas 200 orang menunjukkan 99% kesan positif...".
Maksudnya, tak semua yang guna the produk dapat feedback positif seperti yang diharapkan.
Maybe 1-2 orang tak dapat.
Tetapi tidak bermakna produk tu teruk hanya kerana tak dapat 100% kesan positif.

Another study untuk nutrition adalah observation study.
Dalam study jenis ni, researchers tak buat apa-apa.
I mean they don't actually change anything.
Dorang just observe and rekod dietary habits of a group of people dan dari situ dorang kaji kaitan makanan yang diambil dengan sebarang penyakit.

Dorang observe sama ada those yang makan minyak zaitun jantungnya lebih sihat.
Atau sama ada orang yang kerap makan daging kadar kolesterol lebih tinggi.
Atau sama ada pengambilan beta-karoten mengurangkan risiko kanser, etc.

Semua persoalan ini ditangani melalui observation study.
Dalam observation studies, mereka yang terlibat tak diminta untuk ubah diet pun.
Continue saja dengan tabiat makanan yang biasa dan dari situ researcher boleh buat kesimpulan sama ada makanan-makanan yang dimakan bagi mudarat atau tak.

Nampak simple, kan?
Tapi untuk buat observation studies ni kena ambil kira faktor tempat sebab different countries have different diets.
Orang Arab kuat makan daging, tapi sihat je.
Orang Jepun paling kuat makan nasi tapi kurus-kurus, tak gemuk pun.
Orang Netherlands, bread-loving country - breakfast roti, lunch pun roti, tapi masalah obesiti tak besar di sana.
Tak boleh pukul rata makan nasi nanti gemuk Jepun yang makan nasi hari-hari tu peratusan obesitinya rendah.  
Maksudnya di sini kajian tentang makanan juga perlu melihat sudut ecology.

Lagi satu study is cross-sectional studies yang pengambilan makanan dan kesannya dinilai PADA MASA YANG SAMA.
Contoh, nak kaji sama ada diet soda dapat membantu mengawal berat badan.
Untuk kajian ni, sekelompok orang yang minum diet soda akan ditanya how often pengambilan diet soda dalam sehari.
Memandangkan diet soda kurang kalori dari regular soda, dah tentulah jangkaan kita minum diet soda BMI lebih rendah, kan?
Tetapi boleh jadi dalam kajian ini ditemukan seseorang yang kerap minum diet soda, tapi BMI-nya tinggi.
Jadi boleh ke kita assume diet soda penyebab kegemukan? No.

Kalau case-control study pula kita recruit sekelumpulan orang yang ada penyakit tertentu, contohnya kanser kolon.
Dalam masa yang sama kita recruit sekumpulan yang sihat.

Pesakit kanser kolon rata-rata semasa sihat kerap makan daging.
Kalau kelompok yang sihat kata mereka tidak makan daging, maka bolehlah kita kata pengambilan daging yang kerap boleh menyebabkan kanser kolon.

Tetapi sebelum buat that kesimpulan, kena lihat faktor lain.
Imagine pesakit kanser ini datang dari pelbagai latar belakang.
Ada yang dari private hospital dan ada yang dari hospital from poor part of town.
Obviously, the dietary habits of the two groups will be quite different without having anything to do with colon cancer.

Sometimes, orang-orang yang kita panggil buat case-control study ni the way they remember their dietary intake pun satu hal juga.
Selalunya orang yang terkena penyakit dia punya recollection of the past berbeza dari orang yang sihat.
Tengok je lah those yang makan supplemen A tiba-tiba tumbuh jerawat.
Terus dalam kepala dia "Takde apa yang saya makan selama ni, semua sama. Tapi lepas 3 hari makan supplemen A, naik jerawat".
Padahal boleh jadi dia dalam keadaan stress waktu tu, atau terdedah dengan persekitaran yang tak sesuai, atau suhu/cuaca berubah can trigger skin problems, ataupun mungkin ada makanan lain yang dia makan yang dia tak sedar.

To me, dalam case-control study it's best to find patient dan control subject yang ada similar social background.
Macam kes kanser kolon tadi, majoriti pesakit kanser kolon mengatakan dorang banyak makan daging sebelum dapat kanser kolon.
Boleh jadi dorang juga ada masalah obesiti at the same time yang mana kita tahu obesiti pun boleh berisiko dapat kanser kolon.
Maka, daging mungkin bukan faktor risiko kanser kolon tetapi kerana pemakan daging secara amnya lebih berat (heavier), maka nampaklah kaitan antara makan daging dan kanser kolon.

The last and most influential observational study design is the cohort study.
Cohort study ni bila mana sekumpulan orang diuji dengan sesuatu makanan untuk jangka masa yang panjang - 2-3 tahun.
Dalam study ni, sekelompok yang semuanya sihat diberikan diet tertentu dan sepanjang tempoh 2 tahun tu tengok apa kesan makanan tu pada mereka.

Katakan 1000 orang diberikan diet sayuran selama 2 tahun.
Selepas 2 tahun didapati dari 1000 orang, 980 orang sihat manakala 20 orang dapat lung cancer.
This finding may lead to the conclusion that eating vegetables is associated with protection against lung cancer.
Tapi boleh jadi juga orang yang makan banyak sayur cenderung menjalani gaya hidup yang sihat sebab itu kurang dapat penyakit, bukan kerana dia makan banyak sayur.

Kesimpulannya, kajian tentang makanan atau bahan-bahan dalam makanan perlu dibuat pelbagai method kajian. 
Hanya kerana 10 kanak-kanak dapat diabetis selepas minum air kotak A, belum tentu air kotak A penyebab diabetis.
I agree kawalan penyakit itu perlu, tetapi kajian tentang sains makanan sangat luas.

Pernah dulu ada perbalahan sekejap tentang laksa sebagai makanan berpantang.
Group A kata boleh makan apa saja including laksa, group B kata kalau boleh jangan makan laksa.
Aku adalah group B.

Laksa adalah resistant starch.
Resistant starch maksudnya kanji yang tak boleh dicerna dalam usus kecil.
Hanya bacteria saja boleh cerna that starch.
Proses penguraian resistant starch kepada molekul-molekul sihat ni hasilkan gas yang sangat banyak and berbau.
Orang tua-tua kata "angin".
Bila angin [gas] banyak sangat dalam badan, perut jadi kembung.
Atas sebab inilah bidan-bidan and orang-orang tua kata elakkan makan laksa.
Gas yang terhasil dengan sangat banyak boleh menyebabkan overgrowth of these bacteria.
Overgrowth of these bacteria akan jadikan kita sembelit and sakit perut yang sangat-sangat.
Hat ni la orang tua kata "Jangan makan laksa nanti bentan!"
Sakit perut yang sangat-sangat tu la namanya bentan.

To some people maybe lepas seminggu dua gas tu hilang.
Tapi, to some maybe payah nak hilang.
Jadi to be on the safe side, tak payah la makan.
Tapi kalau nak cuba ok je.
Aku dulu makan je, alhamdulillah ok.
So aku rasa badan aku ni sejenis boleh terima apa je asal bukan batu and kayu.

Berbalik pada food studies, aku berharap tiada founder yang overclaim produk masing-masing dan pihak yang satu lagi pula tidak pukul rata semua supplemen itu bahaya.
Penat I belajar perah otak buat formula.


2021-09-30

Pening kepala dengan customer macam ni.



Berdasarkan pengalaman aku doing sales sejak 2003 sampai sekarang, be it secara offline mahupun online, customer di atas memang wujud.
Masa aku buat biotech supplies, selalunya yang beli instrument takde pun minta-minta diskaun atau free gift.
Tapi aku memang akan bagi free gift berupa kit-kit biotech.
Takkan nak bagi TV pulak, dah sah-sah dia beli pakai duit grant.
Maka, free gift pun biarlah yang boleh benefit project dia.

Tapiiiii, yang beli sekadar RM1-2K ni lah yang kejap-kejap mintak diskaun.
Tak cukup diskaun, mintak pulak free gift.
Free gift memilih pulak tu. Nak pipettor!
Kau beli barang baru RM2k, tapi nak free pipettor yang harga RM500?
Ingat kita dapat untung separuh dari harga jual ke apa.

Tahun 2003-2005 Malaysia masih lagi membudayakan beri free hamper on festive season.
Sekarang takde dah, kan?
Tak salah aku government pernah keluarkan polisi no hamper.
Ada satu kali tu aku pergi deliver barang kat customer, dia tanya "Orang lain datang saja-saja nak bagi buah oren (sempena CNY). Company you datang hantar barang berlenggang tak bawak apa pun. Taknaklah beli lagi macam ni".

Of course dia berlawak bab taknak beli lagi tu (tapi tak klaka. Huh!), tapi bab buah oren tu aku rasa dia really mean it.
Aku pelik yang meminta-minta ni melayu.
Customer Chinese sikit tak minta apa-apa.
Hanya mahukan barang yang diorder cepat sampai sebab nak buat kerja sebelum bercuti panjang.
Itu satu. Yang satu hal lagi, yang meminta-minta ni dia perasan beli banyak gila.
Dah lah setiap kali beli mintak diskaun.
Pastu expect nak hadiah macam-macam lagi.
Ni mesti bangsa yang shopping masa ada sale je.

Bos aku yang Devil Wears Prada pernah 'tembak' sorang customer pasal diskaun.
Customer tu nak beli instrument.
Dia yang approach kitorang (aku) untuk beli the instrument.
Katanya masa dia training kat overseas pakai intrument tu, so now department dia nak beli brand yang sama.
Ok fine. Aku pun buat presentation, buat proposal and bawa satu demo unit untuk dorang cuba for 1 whole day.
Nampaknya semua berpuas hati.
So dia mintak quotation. Harga aku bagi RM90k. 
Dia minta kurang.

Semua manager level boleh bagi diskaun up to 5%. 
Aku pun bagi terus 5% diskaun, malas simpan-simpan.
Takpelah komisyen aku kurang sikit janji dapat park satu instrument kat lab tu.
RM4500 diskaun kot. Dia taknak.
Boleh pulak dia kata "Ada competitor lain offer RM75k belum diskaun".

Aku cakap "Tapi Puan yang insist our brand at the first place, kan? Brand ni kami sole distributor. Kalau beli dari compertitor lain maknanya bukan brand yang Puan nak".

"Takpelah, sama je mana-mana brand pun. Asal tahu guna".

Kau nampak tak dia punya ego tingkat berapa?
Padahal kau yang cari aku nak beli this instrument.
Kau yang beria nak our brand sebab tempat kau training kat oversea tu pakai brand yang sama.
Alih-alih spin taknak beli kerana harga.
Patutnya bila kau yang insist nak brand tu, kau dah patut tahu harga dia range berapa.
Aku pulak memang paling menyampah nak fight price.
To me, fight price ni untuk orang yang tak berwibawa.
Kerjanya asik nak turunkan harga, janji produk terjual.
Aku lebih suka fight dari sudut teknikal.

Bos aku berapi bila aku bagitau progress deal ni sangkut sebab harga.
Terus bos aku ajak pi jumpa the customer, dia nak tolong close deal.
Masa jumpa tu mati-mati dia nak harga at least RM75K.
Bos aku cakap "If you want RM75k, we have one refurbished unit, but one month warranty only and 6 months after sales service".

Customer taknak.
Sekali bos aku cakap "You only buy things when they are on sale, right?".
Aku yang tadi duk selak-selak planner terus terangkat kepala aku pandang bos.
Dalam hati aku "Kau biar betul tembak dia gitu?".

Tapi bos aku tanya dalam nada gelak-gelak la.
Tapi sakit tu di siniiiii.
Tak tahulah kalau customer tu jenis takde perasaan.
Tak lama lepas tu dia beli jugak dengan harga RM90k.
Tak payah bagi diskaun. Selamat komisyen aku.
Maybe dia rasa tercabar dengan soalan bos aku tu.

Ada juga customer yang beli barang harga RM60K, minta laptop.
Actually memang kitorang bagi free komputer pun sebab instrument yang dia nak beli tu kena connect dengan komputer.
Tapi kita idok le jual komputer.
Komputer sendiri lah beli.
Lagipun lab kan ada komputer. Cucuk la dekat instrument tu nanti.
Tapi, sebagai inisiatif, kitorang offer free DESKTOP.
Memang sengaja kita bagi desktop supaya customer tak salah gunakan duit kerajaan untuk kepentingan sendiri.
Paham-paham aje lah kan, karang beli instrument dengan duit kerajaan tapi laptop free gift tu jadikan hak sendiri.

This one customer dah lah request aku gantikan desktop dengan laptop, minta pulak spesific brand.
Siap pesan "Nanti free gift ni jangan masukkan dalam quotation tau".
Nampak nau nak kelepet buat harta sendiri, kan?
Memang taklah. Aku bagi desktop jugak. Take it or leave it.
Kau beli dengan duit kerajaan tapi ada hati nak demand.

Pengalaman buat online sales pun ramaiiiii yang perangai gini.
Percayalah cakap aku, semakin murah barang kau, semakin ramai kau jumpa customer macam ni.
Jenis yang dah murah, nak murah lagi.
Lepas tu nak free delivery.
Kalau boleh nak free gift jugak.

Masa awal-awal aku jual candy jeans and cardigan, ramai yang macam ni.
Padahal sehelai candy jeans tu baru berapa je.
Sanggup aku order banyak-banyak semata-mata nak dapatkan harga paling murah supaya boleh jual murah.
Dah jual murah pun tetap dia nak lagi murah.
Bila kita suggest belilah 3 helai, ada diskaun.
Dia counter offer pulak "Ni beli 2 takkan tak dapat diskaun?". Pulakk.
Tak, ni sekarang siapa punya barang ni?

Ada yang lagi best, beli dah ok dah 3.
Aku bagi diskaun.
Dia minta hantar ke 2 address berbeza tapi taknak bayar kos pos sebab "Saya dah beli 3 dah tu".
Dia rasa 3 tu dah banyak sangat dah.

Memang letih layan request macam ni.
Bila aku start dengan own product like shawl, baju and kurta, harga dah tak murah.
Aku cari sendiri material dan design sendiri, maka harga dah tak boleh murah sangat.
Shawl aku paling mahal harga RM82/helai.
Aku buat 150 helai saja waktu tu.
Ingatkan takde sambutan agak mahal sebab aku gunakan material macam shawl satin Duck.
Sekali habis shawl tu.

RM82 tu tak mahal kalau banding shawl Ariani.
Tapi, kesemua yang beli tak minta diskaun dan tak berlengah membayar.
Jenis yang memang nak beli.
Selalunya gitulah.

Contohnya aku kalau lalu depan kedai designer, aku lalu dan toleh je.
Habis kuat pun tengok dari luar. Tak masuk pun.
Itu adalah contoh orang yang takde duit.
Dia sedar dia takde duit, maka dia bertanya pun tak sebab dia tahu dia tak mampu. Hahahah.
Tapi kalau orang yang berduit dan memang nak beli, dia straight masuk kedai tu. Tanya dan bayar.

That's why aku cakap tadi semakin murah harga barang, semakin banyak karenah manusia kau kena handle.
Tapi bila harga barang kau mahal, kurang sakit kepala kerana customer-customer yang datang terdiri dari yang memang nak beli.
Contohnya Makeup Remover GreenAard.
Harga dia mahal kalau kau bandingkan dengan harga kat Guardian atau Watson.
Tapi try la dulu Makeup Remover aku tu πŸ˜.
Aku suka sangat tengok list pembeli Makeup Remover GreenAard.
Constant every 2-3 bulan mesti nama-nama yang sama return.
Masa PKP 1.0 hari tu aku dah bajet mesti drop sales Makeup Remover sebab orang tak keluar, tak bermekap.
Rupanya tak. Tetap customer repeat.
Ni tengah anniversary sale lagilah.
Orang dah ramai start masuk ofis and bergerak bebas, kan.

Aku sangat percaya tak perlu fight harga.
Fight dari sudut teknikal. The right customer will come.


2021-09-28

Rumah tangga kita, kita yang uruskan.



Kalau tengok pembahagian tanggungjawab tu, aku rasa tanggungjawab isteri tu sangatlah berat.
Maklumlah, orang pemalas masak and malas jaga anak macam aku ni memang konfem lah terasa berat kan πŸ˜†.
Kalau dapat isteri yang jenis rajin, alhamdulillah.
Disebabkan aku malas, maka aku pilih untuk ambil bibik and ambil sikit tanggungjawab suami.

Sikit hari dulu, masa awal-awal En Wan join company aku, ada yang bertanya adakah itu dikira sebagai aku menggajikan suami?
Seakan-akan aku menjadi ‘tuan’.

Entahlah, aku tak terfikir pulak sampai ke situ.
To me, asal bil takde yang tertunggak, hutang lunas, food on the table - cukup.
Dari awal lagi aku tak pernah mengharap aku ditanggung sepenuhnya oleh suami.
Malah masa awal-awal kawen dulu, aku berhenti kerja dalam setahun lebih sebab nak sambung blaja.
Dalam tempoh tu aku takde pocket money yang tetap.
Dalam bahasa mudahnya tiada cash money yang En Wan bagi.
Tapi, sewa rumah (dulu masih menyewa) dia bayar, groceries and barang basah dia provide, utilities semua dia bayar.
Kalau aku perlu deodorant, pad atau mosituriser, dia belikan.
Tapi beli kat Watson je lah.
Agak backwards pula life aku ketika tu.
Masa berkerja boleh pakai full set toner, day and night cream, cleansing gel segala.
Tapi bila dah tak kerja, aku minta belikan aku krim muka Ponds je.
Itu je la seketul skin care aku. Pastu compact powder.
Memang hidup dengan 2 ketul ni saja.
Jelita je pun aku. Mbahahaha (matilanakkk).

Dalam tempoh tak berkerja tu aku tak berani minta lebih dari apa yang dia provide.
Nak ajak balik Bangi pun tak berani sebab nak ke Bangi kena pakai tol and minyak.
Walaupun dekat, tapi tetap duit namanya.
Kalau dia kata "Jom, balik Bangi", baru aku bersiap.
Kalau tak, aku tak cadang.
Let alone nak minta cash money.
Apa yang dia dah provide, itulah nafkah yang dia mampu ketika tu and aku ok dengan sistem tu.
Tak perlu kot aku nak ikut-ikut orang.
Laki orang tu bagi cash, aku pun nak cash.
Laki orang tu belikan baju, aku pun nak mintak baju.
Kalau laki aku mampu takpe.
Aku pula jenis segan nak minta-minta walau dengan suami sendiri.
Dalam kepala otak aku dah set, apa nak beli sendiri.

Oklah tu dalam keadaan dia kerja seorang masih letakkan aku duduk di apartment yang guarded.
Keselamatan terjaga.
Aku takde henfon, tapi rumah ada phone.
Kalau apa-apa hal dia masih boleh call, aku pun boleh call dia.
Dalam tempoh tu juga dia belanja aku pegi driving class.
Nak apa lagi kan, cukuplah tu.

6 tahun lepas bila En Wan nak resign, aku tak ambil masa yang lama untuk berfikir untuk bersetuju.
15 tahun dia jadi engineer, penat dah kot.
Stress aku tengok dia kerja tak tentu masa.
Mesin rosak tengah malam pun kena masuk kilang walaupun dah tido waktu tu.
Rasanya tak banyak perbezaan dari segi expenses sebab dari awal pegang gaji kitorang share expenses.
Rumah bayar sama-sama.
Kereta masing-masing bayar.
Groceries, barang basah, gaji bibik, skolah Redza, bercuti dan segala tok nenek miscellaneous semuanya berkongsi.

Mula-mula dulu En Wan yang banyak cover sebab gaji dia lebih tinggi.
Tahun 2007 aku start earn more jadi aku cover lebih.
Dia macam ni lah, tak kisahlah la siapa yang cover lebih, asalkan masing-masing happy.
Bukannya pasangan kita tak contribute lansung.
Kalau rezeki kita lebih, apa salahnya kita cover lebih.
Rasanya zaman sekarang ni ramai yang berkongsi pendapatan.
Maka tak perlu merasa diri tak istimewa bila terpaksa berkongsi duit dengan suami.

Perkongsian dalam rumahtangga bukan setakat material tetapi tenaga.
Kalau bab tenaga En Wan paling banyak contribute.
Boleh dikatakan hal pelajaran anak-anak dia yang ambil berat.
Aku ni cuma tengok subjek agama and english je.
Yang lain semua En Wan tapau.
Kalau dia berbangga dengan achievement anak-anak dia pun aku bagi dia ambil full credit sebab dia memang cukup rajin and teliti uruskan anak-anak.
Redza tu dari kecik sampai dah masuk asrama, setiap kali lepas mandi, En Wan yang siapkan baju apa nak dipakai. Letak atas katil.
Rayyan pun sama.
Aku kem salam nak buat macam tu.
Kau ada tangan kaki kan, cari baju sendiri πŸ˜†.
 
Aku tak mampu nak handle hal-hal rumah and dapur sepenuhnya, jadi aku buat mana yang mampu.
Yang tak mampu, aku serahkan pada bibik.
Disebabkan aku tak dapat buat tanggungjawab sebagai isteri (seperti dalam gambar), aku pilih untuk ambil sikit tanggungjawab suami (seperti dalam gambar) dengan harapan dapat cover tanggungjawab yang lain yang aku tak dapat buat.
Moga Allah ampunkan aku.

En Wan tahu aku enjoy working.
Dia tahu aku 'hidup' bila dapat berkerja.
Aku mudah drain kalau tak dapat berkerja ikut kapasiti yang aku dah set.
Katakan hari tu aku dah set list to do (kerja ofis) sekian sekian sekian.
At the same time aku nak kena prepare breakfast and lunch, melipat baju and mengemas.
Mood aku akan lari, aku jadi down tersangatnya sampai menangis.
En Wan pula tak boleh kalau mood aku lari.
Dia punya happiness adalah kalau aku happy.
Kalau aku lari mood, dia akan hilang selera makan dan apa dia buat semua salah πŸ˜†.
Jadi sebab tu dia banyak ambil alih tugas-tugas yang melibatkan tenaga seperti menyapu laman, sidai baju, angkat baju, buatkan breakfast anak, uruskan pelajaran anak, siapkan keperluan anak, etc.
Biar aku buat lebih sikit kerja ofis.

Aku anggap pembahagian tanggungjawab tu balance walaupun mungkin tak mengikut "skema pembahagian tanggungjawab suami isteri" yang asli.
Like I said, asalkan happy.
Rumah tangga kita, kita yang uruskan.
Kalau nak ikut buku sangat tapi akhirnya membebankan sampai bergaduh pun nak buat apa.

Rezeki kita semua tak sama.
DIA sengaja atur rezeki kita begitu kerana itulah sebenarnya yang kita perlu.
 
DIA tak takdirkan kita jadi suri rumah kerana skill kita lebih diperlukan untuk orang di luar sana.
 
DIA tak takdirkan kita berpenghasilan tinggi boleh jadi kerana kalau kita lebih kaya dari suami maka kita akan sombong.

DIA tak takdirkan kita bersuamikan CEO Megah Holdings boleh jadi kerana DIA mahu kita yang jadi CEO.

At the end of the day, bagaimana kita uruskan apa yang kita miliki. Itu saja.

Sorang ustaz berkata "Kalau menjadi kurus tak mengubah seseorang mempamerkan lekuk tubuh (pakai pakaian ketat), maka kurus menjadi ibadah buatnya. Jika setelah kurus dia mula berpakaian ketat, maka kurus telah membawa dia keluar dari barokah".

Maksudnya kat sini, apa yang kita dapat, yang dikira esok adalah bagaimana kita memanfaatkannya.
Be it badan yang kurus, muka yang awet muda, suara yang lunak, skill yang mantap, duit yang banyak, jawatan yang tinggi, anak yang bijak.
Semua yang best ni hanya akan jadi best kalau dimanfaatkan dengan baik.
Samalah macam tanggungjawab suami dan isteri.
Isteri yang lebih berpenghasilan dari suami, tak salah.
Isteri bayar gaji suami pun, tak salah.
Yang salah bila isteri berlaku sombong dan menjadi tuan kepada suami.
Yang salah bila suami serah buta-buta tanggungjawab pada isteri.

Syukurlah dengan rezeki kita.
Kalau letakkan piawai rezeki berdasarkan pada apa yang orang lain ada, sampai matilah hidup stress.