walk on wings, tread in air: Nak sangat.. <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Nak sangat..
2009-12-07

Hari ni aku nyaris-nyaris mati (agaknya la kot). Tapi tak jadik. Maybe Dia bagi seksaan je dulu. Tadi pagi tengah-tengah khusyuk buat keje, tetiba pinggang aku berdenyut. Memula buat dek, last-last surrender. Dia punya sakit macam kena pikul 57 ekor unta yang sedang hamil 6 bulan. Sampai terbongkok-bongkok aku jalan. Lepas tampal Salonpas, terus baring. Lantas tertido. Dah nama baring tu mana boleh takat baring aje. Mestilah kena nyenyak. Itupun seb baik si **** sms kalau tak konfem aku masih enak terbongkang sampai ke Maghrib.




Lately ni hari-hari tido kul 3am, bangun 6.30am. Time aku buat tesis dulu rilek je tido kul 8. Takde pun kecoh macam ni punya gelupur nak siapkan task. Maybe sakit pinggang tu salah satu tanda stress or terlampau banyak duduk. Maybe aku kena banyak tido mulai dari sekarang. Tapi kalau ajak beromen tu laju aje. Takde pulak time tu nak sakit ke apa. Atau mungkinkah sakit pinggang ni adelah sebab kurang beromen?

Jumaat lepas Ima selamat bersalin, baby girl, berat 2.5kg (macam ada orang kisah la kalau aku nak bagitau pun). Aku yang over sexited sampai kul 4am mata aku terkebil-kebil takleh lelap. Padahal kul 8pm tu aku call Ima dia rilek lagi tengah mentekedarah. Tapi masa tu dah kat wad. Alih-alih kul 11lebih Mak Aji call cakap Ima dah kena tolak masuk OT sebab heart beat baby dah lemah sebab terbelit ngan umbilical cord. Aku dah cuak kat sini. Mak Aji dah sebak-sebak.

Aku : Mama nak sedih ni kenapa la.

Mak Aji : Ye la, sedih dalam keadaan macam ni, dia perlukan mama tapi mama papa jauh. Dia sorang je kat sana.


Konfiden je mak aku ni Ima tu perlukan dia.


Aku : Ma, dia bukan sorang kat sana. Laki dia ada. Ni dia dalam OT pun laki dia takleh masuk. Laki dia yang dekat tu pun takleh nak tolong inikan mama yang jauh. Dah, jangan sedih-sedih. Malam ni dia tak perlukan mama, dia perlukan dokter. Esok baru dia perlukan mama nak jaga anak dia, ok?


Tapi lepas tu orang tua tu dah tido, aku yang terpisat-pisat pikir ok ke tak adik aku ni.

Then 12.04am, Azrul kata dia dengar bunyi baby nangis. Masa ni actually dia tengah bergayut ngan En Wan. En Wan saje call dia nak bagi hilang rasa gabra. Maklom la, dia pun dulu gabra jugak masa aku bersalin. Nasib je dia tak pengsan lam OT tu tengok aku kena sembelih.





Aku : Ima, anak ko dah ada nama?

Ima : Dah. Nurjannah.

Aku : Ha??? Nurjannah? Apa maksud dia.

Ima : Cahaya dari syurga.

Aku : Pehh, terasa jahilnya nama aku compare kan ngan nama anak sedara. Aku nak panggil anak ko apa?

Ima : Entah. Aku pun tak tau nak panggil apa.

Aku : Oklah, aku panggil Jane.

Ima : Pale otak kau.


Ni mesti Azrul yang bagi nama ni. Kalau harap adik aku, konfem dia letak Frenzisyakiraz Wood.

Alhamdulillah.
Aku serta-merta dapat pangkat Mak Long.
Walaupun panggilan "Mak Long" tu tak glemer, tapi biarlah. Apa lah yang ada pada panggilan. Biarlah panggilan tak glemer asalkan orang yang dipanggil itu gorjes.
*Muntah*

So now, Mak Aji and Pak Aji ada kat JB lagi, next week baru bawak Ima balik berpantang kat Bangi. Gamba yang aku dapat ni pun dari Ibal. Dia pun sama naik excited terus gerak pi JB Sabtu lepas. Macamkan kau pulak yang tukang azan.







Gamba ini adelah bukti bahawa Cybershot Sony adelah FAIL!
Memang blur gila gamba dia. Memula aku ingat tangan aku yang fail, sekali ramai gak yang guna Cybershot ni kata gamba tak sharp.

Maka ada lah alasan aku nak beli kamera baru...

Ni gamba semalam, tengah siap-siap nak pi wedding member aku kat Bangi. Abaikan la bilik yang bersepah. Maklom lah kalau namanya cuti, tak pegi mana-mana pulak tu, seharian dok lam bilik maka apalah sangat aktiviti yang boleh dibuat melainkan...welll...u knowwwww.

Walaupun busy melanda, tetapi hati adelah berbunga riang sebab Jumaat till Ahad ni gua ada kat Penang, melepak kat Shangri-La. Sebenarnya aku keje Jumaat tu, first appointment kul 10am. Entah kul berapa la aku kena gerak dari sini. So, angkut sekali semua yang ada ni kasi dia berendam lam kolam sampai kecut telo.

posted by aveo757 @ 3:44 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER