2026-01-23

Medical Card: Berapa ramai akan claim bersalin kalau beranak dimasukkan dalam polisi takaful?


Ramai tanya soalan macam brader atas ni. Yang orang jarang tanya, berapa ramai akan claim bersalin kalau beranak dimasukkan dalam polisi takaful? 😆

Konfem berduyun-duyun orang ambil medical card, kan? Masa tu la yang dulu kata tak mampu dan-dan jadi mampu bayar. Sebab masa ni la peluang bersalin kat private hospital sebab ada medical card.

Tapiiiii, bila bersalin ditanggung medical card, caruman PASTI NAIK. You know why?

Sebab claim pun mendadak naik. Sakit ni bukan semua orang sakit. Umur muda jarang sakit. Tapi kalau bab beranak, yang tua yang muda, yang sakit dan tak sakit pun sama naik beranak!

Bedah jantung, kanser or accident berlaku kepada sebahagian kecil orang saja pada satu-satu masa tertentu. Bersalin lain. Populasi dia sangattttt besar. So bila majoriti client buat claim dalam masa serentak, tabungan takaful akan drop. Ini bukan lagi pasal “tak nak bantu”, tapi pasal survival tabungan untuk make sure pelan still exist 10 tahun lagi.

Kalau syarikat takaful agreed bersalin ditanggung medical card, caruman bulanan kita bukan lagi RM200 sebulan, maybe starting pun dah RM600 sebulan. Masa tu makin ramailah merungut “Apehal mahal nau? Nak kayakan agen ke?” 🙄 (mata juling ke atas)

Meh aku nak bagi faham konsep takaful. Industri takaful ni dibina atas satu prinsip iaitu RISIKO YANG JARANG BERLAKU DIKONGSI RAMAI SUPAYA KOSNYA MAMPU DIBAYAR BILA MUSIBAH MENIMPA CERTAIN PEOPLE.

Musibah.
Musibah.
Musibah.

Bersalin BUKAN musibah. Most women in their fertile years will end up giving birth at some point. If it’s guaranteed to happen, it’s no longer insurance. Dia dah jadi savings plan.

Bila jadi savings, the expense is basically borne directly by the members. Dalam bahasa mudah, “cover bersalin penuh” sebenarnya “kena bayar sendiri melalui caruman yang jauh lebih tinggi”. Boleh?

Ramai yang rasa bila bayar caruman medical card patutnya semua yang melibatkan hospitalization mestilah ditanggung, termasuk bersalin. Tu pasal wujud soalan “Kenapa takaful boleh cover bedah RM40k tetapi bersalin RM12k tak boleh?”

Bang, pembedahan besar tak berlaku serentak pada semua client setiap tahun. Bersalin, ada 2 tahun sekali. Ada yang tetiap tahun beranak. Bayangkan orang yang sama claim RM12,000 every year. Itu bukan takaful ya. Itu namanya skim yang membankrupkan.

Ramai suka guna ayat “Kalau betul nak bantu orang Islam, coverlah bersalin”.

Halah halah halahhh. Menyampah aku ayat-ayat islamik gini. As if industri takaful ni takde lansung buat baik.

Syarikat takaful bukan badan kebajikan, ya. Kalau syarikat rugi sampai tak cukup dana, kena tutup, client hilang protection, komfem lagi ramai mengamuk.

Kita kadang nak yang murah tapi cover semua, nak yang takde syarat, takde exclusion. Kalau semua benefit dibagi tanpa ambil kira risiko, no hal. Tapi caruman kena naiklah.

That’s why to some people, medical underwriter masih bagi peluang ada medical card cuma caruman tinggi sikit. Ini pun ramai yang taknak. Padahal kalau ikutkan risiko, dah decline sepatutnya. Tapi underwriter calculate risk siap-siap supaya client masih berpeluang ada medical card.

Meluat aku baca komen “Nanti agen tak dapat pakai Mustang kalau medical card cover bersalin”

Hoih bongok. Agen dibayar komisyen sebab dorang expand the market dan servis client. Itu upah dorang sebab buat kerja. Tak buat kerja takde upah. Komisyen bukan sedut daripada claim, itu part of marketing expenses. Sama macam company aku bayar sales exec dengan komisyen kalau hit target.

Kau tak pernah marah sales bank yang jual credit card, kan? Kau tak pernah marah sales yang jual kereta walaupun kereta rosak dua tahun selepas beli, kan? Pandai pulak kau direct jumpa customer service buat aduan. Tapi kalau bab takaful, agen yang kena bambu selalu.

The frustrating part is people sign up for takaful masa sihat, bayar 2-3 tahun, tak pernah claim pastu anggap rugi. Terus terminate polisi. Esok bila accident and nak guna, dah takde medical card. Pastu marah agen sebab tak tolong aktifkan balik medical card. Apo??

Claim bersalin JARANG menyelamatkan nyawa, tapi medical card menyelamatkan beribu keluarga daripada bankrap bila ada musibah. Penyakit muncul tanpa dirancang tapi beranak is something yang boleh dirancang dan disediakan awal.

Takaful wujud untuk protect something yang kita tak jangka. Takde siapa bangun pagi and plan, “Hari ni aku nak kena appendix pecah”. Takde.

Kalau bersalin, kita ada 9 bulan notice. Boleh simpan sikit-sikit every month, plan nak bersalin hospital mana, pilih cara nak bersalin macam mana. Tapi, kalau tiba-tiba ada apendix pecah, denggi berdarah, pendarahan otak, atau accident malam-malam, kat mana nak cari duit dalam masa sejam? Itu beza besar yang orang ramai tak nampak.

Lagi satu, sifat manusia. Bila bersalin dicover penuh nanti, mak aiiii dan-dan pilihan tempat bersalin terus naik kelas. Dari hospital gomen ke hospital private paling mahal. Pakej standard jadi pakej deluxe ward single. Air ketuban belum pecah pun dah check in.

Inilah moral hazard dalam takaful. Bila orang tak rasa duit keluar dari poket sendiri, penggunaan akan meningkat mendadak. Tiap-tiap tahun bersalin nanti.

Ada jugak kata “Kalau betul nak tolong, patutnya caruman jadikanlah murah dan cover semua”

Look. Sebenarnya kita ada pilihan iaitu hospital kerajaan. Sistem kesihatan awam Malaysia antara terbaik dunia dari segi kos. Bersalin kat hospital kerajaan RM100-RM500. Aku dulu bersalin Rayyan, duduk 1+1 month plus NICU, baru RM2000.

C-section kat gomen pun jauh lebih rendah. Tapi ramai yang nak treatment and facilities premium, bilik selesa, doktor boleh pilih sendiri. Ini hak masing-masing, tapi tak fairlah marahkan takaful sebab tak taja lifestyle yang kau nak.

Dah tahu nak bersalin, simpanlah dari awal. Bukak akaun khas. Auto-transfer RM200 sebulan. Dalam 36 bulan ada RM7200. Pastu mengandunglah. Kalau bersalin normal hospital swasta, cukup dah RM7200 tu. Kalau kos tinggi, tambahlah sikit dari poket. Masa dalam mengandung tu boleh ambil siap-siap polisi untuk baby. Kalau ada jaundice lepas lahir, boleh claim.

Tak ramai tahu baby dalam kandungan boleh apply polisi, kan? En Wan dah ada a few client yang maknya ambil polisi untuk baby dalam perut. Tanyalah En Wan pasal ni, dia lagi faham dari aku — 012-4407757.