Somehow aku bersetuju dengan post ni. Walaupun aku asal keluarga B40, dan En Wan dari keluarga T20, aku bersetuju dengan post Thread ni. Nanti aku explain why.
Perkataan B40, M40, T20 memang buat orang cepat defensif. Otomatik terasa dihina dan dipandang rendah. Tapi kalau baca betul-betul, sebenarnya post tu bukan bercakap pasal pendapatan, tapi realiti sistem keluarga dan kesan long term.
Aku membesar sebagai B40 yang duduk di kawasan bandar. Aku faham apa itu sempit, apa itu cukup-cukup, apa itu hidup dengan parents yang bercatu-catu perbelanjaan. Aku bersetuju dengan post tu bukan sebab lupa asal-usul, tapi aku pernah berada dalam situasi tu jadi sedikit sebanyak from pengalaman and observation, aku nak share perspektif aku ni.
Bila orang kata “Jangan cari pasangan dari latar belakang keluarga B40”, bukan maksudnya orang B40 tak layak kahwin dengan orang senang. Itu bukan point dia. Point sebenar ialah perkahwinan bukan penyatuan dua individu saja, tapi penyatuan DUA KELUARGA. Sistem keluarga ni datang dengan culture, expectation, mentaliti, cara fikir, cara bergantung, cara meminta, dan cara problem solving.
Aku ulang. It's the SYSTEM.
Aku membesar dalam keluarga where every life decision was about survival. Bila duit sentiasa cukup-cukup, otak aku dibentuk untuk consider setiap sudut hal sebelum buat keputusan. Sebab duit ada banyak ni je. Nothing was taken lightly, every choice has consequences, and I grew up thinking before act. Sebab pilihan tu tak banyak. Jadi terpaksa berfikir betul-betul.
Contoh paling senang, baju raya.
Every time nak beli baju raya, punyalah lama aku berpikir nak beli baju yang macamana. Kalau ikut hati memang nak beli skirt-skirt. Tapi pikir-pikir balik skirt tu lepas raya aku nak pakai ke mana? Baik beli seluar. At least lepas raya boleh gak pakai. Jadi end up aku asyik beli seluar and round neck T Shirt.
Mak Aji selalu cakap aku tak pandai bergaya sebab asal raya je, mesti pilih baju duduk rumah. Padahal it's not aku tak mahu bergaya, atau beli baju yang cantik sikit, tapi aku pikir long term. Raya tu 2-3 hari je. Pastu baju cantik-cantik terperam dalam lemari tak pakai-pakai, buat apa? Itu lagi membazir.
Kitorang bukan macam orang lain pergi holiday sana sini. Kitorang ni banyak duduk rumah dari berjalan. Baik beli baju duduk rumah je.
Baju harian aku 90% baju dari cousin Singapore. Baju-baju yang dorang tak pakai lagi, nenek aku akan bawak balik bagi kat aku and Ima pakai. Seluar and baju harian semua bekas baju orang. So bila setahun sekali berpeluang beli baju raya, mestilah aku kena buat pilihan yang betul sebelum buat keputusan. Sebab ini je peluang nak beli baju baru yang berbaloi dipakai.
Seluar jeans dalam gambar ni cousin Singapore bagi. Dia punya, dah taknak pakai lagi, pass kat aku. Aku pakai dari Darjah 4 sampai Darjah 6! Nasib baik body menten slim. Cuma Darjah 6 aku dah tinggi sikit jadi seluar tu senteng. Tetapppp, dengan bangganya aku bawak jeans ni ke Fukuoka.
Aku TAK PERNAH ada seluar jeans sendiri sehinggalah masuk matrik. Seluar jeans pertama aunty Singapore aku hadiahkan sempena dapat masuk uni.
Mak bapak aku B40 dari segi pendapatan, bukan B40 mindset. That’s a huge difference and it’s the kind of difference that decides whether someone becomes a burden or a support dalam perkahwinan anak.

Dia macam ni. Ada keluarga yang pendapatan rendah tapi tak jadikan anak as pelan persaraan. Tak normalize ayat "Dah kerja esok kena bagi mak duit". Tak rasa entitled pada rezeki anak. Tak campur tangan dalam rumah tangga anak. Tak jadikan hidup susah as alasan untuk menyusahkan orang lain.
Mak Aji punya ayat "Dah kawen esok, tak bagi mama duit takpe. Asal jangan memintak duit aku pulak"
Walaupun beliau adalah singa yang boleh mengeluarkan api di mulut, tapi bab mindset, dia bukan mindset B40.
Darjah 3, tahun 1987. Zaman tu komputer baru masuk Malaysia (agaknya). Sekolah ada buat kelas belajar komputer. Sebulan RM30. Mahal la jugak yuran tu untuk keluarga B40. Tapi mak aku daftarkan aku belajar. Aku tak faham apesal dia nak aku belajar komputer. Baru Darjah 3 kot. Tapi itulah mindset Mak Aji. Maybe sebab dia berkerja di UKM, dia nampak kelebihan tahu menggunakan komputer. Nak belikan komputer takde duit, jadi hantarkan anak gi belajar dulu.
Aku and Ima kawen, dorang tak mintak hantaran. Sebab dorang tak nak orang mengata dia jual anak. Duit kenduri semua duit sendiri. Perabot bilik and pinggan mangkuk mak aku belikan. Ima pun sama. Ibal pun sama. Dia kata keluar dari rumah jangan sehelai sepinggang. At least bawak perabot bilik and set pinggan mangkuk supaya orang tak mengata mak bapak lepaskan anak kawen umpama melepaskan beban.

Disebabkan aku tahu aku bukan orang senang, mak bapak bukan lulusan ijazah, bukan orang kaya, jadi aku dah set dalam planning yang aku nak suami orang biasa-biasa. Orang yang mak bapak aku boleh bersembang, tak rasa rendah diri. Tak kaya takpe, janji pandai. Kalau pandai, nanti kita boleh bina kekayaan bersama. Gitu pikir aku. Yang penting dia bukan orang kaya. Kalau boleh, biar orang kampung. Sebab aku cannot imagine mak bapak aku dapat besan yang have-have. Kesian nanti dorang rasa rendah diri.
Kepala otak aku pikir asal orang kampung je, mesti orang susah. Sekali aku dapat orang kampung T20. Elok pulak anak T20 ni menipu bagitau bapak dia kerja kat ladang kepala sawit and mak suri rumah. Aku pun ok lah ni, just nice kalau jadi kawen dengan dia. Memenuhi kriteria budak ni. Pandai dan keluarganya biasa-biasa. Sekali aku kena kencing rupanya. Hamlau.
Datang meminang masing-masing bawak Benz and BMW. Yang bapak aku ingatkan keluarga dia orang kampung, bapak aku pun get ready menyambut pakai baju melayu and kain pelikat supaya orang kampung ni tak terasa rendah diri. Sekali rombongan dia datang dengan baju melayu lengkap bersampin. Nangis aku kat bilik bila Ima masuk "Weiii, abang Wan tu orang kaya ke?" Masa tu aku dah rasa Ya Allah, aku dah malukan mak bapak aku. Bongok betul rasanya.
Masa tu aku terfikir, mesti mak bapak dia cuak nak bagi anak lelaki dia kawen dengan keluarga B40 macam aku. Dulu takde lagi istilah B40, tapi obviously aku bukan orang senanglah. Dorang mesti ingat En Wan pilih yang sekufu dari segi status. Tu yang berderet datang meminang pakai kereta besau-besau. Rupanyaaaaaa.

Sebenarnya, bila someone datang dari latar belakang B40 berkahwin dengan someone dari keluarga T20, konflik yang berlaku bukan sekadar beza gaji. Ini tentang beza cara fikir. Beza cara melihat tanggungjawab. Beza cara melihat boundaries.
Orang T20 selalunya dibesarkan dalam keluarga stabil. Dorang punya konsep boundaries lebih jelas. Mak bapak tak bergantung hidup pada anak. Anak membantu sebab sukarela, bukan sebab wajib bantu. Bila kahwin, mak bapak masih ada life sendiri. Bila anak susah, mak bapak support, bukan menambahkan beban.

Dalam KEBANYAKAN keluarga B40, sistem macam ni tak wujud. Anak adalah retirement plan. Anak adalah future security. Anak yang dah kahwin pun masih kena jadi anak yang “kena faham keluarga”. So when that post mentions being “sandwiched,” it’s not an insult. It’s a real economic and sociological term.
Sandwich generation memang wujud. Dorang ni golongan yang tersepit antara tanggungjawab mak bapak dengan anak dorang sendiri. Usually datang dari keluarga yang never had a financial buffer. Contohnya macam screenshot ni:
Kesian kan budak ni? Dapat mak yang jadikan anak ATM bergerak. Aku marah betul dengan jenis mak bapak gini. Yang menunggang agama untuk menakut-nakutkan anak. Sikit-sikit derhaka. Sikit-sikit derhaka. Yang netizen pun enabler.
"Tak baik buat gini, at least dia membesarkan awak"
Kau imagine anak kau jatuh cinta dengan budak ni. Anak lelaki kau tak pasal-pasal esok kena menanggung mak bapak mertua gini. Ingat jenis mak bapak gini mindset gred A, ke? Takde makna. Jenis ni esok dia mintak anak kau renovatekan dapur rumah dia, tanggung adik-beradik ipar yang masih belajar, dengan ugutan "Aku dah bagi kau kawen dengan anak aku". Kau rasa boleh berbesan dengan keluarga macam ni?
Kat sinilah point terbesar post tadi. Jangan tambah beban yang tak perlu. Bukan sebab anak B40 tak bagus. Anaknya bagus but kalau mak bapaknya bermindsetkan low class, sistem keluarga dia maybe akan ikut sekali masuk dalam rumah tangga.
Benda ni jarang orang berani cakap sebab takut kena label materialistik. Tapi honestly SEKUFU DARI SEGI MINDSET itu penting! Pilih pasangan berdasarkan latar belakang keluarga bukannya kejam. Kita pilih sekolah anak pun tengok envirionment. Pilih rumah pun tengok jiran. Pilih kerja pun tengok culture company. Takkan bab kahwin pikir cinta and suka sama suka je.
Aku setuju dengan komen perempuan dalam post tu. Bila dia cakap “Mentaliti ada aura B40”.
Tak semua B40 ada mentaliti aura B40, tapi aura tu wujud. Bila seorang anak bermak-bapakkan mindset bawahan, sikit-sebanyak si anak akan terikut-ikut dengan cara fikir tu juga. Sebab itu environment sangat penting. Cara fikir. Cara bercakap. Cara menyelesaikan konflik. Cara melihat duit. Cara melihat ilmu. Itu semua dibentuk dari environment dalam keluarga.
Mental health tu mahal. Kita kahwin untuk bina hidup baru, bukan nak mewarisi stress generasi sebelumnya. As someone who comes from a B40 background, I can honestly say this. Keluar dari B40 ni bukan sekadar naik gaji. It’s a long process.
Changing your mindset.
The way you think.
Your relationship with money.
Your relationship with family.
Not everyone is willing or able to go through that process. Ramai yang terikat dengan environment lama sebab takut dilabel anak derhaka.
Aku tulis ni takde niat nak orang B40 rasa rendah diri. Aku sendiri datang dari situ. The reality is, not everyone fits with everyone else. And no one is obligated to carry a burden that wasn’t their choice. Kita boleh berempati tanpa mengorbankan diri sendiri. Nak empati pun pakailah otak sekali.
B40 nak kahwin dengan orang T20, tak salah. Tapi make sure kau dah really free from expectation dari keluarga kau.

Can you set boundaries?
Can you protect your partner from a burden that is not theirs to carry?
Kalau jawapannya BELUM, don’t blame others when they choose not to get involved in that situation.