2026-07-25
Maid demanding macamkan tuan rumah!
Aku terbaca satu post sorang perempuan ni cerita pasal maid dia (bekas maid). Dia kata itu first and last ambik maid. Serik katanya, sebab maid dia makan macam tuan rumah.
Aku tertanya juga, makan macam tuan rumah tu macamana?
Aku syak maid memandai-mandai ambil makanan tanpa izin. Rupanya bukan macam tu. Maid tu tak ambik makanan tanpa izin, tak request makanan sedap-sedap atau masak sesuka hati.
Kisahnya, that day ada lauk sotong. Maid yang masak. Pastu hidang. Maid makan kemudian. Bila time maid makan, lauk sotong dah habis. Takde sisa sikit pun.
Pastu maid ni bagitau majikan boleh tak next time masak lebih sebab dia tak dapat rasa sotong.
So this lady (majikan) rasa tak best. Pada pandangan dia, maid sepatutnya makan apa yang tinggal. Kalau lauk tertentu dah habis, makan je lah lauk apa yang ada. Tak payah nak request next time masak lebih.
Dia cakap something like “Awak pekerja. Bukan majikan”.
Ok. Aku pernah ada maid. Sekarang pun ada maid kat rumah. Dari sudut majikan, aku faham apa maksud that lady.
Having a maid ni umpama kau run a company yang ada pekerja. Some pekerja sometimes dare to ask apesal boss masuk lambat, keluar awal? Apesal boss asik takde kat ofis? Apesal boss pakai kereta baru? Apesal boss cuti sesuka hati?
Some pekerja gitulah. Dia anggap dia dan boss share rules yang sama.
As someone yang ada maid, aku agree maid sepatutnya know her place. Dia pekerja. Dia makan gaji di rumah tu. Dia tak boleh tuntut apa jenis makanan yang disediakan majikan. Kau nak makan sedap, kau beli dengan duit gaji kau.
Sama macam kita run company. Ada ke kita sediakan makan breakfast, lunch and tea time untuk pekerja? Takde pun. Kita letak some stock kat pantry. Apa yang ada di situ, kau boleh pakai. Nak lebih dari apa yang disediakan, beli sendiri.
Sepatutnya maid pun begitulah.
Kalau maid expect every time tuan rumah makan sesuatu, dia mesti dapat bahagian yang sama, pastu dia start tentukan berapa banyak kena masak, tu dah cross the border namanya.
Hanya majikan ada kuasa tentukan how they manage food, menu and budget dalam rumah. Aku tak rasa menjadi majikan bermaksud kita wajib fulfill semua kehendak pekerja (maid).
Tapi, ada satu benda yang sometimes kita lupa.
Maid memang pekerja. Tapi dia pekerja yang duduk dalam rumah majikan.
Bila kita bercakap pasal pekerja yang tinggal dalam rumah kita, bekerja dengan kita, uruskan anak-anak kita, masak untuk family kita, bersihkan rumah and manage banyak benda dalam rumah yang buatkan urusan harian kita lebih mudah, relationship tu tak hanya pada “awak pekerja, saya majikan”.
Aku bukan kata kita kena layan maid macam family sampai takde boundary. Tak.
Boundaries between majikan dengan maid kena ada. Maid perlu tahu dia pekerja. Ada arahan kerja, ada waktu kerja, ada tanggungjawab, ada gaji, ada cuti, ada peraturan rumah and ada batas-batas.
Tapi boundaries tak bermakna kita kena letakkan satu rules maid cuma boleh makan apa yang tinggal lepas semua orang habis makan.
Katakanlah satu keluarga memang makan sotong. Anak-anak suka sotong. Sotong tu habis semua makan. Takde tinggal sikit pun untuk orang belakang. Maid request next time boleh tak masak lebih sebab dia pun teringin nak makan sotong.
Itu tak bermaksud dia nak jadi tuan. Dia pun mungkin tak makan banyak. Maybe terkilan sebab dia yang masak, dengan harapan dapatlah merasa sikit. Rupanya licin.
Itu benaunya cukup bagus dah. Ingat tak bibik aku nama Ida, yang sewel tu? Dia tak makan dengan kitorang. Dia makan kemudian. Sebelum hidang, dia cedok lauk dia siap-siap, asingkan. Kau rasa??
Dah macam aku pulak yang mengemis makanan dia sampaikan dia kena asingkan lauk sendiri.
Pernah satu kali tu aku potong mangga untuk En Wan. Dah settle potong aku bawak mangkuk mangga nak naik ke atas. Dia dari dapur kejar aku sambil bawak garfu “Tunggu kak. Tunggu”
Aku ni ingat apa la. Tup-tup dia cucuk garfu tu dalam mangkuk yang aku tengah pegang. Pastu terus masukkan mangga dalam mulut. Kau rasa???
Tu belum lagi aku beli eskrim hari ni, lusa habis. Aku beli biskut hari ni, lusa habis. Aku beli cokelat hari ni, esok habis. Bila aku nak makan tengok bendanya takde. Pastu dia salahkan Redza makan banyak. Tengkorak dia. Redza masa tu baru 3 tahun. Banyak mana sangat nak makan.
So bagi aku kalau maid tu request kita masak lebih sikit sotong next time, aku anggap itu masih lagi acceptable. Ye lah, dia masak tapi tak merasa. Dapat bau je. Kecewalah agaknya.
Kau bayangkan kalau maid tu cakap “Boleh tak kalau makan tinggalkan sikit untuk saya?”
Lagi kau mendidih dengar.
Aku menjak Redza kat rumah, sotong seminggu 2 kg, ya. Sotong je dah beratus modalnya sebulan. Sekali masak, sekilo. Redza and En Wan hantu sotong. Jenis kalau makan sotong, dia tinggalkan kepala sotong je untuk orang belakang.
Jadi, everytime aku masak, aku cedokkan 2 sudu untuk bibik.
“Cukup ya ni, bik?”
Dia angguk.
Memanglah nak jimat. Tapi kalau dah namanya kat rumah tu ramai, ada maid bagai, perbelanjaan dapur kenalah ambil kira maid sekali. Takkan aku nak kira mulut aku anak-beranak je.
Bak kata En Wan, hire maid ni umpama beli Benz. Setakat beli, ramai mampi beli. Tapi me-maintain tu yang sakit dan ramai tak mampu bab maintain.
Ada orang, mampu gajikan maid. Tapi makanan maid dia catu. Maid hanya boleh makan begini begini saja. Aircond takleh bukak, kena pakai kipas saja. Heater takleh pakai, mandi air sejuk saja. Ada majikan yang macam ni ya.
Aku dengan semua maid makan takde asing-asing. Maksudnya aku makan siakap, dia makan ikan kembung. Aku makan sotong, dia makan telur. Takde. Apa aku masak, itulah yang semua orang merasa lauk yang sama.
Selalunya lauk sotong je aku asingkan siap-siap untuk maid. Sebab rumah aku ni kalau lauk sotong sepanjang tahun pun, tetap macam baru first time jumpa sotong. Tak muak-muak dorang. Heran aku.
Lauk sotong memang kena simpan siap-siap untuk orang belakang, kalau tak, memang tinggal kepala je.
Bagi aku kalau kita masak 3 jenis lauk and maid berharap dapat rasa semua 3 jenis lauk tu, takde yang pelik. Yang pelik tu bila everyday maid request kita masak lauk tertentu sebab dia nak makan. Hat ni kau hantar balik.
Ataupun kalau maid argue apesal kau beli makanan tertentu untuk anak-anak tapi untuk dia takde. Ini pun kau hantar balik.
Tapi kalau sekali-sekala dia request, “Lain kali boleh masak lebih? Saya pun suka,” to me personally aku tak nampak itu tanda besar kepala.
Staff aku pun kalau aku mintak listkan apa benda yang nak di-topup kat pantry, listnya bukan calang-calang.
Air kotak milo. Vitagen. Susu kotak soya. Biskut Lexus. Maggi 3 jenis flavour.
Aku cuma pikir gini je. Mana yang aku lebih perlukan?
Aku perlu jimat, atau aku perlukan kerja aku jadi mudah?
Aku hire staff supaya urusan company ada orang boleh handle.
Aku ambil maid supaya urusan di rumah ada orang settlekan.
Antara jimat dengan memudahkan hidup, aku pilih memudahkan hidup. Selagi takde masalah attitude, kerja jalan — aku ok sediakan keperluan. Win-win.
Tapi kau jangan macam tailor aku dulu. Dulu aku ada 2 orang tailor yang duduk rumah. At one time aku ada 1 bibik and 2 tailor (semua Indonesian) dalam rumah aku.
So this one taylor ada masalah attitude. Dia rasa kasta dia lagi tinggi dari maid. Dia geli kalau makan makanan yang maid masak.
Everyday dia masak sendiri. Dah satu kerja pulak aku punya barang basah and groceries kejap-kejap habis. Modal barang basah aku macam aku berniaga nasi lemak!
Aku ni tak tahu menahu rupanya si tailor ni masak asing. Until one day aku mintak maid masak lauk, maid kata lauk dah habis. Aku cakap eh? Baruuuu je pi pasar 2-3 hari lepas.
Then barulah aku tau kisahnya. Lantas aku tak banyak cerita tanya si tailor. Si tailor tu meninggi suara kat aku dikatanya aku lebihkan si maid. Eh dah kenapa kau? Terus aku hantar balik jam-jam tu jugak. Terkebil-kebil dia. Ingat post kau aku takleh cari replacement?
Aku insyallah bab makan tak berkira. Aku ok makan sedap sama-sama. Bibik-bibik aku dulu kalau ikut duduk hotel, time breakfast, semua makan sekali kat hotel. Takde de aku laki bini makan hotel, kau aku belikan nasi lemak tepi jalan makan dalam bilik. Tak. Because aku tahu apa rasanya tengok ke orang lain makan sedap.
Aku pernah cerita masa kecik dulu duduk nursery (rumah jiran). Jiran tu jaga sepasang anak pensyarah. Tahun 80-an kerja pensyarah tu paling kaya dah kat Bandar Baru Bangi.
Setiap kali pensyarah tu hantar anak-anak, dia akan bekalkan makanan. Anak-anak dia makan bekal yang mak dorang sediakan. Anak orang miskin macam aku ni makan je la apa tuan rumah masak.
One day parents tu bawak anggur. Aku dengar jelas dia kata “Ni ada anggur. Nanti bagi budak-budak lain makan sama”
Harammmmmm. Tak dibaginya aku and Ima merasa. Aku takdelah memintak tapi terkilan jugalah bila nampak orang lain makan, kitorang tak dipelawa. Dahlah kitorang adik-beradik je yang setiap kali makan duduk atas lantai beralaskan suratkhabar. Orang lain makan kat meja makan.
Nampak tak berapa taraf pekerjaan mak bapak memainkan peranan? Padahal kitorang budak-budak, tapi sebab mak bapak tak kaya, layanan tetap berbeza. Yuran bulanan sama je padahal.
Apa pun pandangan aku tadi, pandangan korang as majikan also valid walaupun tak sama dengan pandangan aku. Sebab kau majikan kepada maid tu. Your house, your rules. Pandai-pandailah kau cakap kat maid kalau tak berkenan dengan perangai dia.
Kalau rasa perlu catu makanan, catulah. Kalau perlu sekat dia makan makanan tertentu, silakan. Kau majikan, kau lebih tahu apa nak buat dengan pekerja kau.
Bab makan ni aku tak sampai hati sangat. Selagi request tu masih logik, aku layankan je. Asalkan kerja kau beres. Aku rasa mana-mana majikan pun macam ni. As long as kerja kau settle, aku boleh bertolak-ansur sikit. Jangan mentekedarah je laju, tapi kerja kelaut.
Macam bibik Ida dulu. Ni bibik paling horror aku pernah dapat. Dia punya bongok tu sampai aku tak faham apa function dia jadi manusia.
Tak pandai memasak. Sayur tak basuh. Terus potong masuk dalam kuali. Bila ditanya apesal tak basuh dulu? Dia tanya aku balik “Memang kena basuh ke?”.
Hari-hari tunggu aiskrim lalu and mencangkung kat depan gate makan aiskrim. Dah macam beruk makan askrim.
Asal aku mintak list barang-barang dapur yang nak dibeli, dia listkan jajan. Biskut krim, aiskrim, cokelat. Aku tanya siapa yang nak makan ni? Dia boleh cakap “Belilah kak, buat kunyah-kunyah”. Kemain kau tak padan dengan miskin, selera kayangan.
Dia kata dia sapu rumah. Padahal aku sengaja tinggalkan tisu bawah kabinet TV, 3-4 hari tisu tu ada berlonggok lagi tak gerak-gerak. Pastu aku angkat karpet nak jemur, hah kauuu. Plastik twisties, plastik maggi semua bawah tu dia susup. Punyalah pemalas!
Aku harapkan dia menjaga Redza, dah aku pulak yang macam menjaga anak sorang lagi. Tu belum dengan rambut berkutu. Mandi malas. Rambut tak pernah bersikat. Masalahnya anak dua dah. Pelik aku taste laki kau ni. Boleh ada selera eh?
Hat ni elok dihantar balik. Sebab satu sen tak guna.
Aku ni tak mintak banyak. Siapa kerja dengan aku, tak kiralah maid ke, staff opis ke. Aku hire kau untuk memudahkan kerja aku. Kalau kau menambahkan beban, berambus.
Aku tak kuasa nak kesian-kesian. Sebab kita bertanggungjawab dengan kehidupan kita. Dah di-hire, buatlah kerja sehabis baik. Kalau kerja kau bagus, aku ok flexible saja. Tapi kalau kerja hauk, attitude macam siapalis, get outttt!
Berbalik pada issue maid tadi, maybe yang buat that lady rasa tak selesa sebab nampak macam bibik mengarah dia. Maybe that bibik macam bibik Ida aku dulu. Blur-blur tak faham yang dia tu pekerja, bukan famili.
Kadang some people bila tengok kita treat dia baik macam famili, dia lupa yang dia pekerja.
Teringat masa belajar dulu aku beli KFC makan kat bilik. Beli snek plate je. Ada member ketuk pintu nak jumpa. Ingatkan kejap je, sekali dia bersimpuh pulak depan aku. Takkan aku tak pelawa. Aku pun ajak-ajak ayam “Makan?”
Sekali dia cuit ayam aku oii 😆. Dahlah aku kepantangan orang kacau makanan aku. Takpelah, aku biarkanlah dia mencuit. Dah aku yang pelawa. Eh non-stop pulak dia! Aku cuit, dia cuit. Aku cuit, dia cuit. Habis seketul.
Masuk ketul kedua, aku cuit, dia pun cuit! Kau rasa???
Memang ada orang jenis macam ni. Dia tak paham bahasa sikit. So kalau kau dapat maid yang kerja ok tapi common sense kurang, maybe majikan kena slow talk bab ni. Atau kalau taknak keruhkan keadaan, setiap kali masak, asingkan je lah sikit untuk dia setiap lauk tu.
Nak tegur pekerja yang tinggal sekali dalam rumah kita ni berat sikit. Sebab dia tukang memudahkan urusan kita. Kalau kau rasa payah nak cari replacement, maka pandai-pandailah adjust. Kalau rasa buang dia lebih menenangkan hati, pulangkan je lah balik. Cari maid lain. Settle.