2026-02-17

Our Dazzling Days : My initial review


Ramai fans Johnny dalam frenlist aku di IG tanya drama Our Dazzling Days tu sedih sangat ke yang sampai aku tak nak tengok? 

Penat, dik. Sebab penat. Drama Johnny skripnya heavy-heavy. Dia suka ambil heavy character yang menanggung beban emosi. Tu pasal pedihhhhh nak menghabiskan cerita dia. Tengok je la drama Punishment 2. Aku tengok pause pause banyak kali sebab heartbreaking sangat.

Oh baideway, semalam tamatlah Punishment 2 kat CCTV8 dan iQIYI (bagi yang bukan VIP pass). Hari ni official Punishment 2 tapau record bersih Top 1 kat semua platform sejak Episod 1 ditayang tahun lepas sampailah 14 Feb 2026. Dalam tempoh tu banyak new drama muncul, tapi ranking Top 1 tetap untouchable walau TANPA PROMOSI. Johnny is benar-benar another level. Tak perlu famous international macam nak rak, asalkan semua drama hit maksimum heat index. 

Dari awal tayang Punishment 2 sampai dah habis, Johnny masih kat Ningbo tak settle-settle lagi shooting drama WINNER. Kali ni dia hanya ikut promosi Punishment 2 SATU hari je. Betul-betul takde marketing. Tapi fans memang promote macam nak rak. Semua tahu assignment masing-masing. 

Hari ni dah raya, tapi semalam Johnny masih kat Ningbo. Ni kalau kat kampung kita dah menggelupur masing-masing ambik half day balik raya. Mengamuk kalau tak cuti panjang. While Johnny and crew, esok raya cina kedua dah masuk set balik.

iQIYI tengah rancak keluarkan teaser demi teaser untuk drama Our Dazzling Days yang akan tayang 20 Feb serentak di iQIYI and CCTV8. Berlawan-lawan teaser dengan filem Pegasus 3. Pegasus tayang today. 

IQIYI kali ni dah belajar dari kesilapan. Hari tu dah kena hencap macam nak rak sebab tak promosi Punishment 2, now drama Our Dazzling Days nak keluar kemain banyak dia release teaser. Now baru dia tahu dia telah membuat kerja bodoh bagi marketing kat drama lain tapi takde satu pun boleh beat Top 1 ranking. Baiklah spend duit kat drama Johnny.

So berbalik kepada plan aku untuk tak nak tengok Our Dazzling Days, ya, aku tak plan nak tengok tapi sepanjang drama ni tayang aku akan promote and talk about it.

Pertamanya, sebab aku dah baca novel Our Dazzling Days. Team Whale Guardian Brazil beli novel web berbayar and share password dengan aku. So aku dah khatam lama novel tu.

Tak pasti drama ni follow sebijik-sebijik novel or not. Kalau follow sebijik, I can tell you, cerita ni sedih. Tu pasal aku cakap tengok drama Johnny ni penat. Dia punya main emosi bukan tahap light-light punya. Kau boleh menangis sekali. Pakej dengan 3-4 hari hilang mood.

Tapi tak salahkan Johnny bila dia asyik dapat skrip heavy. Dah kalau yang lain berlakon pun macam kayu reput, mau tak balik-balik Johnny yang dapat heavy skrip?

Novel Our Dazzling Days best seller kat China. Dah banyak production house nak jadikan drama tapi penulis buku tak bagi. Dia kata masa menulis novel ni dia gambarkan watak Xioaman tu spesifik. Jadi pemilihan pelakon takleh sebarang-sebarang sebab nanti lari dari watak yang dia potray dalam novel.

Akhirnya penulis buku sendiri sebut watak Xiaoman sesuai HANYA untuk Huang Jingyu. Tapi jadual Johnny sangat padat waktu tu. Director terpaksa tunggu schedule Johnny clear untuk start filming this drama. That’s why drama ni diambil oleh CCTV8 sekali. Drama yang masuk CCTV8 adalah indicator drama tu bagus. Best-seller novel katakan, haruslah bagus.

Our Dazzling Days adalah cerita nostalgia. Berkisarkan era tahun 90-an. Baca watak Xiaoman tu pun aku dah rasa pedih, apetah lagi membayangkan Johnny yang carry watak Xiaoman, I is kenot 😭. Sebab Johnny kalau bawak watak sedih, rasa tersiat tu memang sampai betul.

Kisah Xiaoman ni sangat grounded. Dia bukan karakter hero yang dramatik. Dia cuma budak kampung biasa yang membesar dalam komuniti kilang. Kampung yang dia duduk tu ada satu kilang besar yang mana penduduk kampung kerja kat kilang tu. Jadi the komuniti semua rapat and warm.

Zaman tu semua benda berpusing sekitar tempat yang sama. Sekolah, hospital, kilang, kawan-kawan, first love - semuanya dalam radius yang sama. Komuniti kat situ bukan sekadar jiran, tapi macam famili. Dah jadi sebahagian daripada hidup masing-masing. That kind of closeness rare dah sekarang.

Seiring dengan masa, berlaku perubahan ekonomi. Kilang tu terkesan sama. Xiaoman bukan je hilang kampung secara tiba-tiba, in fact dia tengok sendiri tempat tu berubah sikit demi sikit, sampailah one day dia tersedar yang kampung tempat dia membesar dah tak sama macam dulu. That’s what makes this story hurt.

Part first love Xioman bagi aku sangat touching. Xiaoman is innocent, simple, pure. Orang kampung semua suka dia. Bila berlaku pemberhentian kerja besar-besaran kat kilang, penduduk kampung ramai berhijrah cari peluang kerja tempat lain, keadaan kampung jadi makin berat. Masa ni lah Xiaoman dipaksa jadi matang awal. Dia buat macam-macam kerja untuk teruskan hidup. Dia kalau boleh tak nak keluar dari kampung tu sebab kampung tu bawa banyak nostalgia untuk dia.

His gf nak sambung study overseas. Sedih, tapi Xioaman rasa tak patut halang her gf sambung belajar dan maju dalam hidup. Lagipun dia belum memiliki gf tu lagi. Jadi, dia lepaskan. 

Ada satu line bila Xioman kata “Yang paling menakutkan bukan bila kita mula merindui sesuatu, tapi bila kita dah takde tempat untuk dirindui”. That hits differently.💔💔💔

Masa dorang terpisah, Xioman berkenalan dengan Chun Chun (Ruonan). Bercinta and bercouple. Kalau nak ikutkan, Xioman masih kenangkan exgf tapi because dia realize this girl ada masa dia alone. Dia macam masih sayang his ex-gf tapi dia tak nak balik dah pada ex. Macam biarlah exgf tu cari someone yang sepadan. Tak macam dia yang belajar tak tinggi, jalan hidup pun harsh. Dia lepaskan exgf kerana terlalu sayang.  

Aku and Whale Guardian Team pernah bersembang review novel ni. Kitorang semua sepakat, this is somehow macam Johnny punya jalan cerita. 

Contohnya, dalam novel, lepas habis sekolah, Xiaoman apply kerja untuk jadi steward sebab dia tinggi. Tapi kena reject sebab terlalu tinggi. Had jadi steward is185 cm sedangkan Xiaoman 187 cm. THIS IS ACTUALLY JALAN HIDUP JOHNNY!

Johnny in real life pernah masuk academy untuk jadi steward. Tapi 1 tahun je dia kat dalam tu pastu kena tendang keluar sebab dalam masa setahun tinggi dia dah lebih 185 cm. Tinggi Johnny sama macam Xiaoman, 187 cm.

Then ada part Xioman tak habis sekolah sebab terlibat dengan satu kes gaduh. Kena buang sekolah. Lepas tu dia buat macam-macam kerja untuk survive. Tapi luck selaulu tak menyebelahi dia. Ini pun macam kisah Johnny. 

Johnny in real life berhenti sekolah umur 16 tahun sebab hilang minat belajar. Dia berhijrah ke Shanghai and buat macam-macam kerja from jadi waiter, tukang bakar BBQ, kerja kilang elektronik, model and atlet jiu-jitsu sebelum akhirnya jadi pelakon.

Part love story between Xioman and Chun Chun, kitorang suspect Johnny sedang menceritakan kisah dia. Chun Chun is a girl yang ada series of bad things happen to her. Kiranya nasib dia macam Xioman. Disebabkan itu Xiaoman jadi rapat sebab they both share banyak persamaan  iaitu the pain and sorrow. Jadi dorang saling memahami.

Johnny in real life pernah bercinta dengan WYX. Masa ni dia masih di dunia modelling. Then dia berhenti sebab dapat tawaran berlakon. Tapi waktu tu dia kena banned sebab drama yang dia lakonkan tu BL genre. Bila kena banned, takdelah job. Struggle sana sini mencari job. Waktu ni la WYX minta break. Kawen dengan orang lain. 

Dari segi luaran nampak macam Johnny single and lead his busy life as actor. Tapi who knows kan sebenarnya dia dah ada pengganti WYX yang memahami dia? Just like watak Xioman? We will never know...

Dalam drama ni, Xioman ni always berdepan dengan musibah. Apa yang dia nak mesti tak dapat. Kena buang kerja, kerna manipulate, kena diskriminasi. Sampai tertekan dan pernah masuk hospital mental. Tapi dia ni baik. Semua orang sayang dia. Cuma life dia harsh.

Kalau drama ni berjaya deliver emosi macam dalam novel, memang class-lah! Our Dazzling Days bukan drama biasa-biasa. Novel tu banyak bring back nostalgia kita yang Gen X and Y ni. Banyak benda can relate.

Honestly, aku nak sangat tengok macam mana Johnny carry watak Xiaoman sebab penulis skrip sendiri pilih dia untuk bawak watak ni. Mesti penulis tahu watak ni perlukan pelakon yang boleh bawa emosi. Drama ni jenis yang slow burn tapi berbekas lama dalam hati. Trust me.

Kalau ikut novel, Xiaodan nanti akhirnya couple dengan Xia Lei (both of them kawan baik Xiaoman juga). Xiaodan masih suka kat Xiaoman tapi masing-masing macam pilih orang lain kerana situasi dan keadaan, but dorang stay jadi kawan.