Ok ini entry backdated sebelum raya dan menjelang raya.
Sebelum mood raya aku hilang terus, better aku update now.
Jumaat terakhir Ramadhan, kitorang berbuka kat luar sebab esok paginya mak mertua aku dah nak balik Tganu, so malam tu kita bawak mak keluar makan je lah. Dah la tahun ni tak balik raya Tganu.
Tapi gi tempat dekat-dekat je - Absolute Thai, Main Place, USJ.
Aku suka Main Place ni sebab benda-benda yang aku suka semua ada sini - Absolute Thai, Nando's, Famous Amos, Body Shop, Starbuck, McD, Jaya Grocer, Popular dan Toys R Us.
Kebetulan mak mertua aku pun suka makan kat Absolute Thai, so just nice la bawak sini je.
Jumaat tu, En Wan takde. Dia ngan anak buah dia gi setup booth untuk Karnival Mega Raya 2016 kat Stadium Malawati, jadi, aku yang arrange reservation and menu untuk berbuka puasa malam tu. Mujurlah jugak dorang tak kensel booking aku sebab En Wan sampai rumah kul 6.45pm. Nak tunggu dia mandi bersiap segala, kul 7.10pm baru keluar rumah. Tak sempat bontot aku nak panas duduk kat kerusi, dah azan. Phewww! Seb baik. Kalau dibuatnya dorang kensel booking aku, memang berbuka MekDi je la masing-masing.
Walaupun aku tak suka ikan kerapu, tapi sebab En Wan suka, maka aku orderkan jugak ikan ni.
And En Wan tak suka ikan berkuah, so aku pilih deep fried garoupa, sweet and sour.
And En Wan tak suka ikan berkuah, so aku pilih deep fried garoupa, sweet and sour.
Ni mesti ada kalau masuk Absolute Thai.
So far, aku tak nampak mana-mana tempat boleh celen tomyam merah Absolute Thai.
Even tomyam kat Serai pun lousy.
Ni aku punya. Sebab aku tak berapa nak enjoy makan kerapu, jadi ayam pandan ni haku punya!
Eh rasanya semalam aku nampak ada orang jual frozen ayam pandan, ntah sape ntah. Aku mintak dia PM aku tak PM PM lagi.
Kalau terbaca entry ni, tolong PM aku ya. Nak beli.
Kalau terbaca entry ni, tolong PM aku ya. Nak beli.
Ni feveret mak mertua aku.
Aku tau dia suka ni, so aku order ni jugak. Glass noodle yang kalau sape perut jenis tak tahan, memang konfem cirit.
Pedas nak mati, tapi sedap!
Pedas nak mati, tapi sedap!
Malam tu aku order Crispy Squid jugak.
Yang tu memang khas untuk Redza. Dia bedal lauk tu je.
Ni tuan besar.
Sampai 2 orang pegangkan gelas dia.
Sebab kalau tak pegang, konfem bergolek.
Tuan besar santai lepak atas meja sebab aku baru lepas vacuum sofa, so kau jangan duduk atas sofa, duduk atas meja je. Masa ni aku baru lepas mop lantai, so aku suruh dia pakai stokin biar lantai tak bercap-cap. En Wan kata perangai aku macam mak tiri. Eh ada aku kesah? Hahahaha.
Esoknya, Sabtu.
Aku tak ke booth lansung kali ni.
Selalunya aku akan jengah jugak, paling tak sejam. Kali ni tak.
Sebab takde sape nak jaga tuan besar aku ni. Mak mertua aku pagi-pagi lagi dah gerak ke Tganu.
Seb baik En Wan and the girls ada jagakan booth. So, aku boleh mulakan gerakan kerahan tenaga kat rumah. Masa ni la aku nak buang segala benda yang aku tak berkenan dalam rumah tu. Kalau buang time mak mertua aku ada nanti dia bising. Dia cukup anti aku buang barang, nak-nak lagi barang mainan cucu kesayangan dia ni. Aku pulak pantang nampak benda bersepah. Dah namanya pun bersepah kan, ko lepas main tak reti simpan kan? Meh aku campak. Memang clear. Separuh mainan Rayyan aku buang.
Lepas tu masa untuk mengemas esbok pulak.
Mak mertua aku jenis sayang nak buang makanan. Apa benda pun dia simpan. Telur dadar tinggal sekeping cenonet pun dia simpan. Selalunya aku biarkan je. Tapi everytime dia balik Tganu, time tu la aku punggah segala benda. Semua leftover aku buang. Lichennnn esbok aku. Botol-botol mineral pun aku buang. Aku tak berapa suka sangat guna semula botol air mineral tu tapi mak mertua aku sayang barang. Botol elok lagi katanya, so dia akan refill air masak dalam tu. Mesti dia pelik balik dari raya ni sebijik botol mineral takde kat dapur. Mesti dia dah tau takde hantu lain buat ni, memang keje aku.
Ni antara pengunjung yang sporting yang rela gambarnya di ambik untuk rekod.
Terima kasih semua!
Tahun ni aku beraya kat Bangi je. Ikut turn lah. Raya haji dah tentu every year pun balik Tganu.
So, aku tak berpeluang merasa kesesakan pulang beraya. Jiran kiri kanan depan belakang semua dah balik kampung, rumah aku je berlampu lagi. Rilekk je macam takde apa.
Plan asalnya, tak nak tido Bangi lansung sebab aku bajet rumah tu mesti penuh sebab adik aku yang sorang lagi kat Qatar (Dill) balik raya, so aku bajet bilik atas tu mesti dia ngan laki dia duduk. Takpelah, rumah aku dekat, so plan datang pagi, balik malam. Takyah tido Bangi. Senang sikit takyah pack beg baju.
Pastu Mak Aji kata Dill ngan Aiman tak tido Bangi. Dorang nak tido rumah sendiri. Ok lah kalau macam tu aku balik tido Bangi. So plan bertukar. Isnin tu aku bagi cuti kat staff dah. So aku pun plan Isnin tu balik Bangi lagipun Ima pun dah sampai from JB. Seronok sikit ada geng nak gosip. En Wan kata dia nak keluar kejap nak gi tukar MP3 player kereta. Kejap je katanya. Siap pesan kat aku "Siap-siap lah. Jap lagi abang balik kita terus balik Bangi"
Excited aku. Terus datang mood raya. Walaupun balik Bangi je.
Tapiiiiiii, laki aku ni punya KEJAP LAGI tu, dari pukul 11.30 pagi keluar rumah santak ke pukul 6.15pm baru balik! Ko tak hangin??
Aku dah siap basuh baju, sidai, siap lipat!
Sempat lah aku tido sejam sampai dah terbangun balik, dia tak sampai-sampai lagi.
Celik mata aku nampak si Rayyan tengah menjalankan operasi memanjat kabinet. Bosan sangat gamaknya tunggu bapak dia tak balik-balik.
Alih-alih ada reader forward aku status FB En Wan.
Wah Wah Wahhhhhhh. Patut lah lama. Dia siap mekap kereta bagai.
Aku ni dah macam topekong Siam tunggu dia kat rumah, dia rilekkk je tak bersalah gi mekap kereta sehari suntuk, boleh berani pulak up kat FB.
Dia tak tau ke spy aku ramai kat FB dia tu?
Aku ni dah macam topekong Siam tunggu dia kat rumah, dia rilekkk je tak bersalah gi mekap kereta sehari suntuk, boleh berani pulak up kat FB.
Dia tak tau ke spy aku ramai kat FB dia tu?
Katanya nak tukar player, rupanya ngan lampu-lampu sekali dia tukar.
Binik nombor 2 konon.
Aku suruh tido kat rumah 'binik nombor 2' tu seminggu karang baru tau.
Akhirnya, pukul 7.10pm baru keluar rumah untuk balik beraya kat Bangi.
Padahal boleh je kan lepak dulu berbuka puasa kat mamak Putra Heights ni.
Tapi sebab semangat nak balik raya macam orang lain tu sangat meluap-luap, tinggal lagi 20 minit nak berbuka pun tetap teruskan perjalanan. En Wan pulak bagi green lite "Kita singgah McD drivethru je nanti". Hoyeahhhhhhhhhhhhhhhhh!
Sekali kauuuu, berjujuk orang kat drivethru ni.
Aku ingatkan dah takde orang nak makan McD hujung-hujung Ramadhan ni. Ingatkan semua dah nak makan lauk raya, rupanya ada yang sepesen macam aku. Nasib baik aku bawak bekal air masak and roti gardenia, Sementara nak sampai turn kitorang tu, makanlah Gardenia dulu.
Siap bawak bekal bagai kan, padahal balik Bangi je.
Kejadian malam raya.
Entah mana la Mirza (anak Ima) ni jumpa magic pen, sekali hah kauuu.
Bertempik Mak Aji tengok cucu dia dah berconteng muka ala-ala komando.
Dah la besok nak raya.
Agaknya dia kata kalau aku conteng dinding mampus kena marah ni, kalau conteng muka sendiri konfem tak kena marah. Hahahha.
Nasib baik boleh hilang tau, kalau tak, memang melahar la mak kau pagi-pagi raya.
Aku sebenarnya raya awal.
Hari last puasa tu aku dah raya dulu.
Jadi, segala masakan petang tu harus lalu tekak aku dulu untuk memastikan kesedapannya terjamin.
Beria dorang ni suruh aku rasa masakan. Sampaikan nasik himpit tu pun aku kena rasa lembik ke keras ke. Aku pulak tak biasa rasa sikit-sikit. Sekali rasa hah kau 3 biji nasik himpit terus siap ngan rendang paru. Baru pueh hati.
Petang raya sebelum waktu berbuka, memang kebiasaannya kitorang anak beranak akan buat tahlil and baca Yassin.
Kejadian kedua di petang raya adalah railing curtain tu terjatuh.
Puncanya, cucu-cucu Haji Sahak bersenggayut. Mujurlah tak kena hempap. Kalau tak, aku hempuk sorang-sorang.
Bila dah pasang balik railing tu, terus aku simpulkan langsir. Dah lah. Biar la tergantung ke macam tu. Kalau dah ramai-ramai macam ni payah sikit nak kasik rumah kekal cantik. Janji takde yang rabak sudah.
Bila dah pasang balik railing tu, terus aku simpulkan langsir. Dah lah. Biar la tergantung ke macam tu. Kalau dah ramai-ramai macam ni payah sikit nak kasik rumah kekal cantik. Janji takde yang rabak sudah.
Berikut adalah menu malam raya :
Nasi Arab
Ni lauk untuk nasik arab. Aku tak rasa pun nasik ni.
Sebab malam tu aku pulun rendang paru sampai 3 kali tambah.
Ni sepupu-sepapat nasik arab tadi.
Rendang daging order kat Langat Catering.
Tahun ni Mak Aji ada 3 jenis rendang.
Satu tu rendang paru (masak sendiri). Lagi 2 order kat Langat - rendang ayam kampung and rendang daging. Yang kesemuanya settle di hari raya pertama tu jugak, tak dan nak carry forward ke raya kedua.
Sambal goreng.
Ini kalau takde ni umpama macam tak raya!
Air bandung.
Tahun ni tahun pertama Siti raya kat Bangi. Jadi tahun ni aku request Siti buatkan nasik dagang.
Malam tu laki dia request nak makan ketupat sotong, so dapatlah kitorang semua rasa apa itu ketupat sotong.
Malam tu ada orang datang takbir kat rumah.
Pak Aji kata buat yang ringkas-ringkas saja sebab kita rumah ketiga.
Rumah pertama dah jamu makanan berat.
Okehlah, kita plan goreng cempedak and buat kopi O je.
Bajet kul 11 malam baru turn rumah kita.
Sekali kul 9.45 Pak Aji call Ibal bagitau dorang dah on the way ke rumah. Meloncat semua orang masuk dapur. Menggigil tangan masing-masing goreng cempedak takut tak sempat siap.
Tapi cempedak dia memang cantik-cantik and manis gila!
Pueh hati la beli sampai RM80.
Geng takbir makan tak seberapa, yang kat rumah ni yang mentekedarah kaw-kaw.
Azrul tukang kupas cempedak.
Laki aku duduk kat depan Azrul standby nak makan cempedak mentah-mentah.
Alhamdulillah, sempat jugak kitorang siapkan kopi O and cempedak goreng.
Menggelabah gila. Nasib ramai ramai hantu-hantu kat dapur menolong. Masa grup surau sampai, Aztul, Ibal and En Wan je yang ke depan menjamu orang. Kitorang 3 orang, aku, Ima ngan Siti mengintai-intai kat balik pintu tengok sape yang datang. Macam nak tunggu orang datang minang je rasanya. Tapi semua yang datang level-level Pak Aji je. Aku rasa dorang tau rumah ni dah takde anak dara. Kalau ada anak dara mesti ramai orang bujang datang takbir malam tu. Eh.
Kul 11 malam baru la dorang ni semua nak pi carik lemang nak cari bungapi segala.
Aku dah rabak mata menunggu last-last aku tido.
Tetiba aku terjaga tengah malam bau hangitttt je.
Rupanya Rayyan tido sebelah aku. Mesti sebelum tido main bungapi sampai berlengas and bapak dia tak mandikan. Masam gila. Esok pagi aku tanya betul pun. Rupanya dorang start main bungapi pukul 12 malam. Orang lain dah tido besok nak raya, dorang baru nak bakar bungapi.
Raya kat Bangi ni takde la meriah mana sebab takde tempat pun nak berjalan, cuma ramai orang datang ke rumah sebab Mak Aji dah jadi tempat tumpuan menjak nenek meninggal. Seronok dari pagi sampai ke petang sentiasa ada orang datang rumah.
Kalau kat Tganu tu meriah dengan berjalan sebab takde orang datang rumah mak aku dah. Mak aku kan dah tak duduk Tganu lama, jadi bila raya kita la carik orang.