2016-07-02

Baju tak sama macam yang di order. Apa nak buat?


Tadi lepas Subuh plannya nak nap kejap sebab letih nau.
Tapi leka kelebet henfon sampailah aku nampak lagi dan lagi dan lagi orang dok viralkan kisah tak dapat baju raya, baju raya yang dibeli secara walkin (bukan online) dapat jahitan buruk, size and cutting out, material tak cantik macam kat gambar, etc.
Dan macam penyakit berjangkit pulak.
Selalu memang macam ni eh? Kalau sorang viralkan kisah baju raya jahanam, pastu nanti berjujuk orang dok up benda yang sama. Entah betul ntah tak. Kalau betul lain cerita.

Antaranya tadi aku nampak ni (nama brand aku mosaic) :



Ada yang kata order baju macam dalam gambar kiri, tapi dapat yang kanan.
Aku nak percaya pun payah. Sebab takkan ada seller yang namanya dah terkenal nak menipu tak agak-agak macam ni? Macam tak lojik je. 




Lagi satu yang ni.
This lady claimed that kualiti jahitan teruk dan tak sama macam dalam gambar.
Pada pendapat aku, kualiti jahitan maybe teruk sikit kot sebab nampak jelas dari dalam gambar ni yang jahitan zip depan tu senget. Tapi yang lain-lain rasanya ok je ni. 
Of cos ko takkan dapat sebijik-sejibon macam dalam gambar sebab size berbeza.

Selalunya, pengeluar akan buat size khas untuk model.
Kalau baju printed ni agak tricky sikit.
Bila buat baju model, selalunya ukuran lebih panjang. Dan selalunya kain printed berkaki macam ni, bahagian atas kain memang kosong (part blue tu). Bila nak sesuaikan dengan ketinggian model, bahagian blue belah atas tu akan diambil lebih banyak, menjadikan bahagian bunga tu start dari bawah dada.

Tapi bila kau pendek, ketinggian (labuh) jubah juga akan jadi berbeza.
Jadi bahagian blue atas tu jadi lebih pendek untuk memastikan kaki jubah ada printed bunga.
Rasa boleh faham tak apa aku cakap ni?

Sebab tu la Fleur by Mrs Him belum berani buat printed jubah sebab belum ramai yang faham konsep printed berkaki macam ni. Dorang akan expect, dorang akan dapat sebijik macam dalam gambar, which is tak semestinya. Bergantung pada ketinggian kau.

Sebab tu baju yang dipakai oleh model selalunya lebih cantik sebab model ni tinggi. 
Kalau jenis baju tu printed berkaki, bahagian printed tu akan nampak lebih penuh menjadikan baju tu nampak lebih cantik.
Sebenarnya baju tu memang cantik dah. Yang buatkan dia kelihatan kurang cantik bukan 100% sebab baju, tapi sebab pemakai.
Pernah tak dengar orang cakap "Bukan sebab baju yang buatkan kita nampak cantik, tapi siapa yang memakainya".

Contoh aku bagi tengok beza ni :



Aku shoot baju ni 2 kali dengan 2 orang berbeza ketinggian.
Nampak tak bezanya?
Selepas aku shoot dengan mat salleh (kanan), jubah ni berjujuk orang beli and kalau tak salah aku, now tinggal 1 size je lagi.
Barulah orang nampak jubah tu cantik.
Bukan sebab jubah tu omputih yang pakai, tak. Dua-dua model ni dah sedia cantik tapi ketinggian yang membuat salah satunya nampak lebih cantik. Padahal baju ni sama size and sama labuh.



Ni pun sama.
Bila aku up model mat saleh ni pakai barulah ramai yang PM baju ni.
Padahal before that aku dah naikkan gambar model sebelah kanan.
Tak caya tanya MUA yang mekapkan both model ni (MUA yang sama).
MUA tu sendiri cakap "Kak Di, seolah-olah jubah ni Kak Di buat khas untuk Kim (model omputih)".
Sebab apa?
Sebab baju tu jatuh dengan cantik bila dipakai. Dan bunga kaki tu nampak full.

Itu sebab kenapa model runway kena tinggi-tinggi. Sebab baju tu akan nampak lebih cantik.
Jadi, kalau beli baju, tak kisah lah secara online wahupun walk in, jangan terlampau cepat melatah bila kita pakai tak sama cantik macam model pakai.
Model tu ukurannya lain.
Kalau baju plain tak tricky, tapi kalau printed berkaki (especially), ia jadi sangat tricky sebab baju tu nampak kurang cantik kalau orang pendek yang pakai. Trust me. Aku takde la terer sangat bab-bab ni, tapi menjak aku run Fleur by Mrs Him, aku belajar banyak benda jugak.

Itu dari segi printed.

Dari segi cutting baju pun berbeza.



Ni baju yang sama warna.
Real warna adalah gambar kiri.
Gambar kanan tu raw file sebelum edit ke actual color.
Warna turquoise, blue and green selalunya akan berubah kalau dalam gambar.
Memang kena edit semula supaya sama dengan actual color.
Tapi gambar belah kanan tu raw file, aku tak simpan edited file dalam laptop ni. 

Yang aku nak tunjuk kat sini is cutting baju.
Dua-dua model ni pakai size S.
Tapi bila model kanan pakai S, dah nampak macam baju mengandung.
Kain pun cuba tengok. Nampak pelik kan?
Sebab budak belah kanan ni badan dia straight.

Tapi model belah kiri elok je baju tu cantik terletak bila dipakai. Walaupun dia sama-sama S, tapi badan dia berbentuk.
Kain pun flowy je, nampak cutting mermaid kat situ.
Sebab apa?
Sebab model ni tinggi.
Bila tinggi, barulah cutting sebenar kain akan nampak.
Bila kau pendek, kau kena lipat kain tu. Bila kain dilipat, bentuk kain tu dah berubah. Tak nampak dah cutting mermaid.

Jadi, tak boleh nak salahkan baju 100%. 
Kadang tu kita kena tengok badan kita jugak macamana.
Macam aku, walaupun berat badan aku dulu 45kg, aku pakai baju ketat tetap tak nampak cantik. Sebab badan aku tak berlekuk, pinggang aku straight, bontot aku leper. Pakai baju tuck in pun tak meggiurkan sebab bontot tepos (leper).

Tapi kalau jahitan tak ok, ada defect, pun bukan tiket untuk kita viralkan melainkan pihak pengeluar taknak bertanggungjawab.
Kalau ada defect, kalau jahitan tak ok, benda pertama sekali pi adukan pada pihak pengeluar dulu.
Aku tak cakap pasal kes gambar kat atas tu. Yang ni aku cakap secara general.
Sebab trend sekarang, apa benda pun nak viralkan. Terkehel sikit, viral.  
Dan yang membaca pun pi telan buta-buta.
Kalau kita viralkan sebab pihak pengeluar taknak bagi kerjasama untuk refund, itu lain cerita.
Tapi kebanyakkan kes, dia tak mengadu kat pengeluar pun bila dapat barang defect, tapi memilih untuk viralkan. Apa motifnya kat situ? Kau sekarang tak puas hati baju kau tak semenggah kan. So kau adu lah pada pengeluar. Yang pi adu kat masyarakat dah kenapa? Dorang boleh tolong ganti duit kau ke apa? Pastu buat statement "Aku tak halal duit aku". Dah kau tak inform, mana dorang nak tau.

Kena faham, ini bukan tailor made. Ini mass production.
Kalau dah stok sampai beribu, kadang-kadang tak sempat nak check semua. QC pun manusia, akan terlepas pandang. So, kalau tak puas hati, pi inform pengeluar. Itu cara yang betul. Kalau tak dapat kerjasama, lain cerita. 

Kalau ada yang terbekenan dengan baju-baju aku tu, boleh la pi KARNIVAL MEGA RAYA 2016 kat Stadium Malawati Shah Alam hari ni and esok. 10 pagi sampai 10 malam. Baju-baju tu ada lagi cuma size la tak sure ada lagi ke tak yang korang nak sebab memang ada certain size dah sold out.
Aku takde di sana sebab kena jaga Redza tusyen, tapi En Wan and the girls ada.
Harga raya. Sila panjat booth ramai-ramai.