2026-01-26

Terpedaya dengan overclaim "makan boleh jadi pandai"


Aku tak sure pandangan orang lain, tapi aku tak berapa suka dengan produk-produk atau apa saja statement yang overclaim. Especially suplemen untuk bagi anak bijak. Like, seriously??

Kadang-kadang aku rasa macam orang kita ni terlalu senang terpedaya dengan tagline magik. Asal nampak perkataan “bijak”, “senang hafal”, terus rasa macam itu kunci kejayaan anak. Padahal benda paling asas adalah BELAJAR.

Dulu produk IQ booster like this melambak. Tak sure now wujud lagi ke tak. Serious aku tak ingat nama brandnya dulu tapi target crowd dia kanak-kanak and budak-budak sekolah. Maka ramailah parents belikan anak-anak produk tu dengan harapan dapat jadi pandai.

Aku pernah cakap dengan En Wan "Founder ni esok kalaulah anak dia sendiri tak bijak, konfem dia stop jual produk ni”

Aku tak sure apa jadi dengan produk tu sekarang, sama ada masih wujud atau tak.

Dulu ada sorang blog reader hantar email panjang lebar bercerita produk yang dia bagi kat anak-anak yang katanya boleh senang absorb ilmu. Dia tak mention produk apa. Dia tanya if aku ada bagi anak-anak supplement untuk perkembangan otak sebab dia rasa macam tertipu dengan produk tu.

Aku bagi anak-anak aku dulu makan appeton and Scott’s Emulsion saja. Now dah besar-besar ni Redza aku tak tahu dia ambil apa. Rayyan aku bagi multivitamin and Nutrijuice saja. Sebab dia ni picky eater. Sayur tak makan, ikan tak makan, udang tak makan. So sumbatkan vitamin je senang. Yang lain-lain tu terpaksa la belikan dia makanan yang dia nak makan, janji dia makan. Kalau sehari tu dia nak mentekedarah koko krunch and susu, aku biarkan. Janji makan.

Sebenarnya dalam food study, memang ada komponen dalam makanan yang can stimulate this and that. Tapi sebagai seller, tolonglah jangan bagi statement yang misleading.

10 tahun lepas aku pernah join satu group marketing. Kitorang diminta buat satu pitching memperkenalkan produk. Antara point yang wajib ada adalah "selling point tagline".

That tagline mesti yang crowd pulling. Contohnya macam “kunyah kunyah jadi cantik", atau “cuba sebotol, konfem UPSR straight As". Gitulah tagline yang dia minta.

Aku punya - "Being well shouldn't be difficult" (tagline GreenAard).

The so-called sifu kata tagline aku tak strong untuk sell. Dia kata tak cukup crowd pulling. Dia cakap marketing ni kena main emosi.

Aku tanya dia "Bukan ke itu namanya overclaim?"

Pastu dia marah aku. Dia cakap "Awak nak menjual barang ke nak jadi pensyarah?"

Aku bagitau yang aku tak selesa nak overclaim atas kapasiti apa sekalipun. Nak pull crowd memang senang. Buat video bodoh pun dah boleh pull crowd. Tapi aku nak GreenAard bertahan kerana memberi manfaat bukan kerana viral. For that reason aku perlu jual sambil educate people, bukan main emosi. Rugilah masa dan tenaga aku study buat produk kalau setakat fokus nak menjual tanpa educate. Baik aku beli formula produk OEM je, pastu re-branding letak logo GreenAard. Tak buang masa aku.

Pastu dia tanya "Apa tujuan awak berbisnes? Sebab nak dapat lebih banyak duit, betul tak?"

Geram gila aku dengan sifu ni. Mulut aku ringannnn je nak sebut "Saya dah banyak duit sebelum saya produce produk ni lagi", tapi dek kerana rasa hormat pada dia sebagai 'guru', jadi aku tak cakaplah. Aku bagitau "Saya buat produk ni sebab ini background saya. Saya memang buat biotech business and analysis. Produk yang saya bakal keluarkan ni salah satu cabang background saya. Saya nak terjemahkan ilmu yang saya belajar dalam bentuk yang orang dapat manfaatnya".

Dia senyum hambar and kata "Oklah, good luck".

Maybe mulut dia masin, benar-benar luck rupanya aku. 10 tahun dah GreenAard bertahan. Sebaliknya, 3 orang dalam group aku tu, bisnes dah mati. Aku tanya salah sorang yang bisnes dah padam tu, dia kata dah buat macam-macam like sifu suruh. Awal-awal dah habis dekat RM10K untuk marketing saja, tapi tak jadi apa. Last-last dia pulak yang dikatanya tak cukup aggresive and suruh top up lagi duit untuk tambah marketing. Balerrrr.

Inilah yang aku menyampah bila orang yang takde produk membagi coaching cara menjual produk. Last-last suruh top up duit untuk buat marketing. Itu je la modalnya.

Deyy, duit kalau banyak takyah pergi kelas kau lah. Baik bagi duit tu kat profesional suruh dorang run kan bisnes je. Kitorang duduk kat rumah mengangkang tengok Netflix, settle.

Aku tahu ramai yang guna teknik marketing memancing emosi, contohnya macam produk bagi bijak pandai.

“Kemam-kemam jadi pandai”

Contohhhhhhh.

Memang some food ada komponen untuk brain function, tapi kau tak boleh jual tagline tu semata-mata. Kena ada TETAPI-nya.

TETAPI, you must belajar dengan konsisten.
TETAPI, you must pastikan tidur cukup.
TETAPI, you must disiplin.

The moment ada perkataan "TETAPI", mesti drop keyakinan orang nak membeli, kan? Kat situlah sebenarnya skill marketing kita as seller, untuk meyakin dan membuktikan the produk can help.

Mana-mana manusia pun nak benda senang.
Makan, terus cantik.
Makan, terus pandai.
Makan, terus kurus.

Semua orang nak magic. Tapi aku tak boleh nak bagi orang harapan macam tu tanpa educate them you must help with this and that. 

Masak maggi walaupun janjinya “2 minit dah siap”, tapi tu cuma basic. Kurang sedap. Nak lagi sedap kena masuk cili api, bawang, kalau ada telur lagi umpphh. Nak power lagi campak sosej atau isi ayam. Begitulah ibaratnya. Kita kalau nak keajaiban lebih, effort kena lebih. 

Aku tak reti nak menjual buta-buta gini. Rasa tak puas kalau tak explain biar paham. Sebab bila dah explain, aku suka customer buat keputusan. Bukan aku yang decide for them. That's why GreenAard nampak macam produk yang susah nak dijual sebab banyak TETAPI-nya.

Maybe yang suka overclaim ni tak berpengalaman buat the produk from scratch. Dia tak study the produk. Dia tak tahu betapa penatnya RnD produk. Test tak menjadi, test tak menjadi. Duit keluar macam air setiap kali nak repeat test.

Mungkin juga dorang ni jual OEM produk. Formula dah ready kat kilang, tinggal re-branding saja. Jadi dorang tak faham the science disebalik produk tu. Disebabkan dorang tak berapa faham knowledge of the product jadi dorang fokus pada marketing saja, maka terkeluarlah segala janji bulan dan bintang. Hujung-hujung tak cerita pasal produk tapi busy recruit affiliates.

Dah tu mana pegi cerita pasal produknya?
Hilanglah begitu saja, sebab busy untuk fokus dapat menjual dan janji stok jalan.

Dalam bisnes online, ramai orang ikut apa yang tengah viral. Semua affiliate and dropship benda sama. Semua promote cara sama. Semua iklan copy paste ayat sama. Semua berlari ke platform yang sama. Bila majoriti buat benda yang sama, competition makin tight. Margin jadi kecil, terpaksa price fight, akhirnya ramai yang give up. Yang survive selalunya bukan yang ikut trend, tapi yang create ruang sendiri.

Knowledge aku tak banyak, mana yang aku tahu, aku suka share and aku akan pertahankan. Tapi marketing cara overclaim is still a BIG NO for me. Walaupun kau jadi kaya, tapi takde etika. Aku taknak cerita urusan dosa pahala, sebab dosa aku pun banyak. Yang pasti cara itu takde etika.

Berbalik pada blog reader yang kecewa produk untuk kanak-kanak tu tak menjadi, nasihat aku, takpe. Apa yang dah dimakan tu, ada kebaikannya di sudut yang lain. Maybe it did improve brain function. Bezanya kita terkilan kerana terpedaya dengan overclaim "makan boleh jadi pandai". Takpe, let's move on.