2021-10-26

Produk Dasar Pandang ke Timur


Tadi pagi sementara tunggu En Wan mandi, aku baca tulisan Tun tentang Dasar Pandang ke Timur Programme.
Walaupun aku bukan sebahagian dari tu, cuma kawen dengan produk Dasar Pandang ke Timur je, tapi aku 100% setuju dengan apa yang Tun tulis.

Aku memang admire cara orang Jepun.
Masa aku pi sana dulu, walaupun masa tu aku baru 12 tahun, mak bapak angkat aku greet and layan aku macam aku Duta Negara.
Anak-anak dorang pun respect kitorang (aku and Kavitha) sampai aku segan dengan dorang.

Ingat lagi masa on the way ke airport, kereta mak angkat aku tersodok kereta depan.
Just like apa yang Tun cakap, kalau ada collision, dorang akan keluar dari kereta, bow to each other, pastu discuss lebih kurang then masuk kereta semula.
Takde aku nampak dia bertekak bertempik kat tengah-tengah jalan.
Kalau kita, selagi insurans company tak datang, memang takde lah kau tengok kereta tu beralih.
Jem pun jem lah. Mampus kau situ kering dalam jem.

Lepas mak angkat aku masuk kereta, dia tolehkan kepala ke seat belakang and bow kepala berkali-kali kat aku and Kavitha say sorry.
Padahal aku tak terperanjat pun.
Cuma tersodok sikit je. Tak menjunam ke depan pun.
Tapi dia punya kesal tersodok kereta depan tu macamkan aku terpelanting keluar dari kereta.

Bak kata En Wan, kalau dari segi skill, insyallah kita setanding Jepun.
Tapi bab attitude masih jauh lagi. Jauh sangat.
En Wan kata Japanese bukannya baik semua.
Dorang pun manusia biasa ada ego-nya tapi kalau bab hormat, menepati masa, kerja - memang belum dapat lawan.
Tak tahulah apa yang dah dipasakkan dalam kepala dorang semua sampaikan attitude dorang masih boleh dianggap No. 1.

Bos-bos En Wan dulu pun kalau En Wan bawa dorang outing (kadang-kadang aku ikut sekali), dorang taknak duduk seat depan.
Dia suruh aku juga duduk depan siap bukakan pintu untuk aku masuk, boleh?
Macamkan kita pula tetamu.
Kita ni (maybe culture kita begini), kalau kawan lelaki atau ada ahli keluarga lelaki yang lebih tua, kita bagi duduk depan sebelah driver.
Aku pun tak sure kenapa ya? Adakah memang dalam culture kita perempuan perlu bertolak-ansur diri sebegitu sekali?
Tapi En Wan kata, kalau orang Jepun, walaupun bos kepada suami, tapi dia respect pada isteri staff dia.

Yang aku nampak mosty produk Dasar Pandang ke Timur 'inherit' attitude orang Jepun.
At least En Wan and some of his close frens ada that kualiti.
Tapi kadang aku annoying juga.
Maybe aku tak biasa dengan culture begitu.
Contohnya, En Wan masa mula-mula join aku, staff yang tak LIKE FB GreenAard dan tak bagi rating 5/5, akan disoal.
Macam tak masuk akal, kan?
Aku bertekak dengan dia bab ni.
Aku cakap itu hak dorang nak bagi rating 3/5 ke, 4/5 ke, kenapa nak paksa-paksa?
FB Page je kottttt 🙄.
Tapi tak bagi En Wan.
To him, itu bukan attitude pekerja yang baik.
Dia kata bila kita berkerja di situ, kita kena respect tempat kita cari makan dan support the company.
Cara Jepun sangat, kan?

Mula-mula dulu aku segan dengan staff sendiri sebab aku sendiri rasa benda ni pelik untuk dipraktikkan.
Tapi dah lama-lama, sebenarnya takde yang pelik.
Cuma kita tak biasa dengan culture tu saja.
Itulah antara attitude Jepun yang dia inherit.
Kalau kita punya culture (culture melayu), “Alah biarlah taknak bagi rating tinggi pun, asal kau buat kerja”.
But Jepun punya style tak macam tu.
Dari sekecil-kecil perkara dianggap penting dan sebenarnya yang kecil tu lah yang boleh bawak impak besar.
Nampak je LIKES and bagi HIGH RATING pada FB page tu perkara yang tak penting.
Tapi, apabila seseorang staff support company dengan small contribution macam tu, majikan jadi seronok, suasana berkerja jadi lebih baik dan ada perasaan sayang dan tanggungjawab pada kerja.

Mula-mula dulu aku risau je staff-staff aku takkan “panjang umur” di company ni disebabkan oleh perangai 'pelik' En Wan.
Tapi alhamdulillah, mereka stay.
Maybe dorang pun dah faham, it's all about work, nothing personal.
.
Nak memahami attitude Jepun celup sorang ni perlu ambil masa, ya.
Aku kan dengan En Wan tak sempat bercinta macam orang ‘normal’.
Aku syak kalaulah aku berpeluang bercinta dengan dia macam orang lain - boleh jumpa hari-hari, keluat tenet every week - mau tak jadi kawen agaknya.
Awal-awal aku dah reject.
Tapi bila dah kenal, baru nampak rasional di sebalik tindakannya yang pelik tu.

En Wan ni buat apa pun nak kelebet dengan teliti.
Dia punya tahap nak perfect tu boleh hilang akal kau melayan.
Kalau dia kata "Lepas Zohor keluar" maknanya sebelum azan Zohor kau dah kena standby atas sejadah sebab dia punya "lepas Zohor" tu depends pada dia habis solat pukul berapa.
Kalau masuk azan dia terus solat, maknanya dia punya "lepas Zohor" tu adalah bila dia habis solat.
Dia takkan tunggu dah lepas tu.

Macam Sabtu lepas dia bawa aku staycation.
"Lepas Zohor kita gerak".
Aku solat dalam keadaan dah siap bershawl berjeans berstokin bagai, ya.
Solat kat rumah macam solat bermusafir kekdahnya tak bertelekung.
Pakaian solat-ready gitu supaya lepas solat je, bangun dan terus keluar.
Kalau lepas azan baru kau nak terkibai-kibai ambik wuduk, baru nak terkeseng-keseng bentang sejadah, memang berasap la telinga dia sound.
Silap-silap kena tinggal.

Kalau dia kata "Lepas berita sukan nanti kita gi Giant", maksudnya betul-betul habis je berita sukan terus keluar.
Takde de nak bagi gap 5-10 minit. Takde.
Berita sukan tu start je kau dah kena siap ready.
Sebab bila berita tu habis je dia “Jom!”.
Uii mengah!

Masa dia kerja kilang dulu selalunya 6.30pm sampai rumah.
Kalau hujan, around 7pm sampai rumah.
Pernah satu hari tu dia sampai pukul 7pm sebab hujan lebat, terus capai jeans Superdry (dulu dia jual Superdry jeans juga) dan keluar semula.
Aku tak sempat nak tanya soalan, dia dari dalam kereta jerit "Abang nak pi Puchong hantar jeans, budak tu tunggu lagi kat opis".

Melopong aku depan pintu.
Toksahlah nak jadi mithali tunggu suami depan pintu dengan secawan kopi dan towel nak lap badan.
Buta-buta je aku tegak kat situ, sikit dia tak perasan pun sebab nak cepat.

Dulu mati-mati aku taknak kerja dengan En Wan.
Tak pernah melintas dalam kepala aku one day dia akan masuk company aku.
Aku dah boleh bayang betapa stressnya aku nanti.
Tapi jalan takdir rupanya tertulis dia akhirnya join company aku.
Memang tegang je awal-awal dulu. Asik nak bertekak je.
Terlalu banyak benda yang bagi aku tak payah nak too detail, tapi dia semua benda perlukan ketelitian.
Macam aku, kalau benda tu boleh simpan dalam laptop, aku simpan je.
Kalau dia tak. Semua benda nak ada hardcopy.
Even kat rumah pun dia ada satu folder khas simpan segala mak nenek resit. 
Masalahnya, resit beli barang Giant pun dia simpan.
Aku ni toksah kata nak simpan resit Giant, barang yang aku beli pun kadang-kadang tertinggal kat Giant. Kahkahkah.

Ini gambar lama, rasanya tahun 2012.
Ini zaman dia mula-mula berjinak nak bisnes online.
Senang hidup dia tau, gunakan blog bini untuk market produk.
Dah la promote jeans kat blog aku se-sen tak bayor.
Boleh pulak mengarah aku "Dah naikkan post seluar abang ke belum?". Ewahhh.
Dah lah pakai akaun Pos Laju company aku untuk pos jeans customer dia.
Duit pos laju pun free tau aku absorb demi nak bagi sokongan kat bisnes suami.
 
Gambar tu ketika dia tengah prepare nak pos jeans.
Nak pos jeans je tapi dia punya 'paper work' macam nak buat tesis!
Pukul 6 pagi bangun untuk buat packing, okeh?
Masukkan data dalam excel, highlite pula dengan color, siap print segala. Wadehel?
Macam aku, semua aku simpan dalam excel je.
Takde keje nak print bagai. Habis ink aku je.

Tak, masalahnya masa tu hanya buat 2 kerja je - engineer dan jual jeans.
Itupun bukan hari-hari jual, hanya sesekali.
Tapi dia punya paper work mengalahkan aku yang run banyak benda.

Tahun 2012 aku buat biotech business, buat halal anakysis (lab work), buat tudung, and jual Ephyra.
On top of that everyday aku keluar jumpa customer.
Still, takdelah sampai bersusun-susun paper work macam tu ha.
Tapi to be fair to him aku ada staff di ofis untuk tolong aku bab clerical work.
But lab work aku buat sendiri, online business aku buat sendiri, dan masih boleh rilek-rilek lagi buat kerja.
Yang dia jual jeans saja tapi dia punya busy macamkan jual kapal 😆.

Itulah En Wan sampai sekarang.
Ketelitiannya buat aku arghhhhhh!
Maybe pengalaman sebagai engineer yang jaga production buatkan dia sangat teliti.
Tapi bagus juga, sebab aku jenis yang buatlah-ikut-mana-pun-asal-jadi.
Perangai aku ni tak sesuai kalau jadi cikgu.
That’s why En Wan lebih sesuai ajar anak-anak buat homework dan uruskan urusan harian anak-anak.
Kalau aku yang ambik tugas tu agaknya macam gelandangan rupa anak-anak aku.