2021-10-20

Bodoh sombong seorang tailor picisan.


Lama dah nak cerita pasal ni tapi tertangguh-tangguh sebab aku terlampau ada banyak cerita untuk diceritakan setiap hari 😁.
Kisahnya hari tu ada yang DM tanya kalau-kalau aku ada contact sesiapa yang nak berkerja jadi maid di rumahnya untuk jaga orang tua.
Setahu aku sejak PKP last year kemasukan maid dari Indo di-freezekan, ye tak?
Baru-baru ni pula aku ada terbaca yang now dah ada minimum gaji maid, RM1500.
Tak tahu sejauh mana kesahihannya.
Katanya kerajaan Indonesia tetapkan gaji minimum dah sekarang.

Kalau RM1500 sebulan, pada pendapat aku berbaloi.
Bukan apa, Ibal hantar Widad ke nursery RM700/bulan.
Itu baru sorang anak.
Ni belum masanya nak hantar Izuddin lagi.
Esok dah cukup setahun nak hantar ke sana, another RM700 lagi.
Dah RM1400. Hanya jaga anak saja.
Itupun sampai pukul 6pm je.
Baju anak basuh sendiri ya. Dia tak basuhkan.
Kalau ambil maid dengan RM1500 kerja sebulan - mengemas, memasak, jaga anak - berbaloi.

Tak bolehlah nak banding dengan harga maid yang dulu.
Dulu zaman aku ada bibik RM700/bulan.
Itu agen yang tetapkan.
Masa dulu kerajaan dorang belum setkan harga standard agaknya.
RM700/bulan kemas rumah, masak, mencuci, jaga anak.
Tapi anak aku tak ramai.
Gap Redza and Rayyan pun besar.
By the time Rayyan keluar, Redza dah pandai mandi and makan sendiri.
Dah Darjah 1 pun masa tu.

Masa Redza umur 43 hari, aku dah ambil bibik.
Masa tu lagi murah. Tak salah aku RM500 je agen tetapkan.
Tapi itu tahun 2004.
Tahun 2004 harga RM500 tu agak besar juga sebab gaji aku pun tak sampai RM2k.
Tolak itu ini itu ini, ujung-ujung bibik aku lagi banyak duit dari aku 😁.

Bibik-bibik aku semua makan apa yang aku makan, aku bercuti dorang ikut, hari raya dapat baju and tudung raya one set, kelengkapan bulanan macam sabun, shampoo, ubat gigi, deodoran, krim and lotion, pad - semua disediakan.
Nak makan jamu pun aku belikan, tak perlu bayar balik.
Bilik air ber-heater, tak perlu kongsi bilik air dengan orang lain.
Alhamdulillah, bibik-bibik nampaknya selesa.

Bibik aku sekarang aku ambik weekly saja.
Satu kali seminggu, untuk 4 jam dibayar RM70.
Satu hari dia boleh buat 2 rumah. EVERYDAY.
Sebulan dia boleh dapat RM4200.
RM70 untuk 4 jam tu sukahati nak suruh buat apa pun.
Kalau rasa 4 jam nak dia melipat and menggosok baju, silakan.
Macam aku, melipat membasuh menyidai En Wan and aku buat.
Aku mintak dia mengemas rumah and membasuh bilik air je.

Setiap kali aku buat open house atau majlis, aku hire dia untuk tolong.
Aku bayar ikut harga dia, RM70/4 jam.
Selalunya aku ambil untuk 8 jam terus.
Dia lah yang tolong menghidang, mengemas, membasuh, menyimpan dan vacuum rumah lepas majlis habis.
Mok kata mahal bayar sampai RM140. 
Kalau kat kampung RM30 pun boleh.
RM30 macam murah nau, itu macam perah kederat orang pulak namanya.
Takpelah, kita pun kalau diminta kerja 8 jam agak-agak mau ke RM30?
Nak lagi kerja yang guna tenaga.
RM140 kira oklah kot.

Rumah ni bertiga je (sejak mok balik Tganu), takde apa sangat nak dikemas.
Bilik mok and bilik Redza sejak dorang takde, dah tak digunakan.
Jadi, toilet takyah basuh, just lap-lap je.
Same goes to bilik dorang ni, just nak lap-lap je.
Tak perlu vacuum tiap-tiap minggu.
Aku mintak dia kemas bilik dorang 3 minggu sekali je buat buang-buang habuk.

Yang bibik kemaskan setiap minggu hanyalah bilik aku and Rayyan.
Hall, dapur and porch dah tentulah. Vaccum and mengemop. 
Sebulan sekali baru lap-lap kipas and lampu siling. 
Kadang tu tempoh 4 jam dia siap sempat menyapu laman sebab banyak masa terluang dek kerana takde apa sangat nak dikemas dalam rumah aku.
Yelah bertiga je kan, takde anak kecik pulak tu.
Tak bersepah sangat.
Lagipun kitorang banyak habiskan masa dalam bilik.
Boleh je aku buat semua sendiri, tapi aku malas 😆.

Alhamdulillah, sepanjang aku berbibik, ada 7 orang semuanya.
2 macam hanat. Yang lagi 5 orang cukup 2 tahun.
Yang macam hanat tu aku cerita kendian.
Ini aku teringat kisah sorang pekerja aku, orang Indonesia, bukan sebagai bibik.

Kisahnya, tahun 2012 aku start tailoring business.
Salah seorang bibik aku pandai menjahit.
Malah dia sebenarnya dijanjikan oleh agennya ke Malaysia sebagai tailor tapi sampai Malaysia dihantar ke rumah aku sebagai bibik.
Kes kena tipu dengan agen lah ni.
Tapi dia ok je jadi bibik.

Selepas setengah tahun, aku nampak passion dia pada fashion.
Aku pun belilah mesin jahit sebiji.
Try test dia boleh ke buat baju bagai dikata.
Memang pandai rupanya.
Bukan setakat pandai tapi perfect!
Macam-macam pesen dress aku minta jahit semua dia boleh jahitkan.
Aku decide untuk letak dia di tempat yang betul, iaitu jadikan dia tailor.
Aku ambil one more bibik untuk gantikan tempat dia.
Luckily rumah aku ada 6 bilik, tak perlulah bersempit-sempit bibik and tailor dalam satu bilik yang sama.
Bibik bilik lain, tailor bilik lain.
Masukkan sekali mesin jahit dalam bilik tailor.
Biar dia buat kerja dalam tu.

Bisnes tailoring banyak dapat tempahan.
Aku promote kat blog je. Berjujuk hantar tempahan.
Baju jahitan dia semua orang puji.
Dia bukan saja boleh jahit dress, kebaya, blouse, baju melayu, malah wedding dress sekali.
Ramai pengantin tempah baju dengan aku waktu tu.
Bila tempahan makin banyak, aku terpaksa ambil one more tailor.
Tailor ni orang Indonesia juga, dapat dari KL.
Abang dia menetap di KL dah 20 tahun.
Budak ni ada perangai sikit.

Budak ni rasa position dia sebagai tailor tu tinggi nau bila dia membandingkan diri dia dengan bibik di rumah aku.
Macam dia pulak tuan.
Makan minum nak bibik sediakan.
Aku peratikan je mula-mula.
Lepas tu melarat sampai sebulan bergaduh dengan bibik (Lenny).
Aku tau dorang bergaduh pun dari mok.
Bukanlah bergaduh bercakar, tapi sesekali perang mulut.
Punca apa pun aku tak paham.
Nak kata dengki, nak berdengki apa pun aku tak tau.
Tapi mok cakap macam lebih kepada 'nak tunjuk bagus depan majikan' kekdahnya.

Memandangkan dorang bergaduh secara senyap, aku malas nak campur.
Lagipun depan aku macam everything ok je.
Yang kesian mok lah mengadap 'sinetron' hari-hari.
Aku nak masuk campur pun aku tak tahu perlu ke tak sebab bukannya sampai ke tahap bertekak ke apa.
Aku anggap perselisihan faham je.
Alah, macam kita dengan colleague jugaklah.
Ada sesi sentap-menyentap tapi kerja tetap kena siapkan juga.
Asal tak babitkan masalah peribadi dengan kerja, cukup.

Mula-mula mok nak taknak je cerita sebab dia tahu aku jenis yang tak berminat nak ambik tahu hal orang.
Until at one point, mok tengah tengok Buletin Utama, si tailor baru ni selamba tapir ambik remote and tukar channel Zee.
Kebetulan berlaku depan mata aku masa aku tengah naik tangga ke bilik.
Kurang ajar betul. Dia ingat mok aku tu tarafnya lagi rendah dari dia kot.
Tinggi nau jawatan tailor ni gamaknya?
Tapi aku diamkan lagi.
Aku memang jenis suka perati and bagi chan kat orang.
See if dia buat perangai lagi pasni.

Ada satu hari tu tailor-tailor semua tak pergi kerja (ofis) sebab aku nak holiday kat Sepang bawak mok and bibik Lenny sekali.
Yang tailor tak bawak lah sebab dorang ikut waktu ofis hour kerja.
Oh by the way, selepas aku ambil new tailor, aku pindahkan tailoring business ke ofis aku.
Dulu ofis aku ada bilik khas untuk tailoring business.
Aku renovate ofis tu supaya selesa untuk customer datang tempah baju.
Tak selesa pulak aku orang keluar masuk rumah untuk tempah baju. Takde privacy.

Jadi, hari yang aku nak pi holiday, aku tanya tailor kalau nak ke ofis aku akan arrange-kan taxi hantar ke ofis.
Dorang taknak, nak buat jahit sulaman je kat rumah katanya. Ok fine.
Memandangkan semua ada kat rumah, jadi aku tapau roti canai lebih sikit.
Bila aku balik, dua-dua tailor turun bawah nak breakfast.
Bibik Lenny tengah ayunkan Rayyan (buai).
Tiba-tiba aku dengar tailor baru ni tanya bibik Lenny dengan suara yang agak biadap "Kak, akak dah makan ke belum roti ni?"

Lenny : Belum. Makanlah dulu.

Tailor baru : Ada disentuh-sentuh ke roti ni?

Lenny : Sentuh apa. Belum dimakan.


Wow!!! Kau tengok ya betapa sombongnya seseorang yang takde pelajaran bila dapat ‘jawatan’.
Bila aku pikir-pikirkan patutlah hidup kau gitu-gitu je.
Mungkin sebab perasaan sombong ada dalam diri.
Cara-cara dapat kerja tailor je pun dah rasa diri besar, kalau dapat jadi manager butik agaknya kaki tak jejak tanah.
Aku dengarkan je dari atas. Aku diamkan je.
Aku nak tengok apa lagi tebiat dorang nak buat ni.

Sebelum kejadian itu ada beberapa benda pelik aku dah perasan.
Contohnya, barang-barang dapur (barang basah) kejap-kejap habis. Kejap-kejap habis.
Aku beli barang-barang pasar seminggu sekali.
Setiap minggu aku akan beli bawang besar, bawang kecik and bawang putih (kategori barang basah la jugak ni).
Aku tak ingat berapa kilo sekali beli tapi aku memang bangsa beli agak banyak sebab rumah aku ramai orang.
Ramai orang, banyaklah portion masakan, kan.

Selama tailor Jamilah dan Lenny duduk dalam rumah ni, belanja barang pasar aku reasonable.
Kalau bawang-bawang ni seminggu sekali je beli.
Sejak tailor kedua ni masuk dapur (awal dulu tak masuk dapur, sejak bergaduh dengan Lenny dia masak sendiri sebab taknak makan air tangan bibik Lenny), aku perasan bawang aku seminggu 2 kali beli.
Maknanya kalau dulu sebulan 4 kali beli bawang, now 8 kali beli!
Aku pelik juga awal-awal dulu dorang ni buat apa dengan bawang banyak-banyak?
Padahal pertambahan manusia dalam rumah ni sorang je, takkan sampai macam tu punya drastik expenses dapur aku?

Lagi satu minyak masak.
Dulu 5kg cukup sebulan.
Now minyak 5kg tahan 2 minggu je.
10kg minyak aku beli setiap bulan. Mandi minyak ke apa?

Mak aku cakap, tailor baru tu bukan je taknak makan air tangan Lenny, minyak bekas goreng kuih yang Lenny goreng pun dia taknak guna.
Kau bayangkan betapa jijiknya dia pada Lenny.
Dah macam kau pulak majikan.
Aku yang bayar gaji kau ni pun boleh kongsi teh ais ikat tepi dengan Lenny.
Huh, feeling sangat!

Setiap kali dia memasak, dia guna fresh oil!
Padahal aku dah sediakan 2 bekas, satu untuk letak minyak goreng lauk, another one goreng kuih.
Minyak goreng kuih kategori minyak bersih.
Kalau taknak guna minyak goreng ikan, kau ambik la bekas minyak goreng kuih tu hendaknya kan.
Oh, taknak. Najis la kot gamaknya.
Dia nak tuang jugak minyak baru.
Ni sebenarnya bukan apa, sebab bukan duit dia yang keluar.
Berlagak macam tuan besar.
Maunya tak, bilik beraircond, mandi ber-heater, pergi kerja berhantar berjemput, makan tanggung, baju dibasuhkan.
Mau tak berasa tuan besar?
Kita ni bagi segala kemudahan, makan pun tak berkira supaya dia seronok buat kerja.
Tapi nak buat macamana, kalau dah jenis darat tu kan.

Sabun basuh aku pun sama.
Baru 2 minggu beli, minggu ketiga habis dah.
Aku konfius, aku ni bukak kedai dobi ke hape?

Telur yang pack 12 biji tu dalam 8-9 hari tahan.
Memang jarang makan telur sebab lauk-lauk lain ada.
Telur tu selalunya untuk emergency je.
Sejak dia datang, sebulan 2 papan telur aku kena beli.
Papan tau, bukan pack kecil tu.
Dah macam meniaga nasik lemak pulak aku.

Teh uncang pun sama.
Aku selalu beli pack yang 80 keping uncang tu.
Sejak dia ada aku kena beli yang 100 keping.
Bukan sekotak, ya. 2 kotak!
Maknanya sebulan 200 keping uncang teh guna.
Sama naik pulak rumah aku dengan kedai mamak Anwar Maju membancuh teh.

Dulu rumah ni ada 5 orang dewasa.
Aku, En Wan, mok, tailor Jamilah and bibik Lenny.
Takkan tambah sorang manusia dewasa perbelanjaan aku gila-gila punya melompat?
Pelik kan? Ke ada yang membela?

Bibik Lenny pernah beberapa kali jumpa aku dalam bilik nangis-nangis cakap dia tak tahan dengan perangai tailor tu.
Semua masakan Lenny dia kondem. Tapi habis.
Tapi everytime mentekedarah dia kondem masakan orang tu.
Tailor baru ni suka makan lewat.
Dah tau kau makan paling last, lepas makan, kemaslah.
Oh, tak. Dia biarkan je.
Bagi dia, itu bukan kerja dia.
Dia kelas sikit, tukang jahit.
Yang si Lenny ni terpaksa la tunggu sampai lewat malam semata-mata nak kemaskan meja makan.

Setiap kali Lenny tegur supaya cermat-cermat sikit guna barang dapur, Lenny juga yang kena sound balik "Apa kau kisah, bukan duit kau".

Satu hari tu aku naik hantu.
En Wan beli barang basah hari Rabu.
Maknanya Khamis baru start masak guna barang-barang yang dibeli hari Rabu tu.
Ok kau dengar eh. Khamis start guna. Sabtu Lenny bagitau stok barang barang basah dah habis!
Aku kalau pi stok barang basah bukan sikit-sikit tau.
Ayam sekali beli 2 ekor, ikan tenggiri seekor, ikan jenahak lain, ikan cencaru lain, ikan selar kuning lain, sotong wajib 1kg, udang wajib 1kg.
Itu stok untuk seminggu.
Takkanlah beli Rabu, Sabtu dah nak licin?

Meloncat En Wan dengar barang pasar nak kena top up lagi.
Kejadah apa baru pi pasar Rabu, Ahad dah nak kena pegi lagi?
Seingat aku baru sekali je Lenny masak ikan tenggiri sejak beli Rabu tu, mana pegi ikan-ikan lain?

Lenny dah terpisat-pisat nak jawab.
Bila aku desak-desak barulah dia cakap rupanya selama ni tailor baru tu masak untuk bekal dorang di ofis dan dia masak punyalah banyak.
Nak makan dua mulut je tapi masak sampai 4 keping.
Dahlah makan malam kat rumah.
Takkan makan tengahari sampai 2 keping ikan tenggiri sorang?
Aku pulak kalau beli tenggiri beli tenggiri bunga jenis yang lebar tu.
Muntah kalau hadap 2 keping sekali makan.
Aku sendiri makan siang malam cuma sekeping.
Tu pun rasa macam ada jin aprit join makan sebab ikan tenggiri bunga memang lebar.

Bibik Lenny cakap tailor baru tu kalau goreng sayur guna bawang besar 2 biji, bawang putih 6 ulas.
Masak apekah ini? Kau masak sayur ke masak bawang?

Tengah-tengah tegang berdiskusi pasal barang basah, aku terus check fridge.
Telur takde lansung! Aku tanya telur pun habis ke?
2 papan sekali beli kot.
Rupanya Lenny sorokkan.
Lenny kata dia takut aku mengamuk asik-asik kena beli telur.
Bayangkanlah sebulan sampai 2 papan.
Lenny kata tailor tu kalau sekali masak sampai 4 biji. Sebab tu dia sorok.

Aku dah panas dah. Aku sms tailor Jamilah.
Malas nak call dulu, kalau aku call tengah-tengah panas hati tu karang terbakar phone.
Tailor Jamilah bagitau memang tailor kedua ni masak banyak.
Sekali masak ikan sampai 4 keping.

"Ikan tu ada lagi di peti sini, Madam. Belum habis lagi".

Kau tak hangin? Masak hari-hari banyak macam bela saka, tapi tak habis.
Lepas tu bertepek-tepek simpan lauk leftover dalam fridge ofis.
Kau ingat ofis aku tu rumah kongsi kau?
Dah tau lauk leftover banyak, tetap nak masak lauk baru everyday.
Dah sape pulak nak makan lauk yang bertepek-tepek dalam fridge tu? Jin aprit?

Bila dia tahu aku call tailor Jamilah sebab tanyakan hal lauk basah habis di rumah, berani dia sound aku.
Dia kata aku menangkan bibik Lenny.
Masalahnya tailor Jamilah pun mengaku yang dia suka masak banyak, membazir.
Mengamuk gila aku dengan dia.
Aku bercakap dengan phone kat porch masa tu, aku rasa jiran aku kiri kanan depan belakang dengar biji butir aku bertekak dengan dia.

Masa bertekak dengan dia tu, kalaulah aku boleh rekod, lama dah aku viralkan.
Bak kata En Wan, jenis orang tak skolah tinggi macam tu lah.
Bercakap tak pakai otak dan takde kesedaran diri yang kau tu menumpang kerja dengan orang.
Dah la tinggal kat negara orang, tinggal kat rumah orang (rumah aku), gaji kau aku bagi free-free tak payah tolak satu apa pun, makan minum ditanggung, tapi tak sedar dek untung.
Cakap dengan majikan macam dia rasa dia lebih powerful.
Silap besarlah kau cari pasal dengan aku, kan.

Mujur aku tak boh penampar.
Tapi last-last mengaku jugak dia yang selalu masak banyak lepas tu makan tak habis penuhkan fridge kat ofis dengan makanan dia.

Aku bajet dia sebenarnya nak kenakan Lenny.
Dia habiskan barang-barang dapur so that aku akan marah Lenny.
Dia ingat aku bangang macam dia agaknya tak usul periksa dulu.
Kau ni banyak sangat hadap sinetron Bawang Putih Bawang Merah sebenarnya, tu pasal bengap.

Aku suruh dia pack barang dia kat ofis, aku nak pulangkan dia balik ke rumah abang dia jam-jam tu juga.
Kalau ikut hati aku aku nak tinggalkan tepi jalan je.
Mampus kau situ balik sendiri.
Tapi nasib baik aku ada otak, jadi aku gunakan otak.
Macam dia takde otak tu pasal gitu.
Aku minta En Wan fetch dia kat ofis and hantar ke KL.
En Wan kata masa hantar dia balik ke abang dia (hantar sampai depan pintu rumah), abang dia tak cakap apa.
Bertanya apa-apa pun tak.
Muka abang and kakak ipar dia pun macam muka pasrah.
Macam muka "Hmmm..kau buat perangai lagi".

Tailor-tailor aku bagi cuti Ahad, and Sabtu half day.
Sukati nak merayap ke mana pun waktu cuti.
Aku expect tailor kedua ni akan ada satu hari dia balik jumpa abang dia.
Aku pernah tanya taknak balik rumah abang ke?
Dia kata abang dia tak kasik balik.
Pelik. Kalau kita adik-beradik kerja dekat, mesti hujung minggu nak jumpa.
Apetah lagi macam dorang ni keje negara orang.
Takkan abang dia selamba taknak jumpa adik.

Selama hampir 2 bulan dia kerja dengan aku, tak sekali pun dia balik rumah abang dia dan abang dia pun takde call kitorang tanya keadaan adik.
Macam lepas tangan.
Tapi kitorang malas nak pikir lebih-lebih.
No news maknanya good news la kot.
Bila jadi kes dengan tailor tu barulah start terfikir balik.
Maybe abang and akak ipar dia dah paham sangat perangai tak siuman adik dia tu.

Budak ni pernah kerja kat Rawang, tapi lepas seminggu majikan hantar balik.
Abang dia kata adik dia nak balik sebab kat Rawang takde kerja sangat. Bosan katanya.
Tengkorak dialah bosan.
Entah-entah kena buang kerja.
Perangai macam musibat siapa nak.

Teringat abang dia berkali-kali bagitau “Adik saya ni pendiam orangnya. Dia tak suka bercakap".

Aku rasa adik kau ni bengap.
Sebab tu dia kurang bercakap.
Asal bercakap je terkeluar bodoh.
Memang selama ni dia jarang bercakap.
Takde common sense pulak tu.
Tak tahu respect majikan.
Tak tahu respect harta-benda orang.
Eloklah pun jadi pendiam. 
Kalau peramah dah lama agaknya kena sepak.

En Wan kata itu ciri-ciri budak tak sekolah.
Aku cakap kalau setakat nak belajar ADAB, kat rumah pun boleh blaja.
Tak semestinya kena pergi sekolah.
Ini bukan sebab tak skolah tapi jenis takde adab.
Tapi lega betul lepas hantar dia balik. Serius lega.
Sejak dia ada dalam rumah aku, macam stress je environment.
Dia punya vibe negatif tu kuat. Membela kot.
Tak pun dia yang sebenarnya saka.