2026-07-27

Buat je lah mana yang selesa dulu. Dah selesa nanti, pelan-pelan tambah baik mana yang patut.

Aku nak cakap something yang maybe ramai tak suka dengar.

Pakai tudung sebenarnya tak cantik.
I said what I said.

Tapi, ada penjelasannya…

Aku bukan kata perempuan bertudung tu hodoh. Bukan.
Aku tak kata perempuan yang tutup aurat tak boleh nampak cantik. Bukan jugak.
Aku bukan mempertikaikan kewajipan menutup aurat atau suruh perempuan patut free hair.

Apa yang aku nak sampaikan, secara konsepnya, pakaian yang menutup aurat BUKAN dicipta untuk menjadikan kita lebih cantik secara fizikal. Tetapi tujuannya adalah untuk tutup kecantikan tu. Those are two completely different things.

Kita selalu dengar orang cakap, “Kau pakai tudung lagi cantik”

“Serius, muka kau lagi cantik bertudung”

NOPE.

Dalam banyak keadaan, yang kita puji itu bukan dia pakai tudung. Kita sebenarnya puji cara dia menggayakan tudung, cara dia berpakaian, makeup dia, bentuk outfit, aksesori, styling and keseluruhan penampilan.

In other words, kita menjadikan semething yang pada asalnya bertujuan untuk tutup kecantikan, now as fashion yang menambahkan daya tarikan. Tudung dah jadi fashion. If we truly go back to the original purpose of berpakaian menutup aurat, konsepnya bukanlah “Macamana nak stylingkan tudung ni biar muka tak nampak tembam?”

Sepatutnya the konsep mestilah “Macamana cara nak berpakaian so that kecantikan aku tak jadi benda pertama yang orang nampak?”

Tudung BUKAN accessory yang menjadikan kita lebih cantik. Kalau kita nampak lebih cantik lepas bertudung, itu mungkin sebab kita dah belajar cara nak mencantikkan tudung dan keseluruhan penampilan.

Salah ke?

Tak. Manusia memang suka benda-benda cantik. Kita tend to suka warna. Suka baju cantik. Suka tudung cantik. Suka makeup. Suka handbag. Suka kasut. Kita suka nampak bergaya. Tak ada yang pelik.

But at the same time, kita kena sedar makin kita menjadikan tudung tools untuk mencantikkan penampilan, makin jauh kita daripada konsep menutup kecantikan tu sendiri. Sebab tu bila viral cerita-cerita perempuan tanggalkan tudung and become sexy again, aku sangat faham. Itu memang konflik yang sangat manusiawi bila start bertudung.

Sebab ketika dia bertudung, dia bukan saja tengah belajar cover aurat, tapi dia juga tengah berdepan dengan perubahan besar towards cara dia melihat diri dia sendiri. Before bertudung, dia dah tahu apa yang buatkan dia nampak cantik (menarik). Maybe her hair. Maybe leher. Maybe pinggang. Maybe kalau pakai outfit tertentu, badan dia nampak lebih cantik.

Then one day dia decided untuk bertudung. Tiba-tiba some of her “tools” yang selama ni diguna untuk mencantikkan diri, kena tinggalkan. Rambut cover. Leher cover. Body shape cover. Pakaian yang selama ni menyerlah kecantikan badan dah takleh pakai lagi.Kalau dia really nak berpakaian syari’i, maknanya dia kena pakai yang lebih longgar and labuh. And honestly, tak cantik.

Kita jarang nak mengaku benda ni, kan? Kita selalu nak sugar coat proses bertudung dengan ayat-ayat macam:

“Bila dah bertudung, kau nampak lagi cantik”

“Seri kau lain macam bila dah bertudung”

“Percayalah, tudung akan buat kau nampak lebih manis”


WAKLU.

Most of yang cantik semasa free hair selalunya jadi kurang cantik selepas bertudung melainkan dia bergaya.Bukan makna kata dia buruk bertudung tapi, berbanding dengan version free hair, free hair lagi cantik. Tak caya, tanya laki dia.

Toksahlah kita nak deny benda ni. Kita ni kekal bertudung pun sebab kita bebas bergaya. Cuba kalau kita kena pilih baju labuh, besar, longgar, tudung cover sampai ke perut — berapa ramai willing buat gini?

Ada memang ada, persoalannya BERAPA RAMAI?

Yang ada ni pun tetaplah mengolah gaya, betul tak?

My point is, ramai orang salah faham dengan perjuangan untuk istiqamah. Kebanyakan kita rasa once dah bertudung, dah. Selesai.

Tu pasal kita kecam orang yang tak bertudung dan kutuk those yang dah bertudung tapi bukak balik. Sebab kita compare dengan kita yang masih kekal bertudung. Padahal kita ni dah bertudung dari sekolah, sampai sekarang hanya kekal cover rambut je. Penampilan tak berubah ke syari’i mana pun. Pastu ada hati kondem orang lain. 

Kau yang dah bertahun-tahun bertudung pun tak mampu nak labuhkan tudung, tak mampu nak pakai baju labuh longgar, pastu kau nak expect orang yang baru setahun bertudung transform gila-gila.

Orang yang bertudung masih ada konflik dengan kecantikan. Dia bukan tak kisah penampilan cuma dia paksa diri untuk bertahan. Tak bermakna rasa nak jadi cantik tu hilang.

Perempuan nokkkk. Suka dipuji. Masih suka tengok diri sendiri cantik depan cermin. Suka melawa. Suka bergaya. Suka fashion. Suka bila orang kata dia lawa. Dan dia maybe masih teringat-ingat macamana cantiknya rambut dia sebelum bertudung (ni seorang Diana dulu 😆).

Itu realiti, ya. That’s why aku rasa agak unfair bila kita hukum perempuan yang lepaskan tudung as tak istiqamah. Sebab sungguh, beratnya nak kekal bertudung tu. Tak semua orang kuat. Aku yang dari 2011 bertudung, habis kuat aku boleh buat is cover dada je. Jeans tetap pakai. Baju kurung kadang yang ikut body shape juga. Itu aku yang dah 15 tahun bertudung. So kau expect apa yang baru setahun bertudung?

Banyak kali aku tulis dulu, orang yang dulunya free hair, daring, adalah yang paling senang berbolak-balik hati lepas bertudung. Sebab dia belum biasa. Dulu aku ginilah. Tu pasal aku daftar diri masuk kelas agama. Because nak membiasakan diri dalam environment tazkirah, nasihat, ibadah. Supaya aku faham and terbiasa.

Lain tau orang yang tak biasa bertudung dengan dah biasa. Kau tak tahu berapa lama dia bergelut dengan decision tu. Kau tak tahu berapa kali dia berdiri depan cermin dan rasa, “Apesal aku nampak macam ni?”

“Apesal sekarang aku macam tak bersiap?”

“Apesal aku tak selesa dalam pakaian aku sendiri?”


Orang dah biasa bergaya skirt pendek, tube, blouse see thru, tetiba kena pakai baju besar labuh, hazabedah sungguh rasanya. Rasa macam ada krisis identiti.

Istiqomah tu memang susah bila something yang kita buat menuntut kita lepaskan something yang kita suka. Kalau bertudung buatkan someone rasa dia lebih cantik, lebih yakin dan lebih selesa, rasanya hijrah journey tu tak berat sangat. Sebab itu, kalau orang tu mula bertudung, dan nak start dengan turban and turtle neck, BIARKAN. Bagilah dia rasa selesa step by step.

Jangan samakan dia dengan kau. Dia dari asalnya daring dan bergaya. Dugaannya lebih kuat. Kau lain. Kau dari sekolah memang penampilan dah desa. Takde beza gaya kau free hair dengan bertudung sebab tu kau rasa “I ok je istiqomah?” Halah kau.

Baju labuh, longgar and tudung cover dada ni memang tak cantik. Tapi itulah konsep yang Islam nak. Untuk tutup kecantikan.

Kalau kau rasa kau takleh carry cara ni tapi nak bertudung, pakai jelah ikut cara yang kau selesa buat permulaan. Ni tak, dah tau belum terbiasa, terus start bertudung dengan extreme cover dada segala, baju longgar gedobos, ujung-ujung kau cakap kau lost dan tak jadi diri sendiri. Siapa suruh extreme terus?

Buat je lah mana yang selesa dulu. Dah selesa nanti, pelan-pelan tambah baik mana yang patut. Kalau rasa nak teruskan je dengan turban sampai bila-bila, pun SILAKAN. Kepala kau, kan. Sukati.