2026-07-26
Seluar yang boleh sembuhkan penyakit, wujud ke?
Semalam ada someone tanya aku pasal satu brand jual seluar yang katanya seluar ni boleh bagi orang yang sakit lutut, hilang sakitnya. Dari tak boleh berjalan, dah boleh berjalan semula.
Aku tak pernah cuba that product. Tapi aku ada baca produk information dari beberapa tempat.
Kalau dari sudut sains + logik, their claims agak straightforward. Aku tak kata seluar tu scam, tapi aku pun tak akan percaya semua claim yang dibuat.
Ada a few claims yang secara general, logik. Contohnya, FIR (Far Infrared Radiation). Produk ni kata fabrik yang digunakan ada bahan tertentu yang boleh pancarkan infrared.
Ok macam ni.
FIR memang wujud. Badan kita memang keluarkan infrared radiotion, and certain bahan seramik memang boleh serap dan pantulkan semula energy dalam infrared. Jadi konsep fabrik yang katanya ada bahan seramik and ada FIR is scientifically plausible.
Masalahnyaaaaaa….secara teori, kalau sesuatu pakaian bagi haba to kawasan tertentu, apa-apa pakaian sekalipun, saluran darah kat permukaan kulit memang boleh berlaku vasodilation. Itu NORMAL.
Contoh, bila kita mandi air panas, kulit jadi panas dan saluran darah di kawasan tersebut mengembang. So kalau the produk kata haba dari FIR can mempengaruhi blood flow, aku boleh terima. Sebab badan kita memang ada tindakbalas pada haba.
Tapi kalau dia claim darah jadi lebih lancar ke seluruh badan, ke semua sel, kemudian badan sembuh asbab dari itu — hat ni dah jauh sangat menyimpang.
Ada pernah baca claim kata FIR dalam produk ni boleh tembus 4 cm ke dalam badan. Mak aiiii. Pitam 14 kali cikgu sains aku dengar ni.
4 cm tu kau ukur camana, dik?
Wavelength berapa?
Dalam tissue apa?
Intensity berapa?
Dalam keadaan apa?
Infrared boleh penetrate tissue bukan bermakna FIR tembus 4 cm dalam badan, lalu pergi ke organ dan merepair organ. Bukan. Infrared ni kalau nak diserap oleh biological tissue kena depends on wavelength and sifat tissue tu sendiri. Banyak energy infrared ujung-ujung diserap as haba saja.
Tembus 4 cm dalam badan bunyiknya memanglah sedap. Impressive. Tapi penetration alone tak membuktikan therapeutic effect.
Yang paling aku skpetical is when dia kaitkan dengan weight loss. Ini aku hangin.
Dia kata pakai that produk nanti metabolisme meningkat, lemak akan terbakar, pastu berat turun. Nak je aku jentik dahi tu.
Dik, setakat pakai seluar pastu rasa panas and berpeluh TAK SAMA dengan body fat loss.
Berpeluh bermakna badan hilang air. Fat loss bermakna badan guna lemak as tenaga.
Dua ni TAK SAMA.
Dari segi sains dan logik, aku tak nampak mekanisme macamana sehelai pakaian boleh buatkan someone lose fat.
Kalau kita simplify — fat loss berlaku bila badan guna tenaga (kalori) lebih dari tenaga (kalori) yang masuk melalui makanan. Kat sini pun dah confuse macamana pakaian, dengan sendirinya boleh bagi energy deficit. Kat mana?
Lainlah kalau produk tu boleh bagi rasa kenyang, boleh kurangkan rasa lapar — hat ni ada gak logiknya seba lama-kelamaan boleh menyebabkan lose weight. Tapi dengan menyarung pakaian boleh buatkan lose weight, secara sains pun dah tak masuk akal. Kalau setakat pakaian tu boleh bagi berpeluh, BERPELUH TAK BERMAKNA BADAN BURN FAT.
Tak sesenang itu lemak nak terbakar hanya dengan pakai seluar 8 jam sehari.
Pakai seluar.
Seluar keluarkan FIR.
Badan jadi panas.
Berpeluh.
Berat turun 500 g.
Deyyy. Berat yang turun tu AIR. Bukan lemak. Jap gi kau minum air 3 gelas, berat tu naik balik. Nak bakar 500 g lemak, badan kena guna tenaga. Melibatkan penggunaan tenaga, bukan harap badan jadi panas semata-mata.
Kalau claimnya cakap “Pakaian ni increase blood circulation”, aku boleh kata oklah that mekanisme munasabah.
Kalau kata “Pakaian ni buatkan kita rasa panas and cepatkan berpeluh”, ini pun masuk akal.
Tapi kalau “pakaian ni bakar lemak and give you weight loss”, tell me what is the mechanism?
Adakah dia increase resting energy?
Adakah dia increase oxygen consumption?
Adakah dia increase mitochondrial activity yang buatkan badan guna banyak calories?
Explain.
Ni bukan kondem. Cuma nak tahu mekanisme weight loss melalui pakaian ni berlaku camana.
Kalau GC Plus and Maaltyd I can explain.
GC Plus tak burn fat. Dia block formation of new fat dengan sekat activity enzim citrate lyase. Bila aktiviti enzim ni tersekat, maka kuranglah citrate ditukar kepada acetyl-CoA. Acetyl-CoA ni bahan asas untuk produce fatty acids. Bila kurang fatty acids dihasilkan, formation of lemak baru daripada lebihan karbohidrat pun dikurangkan.
Maksudnya, GC Plus bukan burn fat sedia ada tapi lebih kepada kurangkan pembentukan lemak baru. Bila lemak baru dapat disekat, slowly badan akan guna lemak-lemak lama dalam badan sebagai tenaga. Eventually badan akan lose fat. Tu pasal aku pesan lepas makan GC Plus sebotol, ukur lilitan pinggang. Sebab lemak konfem kurang punya.
Maaltyd pun tak burn fat. Ini meal replacement. Kau replace satu meal dengan Maaltyd.
Contohnya, skip breakfast nasi lemak, gantikan dengan Maaltyd. Maaltyd ni kalorinya tak sampai 60 tapi can kurangkan lapar sampai lunch. Bila kurang lapar, kuranglah makan. Bila kurang makan, kurang tenaga (kalori) yang masuk badan. Eventually, lose weight.
Itu makanismenya.
Tapi kalau pakaian boleh bagi kurus, secara mekanisme, aku tak nampak pathway-nya bagaimana. Argument aku kat situ.
Pakaian boleh mempengaruhi badan. Tapi, mempengaruhi badan tak bermaksud membakar lemak.
So, adakah pakaian yang ada FIR tak function?
Kalau tanya aku, aku boleh kata yang teknologi FIR tu sendiri adalah basic fizik. Dari segi blood circulation atau bagi berpeluh tu logik. Sebab bila pakaian ketat, haba akan berkumpul dan kita akan berpeluh. Apa-apa pakaian pun kalau ketat, akan increase peluh. So secara teori, claim itu benar. Tapi mekanisme pakaian boleh lose weight tu sangat tak logik.
Dia macam orang claim kata krim kolagen akan buat kulit tegang. Sebenarnya tak pun. Kolagen tak tembus kulit. Apetah lagi nak tembus sampai ke dalam. Yang buat kulit tegang tu sebab hydration. Dan ini juga tak kekal. Sebab air akan hilang dari badan. Maknanya setiap kali apply krim, dalam 1-2 jam je kulit hold water, selepas tu balik pada asal.
Atas ni salah sorang customer GC Plus yang bagi feedback. Pinggang dia ada inchloss. Terus tanya ada promo tak bulan ni. Nak tambah stok.
Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI.
Atau boleh ke website GreenAard.
