Jumaat lepas, bangun kul 3am, siap-siap and terus gerak pi Penang. Gila semangat nak pi Penang tak sempat nak tunggu siang.
Aku kena sampai Penang kul 9am untuk catch appointment dengan customer. Kalau ikut hati, nak gerak malam beforenya. Tapi En Wan yang nak drive, so aku amat yakin dengan kebolehannya, jadi silakan lah. Jangan ko sodok belakang bas sudah.
Redza paling excited. 2 hari before nak pegi, kitorang dah belikan siap-siap beach play set. So sepanjang dua hari tu la dia ke hulu-hilir bawak play set tu macamkan selama ni tak pernah ada. Asal nak pi bercuti je aku kena belikan mainan baru. Disebabkan this time aku tak kasik dia bukak play set tu selagi tak jejak beach, tu yang macam jakun tak penah jumpa mainan. Tido pun peluk beach play set.
Sampai Tapah around 5.30am, benti lepak.
Lepas dah siap-siap breakfast, gerak.
Tepat kul 8.30am, En Wan telah mencatat sejarah diri sendiri sebab dah jejak Jambatan Pulau Pinang.
Adehh.
Straight pi USM dulu settlekan keje.
Kesian laki aku tunggu dalam keta. Dua jam jugak kat aku kat USM before gerak ke Feringgi.
Gila kagum aku ngan Feringgi.
First time aku jejak was tahun 1987. Darjah empat. Masa tu aku rasa apa benda ntah dorang bawak aku pi Feringgi ni? Tahapa yang bestnya pun aku tak tau. But now, sujuddddd. Aku rasa Feringgi and Phuket lebih kurang je. Especially nite life dia. Cuma Phuket happening sikit je sebab bapuk bersepah.
Hajat di hati tu nak duduk Shangri-La Rasa Sayang, tapi seafacing room dia sangat lah feeling-feeling diva. RM1023/nite.
Gila bapak mahal okkk.
Ini macam punya rate, bayar pakai duit campur ngan bulu aku and En Wan pun tak lepas lagi.
Tapi aku tetap nak Shangri-La jugak, camne eh?
Then, baru la aku tau Shangri-La ada dua hotel. Another one is Golden Sands Resort which is sebelah dia je. Hotel baru. And pool dia lagi best. Rate dia untuk seafacing room RM640/nite. Lojik la sikit harga dia kan.
Sampai je hotel, masa tu baru kul 11.55am. Terus check-in.
Bilik sangat lah best. At least berbaloi la dengan harganya.
Tapi sebab suasana adelah kecoh sebab si Redza macam tak penah jumpa pool, En Wan pulak ajak pi lunch, aku lupa nak snap gamba bilik.
Tapi ini lah bilik yang aku duduk. Seafacing deluxe room.
Sangat lah best bangun-bangun pagi terus nampak laut.
Tenang je pikiran.
Itu kalau lautnya tenang la.
Kalau lautnya tak berapa nak tenang, konfem aku la yang kena simbah dulu. Betul-betul je bilik aku ngadap laut.
Kalau ombak tu tinggi sikitttt je lagi, pandai-pandai la mengucap.
Gayat siallll.
Kejung aku kat atas tu.
En Wan sengaja je tepuk-tepuk bontot kuda. Pastu gelak-gelak.
Suka-suka lah sangat. Kang kuda tu naik sheh kang dia lari cas watson Nyambek baru tau.
Sesekali berdua-duaan naik kuda bersama-sama berjalan di pasiran pantai ok gak. Asik En Wan je yang dikudakan selama ni. Wakakaka. **Dush!!!!**
Lepas naik kuda, En Wan tarik aku naik jetski pulak.
Ya Allahhhh, kenapalah kau kurniakan idea-idea yang cukup bernas dalam kepala laki aku ni?
Dia dah tau aku tak pandai swim, and aku sangat takut ngan laut, lagiiii dia nak bawak aku kat tengah-tengah tu.
Aku rasa dah cukup laju dah En Wan bawak, sampai lencun-lencun aku kat tengah tu.
Tapi orang jetski tu cakap kitorang la paling slow macam kayuh basikal.
Banyak bunyik la kau.
Aku sempat khatam separuh mukaddam kat tengah laut tadi ko kata slowwww??????
Apa-apa pun aku tetap rasa jetski tu dah laju gila.
Lagi aku menjerit, lagi laju En Wan speed. Macam ada sensor pulak. Sekali aku pekik, sekali dia press. Dua kali aku pekik, dua kali dia press. Agaknya kalau aku pekik ketiga kali, konfem aku ngan dia dah ada 6 kaki bawah tanah.
Aku rasa En Wan ni memang ada plan nak bunuh aku kot. Saje je dia langgar ombak biar jetski tu melambung-lambung. Aku ni terlambung-lambung kat blakang. Seb baik aku pakai swimming suit one piece. Kalau aku pakai 2-piece, konfem tetek aku dah terkeluar.
Cita-cita kemain besar lagi, nak paragliding.
Tapi takut-takut berani.Banyak takut dari berani.
Orang lain yang naik, aku yang terkencing kat bawah.
Takpelah, tima kasih. Bayar seribu pun aku tak naik.
Penat kat beach, masuk pool pulak.
Padahal tak tau berenang, tapi gatal nak masuk pool.
Orang lain masuk kolam, berenang.
Aku masuk kolam, berdiri sampai ke sudah.
Harap kat tangan je lebih-lebih kuak.
En Wan nak ajar aku berenang, 'Meh abang pegang'.
Kem salammmmm.
Aku tak percaya ngan dia ni.
Mula-mual dia pegang and tarik aku kat level 2.0m. Pastu mesti dia lepaskan aku.
Apa ingat aku akan terpedaya lagi??
Tempat yang aku nak masuk tapi mimpi je la jawabnya nak makan kat sini kalau gi ngan En Wan. Dia ni memang pantang makanan western yang melampau. steak-steak ni semua memang payah la nak masuk kat tekak dia. Mungkin owner The Ship ni kena create steak baru 'Ribeye steak with budu sause served with fish sausage and paung bun'. Mungkin masa tu aku boleh masuk The Ship hari-hari.
Nite life kat Feringgi not bad.
Aura-aura Phuket sikit.
Tapi choices of barang limited.
Try gak cari painting and barang-barang perhiasan rumah tapi takde yang best sangat.
But, kalau barang tak ori like beg, glasses, baju memang banyak. And cantik-cantik.
En Wan dah berkenan ngan satu Picasso plate. Dua malam pi tempat yang sama. Pegang-pegang letak. Pegang-pegang letak. Last-last letak forever. RM180/plate. Takkan nak beli satu je kan? Kurang-kurang empat, baru la cantik sikit nak gantung kat dinding. Last-last beli magnet je.
Memang lah kalau berjalan ngan En Wan, tak kira la ko pi overseas or dalam negara je, tetap penat. Dia akan explore setiap tempat tu dengan bersungguh-sungguh macam dah taknak datang lagi lepas ni. Sampai melecet tapak kaki aku berjalan. Yang si selipar ni taknak pulak putus. Kalau putus dah selamat dah aku beli selipar baru.
Malam tu aku tido memang sangatlah nyenyak.
Dan berapa malam aku tak cukup tido. Kalau tido pun kejap-kejap terjaga. Stress gila lately pikir pasal keje. But malam tu Tuhan kembalikan nikmat tido kat aku. Bangun pagi gila segar terbuntang bijik mata.
Program pagi Sabtu adelah ke Bukit Bendera.
Padahal aku paling pantang pegi tempat sesak-sesak macam ni.
Tapi sebab Redza ngan bibik belum pernah sampai, so layan je la.
Ni pun En Wan yang beria-ia. Kalau ikut programa aku, membuta je kat bilik sampai petang.
Tapiiiiiiiiiiii..misi gagal
Punya lah panjang aku beratur, elok je tinggal laki 5 orang kat depan, kaunter tu bagitau, next train will be at 1.30pm. Masa tu baru kul 10.15am. Wadepakkk.
Terus balik hotel.
Second program, masukkan Redza kat Adventure Kids Club.
Bayar RM21 untuk 2 jam. Kalau outsiders, kena bayar RM30.
Tadaaaaaa!!!!!!!
Kereta dorang parking betul-betul sebelah kereta aku.
Itu pun aku tak perasan lagi sampailah En Wan tunjuk.
Omigoddddddddddddd!!!!
Terus aku call Ima kat rumah.
Seb baik masa tu dia tengah bersantai.
Kalau tengah dokong anka dia konfem anak dia terlepas.
Terus aku redah beach carik dorang.
Kata minat kan, haruslah standby match dorang.
Walaupun panas, aku tahan jugak.
Migrain belakang kira.
Not bad la dorang main.
Ye la, dengan keadaan dorang yang auw auw macam tu, sekali dia smash, kauuuuu.
Yang tak boleh blah everytime dorang dapat point mesti main sep-sep kat situ pekik 'Auwwwwwww!!'.
Tapi takde orang ajuk-ajuk dorang la.
Maybe sebab orang dah tau kehebatan dorang kan, so macam tak boleh nak ejek-ejek la. Kang dia smash bola tu kat buah kau baru tau nikmat dunia.
Lunch, aku kuar ngan En Wan je.
Terasa nak makan nasik putih.
Ada satu restoran ni aku lupa nama dia apa.
Tengah aku nak tengok lauk-lauk, anak tuan punya restoran tu tegur 'Akak ni ke green apple?'
Adehhh.
Dah sampai Feringgi rupanya blog aku.
Serta-merta aku turunkan sikit skirt aku.
Tapi gagal.
Dah gatal pakai mini skirt tu sape suruh kan.
Takyah la nak cas gadis ayu.
Tima kasih ye dik baca blog akak kau ni.
Round-round kejap lam mall tu, then balik hotel sebab Redza dah tak sabar nak bukak habuan dia - Ben 10.
Sampai kat hotel, En Wan suruh aku naik dulu bawak Redza. Dia nak cari parking.
Aku baru je nak salin baju, dia call 'Jom jalan-jalan?'
Turunnnn balik.
Rupanya nak ajak aku ronda-ronda lagi carik barang sambil naik beca.
Wahhh, lama gila gua tak naik beca. Nak pulak beca ada lampu kelip-kelip. Ada loceng, ada bunga-bunga. Dah macam pokok krismas beca tu.
Pun tak beli-beli jugak.
Elok lah tak beli.
Aku pun tak tau nak letak kat mana nanti.
Bestnya naik beca malam-malam.
Kalau kitorang ringan, aku dah suruh pakcik tu kayuh sampai Putra Heights.
Breakfast, semalam.
Mak long and the newborn.
Masih boleh pegang baby dengan selamba. Tidak kekok sama sekali...hehe.



