2016-07-14

Raya 2016 Part 1


Pagi raya, macam biasa. Mak Aji punya siren berbunyi lebih awal dari biasa.
Padahal takde apa sangat pun nak buat setakat masak kuah lodeh and panas-panaskan lauk je.
Tapi biasa la kan, Mak Aji. Memang schedule dia tiap pagi raya macam tu. Hahahaha.

Tahun ni En Wan tetiba buat plan pi book studio untuk raya fotoshoot.
Bosan la pulak asik bergambar dalam rumah je.
Gambar pun selalunya tak semenggah.
Tahun ni, lepas solat raya, semua bergerak ke studio. Kali ni alhamdulillah satu famili beraya sama.



Menjak berlakikan orang Tganu 15 tahun lepas, every year rumah Mak Aji memang ada ketupat palas, walaupun tahun tu bukan turn beraya kat Bangi. Mak mertua aku memang akan tempah siap-siap 200 biji ketupat palas utnuk besan dia. Semenjak hari tu, rumah Mak Aji memang takkan miss ketupat palas. Tapi kitorang tak makan dengan serunding, but rendang. Orang sini tak reti pagi raya makan serunding. Rendang jugak yang dia carik. Barulah raya.

Kalau mak mertua aku memang takde keje dia nak menggoreng ketupat palas ni. Dia akan kukus je. Aku pulak tak suka makan ketupat kukus. mesti nak yang goreng. Jadi pagi tu keje aku menggoreng ketupat. Insyallah, open house rumah aku nanti ketupat palas ni ada. Aku dah standby 300 biji. Cuma aku tengah pikir sape yang nak menggoreng sampai 300 biji tu nanti. Aku ke, aku?



Tahun ni first time pagi raya kat Bangi ada nasik dagang.
Siti yang masak. Tapi nasik dagang Kelate lah. Nasik dagang Tganu sape yang nak masak.
Aku memang tak reti nak masak nasik dagang, Yang aku reti, mentekedarah nasik dagang. 
10 kali mak mertua aku ajar, 10 kali aku tak paham. Givap mak mertua aku ajar.



Aku buat ni je pandai.
Kalau everytime mak mertua aku masak nasik dagang pun, memang part ni je aku tolong.



Alhamdulillah, sampai jugak Syawal.
Sementara nak menunggu Syawal, naik berbuih mulut aku menjawab soklan Rayyan.

"Ma, raya esok ke?"
"Ma, raya pagi ke malam?"
"Ma, raya one ke, two?"

Macam nak menangis aku tunggu raya tahun ni. Cepatlah raya. Jenuh aku pagi petang siang malam menjawab soklan bila nak raya bila nak raya ni. Tu yang kadang-kadang aku selotape je mulut Rayyan ni terus. Bingit aku tau.

Rayyan takde masalah nak pakai baju raya.
Sebab dia memang suka bergaya. Sementara nak tunggu raya ni pun dah 3-4 kali dia try baju ni.
Yang susah nak pakai baju raya selalunya Redza time kecik dulu.
Tapi menjak dah besar ni dah ok dah. Sebab bapak dia memang akan angkut dia pi solat raya sekali so nak tak nak kau kena pakai gak baju raya tu.



Sebelum bersalam-salaman dan pergi studio, makanlah dulu. 
Kang dibuatnya lambat kat studio kang ada yang pitam kebulur.



Yang bestnya beraya kat Bangi, rutin bersalam raya style Jawa ni.
Kalau kat Tganu takde, melainkan tahun tu turn kitorang balik beraya kat sana.
Rasanya belah sana tak praktik bersalam raya style ni kot sebab pagi tu manusia paling gelabah sekali si Siti.
"Nak cakap apa ni...nak cakap apa...?" Hahahaha. Kesian dia. 

Dan sememangnya bersalam style Jawa ni akan ikut turutan dalam keluarga.
Walaupun En Wan ada dalam toilet, adik-beradik aku yang lain takkan mulakan salam.
Dorang akan tunggu En Wan dulu ke depan. That's the beuaty of salam raya Jawa.



Entah apa la yang dia cakap sampai mak bapak aku dengar dengan penuh teliti tu.



Aku macam biasa la.
Salam Mak Aji ngan Pak Aji aku boleh kontrol lagi.
Tapi time salam En Wan, pegang je tangan dia, aku dah melalak. 
Tu tanda-tanda banyak dosa kat laki tu.



Menambahkan lagi aku melalak bila En Wan punya turn pulak bercakap.
"Terima kasih masih sudi jadi isteri abang".

Sebab dia je yang sudi kat aku sebenarnya. Kahhhhhh.



Cair mekap mata aku masa ni. 
Terpaksa touch up balik.



Lepas tu baru giliran Azrul and Aiman.

Ada yang tanya siapa Aiman?

Aiman Lee ni anak angkat Pak Aji. Dia Chinese revert to Muslim.
Pak Aji ambil dia jadi anak angkat so that dia ada family yang beragama Islam selain dari family dia sendiri. Selalunya raya family Aiman akan datang beraya ke Bangi, tapi sebab tahun ni Aiman and Dill busy prepare things untuk pindah Qatar agaknya, so parents dia tak datang.
Aiman lagi tua dari aku, tapi aku tetap kakak. Kah Kah Kah.

Aiman kawen dengan cousin aku, Dill.
Dill ni duduk Qatar. Selama 3 tahun dorang duduk berjauhan sebab Aiman keje kat sini.
Tapi 2 hari lepas Aiman pindah ke Qatar ikut Dill, keje kat sana. Lepas ni jarang lah Dill balik Malaysia sebab laki dah ikut ke sana.

Kesian Aiman ni.
Mak Aji cakap Aiman ni berhenti kerja sebab majikan dia tak sporting.
Majikan dia marah bila dia keluar solat Jumaat.
So Aiman mintak cuti every Friday, and gantikan bekerja hari Ahad (dia keje site).
Majikan tak kasi, sebab tu dia benti keje. Sangat nekad kan dia? Hanya kerana tak allow solat Jumaat dia sanggup benti keje. Agak-agak kita ada tak yang dah dibagi waktu solat Jumaat tapi tetap tak pegi? Eh.




Masa aku tanya dia "Ädik taknak salam mama ke?"
Dia jawab "Ädik nak salam Mama. tapi adik taknak nangis"

Agaknya dia ingat nangis time salam tu wajib kot.



Ima and Azrul ambik kat bucu dinding bersendirian untuk bersalam raya.
Takut orang nampak dia nangis lettewww.



Dia ni panjang sikit tazkirah Pak Aji bagi. 



Studio ni kat Seksyen 7 Bangi. Dekat je.
Mujurlah kitorang awal. Awal sikitttt je pun. Elok je lepas kitorang daftar, berjujuk orang masuk nak bergambar. Nasib baik lah. Ko just imagine kalau kena tunggu lebih dari sejam? Mau berlendir anak-anak aku berpencak kat dalam tu sementara nak tunggu turn. Dalam 20 minit tunggu, lepas tu turn kitorang pun sampai. Legaaaa. Tapi masa ni mekap aku memang dah cair dah sebab lupa touch up lepas nangis-nangis tadi. Ah gasak lah.



Hanya Pak Aji je aku suruh pakai kasut sebab dah pasti dia memang akan duduk depan punya. 
Kitorang ni dok belakang-belakang konfem punya. So pakai selipar pun takpe, tak nampak.


 Sakit ati betul aku tengok Ima. Dia memang always over kalau bab free style ni.
Rayyan punya free style adalah "buat muka takde perasaan".


 Gambar ni yang kitorang frame-kan untuk letak kat hall Mak Aji.
Hanya Mirza je yang tak pandang kamera. Dia tak suka flash kamera.
Nasib baik Redza dah hilang sikit penyakit tak suka bergambar.


 Tahun ni beraya aku bergambar dengan bos aku dengan anak-anak dia.
*bunyiknya macam skandal je kan?*


 Inilah gambar terbaik yang Ima ada. 
Mirza taknak bergambar, so candid je lah.


Ni boleh jadi model Fleur ni sebab laki bini pakai brand yang sama.


Muka abang kawasan mintak kena lempang ngan aku memang macam ni.


Yang belah kiri tu kalau bab posing bagi je kat dia.

Gambar-gambar lain akan bersambung di entry akan datang ya....

By the way, seronok sangat bila orang start hantar gambar beraya dengan koleksi baju-baju dari Fleur by Mrs Him. Aku sendiri dapat rembat selai je. Yang lain untuk size aku dah sold out. Kalau ada sesape nak share gambar, sangat dialu-alukan ya. Terima kasih untuk customer yang kat bawah ni sebab beraya dengan Fleur by Mrs Him :










2016-07-13

Menjelang raya 2016


Ok ini entry backdated sebelum raya dan menjelang raya.
Sebelum mood raya aku hilang terus, better aku update now.

Jumaat terakhir Ramadhan, kitorang berbuka kat luar sebab esok paginya mak mertua aku dah nak balik Tganu, so malam tu kita bawak mak keluar makan je lah. Dah la tahun ni tak balik raya Tganu.
Tapi gi tempat dekat-dekat je - Absolute Thai, Main Place, USJ.
Aku suka Main Place ni sebab benda-benda yang aku suka semua ada sini - Absolute Thai, Nando's, Famous Amos, Body Shop, Starbuck, McD, Jaya Grocer, Popular dan Toys R Us.
Kebetulan mak mertua aku pun suka makan kat Absolute Thai, so just nice la bawak sini je.

Jumaat tu, En Wan takde. Dia ngan anak buah dia gi setup booth untuk Karnival Mega Raya 2016 kat Stadium Malawati, jadi, aku yang arrange reservation and menu untuk berbuka puasa malam tu. Mujurlah jugak dorang tak kensel booking aku sebab En Wan sampai rumah kul 6.45pm. Nak tunggu dia mandi bersiap segala, kul 7.10pm baru keluar rumah. Tak sempat bontot aku nak panas duduk kat kerusi, dah azan. Phewww! Seb baik. Kalau dibuatnya dorang kensel booking aku, memang berbuka MekDi je la masing-masing.


 Walaupun aku tak suka ikan kerapu, tapi sebab En Wan suka, maka aku orderkan jugak ikan ni.
And En Wan tak suka ikan berkuah, so aku pilih deep fried garoupa, sweet and sour.


 Ni mesti ada kalau masuk Absolute Thai.
So far, aku tak nampak mana-mana tempat boleh celen tomyam merah Absolute Thai.
Even tomyam kat Serai pun lousy.


 Ni aku punya. Sebab aku tak berapa nak enjoy makan kerapu, jadi ayam pandan ni haku punya!
Eh rasanya semalam aku nampak ada orang jual frozen ayam pandan, ntah sape ntah. Aku mintak dia PM aku tak PM PM lagi.
Kalau terbaca entry ni, tolong PM aku ya. Nak beli.


 Ni feveret mak mertua aku.
Aku tau dia suka ni, so aku order ni jugak. Glass noodle yang kalau sape perut jenis tak tahan, memang konfem cirit.
Pedas nak mati, tapi sedap!

Malam tu aku order Crispy Squid jugak.
Yang tu memang khas untuk Redza. Dia bedal lauk tu je.


 Ni tuan besar.
Sampai 2 orang pegangkan gelas dia.
Sebab kalau tak pegang, konfem bergolek.



Tuan besar santai lepak atas meja sebab aku baru lepas vacuum sofa, so kau jangan duduk atas sofa, duduk atas meja je. Masa ni aku baru lepas mop lantai, so aku suruh dia pakai stokin biar lantai tak bercap-cap. En Wan kata perangai aku macam mak tiri. Eh ada aku kesah? Hahahaha.

Esoknya, Sabtu.
Aku tak ke booth lansung kali ni.
Selalunya aku akan jengah jugak, paling tak sejam. Kali ni tak.
Sebab takde sape nak jaga tuan besar aku ni. Mak mertua aku pagi-pagi lagi dah gerak ke Tganu.
Seb baik En Wan and the girls ada jagakan booth. So, aku boleh mulakan gerakan kerahan tenaga kat rumah. Masa ni la aku nak buang segala benda yang aku tak berkenan dalam rumah tu. Kalau buang time mak mertua aku ada nanti dia bising. Dia cukup anti aku buang barang, nak-nak lagi barang mainan cucu kesayangan dia ni. Aku pulak pantang nampak benda bersepah. Dah namanya pun bersepah kan, ko lepas main tak reti simpan kan? Meh aku campak. Memang clear. Separuh mainan Rayyan aku buang.

Lepas tu masa untuk mengemas esbok pulak.
Mak mertua aku jenis sayang nak buang makanan. Apa benda pun dia simpan. Telur dadar tinggal sekeping cenonet pun dia simpan. Selalunya aku biarkan je. Tapi everytime dia balik Tganu, time tu la aku punggah segala benda. Semua leftover aku buang. Lichennnn esbok aku. Botol-botol mineral pun aku buang. Aku tak berapa suka sangat guna semula botol air mineral tu tapi mak mertua aku sayang barang. Botol elok lagi katanya, so dia akan refill air masak dalam tu. Mesti dia pelik balik dari raya ni sebijik botol mineral takde kat dapur. Mesti dia dah tau takde hantu lain buat ni, memang keje aku.




Ni antara pengunjung yang sporting yang rela gambarnya di ambik untuk rekod.
Terima kasih semua!



Tahun ni aku beraya kat Bangi je. Ikut turn lah. Raya haji dah tentu every year pun balik Tganu.
So, aku tak berpeluang merasa kesesakan pulang beraya. Jiran kiri kanan depan belakang semua dah balik kampung, rumah aku je berlampu lagi. Rilekk je macam takde apa.
Plan asalnya, tak nak tido Bangi lansung sebab aku bajet rumah tu mesti penuh sebab adik aku yang sorang lagi kat Qatar (Dill) balik raya, so aku bajet bilik atas tu mesti dia ngan laki dia duduk. Takpelah, rumah aku dekat, so plan datang pagi, balik malam. Takyah tido Bangi. Senang sikit takyah pack beg baju.

Pastu Mak Aji kata Dill ngan Aiman tak tido Bangi. Dorang nak tido rumah sendiri. Ok lah kalau macam tu aku balik tido Bangi. So plan bertukar. Isnin tu aku bagi cuti kat staff dah. So aku pun plan Isnin tu balik Bangi lagipun Ima pun dah sampai from JB. Seronok sikit ada geng nak gosip. En Wan kata dia nak keluar kejap nak gi tukar MP3 player kereta. Kejap je katanya. Siap pesan kat aku "Siap-siap lah. Jap lagi abang balik kita terus balik Bangi"

Excited aku. Terus datang mood raya. Walaupun balik Bangi je.
Tapiiiiiii, laki aku ni punya KEJAP LAGI tu, dari pukul 11.30 pagi keluar rumah santak ke pukul 6.15pm baru balik! Ko tak hangin??
Aku dah siap basuh baju, sidai, siap lipat!
Sempat lah aku tido sejam sampai dah terbangun balik, dia tak sampai-sampai lagi.
Celik mata aku nampak si Rayyan tengah menjalankan operasi memanjat kabinet. Bosan sangat gamaknya tunggu bapak dia tak balik-balik.


Alih-alih ada reader forward aku status FB En Wan.
Wah Wah Wahhhhhhh. Patut lah lama. Dia siap mekap kereta bagai.
Aku ni dah macam topekong Siam tunggu dia kat rumah, dia rilekkk je tak bersalah gi mekap kereta sehari suntuk, boleh berani pulak up kat FB.
Dia tak tau ke spy aku ramai kat FB dia tu?


Katanya nak tukar player, rupanya ngan lampu-lampu sekali dia tukar.
Binik nombor 2 konon.
Aku suruh tido kat rumah 'binik nombor 2' tu seminggu karang baru tau.



Akhirnya, pukul 7.10pm baru keluar rumah untuk balik beraya kat Bangi.
Padahal boleh je kan lepak dulu berbuka puasa kat mamak Putra Heights ni.
Tapi sebab semangat nak balik raya macam orang lain tu sangat meluap-luap, tinggal lagi 20 minit nak berbuka pun tetap teruskan perjalanan. En Wan pulak bagi green lite "Kita singgah McD drivethru je nanti". Hoyeahhhhhhhhhhhhhhhhh!

Sekali kauuuu, berjujuk orang kat drivethru ni.
Aku ingatkan dah takde orang nak makan McD hujung-hujung Ramadhan ni. Ingatkan semua dah nak makan lauk raya, rupanya ada yang sepesen macam aku. Nasib baik aku bawak bekal air masak and roti gardenia, Sementara nak sampai turn kitorang tu, makanlah Gardenia dulu.
Siap bawak bekal bagai kan, padahal balik Bangi je.



Kejadian malam raya.
Entah mana la Mirza (anak Ima) ni jumpa magic pen, sekali hah kauuu.
Bertempik Mak Aji tengok cucu dia dah berconteng muka ala-ala komando.
Dah la besok nak raya.
Agaknya dia kata kalau aku conteng dinding mampus kena marah ni, kalau conteng muka sendiri konfem tak kena marah. Hahahha.
Nasib baik boleh hilang tau, kalau tak, memang melahar la mak kau pagi-pagi raya.

Aku sebenarnya raya awal.
Hari last puasa tu aku dah raya dulu.
Jadi, segala masakan petang tu harus lalu tekak aku dulu untuk memastikan kesedapannya terjamin.
Beria dorang ni suruh aku rasa masakan. Sampaikan nasik himpit tu pun aku kena rasa lembik ke keras ke. Aku pulak tak biasa rasa sikit-sikit. Sekali rasa hah kau 3 biji nasik himpit terus siap ngan rendang paru. Baru pueh hati.



Petang raya sebelum waktu berbuka, memang kebiasaannya kitorang anak beranak akan buat tahlil and baca Yassin.
Kejadian kedua di petang raya adalah railing curtain tu terjatuh.
Puncanya, cucu-cucu Haji Sahak bersenggayut. Mujurlah tak kena hempap. Kalau tak, aku hempuk sorang-sorang.
Bila dah pasang balik railing tu, terus aku simpulkan langsir. Dah lah. Biar la tergantung ke macam tu. Kalau dah ramai-ramai macam ni payah sikit nak kasik rumah kekal cantik. Janji takde yang rabak sudah.

Berikut adalah menu malam raya :


 Nasi Arab


Ni lauk untuk nasik arab. Aku tak rasa pun nasik ni. 
Sebab malam tu aku pulun rendang paru sampai 3 kali tambah.


Ni sepupu-sepapat nasik arab tadi.


Rendang daging order kat Langat Catering.
Tahun ni Mak Aji ada 3 jenis rendang.
Satu tu rendang paru (masak sendiri). Lagi 2 order kat Langat - rendang ayam kampung and rendang daging. Yang kesemuanya settle di hari raya pertama tu jugak, tak dan nak carry forward ke raya kedua.


Sambal goreng.
Ini kalau takde ni umpama macam tak raya!


Air bandung.


Tahun ni tahun pertama Siti raya kat Bangi. Jadi tahun ni aku request Siti buatkan nasik dagang.
Malam tu laki dia request nak makan ketupat sotong, so dapatlah kitorang semua rasa apa itu ketupat sotong.



Malam tu ada orang datang takbir kat rumah.
Pak Aji kata buat yang ringkas-ringkas saja sebab kita rumah ketiga.
Rumah pertama dah jamu makanan berat.
Okehlah, kita plan goreng cempedak and buat kopi O je.
Bajet kul 11 malam baru turn rumah kita.

Sekali kul 9.45 Pak Aji call Ibal bagitau dorang dah on the way ke rumah. Meloncat semua orang masuk dapur. Menggigil tangan masing-masing goreng cempedak takut tak sempat siap. 



Tapi cempedak dia memang cantik-cantik and manis gila!
Pueh hati la beli sampai RM80.
Geng takbir makan tak seberapa, yang kat rumah ni yang mentekedarah kaw-kaw.


Azrul tukang kupas cempedak.
Laki aku duduk kat depan Azrul standby nak makan cempedak mentah-mentah.



Alhamdulillah, sempat jugak kitorang siapkan kopi O and cempedak goreng.
Menggelabah gila. Nasib ramai ramai hantu-hantu kat dapur menolong. Masa grup surau sampai, Aztul, Ibal and En Wan je yang ke depan menjamu orang. Kitorang 3 orang, aku, Ima ngan Siti mengintai-intai kat balik pintu tengok sape yang datang. Macam nak tunggu orang datang minang je rasanya. Tapi semua yang datang level-level Pak Aji je. Aku rasa dorang tau rumah ni dah takde anak dara. Kalau ada anak dara mesti ramai orang bujang datang takbir malam tu. Eh.



Kul 11 malam baru la dorang ni semua nak pi carik lemang nak cari bungapi segala.
Aku dah rabak mata menunggu last-last aku tido.
Tetiba aku terjaga tengah malam bau hangitttt je.
Rupanya Rayyan tido sebelah aku. Mesti sebelum tido main bungapi sampai berlengas and bapak dia tak mandikan. Masam gila. Esok pagi aku tanya betul pun. Rupanya dorang start main bungapi pukul 12 malam. Orang lain dah tido besok nak raya, dorang baru nak bakar bungapi.

Raya kat Bangi ni takde la meriah mana sebab takde tempat pun nak berjalan, cuma ramai orang datang ke rumah sebab Mak Aji dah jadi tempat tumpuan menjak nenek meninggal. Seronok dari pagi sampai ke petang sentiasa ada orang datang rumah.

Kalau kat Tganu tu meriah dengan berjalan sebab takde orang datang rumah mak aku dah. Mak aku kan dah tak duduk Tganu lama, jadi bila raya kita la carik orang.


2016-07-11

Note book


Selamat Hari Raya semua!

Dah nak seminggu raya baru nak wish kan?

So, dah ada yang start keje today ke?
Aku dah start, tapi dari rumah je la.
Sebab mak mertua aku belum balik lagi dari Tganu, so aku kena tunggu budak-budak ni balik skolah, so hari ni buat keje dari rumah je la.

Hari ni aku taknak cerita pasal raya.
Tu kendian-kendian, sebab mood nak update pasal raya tak sampai lagi.

Memandangkan dah start yang order GreenAard, aku nak bagitau yang ESOK kita start new promo.



NEW GIFT.
Note book GreenAard.

Caranya camane?

1. Setiap botol GreenAard GC Plus akan dapat 1 note book.

2. Setiap botol Nutrijuice akan dapat 1 note book.

3. Setiap pembelian COMBO dapat 1 note book.

4. Setiap pembelian 2 botol Nutrijuice pada harga pakej akan dapat 1 note book.


By the way, harga pengenalan Nutrijuice dah berakhir.
Hari ni kita start harga asal, RM59/RM69.
Tapi kalau beli pakej 2 botol ada diskaun.
Boleh refer kat website www.greenaard.com ya.

Meh nak kasi testimoni bergamba :



Ni customer hantar.

Gambar kiri : Gambar terbaru,
Gambar kanan : Sebelum guna GreenAard.

Dia bagitau dia ambil masa 5 bulan untuk turun 10kg.
Maknanya 5 botol GreenAard.

Yang bestnya, dia kata penurunan dia lambat sebab dia TAK KAWAL MAKAN LANSUNG.
Dia tetap makan macam biasa. Kadang-kadang makan jugak fast food.
Jadi memang expected lah penurunan slow, tapi ada hasil jugak kan?
Gigih budak ni.
Tak ramai orang yang sanggup konsisten macam ni.
Sebab ramainya nak makan GreenAard hari ni, minggu depan turun 5 kilo. *pitam*

5 bulan turun 10kg, maknanya seminggu turun 500g.
Bukan calang-calang orang yang redha berat turun 500g seminggu.
Selalunya orang expect seminggu turun 5kg.
Tapi disebabkan konsisten, maka inilah hasilnya.
Tanpa perlu berlapar!



Ni lagi la.
Lagi beberapa hari nak raya baru collect baju kat tailor, sekali takleh pakai.
Habis longgar sana sini.
Yang ni guna GreenAard 3 bulan (maknanya 3 botol), dan turun 14kg.
Masa tempah baju berat 82kg, time raya 68kg.
Seronok aku dengar.
Buka seronok dia takleh pakai baju raya, tapi seronok sebab akhirnya dia ada 'badan raya'. Gitewwww.

Ada sesape yang nak try?



Aku tak masuk opis hari ni jadi aku tak dapat monitor packaging.
But En Wan bagitau aku, today punya delivery dia tetap bagi free gift cuma setiap package dapat 1 je.

Boleh beli 3 cara :

1. www.greenaard.com

2. FB GreenAard

3. Whatsapp 012-7728976

Have a nice day!



2016-07-02

Baju tak sama macam yang di order. Apa nak buat?


Tadi lepas Subuh plannya nak nap kejap sebab letih nau.
Tapi leka kelebet henfon sampailah aku nampak lagi dan lagi dan lagi orang dok viralkan kisah tak dapat baju raya, baju raya yang dibeli secara walkin (bukan online) dapat jahitan buruk, size and cutting out, material tak cantik macam kat gambar, etc.
Dan macam penyakit berjangkit pulak.
Selalu memang macam ni eh? Kalau sorang viralkan kisah baju raya jahanam, pastu nanti berjujuk orang dok up benda yang sama. Entah betul ntah tak. Kalau betul lain cerita.

Antaranya tadi aku nampak ni (nama brand aku mosaic) :



Ada yang kata order baju macam dalam gambar kiri, tapi dapat yang kanan.
Aku nak percaya pun payah. Sebab takkan ada seller yang namanya dah terkenal nak menipu tak agak-agak macam ni? Macam tak lojik je. 




Lagi satu yang ni.
This lady claimed that kualiti jahitan teruk dan tak sama macam dalam gambar.
Pada pendapat aku, kualiti jahitan maybe teruk sikit kot sebab nampak jelas dari dalam gambar ni yang jahitan zip depan tu senget. Tapi yang lain-lain rasanya ok je ni. 
Of cos ko takkan dapat sebijik-sejibon macam dalam gambar sebab size berbeza.

Selalunya, pengeluar akan buat size khas untuk model.
Kalau baju printed ni agak tricky sikit.
Bila buat baju model, selalunya ukuran lebih panjang. Dan selalunya kain printed berkaki macam ni, bahagian atas kain memang kosong (part blue tu). Bila nak sesuaikan dengan ketinggian model, bahagian blue belah atas tu akan diambil lebih banyak, menjadikan bahagian bunga tu start dari bawah dada.

Tapi bila kau pendek, ketinggian (labuh) jubah juga akan jadi berbeza.
Jadi bahagian blue atas tu jadi lebih pendek untuk memastikan kaki jubah ada printed bunga.
Rasa boleh faham tak apa aku cakap ni?

Sebab tu la Fleur by Mrs Him belum berani buat printed jubah sebab belum ramai yang faham konsep printed berkaki macam ni. Dorang akan expect, dorang akan dapat sebijik macam dalam gambar, which is tak semestinya. Bergantung pada ketinggian kau.

Sebab tu baju yang dipakai oleh model selalunya lebih cantik sebab model ni tinggi. 
Kalau jenis baju tu printed berkaki, bahagian printed tu akan nampak lebih penuh menjadikan baju tu nampak lebih cantik.
Sebenarnya baju tu memang cantik dah. Yang buatkan dia kelihatan kurang cantik bukan 100% sebab baju, tapi sebab pemakai.
Pernah tak dengar orang cakap "Bukan sebab baju yang buatkan kita nampak cantik, tapi siapa yang memakainya".

Contoh aku bagi tengok beza ni :



Aku shoot baju ni 2 kali dengan 2 orang berbeza ketinggian.
Nampak tak bezanya?
Selepas aku shoot dengan mat salleh (kanan), jubah ni berjujuk orang beli and kalau tak salah aku, now tinggal 1 size je lagi.
Barulah orang nampak jubah tu cantik.
Bukan sebab jubah tu omputih yang pakai, tak. Dua-dua model ni dah sedia cantik tapi ketinggian yang membuat salah satunya nampak lebih cantik. Padahal baju ni sama size and sama labuh.



Ni pun sama.
Bila aku up model mat saleh ni pakai barulah ramai yang PM baju ni.
Padahal before that aku dah naikkan gambar model sebelah kanan.
Tak caya tanya MUA yang mekapkan both model ni (MUA yang sama).
MUA tu sendiri cakap "Kak Di, seolah-olah jubah ni Kak Di buat khas untuk Kim (model omputih)".
Sebab apa?
Sebab baju tu jatuh dengan cantik bila dipakai. Dan bunga kaki tu nampak full.

Itu sebab kenapa model runway kena tinggi-tinggi. Sebab baju tu akan nampak lebih cantik.
Jadi, kalau beli baju, tak kisah lah secara online wahupun walk in, jangan terlampau cepat melatah bila kita pakai tak sama cantik macam model pakai.
Model tu ukurannya lain.
Kalau baju plain tak tricky, tapi kalau printed berkaki (especially), ia jadi sangat tricky sebab baju tu nampak kurang cantik kalau orang pendek yang pakai. Trust me. Aku takde la terer sangat bab-bab ni, tapi menjak aku run Fleur by Mrs Him, aku belajar banyak benda jugak.

Itu dari segi printed.

Dari segi cutting baju pun berbeza.



Ni baju yang sama warna.
Real warna adalah gambar kiri.
Gambar kanan tu raw file sebelum edit ke actual color.
Warna turquoise, blue and green selalunya akan berubah kalau dalam gambar.
Memang kena edit semula supaya sama dengan actual color.
Tapi gambar belah kanan tu raw file, aku tak simpan edited file dalam laptop ni. 

Yang aku nak tunjuk kat sini is cutting baju.
Dua-dua model ni pakai size S.
Tapi bila model kanan pakai S, dah nampak macam baju mengandung.
Kain pun cuba tengok. Nampak pelik kan?
Sebab budak belah kanan ni badan dia straight.

Tapi model belah kiri elok je baju tu cantik terletak bila dipakai. Walaupun dia sama-sama S, tapi badan dia berbentuk.
Kain pun flowy je, nampak cutting mermaid kat situ.
Sebab apa?
Sebab model ni tinggi.
Bila tinggi, barulah cutting sebenar kain akan nampak.
Bila kau pendek, kau kena lipat kain tu. Bila kain dilipat, bentuk kain tu dah berubah. Tak nampak dah cutting mermaid.

Jadi, tak boleh nak salahkan baju 100%. 
Kadang tu kita kena tengok badan kita jugak macamana.
Macam aku, walaupun berat badan aku dulu 45kg, aku pakai baju ketat tetap tak nampak cantik. Sebab badan aku tak berlekuk, pinggang aku straight, bontot aku leper. Pakai baju tuck in pun tak meggiurkan sebab bontot tepos (leper).

Tapi kalau jahitan tak ok, ada defect, pun bukan tiket untuk kita viralkan melainkan pihak pengeluar taknak bertanggungjawab.
Kalau ada defect, kalau jahitan tak ok, benda pertama sekali pi adukan pada pihak pengeluar dulu.
Aku tak cakap pasal kes gambar kat atas tu. Yang ni aku cakap secara general.
Sebab trend sekarang, apa benda pun nak viralkan. Terkehel sikit, viral.  
Dan yang membaca pun pi telan buta-buta.
Kalau kita viralkan sebab pihak pengeluar taknak bagi kerjasama untuk refund, itu lain cerita.
Tapi kebanyakkan kes, dia tak mengadu kat pengeluar pun bila dapat barang defect, tapi memilih untuk viralkan. Apa motifnya kat situ? Kau sekarang tak puas hati baju kau tak semenggah kan. So kau adu lah pada pengeluar. Yang pi adu kat masyarakat dah kenapa? Dorang boleh tolong ganti duit kau ke apa? Pastu buat statement "Aku tak halal duit aku". Dah kau tak inform, mana dorang nak tau.

Kena faham, ini bukan tailor made. Ini mass production.
Kalau dah stok sampai beribu, kadang-kadang tak sempat nak check semua. QC pun manusia, akan terlepas pandang. So, kalau tak puas hati, pi inform pengeluar. Itu cara yang betul. Kalau tak dapat kerjasama, lain cerita. 

Kalau ada yang terbekenan dengan baju-baju aku tu, boleh la pi KARNIVAL MEGA RAYA 2016 kat Stadium Malawati Shah Alam hari ni and esok. 10 pagi sampai 10 malam. Baju-baju tu ada lagi cuma size la tak sure ada lagi ke tak yang korang nak sebab memang ada certain size dah sold out.
Aku takde di sana sebab kena jaga Redza tusyen, tapi En Wan and the girls ada.
Harga raya. Sila panjat booth ramai-ramai.


2016-07-01

Sakit belakang belum tentu lagi berpunca dari angkat barang berat. Mungkin sebab kolesterol, atau jugak mungkin sebab ada hantu bertenggek kat belakang korang.



Yang tanya "Kak Di tak join MR Kedah ke?"

Tak.

Sebab awal-awal lagi aku dah booked untuk Karnival Mega Raya 2016 Shah Alam ni.
Jadi esok and Ahad kitorang ada kat sini.
Aku mungkin takde all the time sebab nak jada panglima-panglima kat rumah tu. Redza esok ada tusyen so kena tunggu tusyen settle baru aku boleh jengah booth. Tapi macam biasa, En Wan and anak-anak dara beliau akan ada kat sana. Petang ni pun dorang semua dah berangkut ke stadium untuk setup booth.

Kat sana nanti kalau nak beli GreenAard boleh, nak beli Fleur by Mrs Him pun boleh.
Dua-dua pun ada sekali.



Ni harga let go sempena Karnival Mega Raya 2016 esok.
Kurta tu aku nak bagitau siang-siang la, yang tinggal ada la kot dalam 5 warna je and semua size besar sahaja. Ada yang satu warna tu sehelai je. Jadi kat sana memang nak let go. Sebab lepas raya dah prepare untuk stok lain masuk, so taknak simpan dah kurta kurung ni segala.
Stok yang lain aku tak sempat nak check lagi.
Tapi kalau kurung Ivy tinggal bawah ni je :

♥ Ivy Mint Green
S(2)
M(1)
L(sold out)
XL(1)

♥ Ivy Dazzle Blue
S(1)
M(sold out)
L(sold out)
XL(2)

♥ Ivy Mauve Purple
S(1)
M(sold out)
L(sold out)
XL(1)

♥ Ivy European Grey
S(1)
M(2)
L(sold out)
XL(1)

♥ Ivy Tortilla Brown
S(1)
M(sold out)
L(sold out)
XL(sold out)

Yang terjebak dengan kes baju raya tak sempat siap, kalau berkenan boleh la datang booth aku untuk tengok apa-apa yang boleh dirembat. Booth aku 111 & 117.



Ini testimoni Nutrijuice.
Asalnya beli untuk kolesterol, tapi tak ambik bacaan kolesterol.
But, dia dapat rasa sakit belakang dia hilang.
Masa En Wan tunjuk kat aku feedbacks ni, dia tanya apa kena-mengena dengan sakit belakang eh?
Nampak macam takde sangkut-paut kan?
Sebab selalunya bila kata sakit belakang je, mesti kita terpikir fakttor-faktor mekanikal like angkat barang berat, dukung anak lama sangat, bawak kereta lama sangat, etc. Sebenarnya ada faktor lain yang kita tak nampak kaitannya di mana.

Kalau korang selalu rasa sakit-sakit belakang tu, antara sebab yang boleh diambik kira adalah kolesterol tinggi.
Kolesterol yang tinggi ni macam yang semua pun tau, boleh menyebabkan aterosklerosis (bahasa mudahnya arteri tersumbat dengan kolesterol dan zat-zat lemak yang lain).
Dia kalau nak tersumbat tu bukan kira kat jantung je, tapi boleh jugak tersumbat kat dalam arteri vertebra (tulang belakang) kita. Ini yang jadi salah satu punca sakit belakang. Aku tak sure if slif disc juga ada kaitan dengan masalah ni.

Lagi satu, kalau korang selalu rasa kebas-kebas kaki and kejap-kejap kaki "cream", ini pun simptom-simptom awal kolesterol tinggi. Sebab, bila blood flow terhad disebabkan oleh saluran yang tersumbat, boleh menyebabkan kerosakan pada akar saraf. Ni pun buatkan korang rasa sakit-skait belakang, kebas-kebas dan krem kaki.

Sebab tu bila testimoni ni kata sakit belakang dia hilang, aku rasa mungkin ada sangkut-paut dengan high cholesterol. Harap this pengguna dapat monitor cholesterol reading dia lepas ni. Kalau omputih, dorang suka makan buah delima. Sebab buah delima ni bantu kurangkan kolesterol juga. Tapi jangan risau. Nutrijuice pun ada extract delima. Kalau makan buah, kau kena makan berapa biji buah untuk dapatkan bahan aktif. Tapi Nutrijuice ni memang kita dah extract siap-siap hanya ambil bahan aktifnya saja. Insyallah, kesan dia lebih cepat.

Nutrijuice pun ada esok kat Karnival Mega Raya 2016.

Tapi memandangkan harga Nutrijuice sekarang masih harga pengenalan, jadi kat booth takde diskaun lagi untuk Nutrijuice. Tetap RM50/botol. Kalau beli 2, RM90.

Yang specialnya kat booth esok sebab harga GreenAard GC Plus dari RM90, jadi RM78.
Dan kalau beli 3 botol GC Plus, dapat free Nutrijuice satu.

Jumpa esok ok?