2025-09-04

Realiti menjadi majikan zaman sekarang. Kenapa kesian itu mahal harganya.


Last week, ada sorang ni whatsapp admin GreenAard. Budak intern.

"Saya nak apply untuk internship"

Takde muakdimah takde apa, ya. Terus bagi gitu je. Ok takpe. Mesti dia nampak poster ni di mana-mana page Internship. Memang staff aku ada blast poster.

Bila kita respond nak mintak resume, dia reply "Nanti saya pikir dulu".

Hello??? Kau yang whatsapp kita nak apply internship, pastu kau yang yang nak berpikir-pikir dulu? Patutnya aku yang berpikir-pikir nak ambik kau ke tak. Aduiii, pening aku melayan dak-dak tak matang gini. Dahlah apply internship macam nak beli karipap kat pasar malam. Takde salam takde kenalkan diri apa segala.

Inilah yang selalu aku fikir. Jadi majikan zaman sekarang is not about bukak company and ambil orang kerja. Dulu yes, zaman aku start ambil staff tahun 2009-2010 dulu. Hire staff untuk run the pengurusan company. Konsep dulu, asal ada pekerja yang rajin datang ofis, boleh buat kerja, tahu basic komputer, boleh buat filing, boleh tunggu ofis, ada orang pick up call, ada orang tunggu Pos Laju datang, boleh ikut arahan, cukup bulan bayar gaji - settle.

Now dah tak boleh macam tu. Now buat bisnes dah bukan lagi tentang boleh buat kerja ke tak, tapi berapa cepat boleh catch up, berapa kental hadap tekanan, dan berapa besar skill kau. Aku as majikan kalau terbaca mana-mana luahan kat Thread "boss demand", "masa probation nak orang belajar macam-macam", "kerja banyak sangat pastu nak cepat" - ini semua aku baca sekali lalu je. Malas nak reply.

You know why? Sebab realitinya, dunia kerja sekarang bukan nak tunggu kau comfortable baru perform. Company bayar gaji every month. Bukan bayar masa untuk kau perlahan-lahan adapt. Kalau kau tak laju, orang lain step in. Kalau kau tak tahan pressure, asyik nak work-life balance tak sudah-sudah, orang lain boleh ambil tempat kau tu.

Dunia pekerjaan ni bukan sekolah. Probation tu bukan tempat belajar slow-slow. Tempoh probation tu untuk kau tunjuk boleh survive ke tak. Kalau masa probation boss mintak belajar banyak benda dengan cepat, USAHAKAN UNTUK BUAT! Because kalau kau tak boleh belajar untuk laju semasa probation, macam mana bos nak percaya kau boleh handle bila dah confirm permanent nanti? 

Probation tu test drive. Kalau kau fail to impress, boss takkan proceed. Lagi satu, kerja banyak tu bukan sebab boss nak dera, tapi nak tengok inisiatif, daya tahan, multitasking, dan disiplin pekerja.

There's one time masa meeting. Ini zaman kat company Devil Wears Prada. Meeting team instrument dengan team consumables lain-lain waktu. Aku team consumables. Ini colleague aku dalam team instrument cerita. 

Ada sorang officemate ni duduk depan cubicle aku. Dia team instrument. Masa meeting dia cakap kat bos "Tean, what task did you assign to Diana? She texted me at 12 (midnight) ask about instrument specs. At 12, Tean!"

Boss aku senyum and jawab "She did? I didn't ask her to" (macam biasalah boss ni kalau menjawab memang menyakitkan hati).

Masa ni aku tak realised aku dah menyusahkan kawan aku yang maybe dah nak tido pukul 12. Lansung tak terpikir sebab pukul 12 aku masih mentelaah produck knowledge. Rupanya complaint dari kawan tu buatkan boss suka. Maybe dari pandangan seorang majikan, dia nampak aku willing to mentelaah sampai malam-malam buta. Dia nampak effort aku nak bekerja.

As orang yang makan gaji, contohnya macam kawan aku tu, dia akan rasa "Apabenda kau beria sangat ni? Dah pukul 12, tidolah wei. Esok sambung kat ofis".

Hanya setelah jadi majikan baru aku nampak perspektif boss aku dulu. 

Dari mata seorang majikan, orang yang sanggup korek ilmu sampai tengah malam nampak sebagai seseorang yang ada drive, ada hunger nak belajar, dan ada kesungguhan untuk capai tahap lebih baik dari orang lain.

No, aku bukan kata semua orang kena stay up sampai 12 malam buat kerja. Tak payah. But in reality, dalam dunia pekerjaan, orang yang pergi extra mile akan lebih oustanding dan berjaya cepat. Jangan question why orang tu naik cepat atau success cepat. Kau tak tengok cara kerja dia. Macam kes aku dulu, aku tak tunjuk yang aku masih bekerja di rumah. Tak tahu pulak hanya kerana aku bertanya pasal kerja at 12 am, akan dibawa ke meeting. Semua orang jadi tahu "ohhhh she did".

Look. Majikan bukan saja nampak hasil kerja, tapi juga nampak attitude. Kau boleh jadi orang yang cukup-cukup makan, atau jadi orang yang buat lebih daripada expectation. Bezanya ada pada mindset. If you can’t push yourself to work harder during probation, how do you expect your boss to invest in you as an employee? Speaking of which, meh aku cerita apa news panas kat Weibo semalam.

Semalam kat Weibo rata-rata new pasal W Event. Ini macam Met Gala China. Ramai celebriti attend this event. Ada Dilreba. Cantik dia kat red carpet. Ala-ala mistery style, dengan hat yang besar gabak cover muka. Then ada orang komen "Dilreba, where's Johnny?" Saje la tu nak stir issue.

Pastu ramai reply "Johnny is too busy right now", "He has a packed schedule", "He's swamped with work, no time to come".

Membuatkan ramai kata that is why Johnny keeps on dapat tawaran demi tawaran, sementara yang lain mengeluh "competition is high". No! It's not about competition alone. The reality is, opportunities akan datang pada orang yang konsisten tunjuk disiplin and word hard. Orang nampak Johnny selalu busy, tapi sebenarnya itu bukti dia reliable. Production house tahu kalau bagi project kat dia, dia akan deliver dengan full commitment.

Alangkan raya cina hari tu pun dia sanggup sponsor makan besar untuk semua 600 crew supaya semua orang tak tinggalkan set. Malam ni makan besar 600 orang, esok cuti satu hari raya, lusa at 7 morning semua dah start shooting kat lokasi. Itu cara-cara hari raya. Kau rasa dia nak tinggalkan lokasi semata-mata nak attend Met Gala yang takde pekdah? Memang taklah. Hakikatnya, kalau betul-betul fokus, attitude jaga, tunjuk effort without banyak alasan, insyallah rezeki tak lari.

Mintak mahap, ya. Ini bukan post bias hanya kerana aku seorang majikan. Tak. Apa yang kebanyakan pekerja nampak tentang majikan hanyalah surface saja. Kau tak nampak segala tok nenek kos yang majikan tanggung untuk bela kau dalam organisasi.

Gaji minimum sekarang bukan macam 10 tahun lepas. Now minimum basic is RM1700. Itu pun belum kira OT, belum kira elaun, belum kira SOCSO, belum kira KWSP, belum kira MC, AL, public holiday yang gaji tetap masuk walaupun cuti. Belum kira lagi training yang company invest. Training tu bukan percuma. Tenaga, masa, duit semua included dalam training. Ada tenaga kerja lain yang terpaksa korban masa buat kerja dia sendiri untuk ajar new staff.

Semua tu kalau combined, satu kepala pekerja boleh cecah kos RM2-3K sebulan untuk company walaupun basic RM1700. That is reality. So secara logiknya, kalau majikan dah keluarkan kos sebanyak tu, tapi return ntah hape hape, dengan tak perform-nya, dengan lembik, dengan slow, dengan attitude problem lagi. Kau rasa siapa rugi?

It's majikan yang rugi.

Orang kata, “Ala majikan kaya. Kalau tak mampu bayar gaji, jangan jadi majikan”

Hahaha. Ini antara kenyataan paling BANGANG pernah aku dengar. Orang yang keluarkan statement macam ni obviously tak pernah urus syarikat. Dia ingat asal namanya majikan, semuanya hidup atas duit bertimbun, pakai kereta best, cuti sana sini. Hakikatnya, majoriti bisnes owner struggle every month nak pastikan cukup cash flow bayar gaji pekerja tepat pada masanya. 

Banyak majikan cut gaji sendiri, tak ambil gaji penuh, semata-mata nak pastikan staff dapat gaji. Yang makan dulu dalam company biasanya staff. Yang makan kemudian baru majikan. Itu realiti.

Semalam aku nampak post satu orang ni dia kata "3 tahun berbisnes, akhirnya saya pasrah. Siapa sini yang pernah berbisnes dan gagal, and start semula. Macamana you all buat?"

Ada sorang tu komen "Business stop selepas 3 tahun, now saya makan gaji semula"

Itulah realitinya. Start bisnes, semua orang boleh buat. Tapi nak pertahankan bisnes, payah. Dalam bisnes, kita tak perlukan pekerja ramai, tapi perlukan orang yang benar-benar mahu perform, bukan setakat nak kerja memenuhkan opis.

Jangan simpan staff yang jadi pemberat dalam company. 3 bulan tak perform, OUT. Takde belas-belas kesian. Setakat datang kerja, semua orang boleh datang kerja. Tap tap tap tap, balik. Jenis datang sekadar hadir ke tempat kerja, bukan hadir bekerja. Jenis ni kalau terus disimpan, kesian kat staff lain terpaksa cover kelemahan dia.

Jenis yang refuse untuk buat kerja selain kerja rutin juga, OUT. Mana ada orang grow buat kerja rutin? Nak kerja senang sampai mati ke?

Mentaliti nak buat kerja rutin dan kerja yang dia tahu sahaja ni kalau terus dibela, company takkan ke mana. Business bukan static. Client expectation berubah, market berubah, teknologi berubah, so pekerja pun kena berubah. Kena evolve. Kalau asyik nak buat kerja yang sama everyday, tak nak explore benda baru, tak nak belajar new skill, bermaknanya you choose to be stagnant. A stagnant employee is a liability to the company.

Aku simple je. Tak perform, OUT. Tak nak grow, OUT. Company bukan tempat kau bersuka-suka sementara tunggu hujung bulan dapat gaji. Company tempat semua orang push limit supaya sama-sama maju. Mana-mana yang buat sales, tak hit target, OUT. Setakat datang nak makan gaji basic saja taknak kejar komisyen, pergi kerja kat company lain. 

Zaman sekarang bukan lagi zaman nak hire fresh graduate with zero skill. That's why masa internship jangan memilih kerja. Buat saja. Kau tak tahu kat mana kau bakal tercampak lepas belajar nanti. Maybe kerja yang kau buat masa internship yang kau rasa macam lekeh sangat tu lah yang menyelamatkan kau dari dikick out selepas probation nanti.

Kat dunia kerja, kita tak ada luxury untuk tunggu kau belajar slow-slow jadi pandai. Kita bayar gaji untuk output, bukan untuk kau take your own sweet time bertatih berlama-lama. Nak belajar dari kosong, itu time internship. Tapi bila dah duduk dalam sistem syarikat dengan dibayar gaji, my expectation dah lain. You are paid to perform. Fullstop.

Aku tak katalah pengalaman tu wajib. Aku sendiri percaya pada good attitude and potential. We are willing to give you opportunity walaupun fresh grad. Sebab skill boleh digrow. I’m willing to invest my time and money in people who are quick learners, disciplined, and eager to grow. Tapi kalau dahlah zero skill, slow pulak tu. Dengan banyak alasannya lagi. Sorry, ya. Tak habis 3 bulan probation, aku terminate. 

Pernah je aku terminate sorang staff. Sebulan je probation. Sorry I kenot tunggu. Aku tak tahu apa dia belajar masa kat uni dulu. Hauk benau semua design yang dia buat. Hauk sehauknya! Tak nak tunggu bulan kedua. Cukup sebulan aku terminate.

Ya, bunyinya kejam. Tapi cuba fikir gini. Dalam satu team bola, semua orang ada role. Kalau sorang tak lari, sorang malas training, sorang asyik tersadung bola, kau rasa apa jadi? Pemain lain terpaksa kerja keras nak cover yang bangang-bangang tu semua. In the long run, satu team barai. Siapa yang marah? Penyokong. Marah siapa? Marah managementlah sebab simpan pemain hauk.

Sama juga dalam company. Kalau ada orang tak perform, yang lain kena tanggung. Staff lain terbeban. Boss terbeban. Customer pun terbeban. Last-last siapa yang kena maki? Boss jugak.

Yang orang tak nampak, majikan bukan hanya kena fikir performance staff. Kita kena fikir juga pasal cukai yang makin menggila, kos operasi yang tak pernah turun manjang je naik, utiliti, sewa premis, kos raw material naik, competition lagi. So logik ke kalau majikan masih kena simpan pekerja lembik semata-mata sebab kesian? Kesian tu akhirnya makan diri, ok?

Ramai orang muda now terpengaruh dengan content kat media sosial. Nak cari boss yang bawak staff bercuti, bagi hadiah mahal, treat staff special. Reality check, please. Itu content. Itu marketing. Walaupun benda betul, it is still content untuk marketing. Sebab dalam dunia sebenar, employer hire staff untuk deliver kerja, bukan untuk dijamu dengan benefit luar biasa hari-hari. 

Apa yang viral kat media sosial biasanya highlight the good side untuk naikkan brand image company tu sendiri. Hakikatnya, kalau kau staff yang perform, mana-mana bos memang akan hargai. Tapi jangan expect semua bos kena bagi benefit yang sama.

Yang ditunjuk tu semua bukanlah kelebihan bekerja dengan bos baik, tetapi hasil yang kau dapat sekiranya kau bekerja dengan bagus. Kelebihan sebenar bukan apa yang bos bagi, tapi apa yang kau capai hasil daripada usaha kau. Kalau perform, hasil kerja bagus, confirm gaji naik dan dapat bonus. Itu natural reward yang datang bila kau tunjuk value. 

Jadi jangan salah faham. Mana-mana content kat media sosial yang nampak macam bos tu luar biasa melayan staff, hakikatnya yang diraikan adalah orang yang memang layak diraikan sebab their hard work speak louder than words. So instead of berharap bos bagi benefit, fokus pada hasil kerja. Bila jaga kerja dengan betul, automatically penghargaan akan datang.

Dalam dunia pekerjaan, company survive sebab ada team yang perform. Majikan boleh reward hanya bila bisnes cukup untung. Tapi reward tu bukan automatik. Reward tu hasil performance. Kalau kerja biasa-biasa, jangan expect layanan luar biasa. 

Aku always cakap kat staff, bisnes ni tough. Jangan tunggu company spoonfeed semua benda. As majikan kita hanya boleh buka pintu, sediakan platform. Tapi yang masuk dan berlari tu kau sendiri. Kalau kau tak perform, sooner or later kau akan keluar. Itu normal. It’s part of business growth.

Staff keluar masuk tu perkara biasa. Sebab company kena jadi selective, kena tahu siapa yang layak disimpan. Loyalty itu mahal, betul. Tapi loyakti hanya bernilai kalau digabungkan dengan performance. Loyalty tapi performance hauk, takde makna apa-apa. Formulanya you perform, you stay. Kalau tak, you go. Dalam pekerjaan, siapa yang bagus akan bertahan, just like Johnny :). 

Dunia kerja adalah survival of the fittest. Majikan tak boleh ambil sebarang-sebarang orang, atau simpan semua orang, atau suap semua orang. Majikan hanya bertanggungjawab untuk memastikan company terus hidup supaya semua orang yang perform boleh terus cari makan. Yang tak perform, sila belajar survive sendiri.