2021-10-11

Rugi beli baju tak nampak.


Jumaat lepas aku update kat IG baju ni yang aku beli awal tahun tapi baru terjumpa balik last week sebab terjatuh bawah almari.
Beli awal tahun, pakai baru last week. Nasib baik muat.
So masa aku up gambar ni ramai yang DM nak jual ke tak, sebab new dan cantik.
Memang taklah nak jual sebab masih boleh pakai.

So this is gambaran baju tu bila dipakai.
Nampak macam baju blouse biasa je sebab tak nampak pun ropol-ropol kat dada tu, kan?
Sebenarnya banyak baju aku yang ada hiasan di bahagian dada tapi tak dapat nak tunjuk sebab tertutup dengan tudung.
Inilah antara ujian bertudung.

Awal-awal bertudung dulu aku selimpangkan shawl bagi nampak dada sebab nak tunjuk corak/hiasan kat dada.
Macam rugilah kan beli baju ada ropol-ropol kat dada tapi tak nampak.
Lama jugalah aku cuba nak berubah dari step selimpang shawl ke melabuhkan shawl.
1-2 tahun ada kot.

Jujur aku cakap, memang susah.
At least untuk aku susah jugala nak melabuhkan tudung tu sebab aku bermula dengan berpakaian tak cukup kain.
Nak terus bertudung litup cover dada agak berat untuk aku buat waktu tu.
Maka aku start slow.
Dah agak selesa dengan tudung selimpang ke bahu, dah agak-agak konfiden melabuhkan shawl, barulah aku labuhkan.

Sebenarnya nak melabuhkan tudung ke dada tu tak susah mana.
Yang jadi susah bila aku ada rasa "sayang beli baju cantik tapi tak dapat tunjuk".
Hat ni sebenarnya yang buatkan susah.

Ustaz aku cakap "Jangan takut kalau bertudung nampak tak cantik. Jangan terkilan kalau orang kata kita nampak macam makcik-makcik bila dah bertudung. Kerana fungsi bertudung sememangnya untuk tutup kecantikan".
Wahhh, terus beralih perkspektif aku.
Lalu aku berfikir, ye tak ye juga.
Itulah rupanya cara Islam menjaga wanita.
Bila pakaian longgar, tudung cover dada, apa je yang tertonjol? Takde.
Takde apa yang menarik perhatian sangat.
Semua jadi biasa-biasa.
Tapi itulah sebenarnya yang paling susahhhhh nak buat.

Bila dah labuhkan tudung, macam tak kena pula kalau masih berbaju ketat.
Mesti nak kena cari baju longgar juga.
Tapi bila pakai baju longgar senang nak nampak gemuk.
Nak lagi yang jenis tetek bentuk apple, bila berbaju longgar dari angle tepi memang out terus.
Terus nampak boyak semacam.

Betullah katanya dunia ini penjara bagi orang yang beriman.
Nak free hair tak boleh, nak tunjuk dada tak boleh, nak baju ketat tak boleh.
Itu baru ujian orang-orang awam je tu.
Belum lagi yang heavy-heavy ujian tahap alim ulamak.
Tapi kan, lama-kelamaan bila dah terbiasa, dah jadi tak kisah dapat tunjuk corak dada ke tak.
At least itulah yang aku dah rasa sekarang.
Kalau beli baju, cari yang selesa dan kaler apa aku belum ada.
Ada corak kat dada atau tak, itu dah tak penting sebab dah tau pusing kot mana pun tudung akan tutup dada juga.
Jadi tak payah banyak mikir bila beli baju.
Capai je mana yang rasa selesa, bayar.

Dulu masa awal-awal nak mula pakai shawl cover dada, penat nak memilih baju.
Semua benda aku nak pikir sebab taknak "rugi" beli mahal-mahal tapi tak dapat tunjuk kat orang.
Last-last aku beli je baju biasa-biasa kat kedai yang aku tak biasa masuk.
Beli material yang biasa-biasa yang aku tak pernah beli. Contohnya baju macam ni:

Hape pesen ntah ni.
Shawl bunga-bunga, baju polkadot. Konfiden betul aku.
Baju tu aku beli kat kedai biasa-biasa yang aku tak pernah beli.
The material pun jenis yang aku tak berapa suka sangat tapi memandangkan ia besar, labuh dan murah serta takde corak kat dada yang boleh buatkan aku berkira-kira nak beli, maka aku beli.
Ujung-ujung aku sendiri rasa tak seronok nak pakai.
Pakai 1-2 kali bagi kat bibik. Last-last aku beli je baju di kedai yang aku suka, dengan cutting yang selesa, regardless dia ada corak kat dada atau tak, mahal atau tak, asalkan selesa pakai - beli.
Alhamdulillah sekarang dah boleh terima kenyataan.
Kau pakailah apa pun Diana, dah takde sape nak pandang kau. Kahkahkah.

Ini kat bawah aku tunjuk some of the baju dan apa design sebenarnya vs bila dipakai dengan tudung cover dada.

Baju ni ada lace kat leher. Tak pernah orang tahu walaupun baju ni dah banyak kali aku pakai sejak tahun 2014 lagi. Tahan pulak tu material dia and lace dia dah pakai 7 tahun. Campak dalam mesin pun tak rabak.

Baju ni ada ropol depan belakang. Depan pun tak nampak, lagikan belakang ðŸ˜†.
Baju ni cutting A-line. Dan jenis kain kejung. Aku sebenarnya tak berapa berkenan pakai kain kejung tapi sebab warnanya belum ada and baju ni selesa kat badan, beli ajelah.

Bila dah tutup gitu tak tahu cerita yang designnya sebenarnya rupa tu. Tapi sebab dia loose cut, kain pun sedap, aku beli semua warna - putih, oren and kuning.

Ni bukti beli semua warna sekali ðŸ˜†. Sejenis malas pilih design-design lain. Dah berkenan kat satu, kaut je warna yang lain. Settle.

Ini baju awal tadi. Kemain lagi designnya penuh kat dada, tapi bila dipakai hah tu je pun jadiknya. Jadi blouse makcik-makcik je. Sesuailah dengan umur makcik.

Semuanya tak nampak design sebenar bila dipakai, kan? Ini semua antara baju yang aku ada, yang ada design di dada tapi tak nampak sebab dah dicover tudung. Takpelah, makcik dah puas tunjuk dada dah dulu. Eh.