2026-01-01

LI ni fasa BELAJAR. Belum masuk lagi fasa demanding.


Funny aku baca post dak-dak muda sekarang. Some of them cukup yakin buat post takde common sense macam kat atas ni. Like, kau yang wajib buat LI, tapi kau yang demand.

Semalam video call dengan Redza. Dia pun dah start apply internship sana-sini. Dia tanya “Ada company yang tanya Redza what salary range are you expecting? Memang internship ada salary/allowance ke?”

Aku cakap TAKDE. Kalau company nak bagi, ambil. Kalau takde, tak payah demand sebab kau buat internship sebab kena fulfill requirement untuk grad. Bukannya company wajib ambil intern pun.

[Redza tak wajib buat internship. Takde requitement untuk buat LI tapi dia nak buat sebab nak penuhkan resume]

Isu elaun latihan industri (LI) ni sebenarnya dah lama, cuma kebelakangan ni je makin bingit sebab ramai yang bercakap ikut kepala lutut, bukan pakai logik sistem.

Semua orang tahu kos hidup makin naik. Tambang LRT mahal, makan mahal, sewa bilik mahal. Itu fakta. Tapi tak semua fakta tu relevan untuk dijadikan argument nak tuntut something yang bukan obligation pihak lain.
 
Aku tak sure samada pihak uni atau kolej ada tak mention kat student bahawa yang WAJIB buat latihan industri ialah student, bukan syarikat. LI ialah syarat untuk bergraduasi. Kalau tak buat, tak lulus. Kalau tak lulus, tak grad. Please pihak uni tolong tekankan perkara ni, supaya student jelas yang LI tu adalah SUBJEK. SUBJEK ini kelasnya di luar uni. Nak allowance apa bendanya kalau itu sebahagian dari kelas?

LI tu bukan kehendak syarikat, itu kehendak IPT dan sistem pendidikan. Jadi jangan songsangkan tanggungjawab as if syarikat berhutang kat student hanya kerana dorang perlukan LI untuk grad.

Aku bukannya kata syarikat tak payah bayar allowance. Itu terpulang. Cuma isunya kat sini student demand!

Look. Dengar sini acik nak cakap. Syarikat TIDAK diwajibkan oleh mana-mana akta untuk ambil pelajar LI. Syarikat boleh tolak. Syarikat boleh pilih untuk langsung tak terlibat dengan LI and fokus manage pekerja tetap saja. Tapi bila syarikat sudi buka ruang, sediakan tempat, lantik supervisor, luangkan masa ajar, semak logbook, sign borang, isi penilaian, dan tanggung risiko pelajar buat silap, itu sebenarnya satu bentuk sumbangan kepada ekosistem pendidikan.

Ramai intern lupa satu perkara basic iaitu you datang sebagai pelajar, bukan pekerja. You bukan diambil because of your skill. You are the one who generates the profit. You were hired as part of a learning process. Sebab itu you masih bayar yuran pengajian kepada IPT, bukan syarikat yang bayar you. Your lecturer is still responsible for grading you. Your supervisor still signs your logbook. Your course credits will still appear on your transcript. Kalau you fail LI, syarikat tak rugi apa-apa. You are the one who delayed your graduation.

Kalau semua student jelas konteks ni, dorang akan nampak demanding allowance yang tinggi akan nampak tak selari. Allowance LI basically hanyalah GOODWILL, bukan gaji. It cannot be considered fair compensation for work output, since most interns still require guidance. Banyak masa staf habis untuk ajar, betulkan, pantau, pastu ulang perkara sama. Dalam kebanyakan kes, produktiviti staff syarikat yang menurun, bukannya meningkat.

Ada yang kata, “Intern buat kerja macam staf tetap”.

Kalau betul pun, itu bukan alasan untuk tuntut allowance tinggi. Kalau rasa skop kerja melampaui pembelajaran dan rasa diri dieksploitasi, you were free to reject the offer or leave. No one forced you to sign the offer letter or remain. LI bukan kerja paksa. You boleh cari syarikat lain yang offer allowance lebih tinggi, lokasi lebih dekat, atau fleksibiliti macam yang you nak. Pilihan sentiasa ada.

Masalahnya, some intern hari ni bukan sekadar memilih, tapi MENUNTUT. Tengok je la screenshot Thread tadi. As if syarikat bersalah bagi RM300. Hakikatnya, ada syarikat yang langsung tak bagi allowance and itu masih SAH dari sudut undang-undang. Kalau RM300 tak cukup untuk kos hidup, itu isu kemampuan peribadi dan planing, bukan salah syarikat.

Logiknya macam ni. Kau bayar IPT untuk belajar. IPT letak syarat LI. Kau cari syarikat untuk cukupkan syarat tu. Syarikat sudi terima dan ajar. Dalam proses tu, kalau dibagi allowance. Itu adalah BONUS. Kalau tak, itu bukan penindasan. We can’t change the definition simply because the cost of living has increased.

Kalau nak sistem allowance minimum diwajibkan, saluran yang betul ialah polisi kerajaan dan IPT, bukan serang syarikat. Pastu kau tengok makin banyak atau tak syarikat yang nak ambil LI. Jangan esok bila ada akta yang mewajibkan syarikat wajib bagi sekian-sekian amount allowance, makin ramai yang tak dapat grad sebab tempat limited. Dahlah syarikat kena ajar dia buat kerja, kena bayar tinggi pulak lagi. Common sense mana, dik? Don’t normalize blaming the people who are helping you meet your academic requirements.

One more thing yang ramai student tak realize iaitu nilai sebenar LI adalah pada pengalaman. Pengalaman itulah yang kau bakal letak dalam resume. Pengalaman itulah yang buat HR panggil interview. Pengalaman itulah yang buat kau nampak berbeza daripada graduan yang takde experience yang sama. RM300 mungkin habis dalam sebulan, tapi satu pengalaman kerja boleh tolong kau dapat gaji RM2.5-3K after grad.

Kalau rasa pengalaman tu takde nilai, kalau rasa belajar tu membebankan, kalau rasa semua orang berhutang dengan kau, perhaps the issue is not the allowance, but the mindset.

Takde siapa larang student bercita-cita tinggi nak internship kat company besar and allowance tinggi. Silakan cari. Cari syarikat yang bayar lebih, itu hak kau. Tapi jangan jadikan syarikat yang bagi peluang you meet requirement uni, yang bagi peluang you buat LI supaya boleh grad, sebagai jahat atau takde timbangrasa hanya kerana dorang tak mampu tanggung your lifestyle. Dunia kerja yang sebenar jauh lebih keras daripada LI. If you can’t differentiate between entitlement and generosity, the reality after graduation will be much harsher.

LI ni fasa BELAJAR. Belum masuk lagi fasa demanding. Demanding tu esok bila dah ada skill mantap, ada pengalaman kerja yang bagus, baru kau boleh demand. Now belum lagi masuk fasa merasa diri wajib dibayar mahal, ok? Bila kita letak sesuatu pada tempatnya, barulah argument kita nampak matang dan bijak, bukan bingit dan bengap.